The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elfaathirzuzaini, 2021-09-23 09:18:32

Buku E-Book Pelari Muda

Buku E-Book Pelari Muda

• Nama: Elfaathir El Imran Bin Zuzaini
• Nombor Maktab: PB 211030
• Nama Kelas: 1 Jazari
• Nama MRSM: MRSM Balik Pulau
• Nama Guru Kelas: Shurdi Bin Shuib

ISI KANDUNGAN

Muka Surat KANDUNGAN

3 Penghargaan

4-5 Sipnosis Keseluruhan

6 - 20 Sipnosis bab 1 – bab 15

21 Jadual komsas

22 Binaan plot

23 Teknik plot

PENGHARGAAN

Melalui peluang keemasan ini, saya Elfaathir El Imran bin Zuzaini ingin merakamkan jutaan terima kasih dan
setinggi-tinggi perhargaan kepada guru bimbingan saya juga merangkap guru Bahasa melayu iaitu Shurdi bin
Shuib kerana telah banyak memberi saya tujukajar sehingga tersiapnya buku skrap

Selain itu, penghargaan dan terima kasih juga ditunjukkan pada ahli keluarga saya yang banyak membantu saya
dalam hal kewangan dan tenaga untuk membantu saya menyiapkan buku skrap ini.

Buku skrap ini juga telah menjadi salah satu daripada proses mengulangkaji bagi saya, dan saya berharap
pencapaian saya dalam matapelajaran ini akan bertambah baik. Semoaga kerja khrusus serperti ini akan
dijalankan untuk masa akan dating untuk memantapkan dan peningkatan lagi pengetahuan Bahasa Melayu para
pelajar

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih Kpada semua pehak
yang terlibat dalam menghasilkan buku skrap ini.

SIPNOSIS KESELURUHAN

Cerita ini mengisahkan pengalaman watak utama iaitu Kamarul seorang pelajar tingkatan 5 yang
berjaya dalam acara sukan olahraga. Beliau pernah terpilih mewakili negara dalam kejohanan sukan
SEA di Brunei. Kamarul terpilih untuk mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Bangkok dua
bulan lagi. Dia dilatih oleh Encik Kadir. Kejayaan ini telah menjadikan Kamarul dikenali ramai, disanjung
dan popular. Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan ini sikap Kamarul pada pandangan kawan-
kawannya sudah berubah. Kamarul bersikap sombong, ego, menjauhkan diri daripada kawan-kawan,
malah tidak berdisiplin menjalani latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Akibat sikapnya yang rendah
moral itu, Kamarul ditegur oleh kawan baiknya Saridah. Teguran Saridah menjadi punca dia
menyepikan diri daripada Saridah. Kamarul juga menunjukkan sikap tidak menghormati jurulatihnya.
Teguran-teguran yang diberikan oleh Encik Kadir dibalas dengan jawapan dan tindakan yang tidak
bermoral. Suatu hari, dalam perjalanan balik daripada latihan Kamarul dilanggar kereta. Dia
dimasukkan ke hospital. Sepanjang berada di hospital, Encik Kadir dan Saridah tetap menziarahi
Kamarul. Sikap bertanggungjawab Encik Kadir dan keprihatinan Saridah menjadikan titik mula Kamarul
insaf dan berubah sikap. Setelah sembuh daripada kecederaan, Kamarul menjalani semula latihan di
bawah bimbingan Encik Kadir. Hubungan Kamarul dengan Encik Kadir bertambah baik. Hasrat Kamarul
untuk mewakili nergara telah direstui pihak sekolah. Kamarul dan delegasi Malaysia berlepas ke
Bangkok untuk menyertai kejohanan sukan SEA ke-14 di Bangkok. Di Bangkok, Kamarul mengambil
kesempatan bertemu De Wega, atlit sukan lari Filipina yang terkenal. Berita tentang Kamarul sebagai
atlit Malaysia tersiar dalam media massa di Bangkok.

