Sekapur Sirih dari Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Prai Tengah…
TN HJ SUHAIMI BIN ABDULLAH
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
SEBERANG PRAI TENGAH
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, buku
panduan ‘Sinergi 3P’ ini dapat dihasilkan dengan usaha kolaboratif Unit SISC+
Bahasa dan Sains Sosial bersama warga pendidik yang mengajarkan
matapelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Moral dari sekolah-
sekolah Prioriti DTP daerah ini.
Panduan pengajaran ‘Sinergi 3P’ yang menggunakan pendekatan ‘Interdisiplin
PdP’ diharapkan menjadi suatu intervensi bagi membantu murid-murid
Menengah Atas dalam menghadapi SPM. Seperti yang kita sudah ketahui, calon
SPM wajib menduduki kertas Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Moral
dimana, Bahasa Melayu dan Sejarah juga merupakan subjek wajib lulus bagi
mendapat sijil SPM. Oleh kerana itu, PdP bagi subjek-subjek tersebut perlulah
bermakna kepada murid supaya prestasi mereka sebagai calon SPM dapat
dilonjakkan dengan cemerlang.
Harapan saya agar buku panduan ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru di
sekolah-sekolah Prioriti DTP daerah ini khususnya dan semua guru yang
mengajarkan subjek-subjek Sinergi ini amnya.Semoga usaha kita untuk
membantu anak-anak didik kita akan lebih berjaya dan lebih cemerlang lagi.
Akhir kata, marilah kita sama-sama berusaha ke arah budaya kerja cemerlang
atau ‘high performance culture’ (HPC). Sentiasa ‘Kaizen, Think BIG dan Do It
Together’ demi kecemerlangan Pendidikan di Seberang Prai Tengah. Terima
kasih.
PELAN SINERGI 1
Link Video :
QR Code Video Misi Kemanusiaan Yaman
Gambar :
BAHASA MELAYU T5 :
Tema : Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
Tajuk : Misi Kemanusiaan
Standard Kandungan : 1.3 Mendengar dan memahami maklumat, fakta, idea dan hujah
dalam pelbagai wacana dan memberikan respons.
Standard Pembelajaran : 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta
hujah daripada pelbagai situasi dengan betul, tepat dan bermakna.
SEJARAH T5 :
Tema : Malaysia dan Masa Hadapan
Tajuk 15 : Malaysia di Persada Dunia
Standard Kandungan : 15.3 Kecemerlangan Malaysia di persada dunia (Bab 10.3)
Standard Pembelajaran : 15.3.3 Menjelaskan penglibatan rakyat dalam isu kemanusiaan
dan keamanan
MORAL T5 :
Bidang 7 : Moral dan Kenegaraan
Topik : Unit 12 Penglibatan Diri Peneraju Komuniti
Standard Kandungan : 7.1 Penglibatan Diri dalam Program Komuniti Bersama-sama
Badan Kerajaan atau Badan Bukan Kerajaan
Standard Pembelajaran : 7.1.1 Memberi contoh program komuniti yang boleh dilaksanakan
bersama-sama badan kerajaan atau badan bukan kerajaan.
Aktiviti Murid: Main Peranan berkaitan Misi Bantuan Kemanusiaan
Langkah 1 (induksi):
Guru memperlihatkan tayangan video dan poster misi kemanusiaan yang dibekalkan dalam
modul.
Langkah 2 (aktiviti utama) :
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu menghasilkan satu
skrip berkaitan misi kemanusiaan Malaysia. Skrip dihasilkan berdasarkan kreativiti dan idea
murid sendiri. Murid perlu melakonkan misi kemanusiaan Malaysia berdasarkan skrip yang
telah dicipta.
Langkah 3 (penutup) :
Guru sebagai pemudah cara untuk membimbing murid. Murid diberikan latihan/soalan struktur
sebagai aktiviti penggayaan.
Rujukan guru subjek : Pembelajaran terbeza berdasarkan kandungan - Murid akan
menggunakan skrip yang dihasilkan oleh murid lain untuk membuat lakonan.
Bahasa Melayu:
1. Latihan mendengar dan bertutur
2. kemahiran berbahasa 1.3 dan 1.3.2 – (5W1H & ayat tanya)
3. Kemahiran menulis 3.2 dan 3.2.1 (mencatat ayat tunggal dan ayat majmuk,
senaraikan kata majmuk, kata ganda, dan kata terbitan).
Sejarah :
1. Memerihalkan pengetahuan yang berkaitan dengan kecemerlangan Malaysia di
persada dunia.
2. Menilai kepentingan kecemerlangan Malaysia di persada dunia dalam membina
kemakmuran negara.
Pendidikan Moral :
1. Apakah nilai universal yang diamalkan oleh badan kerajaan dan bukan kerajaan
2. Ramalkan sekiranya diberi peluang menyertai misi bantuan kemanusiaan.
3. Huraikan kepentingan melibatkan diri dalam misi bantuan kemanusiaan.
4. Ramalkan kesan pengabaian tidak mengamalkan misi bantuan kemanusiaan.
PELAN SINERGI 2
Video 1 :QR Code Video Perbarisan Hari Kebangsaan 2022
Video 2 :QR Code Video Lagu Keranamu Malaysia
Gambar :
BAHASA MELAYU T5 :
Tema 13 : Sejarah dan Warisan
Tajuk : Simbol Kedaulatan Negara
3.0 Kemahiran Menulis
3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara terancang.
3.4.2 Menulis untuk menghuraikan perenggan isi secara kritis da kreatif dengan
menggunakan bahasa yang gramatis.
SEJARAH T5 :
Tema : Malaysia dan Masa Hadapan
Tajuk 12 : Pengukuhan Kedaulatan Negara
Standard Kandungan : 12.1 Konsep Kedaulatan Negara
Standard Pembelajaran :
12.1.1 Menyatakan konsep kedaulatan
12.1.2 Menerangkan ciri-ciri negara berdaulat
12.1.3 Menjelaskan akan pentingnya mewujudkan negara berdaulat
12.1.4 Menghuraikan Langkah-langkah pemerintah dan rakyat dalam mempertahankan
kedaulatan negara
PENDIDIKAN MORAL T5 :
Bidang 6: Jati Diri Moral
Topik : Unit 6 Pembangunan Negara Bertunjangkan Integriti
Standard Kandungan : 6.2 Integriti Demi Pembangunan Negara
Standard Pembelajaran :
6.2.1 Menjelaskan contoh integriti demi pembangunan negara
6.2.2 Mengenal pasti cara melaksanakan tanggungjawab dengan berintegriti demi
pembangunan negara.
