The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syazwani Manan, 2024-02-24 09:04:04

KEMBALI BERSAHABAT

NURUL SYAZWANI MANAN

2 Di sebuah ibu kota, tinggal sebuah keluarga yang mewah dan kaya-raya. Mereka hidup dengan harmoni dan disenangi ramai. “Mumu cepat, kawan-kawan kamu sudah datang, ”kata ibu kepada Mumu. Jam sudah menginjak ke angka tujuh dan sebentar lagi mereka perlu bergegas ke perhentian bas untuk ke sekolah. Namun Mumu masih belum munculkan diri. “Nampaknya kita bakal tertinggal bas lagi kali ini, ” detik hati Kiki, si biri-biri yang comel.


3 Tidak sampai dua minit akhirnya Mumu menapak ke arah mereka dengan tergesa-gesa. “Kami pergi dulu ibu, ” jerit Mumu kepada ibunya seraya lari-lari anak mengikuti Kiki dan Bobo yang sudah berada beberapa langkah di hadapan memandangkan mereka sudah terlambat. “Fuh, lega rasanya kita sempat sampai sebelum bas bergerak, ”Bobo bersuara setelah bas yang dinaiki mereka bergerak menuju ke destinasinya. Mumu yang tiba selang beberapa saat kemudian terus melabuhkan duduk di atas kerusi dengan nafas yang masih tercungap-cungap.


4 Mereka bertiga bersahabat baik meskipun berbeza latar belakang. Bobo datang daripada keluarga yang susah. Bapanya bekerja sebagai petani manakala ibunya pula berniaga kecilkecilan. Berbeza sekali dengan dua orang rakannya itu. Mumu merupakan anak tunggal kepada pasangan usahawan yang berjaya di kota itu. Begitu juga dengan Kiki. Bapa Kiki seorang doktor, ibunya pula seorang guru. Meskipun begitu, Mumu dan Kiki selalu melayan Bobo dengan baik.


5 Ketika petang pula, mereka akan ke taman permainan sambil menyanyi bersama-sama. Bila hari petang, Ayuh pergi taman, Bersama kawan-kawan, Riang ria selalu. Kiki petik bunga, Selit di telinga, Jalan sini sana, Harum wangi baunya. (lirik lagu tepuk amai-amai)


Pada suatu ketika, sikap Mumu mula berubah. Ini kerana Mumu iri hati dengan kepintaran Bobo. Bobo sering mendapat tempat pertama di dalam kelas. Rakan-rakan sekelas mereka sering memuji dan kagum dengan kebijaksanaan Bobo. “Mumu, kenapa kamu jauhkan diri daripada kami? Kamu tidak lagi mahu makan di kantin bersama kami, ke sekolah pun kamu pergi dengan kawan-kawan yang lain, ” tanya Bobo. 6


7 “Saya tidak mahu berkawan dengan orang miskin seperti kamu. Saya malu ada kawan yang susah macam kamu, ” balas Mumu angkuh. “Mumu kamu tidak boleh berkata seperti itu. Kita kan sahabat baik. Harta dan kekayaan itu hanya bersifat sementara, ” sampuk Kiki yang tidak senang dengan percakapan Mumu.


Pada suatu hari, Mumu, Kiki dan Bobo menyertai satu perkhemahan di hutan simpan. Mumu, Bobo bersama tiga lagi murid lain berada dalam satu kumpulan yang sama. Mereka sangat nakal. Akibatnya, Bobo, si anak gajah yang kurang bernasib baik sering diganggu. Tugasan untuk memasang khemah juga tidak dihiraukan mereka. Sudahnya, Mumu terpaksa meminta bantuan daripada Kiki untuk menolongnya kerana masih lagi bermasam muka dengan Bobo. 8


9 “Khemah ini macam mana hendak pasang?” tanya Mumu sambil memegang sebatang tiang khemah. “Jangan risau, saya ada baca buku panduan pasang khemah. Kamu ikut arahan saya, ” kata Kiki dengan yakin. “Sekarang, kamu pegang tiang ini dan masukkan ke dalam lubang ini, ” arah Kiki sambil menunjukkan lubang di bahagian bawah khemah. “Oh, macam ini ke?” tanya Mumu sambil memasukkan tiang ke dalam lubang.