SIPNOSIS KESELURUHAN

Dalam acara lari 100m dan 400m kejohanan tersebut Kamarul berjaya meraih pingat emas.
Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan daripada Encik Kadir dan rakan-rakan,
termasuk rakan-rakan sekelasnya di Malaysia. Kamarul mengucapkan terima kasih atas
bimbingan yang diberikan oleh Encik Kadir dan menjadi pendorong kejayaan. Kamarul
terkejut dan terharu apabila Encik Kadir menyatakan hasrat untuk bersara. Setelah
kejohanan Sukan SEA tamat, Kamarul dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Malaysia
membawa kejayaan cemerlang untuk negara, sekolah dan untuk dirinya sendiri. Di lapangan
terbang Kamarul telah disambut meriah dengan ucapan tahniah daripada ibu bapa dan
rakan-rakannya.

SIPNOSIS BAB 1

Setelah pulang berjoging Kamarul menunjukkan sikap yang berbeza daripada biasa.
Perubahan sikap Kamarul disedari ibunya Mak Jah. Mak Jah mengesyaki perubahan itu
kerana pergaduhan dengan Saridah. Sangkaan Mak Jah itu benar, apabila Kamarul
mengakui bahawa berlaku sedikit salah faham dengan Saridah. Saridah menegur sikap
Kamarul yang menjauhkan diri daripadanya dan juga kawan-kawan lain setelah Kamarul
menjadi terkenal sebagai atlit sukan lumba lari 100 m di peringkat antarabangsa.
Kamarul berasa resah mengenangkan pertengkaran yang berlaku itu dan mencari
Saridah untuk memohon maaf.

SIPNOSIS BAB 2

Sures kecewa kerana Kamarul mungkir janji untuk hadir pada sesi latihan di Pusat
Sukan Kampung Pandan. Sikap Kamarul telah menimbulkan tanda tanya Sures. Encik
Kadir selaku jurulatih pula risau dengan prestasi Kamarul. Latihan pada petang itu
dijalankan seperti biasa. Oleh sebab, Kamarul tidak hadir, acara 100 m terpaksa
dibatalkan. Setelah tamat latihan, Sures pulang ke rumah. Sewaktu sampai di laman
rumah, Saridah datang bertemu Sures bertanyakan tentang Kamarul. Sures pula musykil
dengan punca masalah yang berlaku di antara Saridah dengan Kamarul. Walau
bagaimanapun, Saridah berharap masalah yang dihadapinya tidak diperbesar-besarkan.

SIPNOSIS BAB 3

Saridah berada di perpustakaan dan berharap dapat berjumpa dengan Kamarul.
Walau bagaimanapun, dia kecewa kerana Kamarul tidak muncul. Saridah berasa
kecewa dan merasakan dirinya dipersalahkan atas sikap dingin Kamarul. Dalam
keadaan sedih dan resah itu muncul kawan rapatnya, Juriah dan bertanya tentang
masalah Saridah. Setelah diberitahu Saridah, Juriah meminta Saridah tidak terlalu
memikirkan tentang Kamarul, sebaliknya percaya masih ada masa untuk Saridah
memperbaiki persahabatannya dengan Kamarul. Saridah tidak terus pulang ke
rumah walaupun loceng tamat persekolahan hari itu telah berbunyi, sebaliknya dia
berseorangan di dalam bilik darjah memikirkan masalahnya dengan Kamarul.
Saridah membuat keputusan untuk menulis surat kepada Kamarul. Juriah yang
menjengok ke bilik itu terkejut mendapati Saridah belum pulang ke rumah.
Kesempatan Juriah datang ke situ, Saridah meminta pertolongan Juriah untuk
menyampaikan surat yang dituliskan itu kepada Kamarul.

