The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL NAJWA, 2023-11-13 05:23:52

BAGAIMANA KONSEP SCAFFOLDING DALAM TEORI VYGOTSKY DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK MURID PENCAPAIAN RENDAH

GGGB 5222: PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Keywords: psikologi,scaffolding,pencapaian akademik

FAKULTI PENDIDIKAN NAMA KURSUS: GGGB 5222: PSIKOLOGI PENDIDIKAN TUGASAN (PERBINCANGAN TOPIK 4): BAGAIMANA KONSEP SCAFFOLDING DALAM TEORI VYGOTSKY DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK MURID PENCAPAIAN RENDAH PENSYARAH: PM DR. KU SUHAILA KU JOHARI DISEDIAKAN OLEH: NURUL NAJWA BINTI MOHD ASRI (P123807) KELAS: SET 16 TARIKH SERAHAN 29 DISEMBER 2022


ii SENARAI KANDUNGAN Bil. Kandungan Muka Surat 1.0 PENGENALAN 1 1.1 Konsep Perancah (Scaffolding) 2 2.0 BAGAIMANA KONSEP SCAFFOLDING DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK MURID PENCAPAIAN RENDAH 3 3.0 FAEDAH-FAEDAH SCAFFOLDING 8 4.0 PENUTUP 9 5.0 RUJUKAN 9


1 1.0 PENGENALAN Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting kepada sesebuah negara untuk membangunkan dan melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukan sahaja dalam bidang akademik malah cemerlang juga dalam segala aspek kehidupan. Tidak dinafikan, setiap ibu bapa menginginkan anak-anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dan memberangsangkan dalam akademik serta dalam lain-lain bidang yang diceburi. Pada masa kini, kerajaan juga sentiasa memberikan perhatian yang serius kepada pencapaian akademik pelajar sama ada di sekolah mahupun di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta. Ibu bapa, guru-guru, pihak sekolah dan kerajaan semua memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan prestasi atau pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan juga bidang-bidang yang lain. Hal ini kerana, generasi muda ini merupakan modal insan yang amat berharga kepada negara kerana mereka adalah pemancu dan peneraju tapak kepimpinan negara pada masa akan datang. Pencapaian akademik merupakan elemen yang amat penting dan sangat ditititberatkan oleh masyarakat dalam konteks kehidupan hari ini yang berorientasikan pendidikan (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 2011). Menurut Carter V. Good (1973) dan Abdul Jalil (1997), pencapaian adalah penyelesaian dan kecekapan yang diperolehi dalam sesuatu kemahiran, pengetahuan atau kemajuan yang diperolehi secara semulajadi yang tidak terlalu bergantung kepada kecerdasan akal fikiran sahaja. Jadi tidak hairanlah jika isu kecemerlangan akademik murid-murid sekolah serta pelajar di peringkat pengajian tinggi menjadi isu perbincangan yang hangat diperkatakan serta mencuri perhatian masyarakat mahupun media setiap masa. Menurut Hafiz (2015), pencapaian akademik pelajar adalah sesuatu perkara yang dicapai pada tahap kemajuan melalui usaha dan ketekunan individu terhadap penguasaan ilmu atau kemahiran yang dipelajarinya berdasarkan kepada nilai mata yang dikumpulkan. Namun, faktorfaktor seperti persekitaran tempat belajar, gaya keibubapaan, gaya pembelajaran dan lain-lain faktor luaran dan faktor dalaman juga boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dari semasa ke semasa (Muhamad Shafiq & Noraini 2018). Faktor dalaman seperti faktor diri sendiri; manakala faktor luaran seperti sistem pendidikan, guru-guru, kemudahan di sekolah, ibu bapa dan persekitaran keluarga merupakan desakan dan elemen luar yang banyak mendorong dan membantu pelajar untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam akademik. (Jia Chzin & Shahlan 2021).


