Unit Pengurusan Disiplin & Kaunseling BPSBP
1|Page
Unit Pengurusan Disiplin & Kaunseling BPSBP
NOTA RINGKAS PENGURUSAN DISIPLIN (PERATURAN SEKOLAH)
1. TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN DISIPLIN MURID
1) Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001 : Semua Guru Adalah Guru Disiplin
2. PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN MURID
Akta 550 Akta Pendidikan 1996
Ordinan Pelajaran 1957
Surat-Surat Pekeliling KPM
Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru
3. ORDINAN PELAJARAN 1957 PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN
(DISIPLIN SEKOLAH) 1959
Peraturan 4 : Tanggungjawab b) Jika didapati seseorang
Guru Besar atas disiplin : Guru
Besar sesebuah sekolah adalah murid telah melakukan
bertanggungjawab atas disiplin
sekolah dan bagi maksud itu kesalahan seperti
hendaklah mempunyai kuasa ke
atas guru-guru dan murid-murid perbekalan Peraturan 7,
sekolah itu.
Guru Besar boleh
menggantung
persekolahannya dalam
jangka waktu yang difikirkan
sesuai atau terus dibuang
Peraturan 5 : Kuasa-kuasa sekolah.
Guru Besar
Peraturan 6 : Perwakilan kuasa Peraturan 9 : Kuasa Pendaftar
oleh Guru Besar mengarahkan pembuangan
murid dari sekolah
Peraturan 7 : Murid-murid tidak Peraturan 10 : Rayuan
boleh mengambil bahagian
dalam aktiviti-aktiviti pilihanraya Peraturan 11 : Catatan dibuang
atau politik sekolah dalam sijil berhenti
sekolah
Peraturan 8 : Kuasa Guru
Peraturan 12 : Syarat masuk
Besar menggantung balik sekolah
persekolahan atau membuang Peraturan 13 : Kuasa menutup
sekolah dll, dalam hal keadaan
murid dari sekolah : Apabila tertentu
seseorang Guru Besar Peraturan 14 : Penalti
berpuashati bahawa; Peraturan 15 : Kuasa Memberi
pengecualian : Kuasa Menteri
a) Adalah perlu bagi Pendidikan
memelihara peraturan dan
disiplin sesebuah sekolah
seseorang murid itu
digantung atau dibuang
sekolah, atau
2|Page
Unit Pengurusan Disiplin & Kaunseling BPSBP
4. TANGGUNGJAWAB PENGETUA / GURU BESAR
1) “Vicarious Liability” – Pengetua bertanggungjawab secara langsung
terhadap semua perkara di sekolah yang dilakukan oleh warga sekolah
terhadap murid dan keadaan di mana pihak majikan (KPM) dianggap
turut bertanggungjawab terhadap pekerjanya dalam suatu tuntutan kes
kecuaian.
2) Umumnya – Mendidik, menjaga dan “duty of care”.
3) Penyeliaan Bilik Darjah – penyeliaan perlu dilakukan bagi memastikan
keselamatan dan mengambil langkah proaktif pencegahan serta
menyelia dengan kadar munasabah.
4) Pengetua dan Pentadbir - Mengambil maklum dokumen undang-
undang, berkongsi / menyebar luas, mengingatkan staf secara konsisten
dan perlu memastikan guru-guru mahir / tahu.
5) Guru-guru – “in loco parentis” – tanggungjawab seperti ibu bapa dan
boleh didakwa atas kecuaian.
6) Surat kes gantung atau buang sekolah mestilah ditandatangi oleh
Pengetua / Guru Besar sahaja.
7) Surat kes disiplin : jelas dan tepat
8) “Natural Justice” – Keadilan semula jadi – seseorang itu tidak boleh
diadili tanpa sebab dan seseorang itu tidak boleh dihukum tanpa
memberikan hak untuk membela diri berkait dengan “Right to be heard
– to show cause” mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
9) “Prima facie” – ada kes atau sabitan kes.
10)“Intra Vires” – Melaksanakan tanggungjawab mengikut peraturan
perundangan yang ditetapkan.
11)Tindakan intervensi (pemulihan) hendaklah dijalankan dan
didokumentasikan sebagai bukti bahawa murid telah dibantu sebaiknya
untuk perubahan tingkahlaku yang lebih baik sebelum dikenakan
sebarang hukuman yang lebih berat jika melakukan kesalahan disiplin
berulang.
