•❅── ༉‧₊˚✧❅✦❅✧ ฺ。*:・ ────❅•
FLIPBOOK BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH
° . ☆ ° . * . • ° . ☆ • . ° . (KRS)• . ° * ☆ . ° * . ☆ . • ° . * •° .
⋆ ˚。⋆୨୧˚ ˚୨୧⋆。˚ ⋆ : ⋆ ˚。⋆୨୧˚ ˚୨୧⋆。˚ ⋆
⋆ ˚。⋆୨୧˚ ˚୨୧⋆。˚ ⋆ : 1 - ⋆ ˚。⋆୨୧˚ ˚୨୧⋆。˚ ⋆
⋆ ˚。⋆୨୧˚ ˚୨୧⋆。˚ ⋆ : ⋆ ˚。⋆୨୧˚ ˚୨୧⋆。˚ ⋆
┊ ┊⋆ ┊
┊ ┊ ⋆˚ ☆ ISI KANDUNGAN ☆
┊ ┊. .
⋆
• BIODATA DIRI
• GURU-GURU PENASIHAT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
• SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
• MAKSUD LOGO KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
• IKRAR KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
• LAGU KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
• COGAN KATA KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
• PEMAKAIAN UNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH
• ETIKA BERPAKAIAN UNIFORM
• PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
• PERTOLONGAN CEMAS- TUJUAN DAN PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
- FIRST AID KIT
- ANDUH DAN BALUTAN
- IKATAN DAN SIMPULAN
• RUJUKAN
__________________ ׂׂ་༘ ࿐┊ ⋆ ┊ . ┊ ┊ ┊⋆ ┊
☆ B IODATA ☆
☀️. DIRI .☼
⋆
NAMA: NUR IRIS RANIA BINTI WAHYU HIDAYAT
TINGKATAN: 1 AL-ALUSI
SEKOLAH: SMK TUN HABAB
PERSATUAN: KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
TARIKH LAHIR: 23/11/2008
° . ☆ ° . * . • ° . ☆ • . ° .• . ° * ☆ . ° * . ☆ . • ° . * •°
ℝ - ℝ ℙ ℕ ℍ
ℝ ℍ ( ℝ )
° . ☆ ° . * . • ° . ☆ • . ° .• . ° * ☆ . ° * . ☆ . • ° . * •°
o CIKGU AIZAH BINTI MOHAMAD
o CIKGU SHAHIRA BINTI AHMAD
o CIKGU JALALAH BINTI ABD HAMID
o CIKGU ZUHARIRI BIN MOHD PIAH
o CIKGU NORZITA BINTI YUNOS
o CIKGU RAFIDAH BINTI MUSTAFA
•❅── ༉‧₊˚✧❅✦❅✧ ฺ。*:・ ────❅•
ℝ ℍ ℙ ℕ ℍ ℕ ℝ ℍ ( ℝ )
Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah
Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali
sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan
Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA) Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada
pelajar daripada tingkatan 1 dan 2.
Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU BERIMAN dan
BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan, selaras dengan usaha dan hasrat
mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020.
Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD -
DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM.
Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha
untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan telah dimulakan
pada 10 Ogos 1993, dan satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan
Mohd Zahid b. Wan Mohd Nordin, iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Tesis
mengenai KPIM telah dibentangkan dalam pertemuan ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, sebuah
jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet, dan jawatankuasa ini telah
mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA-PUTERI ISLAM (KPIM).
Walaubagaimanapun, nama pasukan ini telah ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS). Sementara itu,
taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-pengarah bahagian Kementerian Pendidikan yang telah
diadakan pada bulan Oktober 1993 telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd
Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang
membuka keahliannya kepada semua kaum sama ada lelaki atau perempuan.
Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995
bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri
Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
Pada bulan November-Disember tahun yang sama, seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih
Kadet Remaja Sekolah peringkat negeri. Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah sebenarnya mempunyai
keunikan konsep dan falsafahnya yang tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukan -pasukan
beruniform yang lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan
pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang meanggotai pasukan ini bukan sahaja
dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan yang mencabar inteleknya melalui ke giatan-
kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan-amalan langsung ibadah khusus dan
umum.
✹*ೃ ✸ ⋆ ˚。⋆୨୧˚ ˚୨୧⋆。˚ ⋆ ✹*ೃ ✸
( )
Perisai: Benteng ketahan dari gejala tidak sakit
Bulan Dan Bintang: Islam sebagai agama rasmi Malaysia
Dua Tangkai Padi Bersilang: Resmi pada iaitu berilmu dan berketerampilan serta matang dan rasional dalam
semua tindakan
Buku Yang Terbuka: Peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua ke arah
melahirkan bangsa Malaysia selaras Falsafah Penididikan Negara
Warna Hijau: Alam sekitar yang sihat
Warna Merah: Keperwiraan
Warna Kuning: Warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara
Warna Putih: Keikhlasan dan kesucian
.・。.★・° °・☽.・・.IKRAR KADET REMAJA SEKOLAH (KRS).・。.★・° °・
☽. ・° °・ ☽.・・ ・・. .・。
BAHAWASANYA KAMI
KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA
BERJANJI DAN BERSETIA
AKAN MENYEMAI SEMANGAT PATRIOTIK
TETAP BERDISIPLIN, BERAKHLAK MULIA
BERILMU, BERIMAN DAN BERAMAL
KAMI JUGA AKAN MEMUPUK SEMANGAT
KEUSAHAWANAN, MENCINTAI ALAM SEKITAR
MEMPUNYAI KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL
BERSEDIA BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT
DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
SERTA MENDUKUNG
RUKUN AGAMA DAN RUKUN NEGARA
SEPANJANG MASA KAMI MENJADI AHLI KADET
⠀⠀✧ ࿐ ˚ . ✦ ⠀⠀✧ ࿐ ˚ . ✦LAGU KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
KADET REMAJA SEKOLAH
MENUJU SATU IKATAN BERSAUDARA
BERSATU MENJULANG KEAMANAN NEGARA
MENJAYAKAN ILMU IMAN DAN AMAL
MARILAH KITA MEMBINA PERIBADI
MEMBENTUK INSAN YANG KREATIF
KEARAH KECEMERLANGAN DIRI
SEPANJANG MASA YANG BERTERUSAN
REMAJA, SAMBUTLAH CABARAN
MENJADI BANGSA MALAYSIA
MAJU DAN CEMERLANG
REMAJA BERWAWASAN
JANGAN KITA LUPA KEPADA PENCIPTA
REMAJA HAYATI BUDAYA
ILMU, IMAN DAN AMAL
KEKALKAN DI HATI DAN JIWAMU
WAWASAN KADET REMAJA SEKOLAH
⇢ ˗ˏˋ ࿐ ༘ℂ ℕ
ℝ ℍ ( ℝ ) ⇢ ˗ˏˋ ࿐ ༘
ILMU: Asas keintelektual dan keterampilan ahli KRS
IMAN: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri
AMAL: Penghayatan dan perlukan gaya hidup sihat berterusan merupakan
natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin
•❅── ༉‧₊˚✧❅✦❅✧ ฺ。*:・ ────❅•
PEMAKAIAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
`~*-.”*^~-.
° . ☆ ° . * . • ° . ☆ • . ° . • . ° * ☆ . ° * . ☆ . • ° . * •° .
