The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini merupakan tentang perjalan seorang pelajar yang ingin bina bdan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Idham Fazail, 2024-01-16 07:39:38

Pemakanan untuk bina badan

Buku ini merupakan tentang perjalan seorang pelajar yang ingin bina bdan

Keywords: Bina badan

P E L A J A R S E P E N U H M A S A P E M A K A N A N U N T U K P R E S T A S I S U K A N S P E 3 5 4 1 PEMAKANAN UNTUK BINA BADAN MUHAMMAD IDHAM BIN FAZAIL 210241 PJ VECTOR


PENGENALAN METADOLOGI PERNYATAAN MASALAH PROFIL SUBJEK & DAPATAN KAJIAN OBJEKTIF KAJIAN KESIMPULAN & LAMPIRAN & RUJUKAN ISI KANDUNGAN


PENGENALAN Pemakanan merupakan unsur penting dalam membentuk badan yang sihat dan bertenaga. Bagi sesiapa yang berhasrat untuk membina badan yang kuat dan atletik, pemakanan menjadi aspek kunci dalam mencapai matlamat tersebut. Konsep pemakanan untuk membina badan tidak hanya melibatkan pengambilan kalori yang mencukupi, tetapi juga pemilihan nutrien yang sesuai dan strategi pemakanan yang berkesan. Dalam usaha untuk membentuk badan yang ideal, penting untuk memahami keperluan kalori harian, komposisi nutrien, dan pemilihan jenis makanan yang dapat memberikan tenaga dan bahan-bahan pembinaan kepada otot. Pemakanan yang betul bukan hanya berkaitan dengan kuantiti, tetapi juga kualiti makanan yang dikonsumsi. Nutrien seperti protein, karbohidrat kompleks, lemak yang sihat, vitamin, dan mineral memainkan peranan penting dalam proses pemulihan dan pembinaan otot. Dalam pengamalan pemakanan untuk membina badan, satu strategi yang efektif adalah menyusun jadual makanan yang seimbang, mengambil kira keperluan individu dan tahap aktiviti fizikal. Keseluruhan, pendekatan ini membantu meningkatkan prestasi fizikal, mempercepatkan pemulihan, dan memastikan badan mendapat nutrien yang mencukupi untuk pembangunan otot. Dengan pemakanan yang betul, seseorang dapat mencapai kecergasan optimal dan membina badan yang lebih sihat dan bertenaga.


PERNYATAAN MASALAH Pemahaman yang kurang terhadap jadual latihan serta pemakanan untuk membina badan di kalangan masyarakat merupakan salah satu isu. Hal ini kerana, kebanyakan masyarakat ingin untuk membina badan namun pengetahuan mereka tidaklah seberapa dan mereka memerlukan panduan untuk menjadi lebih berjaya membina badan. Oleh itu, panduan kepada masyarakat untuk membina badan perlulah dirungkaikan dengan lebih mendalam agar dapat memberikan manfaat kepada masyarakat.


OBJEKTIF KAJIAN UNTUK MENGENAL PASTI APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MEMBINA BADAN. MENGENAL PASTI RUTIN HARIAN BAGI SESEORANG YANG INGIN MEMBINA BADAN. MENGENAL PASTI TEMPOH LATIHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA BADAN. MENGENAL PASTI SEJAUH MANA PERUBAHAN YANG BERLAKU TERHADAP SUBJEK.


REKA BENTUK: Pendekatan kualitatif: melalui temu bual POPULASI DAN SAMPEL: Populasi: Penggemar bina badan Sampel : Seorang penggemar bina badan dari UPNM KAEDAH PENGUMPULAN DATA: Melalui temu bual: saya menanyakan tentang jadual latihan dan jadual pemakanan bagi bina badan selama seminggu. METADOLOGI