Aktiviti Murid (Think-Pair-Share)
Langkah 1 :
Guru memperlihatkan video/bahan stimulus yang dibekal/dicadangkan dalam modul.
Langkah 2 (aktiviti utama berpasangan) :
Murid perlu mencatat maklumat berkaitan tajuk/topik yang berikut :
i. Konsep dan ciri-ciri negara berdaulat.
ii. Langkah-langkah mengekalkan kedaulatan negara.
iii. Membuat perkaitan dengan nilai universal kepentingan mempertahankan kedaulatan
negara. Maklumat perlu dicatat dalam bentuk peta i-think yang sesuai di atas kertas A4/kad
manila. Murid berkongsi maklumat yang diperoleh dengan rakan-rakan dihadapan kelas.
Langkah 3 (penutup) :
Guru sebagai pemudah cara membimbing murid. Murid diberikan soalan esei format SPM
sebagai aktiviti penggayaan dan pemulihan.
Bahasa Melayu
1. Murid dapat menghuraikan langkah-langkah mengekalkan kedaulatan negara (kelas
hadapan)
2. Murid menulis untuk menghuraikan perenggan isi secara kritis dan kreatif dengan
menggunakan bahasa yang gramatis (kelas sederhana).
3. Murid menulis perenggan pendahuluan yang mudah dengan menggunakan bahasa
yang gramatis ( PIP3- kelas lemah).
Sejarah
1. Murid perlu menjelaskan konsep dan ciri-ciri negara berdaulat.
2. Murid hendaklah menghuraikan langkah-langkah mempertahankan kedaulatan
negara.
Pendidikan Moral
1. Murid perlu mengaitkan dengan nilai-nilai universal.
2. Murid hendaklah menghuraikan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.
3. Ramalkan sekiranya mengabaikan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan
negara.
PELAN SINERGI 3
Video 1 :QR Code Video Lagu 1 Murid 1 Sukan
Video 2 :QR Code Buku Skrap Tokoh Sukan Malaysia
Gambar hari sukan sekolah masing-masing
BAHASA MELAYU T5 :
Tema 2 : Sukan dan Rekreasi
Tajuk : Sama tetapi tidak serupa & Bola yang meleret
3.0 Kemahiran Menulis
3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara terancang.
3.4.2 Menulis untuk menghuraikan perenggan isi secara kritis da kreatif dengan
menggunakan bahasa yang gramatis.
SEJARAH T5 :
Tema : Membina Kesejahteraan Negara
Tajuk 14 : Kemakmuran Negara
Standard Kandungan : 14.1 Membina Kesejahteraan Negara
Standard Pembelajaran :
14.1.1 Menyatakan usaha-usaha perpaduan dan integrasi nasional
14.1.7 Menerangkan kepentingan menjaga perpaduan dan keharmonian
PENDIDIKAN MORAL T5 :
Bidang 7 : Moral dan Kenegaraan
Topik : Unit 11 : Malaysia Unggul di Mata Dunia
Standard Kandungan : 7.4 Meningkatkan Pengiktirafan Dunia Terhadap Negara
Standard Pembelajaran :
7.4.1 Memerihalkan contoh kejayaan Malaysia yang dibanggakan di persada dunia
7.4.2 Menjelaskan cara mengharumkan nama negara di persada dunia
Aktiviti Murid Set 3 (Gallery Walk)
Langkah 1(set induksi) :
Murid diperlihatkan bahan stimulus yang dibekalkan (video lagu 1 murid,1 sukan/anyflip tokoh
sukan negara/gambar hari sukan sekolah)
Langkah 2 (aktiviti utama):
i. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. (ikut kesesuaian jumlah murid)
ii. Setiap kumpulan berbincang dan mencatatkan maklumat tentang kepentingan
sukan membentuk perpaduan serta kepimpinan dalam diri.
iii. Setiap wakil murid perlu mencatat maklumat tersebut di atas kertas
mahjong/manila/kertas A4 dalam bentuk peta i-think.
iv. Tampalkan maklumat hasil perbincangan didalam sudut kelas.
v. Setiap kumpulan bergerak dan meneliti maklumat hasil perbincangan kumpulan.
Langkah 3 (penutup) :
Guru sebagai pemudah cara meminta murid membuat rumusan dan membimbing guru. Murid
diberikan soalan esei dan struktur format SPM sebagai penggayaan dan pemulihan.
Bahasa Melayu
1. Murid dapat menulis perenggan pendahuluan karangan berdasarkan sukan sebagai
alat perpaduan (PIP3- kelas lemah).
2. Murid dapat menulis perenggan isi secara terancang (kelas sederhana).
3. Murid dapat menulis karangan yang lengkap dengan menggunakan ayat yang
gramatis ( kelas cemerlang ).
4. Murid dapat menulis 3 ayat tunggal dan kosa kata yang menarik ( kelas lemah).
Sejarah
1. Murid dapat menjelaskan manfaat sukan bagi mengukuhkan hubungan perpaduan
kaum.
2. Murid dapat mengetahui kewujudan majlis-majlis sukan Malaysia dan peranannya.
3. Murid dapat menyenaraikan/mengenalpasti kepentingan sukan untuk mewujudkan
perpaduan kaum dan kesejahteraan negara.
Pendidikan Moral
1. Murid perlu mengaitkan dengan nilai-nilai universal.
2. Murid dapat membentuk personaliti berkualiti melalui bidang kesukanan.
3. Murid dapat melatih rasa tanggungjawab melibatkan diri mewakili dan
mengharumkan nama negara
4. Murid dapat mengetahui kepelbagaian bidang terutama bidang kesukanan yang
boleh memupuk semangat perpaduan kaum.
5. Murid dapat mewujudkan kemakmuran dan keamanan dalam kehidupan sejagat.
PELAN SINERGI 4
BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
TEMA : PENTADBIRAN DAN POLITIK
Tajuk: Bumi Hangus
Standard Kandungan : 5. 2 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai
dalam pelbagai bidang.
Standard Pembelajaran : 5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja
dengan betul mengikut konteks.
Aktiviti :
Langkah 1 : Set induksi
1.Pelajar meneliti dan membaca bahan stimulas.
Semasa Zaman Darurat, PKM melancarkan keganasan mulai pertengahan tahun
1948. Mereka membunuh pengurus-pengurus ladang berbangsa Eropah, mensabotaj
kemudahan asas, mengebom landasan kereta api, memusnahkan ladang getah dan
lombong, menyerang balai-balai polis dan anggota-anggota pasukan keselamatan. Untuk
melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu, mereka menjalankan operasi yang digelar ‘Bumi
Hangus’.
