MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA-GURU
KALI KE
Sesi 2021/2022
SABTU
25 SEPTEMBER 2021
2.30 PETANG
GOOGLE MEET
Perasmian oleh : 1
TUAN HAJI MAHADHIR BIN ISMAIL
KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
KUBANG PASU
KANDUNGAN
3 ATUR CARA MAJLIS
4 AGENDA MESYUARAT AGUNG
5-6 KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
7 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
8 AJK PIBG SK BANDAR BARU DARULAMAN 20/21
9-28 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-22 2020
29 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN ( 2020 )
30-31 LAPORAN KEWANGAN ( 2020 )
32-35 USUL DAN CADANGAN
36 SENARAI JK KERJA MESYUARAT AGUNG
37 PENGHARGAAN 2
ATUR CARA MAJLIS
2.30 petang : Nyanyian Lagu ‘ Negaraku ‘
: Bacaan Doa
: Laporan oleh Tn. Guru Besar
En. Jusoh bin Abdullah
: Laporan oleh Yang DiPertua PIBG
En. Samsul Nizan bin Mohd Ehsan
: Perasmian Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG
Tuan Haji Mahadhir bin Ismail
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Kubang Pasu
: Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
bermula
: Bersurai
3
AGENDA MESYUARAT AGUNG
Ucapan Yang DiPertua PIBG
Membentang dan mengesahkan Minit
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-22
Membentang dan menerima Laporan Tahunan
Membentang dan meluluskan Penyata
Kewangan PIBG berakhir pada
31 Disember 2020
Membentang dan membincangkan usul dan
cadangan
Ucapan Penangguhan
4
KATA ALU-ALUAN TUAN GURU BESAR
Salam sejahtera, salam Kedah aman makmur
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izin-
Nya kita dapat mengadakan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke - 23
khusus bagi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ibu bapa yang dapat
hadir secara online pada Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke- 23 ini.
Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi
dan misi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman untuk mencapai
kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar.
SK Bandar Baru Darulaman telah menjangkau usia 23 tahun. Banyak
perubahan fizikal telah berlaku antaranya pertambahan bilangan bangunan
daripada 3 bangunan kepada 4 bangunan tidak termasuk bangunan prasekolah,
makmal komputer dan bangunan surau. Sekolah mempunyai 33 kelas aliran
perdana, 2 kelas Prasekolah dan sebuah Kelas Pemulihan Khas. Dengan jumlah 76
orang guru dan 7 orang AKP, sekolah ini dapat beroperasi dengan jayanya.
SK Bandar Baru Darulaman adalah sebuah sekolah TS25. Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti.
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya
mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan
serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat
yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013 – 2025.
5
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
Komitmen komuniti yang padu
Bagi saya PIBG memainkan peranan yang sangat penting di mana
dengan pemuafakatan ini SK Bandar Baru Darulamani akan menjadi lebih
cemerlang dan seterusnya dapat mencapai visi dan misi yang telah
disepakati sebelum ini.
Saya mengucapkan terima kasih kepada YDP dan seluruh Jemaah PIBG
yang telah banyak menabur jasa dari segi buah fikiran dan juga sumbangan
bagi menjayakan aktiviti serta pelbagai program sekolah. Saya juga
mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana mesyuarat agung
yang telah memberi kerjasama padu demi kelancaran dan kejayaan
mesyuarat.
Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
JUSOH BIN ABDULLAH
GURU BESAR
SK BANDAR BARU DARULAMAN
6
KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur kita
kehadrat Allah SWT di atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu
maka mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke- 23 dapat diterjemahkan pada hari ini
walaupun di dalam talian.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada guru-guru dan ibu bapa yang sudi
hadir pada mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke- 23 ini. Kehadiran guru-guru dan ibu
bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisikan visi dan misi Sekolah
Kebangsaan Bandar Baru Darulaman untuk mencapai kecemerlangan di bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah pelajar.
Dikesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjana idea-idea yang bernas
dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini. Dalam perkembangan semasa yang kita
semua sedia maklum, pihak sekolah dan Persatuan Ibubapa-Guru menghadapi pelbagai
kesukaran dan dugaan dalam mengorak langkah untuk kecemerlangan pendidikan anak-
anak. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang baik amat sukar bagi kita mencapai
kejayaan-kejayaan yang diharapkan.
Saya bagi pihak PIBG merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah di waktu
pandemik Covid-19 ini. Kita semua mengharapkan peningkatan di dalam kurikulum,
kokurikulum dan sahsiah pelajar. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan
maka anak didik sekolah ini dapat menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah,
akademik dan kokurikulum.
Akhir kata semoga Allah SWT memberkati kerjasama kita ini dalam menjalankan
tanggungjawab bagi mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang
di masa hadapan.