BIODATA PEKERJAAN NAMA: MUHAMMAD DANIELIZWAN BIN MAJID UMUR: 22 TAHUN JANTINA: LELAKI BMI: 24.1 MASALAH KESIHATAN: TIADA PENGLIBATAN DIRI DALAM SUKAN: BOLA SEPAK DAN HOKI SEBAB INGIN BINA BADAN: BERADA DALAM KEADAAN UNDERWEIGHT, TEKANAN PERSEKITARAN DAN PENGARUH AHLI KELUARGA PELAJAR SEPENUH MASA DI UNIVERSITI PERTAHANAN MALAYSIA (UPNM) DI DALAM IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN PROFIL SUBJEK


JADUAL PEMAKANAN JADUAL LATIHAN SARAPAN: Subjek cuba untuk mengambil makanan berprotein seperti telur rebus atau makanan berprotein tinggi jika sempat. TENGAH HARI DAN MAKAN MALAM: Subjek mengambil makanan seperti biasa namun subjek akan cuba untuk mengambil hidangan yang tinggi protein dan juga mineral. TAMBAHAN: Subjek akan mengambil bancuhan minuman protein jika beliau mendapati pengambilan protein pada hari tersebut tidak mencukupi. Subjek pergi ke gym sebanyak 5 kali seminggu. Senaman akan difokuskan kepadad satu bahagian pada setiap hari seperti contoh pada hari isnin subjek akan fokuskan padad bahagian belakang dan begitu juga pada hari lain. Jika mempunyai peluang subjek juga akan melakukan aktiviti kardio sebanyak 3 kali seminggu. PERBINCANGAN Subjek merupakan sorang pelajar perubatan yang mempunyai jadual padat dan perkara ini menjurus kepada ketidaktentuan pemakanan. Namun terdapat perkara yang difokuskan seperti beliau mengfokuskan untuk mengambil protein yang mencukupi dalam tempoh sehari. Oleh itu, kita dapat melihat betapa pentingnya protein kepada bina badan ini kerana protein amat diperlukan oleh badan untuk membina otot. Selain itu, subjek juga tidak mengabaikan pengambila mineral dengan beliau mengambil sayur yang mencukupi kerana beliau sedar akan kepentingannya. Seterusnya untuk jadual latihan, subjek melakukan senaman sebanyak l5 kali seminggu dan beliau berehat selama 2 hari. Hal ini kerana badan penggemar bina badan ini memerlukan rehat yang secukupnya untuk membina semula otot. DAPATAN KAJIAN


KESIMPULAN Pemakanan untuk bina badan ini amatlah menarik kerana ia memerlukan displin yang tinggi ia akan memakan masa untuk mendapatkan hasil. Jika kita lihat pada makanan yang diambil ia mengandungi protein yang tinggi kerana pembinaan otot memerlukan protein yang tinggi. Oleh itu, ketekunan yang tinggi amatlah diperlukan bagi seseorang menjadi lebih berotot. Bina badan ini sesuai kepada semua orang yang ingin meningkatkan saiz badan mereka masing-masing. Peningkatan saiz badan ini akan memberikan tahap keyakinan diri yang tinggi kepada individu.


LAMPIRAN SEBELUM SELEPAS


RUJUKAN Schwarzenegger, A., & Dobbins, B. (1998). The new encyclopedia of modern bodybuilding. Simon and Schuster. Lambert, C. P., Frank, L. L., & Evans, W. J. (2004). Macronutrient considerations for the sport of bodybuilding. Sports Medicine, 34, 317- 327. Helms, E. R., Aragon, A. A., & Fitschen, P. J. (2014). Evidence-based recommendations for natural bodybuilding contest preparation: nutrition and supplementation. Journal of the International Society of Sports Nutrition, 11(1), 20. Helms, E. R., Fitschen, P. J., Aragon, A. A., Cronin, J., & Schoenfeld, B. J. (2015). Recommendations for natural bodybuilding contest preparation: resistance and cardiovascular training. J Sports Med Phys Fitness, 55(3), 164-78. Rossow, L. M., Fukuda, D. H., Fahs, C. A., Loenneke, J. P., & Stout, J. R. (2013). Natural bodybuilding competition preparation and recovery: a 12- month case study. International journal of sports physiology and performance, 8(5), 582-592. Link temu bual: https://youtu.be/Si2Zehb-fWo


Click to View FlipBook Version