APRIL 2021
Rasa Viral
Malaysia
MAJALAH PEMAKANAN TERUNGGUL
Top 5 Tempat menarik
Makanan Viral untuk dikunjungi
Daging Harimau Menangis, Memfokuskan pada tempat-tempat viral
Dalgona Coffee,Miang Pla Pao, yang terdapat dalam negara di
Mee Racun Tulang, Corndog samping terdapat makanan yang sedap
dan menarik minat rakyat Malaysia.
WWW.RASAVIRALMALAYSIA.COM
MUHAMAD SHAHRUL MU’IZ BIN RAHADI
MOHD FARIS BIN SULAIMAN
NURUL FAHMI BINTI BACHOK
MOHD FADHIL BIN ISMAIL
Rasa Viral Malaysia
MAJALAH PEMAKANAN TERUNGGUL
Edisi Pertama
Hak Cipta (c) 2021- Universiti Utara Malaysia
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan di dalam
apa juga bentuk dengan cara apa jua sama-ada secara
elektronik ,fotokopi,mekanik,rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis dari pihak Universiti Utara Malaysia.
Rasa Viral Malaysia
Terbitan dari:
Pusat Pendidikan Profesional dan lanjutan (PACE),
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman
Penulis: Muhamad Shahrul Mu’Iz Bin Rahadi
Mohd Faris Bin Sulaiman
Penyunting: Nurul Fahmi Binti Bachok
Grafik : Mohd Fadhil Bin Ismail
RASA VIRAL MALAYSIA
Isi Kandungan
0044 087 172
04 dMuanlaiaysMiaadkaannan
07 RMeasleapysi iVairal 01 Sekapur Sireh
17 MJalaakna-nJalan Cari 02 Keistimewaan Budaya Malaysia
23 Uji Minda 03 Kepelbagaian Makanan Etnik
Pemangkin Perpaduan
06 Pantun Makan-makan
20 Pemakanan Seimbang
Mempengaruhi kesihatan Diri
22 Tips pemakanan seimbang untuk
tubuh badan
Seindah Bicara,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh,
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi yang tak terhingga di atas penghasilan buku “Rasa
Viral Malaysia”. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Program Pengajian Jarak
Jauh (PJJ) Pusat Pendidikan Profesional Dan Lanjutan (Pace), Universiti Utara Malaysia
kerana telah memberi peluang kepada kami untuk menghasilkan buku ini.
Penghargaan yang tidak terhingga kami ucapkan kepada pensyarah kami Puan Ainal
Akmar Haji Ahmad kerana membuka ruang dan memberi kami tunjuk ajar kepada kami
dalam penghasilan buku ini. Buku ini banyak mengajar kami mengenali lebih banyak
resepi dan makanan viral yang terdapat di negara kita. Malah, kita dapat mengetahui
lebih banyak tempat yang menarik yang boleh dikunjungi serta mengetahui pelbagai
makanan yang menarik dan sedap di beberapa negeri di Malaysia.
Yang terakhir, kami ingin memohon maaf jika terdapat kekurangan atau sebarang
kecacatan dalam penghasilan buku ini. Kami berharap agar buku ini disasarkan kepada
para pembaca terutama golongan muda bagi mereka mempraktikkan dan mempelajari
resepi yang menarik yang ada.
RASA VIRAL MALAYSIA Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang
lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi
Keistimewaan yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah
Budaya saling mempengaruhi antara satu sama lain,
Malaysia menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik.
Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum
Malaysia merupakan sebuah Negara yang Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak
penuh dengan keunikan.Terdapat pelbagai juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi,
jenis tempat menarik di Negara ini bagi masing-masing dengan budaya serta warisan yang
memenuhi kehendak pelancong tempatan unik dan tersendiri.
mahupun luar Negara.Malaysia bukan hanya
terkenal dengan destinasi pelancongan Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di
menarik malah turut terkenal dengan pelbagai Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk
jenis makanan tradisonal.Apa yang lebih negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang
menarik makanan tradisional di Malaysia Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan
berlainan jenis mengikut negeri-negeri serta mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu
perbezaan suku kaum. dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya
mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada
kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka
ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu
terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka
yang sangat kaya.
2
Kepelbagaian Makanan Etnik Pemangkin Perpaduan
Oleh Muhammad Muqris Alif bin Zairiasdi
MALAYSIA memiliki keistimewaan yang berkait rapat dengan ciri-ciri latar belakang
masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik. Mereka saling berhubungan dengan
menggunakan bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan
harian sehingga membolehkan mereka bertutur dengan fasih. Keadaan ini menunjukkan bahawa
masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu walaupun mempunyai bahasa, agama dan
kepercayaan yang berbeza.
Apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 sebagai sebuah negara dengan identiti nasional
tersendiri, penubuhan ini diikuti dengan pembentukan satu bangsa Malaysia yang saling
bertolak ansur dan sentiasa memahami segala adat atau kepercayaan setiap kaum atau dengan
kata lain menghormati antara satu sama lain. Kumpulan etnik di Malaysia telah diberikan
kebebasan dalam mengamalkan cara hidup masing-masing termasuklah perkara yang berkait
dengan warisan budaya.
Antara aspek yang menyumbang pada keunikan masyarakat Malaysia ialah kepelbagaian
makanan yang dijadikan sebagai salah satu warisan etnik-etniknya. Aspek ini memberikan ruang
pada pembentukan kesepaduan sosial yang secara tidak langsung mencerminkan latar belakang
kehidupan masyarakat Malaysia.
3
RASA VIRAL MALAYSIA
Malaysia dan
dunia Makanan
Makanan dan viral memang tidak dapat
dipisahkan! Hanya mengambil masa tidak
sampai sejam untuk popular, kedai atau
restoran makanan yang viral mula diserbu
orang ramai untuk mencubanya!
Kuasa viral menyebabkan ramai yang
sanggup memandu hingga ke negeri lain
semata-mata untuk merasai sendiri
‘kesedapan’ makanan viral ini.
Walaupun makanan viral itu popular di
seluruh Malaysia, tidak semuanya
bertahan lama dan hanya beberapa jenis
makanan saja yang masih menjadi
kegemaran masyarakat kita.
1.Nasi Lemak Lobster
Mula viral di Twitter, Nasi Lemak Lobster di
Restoran Nasi Lemak Tepi Jalan 1996 di Cheras
Selatan menjadi tumpuan penggemar
makanan tradisional ini.
Gambar viral Nasi Lemak Lobster berharga
serendah RM25 yang menyelerakan
membuatkan kaki makan tidak senang duduk!
Nasi lemak di sini mungkin nampak biasa
dengan sambal kerang pedas atau ikan bilis
tetapi rasa dan wangi daun pandan sangat
menggiurkan!
Sekiranya anda tidak kisah untuk membayar 4
lebih, anda boleh menambah lobster, ayam
goreng berempah atau ketam yang menjadi
‘kegilaan’ peminatnya!
RASA VIRAL MALAYSIA
2. CENDOL DURIAN
Cendol durian bukanlah makanan yang
baru di Malaysia tetapi langkah bijak
yang diambil pemilik gerai Rojak & Cendol
Seksyen 24 Shah Alam untuk menambah
buah durian sebenar dan segar di dalam
cendol menjadikan gerainya terkenal
dalam sekelip mata!
Seperti kita tahu, rata-rata rakyat
Malaysia amat menggemari raja buah ini
dan langsung tidak berkira untuk
membayar semangkuk cendol durian
berharga RM10++.
3. nanda chicken
Nanda Chicken yang terletak di Solaris Mont
Kiara ini menjadi viral apabila salah seorang
pengunjungnya memuat naik gambar ayam
goreng Korea yang dibanjiri keju di
Facebook!
Restoran Korea ini menawarkan pelbagai
makanan Korea yang sedap tetapi makanan
yang popular sudah tentulah hidangan ayam
goreng tanpa tulang bersama limpahan keju!
5
RASA VIRAL MALAYSIA
PANTUN MAKAN-MAKAN
Pandan dan gula jadikan kuah.
Terjadi kuah dicampur santan.
Makan dimula dengan Bismillah
Alhamdulillah pula di akhir makan.
Jalan yang landai mudah dilalui.
Ada joran dibawa bersama. Halau cipan ceroboh ladang.
Makan lupa selain diri sendiri. Cipan lari dari dikurung.
Kepada jiran berilah juga. Kalau makan buffet terhidang.
Maya Karan menggoyang badan. Jangan pinggan diisi menggunung.
Berlegar-legar di tepian sawah. Si bapa cegah mandi berbogel.
Makan bukan sebarang makan. Kerana tak galak pengintai mencelah.
Ajar anakmu makan mengikut sunnah.
Merasa gah makan di hotel.
Persatuan nelayan di Tanjung Karang. Sehingga tak sedar melanggar sunah.
