BAB 8 : UNSUR DAN BAHAN
CIKGU FATEN
8.1 : ASAS JIRIM
ATOM
Zarah paling kecil dalam sesuatu unsur. Unit
paling asas dalam unsur.
MOLEKUL
Gabungan dua atau lebih atom secara kimia.
Terdiri daripada gabungan jenis atom yang sama
atau berbeza.
ION
Zarah bercas sama ada positif atau negatif. Terbentuk
apabila sesuatu atom menderma atau menerima elektron
BAHAN ATOM
• Mengandungi zarah atom sahaja
• Susunan zarah di dalam logam adalah rapat
dan teratur
• Susunan zarah di dalam gas nadir adalah
berjauhan dan tidak teratur
BAHAN MOLEKUL
• Gabungan dua atau lebih atom secara kimia
sama ada atom sama atau berbeza
• Tindak balas antara unsur bukan logam
membentuk sebatian dalam bentuk molekul
BAHAN ION
• Terbentuk daripada tindak balas antara unsur
logam dengan unsur bukan logam
• Mengandungi ion positif dan ion negatif
• Contoh : Natrium klorida
KEWUJUDAN UNSUR DALAM
PELBAGAI BENTUK
• Unsur boleh wujud dalam bentuk pepejal,
cecair dan gas
Unsur ferum wujud Unsur ferum wujud
dalam bentuk atom dalam bentuk ion
pada kepala tukul dalam sebatian karat
Unsur hidrogen Unsur hidrogen
wujud dalam bentuk wujud dalam bentuk
ion dalam jus limau molekul di udara
JADUAL BERKALA UNSUR MODEN
UNSUR DALAM KALA
Apabila unsur merentasi kala :
• sifat logam berkurang dan sifat bukan logam
meningkat
• perubahan sifat oksida daripada oksida bes
kepada oksida asid
• sifat kekonduksian arus elektrik berkurangan
Unsur yang disusun dalam baris
mengufuk. (7 kala)
UNSUR DALAM KUMPULAN
Unsur yang disusun dalam turus
menegak disebut sebagai
kumpulan. (18 kumpulan)
Siri antanida dan siri laktanida
Dua siri unsur dengan nombor proton 57-71 dan 89-103 yang diletakkan
berasingan.
PRINSIP SUSUNAN UNSUR DALAM
JADUAL BERKALA
• Unsur disusun mengikut tertib menaik
nombor proton dari kiri ke kanan dan dari atas
ke bawah Jadual Berkala
• Nombor proton
- bilangan proton yang terdapat di dalam
nukleus suatu atom
SUSUNAN ELEKTRON UNSUR
• Atom neutral mempunyai bilangan proton dan
bilangan elektron yang sama
• Elektron disusun mengelilingi nukleus dalam
dalam petala elektron
• Elektron memenuhi petala terdekat dengan
nukleus dahulu
CONTOH SUSUNAN ELEKTRON
ATOM SULFUR
• Nombor proton = 16
• Bil elektron = 16
• Dua elektron disusun
dalam petala pertama
• Lapan elektron disusun
dalam petala kedua
• Bakinya, enam elektron
disusun dalam petala
ketiga
• Susunan elektron ditulis
sebagai 2.8.6
PEMBENTUKAN ION POSITIF
DAN ION NEGATIF
• Atom neutral membentuk ion melalui
pendermaan elektron pada petala terluarnya
kepada atom lain atau menerima elektron
pada petala terluar daripada atom lain
• Bagi mencapai susunan elektron duplet atau
oktet yang stabil
• Apabila sesuatu atom menderma atau
menerima elektron, atom itu menjadi zarah
bercas disebut sebagai ion
SUSUNAN DUPLET DAN OKTET YANG
STABIL
Susunan elektron yang stabil Susunan electron yang stabil
yang mempunyai 2 elektron yang mempunyai 8 elektron
pada petala pertama pada petala terluar
PEMBENTUKAN ION POSITIF
DAN ION NEGATIF
• Ion positif
Terbentuk apabila atom unsur logam
menderma elektron
• Ion negatif
Terbentuk apabila atom unsur bukan logam
menerima elektron
PEMBENTUKAN ION POSITIF
MAGNESIUM
• Atom magnesium mempunyai 12 elektron.
Susunan elektron 2.8.2
• Bagaimana atom magnesium dapat mencapai
susunan electron oktet yang stabil?
• Derma 2 elektron atau terima 6 elektron?
derma dua elektron
PEMBENTUKAN ION NEGATIF KLORIN
• Atom klorin mempunyai 17 elektron. Atom
klorin mempunyai susunan elektron 2.8.7
• Atom ini menerima satu elektron untuk
mencapai susunan elektron octet yang stabil.
terima satu elektron
ISOTOP
• Unsur yang mempunyai bilangan proton yang
sama tetapi bilangan neutron yang berlainan
• Biasanya ditulis nombor nukleonnya sahaja
• Nombor nukleon
jumlah bil proton dan neutron di dalam nukleus
atom
CONTOH ISOTOP
Isotop Bilangan proton Bilangan elektron Bilangan neutron
Hidrogen-1 1 1 0
Hidrogen-2 1 1 1
Hidrogen-3 1 1 2
Karbon-12 6 6 6
Karbon-13 6 6 7
Karbon-14 6 6 8
Oksigen-16 8 8 8
Oksigen-18 8 8 10
KEGUNAAN ISOTOP DALAM PELBAGAI
BIDANG
• Radioisotop
Isotop yang tidak stabil yang memancarkan
sinar radioaktif
• Radioisotop digunakan dalam bidang
perubatan, pertanian,perindustrian,penjanaan
tenaga dan penyelidikan.
KEGUNAAN ISOTOP
PERUBATAN
Sinar gama daripada
kobalt-60 digunakan untuk
membunuh kanser
TEKNOLOGI MAKANAN
Sinar gama daripada
kobalt-60 digunakan untuk
membasmi mikroorganisma
KEGUNAAN ISOTOP
PERTANIAN
Fosforus-32 disuntik ke dalam
akar tumbuhan untuk mengaji
kadar penyerapan baja
ARKEOLOGI
Karbon-14 digunakan untuk
mengkaji usia artifak purba
(pentarikhan karbon)
KEGUNAAN ISOTOP
PERINDUSTRIAN
Uranium-235 digunakan untuk
menjana tenaga elektrik dalam
reaktor nuklear
PERUBATAN
Iodin-131 digunakan untuk
mengesan kerosakan kelenjar
tiroid
TAMAT BAB 8