PORTFOLIO KEWANGAN Disediakan oleh: Nurul Karisma Binti Mobin
isi kandungan Penghargaan i 1 pendahuluan 2-3 matlamat pelaburan 4-23 jenis pelaburan pelaburan yang dipilih 38 harapan 39-40 analisis penghasilan portfolio 41 kesimpulan rujukan lampiran 24-37
penghargaan Bismilahirrahmanirrahim, Bersyukur kehadrat Ilahi berkat limpah kurniaNya saya telah menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali ingin saya nyatakan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak jemu memberi bantuan dan sokongan kepada saya Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zurhana Bin Mohamad selaku pensyarah dan pembimbing bagi kursus Keupayaan Kewangan (KWKK3013) yang banyak memberi jasa dan tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Beliau sangat berkomitmen dan berkarisma dalam mendidik siswa pendidik dalam pengurusan kewangan. Penghargaan ini juga saya dedikasikan kepada kedua mak ayah saya yang sentiasa menjadikan saya sebagai kebanggaan mereka. Berkat doa dan keredhaan mereka saya mampu untuk mengecapi kejayaan sehingga ke tahap ini. Terima kasih juga buat adik-adik saya yang sentiasa memberi sokongan dan sentiasa ada untuk saya disaat yang lain tiada. Akhir sekali, harapan saya adalah semoga tugasan-tugasan yang saya hasilkan mampuu memberikan manfaat kepada orang lain serta mampu menjadi ilmu yang bermanfaat untuk diri saya sendiri suatu hari kelak. Saya juga berharap agar siswa pendidik termasuklah saya mampu menjadi insan pendidik yang berwibawa dan berintegriti.
Dalam era globalisasi kini, negara kita telah dilanda gelombang inflasi secara global. Perkara ini dapat dilihat menerusi peningkatan harga barangan keperluan harian yang kian mencanak-canak. Justeru pelbagai anjakan paradigma diperlukan bagi menghindari perkara ini daripada berterusan. Antara inisiatif yang paling praktikal yang boleh dilakukan ialah dengan pengurusan kewangan yang bijak. Kewangan adalah aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Kaya atau miskin, setiap orang harus mempunyai rancangan wang mereka sendiri. Walau bagaimanapun, perancangan kewangan yang tidak dilaksanakan dengan baik membawa kepada kegagalan pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan peribadi bukanlah perkara yang mudah dan ramai orang mengatakan bahawa mengurus kewangan peribadi adalah mudah, namun sebenarnya, mengurus kewangan peribadi memerlukan perancangan yang teliti, pelaksanaan yang bijak dan disiplin diri yang tinggi. Kesimpulannya, pelaburan adalah sangat signifikan bagi memenuhi matlamat kita. Pelaburan yang bijak akan memberikan kita keuntungan pada masa hadapan. Tujuan penghasilan portfolio kewangan peribadi ini adalah untuk meneliti sekaligus memilih dua jenis pelaburan secara bijak dan berhemah. pendahuluan RINGKASAN Penulis membuat pinjaman peribadi sebanyak RM100,000 di Bank ABC. Jadi penulis bercadang untuk membuat 2 jenis pelaburan dengan bijak.