Sumber : https://premium.sinarharian.com.my
Langkah 2 : Aktiviti utama
2.Pelajar diminta untuk melakarkan satu kata kerja secara berpasangan bagi
menunjukkan pemahaman pelajar.
3. Pelajar dikehendaki mengenal pasti enam kata kerja berdasarkan petikan.
4. Pelajar perlu membina satu ayat sendiri daripada setiap kata kerja tersebut untuk
menunjukkan bahawa pelajar faham akan maksud dan penggunaannya.
Langkah 3 : Penutup
5. Perbincangan jawapan yang betul dan semakan.
6.Pelajar akan menjalankan aktiviti “Share your View” untuk menunjukkan
pemahaman mereka tentang topik yang dipelajari.
Aktiviti penggayaan : Pelajar akan mencari kata kerja berdasarkan petikan surat
khabar.
SEJARAH TINGKATAN 4
TEMA: PEMBINAAN NEGARA
Tajuk 10 : Perjuangan Rakyat Ke Arah Kemerdekaan Tanah Air
Standard Kandungan : 10.5 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan
Darurat
Standard Pembelajaran : 10.5.2 Menerangkan Ancaman Dan Keganasan Komunis
di Negara Kita.
Semasa Zaman Darurat, PKM melancarkan keganasan mulai pertengahan tahun
1948. Mereka membunuh pengurus-pengurus ladang berbangsa Eropah, mensabotaj
kemudahan asas, mengebom landasan kereta api, memusnahkan ladang getah dan
lombong, menyerang balai-balai polis dan anggota-anggota pasukan keselamatan. Untuk
melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu, mereka menjalankan operasi yang digelar ‘Bumi
Hangus’.
Sumber : https://premium.sinarharian.com.my
Langkah 1 : Set induksi
1.Pelajar meneliti dan membaca stimulus yang diberikan.
Langkah 2 : Aktiviti utama
2. Pelajar dikehendaki mencari pasangan dan melakonkan tindakan yang dilakukan oleh
komunis.
3. Pelajar diberikan soalan KBAT dan berbincang secara pasangan untuk menjawab soalan
yang diberikan.
Berdasarkan petikan di atas, bagaimanakah komunis menggugat keamanan negara dan
huraikan kepentingan memelihara keamanan negara.
Langkah 3 : Penutup
4. Perbincangan jawapan dan semakan oleh guru.
Cadangan soalan SPM:
1. Terangkan langkah- langkah yang telah diambil oleh komunis dalam usaha untuk :
i) Melumpuhkan ekonomi negara ( 4 Markah)
ii) Merosakkan infrastruktur (4 Markah)
BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
TEMA : PELANCONGAN
Tajuk : Mata Wang Malaysia
Standard Kandungan : 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara
terancang
Standard Pembelajaran : 3.4.3 Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis
karangan yang lengkap dengan menggunakan bahasa
berbudaya.
Kemahiran : Menulis
Aktiviti :
Langkah 1: Set induksi
1. Guru menunjukkan wang kertas RM10 dan RM20 kepada pelajar. Pelajar yang
mempunyai wang tesebut boleh keluarkan untuk diteliti.
2. Pelajar diminta meneliti wang kertas tersebut dan menyatakan dua keistimewaan
Malaysia yang menjadi tarikan pelancong pada wang kertas tersebut.
3. Guru mendengar jawapan pelajar dan mendedahkan jawapan yang betul.
Langkah 2 : Aktiviti utama
1. Guru menayangkan video cuti-cuti Malaysia kepada pelajar.
https://youtu.be/tYQ6CJAvKDA
2. Pelajar dikehendaki menceritakan pengalaman bercuti
bersama-sama keluarga.
3. Pelajar diminta untuk memilih destinasi pelancongan yang diminati
mengikut lokasi seperti tanah tinggi, tepi pantai atau kepulauan, hutan simpanan dan
tempat bersejarah serta bandar raya.
4. Pelajar diberikan tugasan menulis sebuah karangan tidak berformat dan perlu berbincang
isi penting dalam kumpulan masing-masing.
5. Pelajar diberikan soalan berikut dan menyiapkannya dalam masa yang
ditetapkan.
Contoh soalan:
Kajian mendapati aktiviti pelancongan sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan
tubuh badan seseorang. Melancong bukan sahaja dapat memberikan kita peluang
untuk mengembara ke tempat baharu, tetapi juga kita akan memperoleh pelbagai
pengalaman menarik, mengenali budaya yang berbeza dan menambah kenalan
baharu.
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada *Kebaikan melancong yang anda perlu
tahu." laman sesawang www.aia.com.my
Sektor pelancongan telah menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara Malaysia.
Pertambahan bilangan pelancong domestik telah menunjukkan bahawa rakyat sedar
kebaikan-kebaikan yang diperoleh daripada aktiviti ini.
Bincangkan faedah-faedah aktiviti pelancongan kepada setiap individu.
Langkah 3 : Penutup
1. Pelajar dalam aktiviti “ Gallery Walk” akan membentangkan hasil perbincangan isi
penting kumpulan masing-masing.
2. Penilaian akan dibuat oleh ahli kumpulan yang lain.
Aktiviti penggayaan: Pelajar akan menghasilkan sebuah buku skrap tentang tempat-tempat
menarik di Malaysia.
SEJARAH TINGKATAN 5
TEMA : MALAYSIA DAN MASA HADAPAN
Tajuk 12 : Pengukuhan Kedaulatan Negara
Standard Kandungan :12.4 Sistem Persekutuan (Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri)
Standard Prestasi : K12.4.7 Mentafsir kepentingan sikap kerjasama Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri .
Aktiviti:
Langkah 1 : Set induksi
1. Guru menunjukkan wang kertas RM10 dan RM20 kepada pelajar. Pelajar yang
mempunyai wang tesebut boleh keluarkan untuk diteliti.
2. Pelajar diminta meneliti wang kertas tersebut dan menyatakan dua khazanah alam yang
terdapat pada wang kertas tersebut.
3. Guru mendengar jawapan pelajar dan mendedahkan jawapan yang betul.
Langkah 2 : Aktiviti utama
1. Pelajar meneliti dan membaca petikan yang dikemukakan.
2. Pelajar perlu mengeluarkan isi penting mengenai peranan masyarakat dan negara
melindungi khazanah alam semulajadi.
3. Perbincangan isi dan pelajar menulis esei KBAT.
Bincangkan usaha masyarakat dan negara dalam melindungi Khazana semulajadi.
