UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK TAMAN RINTING 3
PELAKSANAAN SARINGAN MINDA SIHAT TAHUN 5 DAN 6
DALAM KEBIASAAN BAHARU 2021
PANDUAN MURID UNTUK
MENJAWAB SARINGAN MINDA
SIHAT
PENGENALAN
• Selamat datang ke sesi bimbingan Saringan Minda Sihat
Kebiasaan Baharu Tahun 2021
• Apa khabar semua ?
• Cikgu berharap semua murid berada dalam keadaan sihat dan
bersedia mengikuti saringan minda sihat.
• Untuk makluman semua murid, saringan minda sihat
dilaksanakan bagi mendapat maklum balas untuk menyediakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang memenuhi
keperluan semasa murid.
• Maklum balas yang diberikan ini penting kepada kami Guru
Bimbingan dan Kaunseling dalam membantu menyokong
kesejahteraan diri anda.
• Di samping itu juga, maklum balas yang diberikan dapat
membantu cikgu menyediakan intervensi berfokus kepada
murid yang memerlukan.
• Semua murid diminta berada dalam keadaan tenang, selesa
dan memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang saringan
minda sihat dilaksanakan.
• Sila baca penyataan atau soalan dengan teliti
• Jawab setiap penyataan atau soalan dengan hati yang terbuka
dan juju berdasarkan situasi yang dihadapi. Ingat, bagi setiap
soalan tiada jawapan betul atau salah. Ini bukan ujian atau
peperiksaan
• Masa yang diperuntukan adalah seperti berikut :
i. Masa untuk membaca tatacara atau panduan 15 minit.
ii. Kemudian anda perlu mengakses laman sesawang
https://sepkm.com/msihat
iii. 30 minit diberikan untuk murid menjawab saringan
minda sihat secara dalam talian.
SEMASA SARINGAN MINDA SIHAT
Baiklah, cikgu menerangkan panduan mengakses SePKM (bantuan
paparan power point)
1. Mula-mula taip alamat laman web ini
https://sepkm.com/msihat
2. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan / mykad
3. Jawab soalan keselamatan yang diberikan
4. Anda semua sudah bersedia? Sila klik gambar tangan.
5. Sila jawab soalan / penyataan yang diberikan. Jawab dengan
tenang dan teliti.
6. Sesiapa yang memerlukan bantuan cikgu sedia membantu
SEMASA SARINGAN MINDA SIHAT
3 BAHAGIAN DALAM MINDA SIHAT YANG PERLU DIISI/ DIJAWAB
1. Senarai semak keperluanmurid dalam kebiasaan baharu (YA
/ TIDAK)
2. Instrumen Whooley (PHQ-2)
3. Instrumen pengurusan emosi. (YA/ TIDAK)
Setelah selesai menjawab semua soalan, paparan
dashboard akan menunjukkan anda telah selesai
melaksanakan Saringan Minda Sihat
1. Klik OK
➢ Terima Kasih atas kerjasama yang diberikan.
➢ Jaga diri dan kesihatan dengan baik.