The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur zulaika, 2021-07-28 13:40:42

Project Based Learning Badminton 2021

Project Based Learning Badminton 2021

Nama: Nur Zulaika binti Rosnizam
Nombor Maktab: CP201011
Kelas: 2 Cambridge
Guru Penasihat:
1.Cikgu Azuan Syafiq bin Azman
2. Cikgu Nur Asrah binti Setia

ISI KANDUNGAN

1 - Pengenalan
2 - Sejarah Sukan Badminton
3 - Tokoh - Tokoh Badminton di Malaysia
4 - Ciri - Ciri Keselamatan Sebelum Bermain
5 - Senarai Kelengkapan Badminton
6 - Undang – Undang Dan Peraturan
7 - Kesalahan Lazim Pemain Dalam Sukan Badminton
8 - Inovasi Yang Ingin Diaplikasikan Dalam Sukan Badminton
9 - Penutup

Pengenalan.

Badminton merupakan sejenis sukan yang menggunakan raket dan bulu tangkis yang
dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua
pasangan bertentangan (beregu), yang di mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam
sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata
melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring
dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas
lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas
jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan
lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap
pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan
penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan,
kekuatan, kelajuan, dan ketelitian, la juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang
memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran
penggunaan raket.

Sejarah.

Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal 1809. Permainan badminton yang dikenali
sebagai Poona pada ketika itu telah dimainkan buat pertama kali di Pulau Pinang oleh
pegawai dari Syarikat East India, di kediaman Kaptain Francis Light. Kesan sejarah ini masih
boleh dilihat di Methodist Boys School di Ayer Hitam. Di Muzium Pulau Pinang pula
terdapat gambar beberapa orang perempuan dan juga pegawai British sedang bermain
permainan Poona atau badminton. Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang
undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang
bermain hanya sekadar memukul-mukul bulu tangkis ciptaan mereka itu. Namun permainan
mereka itu telah berjaya menarik minat sebahagian daripada penduduk disitu. Pada tahun
1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan. Persekutuan ini bertindak
sebagai satu-satunya badan khas yang bertanggungjawab kepada segala hal yang
bersangkutan permainan badminton di seluruh dunia.

Pada 11 November 1934, Persatuan Badminton Malaya telah ditubuhkan. Presiden
pertamanya ialah J.L Woods dari Perak. Pada masa yang sama Malaya terkenal kerana A.
Samuel berjaya ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan All England. Pada tahun 1953 –
1957 Eddy Choong menjuarai empat pertandingan perseorangan All England dan menaikan
nama Malaya. Pada tahun 1949 dan 1992 Malaya menjuarai Piala Thomas. Sukan Badminton
berkembang pada tahun 1992 di Barcelona, badminton menjadi acara rasmi dalam sukan
Olimpik. Rashid Sidek telah memenangi Pingat Gangsa dan dua pasangan beregu mendapat
pingat perak dan gangsa di Sukan Olimpik tahun 1996.

Akademi Badminton Malaysia(ABM) ditubuhkan pada tahun 1992. Salah seorang pemain
yang berjaya dihasilkan ialah Dato’ Lee Chong Wei. Pada tahun 2000 ABM ditutup. Semua
pelajar dipindahkan ke Sekolah Sukan Malaysia, Bukit Jalil. Terdapat dua buah Sekolah
Sukan Malaysia (SSM) iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Sekolah Sukan Bandar
Penawar (SSBP). Pelajar untuk sukan badminton ditempatkan di SSBJ.

Tokoh - Tokoh Badminton di Malaysia.

Nama: Lee Chong Wei Datuk Lee Chong Wei lahir pada 21 Oktober 1982 merupakan
seorang pemain badminton profesional Malaysia. Beliau merangkul
Umur: 39 Tahun pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, 2012 dan 2016, maka
menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara
Tarikh Lahir: 21 Oktober perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik
1982 Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran
Datuk kepadanya serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia
Tempat Lahir: Bagan yang keenam Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.
Serai, Perak

Datuk Lee Chong Wei menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki
perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. Beliau
ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan
Roslin Hashim ( semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an ), dan juga satu-satunya jaguh
badminton Malaysia yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu. Beliau
merupakan duta dan jurucakap bagi jenama cat Pentens sejak 2013.