TAWAU: Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha melindungi khazanah alam semulajadi yang
terdapat di dalam negeri daripada diceroboh oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, kerajaan berusaha memelihara dan memulihara
spesies hidupan liar dengan cara menguatkuasakan pelbagai enakmen seperti Enakmen
Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang memberikan hukuman kepada penjenayah sumber".
Melalui enakmen ini, kerajaan melarang dan menegah segala kegiatan membunuh, memburu dan
memelihara tanpa lesen atas apa sahaja tujuan adalah tidak dibenarkan sama sekali.
"Masyarakat diminta menjadi mata dan telinga untuk membantu kerajaan dalam usaha memelihara
kelangsungan spesies hidupan liar di negeri ini," katanya semasa merasmikan Majlis perasmian 'Hari
Hidupan Liar Sedunia', di sini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan
Alam Sekitar Sabah Dr. Jamili Nais.
Langkah 3 : Penutup
Pelajar diminta untuk menghasilkan satu video tiktok mengenai tempat perlancongan yang
mempunyai khazanah semulajadi di Malaysia.
Cadangan soalan SPM.
1. Terangkan pengurusan Taman Laut di negara kita. ( 4 markah)
PELAN SINERGI 6
BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
TEMA : BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Tajuk : Sejarah Mendewasakan Kita
Standard Kandungan : 4.4 Mempersembahkan pelbagai prosa dan puisi secara
kreatif
Standard Pembelajaran : 4.4.2 Mempersembahkan syair dan pantun dengan nada
dan intonasi yang sesuai menggunakan pelbagai
media secara kreatif.
Aktiviti:
Langkah 1 : Set induksi
https://www.youtube.com/watch?v=mM7QjH7rzlI
1. Pelajar menonton video yang diberikan.
Langkah 2 : Aktiviti utama
2. Pelajar berbincang mengenai video yang ditonton.
3. Pelajar didedahkan dengan ciri-ciri dan bentuk pantun.
4. Pelajar menulis pantun bertemakan kemerdekaan hasil pemahaman mereka.
Langkah 3 : Penutup
5. Pelajar akan menilai hasil kerja mereka dengan bantuan guru.
6.Pelajar mempersembahkan pantun dalam bentuk video tik tok sebagai kerja
rumah.
Aktiviti penggayaan : Pelajar akan menghasilkan sebuah sajak bertemakan kemerdekaan
dengan menggunakan teknologi maklumat.
SEJARAH TINGKATAN 4
TEMA : PEMBINAAN NEGARA
Tajuk 11 : Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Standard Kandungan : 11.3 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Standard Pembelajaran : 11.3.1 Menjelaskan usaha-usaha rundingan kemerdekaan.
Aktiviti
Langkah 1 : Set induksi
https://www.youtube.com/watch?v=mM7QjH7rzlI
1. Pelajar memberikan ulasan yang diperolehi daripada video tersebut.
2. Guru membuat kesimpulan daripada ulasan pelajar.
Langkah 2 : Aktiviti utama
1. Guru mempamerkan peta rombongan kemerdekaan.
2. Pelajar menulis huraian perjalanan rombongan kemerdekaan ke
London.
3. Guru menayangkan video rombongan kemerdekaan kepada pelajar.
https://youtu.be/0TncJ9R4skE
4. Berdasarkan video tersebut, pelajar dikehendaki menjawab soalan KBAT
Ramalkan sekiranya rombongan kemerdekaan ke London menemui
kegagalan.
Langkah 3 : Penutup
Pelajar di dalam kumpulan dikehendaki menghasilkan video pendek mengenai ketibaan
rombongan kemerdekaan dan pengumuman tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.
PELAN SINERGI 7
SEJARAH TINGKATAN 5
TEMA : MALAYSIA DAN MASA HADAPAN
TAJUK 13 : PEMBENTUKAN MALAYSIA
Standrd kandungan 13.2 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
Standard Pembelajaran 13.2.5 Menghuraikan tragedi hubungan antara kaum.
K13.2.9 Membahaskan kepentingan menjaga keharmonian
kaum.
PELAN AKTIVITI SEJARAH
Langkah 1 :Set Induksi : Tayangan video
AKTIVITI HENTIAN BAS
• Langkah 2 : Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap satu hentian disediakan satu
soalan oleh guru.
• Langkah 3: Murid bergerak secara kumpulan dari satu hentian ke satu hentian lain sambil
berbincang soalan yang berkenaan. Masa yang diperuntukkan ialah 5 minit untuk setiap
hentian.
Hentian 1 : Terangkan faktor yang mencetuskan peristiwa Tragedi 13 Mei 1969.
Hentian 2 : Salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan selepas berlakunya rusuhan
kaum adalah pengisytiharan darurat. Jelaskan kesan pengisytiharan darurat
kepada negara kita.
Hentian 3 :Salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan selepas berlakunya rusuhan
kaum adalah pengisytiharan darurat. Jelaskan kesan pengisytiharan darurat
kepada negara
Hentian 4 : Apakah langkah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan peristiwa rusuhan
kaum berulang kembali?
Hentian 5 : Pada pendapat anda, mengapakah keharmonian hubungan kaum perlu
dipelihara?
• Langkah 3: Murid berkongsi pendapat dalam kumpulan, manakala murid kumpulan lain
akan mencatat maklumat yang diperolehi daripada kumpulan yang lain.
• Penutup : Wakil murid membuat rumusan.
TAMBAHAN STIMULUS
BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
TEMA 3 : PERPADUAN
TAJUK: KEPENTINGAN MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM
Standard Kandungan : 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara terancang.
Standard Pembelajaran: (3.4.1 hingga 3.4.5)
Kemahiran: Menulis
Aktiviti:
Langkah 1: Set Induksi
1)Tayangan Video TIK TOK perpaduan
2) Bahan surat khabar.Provokasi dalam twitter,instagram,facebook
Laporan daripada Majlis Gerakan Negara
https://vt.tiktok.com/ZSRH9mPcm/
https://youtu.be/cbabJ23s4D0
Langkah2:
1) Sesi soal jawab tentang bahan yang ditayangkan/disiarkan
2) Murid memberikan komen tentang bahan yang disiarkan
3) Guru memberikan pendapat tentang komen yang diberikan oleh murid.
4) Guru mengedarkan bahan rangsangan yang perlu diteliti oleh murid dan mengenal
pasti fokus soalan
Langkah3
1) Murid dibahagikan dalam kumpulan untuk berbincang tentang fokus soalan
2) Murid mencari idea utama dan idea sokongan dengan menggunakan peta dulang
3) Pembentangan kumpulan-guru memberi komen dan murnikan jawapan murid
4) Murid diarahkan untuk menulis pendahuluan tentang topik yang dibincangkan tadi.
