Surat Kiriman Rasmi
1
1) Surat kiriman rasmi lazimnya ditulis dengan tujuan untuk berhubung
secara formal dengan pihak tertentu seperti jabatan kerajaan, swasta, dan
sebagainya bagi memenuhi kepentingan umum.
2) Gaya bahasa yang digunakan mestilah padat, tepat, dan murid harus
menggunakan Bahasa baku. Oleh sebab ia bersifat formal, bahasa yang
berbunga-bunga perlu dielakkan,
3) la terdiri daripada beberapa jenis iaitu :-
(a) Surat permohonan-ditulis bagi tujuan memohon sesuatu perkara seperti
permohonan bantuan/kemudahan, permohonan jawatan, dan permohonan
untuk mengadakan lawatan.
(b) Surat Jemputan rasmi-ditulis bagi tujuan mengundang pihak-pihak
tertentu menghadiri sesuatu acara.
(c) Surat aduan-ditulis untuk mengemukakan bantahan atau rasa tidak puas
hati terhadap tindakan pihak tertentu.
(d) Surat rayuan-bantahan terhadap tindakan yang dikenakan ke atas
mereka. la bertujuan supaya tindakan yang bakal diambil ke atas mereka
akan dipertimbangkan semula atau ditarik balik.
4) Surat kiriman rasmi mempunyai pendekatan berbentuk pujukan. Oleh itu,
alasan yang dikemukakan perlulah meyakinkan dan logik. Semua ini mampu
mempengaruhi penerimaan pihak yang ditujukan. Kegagalan berbuat
demikian mungkin boleh mengakibatkan urusan kita tidak mendapat
perhatian.
5) Fakta yang dikemukakan mestilah sahih dan tidak meragukan penerima
surat.
FORMAT KARANGAN KETERANGAN
1)Alamat pengirim ditulis di sebelah kiri
penjuru atas surat
2) Garisan panjang melintang menulis alamat
pengirim. digaris selepas
3) Nama dan alamat lengkap penerima juga
ditulis di sebelah kiri surat. Barisan akhir
alamat hendaklah digariskan
4) Tarikh ditulis di sebelah kanan surat, laitu
pada baris yang sama dengan baris akhir
alamat penerima. Nama bulan ditulis dengan
huruf besar dan diletakkan tanda noktah.
5) Panggilan hormat penerima – kata
penghadapan digunakan mengikut gelaran.
6)Perkara atau tajuk surat.
7) Pendahuluan-alasan surat ditulis,
mengenalkan diri.
8) Isi surat
9) Penutup surat
10) Pengakuan pengirim.
11) Tandatangan pengirim.
12) Nama pengirim ditulis dengan huruf
besar sepenuhnya di dalam kurungan.
13) Nama jawatan
CONTOH KARANGAN
Pendahuluan -telah dipilih sebagai pelajar terbaik sekolah
- alamat pengirim dan tarikh -johan pertandingan pidato
- kata kata pembuka surat -teringat kenangan dulu membenci cikgu
Isi-isi penting Penutup
- sudah lama tidak hubungi mengucapkan terima kasih atas jasa dan tunjuk ajar
cikgu bukan bermakna sudah dan perhatian tetap diingat hinggan hujung hayat.
melupakan cikgu.
-telah berjaya memperoleh Keputusan
cemerlang dalam ujian percubaan PMR