2 Teori Vygotsky banyak diterapkan dan diaplikasikan dalam bilik darjah. Guru bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing, serta kaedah pengajaran yang digunakan lebih berfokus kepada perkembangan murid-murid sehingga mereka dapat berkembang secara langsung dan dapat menyelesaikan tugasan tanpa memerlukan bantuan orang lain. 1.1 Konsep Perancah (Scaffolding) Konsep scaffolding di dalam teori kognitif Vygotsky merupakan sokongan sosial dimana muridmurid mendapat bantuan daripada orang dewasa ataupun orang yang lebih mahir seperti guru dengan memberi bantuan serta tunjuk ajar yang diperlukan oleh murid itu untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang menjangkaui kemampuan mereka jika dilakukan secara bersendirian. (Wood et al. 1976). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), konsep scaffolding ini merujuk kepada bimbingan oleh orang dewasa, iaitu guru melaluisoalan-soalan yang berfokus dan interaksi yang bersifat positif diantara guru dengan murid. Guru berperanan sebagai perancah hanya perlu memberikan sokongan dan bimbingan yang minimum dan yang penting sahaja bagi membolehkan murid tersebut berjaya. Apabila kemahiran tersebut telah berjaya dikuasai oleh murid tersebut, maka guru bolehlah berhenti memberi bantuan kepada murid itu lagi. Oleh sebab itu, amat penting bagi seseorang guru itu untuk mempunyai kemahiran yang lebih tinggi daripada murid atau orang yang akan dibantu itu agar dapat mencabar mereka untuk lebih berusaha mencapai ke tahap kebolehan yang lebih tinggi. Dari sudut pandangan sosial konstruktivisme pula, scaffolding merupakan interaksi antara murid-murid dengan guru yang dapat membantu murid-murid mengembangkan maklumat penting, kemahiran dan perangai yang dirasakan berguna kepada mereka (Vygotsky 1980; Wertsch et al. 1980). Konsep scaffolding ini semakin berkembang dimana murid bukan sahaja menerima bantuan daripada guru-guru malah mereka juga menerima bantuan daripada rakan-rakan mereka yang lebih berpengetahuan dan berilmu yang dapat membantu murid-murid tersebut menyelesaikan tugasan yang menjangkau kemampuan mereka semasa di dalam kelas (Kim and Hannafin 2011b). Scaffolding dikenal pasti sebagai bantuan mentor yang penting dalam membantu murid melaksanakan tugasan dengan baik selain daripada faktor dorongan yang konsisten (Leonardo, 2020). Pendapat ini disokong oleh Chatraporn Piamsai (2020) di mana scaffolding memainkan


3 peranan yang sangat penting dalam penguasaan bahasa dan penulisan terutama kepada kumpulan murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran menulis. Pelajar yang berprestasi rendah sangat memerlukan bantuan dan bimbingan yang terancang serta terperinci daripada guru mereka untuk meningkatkan pencapaian mereka (Vasudevan 2017). 2.0 BAGAIMANA KONSEP SCAFFOLDING DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK MURID PENCAPAIAN RENDAH Menurut Wood, Brunner & Ross (1976), teknik scaffolding merupakan teknik pengajaran yang membimbing dan menyokong kanak-kanak dengan bantuan individu yang lebih berkemahiran dan berpengetahuan contohnya seperti ibu bapa, guru serta rakan sebaya dalam memberi bantuan kepada kanak-kanak itu dalam menyelesaikan tugasan yang sukar diselesaikannya sendiri. Bimbingan dan sokongan yang diberikan itu adalah berbentuk sementara dan akan dikurangkan secara beransur-ansur apabila tahap kemahiran kanak-kanak semakin meningkat dan mampu untuk menyelesaikan tugasan tersebut dengan sendiri (Siti Sharipah 2020). Terdapat lima (5) jenis teknik scaffolding yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah iaitu pemodelan (modelling), memberi penerangan, menanya soalan, adaptasi bahan instruksional dan sedia membantu dan memberi panduan. (Shahabudin, Rohizani & Mohd Zohir 2007). Manakala menurut Albert (2011), terdapat enam (6) jenis teknik scaffolding yang boleh dilaksanakan oleh guru iaitu dengan cara tunjuk dan sebut (show and tell), memanfaatkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak (tap into prior knowledge), beri masa untuk kanak-kanak bercakap (give time to talk), perbendaharaan kata awal (pre-teach vocabulary), gunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) (use visual aids) dan berhenti sejenak, kemukakan soalan, berhenti sejenak dan semak semula (pause, ask questions, pause, review) (Siti Sharipah 2020). Teknik scaffolding yang pertama sesuai digunakan dalam bilik darjah bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik murid pencapaian rendah ialah dengan cara tunjuk dan sebut (show and tell). Teknik tunjuk dan sebut atau dikenali juga sebagai teknik pemodelan merupakan