Janji menubuh Persatuan Laut Dalam. Tali iman solat ditinggal jangan.
Jangan makan terlampau kenyang. Hati yang karat, hati yang mati.
Nanti terlepas subuh dan sembahyang malam.
Nabi makan tangan yang kanan.
Juragan bukan macam gelandangan. Tradisi barat dengan yang kiri.
Tetapi selalu tiada di rumahnya.
Jangan makan berselera sembarangan. Kemari dipanggil, tak nak aku malas.
Ambil tahu halal haramnya. Apabila ditengking janganlah sebak.
Ke kenduri tahlil hendaklah ikhlas.
Gembira menjeling makanan yang banyak.
Malu bertanya dengan si polan.
Rapi sifatnya tegas orangnya.
Selalu berdo'a sebelum makan.
Tetapi lupa pula berdo'a selepasnya.
6
ResVepiirRal asa
7
RASA VIRAL MALAYSIA
Miang Pla Pao
Bahan bahan sos: Cara - cara :
15 biji cili padi hijau- lebihkan Panas minyak dan goreng ikan hingga masak. Ikan digoreng
jika nak pedas kosong sahaja supaya boleh naikkan rasa sos. Jika nak lumur
3 ulas bawang putih sedikit garam pada ikan pun boleh. Selain goreng, boleh juga
3-4 batang akar ketumbar dibakar.
2 senduk sos ikan Angkat ikan dan toskan minyaknya
1 senduk gula kabung untuk sos, tumbuk cili hijau, bawang putih dan akar ketumbar
Air secukupnya hingga lumat. boleh juga dikisar
3 sudu makan jus perahan Letak semua bahan dalam bekas (Kecuali daun ketumbar)
limau nipis termasuk bahan yang ditumbuk tadi
Daun ketumbar-dihiris Rasa sos, jika tawar tambahkan sedikit garam. Pastikan sos ini
mempunyai rasa pedas dan manis
Bahan sampingan : Akhir sekali, masukkan hirisan daun ketumbar secukupnya.
Ikan siakap/ Talapia (atau Kacau rata.
apa-apa) Untuk menikmakti Miang Pla Pao, susun hirisan salad, timun,
Laksa siam/bihun/suhoon pudina, daun selasih dan ikan. Jadikan seakan uncang dan
(dicelur) nikmati bersama sos.
salad,timun,daun pudina dan
daun selasih TIPS: Jika di Thailand, ikan dipanggang bersama garam.
Namun andai kurang suka makan ikan, ianya boleh
digantikan dengan sotong bakar, udang atau apa-apa
bahan kegemaran.
Tips
"Daging yang segar dan berkualiti tentu berbeza
dengan daging yang sudah busuk. Cara paling
mudah untuk mengetahui kualiti daging adalah
memilih dari warnanya. Daging lembu yang masih fresh
berwarna merah dan segar. Selain itu warna
daging daging juga tidak pucat dan tidak kotor."
9
RASA VIRAL MALAYSIA
Daging Harimau Menangis
Bahan Perapan Cara-Cara
500 g (2 keping) daging Campur kesemua bahan diatas kedalam daging
(Striploin, Serloin atau Brisket) dan perapkan.
4 ulas bawang putih ditumbuk lumat Perap selama 4 hingga 5 jam
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat Kemudian, daging-daging tersebut di salai
1 sudu besar kecil garam diatas pan sahaja sehingga masak. Anda juga
4 sudu besar sos tiram boleh bakar didalam oven atau gunakan sahaja
3 sudu besar sos ikan periuk pemanggang ajaib
3 sudu besar kicap manis
4 sudu besar brown sugar.
Bahan Sos Ala Thai Cara-cara buat sos:
6 ulas bawang putih ditumbuk Campurkan sahaja kesemua bahan ini dan
10 biji cili api ditumbuk siap untuk dimakan bersama dengan dagin
3 sudu sos tiram Harimau Menangis. Siap!