Langkah 4
1) Murid diberi penerangan tentang kemahiran menulis pendahuluan, Ayat topik/umum,
kaitkan dengan kehendak soalan (3-4 ayat)
2) Huraian isi (IMBAKUP)- Murid dilatih menggunakan teknik ini untuk menghuraikan
setiap isi yang ditulis di dalam peta dulang.
I - Isi
M- Mengapa
B- Bagaimana
K- Kesan
U- Ungkapan menarik
P- Penegasan
2) Contoh Teknik IMBAKUP
KEPENTINGAN MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM
ISI –Dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni
MENGAPA – Hal ini dikatakan demikian kerana tanpa perpaduan kestabilan
Negara tergugat
BAGAIMANA – Rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum
(rumah terbuka, bergotong royong)
KESAN – Melalui langkah ini, rakyat sedar akan kepentingan perpaduan demi
kestabilan Negara.
UNGKAPAN MENARIK
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
PENEGASAN
Tuntasnya, setiap rakyat haruslah menjadi penggerak utama dalam mengekalkan
perpaduan antara kaum.
Langkah 5
PENUTUP
Murid dapat menghuraikan isi dalam satu perenggan lengkap dengan menggunakan
Teknik IMBAKUP.
Pengayaan Murid diarah untuk menghuraikan isi seterusnya berdasarkan Teknik
IMBAKUP yang telah dipelajari
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 5
BIDANG 6 : JATI DIRI MORAL
UNIT : UNIT 6 PEMBANGUNAN NEGARA BERTUNJANGKAN INTERGRITI.
TAJUK : Integriti demi Pembangunan Negara
Aktiviti : Perbincangan dan Perbentangan
Standrd kandungan 6.2 Integriti demi Pembangunan Negara
Standard Pembelajaran 6.2.1 Menjelaskan contoh integriti demi pembangunan
negara.
6.2.2 Mengenal pasti cara melaksanakan tanggungjawab
dengan berintegriti demi pembangunan negara.
6.2.3 Memerihalkan kepentingan integriti demi
pembangunan negara.
6.2.4 Merumuskan implikasi perbuatan yang tidak
berintegriti kepada pembangunan negara.
Langkah 1. Set induksi = Tayangan video Tik Tok berkaitan dengan tragedi 13 Mei.
Langkah 2. Aktiviti utama Slide penerangan punca berlakunya tragedi 13 Mei serta kesan
terhadap pembangunan negara. Asas kepada pembangunan sesebuah negara:
Ketidakseimbangan ekonomi Ketiadaan nilai intergriti
Perarakan kemenangan yang tidak
terkawal
Provokasi
Sentuh sensitiviti kaum
Langkah 3. Perbincangan dan pembentangan kumpulan berkaitan dengan tajuk intergriti
yang diberikan oleh guru.
i. Anti Rasuah
a) Apakah maksud rasuah?
b) Huraikan contoh perbuatan rasuah.
c) Amalan rasuah adalah amat buruk dan akan menjejaskan negara.
Huraikan implikasi perbuatan rasuah terhadap perpaduan negara.
ii. Anti Penyalahgunaan kuasa (tidak akauntabili)
a) Apakah maksud penyalahgunaan kuasa?
b) Huraikan contoh penyalahgunaan kuasa dalam sesebuah organisasi.
c) Ramalkan dua kepentingan tadbir urus yang baik bagi pembangunan negara?
iii. Beramanah.
a) Apakah maksud beramanah?
b) Huraikan contoh perbuatan pecah amanah di sesebuah organisasi.
c) Amalan beramanah adalah amat terpuji dan akan mewujudkan perpaduan
negara.
Huraikan kepentingan amalan amanah terhadap perpaduan negara.
PELAN SINERGI 8
SEJARAH TINGKATAN 5
TEMA : MALAYSIA DAN MASA HADAPAN
Tajuk : Kemakmuran Negara
STANDARD KANDUNGAN: 14.2 Membina Kemakmuran Negara
STANDARD PEMBELAJARAN : Murid boleh:
• 14.2.5 Merumus pencapaian Dasar Ekonomi Baru dan Dasar
Pembangunan Nasional.
• K14.2.6 Menerangkan kepentingan memahami dasar kerajaan
Kepada pembangunan negara.
• K14.2.7 Menjelaskan kepentingan pelibatan rakyat dalam
pembangunan negara.
PELAN AKTIVITI
Set induksi : Guru menunjukkan video
MAIN PERANAN
Soalan 1: Huraikan strategi yang digunakan untuk mencapai matlamat DEB.
Soalan 2: Jelaskan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional.
Soalan 3 : Sejauhmanakah pencapaian DEB dan DPN dari aspek sosial dan ekonomi.
Soalan 4 : Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju. Bincangkan.
Langkah 1: Murid dimaklumkan dalam pelajaran terdahulu akan aktiviti ini bagi membuat
persediaan dan mencari maklumat.
Langkah 2: Murid diberikan tanggungjawab untuk memegang satu peranan sebagai
wartawan dan respondan.
Langkah 3: Murid dikehendaki membina dialog wawancara berkaitan topik.
Langkah 4: Murid memainkan peranan atau watak serta situasi yang telah diberikan dalam
bentuk video.
BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
TEMA : PERINDUSTRIAN
TAJUK : REVOLUSI INDUSTRI 4.0
STANDARD KANDUNGAN 3.2 Menulis untuk mengemukakan maklumat tentang sesuatu
perkara.
STANDARD PEMBELAJARAN 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca,
didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis.
KEMAHIRAN MENULIS
LANGKAH 1
SET INDUKSI
TAYANGAN VIDEO
https://youtu.be/CB8AaWQOAVg
LANGKAH 2
Guru mengedarkan bahan petikan akhbar dan pantun berkaitan revolusi industri 4.0
dan mengarahkan murid mengenal pasti isu yang dibincangkan.
LANGKAH 3
Murid mendengar penerangan guru tentang revolusi industri 4.0 Sumbang saran tentang
bahan yang diberi
LANGKAH 4
Murid meneliti soalan pemahaman yang diberikan oleh guru.