SIPNOSIS BAB 4

Mak Jah memerhatikan gelagat anaknya ketika Kamarul hendak keluar berjoging.
Mak Jah terbayang keresahan yang dialami Kamarul. Apabila Kamarul mula hendak
pergi, Mak Jahpun memberikan surat yang diterima kepada Kamarul. Kamarul pula
berasa musykil tentang pengirim surat itu tetapi tidak dinyatakan oleh Mak Jah
pengirimnya. Sambil berlari, Kamarul membaca surat yang diterima itu. Kamarul
terkejut kerana surat itu datangnya daripada Saridah. Hatinya terharu dengan
kejujuran Saridah menulis. Kamarul terus berjoging masuk ke Stadium Merdeka.
Melihat suasana stadium yang luas itu, Kamarul terbayang dirinya sedang beraksi dan
penonton pula bersorak dengan bersemangat menjerit-jeritkan namanya. Khayalan
Kamarul kemudiannya terganggu dan dia meraung sekuat hati ke dalam stadium dan
kemudiannya berlari keluar dari stadium dengan perasaan sayu mengingatkan
Saridah.

SIPNOSIS BAB 5

Saridah kecewa kerana Juriah yang ditunggu tidak datang pada masa yang dijanjikan.
Dalam jemu menunggu Saridah teringat Kamarul yang juga tidak datang menemuinya
di perpustakaan. Sewaktu menatap sekeping gambar dalam album di bilik rumahnya,
Saridah teringat kenangan manis bertemu Kamarul sewaktu menyertai sukan MSSM
di Stadium Merdeka. Kenangan itu amat menyentuh perasaan Saridah, kerana
hubungan baik dengan Kamarul berpanjangan dari padang permainan ke bilik
darjah hingga ke rumah. Saridah teringat kemesraan ibu bapa Kamarul terhadapnya.
Walau bagaimanapun, setelah Kamarul terkenal dan glamour sebagai atlit sukan,
sikapnya terhadap Saridah mula berubah. Perubahan inilah yang membuatkan
Saridah kecewa dan sedih.

SIPNOSIS BAB 6

Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kemerosotan prestasi
Kamarul. Manakala prestasi Sures kian cemerlang. Encik Kadir sangat bangga akan
pencapaian prestasi Sures. Dia mahu semua pelatihnya mengatasi rekod terpantas
yang dibuat oleh pelari sukan negara lain. Encik Kadir memanggil Kamarul bertanya
tentang masalah yang dihadapi Kamarul, tetapi Kamarul tidak menceritakan
masalahnya, sebaliknya menunjukkan respon yang angkuh terhadap Encik Kadir.
Kamarul memberitahu bahawa dia boleh berlatih sendiri dan tidak perlu latihan
daripada orang lain. Sikap Kamarul ini amat memeranjatkan Encik Kadir.

SIPNOSIS BAB 7

Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir setelah membaca kenyataan
Encik Kadir dalam akhbar. Sikap itu ditegur oleh Mak Jah. Pada ketika itu juga
Kamarul menerima panggilan telefon daripada Saridah. Saridah menyatakan
kemaafannya dan mendoakan kejayaan Kamarul di Bangkok nanti. Pada sebelah
petang di sekolah, Saridah bertemu dengan Juriah. Mereka berbual-bual di kantin
begitu lama. Saidah meluahkan perasaan hatinya yang terpendam terhadap Kamarul
untuk dikongsi bersama-sama dengan Juriah. Juriah memahami perasaan yang
dialami Saridah dan memberi kata nasihat supaya Saridah lebih mengutamakan
pelajaran. Setelah lama berbual-bual, merekapun pergi ke padang sekolah.

SIPNOSIS BAB 8

Kamarul dipanggil oleh Cikgu Zainal ke bilik guru. Sebelum keluar, berlaku sedikit
perang mulut antara Kamarul dengan Adibah, Ketua Kelas apabila Kamarul cuba
keluar kelas sebelum loceng berbunyi. Sikap angkuh Kamarul menimbulkan rasa
tidak puas hati Adibah. Apabila loceng berbunyi, Kamarul terus pergi menemui
Cikgu Zainal. Cikgu Zainal memberitahu bahawa Kamarul diberi kebenaran untuk
bercuti bagi mewakili negara. Cikgu Zainal mengucapkan syabas kepada Kamarul
dan menasihati Kamarul supaya memberi perhatian terhadap peperiksaan SPM di
samping kegiatan sukan yang diceburinya.