4 teknik pembelajaran scaffolding yang dapat mengubah tingkah laku murid-murid melalui pemerhatian dan peniruan. Pembelajaran secara memerhati ini lebih berkesan jika dibandingkan pembelajaran dengan hanya sekadar mendengar. Untuk membantu murid-murid yang lemah dalam akademik, guru perlu menekankan pengajaran dengan cara tunjuk ajar atau mendemonstrasikan kepada murid-murid dan diikuti dengan sedikit penerangan. Sebagai contoh, untuk projek sains guru akan menunjukkan model beserta carta kriteria model beserta penerangan ringkas sebelum mengarahkan murid-murid untuk menjalankan eksperimen ke atas projek sains tersebut. Muridmurid akan lebih mudah faham jika guru dapat mendemonstrasikan atau menunjuk terlebih dahulu sesuatu kaedah atau perkara yang akan diajarkan sebelum mengarahkan murid-murid untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Guru akan membimbing murid-murid selangkah demi selangkah sepanjang proses eksperimen projek sains itu dijalankan agar murid-murid dapat menggunakan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan tugasan tersebut berpandukan kepada keterangan guru serta dapat mengalakkan murid-murid untuk bertanya kepada guru atau rakan sebaya yang lebih mahir jika mereka masih kurang jelas atau menghadapi masalah dengan tugasan itu. Teknik scaffolding yang kedua untuk meningkatkan pencapaian akademik murid pencapaian rendah ialah dengan cara memanfaatkan pengetahuan sedia ada murid-murid (tap into prior knowledge). Guru akan meminta murid-murid untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang mereka telah tahu yang berkaitan dengan pembelajaran mereka itu terlebih dahulu dan mengaitkan kandungan pembelajaran dengan kehidupan seharian mereka. Peranan guru sebagai moderator atau fasilitator memerlukan guru untuk membimbing murid-murid secara minimum dan bukan terus menerus memberi ilmu tanpa murid-murid perlu berfikir dan berusaha sedikit pun. Untuk memberi gambaran awal kepada murid-murid tentang pengajaran yang akan dijalankan itu, guru perlulah memberi sedikit klu, petunjuk atau cadangan yang dapat mendorong murid-murid untuk mengingat kembali pengalaman atau pengetahuan yang sedia ada mereka itu. Sekali mereka sudah dapat mengingat kembali pengetahuan yang sedia ada itu, akan dapat membantu muridmurid untuk berfikir secara kritis dan kreatif disamping itu teknik ini amat bagus dipraktikkan dalam PdP kerana dapat menggalakkan murid-murid menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) secara tidak langsung. Seterusnya ialah dengan cara memberikan masa untuk murid-murid bercakap (give time to talk) ataupun guru bertanyakan soalan. Guru hendaklah menyoal atau bertanya kepada muridmurid setelah melakukan kaedah pemodelan dan memberi penerangan. Murid-murid memerlukan