Murid perlu menjawab 4 soalan pemahaman
Maksud rangkai kata (Idea sendiri berdasarkan bahan)
Persamaan dan perbezaan bahan (Bahan)
Soalan pendapat umum (Soalan KBAT)
Soalan pendapat individu (Soalan KBAT)
SOALAN PEMAHAMAN
1) Berikan maksud rangkai kata semangat kerja (2 markah)
2) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan kesan positif dan negatif revolusi
industri 4.0 (3 markah)
3) Pada pendapat anda, apakah cabaran yang akan dihadapi oleh negara jika revolusi
industri semakin berkembang? (3 markah)
4) Pada masa ini, sesetengah tenaga kerja telah digantikan dengan robot. Akibatnya,
ramai yang telah kehilangan kerja.
Pada pendapat anda, cadangkan beberapa langkah yang anda fikirkan sesuai untuk
mengatasi masalah tersebut. (4 markah)
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 5
BIDANG 6 : MORAL DAN KENEGARAAN
UNIT : UNIT 11 MALAYSIA UNGGUL
DI MATA DUNIA
TAJUK : KEJAYAAN MALAYSIA YANG
DIBANGGAKAN DI PERSADA DUNIA Rujukan Stimulus
: GALERI WALK
Aktiviti
Standard Kandungan: 7.4 Kejayaan Malaysia Yang Dibanggakan di Persada Dunia.
Standard Pembelajaran:
7.4.1 Memerihalkan contoh kejayaan Malaysia yang dibanggakan di persada dunia.
7.4.2 Menjelaskan cara mengharumkan nama negara di persada dunia.
7.4.3 Menghuraikan kepentingan mengharumkan nama negara di persada dunia.
7.4.4 Mencerakinkan cabaran dalam mengharumkan nama negara di persada dunia.
Langkah 1. Set induksi: Tayangan gambar dan youtube/video berkaitan dengan kejayaan
Malaysia.
Langkah 2.
Setiap kumpulan diberikan tajuk berdasarkan bidang kejayaan Malaysia.
A. Bidang Perindustrian
B. Bidang Sains dan Teknologi
C. Bidang Kesukanan
D. Bidang Perlancongan
Cara membuat tugasan kumpulan.
1. Berdasarkan 2 nilai universal, nyatakan 2 contoh kejayaan Malaysia yang dibanggakan di
persada dunia mengikut bidang masing-masing.
2. Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah anda mengharumkan nama negara di persada
dunia.
3. Jelaskan 2 kepentingan mengharumkan nama negara di persada dunia.
4. Apakah 3 cabaran untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia?
5. Hasilkan slogan yang dapat mempromosikan bidang masing-masing.
Langkah 3. Murid membuat pembentangan ringkas tentang bidang masing-masing. Guru
membuat ulasan sebagai pengukuhan.
PELAN SINERGI 9
SEJARAH TINGKATAN 5
TEMA : MALAYSIA DAN MASA HADAPAN
TAJUK 15 : MALAYSIA DI PERSADA DUNIA
STANDARD KANDUNGAN : 15.3 Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia
STANDARD PEMBELAJARAN :
15.3.1 Memerihalkan pelibatan Malaysia dalam isu-isu global kontemporari.
15.3.4 Menilai komitmen Malaysia dalam mengekalkan kelestarian global.
K15.3.6 Menerangkan kepentingan kebijaksanaan dalam menguruskan isu-isu global.
K15.3.9 Menghuraikan sikap kerjasama dalam mengekalkan keamanan dunia.
PELAN AKTIVITI
Langkah 1 : Set induksi. Murid ditayangkan gambar stimulus.
Aktiviti Meja Bulat Serentak
Langkah 2 : Murid berada dalam kumpulan. Setiap murid menulis maklum balas kepada
soalan yang diberikan.
Soalan 1: Nyatakan pengetahuan anda mengenai isu global yang dihadapi oleh
Malaysia.
Soalan 2: Huraikan kecemerlangan Malaysia di persada dunia berserta contoh dalam
mengekalkan kelestarian global.
Soalan 3: Buktikan kerajaan negara kita berjaya mengambil inisiatif bagi mewujudkan
kelestarian alam sekitar di Malaysia.
Soalan 4: Pada pandangan anda, apakah peranan pemimpin negara kita bagi
mengekalkan kecemerlangan Malaysia dipersada dunia demi keamanan dunia?
Langkah 3 : Murid mengedarkan catatan yang dibuat mengikut pusingan jam supaya
setiap ahli pasukan dapat menambahkan atau membetulkan apa-apa yang dicatat.
Langkah 4 : Wakil kumpulan akan membentangkan jawapan masing-masing.
Rumusan : Wakil murid membuat rumusan.
STIMULUS 1
STIMULUS 2
BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
TEMA 7: ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
TAJUK : KELESTARIAN GLOBAL
STANDARD KANDUNGAN
3.3 Menulis untuk melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan.
STANDARD PEMBELAJARAN
3.3.1Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi dan
keperluan.
KEMAHIRAN MENULIS
AKTIVITI
LANGKAH 1
SET INDUKSI
Tayangan video pencemaran/Petikan Akhbar
https://youtu.be/Whx_stAwScM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/08/875444/malaysia-tidak-terkecuali-bahana-
bencana-iklim
https://youtu.be/vnM6tldTF6w
Sesi soal jawab tentang video/petikan akhbar tersebut secara menyeluruh
BAHAN PDP : PETIKAN
BAHAN 2: GRAFIK
LANGKAH 2
Edarkan bahan petikan dan grafik
Borang Persembahan Isi Rumusan (BORPIR) –kelas sederhana
Langkah 3
Membaca petikan
Mengenal pasti tema bahan yang diberi
Mengenal pasti fokus- fokus 1 dan fokus 2 dalam petikan
Menganalisis bahan grafik dan mengenal pasti fokus
Langkah 4
Guru mengarahkan murid menggunakan borang BORPIR untuk mencatat isi berdasarkan
fokus 1 dan 2
Perbincangan isi yang betul berdasarkan focus
LANGKAH 5
MENULIS RUMUSAN
Pendahuluan
Guru membantu murid untuk menulis ayat pendahuluan yang gramatis dalam bentuk
perenggan
Isi (8 isi)
Murid diberi penerangan tentang cara menulis isi rumusan berdasarkan focus
Fokus 1- perenggan 2 (petikan/bahan grafik)
Fokus 2 – Perenggan 3 (petikan/bahan grafik)
Murid diberi pendedahan tentang teknik menulis kesimpulan (perenggan-4)
LANGKAH 6
PENUTUP
Murid menghasilkan rumusan lengkap berdasarkan fokus 1 dan 2 yang merangkumi 4
perenggan
Pengayaan
Untuk menguji penguasaan murid, guru memberikan soalan tambahan. Murid perlu
mengenal pasti tema,fokus 1 dan 2
Murid mengisi borang BORPIR
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 5
BIDANG 6 : JATI DIRI MORAL
UNIT : UNIT 7 BERPERIKEMANUSIAAN PEMANGKIN KESEJAHTERAAN
GLOBAL
TAJUK : Berperikemanusiaan Ke Arah Kesejahteraan Global
Aktiviti : Permaian Naik Tangga
Standrd kandungan 6.3 Berperikemanusiaan Ke Arah Kesejahteraan Global
Standard Pembelajaran 6.3.1 Menyenaraikan ciri berperikemanusiaan
demi kesejahteraan global.