2 sudu sos ikan nampla
3 sudu brown sugar
1 bawang merah hiris nipis
2 biji cili api dihiris
1 biji air perahan limau nipis atau lebih jika suka
Sedikit daun ketumbar dihiris halus
11
RASA VIRAL MALAYSIA
Mee Racun Tulang
Bahan-bahan : Cara - cara :
600g mee kuning Rebuskan tulang kambing(air rebusan jangan
1/2kg tulang kambing(gearbox) dibuang)
minyak secukupnya Kentang digoreng tidak terlalu garing
5 sudu sos tomato Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau
5 sudu sos cili Masukkan sos cili, sos tomato, lada sulah dan
1 sudu serbuk lada sulah lada hitam
1 sudu serbuk lada hitam Masukkan air rebusan tulang tadi
1 sudu gula Masukkan telur dadar, kentang dan sayur
1 biji telur dadar(dipotong Masukkan garam dan gula secukup rasa
kasar) Masukkan mee dan gaul rata
1 biji kentang(dipotong wedges) Boleh hias dengan taburan daun bawang
50gm sayur sawi
50gm kubis panjang(dihiris)
garam secukup rasa
Bahan Dikisar:
20 tangkai cili kering(dikisar)
5 biji bawang merah(dikisar)
3 biji bawang putih(dikisar)
"Hidup itu ibarat minum kopi,kadang
rasanya pahit tapi itu yang membuat mata
terbuka"
-Dalgona Coffee-
13
RASA VIRAL MALAYSIA
Dalgona Coffee
Bahan bahan:- Cara - cara :
Campurkan 3 sudu kecil serbuk kopi, 4 sudu
Serbuk kopi/Nescafe kecil gula, 4 sudu kecil air panas dengan whisk
Susu segar utensil/mixer sehingga pekat dan likat
Gula ambilkan satu gelas dan letakkan sedikit ais dan
Air panas susu segar
Ais (pilihan) Kemudian letakkan bahan campuran tadi ke
atas susu
Tips kurang manis ; gunakan gelas besar dan
lebihkan susu segar
Makanan tradisional akan selalu
ada tempat di hati peminatnya,
tapi dalam masa yang sama akan
selalu muncul satu makanan yang
menjadi tular.
WINDA KRISNADEFA
15
RASA VIRAL MALAYSIA
Corndog Viral
Bahan-Bahan : Cara-cara :
1 Cawan Tepung Gandum Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk
2 Sb Gula penaik dan juga garam.
2 sk Serbuk Penaik Masukkan telur dan juga susu segar. Kacau
1/2 sk Garam sehingga sebati.
1 Telur Masukkan adunan ke dalam cawan yang tinggi
3/4 Cawan Susu Segar Sejuk supaya mudah untuk mencelup sosej.
Keju Cheddar/Mozarella Salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi.
Sosej Sejukkan sosej ke dalam peti sejuk lebih kurang 20
Serbuk Roti (optional) minit.
Celup sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan
tepung. Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti
dan terus goreng di dalam minyak yang panas
sehingga garing.
RASA VIRAL MALAYSIA
Jalan-jalan
CARI MAKAN DI MELAKA
Tahukah anda Melaka bukan sekadar
destinasi bercuti yang best semata-
mata hanya kerana peninggalan klasik
hasil jajahan yang dah berdekad
lamanya, tapi juga disebabkan
kewujudan terlampau banyak kedai
makan yang menarik untuk dicuba.
Sama ada sarapan pagi, makan petang atau
malam, pelbagai pilihan kedai makan boleh
ditemui untuk memuaskan bermacam selera
yang menyapa jiwa. Penangan Bandaraya yang
disenaraikan sebagai salah satu tapak warisan
dunia UNESCO ini tidak ubah seperti
Georgetown, Penang.
Dari menu mee racun yang boleh membuatkan
telinga berasap hinggalah kepada coconut
shake yang viral di serata Malaya, sangat
banyak destinasi makan-makan yang mesti anda
cuba di Melaka. Nak tahu secara terperinci di
manakah tersoroknya semua lokasi makan
menarik di Melaka? Teruskan membaca senarai
tempat makan menarik di Melaka sehingga ke
penghujung.
17
Nasi Beriani Haji Tamby
Wujud sejak tahun 1969, kedai Nasi Beriani Haji
Tamby adalah sebuah kedai makan legend
yang tak rugi untuk anda singgah lebih-lebih
lagi kalau sekali-sekala sahaja dapat datang
ke Melaka.
Yang best dan uniknya di kedai makan ini
adalah kerana anda dapat menikmati nasi
secara percuma, ya, hanya perlu bayar harga
lauk-pauknya sahaja. Tapi kenapa? Ini sebab
pemilik Nasi Beriani Haji Tamby percaya
dengan janji Allah yang kita tak akan miskin
dengan bersedekah. Berganda sebabnya untuk
anda singgah bukan?
Inginkan makanan lain selain nasi beriani? Di
kedai ini juga terdapat roti tisu, nasi mandy
dan juga murtabak.