Sekian, Terima kasih,
TS SAMSUL NIZAN BIN MOHD EHSAN 7
YDP PIBG
SK BANDAR BARU DARULAMAN
AJK PIBG SK BANDAR BARU DARULAMAN
PENASIHAT
En. JUSOH BIN ABDULLAH
YANG DIPERTUA
ENCIK SAMSUL NIZAN BIN MOHD EHSAN
NAIB YANG DIPERTUA
PUAN NOR AISHAH BINTI AHAD
SETIAUSAHA
PUAN SITI NORHAIZA BINTI MAT ALI
NAIB SETIAUSAHA
PUAN NOOR HAYANI BINTI ALI
BENDAHARI KEHORMAT
PUAN NORAYUSNIZA BINTI MOHAMAD BAHARIN
AJK WARIS AJK GURU
TUAN HAJI MOHD AZMI BIN KASSIM ENCIK MOHAMAD AZAHAR BIN M. KASSIM
ENCIK MOHD FAUZI BIN AHMADDIN
PUAN NORAINI BINTI MOHAMAD MOHD ROZAIDI BIN MOHD ROSLY
ENCIK HJ. SHAHRI BIN HJ. MD NOR
ENCIK JUMPRI BIN HASHIM
ENCIK AMERRUDIN BIN MD ZAIN ENCIK ROSLI BIN OTHMAN
PUAN NOORFAEZAH BINTI MOHAMAD PUAN AIDA ROSMIZA BINTI MAD SAAD
PUAN MASNIZA BINTI JAYA
JURUAUDIT 1
ENCIK SAIFUL ARIS BIN RAMLI
JURUAUDIT 2
ENCIK MAHAMAD RUSLI BIN A. RAHMAN
8
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-22 / 2020
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU DARULAMAN
KALI KE-22 SESI 2019/2020
Tarikh : 27 Februari 2020 (Khamis)
Masa : 2.15 petang
Tempat : Dewan Al-Falah
Perasmi : Encik Mohamad Azrin bin Hassan
Kehadiran :
En. Jusoh bin Abdullah Penasihat
Tuan Sheikh Baharuddin bin Che Nen Yang Dipertua
Puan Zalinah binti Ahmad Naib Yang Dipertua
Puan Rozita binti Ahmad Setiausaha
Puan Norziyati binti Ramli Naib Setiausaha
Puan Norsamsidah binti Baharudin Bendahari
Encik Khairuddin bin Shafie AJK Guru
Encik Shahri bin Hj Md Nor AJK Guru
Puan Norhanadia binti Ab Wahab AJK Guru
Puan Che Mariam binti Ahmad AJK Guru
Encik Anuar bin Jamaludin AJK Guru
Puan Halimaton binti Halim AJK Guru (KAFA)
Tuan Haji Mohd Azmy bin Kassim AJK Waris
Encik Mohd Fauzi bin Ahmaddin @ Ahmady AJK Waris
Encik Amerruddin bin Md Zain AJK Waris
Encik Burhan bin Jab AJK Waris
Encik Azhari bin Abdullah AJK Waris
Puan Nor Aishah binti Ahad AJK Waris
Puan Noorfaezah binti Mohamad AJK Waris
9
Agenda Mesyuarat:
I. Ucapan Yang Dipertua PIBG
II. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang ke-21
III. Membentang dan menerima Laporan Tahunan
IV. Membentang dan menerima Penyata Kewangan Berakhir Pada 31 Disember 2019
V. Membahaskan usul (sekiranya ada)
VI. Perlantikan AJK PIBG 2020/22
VII. Ucapan penangguhan
Agenda I : Ucapan Yang Dipertua
1. Tuan Sheikh Baharuddin bin Che Nen mengucapkan salam dan terima kasih di atas
kehadiran semua waris dan guru dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-22. Beliau
juga berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada semua waris dan guru di
atas komitmen yang telah diberikan kepada sekolah demi kecemerlangan murid-
murid.
Agenda II : Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu
2. Puan Rozita binti Ahmad selaku Setiausaha PIBG sesi 2019/2020 membentang minit
mesyuarat Kali ke-21 pada halaman 3 hingga 16 untuk disemak dan disahkan.
3. Puan Siti Mariam binti Abdullah mencadangkan agar minit mesyuarat ini disahkan
dan disokong oleh Muhd Nazri bin Muhd Hasan.
Makluman
Agenda III : Membentang dan menerima laporan tahunan
4. Tuan Sheikh Baharuddin bin Che Nen selaku YDP PIBG sesi 2019/2020 membentang
Laporan Tahunan.
Makluman
Agenda IV : Membentang dan menerima Penyata Kewangan Berakhir Pada 31
Disember 2019
5. Puan Norsamsidah binti Baharudin selaku Bendahari PIBG sesi 2019/2020
membentang laporan kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2019 pada
halaman 19 hingga 21 untuk disemak dan disahkan.
6. Encik Yusri bin Hashim mencadangkan agar Laporan Kewangan berakhir pada 31
Disember 2019 diterima dan disokong oleh Puan Nordiana.
Makluman
10
Agenda V: Membahaskan usul
7. Yang Dipertua PIBG Tuan Sheikh Baharuddin bin Che Nen memaklumkan sebanyak 3 usul
diterima. Usul ini akan dibincangkan bersama.
BIL USUL NAMA WARIS
AJK PIBG AJK PIBG
a) Membina dewan terbuka.
b) Koperasi kedai buku sekolah.
1. c) Satu kelas satu 'android tv' termasuk prasekolah dan
bilikpemulihan.
d) Kuasa merotan kepada guru
e) RM50.00 (sumbangan PIBG) dikekalkan.
f) Sumbangan RELA sebanyak RM5.00 untuk menjaga
lalu lintas sekolah.
Aktiviti 1M1S dijalankan pada waktu pagi hari Norzurina bt. Mohd Yassin
Khamis.Rasional:
i) Keselamatan murid terjaga.
2. ii) Tidak panas/kurang jerebu.
iii) Ibu bapa tidak perlu berulang 2 atau 3 kali
mengambil danmenghantar anak ke sekolah.
iv) Khamis petang ada ibu bapa yang mengambil
anak di sekolah asrama.
v) Kehadiran penuh.
3. Pengajian petang KAFA dipendekkan atau di Mohmad Zaki
fleksibelkan b. Othman
jam 2.15 - 5.15 petang.
1(a) Usul 1
Membina dewan terbuka.