12)Murid-murid dimaklumkan dan mengetahui peraturan-peraturan
disiplin (sekolah & asrama) serta tindakan tatatertib yang boleh
dikenakan terhadap mereka jika melanggar / tidak mematuhi peraturan
tersebut. Peringatan secara wajar dan berkala hendaklah diberikan
kepada murid.
3|Page
Unit Pengurusan Disiplin & Kaunseling BPSBP
13)Pemakluman (Peraturan / Jenis Salahlaku) boleh dibuat dalam bentuk
taklimat, edaran buku peraturan kepada setiap murid & ibu bapa
penjaga, info di papan kenyataan, papan tanda peringatan (kawasan
larangan, bahaya, tali amaran dan sebagainya yang munasabah)
poster, mural dinding dll (diletakkan disekitar kawasan sekolah / asrama
yang boleh dilihat dan dibaca oleh semua guru dan murid).
5. PENGENDALIAN KES DISIPLIN SEKOLAH
a) Tindakan disiplin direkod & kemas kini
b) Umumkan pelantikan Guru Disiplin
c) Hukuman bersifat mendidik
d) Murnikan Buku Peraturan Sekolah & Diwartakan (mendapat kelulusan
pendaftar)
e) Elakkan unsur provokasi (kepada murid / ibu bapa / penjaga)
f) Tiada unsur bias / pilih kasih dalam menentukan hukuman
g) Patuhi dan rujuk semua SPI, buku peraturan dan SOP yang berkaitan
sepertimana yang telah ditetapkan pihak KPM
h) Kes ringan diselesaikan di peringkat sekolah secara muafakat
i) Kes berat dapatkan kerjasama pelbagai peringkat (BPSBP, JPN, PPD,
PIBG, PDRM, KKM dll)
6. PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN SEKOLAH
a) Terima aduan / kes
b) Siasatan awal dan teliti
c) Maklum kepada waris murid
d) Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin 1 & 2
e) Baca pertuduhan
f) Bela diri dan rayuan
g) Menjatuhkan hukuman (Hukuman biasa - Amaran, denda, rotan & kelas
tahanan) (Hukuman berat – Gantung persekolahan atau buang sekolah)
7. PERKARA-PERKARA “TEKNIKAL” YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
DALAM MELAKSANAKAN PERATURAN 4 DAN 8
1) Setiap aspek teknikal perlulah diberi perhatian sewajarnya semasa
melaksanakan tindakan disiplin GANTUNG atau BUANG SEKOLAH.
2) Gantung sekolah mengikut Peraturan 8 membawa maksud sebagai
hukuman disiplin ataupun sebagai membolehkan siasatan lanjut
sesuatu kes dibuat sebelum keputusan hukuman disiplin dijatuhkan.
3) Bagi kedua-dua keadaan ini, prosedur yang berlainan hendaklah
dipatuhi.
4|Page
Unit Pengurusan Disiplin & Kaunseling BPSBP
4) Tindakan disiplin buang sekolah adalah langkah terakhir setelah
kegagalan langkah-langkah tatatertib terdahulu termasuk sesi
kaunseling yang kesemuanya mempunyai dokumen lengkap dan
teratur.
5) Surat tatatertib (tuduhan / hukuman) apabila dikeluarkan hendaklah
mengandungi perkara berkaitan selengkapnya;
Nama penuh (mengikut kad pengenalan)
Nombor kad pengenalan
Kelas tingkatan
Jenis kesalahan / Peraturan yang dilanggar
Tarikh kejadian
Waktu kejadian (jelas dan tepat)
Tempat kejadian
Hukuman yang boleh dikenakan (mengikut Buku Peraturan
Sekolah atau Pekeliling berkaitan).
6) Peruntukkan undang-undang mengikut Peraturan 4 dan 8 Peraturan-
Peraturan (Disiplin Sekolah) 1959 hendaklah dirujuk bagi setiap kes.
7) Surat hukuman penggantungan atau buang sekolah hanya boleh
ditandatangani oleh Pengetua sahaja.
8) Setiap surat tatatertib hendaklah disalinkan kepada Pendaftar Sekolah-
Sekolah, PPD daerah berkenaan, BPSBP dan Ibu Bapa / Penjaga
tertuduh.
9) Peruntukan undang-undang bagi ibu bapa / penjaga untuk membuat
rayuan di atas hukuman tatatertib yang dikenakan terhadap anak /
jagaan mereka hendaklah dimaklumkan dengan jelas.
10)Sesuatu kesalahan disiplin apabila telah dijatuhkan hukuman, murid itu
tidak boleh dihukum sekali lagi atas kesalahan yang sama.
