The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhusna631, 2022-06-12 00:42:38

KUMPULAN 3

KUMPULAN 3

NAMA PENSYARAH: EN ZAMRI BIN IBRAHIM

MPU21032
PERPADUAN DI MALAYSIA

NAMA NO PENDAFTARAN
NUHUSNA BINTI AZIZAN 06DSK21F2036
NUR NAYLI QASRINA BINTI AZUDIN 06DSK21F2042

AQILAH SAADIAH BINTI TUKIMIN 06DSK21F2072
ZUR AMYLIA SHAHADAH BINTI AZIZUL 06DSK21F2075

ISI KANDUNGAN

1. OBJEKTIF
2. PENGENALAN
3. PENDAHULUAN
4. KEPENTINGAN PEPRPADUAN
5. LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN
6. KEBAIKAN PERPADUAN
7. KESAN MASYARAKAT TIDAK BERSATU PADU
8. KESIMPULAN

OBJEKTIF

MENJELASKAN TENTANG MENGENALPASTI KESAN
KEPENTINGAN
JIKA MASYARAKAT TIDAK
01 PERPADUAN KAUM DI
MALAYSIA 02 BERSATU PADU

MENERANGKAN LANGKAH-

03 04MENYATAKAN KEBAIKAN LANGKAH UNTUK
APABILA MENGUKUHKAN MEMUPUK PERPADUAN

PERPADUAN DI MALAYSIA ANTARA KAUM

PENGENALAN

Perpaduan ialah hubungan erat atau sifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum
dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas . Dalam kata lain
perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identity dan nilai
bersama serta perasaan cinta akan negara. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang
dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia Melayu, India, Cina Kadazandusun dan Iban.
Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak cuba untuk menjadi batu api .

Perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama
lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi tidak maju dan pertikaian hanya akan
menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang akan menjejaskan pembangunan negara. lanya adalah
mustahil untuk sesebuah etnik menjadi etnik yang lain, maka struktur ekonomi budaya dan pemangkin
perlu dijadikan pemangkin dalam usaha mencapai perpaduan.



PENDAHULUAN

Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang
kaum berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati
Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja.Pada awal abad ke-
19,lebih 90% penduduk di tanah Melayu adalah
Melayu.

Namun pada pertengahan abad ke- 19,penghijrahan masuk kaum cina
dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah
struktur kependudukan asal tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia
terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup pola
penempatan,pekerjaan,pendidikan dan keseimbangan antara kekukuhan
ekonomi dan kestabilan politik.

KEPENTINGAN PERPADUAN

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi
terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding
bahu menuntut kemerdekaan
telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Kepentingan perpaduan ialah dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh
masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya
masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung.
Tambahan lagi, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing.

Selain itu, semangat perpaduan juga dapat menarik pelancong asing untuk melawat negara kita. Dengan keunikan
masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya
rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka akan lebih selamat dan selesa apabila berada di negara Malaysia
yang mempunyai semangat perpaduan yang baik.



LANGKAH-LANGKAH MEMBENTUK PERPADUAN

1) Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana, anak- anak
akan mengikuti kelakuan ibu bapa dan sikap ibu bapa yang bersopan santun dan menghormati
orang lain bak kata pepatah , bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Contohnya, ibu bapa mestilah melayan jiran atau orang yang ada di sekeliling dengan mesra
tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

2) Masyarakat boleh melakukan aktiviti kemasyarakatan untuk mengukuhkan Perpaduan di
negara kita. Masyarakat boleh mengadakan aktiviti gotong-royong dengan sikap bekerjasama
untuk membersihkan kawasan petempatan. Tambahan pula, masyarakat boleh menggunakan
peluang tersebut untuk mengenali antara satu sama lain.



KEBAIKAN PERPADUAN

1 2 3

Imej negara Sektor Negara aman
akan pelancongan dan tenteram

meningkat dapat
dimajukan

KESAN MASYARAKAT TIDAK BERSATU PADU

Keharmonian Ekonomi negara
negara terjejas terjejas

Ketidakstabilan Sistem
politik negara pendidikan
negara terjejas

KESIMPULAN

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah
meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan
kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesame sendiri
sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu.
Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang
porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk
meningkatkan keamanan Negara.

Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak
kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap
evasive mahupun ”bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” kerana
perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-
masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version