The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 7 : KEELEKTRIKAN DAN KEMAGNETAN
7.1 : KEELEKTRIKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noor.azia, 2020-06-11 10:15:10

NOTA SAINS TINGKATAN 2

BAB 7 : KEELEKTRIKAN DAN KEMAGNETAN
7.1 : KEELEKTRIKAN

7.1 KEELEKTRIKAN

• TENAGA
• CAS ELEKTROSTATIK
• ARUS ELEKTRIK

CAS ELEKTROSTATIK

• Cas elektrostatik ialah cas elektrik yang statik atau
pegun (tidak bergerak)

• Cas elektrik terdiri daripada cas positif (proton) dan
cas negatif (elektron)

• Cas yang sama akan saling menolak manakala cas yang
berlainan saling menarik.

• Daya tarikan atau tolakan di antara cas elektrik dipanggil
daya elektrostatik.

Bagaimana cas elektrostatik terhasil? (m/s 145)

• Bahan yang mempunyai bilangan elektron(-) dan
proton(+) yang sama adalah neutral.

• Cas elektrostatik terhasil apabila dua bahan yang
berlainan jenis digosok atau bergeser bersama

• Elektron(-) dipindahkan dari satu bahan ke bahan
yang lain. Proton(+) tidak bergerak.

• Bahan yang kehilangan elektron akan bercas
positif kerana proton(+) lebih banyak dari
elektron(-)

• Bahan yang menerima elektron akan bercas
negatif kerana elektron(-) lebih banyak dari
proton(+)



Contoh kesan cas elektrostatik

Bahan-bahan Penerangan

Belon ↓Kain bulu Rambut  Belon digosok pada kain bulu
 Elektron kain bulu dipindahkan ke

belon
 Belon menjadi bercas negatif kerana

lebih banyak elektron(-) berbanding
proton(+)
 Apabila belon yang bercas negatif
didekatkan pada rambut yang
neutral, cas positif rambut akan
tertarik kepada belon.

Elektroskop (m/s 146)

• Elektroskop ialah alat yang digunakan
untuk mengesan kewujudan cas
elektrostatik pada sesuatu objek.

• Jika jalur neutral didekatkan pada ceper
logam, kerajang emas tidak mencapah

• Jika jalur bercas positif atau bercas
negatif didekatkan pada ceper logam,
kerajang emas akan mencapah.







Contoh elektrostatik dalam kehidupan harian (m/s 146)

Kejadian kilat Penerangan

Awan  Awan bergeser dengan udara
menyebabkan awan dicas elektrik
Bumi
 Bahagian atas awan bercas positif
dan bahagian bawah bercas
negatif.

 Cas negatif awan tertarik pada cas
positif Bumi menghasilkan lintasan
cahaya iaitu kilat.

Penjana Van De Graff

• Apabila dihidupkan, tali sawat akan bergerak
dan bergeser dengan elektrod

• Pemindahan elektron berlaku menyebabkan
penjana menjadi bahan bercas

• Cas positif berkumpul di sfera besar, cas
negatif berkumpul di sfera kecil

• Apabila didekatkan kedua sfera, cas negatif
dan positif akan saling tertarik menghasilkan
satu lintasan elektrik.


Click to View FlipBook Version