Contohnya seorang murid telah dirotan sebanyak 3 kali oleh warden
kerana mencuri. Pengetua tidak boleh mengantung atau membuang
murid tersebut atas kesalahan yang sama.
11)Setiap murid yang akan dihukum hendaklah diberi peluang untuk
didengar dan membela diri bagi setiap pertuduhan. Hukuman tidak
boleh dilaksanakan tanpa memberi ruang untuk pembelaan dirinya.
12)Selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1991 bertarikh 16 Mei
1991 : Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah dan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2011 bertarikh 28 Jun 2011 : Pelaksanaan
Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan
menangani Isu Disiplin Murid. Pihak berkaitan iaitu BPSBP, PPD dan
JPN perlulah dihubungi untuk makluman melalui telefon manakala
laporan bertulis hendaklah menyusul kemudian dengan segera.
5|Page
Unit Pengurusan Disiplin & Kaunseling BPSBP
13)Setiap amalan baik dan kesalahan disiplin murid perlulah direkodkan
di dalam Sistem Sahsiah Diri Murid vol. 2 (SSDM V2.0)
https://ssdm.moe.gov.my yang telah dibangunkan oleh KPM.
SOP 1:3:7 SPI BIL.7 TAHUN 2011 : PELAKSANAAN STANDARD OPERATING
PROCEDURE (SOP) 1:3:7 PELAPORAN DAN TINDAKAN MENANGANI ISU
DISIPLIN MURID (SPI:KP(BPSH-SPDK)201/005/01 Jld.4(10) Bertarikh 28 JUN 2011.
HARI TEMPOH TINDAKAN
Sekolah membuat siasatan dan memberikan laporan
awal kepada BPSBPSK / JPN / PPD ;
a. Apa (What)
b. Siapa (Who)
1 Hari Pertama c. Di Mana (Where)
(Aduan / d. Bila (When)
e. Tindakan awal (secara ringkas)
Kejadian / Tular)
Laporan awal ini boleh dihantar melalui SMS,
Whatapps, e-mel, talian telefon dll (kadar segera)
atau laporan penuh boleh dihantar terus jika telah
dapat disempurnakan (ditangani).
Siasatan penuh telah dijalankan dan laporan telah
2 Hari Ketiga disiapkan meliputi tindakan yang sedang, akan atau
telah dibuat oleh pihak-pihak terlibat.
Kes, isu atau insiden yang berlaku telah
diselesaikan di semua peringkat termasuk tindakan-
tindakan yang perlu, atau hukuman atau
penyelesaian lain yang telah dilakukan
3 Hari Ketujuh Penyelesaian perlu memaksimumkan kepuasan hati
pihak terlibat dan pastikan tiada isu berbangkit kelak.
Jika kes tidak dapat diselesaikan dalam tempoh
ini maka proses tindakan dan pelaporan akan
diteruskan sehingga kes selesai sebaiknya.
SENARAI SEMAK DOKUMEN (KES PELANGGARAN DISIPLIN MURID)
1. Akuan Murid (Mangsa & Pelaku)
2. Akuan saksi (guru, murid, pengawal keselamatan) jika ada
3. Borang aduan (murid, guru, ibu bapa dan sebagainya)
4. Minit Mesyuarat JK Disiplin (I & II)
5. Laporan Pertemuan Bersama Ibu Bapa / Penjaga (Mangsa & Pelaku)
6. Surat Pertuduhan
7. Surat Rayuan (jika ada)
8. Surat Hukuman
9. Salinan Laporan Perubatan / Pemeriksaan Kesihatan
6|Page
Unit Pengurusan Disiplin & Kaunseling BPSBP
10. Salinan Laporan Polis
11. Laporan Perbincangan Bersama PPS PDRM
12. Laporan bersama pihak Sarana Ibu Bapa / PIBG
13. Tindakan Sekolah (bagi memastikan keselamatan / kes tidak berulang)
14. Laporan Kaunseling (Mangsa & Pemangsa)
15. Laporan Guru Bertugas (Warden)
16. Laporan Pengawal Keselamatan (jika ada)
17. Gambar Kecederaan Mangsa
18. Gambar Lokasi Kejadian
19. Laporan intervensi yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah (bagi memastikan
murid telah diberi peluang untuk mengubah sikap, tidak melanggar peraturan
berulang kali dan sebagainya)
20. Program-program yang telah dilaksanakan (pembangunan sahsiah, pencegahan dan
pemantapan disiplin murid)
DISEDIAKAN OLEH
Unit Kepimpinan, Bantuan, Disiplin & Kaunseling
Sektor Pembangunan Murid dan Kepimpinan
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
7|Page