Guru besar membentangkan tayangan video berkaitan dengan cadangan dewan terbuka.
Tempat yang telah ditetapkan adalah di tapak perhimpunan sekolah. Sebagai salah satu
usaha, pihak sekolah telah mengadakan Forum Perdana pada bulan November 2019 untuk
kutipan dana projek tersebut. Setakat sekarang dana tersebut masih belum mencukupi dan
usaha giat perlu dilakukan lagi.
Guru Besar mencadangkan agar usul tersebut diterima.
Zamri bin Yusuf menyokong usul tersebut 11
1(b) Usul 2
Koperasi kedai buku sekolah.
Guru Besar memberitahu bahawa Kedai Buku Sekolah bukanlah Koperasi Sekolah tetapi
ia merupakan syarikat yang ditender oleh Syarikat Mata Air. Bayaran sewa ialah
sebanyak RM20,000.00 setahun. Pendapatan jualan tidak dimasukkan ke dalam akaun
sekolah sebaliknya ke dalam akaun SUWA. Sekiranya pihak sekolah mahu menggunakan
duit tersebut perlulah melalui prosedur yang telah ditetapkan, iaitu permohonan
kepada Jabatan Pendidikan Negeri.
Ia berbeza sekiranya diuruskan oleh Koperasi Sekolah. Senang dan mudah diuruskan
oleh pihak sekolah sahaja. Malah barang-barang atau keperluan sekolah boleh dijual
dengan harga yang lebih murah dan hasil jualan akan dimasukkan ke dalam akaun
sekolah.
Guru Besar turut meminta pandangan daripada semua ahli mesyuarat sekiranya mahu
dipindah alih kepada Koperasi Sekolah, pihak sekolah akan membuat permohonan.
Usul tersebut di terima oleh Encik Zamri bin Yusuf dan disokong oleh Encik Yusri bin
Hashim.
1(c) Usul 3
Satu kelas satu 'android tv' termasuk prasekolah dan bilik pemulihan.
Guru Besar mencadangkan agar usul ini diterima kerana ia merupakan kaedah
pembelajaran terkini dan sesuai untuk murid pada alaf baru ini. Ia akan membantu
memudahkan murid-murid untuk belajar di dalam kelas. Selain itu, ia juga dapat
menjimatkan masa dan penggunaan kertas.
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) telah mendahului kita dengan cara begini. Selain
itu, SK Telok Malek juga telah mengaplikasi kaedah ini.
Namun begitu, Guru Besar turut memaklumkan bahawa kelemahan kaedah ini adalah
penggunaan data. Walaubagaimanapun, pihak sekolah akan mencari jalan yang terbaik
bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan baik.
Encik Yusri bin Kasim menerima cadangan ini dan turut disokong oleh Puan Noraini binti
Muhamad.
12
1 (d) Usul 4
Kuasa merotan kepada guru
Guru Besar mencadangkan agar kuasa merotan dikembalikan semula kepada guru-
guru. Bukan tujuan menyakitkan tetapi membantu guru untuk mendidik murid. Ia akan
dilaksanakan mengikut Surat Pekeliling Ihtisas (SPI) yang telah dikeluarkan.
Usul ini diterima oleh ENcik Mohd Fadli bin Ibrahim dan disokong oleh Mohd Nazri bin
Mohd Hassan.
1 (e) Usul 5
RM50.00 (sumbangan PIBG) dikekalkan.
Guru Besar mencadangkan agar sumbangan PIBG dikekalkan RM 50.00 untuk satu
keluarga. Ia seperti yang ditelah dilaksanakan sebelum ini.
Encik Mohd Fadli bin Ibrahim menerima usul ini dan ianya disokong oleh Mohd Nazrin
bin Hassan.
1 (f) Usul 6
Sumbangan RELA sebanyak RM5.00 untuk menjaga lalu lintas sekolah.
Yang DiPertua mencadangkan agar menggunakan khidmat anggota RELA untuk kawalan
lalu lintas. Waktu yang dicadangkan adalah bermula pukul 12.30 tengah hari hingga
2.30 petang. Iaitu waktu kemuncak murid pulang sekolah dan datang untuk sesi
persekolahan KAFA.
Cadangan sumbangan perkhidmatan untuk anggota RELA bertugas ialah RM5.
Encik Amiruddin menerima usul ini dan disokong oleh Yusri bin Kasim
2. Aktiviti 1M1S dijalankan pada waktu pagi hari Khamis.
Puan Norzurina binti Mohd Yassin memberi usul agar aktiviti 1M1S dijalankan pada
waktu pagi Khamis. Ini kerana keselamatan murid-murid lebih terjaga. Kehadiran
meraka hanya pada waktu sesi persekolahan sahaja. Selain itu, waktu pagi adalah
sesuai kerana cuaca tidak panas dan kurang berjerebu.
13
Waktu pagi juga tidak memerlukan ibu bapa berulang alik mengambil dan menghantar
anak ke sekolah. Ramai ibu bapa juga yang mengambil anak-anak di sekolah asrama
pada petang Khamis. Ini menyebabkan jadual mereka agak padat. Pelaksanaan pada
waktu pagi juga membantu kehadiran penuh kerana mereka memang telah sedia hadir
di sekolah pada waktu tersebut.
Puan Faizah bertanya sekiranya usul ini diterima, bagaimana dengan masa
persekolahan.
Guru Besar menjelaskan bahawa, usul ini perlukan prosuder. PIBG bersama pihak
sekolah akan berbincang kemudian membuat permohonan kepada JPNK. Setelah
mendapat surat kelulusan barulah kita boleh memutuskan samada usul ini boleh
dilaksanakan ataupun sebaliknya.