5 masa untuk mereka memproses maklumat yang telah diajarkan itu agar segala ilmu yang disampaikan oleh guru dapat difahami dan diingati. Guru tidak boleh terus menerus memberikan input pembelajaran tanpa memberikan ruang kepada murid-murid untuk bertanya dan memproses maklumat tersebut kerana ingin mengejar dan menghabiskan pengajaran yang dirancang oleh guru itu. Bagi murid-murid yang perlahan atau kurang mahir, mereka memerlukan ruang untuk memahami dan mengingati setiap pembelajaran yang diajarkan. Sebagai contoh, guru memberi ruang dan sedikit masa kepada murid-murid dengan memberi soalan mudah yang berkaitan pembelajaran untuk diselesaikan segera dengan mengarahkan murid-murid untuk berbincang sesama mereka atau bertanyakan kepada guru dan jawapan dibincangkan secara langsung sebelum meneruskan pengajaran seterusnya. Tujuannya adalah untuk memastikan semua murid-murid faham dengan pembelajaran yang diajarkan itu dan tidak hanya tertumpu kepada murid yang berkemahiran atau cemerlang sahaja. Dengan menggalakkan murid-murid bertanya, akan membuatkan murid-murid rasa lebih yakin dan selesa dengan guru serta rakan sebaya mereka yang lebih mahir dan akan dapat membantu murid pencapaian rendah memahami konten pembelajaran seperti murid-murid yang lain dan sekaligus dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka secara tidak langsung kerana mereka juga telah dapat menguasai kefahaman pembelajaran tersebut. Teknik scaffolding yang keempat untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik murid pencapaian rendah ialah dengan cara perbendaharaan kata awal (pre-teach vocabulary). Murid-murid akan berasa mudah bosan, berasa mengantuk serta hilang minat dan tumpuan semasa guru mengajar jika terma-terma, kosa kata, konten dan bahasa yang digunakan terasa asing dan sukar difahami oleh murid-murid. Sebagai guru yang baik, kaedah pengajaran yang digunakan mestilah dipelbagaikan sesuai dengan semua tahap penguasaan murid, terutamanya bagi muridmurid yang lemah dan lambat belajar. Guru perlu menerangkan terlebih dahulu perbendaharaan kata atau perkataan-perkataan yang jarang digunakan itu satu persatu agar murid-murid dapat memahami maksud dan penggunaan perbendaharaan kata tersebut dalam mengaitkannya dengan topik yang diajarkan itu. Perbendaraan kata awal ini biasanya digunakan dalam subjek bahasa seperti Bahasa Melayu dan Inggeris serta subjek sains dan matematik yang banyak menggunakan terma-terma kata yang jarang digunakan dalam perbualan harian. Sebagai contoh, bagi murid tahap satu, guru perlu menunjukkan perbendaharaan kata awal menggunakan bahan bergambar seperti kad gambar ataupun bahan-bahan yang murid boleh faham dan menarik perhatian mereka. Bagi masa mereka berbincang dalam kumpulan kecil atau perbincangan dalam bilik darjah berkaitan


6 perbendaharaan kata tersebut mengikut kefahaman mereka sebelum mereka dibenarkan merujuk atau menggunakan kamus untuk membandingkan definisi jawapan yang telah mereka perolehi itu. Dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seperti penggunaan permainan (games) akan dapat menarik minat serta tumpuan pelajar untuk menguasai topik mata pelajaran yang diajarkan itu. Apabila murid-murid merasa gembira, selesa dan minat dalam sesuatu perkara, mereka akan memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap mata pelajaran yang diminati itu dan sekaligus membantu dalam meningkatkan pencapaian akademik murid tersebut. Teknik scaffolding yang kelima bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik murid pencapaian rendah ialah dengan cara menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) (use visual aids). Penggunaan bahan mengajar berbentuk grafik, gambar dan carta semua ini merupakan contoh kaedah pengajaran yang menggunakan konsep scaffolding. Semasa guru memberi penerangan atau memulakan sesuatu pengajaran, suasana di dalam bilik darjah haruslah selesa dan kondusif serta berbantukan penggunaan BBM. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses PdP adalah amat penting bagi setiap guru untuk memastikan penyampaian maklumat yang berkaitan mata pelajaran yang diajarkan adalah lebih jelas dan sistematik serta dapat menarik minat murid-murid untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih baik dan menunjukkan minat yang tinggi dalam proses PdP tersebut. BBM dapat membantu murid-murid mengambarkan idea, mengumpul dan menyusun maklumat dan konsep mata pelajaran yang diajarkan dengan mudah dan tersusun. Selain itu, penggunaan BBM ini juga adalah satu cara untuk meningkatkan pencapaian dan kejayaan murid-murid dalam bidang akademik kerana tanpa penggunaan BBM, proses PdP akan menjadi kurang berkualiti dan efektif sekaligus akan menyebabkan penurunan pencapaian akademik murid-murid. Menurut Noordin & Zainal Abiden (2010), guru dapat menghasilkan pelbagai BBM yang sesuai dan menarik serta dapat menjana idea yang bernas untuk menentukan aktiviti yang lebih kreatif di dalam PdP dan di samping menggunakan BBM yang betul, praktikal dan berinovasi akan dapat membantu meningkatkan pencapaian dan kejayaan murid-murid dalam akademik (Noorazman et al. 2018). Guru-guru memainkan peranan penting dalam proses PdP bagi melaksanakana pengajaran abad ke 21 seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysian (KPM) dalam memastikan prestasi dan pencapaian murid-murid berada di tahap yang memberangsangkan. Bahan bantu mengajar yang sering kali digunakan dalam proses PdP adalah dengan penggunaan teknologi seperti slaid, video pembelajaran, komputer riba, smartphone, skrin pemancar dan banyak lagi.