6.3.2 Menjelaskan dengan contoh perlakuan
Berperikemanusiaan demi kesejahteraan global.
6.3.3 Merumuskan kebaikan berperikemanusiaandemi
kesejahteraan global.
6.3.4 Mencerakin kesan pengabaian sikap perikemanusiaan
demi kesejahteraan global.
Langkah 1. Set induksi Tayangan Keratan akhbar Deklarasi Langkawi dan Poster Mengenai
Alam Sekitar
Langkah 2. Aktiviti utama Permaian Naik Tangga
Cara bermain.
1. Tentukan giliran bermain.
2. Gerakkan penanda mengikut turutan.
3. Sekiranya jawapan anda betul, anda dikehendaki maju setapak.
4. Sekiranya jawapan anda salah, anda hilang satu pusingan.
5. Pemenang ialah orang yang paling awal sampai di tangga Johan
Langkah 3. 7
6
5
4
3
2
Soalan : 1
1. Senaraikan 2 ciri berperikemanusiaan.
2. Berdasarkan gambar berikut, berikan contoh perlakuan
berperikemanusiaan yang boleh dilakukan oleh
masyarakat global untuk menghindari daripada situasi
tersebut.
3. Pada pendapat anda, apa kebaikan Deklarasi Langkawi dilaksanakan.
Deklarasi Langkawi dilaksanakan sebagai usaha menangani isu
alam sekitar terutama kesan rumah hijau, kerosakan dan
penipisan ozon serta pencemaran yang disebabkan aktiviti
manusia yang tidak terkawal.
4. Makanan eksotik kian menjadi kegemaran masgarakat dunia. Hal ini mengebabkan
manusia hilang pertimbangan sehingga sanggup membunuh haiwan gang kian pupus.
Cerakinkan kesan pengabaian sikap berperikemanusiaan tersebut.
5. Anjang anak Balau ialah pengurus sebuah syarikat pemaju. Dia akan memajukan
sebuah tapak perumahan baharu. Namun begitu, tapak tersebut mempungai daya
tarikan flora dan fauna yang sukar ditemukan lagi pada masa ini. Andaikan anda Anjang,
adakah anda akan meneruskan projek perumahan tersebut? Berikan alasan anda.
6. Jelaskan perasaan anda apabila melihat gambar di atas.
7. Apakah tindakan yang akan anda ambil untuk menyedarkan masyarakat dunia tentang
kepentingan sikap berperikemanusiaan dalam pengajaran alam sekitar?
Langkah 4. Guru mengumumkan kumpulan yang menang dan mewakilkan murid untuk
membuat ulasan tentang pdpc hari ini.
PELAN SINERGI 10
BAHASA MELAYU
TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TAJUK : AMALAN HIDUP BERMASYARAKAT
STD. KANDUNGAN : 1.1 Mendengar, mengenal dan menyebut perkataan, rangkai kata,
istilah dan ungkapan serta intonasi ayat dalam pelbagai ujuran
STD PEMBELAJARAN : : 1.1.2 Mendengar, memahami, dan menuturkan ayat dalam
pelbagai jenis komunikasi lisan dengan betul
AKTIVITI
LANGKAH 1 : Guru Rukun Negara/ Jata negra /Gejala remaja kepada murid dan murid
diminta memberi tindak balas terhadap poster yang ditunjukkan.
LANGKAH 2: 1. Murid mengenalpasti kata nama yang terdapat dalam stimulus
2. Secara berpasangan murid dikehendaki membina ayat, murid di hadapan
bulatan (murid lemah) akan menyebut kata nama, manakala murid di
bulatan kedua (murid pandai) akan membina ayat.
LANGKAH 3 : Murid membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
SEJARAH
TEMA : PEMBINAAN NEGARA
TAJUK : PEMASYHURAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
STD. KANDUNGAN : 11.4 Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu
STD PEMBELAJARAN : K11.4.8 Menghuraikan kepentingan mengekalkan kedaulatan
negara.
AKTIVITI
LANGKAH 1 : Guru menunjukkan poster Rukun Negara/ Jata negara / Gejala remaja
kepada murid dan murid diminta memberi tindak balas terhadap poster yang
ditunjukkan.
LANGKAH 2: 1. Murid menyatakan kepentingan mengekalkan kedaulatan negara
Secara berpasangan, murid akan membina ayat berdasarkan kata kunci. Murid lemah akan
mengenalpasti kata kunci daripada stimulus yang diberikan, manakala murid
yang lebih pandai akan membina ayat.
LANGKAH 3 : Murid akan menggabungkan semua isi dalam 1 esei lengkap
PENDIDIKAN MORAL
BIDANG 7: MORAL DAN KEWARGANEGARAAN
UNIT 12 : KEDAULATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
STD. KANDUNGAN : 7.5 Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama
STD PEMBELAJARAN : 7.5.2 Menghuraikan kepentingan mempertahankan kedaulatan
negara.
AKTIVITI
LANGKAH 1 : Guru menunjukkan poster Rukun Negara/ Jata negra /Gejala remaja kepada
murid dan murid diminta memberi tindak balas terhadap poster yang
ditunjukkan.
LANGKAH 2: 1. Murid sumbangsaran kepentingan menjaga kedaulatan negara
2. Secara berkumpulan murid membina peta buih daripada hasil sumbang
saran
LANGKAH 3 : Murid membentangkan tugasan dan menghasilkan video Tik Tok.
STIMULUS
PELAN SINERGI 11
BAHASA MELAYU
TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
TAJUK : AMALAN HIDUP BERMASYARAKAT
STD. KANDUNGAN : 5.3 Memahami dan menggunakan ayat yang sesuai dalam pelbagai
bidang
STD PEMBELAJARAN : 5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya
ayat perintah dan ayat seruan yang betul mengikut konteks
AKTIVITI
LANGKAH 1 : Guru menayangkan video atau keratan akhbar dan mengenalpasti jenis ayat.
