The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kawaii Interface for Marketing by Slidesgo (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainoormadia, 2021-05-25 16:30:41

Kawaii Interface for Marketing by Slidesgo (1)

Kawaii Interface for Marketing by Slidesgo (1)

Seni Mempertahankan
Diri

Ainoormadia Binti Rosli 6UMA

SILAT

Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa
Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu
atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada
usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang
menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi
ke generasi. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru
silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru
Utama aliran itu. Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi
mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru
silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah
diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau
menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi
beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat
yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.

SILAMBAM

merupakan seni bela diri Dravidian tradisi berasaskan pertempuran tongkat. Gaya ini
dipercayai berasal dari Bukit Kurinji masa kini Kerala, 5,000 tahun dahulu, di mana
penduduk tempatan menggunakan tongkat buluh atau rotan bagi mempertahankan diri
mereka dari haiwan buas. Sebagaimana penulisan Sangam, Bukit Kurinji merupakan
salah satu dari lima pembahagian fisiografik (physiographic) dalam Tamilakam, yang
kemudiannya dikenali sebagai Keralam selepas ketibaan Brahmin. Narikuravar dari
Bukit Kurinji menggunakan tongkat yang dikenali sebagai Chilambamboo sebagai
senjata bagi mempertahankan diri mereka daripada haiwan buas, dan juga bagi
menunjukkan kemahiran mereka semasa perayaan keugamaan. Sarjana Hindu dan ahli
yogi yang pergi ke pergunungan Kurinji bagi bertafakur tertarik dengan pertunjukkan
kemahiran tinggi memutar Chilambamboo. Silambam telah diwujudkan sebagai salah
satu seni mempertahankan diri tradisi dikalangan orang India sejak turun kemurun.
Kini penduduk tempatan di Malaysia dan Singapura yang berbangsa India, Melayu, Cina
dan bangsa asing juga mengambil bahagian didalam seni Silambam.

WUSHU

wǔshù merupakan seni bela diri yang berasal dari negara China. Perkataan
Wushu berasal daripada dua perkataan iaitu "Wu" yang bermaksud ilmu Perang
dan "Shu" yang membawa makna Seni. Di negara China, wushu juga dikenali
sebagai negara China, wushu juga dikenali sebagai "国术" (guóshù) yang
bermaksud seni bela diri kebangsaan. Wushu lazimnya dipersembahkan dan
dipertandingkan dalam bentuk "Taolu" yakni sekumpulan pergerakan wushu yang
digabungkan untuk membentuk sebuah rutin (sama dengan acara seni dalam
silat).


Click to View FlipBook Version