7 Akhir sekali, teknik scaffolding yang dapat digunakan dalam bilik darjah untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik murid pencapaian rendah ialah dengan cara “berhenti sejenak, kemukakan soalan, berhenti sejenak dan semak semula” (pause, ask questions, pause, review). Teknik scaffolding ini amat penting dan perlu digunakan dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini membantu guru untuk mengesan dan mengetahui sama ada murid-murid faham atau sebaliknya dengan apa yang telah diajarkan oleh guru itu. Teknik ini biasa digunakan apabila guru mengajarkan topik yang baru dan belum dikuasi oleh murid-murid lagi. Dengan kaedah memberi penerangan dan berhenti sekejap untuk kemukakan soalan atau pertanyaan kepada murid-murid dan meneruskan lagi penerangan serta menyemak murid-murid dengan menyoal lagi atau bertanyakan soalan akan dapat membuatkan murid-murid berfikir secara kritis dan berterusan. Sebagai contoh, guru menyuruh murid-murid membacakan petikan yang diberikan dalam buku teks, kemudiannya guru menyuruh murid-murid berkongsikan apa yang dia faham dan dapat melalui pembacaan petikan tersebut. Setelah itu, guru memberikan masa kepada muridmurid untuk menjawab soalan yang diajukannya melalui perbincangan dalam bilik darjah atau berkumpulan dan kemudian setelah tempoh masa yang diberikan berakhir, murid-murid bersedia untuk memberikan jawapan kepada setiap soalan yang telah diajukan tadi. Jenis soalan yang biasa digunakan dalam teknik ini mestilah soalan jenis yang terbuka (open-ended), spesifik dan terarah. Murid-murid perlukan masa untuk berfikir dan mengingat kembali apa yang telah diajarkan. Oleh sebab itu, teknik scaffolding ini penting untuk membantu murid-murid memberikan tumpuan yang berkualiti serta terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Guru akan membimbing murid-murid secara minimum dan mereka perlu melaksanakan tugas atau perbincangan sama ada secara berpasangan ataupun dalam kumpulan kecil. Teknik pengajaran dan pembelajaran secara scaffolding mungkin sedikit memperlahankan proses PdP namun keputusan di akhir pengajaran itu adalah lebih penting kerana melalui penggunaan teknik scaffolding ini akan dapat membantu dan memberikan impak dan keputusan yang amat membuahkan hasil dan berkualiti kepada murid-murid serta terhadap guru juga secara tidak langsung.


8 3.0 FAEDAH-FAEDAH SCAFFOLDING Antara faedah-faedah yang guru dapat melalui penggunaan konsep scaffolding dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang pertamanya ialah guru dapat mengenalpasti sejauh mana kebolehan dan potensi murid untuk menerima pembelajaran. Guru bertindak sebagai bantuan perancah membantu dan membimbing murid-murid yang tidak dapat melaksanakan tugasan yang diberikan seorang diri tanpa bantuan orang yang berkemahiran seperti guru atau rakan sebaya. Melalui teknik-teknik scaffolding yang digunakan dalam proses PdP seperti yang telah diterangkan di atas akan dapat membantu guru untuk mengesan murid yang lemah dan memerlukan bimbingan scaffolding. Apabila masalah ini dapat dikenalpasti, murid tersebut akan dibantu dan sekaligus memyumbang kepada peningkatan pencapaian akademik mereka. Selain itu, faedah penggunaan konsep scaffolding dalam pembelajaran juga ialah guru dapat memberikan arahan yang tepat dan jelas kepada murid secara individu. Setelah guru dapat mengenalpasti murid yang memerlukan bimbingan dan bantuan, teknik atau kaedah pengajaran guru sedikit sebanyak akan berubah kerana perbezaaan tahap pemahaman dan kecerdasan muridmurid di dalam satu bilik darjah. Guru tidak boleh hanya memikirkan untuk menghabiskan silibus, tetapi guru perlu memikirkan cara atau kaedah yang bersesuaian diajarkan agar semua murid terutamanya yang berada di tahap rendah atau lemah untuk memahami pembelajaran seperti rakan mereka yang lain. Apabila guru telah mengenalpasti murid yang perlu diberikan perhatian yang lebih, maka guru mestilah menyediakan arahan secara berbeza dan berbagai semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan pelbagaikan teknik yang dapat menarik minat dan membantu murid yang ditahap lemah atau renadah memahami mata pelajaran yang diajarkan itu dengan mudah dan jelas. Apabila teknik scaffolding dilaksanakan, maka peratusan murid yang lemah atau gagal dapat dikurangkan atau diatasi secara efektif. Pencapaian murid-murid dalam akademik akan meningkat apabila mereka seronok dan faham dengan apa yang diajarkan di sekolah. Hal ini akan dapat membantu murid untuk lebih peka dan fokus semasa proses PdP berlangsung dan sekaligus meningkatkan kefahaman mereka dalam mata pelajaran yang diajarkan. Selain itu, penggunaan scaffolding juga dapat dikurangkan secara beransur-ansur apabila murid telah menguasai pengetahuan tersebut dan dapat melaksanakan tugasan yang diberikan sendiri tanpa memerlukan bantuan perancah lagi.