ETIKA BERPAKAIAN UNIFORM
° . ☆ ° . * . • ° . ☆ • . ° . • . ° * ☆ . ° * . ☆ . • ° . * •°
PAKAIAN KEPALA : Beret/Peak Cap hendaklah dipakai dengan betul
Lencana beret bertentangan dengan mata kanan, tepi beret dua jari dari kening kanan
Tudung dimasukkan ke dalam baju (perempuan)
BAJU : Baju hendaklah kemas & disetrika
Poket hendaklah dikosongkan
Lebihan benang-benang hendaklah dipotong
Lencana atau pangkat hendaklah dibersihkan dan dipasang dengan betul
Lanyard kemas
TALI PINGGANG : Mestilah dipakai dengan kemas dan ketat
Buckle hendaklah berkilat & berada di tengah-tengah di hadapan sejajar dengan butang baju
Hujung tali tidak keliatan
KASUT : Hendaklah bersih dan berkilat
Tali kasut diikat kemas dan tali tidak keliatan
Kasut potong berstokin hitam
┊ ┊┊
⠀┊ ┊ ✫
⠀┊ ⊹ ⋆
⠀ ┊.⋆
⠀⠀✧ ℙ ℕ ℝ ℍ ( ℝ ) ࿐ ˚ . ✦
⠀┊ ┊ ┊ ⠀┊ ┊ ┊
⠀┊ ┊ ✫ ⠀⠀✧ ࿐ ˚ . ✦
⠀┊ ⊹ ⋆
⠀ ┊.⋆
PEGAWAI WARAN 1: DITAULIAHKAN OLEH JPN PEGAWAI WARAN 2: DITAULIAHKAN OLEH JPN
LULUS UJIAN TAHAP 5 LULUS UJIAN TAHAP 5
TELAH LULUS UJIAN TAHAP 4
TELAH LULUS UJIAN TAHAP 4
SARJAN: DITAULIAHKAN OLEH PPD
STAF SARJAN: DITAULIAHKAN OLEH JPN LULUS UJIAN TAHAP 3
LULUS UJIAN TAHAP 4 TELAH LULUS UJIAN TAHAP 2
TELAH LULUS UJIAN TAHAP 3
LANS KOPERAL: DITAULIAHKAN OLEH SEKOLAH
KOPERAL: DITAULIAHKAN OLEH SEKOLAH LULUS UJIAN TAHAP 1
LULUS UJIAN TAHAP 2
TELAH LULUS UJIAN TAHAP 1
⠀⠀✧ ࿐ ˚ . ✦
⋆ ˚。⋆୨୧˚ ˚୨୧⋆。˚ ⋆ PERTOLONGAN CEMAS.・。.★・° °・☽.・・.
Pengertian Pertolongan Cemas
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsayang
mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yangterdapat di tempat
kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsamendapat rawatan perubatan
yang sempurna
Maksud Kecemasan
Sesuatu situasi kritikal yang boleh mengancam nyawa jika tidak diberi rawatan segera,kesakitan
mangsa menjadi lebih serius, lebih mudarat dan mungkin menyebabkankematian
⠀ ┊.⋆ ⠀⠀✧ ࿐ ˚ . ✦TUJUAN & PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS┊.⋆ ⠀⠀✧ ࿐ ˚ . ✦
Asas Bantu Mula
Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum tibanya bantuanperubatan
Objektif : - Menyelamat nyawa
- Mengelak mangsa cedera lebih serius
- Mengurangkan kesakitan
- Menguruskan pemindahan ke hospital
Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas
▪ Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
▪ Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
▪ Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.
PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
Prinsip –prinsip penting yang patut anda patuhi apabila memberi pertolongan cemas:
o Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan.
o Longgarkan pakaian jika perlu
o Hentikan darah jika berdarah
o Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit
o Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu.
o Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau mencemaskanberhubung dengan doctor di klinik atau rumah
sakit yang terdekat.
Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
a) Membuat penilaian keadaan - Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.
- Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan
mendapatkan bantuan. Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa
b) Membuat diagnose – Mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaansekeliling yang boleh
dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan keataskecederaan mangsa.
c) Memberi rawatan sementara
– Menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberikeutamaan kepada mangsa yang teruk.d) Membuat dan memberi
laporan
– Mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi,kesedaran danr awatan yang telah dilakukan keatas mangsa.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
~ Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik
~ Memberikan rawatan renjatan dengan segera
~ Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah
~ Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna
•❅── ༉‧₊˚✧❅✦❅✧ ฺ。*:・ ────❅•⠀┊ ┊ ┊
⠀┊ ┊ ✫ FIRST AID KIT
⠀┊ ⊹ ⋆
⠀ ┊.⋆ ⠀⠀✧ ࿐ ˚ . ✦
Bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikanuntuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau
perawat yangbertauliah. Ia biasanya terdir idari satu siriteknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpalatihan perubatan,
oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. Antaraperalatan yang umumnya ialah peti pertolongan
cemas
ISI KANDUNGAN
~`-.Triangular bandage (kain anduh) - Untuk mengampu bahagian kecederaan/kepatahan, membalut luka/ pendarahan
yangdidapati ada kepatahan tulang
~`-. Sterile eye pad - Melindung mata yang tercedera/ terkena bendasing
~`-. Non-sterile gauze, Sterile gauze - Melakukan pencucian/pembebat luka
Membuat balutan/ memberi tekanan pada perdarahan dan menstabilkan kepatahan
~`-. Elastic bandage/Crepe bandage/Roller bandage – Menstabilkan kecederaan/ kepatahan
Untuk membalut luka dan juga kecederaan ringaneg
Dislocation (terseliuh)
~`-. Glove-disposable/nonsterile - Melindungi diri dari sebarangcecair badan/sumber jangkitan
~`-. Scissor - Memotong gauze /bandage
~`-. Adhesive tape - Melekatkan balutan dan pembebat
~`-. Sterile multi-trauma dressing/ gauze - Melakukan pencucian/pembebatan luka
~`-. Alcohol prep pads - Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada luka sebelum membalut.
~`-. Cotton buds - Mencuci luka pada kawasan sukar
~`-. Acriflavine (ubat kuning) - Untuk antiseptic
~`-. Dettol (boleh diganti dengan Normal Saline solution 0.9%) - Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar
~`-. LMS solution (minyak kuda) - Melegakan kesakitan otot
•❅── ༉ ‧₊˚✧❅✦❅✧ ฺ。*: ・ ────❅•⠀┊ ┊ ┊
⠀⠀✧
࿐ ˚ . ✦ANDUH DAN BALUTAN
JENIS ANDUH
• ANDUH KECIL • • ANDUH PERGELANGAN TANGAN •
• ANDUH BESAR • • ANDUH MENAIK •
• PEMBALUT CINCIN •
Terdapat 5 jenis balutan anduh:
Anduh lengan
Anduh kepala
Anduh lutut atau siku
Anduh pergelangan tangan
Anduh tapak kaki
Kesemua balutan-balutan hendaklah menggunakan ikatan buku sila :
ANDUH LENGAN
Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera .
Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipatke bahagian dalam untuk lebih kemas.
ANDUH LUTUT
Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya di ataslutut yang tercedera .
Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan bukusila pada atas bahagian lutut
Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas .
ANDUH KEPALA
Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala .
Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila .
Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas .
ANDUH PERGELANGAN TANGAN /TAPAK KAKI
Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan.
Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
Ikatan buku sila diikat pada atas pergelangan tangan / diikat pada belakang tumit jika ada kecederaan pada bahagian yang mesti di balut
⇢ ˗ˏˋ ࿐ ༘BALUTAN⇢ ˗ˏˋ ࿐ ༘
Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan
Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan
JENIS KAIN PEMBALUT
Pembalut Tiga Segi
Pembalut Lebar
Pembalut Kecil
Pembalut Gulung
⋆ ˚。⋆୨୧˚ ˚୨୧⋆。˚ ⋆Lipatan Tiga Segi⋆ ˚。⋆୨୧˚ ˚୨୧⋆。˚ ⋆
✧ ࿐ ˚ . ✦JENIS BALUTAN LUKA✧ ࿐ ˚ . ✦
Balutan Luka Tangan Balutan Luka Dada Balutan Luka Bahu Balutan Luka Peha
Balutan Luka Siku Balutan Luka Lengan Balutan Luka Lutut Balutan Luka Jari
⠀ ┊.⋆ ⠀✧JENIS-JENIS IKATAN DAN SIMPULAN┊ ┊ ✫
Buku Sila
Ikatan buku sila digunakan nutuk mengikat kain pembalut luka, menyambung
tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang.
Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.
Simpul Pulih
Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan
tali pada bahagian yang reput,hendak putus atau rosak.
Tindih Kasih
Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan
membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang
ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga.
Simpul Abah Abah
Untuk membuat tanjul ditengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkan keliling dada
dangan tujuan untuk menarik sesuatu barang
Simpul Kerusi
Fungsinya adalah untuk menurunkan orang dari bangunan yang tinggi atau
juram dengan memasukkan tanjul yang kecil keliling dada dan tanjul yang besar
keliling kaki atau pelipatan lutut.
Simpulan Pencuri
Digunakan untuk aktiviti mendaki atau turun bukit.
Simpulan Rama-Rama
Simpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan yang paling aman, kuat, dan
mudah terikat. Simpul ini mudah terikat di tebgah sebuah tali apabila anda tidak
memiliki tambatan akhir.Jika ikatkan simpulan rama-rama ini di hujung tali,
ikatkan sebuah stopper knot bebas() contohnya simpulan angka no.8) ke hujung
tali untuk keamanan.
Simpulan angka nombor 8
Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan.Simpul angka no.8
ini juga merupakan salah satu daripada stopper knots.
Simpulan Himpit (Pengail)
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail dan
menyambung tali yang licin.
Bunga Geti
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar,
misalnya tali perahu dengan tali kapal.
Simpul Belit
Simpul belit digunakan bagi mengikat tali pada tiang, dan mengikat tali khemah
pada pasaknya.
Ikatan Balak
Ikatan ini digunakan bagi mengikat tali pada kayu atau batang yang besar supaya
tidak licin.
Ikatan Seraya
Gunanya ialah bagi membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan
dengan simpulan manok kemudian lilitkan ketat-ketat. Matikan dengan
simpulan manok juga.
Ikatan Serong
Ikatan ini digunakan untuk membuat jamabatan, menara dan sebagainya.
Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan
membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manok.
Ikatan Silang Gunting
Mulakan dengan simpulan manok pada sebarang kayu, kemudian belitkan
pada kedua-dua batang kayu itu dengan ketat. Akhir sekali belitkan tali di celah
kayu itu beberapa kali supaya lebih ketat. Ikatan ini ialah bagi membuat
jambatan, menara, gejek dan menyambung kayu.
Ikatan Silang Tungku
Gunanya ialah bagi membuat rakit.
Simpulan Manuk
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu
atau sebagainya.
•❅── ༉‧₊˚✧❅✦❅✧ ฺ。*:・ ────❅•⠀┊ ┊ ┊┊ ┊ ✫
┊⊹⋆ RUJUKAN ┊.⋆
⠀⠀✧ ࿐ ˚ . ✦
https://vdokumen.net/asas-pertolongan-cemas-krs.html
https://stalliontosa.wordpress.com/2017/08/23/jenis-jenis-ikatan-dan-fungsinya-untuk-tosa/
file:///C:/Users/HUAWEI/Downloads/Telegram%20Desktop/PEMAKAIAN%20UNIFORM%20PEGAWAI%20&%20KADE
T%20KRS%20kemaskini%202018.pdf
file:///C:/Users/HUAWEI/Downloads/Telegram%20Desktop/PANGGILAN%20DAN%20TANDA%20PANGKAT%20(2020
%20-%20EDIT)).pdf
file:///C:/Users/HUAWEI/Downloads/Telegram%20Desktop/KURIKULUM%20KRS%20%20kemaskini%202014.pdf