SIPNOSIS BAB 9

Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersama-sama dengan Sures dan rakan-
rakan pelatih lain. Sures menunjukkan prestasi yang cemerlang, manakala Kamarul
masih tidak berjaya mencapai rekod lamanya. Encik Kadir tidak berpuas hati dengan
pencapaian Kamarul. Beliau menasihati Kamarul agar lebih serius dan berdisiplin
menjalani latihan. Kamarul tidak menunjukkan sikap patuh, sebaliknya Kamarul
berpendapat tanpa disiplin pun dia boleh berjaya. Encik Kadir memberikan sebutir
pingat yang pernah dimenanginya sebagai pendorong Kamarul. Namun, Kamarul
tidak mahu menerima pingat itu dan bertindak melemparkannya di hadapan Encik
Kadir. Encik Kadir terkejut dengan tindakan Kamarul. Dalam perjalanan pulang,
Kamarul teringat-ingat perbuatan terhadap Encik Kadir. Terbayang juga dalam
ingatan akan sikap angkuh dan menyoal diri sendiri dengan sikapnya itu. Tanpa
menoleh ke kiri dan kanan ketika melangkah menyeberangi jalan raya, Kamarul
dilanggar sebuah kenderaan.

SIPNOSIS BAB 10

Kamarul dirawat di hospital kerana kecederaan yang dialami dengan ditemani ibunya Mak Jah. Saridah
dan Encik Kadir datang menziarahi Kamarul tetapi dia masih tidur di katil. Sebelum beredar Encik Kadir
menenangkan Mak Jah dengan harapan kesihatan Kamarul segera pulih. Setelah sedar, Kamarul dapati
Saridah ada di sisinya. Mereka bertanya khabar dan Saridah menyampaikan salam daripada Encik Kadir
dan Sures. Dalam pada itu, Saridah masih berharap kesalahannya yang lalu dimaafkan Kamarul. Doktor
memberitahu bahawa kecederaan Kamarul tidak serius dan boleh balik ke rumah. Kunjungan kawan-
kawan ke hospital membuatkan Kamarul berasa terharu, terutama pada Saridah dan Encik Kadir. Kamarul
mengelamun tentang sikap buruknya terhadap Encik Kadir, Cikgu Zainal, Saridah dan kawan-kawan yang
lain. Timbul keinsafan dalam dirinya dan mula timbul keazaman untuk serius dalam latihan. Encik Kadir
datang menyebabkan lamunan Kamarul terganggu. Encik Kadir memberitahu bahawa dia akan membawa
Kamarul balik ke rumah. Kamarul berasa terharu dengan keikhlasan Encik Kadir tetapi dalam masa yang
sama dia ceria dan gembira kerana dapat keluar dari hospital.

SIPNOSIS BAB 11

Pihak KOAM mengeluarkan kenyataan akhbar meletakkan harapan yang tinggi pada
Kamarul dalam sukan SEA di Bangkok. Kenyataan ini membuatkan Kamarul resah.
Walau bagaimanapun, Kamarul telah bersedia untuk berlatih bersungguh-sungguh.
Kedatangan Kamarul di pusat latihan menggembirakan Encik Kadir. Encik Kadir
menguji kepantasan Kamarul, namun prestasi Kamarul masih tidak memuaskan hati
Encik Kadir. Namun, Encik Kadir meyakinkan Kamarul bahawa prestasinya akan
meningkat apabila kesihatannya kembali normal. Di rumah, Kamarul menilik gambar-
gambar atlet sukan olahraga yang terkenal. Daripada situ, beliau berazam untuk
membuat catatan terbaik sebagaimana tokoh-tokoh atlet yang berjaya itu.

