PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONALMALAYSIA WWW.PROJEK MPU.COM 23/24 MPU PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
"Dalam rangka bertahan hidup, kita berpegang teguh pada hal itu dan kita tahu hal tersebut". 'UCHIHA ITACHI' NAMA:MUHAMMAD SAFWAN BIN SAIFUL BAHARI NRIC:051124-10-0741 NAMA:MUHAMMAD DANISH FARHAN BIN ABDULLAHNRIC:051127-10-1539 NAMA:MUHAMAD HASZRUL NAZMI BIN ROSLI NRIC:050526-08-0355 Anak ketiga daripada empat adik beradik. Bekas Pelajar Form 6 di SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI .Seorang Bilal Surau Di Taman Mawar 2,Sepang. Seorang Anak lelaki yang baik,manja dan mudah terhibur. Anak pertama dari dua adik beradik Seorang yang peramah dan baik hati.Anak kedua daei empat orang adik beradik EDITOR FROM OUR GROUP
PENGENALAN MPU PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL Kesepaduan sosial boleh difahami sebagai jalinan hubungan kerjasama antara kaum dan kelompok, berkongsi aktiviti budaya dan pinjam-meminjam unsur budaya masingmasing. Ia merupakan elemen penting dalam memastikan sesebuah komuniti atau negara itu berada dalam keadaan aman dan harmoni. Kepelbagaian masyarakat menimbulkan berbagai-bagai cabaran kepada sesebuah masyarakat, seperti Malaysia. Setiap komuniti misalnya mempunyai etika dan peradaban yang berbeza dan terjelma dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-masing. Namun, kesemuanya perlu hidup dalam sebuah masyarakat Malaysia, berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan ketika terjadi perbezaan. Kesediaan tawar-menawar, berunding dan melakukan mediasi telah membawa keamanan, kestabilan dan keharmonian di Malaysia semenjak merdeka. Hal ini menunjukkan kesepaduan nasional yang telah wujud, didukung dan mesti terus-menerus dimantapkan. Hal ini dilaksanakan melalui tiga rangkai proses yang bergerak serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan.
ISI KANDUNGAN 2023 Section 1 Section 2 INTEGRASI NASIONAL KEMAJMUKAN MALAYSIA 11 12-13 contoh contoh detik perpaduan 14-15 kesimpulan 16
TIGA TERAS UTAMA PERPADUAN MALAYSIA KESATU page:8- paduan 9 PENYATU PADUAN PAGE:10
PERPADUAN Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi.Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat. Perpaduan amat penting dalam pembinaan sebuah negara bangsa yang memerlukan kesatuan dan kesepaduan dalam kalangan rakyat dalam konteks keunikan Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya. Oleh sebab itu, pentingnya gagasan ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ atau unity in diversity (Kassim Tukiman, 2020). Perpaduan menjadi idaman seluruh masyarakat Malaysia, tetapi masih belum tercapai. Perpaduan sebagai suatu hasrat yang diidamkan oleh seluruh rakyat Malaysia namun hal ini sukar diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan. Perkara ini biasanya hadir mengikut keadaan, keperluan dan detik-detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat. Kesemua ini dilakukan berdasarkan tiga prinsip utama, iaitu tawar menawar (bargaining), berunding (negotiation) dan perantaraan (mediation). Hasil yang dicapai selama ini adalah berasaskan platform integrasi yang telah dibina. Perpaduan merupakan matlamat akhir yang diidamkan dalam sebuah negara yang berbilang etnik (Shamsul, 2007
Oleh sebab itu, perpaduan nasional menjadi misi penting bagi negara dan memerlukan kerangka bersifat komprehensif yang mampu menterjemahkan wajah kerencaman masyarakat majmuk Malaysia. Keadilan, penerimaan dan toleransi perlu menjadi nilai asas kepada kerangka perpaduan nasional ini. Nilai itu perlu digarap dengan menjadikan Islam sebagai kayu ukur utama dalam mendukung agenda perpaduan nasional dalam konteks Malaysia. Selain melihat sifat Islam sebagai rahmatan lil alamin atau rahmah seluruh alam, ciri agama bersifat sejagat sebenamya amat penting dalam memastikan umat Islam kekal menerajui usaha baik ini. Perlu wujud kesedaran dalam masyarakat, supaya berusaha membina peradaban dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Bagi mencapai misi ini, masyarakat perlu mewujudkan nilai persefahaman, tolak ansur dan hormat-menghormati. Kesantunan insan dalam mengurus perbezaan dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu dititik beratkan serta difahami oleh semua pihak.
KESEPADUAN Kesepaduan ialah suatu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan yang seterusnya mempengaruhi para anggota masyarakat tersebut untuk merangkai pelbagai ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai pra syarat mencapai perpaduan. Himpunan usaha ini sering tanpa disedari telah membawa keamanan, keharmonian dan kestabilan dalam masyarakat tetapi belum membawakan perpaduan idaman. Kesepaduan sosial ialah suatu keadaan aman, stabil dan makmur sejahtera yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang berbilang etnik. Ia berupaya memajukan bangsa dengan adanya semangat kekitaan yang kuat yang dilandasi dengan rasa hormat, tolak ansur dan saling percaya sesama mereka. Tiga elemen yang berkaitan dengan kesepaduan sosial ialah keterangkuman sosial, sumber bahan atau dana sosial yang dikongsi bersama dan keupayaan meningkatkan kelas sosial.