Datuk Lee Chong Wei gemar bola keranjang pada zaman kanak - kanaknya, namun ibunya
melarangnya daripada menceburi sukan itu gara-gara bahang yang melayur di luar gelanggang bola
keranjang, sejak itu, beliau mula mempelajari badminton ketika berusia 11 tahun, apabila bapanya
yang gemar bermain sukan ini membawanya ke gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian
seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya.
Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula melatih Lee selepas waktu sekolah. Setelah
bakatnya dikesan oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17
tahun.

Tokoh - Tokoh Badminton di Malaysia.

Nama: Lee Zii Jia Lee Zii Jia merupakan seorang pemain badminton Malaysia. Pada
2019, beliau telah menjuarai acara badminton perseorangan lelaki di
Umur: 33 Tahun Sukan Asia Tenggara 2019.

Tarikh Lahir: 29 Mac
1988

Tempat Lahir: Alor Setar,
Kedah

Lee Zii Jia ialah anak kepada Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng, guru dan bekas pemain bola
keranjang antarabangsa. Beliau mula berminat bermain badminton sejak awal berumur 5 tahun.
Pada awal persekolahannya, Lee bersekolah SJKC Keat Hwa di Alor Setar, Kedah. Hasil
daripada pencapaian cemerlang dalam pertandingan badminton bawah umur 12 tahun, beliau
telah menyambungkan pelajarannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pada 2015, beliau berjaya
memenangi Kejohanan Badminton Tebuka Remaja di negeri Perak dan Selangor. Pencapaian
seterusnya membawa beliau terpilih untuk melayakkan diri ke Persatuan Badminton Malaysia.

Pada November 2016, Zii Jia memenangi pingat gangsa di Kejohanan Badminton Remaja
acara perseorangan lelaki selepas tewas kepada Chico Aura Dwi Wardoyo di peringkar
separuh akhir. Pada bulan yang sama, beliau melayakkan diri ke peringkat akhir di Siri
Antarabangsa India. Pada Februari 2017, Zii Jia berjaya melayakkan diri ke separuh akhir
Kejohanan Badminton Thailand Master dan akhirnya tewas kepada Kantaphon Wangcharoen
dari Thailand. Pada September 2017, Zii Jia berjaya menjuarai Kejohanan Badminton
pertama di Polish International. Seterusnya, Zii Jia juga melayakkan diri ke peringkat separuh
akhir Kejohanan Badminton Terbuka Bitburge.

Tokoh - Tokoh Badminton di Malaysia.

Nama: Datuk Abdul Rashid Datuk Abdul Rashid bin Dato' Haji Mohd Sidek lahir 8 Julai
bin Dato' Haji Mohd Sidek 1968 di Kanchong Darat, Banting, Selangor merupakan bekas
pemain dan jurulatih badminton dari Malaysia
Umur: 53 Tahun

Tarikh Lahir: 8 Julai 1968

Tempat Lahir: Banting,
Selangor

Beliau merupakan anak bongsu daripada 5 adik-beradik Sidek yang semuanya terlibat dalam
arena badminton antarabangsa. Rashid Sidek dan abang-abangnya mendapat pendedahan dan
bimbingan mengenai sukan badminton daripada bapa mereka, Haji Mohd Sidek. Beliau ialah
graduan Victoria Institution ( kumpulan 1981 - 1985 )

Datuk Abdul Rashid bin Dato' Haji Mohd Sidek memenangi gelaran Terbuka Malaysia selama
tiga tahun berturut-turut pada tahun 1990, 1991, dan 1992. Pada final Piala Thomas pada tahun
1992, beliau mengalahkan Ardy Wiranata untuk memberikan Malaysia mata pertama dalam
kemenangan dramatik 3-2 ke atas musuh tradisi Indonesia - kejuaraan pertama yang dimenangi
oleh Malaysia dalam 25 tahun, dan yang terakhir hingga hari ini. Pada tahun 1996, Rashid
mara ke final All England sebelum tewas kepada Paul-Erik Hoyer Larsen dari Denmark.
Beliau mencipta sejarah apabila memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Atlanta 1996,
mengalahkan pilihan utama, Joko Suprianto dari Indonesia di suku akhir sebelum menewaskan
juara dunia 1995 juga dari Indonesia, Heryanto Arbi, 5-15, 15-11, 15-6 untuk penentuan pingat
gangsa.

