The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fauziahnikkob, 2021-08-15 10:33:45

teks bercerita maal hijrah

teks bercerita maal hijrah

SAMBUTAN MAAL HIJRAH
2021M/1443H

TEMA:
“MANHAJ RABBANI UMMAH

BERKUALITI”

TEKS BERCERITA

TARIKH
16.8.2021 HINGGA 30.8.2021

TEKS BERCERITA
TAHUN 1

TAHUN 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Satu Muharram detik permulaan, (Nyanyian)
Perkiraan tahun Islam hijrah,
Perpindahan nabi dan ummat Islam,
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Kalau dengar daripada nyanyian ini…mesti kawan-kawan
dapat meneka tajuk saya.Ya…..betul!Cerita saya adalah kisah
Hijrah Rasulullah SAW yang kita kasihi dari Kota Mekah ke
Kota Madinah.

Kawan-kawan yang di kasihi…
Hijrah ertinya “Perpindahan” iaitu perpindahan orang Islam
dari Makkah ke Madinah bermula pada 1 Muharram dan tarikh
ini merupakan bermulanya tahun hijrah dalam kalendar Islam.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari di susun maaf di pinta.

Sekian…wabillahi taufik wal hidayah…Wassalamu alaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

TEKS BERCERITA
TAHUN 2

TAHUN 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Satu Muharram detik permulaan, (Nyanyian)
Perkiraan tahun Islam hijrah,
Perpindahan nabi dan ummat Islam,
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Kalau dengar daripada nyanyian ini…mesti kawan-kawan dapat meneka
tajuk saya.Ya…..betul!Cerita saya adalah kisah Hijrah Rasulullah SAW yang kita
kasihi dari Kota Makkah ke Kota Madinah.

Kawan-kawan yang di kasihi…
Hijrah ertinya “Perpindahan” iaitu perpindahan orang Islam dari Makkah ke
Madinah bermula pada 1 Muharram dan tarikh ini merupakan bermulanya tahun
hijrah dalam kalendar Islam.

Kawan-kawan yang dirahmati Allah…
Perkembangan Islam di Kota Makkah meningkat dan orang Quraisy Makkah
melancarkan tentangan hebat terhadap muslimin Makkah. Ada yang diseksa dan
dibunuh kerana mempertahankan Islam.

Oleh kerana keadaan yang begitu mencabar, kaum muslimin telah diarahkan oleh
Rasulullah SAW supaya berhijrah ke Madinah atas perintah Allah SWT. Lalu,
berhijrahlah muslimin Makkah ke Kota Madinah.

Wahai kawan-kawan…
Umat Islam harus mengambil iktibar daripada penghijrahan Rasulullah untuk
meneruskan perjuangan hidup demi kebaikan umat Islam.

Diatas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Sekian…wabillahi taufik wal hidayah…Wassalamu alaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

TEKS BERCERITA
TAHUN 3

TAHUN 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Satu Muharram detik permulaan, (Nyanyian)
Perkiraan tahun Islam hijrah,
Perpindahan nabi dan ummat Islam,
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Kalau dengar daripada nyanyian ini…mesti kawan-kawan dapat meneka tajuk
saya.Ya…..betul!Cerita saya adalah kisah Hijrah Rasulullah SAW yang kita kasihi dari Kota
Makkah ke Kota Madinah.

Kawan-kawan yang di kasihi…
Hijrah ertinya “Perpindahan” iaitu perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah bermula
pada 1 Muharram dan tarikh ini merupakan bermulanya tahun hijrah dalam kalendar Islam.

Kawan-kawan yang dirahmati Allah…
Perkembangan Islam di Kota Makkah meningkat dan orang Quraisy Makkah melancarkan
tentangan hebat terhadap muslimin Makkah. Ada yang diseksa dan dibunuh kerana
mempertahankan Islam.

Oleh kerana keadaan yang begitu mencabar, kaum muslimin telah diarahkan oleh Rasulullah
SAW supaya berhijrah ke Madinah atas perintah Allah SWT. Lalu, berhijrahlah muslimin
Makkah ke Kota Madinah.

Namun begitu, Rasulullah SAW masih lagi berada di Makkah menunggu perintah Allah SWT
supaya berhijrah bersama-sama beberapa orang sahabat baginda iaitu Saidina Ali dan Saidina
Abu Bakar.

Wahai kawan-kawan…
Disini dapat kita lihat bahawa Rasulullah SAW tidak berhijrah selagi belum mendapat keizinan
daripada Allah SWT.Adakah kita biasa mengamalkan meminta izin sebelum melakukan
sesuatu?..Kita sebagai anak mahupun pelajar, mari kita sama-sama mengamalkan amalan
meminta izin dan restu daripada ibu bapa dan guru-guru sebelum melakukan sesuatu agar
amalan kita mendapat restu dan rahmat serta keberkatan daripada Allah SWT.

Kawan-kawan yang dirahmati Allah…

Penghijrahan ini juga membuka satu lembaran baru dalam episod penyebaran dan
perkembangan agama Islam.Teralalu banyak kebaikan yang dinikmati oleh umat Islam dan umat
manusia rentetan dari penghijrahan tersebut.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara,
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Sekian…wabillahi taufik wal hidayah…Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Click to View FlipBook Version