The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 3
PRS SKRIN3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by relielungkin82, 2022-05-26 10:48:54

SUARA KAMI #KITAKANSAHABAT

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 3
PRS SKRIN3

SUARA KAMI # KITAKAN SAHABAT

ISI KANDUNGAN

1. PERANAN BERSAMA RAKAN
2. CARA BERKOMUNIKASI DENGAN RAKAN
3. CARA MEWUJUDKAN HUBUNGGAN KASIH SAYANG ANTARA SATU SAMA LAIN
4. SALING TOLONG MENOLONG SESAMA RAKAN

PENDAHULUAN

Saya Nor Amirah Sopiah Binti Rashid dan Siti Aisyah Binti Mohd Ziad. Kami dari Sekolah Kebangsaan
Taman Rinting 3 dan kami ditugaskan untuk menghasilkan e-book bertemakan SUARA KAMI # KITAKAN
SAHABAT. Dalam kehidupan seharian, hubungan sesama rakan sekolah amat penting terutamanya
dalam membentuk sahsiah dan peribadi seseorang. Sehubungan dengan itu, amat penting bagi kami
sebagai Pembimbing Rakan Sebaya berperanan agar dapat membantu rakan-rakan yang lain terutama
yang memerlukan bantuan dan pertolongan.

1. Menjaga Hubungan sesama rakan
Sebagai seorang pembimbing rakan sebaya, kami perlu peka dengan perasaan rakan-rakan lain dan
keadaan sekeliling agar kami dapat memastikan hubungan sesama rakan dapat dijaga dengan baik dan
kami perlu peka dengan tingkah laku rakan-rakan yang mempunyai masalah yang perlu diselesaikan.

2. Cara berkomunikasi dengan rakan
Cara berkomunikasi dengan rakan amat penting sebagai Pembimbing Rakan Sebaya. Di antara peranan-
peranan kami ialah memilih kata-kata yang baik, berkomunikasi bermuka dengan salam, bercakap
dengan sopan dan lemah lembut ,berkomunikasi mengikut keperluan dan tidak boleh menyakitkan hati
orang lain.

3. menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat
Sebagai pembimbing rakan sebaya, menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat merupakan
peranan amat penting. Ini kerana, tugas kami bukan sekadar dalam membantu pihak kaunseling di
sekolah, malah kami juga merupakan model insan kepada rakan-rakan yang lain. Sekiranya sikap
mementingkan dalam memilih rakan akan memberi kesan kepada rakan-rakan yang lain terutama yang
memerlukan pertolongan dan bantuan.

4. Saling tolong menolong sesama rakan
Sikap tolong menolong sesama rakan amat penting dalam tugas kami sebagai pembimbing rakan
sebaya. Sikap ringan tulang sudah sebati di dalam diri kami untuk membantu rakan-rakan dan guru
sekolah dalam memastikan setiap program yang dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar.

Sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, kita semua adalah sahabat tidak kira jantina atau bangsa dan saling
memerlukan di antara satu sama lain dan kami berperanan dalam memastikan hubungan sesama rakan
dapat dijaga agar dapat mewujudkan persekitaran yang baik dan terjaga.


Click to View FlipBook Version