Setelah bersara, Rashid Sidek berkhidmat sebagai jurulatih perseorangan kebangsaan dari
tahun 2003 hingga 2015.

Ciri - Ciri Keselamatan Sebelum Bermain.

Hal ini demikian
kerana pemanasan
badan dan regangan
memainkan peranan
yang penting bagi
mengelakkan berlaku
sebarang kecederaan.
Misalnya, kekejangan
otot, sakit urat dan lain
- lain. Impaknya, kita
dapat mengurangkan
risiko kecederaan.

Melakukan pemanasan badan dan regangan.

Memastikan alatan dalam kondisi yang baik. Hal ini demikian
kerana alatan yang

rosak akan
menjejaskan tahap

prestasi kita.
Umpamanya, raket
yang bengkok dan
stringed area yang

tidak kemas.
Implikasinya, kita
akan lebih tenang dan

fokus semasa
bermain.

Ciri - Ciri Keselamatan Sebelum Bermain.

Memastikan gelanggang tidak berpasir, rosak Hal ini demikian kerana
dan sebagainya gelanggang yang
berpasir mampu

menjejaskan potensi
pemain. Sebagai contoh,
terpijak batu yang tajam

dan terjatuh kerana
permukaan yang

berlubang. Dampaknya,
kita dapat menguasai

teknik dengan lebih maju
kerana persekitaran yang

selamat dan selesa

Memakai kasut yang bersesuaian Hal ini demikian kerana
kasut yang ringan dan
mempunyai sokongan
yang baik membantu
kita lebih selesa dan
bersedia. Contohnya,
Asics, Yonex dan
Adidas. Natijahnya,
kasut yang sesuai
memberikan daya
tarikan dan cengkaman

yang lebih baik agar kita
bole berhenti tepat pada

waktunya untuk
membalas pukulan.

Kelengkapan Badminton.

• Raket
• Beg Raket
• Bulu Tangkis
• Net Jaring
• Baju Sukan
• Kasut Badminton
• Wrist Guard
• Getah Pemegang Raket
• Gelanggang Badminton

Peraturan dan Undang - Undang.

Sistem Pemarkahan.

Tiga pusingan untuk satu permainan dengan kiraan 21 mata. Setiap kali serve, pemain akan
dapat mata. Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan diberikan kepada
pemain. Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang. Manakala apabila
kedua pemain terikat pada 29 sama, pemain yang dapat menambah mata menjadikan
kedudukan 30 akan memenangi permainan tersebut.

Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia.

Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada lima
disiplin iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita, beregu
campuran.

Status ranking diperakui oleh Badminton of World Federation (BWF).

Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang disertai. Kutipan mata
bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah apabila mereka menyertai dua
atau lebih kejohanan dalam masa 12 bulan setahun. Menyertal setiap kejohanan dan menang
dalam kejohanan yang disertal. Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata
sekiranya menang. Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia. Kelayakan untuk Sukan
Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira berpandukan kedudukan dunia.

Peraturan dan Undang – Undang.

Batal.

Sekiranya servis tidak betul, bulu tangkis dipukul setelah melepasi jaring, butu tangkis
tersangkut di jaring, bulu tangkis dipuku oleh pasangan penerima servis sekiranya dalam
permainan, bulu tangkis jatuh di luar sempadan gelanggang bulu tangkis menebusi atau
melalui di bawah jaring, bulu tangkis gagal melintasi jaring atau tersentuh sylling, bumbung
atau dinding tersentuh badan atau pakaian pemain.

Semula.