SIPNOSIS BAB 12

Suasana di lapangan terbang sebelum Kamarul dan atlet lain berlepas ke Bangkok.
Dalam keriuhan dan suara kawan-kawan yang memberi semangat, Kamarul masih
tercari-cari Saridah yang masih tidak muncul. Keresahan Kamarul menjadi usikan
kawan-kawannya Adibah dan Fazilah. Tidak lama kemudian Saridah sampai di situ
dan disambut riang oleh Kamarul. Saridah dengan mesra mengucapkan selamat jalan
dengan harapan semoga Kamarul berjaya.

SIPNOSIS BAB 13

Kontinjen Malaysia sampai di Bangkok. Kamarul dan Sures tinggal sebilik. Mereka
seronok kerana inilah kali pertama mereka ke Bangkok. Kamarul masih dilanda
perasaan muram kerana bimbang akan kecergasannya yang belum mencapai tahap
terbaik.Walau bagaimanapun, ia ditenangkan oleh Sures dengan kata-kata semangat
dan keyakinan untuk berjaya. Kamarul dan atlet lain menjalani latihan kepantasan di
gimnasium A. Seusai latihan Kamarul mencari De Wega, atlit Filipina yang
diminatinya. Pertemuan dengan De Wega amat mengembirakan Kamarul. Mereka
berkenalan dan berbual panjang tentang publisiti De Wega, tentang semangat
kesukanan, disiplin dan pengalaman diri. Banyak maklumat yang diperoleh oleh
Kamarul daripada De Wega dan banyak pula pengajaran yang meningkatkan
semangatnya. Kamarul berasa gembira dengan pertemuan itu dan semangatnya
untuk berjaya semakin berkobar-kobar.

SIPNOSIS BAB 14

Berita tentang Kamarul muncul dalam televisyen dan akhbar di Bangkok. Kamarul terkejut mendengar hal
itu apabila diberitahu oleh Abdul Rahman. Pada sebelah petang berlangsung upacara pembukaan rasmi
Sukan SEA Ke-14. Kamarul dan Sures menyertai perbarisan kontingen Malaysia. Pertandingan acara
bermula selepas itu. Pada hari pertama, Malaysia telah memenangi beberapa pingat emas, perak dan
gangsa. Encik Kadir dan penolong jurulatihnya memberi perangsang dan semangat kepada Kamarul dan
atlit Malaysia yang lain. Encik Kadir memberikan Kamarul sebutir pingat emas yang pernah dimenanginya
sebagai perangsang Kamarul. Kamarul menerima dan mengikatnya di pinggang. Acara 100m bermula.
Kamarul berjaya meraih kejayaan menewaskan peserta lain termasuk atlit Filipina, De Wega yang
diminatinya. Pada sebelah petang, Kamarul memenangi satu lagi pingat emas menerusi acara 400m.
Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan atlit dan pegawai-pegawai,
termasuk ucapan tahniah daripada rakan-rakan di Malaysia terutamanya Saridah. Encik Kadir berasa puas
dengan kejayaan Kamarul. Kamarul terkejut apabila Encik Kadir memberitahu cadangannya untuk bersara
selepas kejohanan sukan ini. Kamarul terharu dan terkilan apabila diberitahu Encik Kadir sepatutnya
bersara pada tahun ini tetapi menangguhkannya demi kejayaan sukan SEA ini.

SIPNOSIS BAB 15

Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah berakhir. Malaysia menduduki tepat
kedua. Di hotel penginapan, Kamarul dikunjungi De Wega. De Wega mengucapkan
tahniah kepada Kamarul. De Wega memberi nasihat dan kata perangsang kepada
Kamarul. Kemudian Kamarul memberikan cenderamata kepada De Wega sebagai
kenang-kenangan. Demikian juga De Wega turut memberikan cenderamata berupa
sebutir pingat emas yang pernah dimenangi dalam sukan SEA di Brunei kepada
Kamarul. Penerbangan pulang atlit Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Subang
Kuala Lumpur dan disambut meriah oleh emak, ayah,kakak, Saridah dan beberapa
orang kawan-kawannya. Semua mengucapkan tahniah atas kejayaan Kamarul.