Cadangan usul itu diterima oleh Puan Zurita binti Nizam dan disokong oleh Puan Faizah.
3. Pengajian petang KAFA di pendekkan atau di fleksibelkan jam 2.15 - 5.15 petang.
Mohmad Zaki bin Othman memberi usul supaya pengajian petang KAFA dipendekkan
atau difleksibelkan jam 2.15 hingga 5.15 petang. Ini bermaksud pengajian bermula awal
setengah jam dari sekarang.
Ustazah Mariyam binti Ali menjelaskan masa KAFA telah ditetapkan sebanyak 3 jam
untuk sehari. Sekiranya kurang daripada tempoh tersebut ia tidak dibenarkan. Sekiranya
ibubapa setuju masa 2.15 hingga 5.30, Pejabat Agama akan meluluskan.
Guru Besar, Ustaz Jusoh bin Abdullah juga menjelaskan sesi pengajian KAFA ditambah
15 minit untuk waktu rehat.
Puan Noraini mencadangkan agar sesi pengajian KAFA dikekalkan seperti biasa, Usul
ketiga ditolak.
Agenda VI: Membahaskan cadangan
8. Yang Dipertua PIBG Tuan Sheikh Baharuddin bin Che Nen memaklumkan sebanyak 33
cadangan diterima. Cadangan ini akan dibincangkan bersama.
14
BIL CADANGAN NAMA WARIS
1 Koperasi sekolah tidak menjual barang selain Fazlina bt. Mansor
keperluan sekolah dan berkualiti. Muhammad Nuhairi b. Ahmad
Mewujudkan group whatsapp antara guru kelas Ahmad Fuad b. Abu Hassan
dan waris bagi memudahkan komunikasi berkaitan Harison bt. Hussain
2 pelajar, memaklumkan tentang kerja sekolah,
buku tulis yang perlu dibawa dan sebagainya. Shima Arni bt. Sarman
Natasha Aida bt. Mohammad
Kurangkan jualan fast food di kantin dengan Bakri
3 menggantikannya dengan roti dan buah-buahan Megat Muhamad Razman b.
MatDesa
serta makanan berkhasiat.
Azrell Anuar b. Abu
Mohd Fathurahman
4 Pelbagaikan menu makanan di kantin sekolah. Amran b. Hj. Othman
i) Tidak menjual fast food /frozen kepada pelajar. Fazlina bt. Mansor
ii) Kurangkan penjualan air tin/ kotak kepada Noorazura bt. Mohd Makhtar
5 pelajar.
Azrell Anuar b. Abu
iii) Elakkan penjualan makanan ringan atau
makanan tidak sihat di luar pagar sekolah. Megat Muhamad Razman b.
MatDesa
Tandas sekolah Zolkifli b. Mansor
- Diharap pihak sekolah dapat membaik-pulih apa Mohd Fairoz b. Mohd Basheer
6 yang patut serta memastikan sentiasa dalam Rogayah bt. Abdullah
keadaan bersih untuk keselesaan pelajar. Azimee b. Abdullah
Hayaty bt. Jaidi
i) Harap pihak sekolah adakan ujian 2 bulan sekali
7 untuk pantau prestasi anak-anak. Natasha Aida bt. Mohammad
ii) Minta pihak sekolah kerapkan ujian untuk nilai Bakri
potensi anak-anak.
15
iii) Laporkan atau buat perjumpaan 3 bulan
sekali mengenai prestasi anak-anak.
8 Memperbanyakkan program dan kempen Hanis bt. Osman
tentang kesihatan serta makan secara sihat Fazlina bt. Mansor
kepada pelajar supaya mereka menitik beratkan
penjagaan kesihatan.
9 Memastikan setiap kipas dan lampu berfungsi Mohd Fairoz b. Mohd Basheer
dengan baik dalam kelas.
10 Tambahkan kelas KAFA. Megat Muhamad Razman
b. MatDesa
Kawalan lalu lintas pada waktu pagi harus Azrell Anuar b. Abu
11 diperketatkan. Penguatkuasaan jalan sehala dari Nazri b. Abd Mutalib
jam 7.00 - 8.00 pagi tidak diendahkan
menyebabkan kesesakan teruk.
Mencadangkan penukaran tudung untuk Mohd Lotfi b. Ahmad
Pengawas Pusat Sumber.
Cadangan: Tudung warna putih kepada warna
12 merah hati.
Alasan : Pemakaian vest untuk hari rasmi sahaja
kerana vest akan menyebabkan pelajar kurang
selesa dengan cuaca yang panas dan dengan
penukaran tudung warna dapat membezakan
Pengawas Pusat Sumber dengan pelajar biasa.
Mencadangkan kantin menyediakan makanan Mohd Lotfi b. Ahmad
13 untuk tengahari membolehkan pelajar KAFA
untuk membelinya.
Kemaskini Laporan Penilaian Kurikulum dan Nazri b. Ismail
14 Ko- kurikulum murid kepada ibubapa sekurang-
16
kurangnya 2 hingga 6 bulan sekali.
15 Lebihkan masa untuk belajar. Siti Robani bt. Mat Isa
Berkenaan gerai jualan luar pagar sekolah: Mohd Rizal b. Rashid
Cadangan saya agar pihak sekolah bersama PBT
mewujudkan gerai jualan sendiri dan disewakan
kepada peniaga. Dari situ sekolah beroleh
16 pendapatan dan anak-anak kita dapat membeli
makanan yang kita tentukan menunya nanti.
Faedah lainnya juga nanti kita dapat
menyingkirkan peniaga yang menghalang lalu
lintas dan parking para waris.