matlamat pelaburan Menurut Azlina Ahmad (2020), pelaburan mampu memberikan pulangan dan keuntungan yang lebih tinggi. mendapat pulangan lebih Menurut kalkulator inflasi dari Jabatan Statistik Malaysia, RM1000 pada tahun 2020 adalah bernilai RM826.80 pada tahun 2010 mengimbangi inflasi KWSP melaporkan lebih daripada 70% pencarum mempunyai baki yang tidak mencukupi sebagai tabung persaraan. Pelaburan dapat dijadikan sebagai dana persaraan. dana persaraan Membina kehidupan yang selesa dan terjamin. Melalui pelaburan saya dapat menikmati hidup dan membantu orang yang berada dalam kesempitan. membina kekayaan
PELABURAN Unit Amanah JENIS Pelaburan Emas Pelaburan Hartanah Simpanan Tetap
Unit AManah Menurut Shahrul Othman (2018), Unit Amanah atau dikenali sebagai unit trust (UT) merupakan satu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur memiliki objektif pelaburan yang sama simpanan mereka dapat dikumpulkan dan kemudian dilaburkan ke dalam satu portfolio sekuriti atau aset lain, yang diuruskan profesional pelaburan. Ia juga merupakan suatu bentuk pelaburan yang memberi peluang kepada pelabur-pelabur kecil untuk melabur dalam jumlah yang kecil beserta risiko yang rendah. tabung tertentu. Unit Amanah juga didefinisikan sebagai skim pelaburan yang mengumpulkan wang dari pelabur individu dan institusi dan dana itu kemudian diuruskan oleh sekumpulan pengurus profesional yang melabur wang dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon, instrumen pasaran wang atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan di bawah garis panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Kepelbagaian Portfolio Unit AManah Kebaikan Keburukan Pengurus Dana Profesional Kemudahan Transaksi Kecairan Ejen-ejen yang tidak beretika Caj dan Upah yang tinggi Tiada pengimbangan portfolio Tidak sesuai untuk pelaburan jangka pendek
Nurain Farahana (2021) berpendapat bahawa pelaburan hartanah merupakan pilihan pelaburan yang sangat menguntungkan. Ia mampu menjana pendapatan pasif secara berterusan dan pelaburan jangka masa panjang yang baik seandainya harganya bertambah dari masa ke semasa. Namun begitu, jenis pelaburan hartanah ini juga mempunyai beberapa risiko sebagai contoh kuasa pegangan. Risiko ini berlaku apabila pelabur tidak dapat menyewakan aset yang dimiliki untuk tempoh masa yang lama menyebabkan ianya boleh bertukar menjadi liabiliti apabila pelabur terpaksa menanggung kos pinjaman daripada bank. Hal ini akan menyebabkan pelabur tersasar daripada pelan pelaburan awal. Pelaburan Hartanah Kelebihan Pelaburan Hartanah Peluang pulangan yang tinggi Boleh diwarisi
Emas merupakan antara pelaburan yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Hal ini demikian kerana menurut Aidid Md. Said (2020), pelaburan emas dikatakan lebih stabil berbanding pelaburan sedia ada seperti saham dan bon. Melabur dalam emas adalah pilihan yang berdaya maju untuk mengekalkan kestabilan kewangan, terutamanya semasa kemelesetan global. Oleh itu, pelaburan dalam emas adalah satu langkah yang sangat bijak. Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang dan diterima secara meluas di seluruh dunia. Pelaburan dalam emas juga dianggap cair, menjadikannya mudah diperoleh dan dijual semula. Kebanyakan pelabur emas boleh mencairkan pelaburan mereka dalam masa 24-48 jam. Pelaburan emas boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama: Pelaburan Emas emas fizikal akaun emas emas maya
Bertindak sebagai hedging (melindungi niali aset kita daripada kerugian yang disebabkan oleh inflasi) KELEBIHAN PELABURAN EMAS YANG TIADA PADA PELABURAN LAIN Harga emas sentiasa meningkat Tidak dikenakan cukai Boleh dipajak Nilai kecairan yang tinggi Sukar diperolehi Mudah disimpan
EMAS boleh dilaburkan dalam pelbagai bentuk Barang Kemas Buku Simpanan Jongkong Emas Bulion/ Syiling Emas
Pelaburan yang dipilih Penilaian jenis pelaburan Memilih pelaburan
Penilaian sebelum memilih pelaburan Unit amanah ialah pelaburan berisiko rendah. Berdasarkan analisis dan pemerhatian saya, saya mendapati kadar dividen saham amanah semakin menurun dari tahun ke tahun. Jadi saya rasa kadar dividen tahunan tertinggi ialah 5%. unit amanah Mengikut pengiraan saya, jika anda melabur RM100,000 dalam dana bersama selama 10 tahun, anda hanya akan mendapat RM50,000 dengan jumlah keseluruhan RM150,000. Saya mendapati bahawa kuantitinya banyak namun tidak berbaloi. Menurut Mohamad Saufee et.al (2021), pelaburan ASB datang dengan beberapa risiko. Khususnya, risiko kejatuhan harga, ketiadaan penama, yuran perkhidmatan, dan risiko ejen dan perunding berhenti.