JADUAL KOMSAS

NO NILAI PERWATAKKAN WATAK LATAR PERSOALAN PENGAJARAN CONTOH
. MASYARAKAT PERISTIWA
Seorang yang Kamarul Persoalan Kita hendaklah gigih
1 kegigihan gigih Masyarakat murid tentang pelajar berusaha dalam hidup agar Sebagai contoh,
sekolah yang aktif penting untuk kita dapat mencapai kejayaan kamarul berjaya
menang dalam
bersukan masa depan pingkan angtara

2 Keberanian Seorang yang Saridah Masyarakat yang Persoalan Kita mesti memberikan bangsa
Berani prihatin terhadap tentang tumpuan pada pelajaran agar
nasib orang lain Saridah berani
percintaan masa menegur sikap
sewaktu di depan kita lebih cemerlang Kamarul yang mula
sekolah boleh sombong dan
menjejaskan bongkak setelah
pencapaianj
akademit Kamarul
popular.
3 Bertanggungjawab Seorang yang Encik Masyarakat yang Persoalan Kita mesti bersikap teliti dan
Sebagai contoh,
Bertanggungjawab Kadir bertanggungjawab tentang serius dalam melaksanakan Encik Kadir melatih
Kamarul dan rakan-
ketika melakukan tangungjawab tugas agae tugas yang rakannya yang lain

tugasan dalam seorang dilaksanakan memberikan untuk kejohanan
sukan SEA di
perkerjaan jurulatih ketika impak yang positif Bangkok

melatih atlet-

atlet dibawah

bimbingannya

BINAAN PLOT

Permulaan
Kisah bermula dengan perubahan sikap Kamarul yang menjadi perhatian ibu dan rakan-rakannya.Saridah juga
telah menegur Kamarul tentang perubahan sikapnya itu.

Perkembangan
Kamarul telah ponteng latihan dan banyak berlatih bersendirian. Tindakan Kamarul telah menimbulkan
kerunsingan Encik Kadir selaku jurulatih olahraga pasukan kebangsaan.

Konflik
Kamarul mula berani melawan jurulatihnya dengan mengatakan bahawa dengan latihan sendiri itu tidak
mengganggu kecergasannya. Kamarul juga telah berani mencabar Encik Kadir agar melatih Sures yang sedang
meningkat maju dalam olahraga.

Klimaks
Kamarul sanggup membaling pingat yang diberikan oleh Encik Kadir sambil berlalu pergi. Ketika melintas jalan
dengan perasaan marah dan fikirannya berkecamuk, dia telah dilanggar kereta hingga menyebabkannya terlantar
hospital.

Peleraian
Kamarul mula sedar akan kesilapannya dan kembali berlatih serta berdisiplin. Akhirnya, dia berjaya
meningkatkan kecergasannya semula dan menjadi johan dalam acara 100 meter dan 400 meter di Sukan SEA ke-
14 di Bangkok.

TEKNIK PLOT

Pemerian
Pengarang memerihalkan kebiasaan Kamarul yang membaca surat khabar tentang perkembangan sukan tanah air
dan luar negara selepas sarapan.

Dialog
Dialog antara Kamarul dan Adibah yang melarangnya keluar dari kelas sebelum loceng rehat berbunyi, walaupun
Kamarul menyatakan bahawa dia mahu berjumpa dengan Cikgu Zainal.

Monolog
Ketika berada di perpustakaan sambil menunggu kedatangan Kamarul, Saridah berfikir bahawa Kamarul perajuk
dan pendendam orangnya apabila Kamarul tidak datang menemuinya di situ.

Imbas kembali
Saridah mengingati peristiwa pertemuan pertamanya dengan Kamarul ketika menyertai Kejohanan MSSM di
Stadium Merdeka.

Imbas muka
Selepas kemalangan, Kamarul bertekad untuk kembali berlatih dan membuktikan kepada Encik Kadir bahawa dia
akan menjadi seorang ahli sukan yang berdisiplin

Saspens
Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada Kamarul akibat dilanggar kereta.

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version