17 i) Jagaan lalu lintas lebih perhatian apabila murid-
murid keluar sekolah lepas sekolah.
ii) Pemandu kenderaan diharap dapat
Abu Ehsan b. Abu Bakar
memperlahan kereta/motor di hadapan sekolah.
iii) Kalau boleh buat jalan sehala.
Menyedia dan menempatkan mesin penapis air Aisyah bt. Bakar
18 (mineral) berjenama dan berkualiti bagi keperluan
air minuman (mineral) kepada pelajar-pelajar.
i) Mohon kerjasama cikgu yang mengajar waktu Noor Aizam b. Mohd Noor
terakhir sebelum tamat persekolahan mengikut
masa tamat belajar pada hari tersebut.
19 ii) Kami ibu bapa bekerja dan majoriti waktu rehat
hanya 1 jam. Kerjasama semua amat kami hargai.
iii) Kecuali ada topik-topik atau subjek yang
perlukan penekanan khusus, mohon dimaklumkan
terlebih dahulu.
17
Lokar simpanan buku-buku anak-anak pelajar Siti Masriah bt. Ahmad
(berkunci)
i) Lokar boleh disediakan oleh waris sendiri atau
diselaraskan oleh pihak PIBG atau sekolah.
20 ii) Adanya lokar dapat mengurangkan berat beg
sekolah anak-anak pelajar.
iii) Ada ketika pelajar perlu menghadiri sesi
sekolah , kokurikulum, KAFA dan latihan rumah
sukan. Lokar boleh digunakan untuk simpanan
pakaian anak pelajar.
i) Menyediakan tabung kecemasan (duit syiling Dr. Kamsidi @ Abd Malek b.
sahaja) untuk kemudahan pelajar menggunakan Sidek
telefon awam.
21 ii) Tabung tersebut dicadangkan agar dikawal
selia oleh guru bertugas/pengawal.
iii) Buku rekod pengguna perlu disediakan untuk
tujuan ketelusan pengurusan.
i) Mohon pengawal lalu lintas berkawal pada Umi Balqis Kadir
waktu puncak iaitu ketika pelajar pulang waktu
tengahari dan bukan berada di pondok pengawal
sahaja.
22 ii) Mohon pengawal bertindak pada kenderaan
yang menggunakan laluan masuk untuk keluar
pada waktu puncak . Boleh menjadikan keadaan
semakin sesak.
Saya cadangkan agar kerjasama pihak sekolah Razman b. Abd Razaf
dan ibu bapa dimantap atau dieratkan melalui
aktiviti bersama. Pada pandangan saya secara
23 peribadi, ibubapa kurang berinteraksi dengan
pihak sekolah membantu apa yang patut bagi
meningkatkan prestasi anak-anak, kemudahan
atau apa-apa bagi membantu apa yang dirasakan
perlu/patut.
18
Mengadakan gotong-royong perdana yang Nadia bt. Mohamed
melibatkan ibubapa, guru dan pelajar untuk Mohd Asrul Effendi
24 membersihkan dan mencantikkan sekolah.
Mengeratkan silaturrahim ibubapa pelajar dan
guru. Contohnya: gotong-royong kelas anak-anak.
25 Sekiranya ada peruntukan , mohon tandas budak- Nurul Asnida bt. Mukhtar
budak dipasangkan 'tiles'.
i) Penggantian 'drinking fountain' kepada mesin
penapis air.
Pada pendapat saya, air yang diminum oleh pelajar
dari alat 'drinking fountain/water cooler' lebih
terdedah kepada air yang kurang bersih kerana
tiada penyelenggaraan penapis. Oleh itu, pihak
26 sekolah boleh memohon sumbangan daripada pihak Nor Hawanis bt. Abdul Rahim
Coway contohnya agar dipasang di sekolah melalui
program CSR. Insyaallah.
ii) Pemakaian tudung hitam bagi aktiviti padang
atau jasmani. Ini adalah untuk mengelakkan tudung
comot selepas PJ akibat pelajar mengelap peluh
muka pada tudung.
27 Mengadakan kelas tambahan malam untuk murid Mohammad Fadzli b. Ibrahim
Tahun 6
i) Sebelah malam
ii) Hari Sabtu
28 Kekalkan pemberian anugerah kepada pelajar-
pelajar yang memenangi hadiah dalam bidang Samsul Nizan b. Mohd Ehsan
kokurikulum.
19
i) Bacaan 99 nama Allah (Asmau'l Husna) setiap Mohd Radzi b. Deraman
pagi sebelum memulakan doa dan masuk kelas.
29 ii) 1 word 1 day - untuk peningkatan Bahasa
Inggeris murid-murid.
iii) Penerapan nilai-nilai murni diselitkan setiap
perhimpunan hari Ahad (5- 10 minit)
30 Saya mencadangkan memperbaiki logo sekolah dan Rosmawati bt. Dahaman
nama sekolah.
Mohon ulasan ringkas daripada guru subjek Falmy bt. Md Yaakub
31 mengenai perkembangan murid bagi subjek yang
lemah, mohon cadangan guru untuk bantu waris
membantu memperbaiki kelemahan murid.
32 Kerusi untuk pelajar menunggu ketika pulang Mohd Fathurahman
dipenuhi ibu bapa.
Mohon supaya pihak sekolah melarang keras
33 terhadap penjaja di luar sekolah yang menjual Mohammad Firdaus b. Ismail
makanan tidak sihat. (walaupun kain rentang
'LARANGAN MENJAJA' digantung)
a. Koperasi sekolah tidak menjual barang selain keperluan sekolah dan berkualiti.