Alamat: 73, 55, Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, 75050 Melaka
Cengkerang Seafood
Jumble
Kedai dengan warna tema hitam pada
dindingnya dan coklat daripada tona kayu
perabotnya, Cengkerang Seafood Jumble
adalah sebuah lokasi menjamu selera yang
boleh juga dijadikan tempat lepak yang penuh
santai.
Daya tarikannya bukan hanya terletak pada
dekorasi dalaman, tapi juga pada sajian yang
dihidangkan. Berkonsepkan shell out, anda
dapat menikmati pelbagai jenis seafood segar
dengan sepuas hati. Antara yang bakal
dihantar ke meja anda adalah mentarang,
ketam, udang, belangkas, sotong, udang
karang, kepah dan banyak lagi.
Alamat: No 10, Jalan KLJ 1A, Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka, 75250 Melaka
Bam Bam Bistro
Dah banyak keluarkan duit untuk buat
bermacam aktiviti di sekitar Melaka? Untuk
menyelamatkan situasi, anda boleh
menghilangkan rasa lapar dalam harga bajet di
Bam Bam Bistro.
Tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak
iaitu dari harga hanyalah semurah RM5, anda
boleh memesan chicken chopnya yang sangat
mengenyangkan. Mana nak cari chicken chop
semurah ni? Bukan je murah, sedap lagi tu.
Sambil menikmati hidangan, anda boleh melihat
keindahan pemandangan di sekitar ruang
makan yang dihias dengan perabot kayu klasik
serta keindahan kolam renang di luar ruang
makan, suasana yang cukup nyaman.
Alamat: Lot 16231, Gabana Villa, Jalan Mahsuri Utama, Pulau Sebang, 78000 Melaka
Cendol Kampung Hulu
Cuaca panas atau hujan, makanan tradisional cendol
sentiasa sesuai untuk dinikmati, di saat rasa lemak
cendol mencecah lidah, rasa asyiknya tidak terkata,
lebih-lebih lagi kalau cendolnya dihasilkan dengan
penuh kepakaran. Kalau di Melaka, salah satu tempat
menarik untuk mencuba cendol adalah di Cendol
Kampung Hulu.
Rasa cendol di sini agak berbeza dan lebih pekat
berlemak santan daripada cendol yang lain kerana
cara penyediaannya yang lain daripada biasa. Kalau
anda nak tahu, untuk menghasilkan cendol ini, mereka
tidak menggunakan teknik biasa dengan santan dan
ais, tapi menggunakan santan yang dibekukan yang
kemudiannya dikisar. Dapat bayangkan kepekatan rasa
lemaknya?
Alamat: No 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka
RASA VIRAL MALAYSIA
PEMAKANAN SEIMBANG MEMPENGARUHI
KESIHATAN DIRI
Pemakanan merupakan perkara yang penting Malaysia dikatakan mempunyai masalah
untuk kesihatan diri sendiri. Makanan obesiti yang serius.
seimbang ialah pengambilan makanan yang
cukup untuk keperluan dalam tubuh badan. “ Empat daripada sepuluh orang dewasa
Manusia memerlukan makanan dan vitamin yang melebihi usia 18 tahun di negara ini
untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. sama ada mengalami kegemukan atau
Media massa turut mempopularkan
pemakanan seimbang menerusi pelbagai terlebih berat badan (obesiti). ”
program dan penulisan artikel mengenai
pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud
pelbagai kebaikan daripada makanan
seimbang ini.
20
KEBAIKAN PEMAKANAN MAKANAN YANG TIDAK
SEIMBANG: BERKHASIAT.
1.Pembesaran fizikal tubuh badan lebih 1.Nugget
sempurna. 2.Pizza
3.Jajan/ Makanan ringan
Tubuh badan manusia memerlukan kesemua
zat makanan yang diperlukan untuk mendapat 4. Nasi putih atau tepung putih.
atau membina tubuh badan yang sihat dan Kenapa? Nasi ni apabila kita makan,
cergas. kajian menunjukkan karbohidrat yang
kita ambil ini apabila masuk ke dalam
2. Mengawal kadar obesiti. sistem tubuh badan kita, dia akan
bertukar menjadi gula. Untuk bekalkan
Pengawalan pengambilan makanan juga tenaga untuk kita bekerja. Ye memang
penting untuk mengelakkan tubuh badan orang tua makan nasi tapi mereka
menjadi obesiti dengan mengambil makanan bekerja di ladang, kebun atau sawah
kuantiti yang sedikit tetapi cukup khasiat untuk yang memerlukan tenaga yang
tubuh badan. Jom kita buat SENAMAN yang menggunakan seluruh tubuh badan.
sesuai untuk obesiti. Tetapi kita berbeza hanya berkerja
menaip dengan jari dan duduk sahaja.