Semula diberikan apabila servis dilakukan sebelum penerima servis bersedia, penerima dan
pembuat servis dibatalkan serentak, semasa permainan, bulu tangkis tersangkut di atas jaring
dan terletak di atasnya, bulu tangkis pecah dan terpisah, permainan terganggu, permainan
terganggu oleh jurulatih, hakim garis tidak nampak dan berlaku kejadian yang tidak dijangka.

Kesalahan Lazim Pemain Dalam
Sukan Badminton.

Kesalahan Semasa Memukul Dalam Melakukan Servis
Ketika memukul bulu tangkis, kepala raket didapati lebih tinggi atau sejajar dengan grip
raket. Bulu tangkis tidak dipukul pada dasarnya yang berlapik getah pada saat-saat
persentuhan. Bulu tangkis terlepas daripada pukulan servis atau tidak dipukul melepasi
jaring.

Kesalahan Posisi Badan Dan Pergerakan Kaki Serta Tangan Semasa Melakukan Servis

Posisi kaki memijak garis tengah dan hadapan. Kaki kiri tidak berada di hadapan apabila
melakukan servis tinggi, servis rendah dan servis flik (forehand). Kaki kanan melangkah
sebelum bulu tangkis dipukul. Rangkaian gerak mengayun raket dan memukul bulu tangkis
terputus. Kaki dan badan sejajar dengan jaring mengakibatkan pukulan tidak tepat ke kotak
penerima servis yang betul. Pada kedudukan bersedia, tumpuan kaki tidak berada di bahagian
depan atas kaki. Akibatnya, reaksi akan menjadi lambat. Posisi lutut dan peha lurus dan tidak
bengkok menyukarkan proses servis dan menyebabkan pemain servis lambat kembali ke
tengah gelanggang.

Kesalahan Servis Kilas Dan Servis Flik (Backhand)

Pemain memegang raket dengan menggenggam, jari-jari rapat dan sejajar. Posisi 'V' tangan
berada pada bahagian grip raket yang lebar. Kaki kanan tidak berada di hadapan apabila
melakukan servis kilas dan servis flik (backhand) dan mengganggu keseimbangan kaki untuk
mengarahkan bola dengan tepat. Servis kilas yang terlalu tinggi di atas jaring sehingga
membuka ruang bagi lawan untuk memukul bola.

Kesalahan Lazim Pemain Dalam
Sukan Badminton.

Kesalahan Servis Dalam Perlawanan

Servis tidak dilakukan secara pepenjuru di mana bulu tangkis jatuh ke kotak depan yang
bertentangan dengan pemain servis, dan bukannya kotak di sebelahnya. Dalam perlawanan
perseorangan mahupun beregu, pemain servis tidak melakukan servis pada kotak kanan
apabila pihaknya sudah memungut markah genap dan tidak membuat servis pada kotak kiri
apabila pihaknya sudah memungut markah ganjil. Dalam perlawanan perseorangan mahupun
beregu, pihak yang memungut markah daripada rally sebelum ini tidak memulakan servis.
Dalam perlawanan beregu, penerima servis tidak dapat membalas servis flik yang tinggi dan
servis tersebut dibalas oleh pasangannya yang berada pada kedudukan belakang. Pemain
melakukan servis apabila penerima servis memberi isyarat bahawa dia belum bersedia lagi.

Inovasi Yang Ingin Diaplikasikan Dalam Sukan
Badminton.

ULTRA SLOWMOTION CAMERA

Challenge atau Instant Review Technology merupakan sebuah
teknologi yang sudah lazim digunakan di pertandingan-
pertandingan atau kejohanan badminton antarabangsa. Berdasarkan
peraturan yang dibuat oleh BWF, pemain diberi dua kali
kesempatan untuk melakukan challenge dalam satu pertandingan.
Ketika pemain melakukan Challenge, umpire akan memutarkan
tayangan ulang dari Ultra Slow Motion Camera berupa video grafik
atau animasi untuk melihat posisi jatuhnya bulutangkis. Jika posisi
jatuhnya di dalam lapangan, maka pemain berhak mendapatkan
mata tambahan. Namun, jika shuttlecock terbukti jatuh di luar
lapangan, maka pemain kehilangan satu mata dan tinggal satu
kesempatan untuk melakukan challenge.