Guru Besar memberitahu bahawa Kedai Buku Sekolah bukan di bawah pengurusan
sekolah. Namum setakat di dalam pemantauan, koperasi sekolah hanya menjual
barangan yang berkaitan dengan peralatan menulis sekolah sahaja.
b. Mewujudkan group whatsapp antara guru kelas dan waris bagi memudahkan
komunikasi berkaitan pelajar, memaklumkan tentang kerja sekolah, buku tulis yang
perlu dibawa dan sebagainya.
Guru Besar memberi maklum balas, bahawa cadangan tersebut akan dibincangakan
bersama-sama dengan guru-guru kelas
20
c. Kurangkan jualan fast food di kantin dengan menggantikannya dengan roti dan buah-
buahan serta makanan berkhasiat.
Guru Besar memberitahu, ‘fast food’ tidak boleh dijual di kantin sekolah. Makanan yang
dijual adalah dibawah pemantauan pihak sekolah. Setakat sekarang belum ada ‘fast food’
yang dijual di kantin. Sekiranya didapati ada dijual kontrak boleh dibatalkan.
d. Pelbagaikan menu makanan di kantin sekolah.
Guru Besar memberi maklum balas bahawa setakat sekarang pihak kantin telah menjual
menu mengikut yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, pihak sekolah akan cuba
berbincang dengan pihak kantin.
e. i) Tidak menjual fast food/frozen kepada pelajar.
ii) Kurangkan penjualan air tin/ kotak kepada pelajar.
iii) Elakkan penjualan makanan ringan atau makanan tidak sihat di luar pagar sekolah.
Guru Besar memberitahu kepada semua ahli mesyuarat, bahawa pihak sekolah telah
meletak papan tanda amaran larangan menjaja di kawasan berhampiran sekolah. Beliau
meletakkan harapan supaya para peniaga akur dengan amaran tersebut.
f. Tandas sekolah
Diharap pihak sekolah dapat membaik-pulih apa yang patut serta memastikan sentiasa
dalam keadaan bersih untuk keselesaan pelajar.
Guru Besar memberi penjelasan kepada yang hadir bahawa bilangan pekerja pembersihan
sekolah telah berkurang daripada 9 orang kepada 5 orang sahaja. Ia telah berkuat kuasa
bermula tahun 2019.
Dengan keluasan dan prasarana yang ada di sekolah, menyebabkan para pekerja tidak
sempat melakukan kerja di tempat yang berlainan pada masa yang serentak. Namun
begitu, pihak sekolah akan cuba mengatasi masalah ini.
g. i) Harap pihak sekolah adakan ujian 2 bulan sekali untuk pantau prestasi anak-anak.
ii) Minta pihak sekolah kerapkan ujian untuk nilai potensi anak-anak.
iii) Laporkan atau buat perjumpaan 3 bulan sekali mengenai prestasi anak-anak.
Guru Besar memberitahu kepada semua waris yang hadir, sekolah telah melaksanakan 4
kali ujian untuk setahun. Ia melibatkan murid tahap 2 sahaja iaitu UJian Penilaian Bulan
Mac, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.
21
h. Memperbanyakkan program dan kempen tentang kesihatan serta makan secara
sihat kepada pelajar supaya mereka menitik beratkan penjagaan kesihatan.
Guru Besar memberi maklum balas kepada ahli mesyuarat bahawa sekolah telah
menjalankan peranan dengan selalu memberi peringatan kepada murid tentang
kebersihan. Guru bertugas juga acap kali memberi nasihat kepada semua murid
supaya murid berdisiplin dengan kebersihan dan pemakanan yang sihat.
i. Memastikan setiap kipas dan lampu berfungsi dengan baik dalam kelas.
Guru Besar memberitahu bahawa beliau sebagai penggerak utama sekolah telah
bertindak tentang keperluan asas ini. Untuk pengetahuan semua ahli PIBG juga, sebaik
sahaja beliau melapor diri sebagai Guru Besar di SKBBD, antara perkara pertama yang
beliau laksanakan ialah dengan melengkapkan lampu dan kipas di dewan sekolah.
j. Tambahkan kelas KAFA.
Maklum balas yang diberikan oleh Guru Besar sama dengan jawapan usul ketiga yang
di cadangkan oleh Encik Mohmad Zaki bin Othman. Kelas KAFA juga telah
diperbanyakkan iaitu daripada 13 kelas kepada 15 kelas dengan tujuan memberi
keselesaan kepada murid- murid. Ahli mesyuarat sebulat suara menolak cadangan ini.
k. Kawalan lalu lintas pada waktu pagi harus diperketatkan. Penguatkuasaan jalan
sehala dari jam 7.00 - 8.00 pagi tidak diendahkan menyebabkan kesesakan teruk.
Guru Besar memaklumkan bahawa tugas pengawal keselamatan sekolah hanyalah di
dalam kawasan dan pintu pagar sekolah sahaja. Di kawasan lalu lintas di luar sekolah
bukan di dalam bidang tugas mereka. Namun atas ehsan, mereka turut membantu lalu
lintas terutama di waktu kritikal iaitu pagi, tengahari dan petang.
l. Mencadangkan penukaran tudung untuk Pengawas Pusat Sumber.
Cadangan: Tudung warna putih kepada warna merah hati.
Alasan : Pemakaian vest untuk hari rasmi sahaja kerana vest akan menyebabkan
pelajar kurang selesa dengan cuaca yang panas dan dengan penukaran tudung
warna dapat membezakan Pengawas Pusat Sumber dengan pelajar biasa.
Guru Besar memaklumkan bahawa cadangan ini diterima. Namun begitu ia akan
dipanjangkan melalui perbincangan di peringkat sekolah.