LANGKAH 2: 1. Murid menyenaraikan ayat penyata, ayat tanya ayat perintah dan ayat
seruan
2. Secara berpasangan murid menghasilkan dialog ringkas berdasarkan 4
jenis ayat
LANGKAH 3 : Murid menghasilkan video pendek berdasarkan diolog yang telah
dibincangkan.
SEJARAH
TEMA : PEMBINAAN NEGARA
TAJUK : KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
STD. KANDUNGAN : SK:11.2 Pilihan Raya
STD PEMBELAJARAN : 11.2.2 Menerangkan proses Pilihan Raya Umum pertama.
K11.2.6 Menjelaskan kepentingan pilihan raya sebagai lambang demokrasi
AKTIVITI
LANGKAH 1 : Guru menayangkan video atau keratan akhbar
LANGKAH 2: 1. Murid menyatakan proses Pilihan Raya Umum pertama berdasarkan video
yang ditonton.
2. Murid dikehendaki melakonkan semula proses pilihan raya.
LANGKAH 3 : Murid dikehendaki menghasilkan video pendek atau tik tok berkaitan proses
pilihan raya.
PENDIDIKAN MORAL
BIDANG 7: MORAL DAN KEWARGANEGARAAN
UNIT 8 : HAK DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA
STD. KANDUNGAN : 7.1 Hak dan tanggungjawab sebagai warganegara berlandaskan
perlembagaan Malaysia
STD PEMBELAJARAN : 7.1.1 Menyenaraikan hak dan tanggungjawab sebagai
warganegara berlandaskan Perlembagaan Malaysia.
AKTIVITI
LANGKAH 1 : Guru menayangkan video atau keratan akhbar kepada murid.
LANGKAH 2: 1. Murid menyatakan nilai universal yang diperlajari daripada video yang
ditayangkan atau keratan akhbar
2. Murid menyatakan dan menjelaskan perasaan masing-masing jika diberi
peluang untuk mengundi
LANGKAH 3 : Murid mengadakan aktiviti main peranan yang mengambarkan diri semasa
hari membuang undi
STIMULUS
Sumber youtube
https://www.youtube.com/watch?v=edMi9PZ4dek
PELAN SINERGI 12
BAHASA MELAYU
TEMA : PERPADUAN
TAJUK : BULAT AIR KERANA PEMBETUNG
STD. KANDUNGAN : 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisaan secara
terancang
STD PEMBELAJARAN : 3.4.2 Menulis untuk menghuraikan perenggan isi secara kritis dan
kreatif dengan menggunakan bahasa yang gramatis.
AKTIVITI
LANGKAH 1 : Guru menayangkan video youtube atau poster dan mengenalpasti jenis ayat.
LANGKAH 2: 1. Dalam kumpulan, murid diminta berbincang tentang rangka karangan yang
disediakan dengan maklumat dan ungkapan menarik.
2. Berdasarkan hasil perbincangan dalam kumpulan yang lengkap, wakil
murid diminta membentangkan huraian isi secara kritis dan kreatif
LANGKAH 3 : Murid diminta menulis karangan yang lengkap dengan memasukkan frasa
yang menarik.
SEJARAH
TEMA : MALAYSIA DAN MASA HADAPAN
TAJUK : KEMAKMURAN NEGARA
STD. KANDUNGAN : 14.1 Membina Kesejahteraan Negara
STD PEMBELAJARAN : K14.1.7 Menerangkan kepentingan menjaga perpaduan dan
keharmonian.
AKTIVITI
LANGKAH 1 : Guru menayangkan video youtube atau poster kepada murid dan murid
memberi pendapat.
LANGKAH 2: 1. Murid diminta untuk menceritakan kronologi Peristiwa 13 Mei 1969 secara
am.
2. Murid diminta berbincang dalam kumpulan untuk mengemukakan
kepentingan menjaga perpaduan dan keharmonian. .
LANGKAH 3 : Murid membentangkan hasil perbincangan di dalam kelas
PENDIDIKAN MORAL
BIDANG 7: MORAL DAN KENEGARAAN
UNIT 8 : PENGLIBATAN DIRI PENERAJU KOMUNITI
STD. KANDUNGAN : 7.1 Penglibatan Diri dalam Program Komuniti Bersama-sama Badan
Kerajaan atau Badan Bukan Kerajaan
STD PEMBELAJARAN : 7.1.3 Menghuraikan kepentingan melaksanakan program komuniti
bersama-sama badan kerajaan atau badan bukan
kerajaan
AKTIVITI
LANGKAH 1 : Guru menayangkan video youtube atau poster kepada murid. Murid
memberikan tindak balas.
LANGKAH 2: 1. Murid menyatakan nilai universal yang diperlajari daripada video yang
ditayangkan atau poster.
2. Murid menghuraikan kepentingan pelaksanaan program komuniti kepada
Negara.
LANGKAH 3 : Murid menghasil esei kepentingan pelaksanaan program komuniti
berdasarkan nilai-nilai murni universal yang dipelajari.
STIMULUS
Sumber video
https://vt.tiktok.com/ZSRHCAM3x
https://youtu.be/bkGqEB9xKDY
TERAJU UTAMA
UNIT SISC+ SAINS SOSIAL dan BAHASA
ABU SEMAN B MAT KARIM ROSLEN B GHANI
NORSHIFA SAAD SYEEZRA SAFWAN
‘TEAM’ BAHASA MELAYU
NOOR AIDAWATI BT RASHID
ZAHARAH BT MAT AIL
SUNITA BINTI SULAIMAN
BHAVANI A/P SOMASUNDRAM
LOGANATHAN A/L GOPAL
RETNASAMY A/L SUBRAMIAN
KANAMMAH A/P MANUKARAM
‘TEAM’ SEJARAH
NATRAH BINTI MD YUSSOF
PUTRI NORFAZIDATUL MEGAT YAHAYA
LIZAWATI BINTI ASMANI
SITI HAJAR BINTI AHAMAD
NORSHALIZA BINTI OTHMAN
SITI NORSYIQAH BINTI AZMI
NORIYAH BT MOHAMAD NAIB
MOGANASUNDARI A/P NARAYANASAMY
‘TEAM’ MORAL
MOHD FAZRULLIZAM BIN AWANG
SUGUNARANI A/ P RAMASAMY
TEOH SIEW KHIM
NURUL SYAMIMI BINTI MUHAMAD NOR
BOO PHEK SUAN
TERIMA KASIH SEKOLAH-SEKOLAH PRIORITI DTP PPDSPT
SMK BANDAR BARU PERDA SMK BUKIT MERTAJAM
SMK SEBERANG JAYA SMK MACHANG BUBOK