Di Malaysia, hartanah telah lama menjadi pilihan pelaburan pilihan ramai individu. Malaysia mempunyai berjuta-juta unit hartanah seperti rumah, kondominium, pangsapuri, tapak runcit, tanah dan ruang komersial yang rata-rata rakyat Malaysia fokus. Ternyata hartanah menawarkan pulangan yang hebat kepada pelabur. Sebagai contoh, jika anda melabur RM100,000 dalam sebuah rumah dan menyewanya selama 10 tahun dengan kadar RM500 sebulan, anda akan mendapat pulangan sebanyak RM70,000. Keadaan ini amat menguntungkan saya kerana saya mempunyai pendapatan yang banyak dan harga hartanah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Saya mendapati pelaburan hartanah adalah yang paling sesuai untuk belanjawan kewangan saya. Pelaburan dalam hartanah menawarkan banyak faedah. Oleh itu, sebagai pelabur, saya mesti sentiasa bertindak bijak dan cekap. Penilaian sebelum memilih pelaburan hartanah
Pelaburan dalam emas nampaknya menguntungkan pelabur walaupun tanpa dividen. Mengikut pengiraan saya, pada masa hadapan anda akan menerima keuntungan sebanyak RM 97,743.20 untuk pelaburan maksimum RM 97,743.20, iaitu pembelian 340 gram emas 999. Ini kerana harga emas semakin meningkat dari tahun ke tahun dan dijangka akan meningkat sebanyak RM400 pada masa akan datang. Oleh itu, pelaburan dalam emas menghasilkan pulangan yang tinggi. 340 gram x RM400 = RM136,000 RM136,000 - RM97,743.20 Jumlah Keuntungan selepas 10 tahun = RM38,256.80 Menurut Harian Metro (2020), pelaburan emas adalah antara pelaburan terbaik memandangkan ketahanan emas terhadap inflasi. Walaupun mata wang susut nilai, nilai emas meningkat dari semasa ke semasa. Namun begitu, pelaburan emas juga ada risikonya yang tersendiri. Dengan kata lain, pelaburan emas tidak sesuai untuk jangka pendek. Selain itu, pelabur terdedah kepada risiko kecurian dan penipuan. Oleh itu, pelabur harus berhati-hati apabila memilih tempat yang selamat untuk menyimpan emas dan platform pelaburan mereka. Ringkasnya, pelaburan emas adalah pelaburan yang agak berisiko tinggi yang menawarkan pulangan tinggi kepada pelabur Penilaian sebelum memilih pelaburan pelaburan emas
Pelaburan yang dipilih Membeli rumah lelong bernilai RM 60,000, harga asal RM200,000 Aggaran kos membaiki rumah RM3,000 Kadar sewaan rumah adalah RM800 sebulan(harga akan meningkat dari tahun ke tahun). Pelaburan hartanah pelaburan emas Jangkaan pulangan 10 tahun akan datang (pengiraan menggunakan formula ROI): (200,000 + 96,000) - (60,000 + 9,000) ____________________ 60,000 = 3.783% Anggaran keuntungan selepas 10 tahun: RM378300.00 Membeli 105 gram emas 999 bernilai RM30,185.40, harga emas pasaran RM287.48 Harga emas dijangka meningkat RM400/gram 10 tahun akan datang. Anggaran pulangan selepas 10 tahun: 105 gram x RM400 = RM42,000 Keuntungan: RM42,000 - RM30,185.40 = RM11814.60
Harapan Harapan saya ialah agar matlamat saya tercapai menerusi pelaburan ini. Saya berpendapat bahawa pelaburan bukanlah suatu perkara yang berlaku dalam tempoh masa yang singkat, namun ia memakan tempoh jangka masa panjang untuk meraih keuntungan. Oleh itu, ia bukan sahaja mengajar saya untuk menjadi lebih peka dan teliti malah membentuk diri saya untuk menjadi lebih sabar dan matang dalam setiap perkara. Sepanjang tempoh penghasilan portfolio ini saya banyak berfikir bagaimana hendak menguruskan kewangan dengan bijak pada masa hadapan. Perkara ini menjadikan saya lebih bijak membuat pertimbangan terhadap kewangan.