22
m. Mencadangkan kantin menyediakan makanan untuk tengahari membolehkan pelajar
KAFA untuk membelinya.
Guru Besar memberi maklum balas berkaitan cadangan itu dengan memberitahu bahawa
Surau al Falah SKBBD telah bertindak dengan membuka gerai. Waktu operasi jualan bermula
pukul 12.45 tengahari hingga 6.00 petang. Ini adalah untuk memberi peluang kepada semua
murid membeli makanan pada waktu kelas KAFA.
n. Kemaskini Laporan Penilaian Kurikulum dan Ko-kurikulum murid kepada ibubapa
sekurang-kurangnya 2 hingga 6 bulan sekali.
Guru Besar memaklumkan laporan penilaian tersebut telah dilaksanakan melalui Program
Hari Bicara Waris, iaitu selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT).
o. Lebihkan masa untuk belajar.
YDP memaklumkan bahawa masa pembelajaran sekarang adalah masa yang telah
ditetapkan oleh KPM.
p. Berkenaan gerai jualan luar pagar sekolah:
Pihak sekolah bersama PBT mewujudkan gerai jualan sendiri dan disewakan kepada
peniaga.
Dari situ sekolah beroleh pendapatan dan anak-anak dapat membeli makanan yang akan
ditentukan menunya nanti. Faedah lainnya juga dapat menyingkirkan peniaga yang
menghalang lalu lintas dan parking para waris.
Guru Besar memaklumkan usaha itu telah dilakukan oleh pihak sekolah di bawah
pengurusan surau al Falah.
q. Jagaan lalu lintas lebih perhatian apabila murid-murid keluar sekolah lepas sekolah.
i) Pemandu kenderaan diharap dapat memperlahan kereta/motor di hadapan sekolah.
ii) Kalau boleh buat jalan sehala.
Guru Besar memberi penjelasan bahawa ini di luar bidang kuasa pihak sekolah. Oleh itu,
beliau meminta agar semua ibu bapa mengambil peranan masing-masing. Menjadi
pengguna jalan raya yang bertanggungjawab.
23
r. Menyedia dan menempatkan mesin penapis air (mineral) berjenama dan berkualiti
bagi keperluan air minuman (mineral) kepada pelajar-pelajar.
Guru Besar memaklumkan bahawa setakat sekarang, di sekolah hanya terdapat water
cooler yang sedia ada. Namun begitu, beliau menasihatkan semua ibu bapa agar
membekalkan air masak kepada anak-anak.
s. i) Mohon kerjasama cikgu yang mengajar waktu terakhir sebelum tamat
persekolahan mengikut masa tamat belajar pada hari tersebut.
ii) Kami ibu bapa bekerja dan majoriti waktu rehat hanya 1 jam. Kerjasama semua
amat kami hargai.
iii) Kecuali ada topik-topik atau subjek yang perlukan penekanan khusus, mohon
dimaklumkan terlebih dahulu.
Guru Besar menerima cadangan tersebut dan beliau menyatakan bahawa perkara ini
akan dimaklumkan kepada semua guru.
t. Lokar simpanan buku-buku anak-anak pelajar (berkunci)
i) Lokar boleh disediakan oleh waris sendiri atau diselaraskan oleh pihak PIBG
atau sekolah.
ii) Adanya lokar dapat mengurangkan berat beg sekolah anak-anak pelajar.
iii) Ada ketika pelajar perlu menghadiri sesi sekolah , kokurikulum, KAFA dan latihan
rumah sukan. Lokar boleh digunakan untuk simpanan pakaian anak pelajar.
Guru Besar memaklumkan ahli mesyuarat bahawa perkara ini akan dibincang di dalam
mesyuarat AJK PIBG.
u. i) Menyediakan tabung kecemasan (duit syiling sahaja) untuk kemudahan pelajar
menggunakan telefon awam.
ii) Tabung tersebut dicadangkan agar dikawal selia oleh guru bertugas/pengawal.
iii) Buku rekod pengguna perlu disediakan untuk tujuan ketelusan pengurusan.
Guru Besar memberi maklum balas cadangan tersebut tidak boleh dilaksanakan. Murid-
murid juga dinasihatkan agar mematuhi peraturan sekolah iaitu menggunakan telefon
pada waktu rehat dan pulang sahaja.
24
v. i) Mohon pengawal lalu lintas berkawal pada waktu puncak iaitu ketika pelajar
pulang waktu tengahari dan bukan berada di pondok pengawal sahaja.
ii) Mohon pengawal bertindak pada kenderaan yang menggunakan laluan masuk
untuk keluar pada waktu puncak . Boleh menjadikan keadaan semakin sesak.
Guru Besar memberitahu, lalu lintas di luar kawasan sekolah bukanlah di bawah
pengurusan sekolah. Pegawal keselamatan juga tidak diberi kuasa untuk menguruskan
laluan tersebut.
w. Kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa dimantap atau dieratkan melalui aktiviti
bersama. Pada pandangan saya secara peribadi, ibubapa kurang berinteraksi dengan
pihak sekolah membantu apa yang patut bagi meningkatkan prestasi anak- anak,
kemudahan atau apa-apa bagi membantu apa yang dirasakan perlu/patut.
Guru Besar menerima cadangan tersebut. Untuk pengetahuan semua, pihak sekolah
dengan kerjasama PIBG mengalu-alukan sokongan daripada semua ibu bapa untuk aktiviti
sekolah.
x. Mengadakan gotong-royong perdana yang melibatkan ibubapa, guru dan pelajar
untuk membersihkan dan mencantikkan sekolah. Mengeratkan silaturrahim antara
ibu bapa pelajar dan guru. Contohnya: gotong-royong kelas anak-anak.