“Ya. Sekarang, kamu ulang langkah yang sama untuk tiang dan kain khemah yang lain, ” kata Kiki. “Oh, saya faham. Terima kasih Kiki, kamu memang hebat, ” puji Mumu. “Sama-sama. Saya memang suka membantu kawan-kawan, ” kata Kiki dengan bangga. Sementara itu, Bobo hanya menggeleng-geleng kepala melihat tingkah laku Mumu dan Kiki. 10


“Saya rasa kamu berdua sudah buat salah, ” kata Bobo. “Salah? Apa yang salah? Kiki kan pandai, ” kata Mumu tidak berpuas hati. “Pandai? Pandai apa? Pandai buat khemah terbalik, ” kata Bobo sambil menunjuk ke arah khemah yang mereka buat. Mumu dan Kiki segera menoleh dan ternganga melihat khemah yang mereka buat. Khemah itu terbalik. Kain khemah ada di bawah, tiang khemah ada di atas. Tali dan pasak pula tergantunggantung. 11


“Ini salah kamu, Kiki. Kamu bagi arahan yang salah. Kamu baca buku panduan pasang khemah atau buku panduan pasang payung?” kata Mumu dengan marah. “Saya baca buku panduan pasang khemah lah. Tapi, saya tak faham bahasa Inggeris. Saya main agak-agak je, ” kata Kiki dengan malu. “Main agak-agak? Ini bukan main-main, ini perkhemahan. Kalau guru nampak, habislah saya kena marah, ” kata Mumu. 12


“Alah, kita boleh ubah balik. Kita cabut pasak ini, lepas itu kita balikkan kain khemah, ” kata Kiki. “Tunggu, jangan cabut pasak itu. Nanti khemah itu jatuh, ” kata Bobo. “Jatuh? Jatuh apa? Khemah ini kan dah terbalik. Tak boleh jatuh lagi, ” kata Kiki sambil mencabut pasak itu. “Buk." Khemah itu terjatuh. Bobo hanya mampu menepuk dahi. 13


Pada waktu malam, murid-murid nakal itu berpakat untuk mengenakan Bobo. Mereka membuat helah dengan mengajak Bobo untuk masuk ke dalam hutan. “Bobo, ayuh kita mencari kayu api di dalam hutan sana. Kita sudah kehabisan kayu api sedangkan esok kita perlu memasak, ” kata salah seorang daripadanya. “Bukankan guru melarang kita keluar dari kawasan perkhemahan ini? Lagipun ini hutan tebal dan haripun sudah lewat malam, ” ujar Bobo yang pelik dengan ajakan tersebut. 14


Namun akhirnya Bobo terpaksa bersetuju dengan alasan mereka hanya mencari kayu api di sekitar kawasan perkhemahan. Setelah beberapa ketika, Bobo tersedar dirinya sudah ditinggalkan oleh ahli kumpulannya. Dia berasa sangat sedih kerana Mumu sanggup terlibat sama untuk menipu dirinya. 15


Kerana terlampau gembira, Mumu dan rakanrakannya terlupa jalan pulang. Dengan keadaan hutan yang gelap gelita dan bunyi cengkerik yang saling bersahutan menyebabkan mereka mula berasa gelisah dan takut. Manakala Bobo yang mahir dengan suasana hutan akhirnya dapat kembali ke tapak perkhemahan dengan selamat. Ini kerana dia selalu mengikuti ayahnya pergi memburu di dalam hutan ketika hujung minggu. 16


Pada keesokan harinya, Bobo mendapati Mumu dan ahli kumpulannya yang lain tiada di dalam khemah. Tanpa berlengah, Bobo terus memaklumkan kepada guru. Tidak lama selepas itu, Mumu dan rakanrakannya akhirnya dijumpai tertidur pada sebatang pokok yang berada di tengah-tengah hutan. Mumu berasa sangat kesal. Dia segera memohon maaf kepada Bobo akan sikapnya yang sombong. Sejak peristiwa itu, Mumu, Kiki dan Bobo kembali bersahabat. Mereka sedar bahawa latar belakang yang berbeza bukan penghalang mereka untuk bersahabat baik. 17


Click to View FlipBook Version