3. Perkembangan mental seseorang tidak
terganggu 5. Gula putih
Ikut kajian 40% penyakit kanser boleh
Kekurangan zat makanan atau protein dicegah. Caranya MUDAH. JAUHI gula
makanan boleh mengakibatkan seseorang itu putih. KANSER MEMBESAR dengan GULA
tidak cergas dan mudah letih bila seseorang PUTIH.
individu tersebut melakukan aktiviti. Maka
keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu 6. Organ dalaman
gagal berfikir dengan baik untuk membuat 7. Air berkarbonat
keputusan. Jadi permakanan seimbang juga 8. Makanan deep fried
antara penyumbang gaya hidup yang lebih 9. Margerin
sihat. 10. Fast food seperti fries, burger dan
sebagainya.
4. Memberikan vitamin kepada tubuh badan.
Badan manusia memerlukan vitamin untuk
melawan penyakit yang ada didalam badan
manusia dan melindungi penyakit berjangkit.
Maka manusia yang mengambil makanan
seimbang akan mempunyai kesihatan yang
optimum dan lebih baik.
RASA VIRAL MALAYSIA
TIPS PEMAKANAN SEIMBANG
UNTUK TUBUH BADAN
1. Banyakkan makan makanan yang 4. Kurangkan kandungan lemak 5. Kurangkan gula.
berbuah. dalam makanan. Kehadiran gula juga
Diantaranya ialah buah apple, nenas, Sebenarnya lemak itu penting, menggantikan makanan yang
pisang, bawang putih, gandum, tetapi dalam diet harus berkhasiat dan menyingkirkan
kentang, dan buah betik. Semua jenis menyumbangkan 20% hingga 30% beberapa vitamin dan galian
buah yang disebut ini sebenarnya sahaja dalam jumlah keperluan dari tubuh.Memakan gula yang
banyak khasiat tersendiri. tenaga harian.Jadi, oleh itu kita berlebihan bermakna anda
harus elakkan pengambilan lemak menanggung risiko kerosakan
berlebihan dengan: gigi, kegemukan dan masalah-
2. Banyakkan juga memakan masalah lain yang dikaitkan
kekacang. dengannya seperti kencing
Kacang pea, kekacang dan lentil Memilih makanan yang rendah manis, serangan jantung dan
adalah kaya dengan protein, lemak dan kolesterol. sebagainya.
karbohidrat, gentian dan beberapa Menggunakan minyak masak
vitamin (terutamanya vitamin B). dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Kacang soya yang sangat kaya Mengurangkan penggunaan 6. Kurangkan garam
dengan protein tumbuhan. santan atau minyak kelapa dalam Memakan terlalu banyak garam
masakan. boleh menyebabkan tekanan
darah tinggi yang akhirnya
3. Banyakkan minum air. boleh membawa kepada
Air adalah sangat penting untuk Memilih daging tanpa lemak, serta serangan jantung atau strok.
fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk membuangkan kulit jika boleh Sesetengah orang mungkin
penghadaman, penyerapan dan (contoh: kulit ayam). menghadapi masalah terlalu
pengangkutan zat, perkumuhan, Menghadkan penggunaan lemak banyak air di bawah kulit
pengawalan suhu badan dan yang boleh dilihat (seperti (edema).
bertindak sebagai pelincir bahagian marjerin, mentega, minyak salad,
tubuh yang bergerak. Tubuh kita krim dan mayonis).
akan kehilangan lebih kurang 11/2 Mengamalkan kaedah masakan
hingga 21/2 liter air dalam satu hari alternatif (seperti membakar,
melalui air kencing, tinja, peluh dan menggunakan ketuhar gelombang
wap daripada paru-paru. Jangan mikro atau mengukus) daripada
tunggu sehingga sudah berasa menggoreng.
dahaga, untuk menggantikan cecair
yang telah hilang dari badan. Minum
sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas
air setiap hari. Cecair juga boleh
didapati daripada minuman lain,
buah-buahan, sayur-sayuran dan
makanan lain. 22
RASA VIRAL MALAYSIA
UJI
MINDA
23