Saya menghabiskan masa seminggu untuk menyiapkan portfolio kewangan ini. Antara perkara yang pelajari sepanjang penghasilan portfolio ini adalah kita perlu mengenalpasti beberapa perkara sebelum ingin membuat pelaburan seperti pulangan pelaburan, modal dan pengetahuan dan juga faktor risiko dan tempoh masa pelaburan kita. Selain itu, saya juga mendapat ilmu pengetahuan tentang jenis-jenis pelaburan dan mengapa saya perlu melakukan pelaburan atas matlamatmatlamat tertentu. Penghasilan portfolio ini memberikan saya beberapa kelebihan iaitu saya dapat belajar ilmu tentang pelaburan dan boleh membuat analisis jenis pelaburan yang hendak dipilh. Saya juga berpeluang mengetahui risiko yang akan saya hadapi seandainya saya memilih pelaburan tersebut. Cadangan penambahbaikan bagi penghasilan portfolio ini ialah saya perlu merujuk lebih kepada pakar pelaburan kerana saya merasakan ilmu saya tentang pelaburan masih cetek. Analisis Penghasilan Portfolio
1. Menghasilkan portfolio kewangan bagi menguruskan kewangan dengan baik. 2. Menganalisis dan meneliti jenis pelaburan dengan lebih meluas dan mendalam. Analisis Penghasilan Portfolio 1. Belajar tentang cara memilih dan membuat pelaburan. 2. Meneroka latar belakang pelaburan secara kritis dan kreatif. 1. Portfolio digital. 2. Memerlukan penyemakan dan pembacaan secara berulangkali bagi mengelakkan kesilapan. 1. Banyakkan merujuk pakar kewangan. 2. Meningkatkan profesionalisme keguruan Perkara yang dipelajari: kelebihan: kekurangan: cadangan penambahbaikan:
Secara keseluruhannya, adalah dapat disimpulkan bahawa kursus Keupayaan Kewangan ini adalah sangat penting bagi mendedahkan siswa dan generasi muda berkenaan cara pengurusan kewangan yang bijak dan berkesan. Pengurusan kewangan yang baik mampu membantu individu untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik pada masa akan datang. Sebagai seorang pelajar, saya bersyukur kerana didedahkan tentang pengurusan kewangan ini kerana ia mendatangkan banyak manfaat. Selain itu, saya juga berpeluang menceburi bidang pelaburan dan belajar mengurus wang dengan cara berlabur seperti pelaburan hartanah dan pelaburan emas. Kedua-dua jenis pelaburan ini saya dapati dapat mendatangkan impak dan peluang yang cerah untuk masa hadapan saya. Demi kepentingan saya sendiri, saya harus belajar dengan lebih mendalam tentang perkara ini dan banyak merujuk pakar yang handal dalam kewangan. k e s i m p u l a n
Rujukan Aidid Md. Said (2020). Emas Sebagai Satu Alternatif Pelaburan: Kajian Terhadap Syiling KIjang Emas di SMI-Q Resources Sdn. Bhd. Jabatan Syariah dan Pengurusan Bahagian Pengajian Syariah Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Azlina Ahmad, Azreen Abdul & Zakaria Bahari (2020). Perkembangan Industri Pelaburan Saham di Malaysia. Jounal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED). 5(29): 91-99. Nadhirah Nordin et. al (2013). Pelaburan Emas dalam Kalangan Profesional Muslim di Universiti Sultan Zainalabidin. International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society (ISLAC2013). Universiti Sultan ZainalAbidin: Kampus Gong Badak. Nurain Farahana (2021). Amanah Pelaburan Hartanah. Rona Tinta Edisi 2021. Fakulti Pengurusan dan Perniagaan. Muhammad Safuan Yusof et. al (2021). Moratarium dan Pengurusan Kewangan Norma Baharu dalam Mneginspirasi dan Mendidik Kepimpinan Komuniti Pendidikan Tinggi. Journal of islamic, Social, EConomics and Development (JISED). Vol. 6(28):188-201. Pak Teh (2021). Kelebihan dan Kekurangan Melabur di Unit Amanah (Unit Trust). Majalah Labur. Shahrul Hilmi Othman (2018). Kepatuhan Dana Unit Amanah Syariah di Malaysia. Jurnal 'Ulwan Jld. 1(20-33). Fakulti Keilmuan Islam. Kolej Universiti Islam Melaka.
Sekian terima kasih