The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainoormadia, 2020-12-08 11:14:56

Tarian Zapin

Tarian Zapin

Tarian Zapin

Ainoormadia Binti Rosli (6UMB)

Sejarah Tarian Zapin

Tarian Zapin (Jawi: )‫زافين‬merupakan sejenis tarian
rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh
peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman.
Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar
seni tari di Nusantara iaitu di Semenjung Tanah Melayu,
Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana
bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti
di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah
mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan
ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya.

Jenis-jenis Tarian Zapin

Tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri
menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:
• Tarian Zapin Arab
• Tarian Zapin Johor
• Tarian Zapin Lenga
• Tarian Zapin Pekan
• Tarian Zapin Tenglu

Gerakan Tarian Zapin

Penari-penari berinteraksi dengan pasangan masing-masing dengan
bergurau,mencabar atau menikmati alunan muzik dan lenggok tarian
pasangan masing-masing.Antara variasi tarian yang popular ialah Zapin
Tengliu yang berasal dari Mersing. Variasi Tengliu telah diilhamkan dari
para nelayan yang sering turun ke laut dan mereka manari diatas kapal
denganmengikut arus ombak laut. Kalau kita melihat variasi ini penari
seolah-olah sedang menari sambil badannya terhuyung-hayang kekiri
dan kanan sambil tangannya memegang tali kapal. Gerakan variasi
Tengliu banyak melakukangerakan yang tidak disangka-sangka seperti
pusingan badan dan pinggang diikuti dengan hentianmengejut dengan
kaki, tangan dan bahu. Tarian tradisional ini bersifat edukatif dan
sekaligus menghibur,digunakan sebagai media dakwah Islamiyah
melalui syair lagu-lagu zapin yang didendangkan.

Alat-alat muzik dan lagu Tarian Zapin

Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya
usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin
adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak
tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat
anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang
dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.
Muzik lagu yang mengiringi tarian zapin terdiri daripada lagu Lancang
Kuning, Naan Sidi, Ya Salam, Zapin Budi, Zapin Pekan, Ya Ladan dan
banyak lagi.

Pakaian bagi lelaki:
• berkain samping
• memakai baju teluk belanga
• mekak musang
• memakai kain sarung tenunan siak
• bersongkok

Pakaian bagi wanita:
• memakai kurung
• kain sarong
• kebaya panjang
• hiasan kembang goyang untuk sanggul
• gelang atau dukuh


Click to View FlipBook Version