Hasil daripada penyatuan ini keadaan akan menjadi aman, stabil, makmur dan sejahtera yang dicapai. Walau bagaimanapun diakui masih terdapat perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat di negara kita ini. Dalam usaha mewujudkan kesepaduan nasional, alat yang utama sebagai teras kesepaduan nasional ialah Perlembagaan Persekutuan dan Rukun negara. Dua perkara ini menjadi tunjang utama kepada kesepaduan nasional.Kesepaduan nasional amat penting untuk mewujudkan masyarakat yang dinamik. Masyarakat dinamik akan mewujudkan kelompok petani tradisional kepada petani komersial industri,golongan miskin kepada kelas menengah dan masyarakat kampung kepada warga kosmopolitan. Daripada segi kemajmukan bangsa, akan wujud pelbagai etnik dan budaya modeniti yang mengutamakan kestabilan dan kemajuan. Mereka berkongsi norma hidup, persamaan nilai dan kerencaman sosial. Hal ini merentasi hubungan horizontal antara etnik dan agama sekaligus dapat membina negara bangsa integrasi yang maju.
2023 Perpaduan negara ialah satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun negara. PERPADUAN NASIONAL
NEGARA KEPELBAGAIAN KAUM INTEGRASI NASIONAL Integrasi wilayah ialah satu konsep persefahaman antara rakyat tanpa mengira wilayah atau kawasan asal mereka. Dalam konteks Malaysia, wilayah boleh diertikan sebagai kawasan yang meliputi entiti geografi serta sempadan politik iaitu wilayah yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.
KEMAJMUKAN MALAYSIA Ketiga-tiga etnik majoriti di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India mengamalkan kebudayaan, adat resam, agama dan bahasa masingmasing.
Setiap etnik mempunyai keperibadian budaya yang tersendiri yang masih dikekalkan hingga kini. DARI SEGI AGAMA, MASYARAKAT MALAYSIA MENGANUT AGAMA SEPERTI ISLAM, HINDU, KRISTIAN, BUDDHA, KONFUCIOUS, TAOIS, ANIMISME DAN LAIN-LAIN. bekerakyatan dan hidup di bawah satu bentuk pemerintahan demokrasi raja perlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama
KEBUDAYAAN (PERAYAAN) Malaysia ialah sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum dan mengamalkan kebebasan beragama. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dan cara hidup yang berbeza.Budaya masyarakat Malaysia dapat dilihat melalui perayaan yang disambut oleh kaum tertentu. Uniknyaperayaan ini disambut bersama-sama. Disinilah detik-detik perpaduan yang harmoni diamalkan oleh rakyat Malaysia. Disampingitu, perayaan perlbagai kaum dalam negara kita turut mejadi tarikanpelancong di seluruh pelosok dunia. Budaya kunjung-mengunjung kerumah terbuka semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri turut menjadi kebiasaan dan dirasai oleh semua kaum di Malaysia Amalan menyambut perayaan bersama-sama dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Pelbagai kaum turut manyambut Perayaan Tahun Baru Cina. Masyarakat berbilang bangsa dapat melihat budaya masyarakat India di Malaysia menyambut perayaan Deepavali. Pemahaman terhadap budaya bangsa lain boleh mewujudkan rasa hormat- menghormati antara satu sama lain. CONTOH-CONTOH DETIK PERPADUAN
SUKAN Sokongan padu rakyat berbilang kaum terhadap atlet negara membuktikan acara sukan mampu menyatupadukan rakyat. Detik-detik perpaduan dapat dilihat menerusi rakyat Malaysia yang berbilang kaum bersatu tanpa mengira warna kulit, bangsa dan parti politik yang memberi sokongan kepada atlet Malaysia pada temasya sukan. Sukanjuga mampu memecahkan dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan "kemajmukam" bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta semangat satu negara, satu matlamat. Contoh paling mudah apabila jaguh badminton negara Lee Chong Wei bertanding dan memenangi pingat di temasya sukan olimpik. Semua rakyat tanpa mengira kaum dan perbezaan politik duduk bersama-sama memberi sokongan padu kepada beliau. Ini lah detik perpaduan yang ditonjolkan rakyat Malaysia dan sehingga kini diteruskan dalam mana-mana acara sukan sekalipun
Kesimpulannya, perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat adalah satu perkara penting. Oleh yang demikian, semua rakyat dan kerajaan harus bersama-sama memainkan peranan dalam meningkatkan perpaduan untuk membina sebuah bangsa yang terdiri dari rakyat yang bersilang kaum, yang hidup bersatu-padu serta aman sentosa. Kerajaan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu bijak dalam menentukan hala tuju dan dasar sesebuah negara untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara serta integrasi nasional sangat penting bagi membangunkan sesebuah negara ke arah global. Program-program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah berbincang dan dikaji oleh golongan pakar sebelum dilancarkan. Bersesuaian atau tidak dasar-dasar atau program- program yang dilancarkan bukan saja bergantung kepada peranan kerajaan, tetapi juga bergantung kepada sikap individu atau rakyat itu sendiri. Keadaan ini menunjukan bahawa semangat dan kepentingan perpaduan dan integrasi nasional perlu dipupuk sejak dari kecil. KESIMPULAN