MESIN PENEMBAK BULU TANGKIS

Mesin penembak bulutangkis ini adalah untuk mengeluarkan bulu
tangkis dengan kelajuan yang cepat tanpa memerlukan bantuan
orang lain. Mesin ini paling sesuai digunakan semasa latihan. Ini
kerana seseorang pemain hanya berdepan dengan mesin tersebut
sahaja dan mesin tersebut akan mengeluarkan bulu tangkis ke satu
arah kepada pemain yang sedang berlatih. Dengan adanya mesin ini
prestasi seseorang pemain dapat dipertingkatkan kerana mesin dapat
melatih tindak balas pemain. Tindak balas seseorang pemain
badminton adalah sangat penting dalam sesuatu pertandingan
badminton.

MESIN SENAR RAKET BADMINTON

Mesin ini digunakan untuk mengikat benang raket badminton.
Dengan adanya mesin ini proses mengikat benang telah menjadi lebih
mudah dan senang. Ini disebabkan oleh mesin boleh menetapkan
berapa pound yang kita nak ikat. Maka, setiap ikatan adalah sama
pound. Semasa menggunakan mesin ini untuk mengikat benang cuma
perlu menetapkan keberatan dan menekan butang tertentu sahaja.
Berbanding dengan zaman dulu, mereka memang menggunakan
tangan dengan sepenuhnya untuk mengikat benang badminton tanpa
bantuan teknologi yang canggih seperti zaman sekarang.

Inovasi Yang Ingin Diaplikasikan Dalam Sukan
Badminton.

AGEN BADMINTON TAHAN LAMA
Selepas menggunakan agen ini akan meningkatkan ketahanan
buluh badminton dan membawa tentangan yang hebat. Pada
masa yang sama, penambahan teknologi stabilizer akan
menjadikan penerbangan badminton lebih stabil dan tidak
akan dipengaruhi oleh perbezaan suhu yang disebabkan oleh
perubahan cuaca. Perlindungan keselamatan dengan
penggunaan formula mesra alam iaitu bulu angsa dan bulu itik
yang tidak dirangsangkan oleh bahan-bahan kimia.

MESIN MENGUJI KEKUATAN
Mesin ini adalah untuk menguji kekuatan sesuatu objek
termasuk bulutangkis. Terdapat seorang ahli sainstifik telah
menggunakan mesin ini untuk menguji kekuatan yang
dihasilkan oleh bulutangkis. Dua orang pemain China telah
menyertai dalam ujian ini. Salah satu pemain China itu telah
menghasilkan 1800 newton pada papan menguji kekuatan
tersebut. Ahli sainstifk itu berasa terkejut kerana dia tidak
sangka bulutangkis yang beratnya 5g dapat menghasilkan
kekuatan sebanyak 1800 newton.

Penutup.

Jika mendaki menuju ke puncaknya, jika berbicara menuju ke noktahnya, maka
sebagai penggulung projek saya ini, jelaslah bahawa sukan badminton merupakan
salah satu sukan yang menarik dan mudah dimainkan oleh setiap generasi.
Dengan folio ini, saya dapat mengenali dan memahami semua maklumat
berkaitan dengan sukan badminton. Termasuklah peraturan bermain badminton,
tokoh – tokoh yang disanjung tinggi dan lain – lain. Sebagai manusia, kita
mestilah berusaha bersungguh – sungguh dan tidak berputus asa dengan apa jua
yang diimpikan dalam hidup kita. Tiada perkara yang mustahil jika kita
meletakkan segala usaha. Kita juga hendaklah mempunyai strategi yang
tersendiri dan berfikir di luar kotak. Akhir kata, marilah kita bersama – sama
sedaya upaya agar sentiasa mempunyai matlamat hidup dan tidak mengalah.
Lebih – lebih lagi dengan pandemik yang kita semua lalui buat masa sekarang.
Teruskan usaha anda untuk masa hadapan yang cerah. Sekian. Terima kasih.


Click to View FlipBook Version