9 4.0 PENUTUP Scaffolding dalam pendidikan bermaksud memberi sokongan, bantuan dan bimbingan oleh guru kepada murid-murid di peringkat permulaan proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, guru tidak boleh memberikan scaffolding atau bantuan perancah secara berlebihan kerana ia akan memberi kesan yang negatif terhadap murid itu sendiri dimana mereka lebih banyak bergantung kepada guru dan gagal untuk berkembang serta tidak berupaya untuk melaksanakan tugasan secara bersendirian. Menggunakan teknik scaffolding dalam usaha meningkatkan atau menggerakkan potensi murid-murid ke tahap yang optimum adalah amat penting untuk meningkatkan pencapaian akademik murid terutamanya murid-murid pencapaian rendah. Melalui penggunaan konsep scaffolding atau perancah ini akan mengalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan sekaligus dapat membantu meningkatkan pencapaian murid-murid yang mempunyai pencapaian yang rendah sebelum ini. Selain itu, kemahiran sosial antara murid dan guru juga dapat ditingkatkan melalui interaksi semasa proses scaffolding itu berlaku. 5.0 RUJUKAN Alber R. 2014. 6 Scaffolding Strategies to Use with Your Students. https://www.edutopia.org/blog/scaffolding-lessons-six-strategies-rebecca-alber [28 Disember 2022]. Jia Chzin, D. & Surat, S. 2021. “Sorotan Literatur Bersistematik : Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6(12): 137-157. doi: 10.47405/mjssh.v6i12.1210 [18 Disember2022]. Muhamad Shafiq Mohd Razali & Noraini Abdol Raop. 2018. Mengenalpasti Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Sarjana Muda Psikologi, Kolej University Islam Melaka (KUIM). Jurnal Sains Sosial (7): 77-87. https://kuim.edu.my/journal /index.php/JSS/article/view/466 [17 Disember2022].


10 Noorazman Abd Samad, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Hairuddin Harun et al. 2018. BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) DAERAH PONTIAN. Online Journal for TVET Practitioners. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/ojtp/article/view/4808 [29 Disember 2022]. Nor Khayati Basir. Fatin Izati Mohd Taher & Zahratun Sakinah Jamaluddin. 2020. Penggunaan Teknik Scaffolding melalui Bimbingan Berkelompok dalam Meningkatkan Kualiti Tugasan Pelajar. Journal of Social Sciences and Technical Education 2(1). https://www.researchgate.net/publication/356082589 [18 Disember2022]. Shin S., Brush T. A. & Glazewski K. D. 2020. Examining the hard, peer, and teacher scaffolding framework in inquiry-based technology-enchanced learning environments : impact on academic achievement and group performance. https://doi.org/10.1007/s11423-020- 09763-8 [18 Disember2022]. Siti Sharipah Mohamad. 2020. Pemahaman Guru Tabika Terhadap Teknik Scaffolding Dan Pelaksanaannya Dalan Aktiviti Membaca. http://eprints.usm.my/51904/1/SITI%20SHARIPAH%20BT%20MOHAMAD%20- %20TESIS%20cut.pdf [26 Novermber 2022].


Click to View FlipBook Version