Guru Besar menerima cadangan itu dengan hati yang terbuka. Beliau memaklumkan
bahawa pihak sekolah baru saja melaksanakan Program Gotong Royong. Beliau mengalu-
alukan kehadiran semua ibu bapa supaya hadir sebagai tanda sokongan kepada program
yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan PIBG.
y. Sekiranya ada peruntukan , mohon tandas murid dipasangkan 'tiles'.
Guru Besar memberi maklumm balas, bahawa semua tandas sekolah sudah dipasang
‘tiles’.
z. i) Penggantian 'drinking fountain' kepada mesin penapis air.
Pada pendapat saya, air yang diminum oleh pelajar dari alat 'drinking fountain/water
cooler' lebih terdedah kepada air yang kurang bersih kerana tiada penyelenggaraan
penapis. Oleh itu, pihak sekolah boleh memohon sumbangan daripada pihak Coway
contohnya agar dipasang di sekolah melalui program CSR. Insyaallah.
ii) Pemakaian tudung hitam bagi aktiviti padang atau jasmani. Ini adalah untuk
mengelakkan tudung comot selepas PJ akibat pelajar mengelap peluh muka pada
tudung.
25
i. Guru Besar memberi jawapan telah menyediakan water cooler. Namun begitu ada
setakat sekarang, terdapat kekangan daripada perkhidmatan servis mereka. Beliau
menasihatkan agar ibu bapa membekalkan air masak kepada anak masing-masing
ii. Pemakaian tudung telah ditetapkan oleh pihak sekolah mengikut identiti murid itu
sendiri. Oleh itu, Guru Besar menasihatkan agar semua murid berdisiplin dalam
menjaga kebersihan.
aa. Mengadakan kelas tambahan malam untuk murid Tahun 6
i) Sebelah malam
ii) Hari Sabtu
Guru Besar memberi penjelasan kepada semua ahli mesyuarat bahawa sekolah telah
melaksanakan tuisyen Tahun 6. Program ini di bawah pelaksanaan semua guru
matapelajaran teras tahun 6. Tuisyen tersebut dijalankan selepas selesai sesi
persekolahan. Setakat sekarang, tuisyen hanya dilaksanakan pada waktu yang telah
dinyatakan sahaja.
bb. Kekalkan pemberian anugerah kepada pelajar-pelajar yang memenangi hadiah
dalam bidang kokurikulum.
Guru Besar memberi maklum balas bahawa Hari Anugerah Cemerlang 2019 yang lepas,
sekolah terlepas pandang berkaitan anugerah Kokurikulum. Untuk tahun 2020,
Anugerah Khas Kokurikulum akan diadakan sebagai penghargaan kepada murid-murid
yang terlibat.
cc. Penerapan Nilai Murni
i) Bacaan 99 nama Allah (Asmau'l Husna) setiap pagi sebelum memulakan doa dan
masuk kelas.
ii) 1 word 1 day - untuk peningkatan Bahasa Inggeris murid-murid.
iii) Penerapan nilai-nilai murni diselitkan setiap perhimpunan hari Ahad
(5- 10 minit)
i. Guru Besar memberi jawapan bacaan zikir dan doa telah pun dilaksanakan oleh pihak
sekolah pada setiap pagi.
ii. Program tersebut akan dibawa di dalam perbincangan panitia Bahasa Inggeris.
iii. Setiap guru yang berucap terutama guru bertugas mingguan akan menyentuh perkara
berkaitan nilai-nilai murni.
26
dd. Memperbaiki logo sekolah dan nama sekolah.
Guru Besar memberitahu ahli mesyuarat PIBG bahawa pihak sekolah sudah bertindak
dengan menanggalkan logo sekolah yang lama. Buat masa sekarang, fasa mengecat
semula dinding sedang dijalankan.
ee. Mohon ulasan ringkas daripada guru subjek mengenai perkembangan murid bagi
subjek yang lemah, mohon cadangan guru untuk bantu waris membantu memperbaiki
kelemahan murid.
Guru Besar memaklumkan bahawa ulasan ringkas oleh guru berkaitan perkembangan
murid dilaksanakan setiap kali Program Bicara Waris peringkat sekolah.
ff. Kerusi untuk pelajar menunggu ketika pulang dipenuhi ibu bapa.
Guru Besar memohon kerjasama daripada semua ibu bapa agar mengambil tindakan
dengan cadangan tersebut. Beliau berharap agar semua waris dapat memberi kerjasama.
gg. Mohon supaya pihak sekolah melarang keras terhadap penjaja di luar sekolah yang
menjual makanan tidak sihat. ( walaupun kain rentang 'LARANGAN MENJAJA'
digantung)
Guru Besar memberi jawapan, pihak sekolah telah berusaha sebaik mungkin dengan
meletakkan kain rentang larangan menjual di luar sekolah. Sekiranya masih ada penjaja
yang terus menjual, ia bukanlah di bawah bidang kuasa sekolah lagi. Beliau mengharapkan
kerjasama ibu bapa agar menasihatkan anak masing-masing agar membeli makanan di
dalam kawasan sekolah sahaja.
Agenda VI : Ucapan Guru Besar
9. Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/22.
(Rujuk lampiran)
27
Agenda VII : Ucapan penangguhan
10. YDP PIBG sesi 2020/22, Encik Samsul Nizan bin Mohd Ehsan mengucapkan terima
kasih kepada semua ahli mesyuarat yang sebulat suara memilih beliau sebgai YDP
PIBG yang baru. Beliau juga berharap dengan lantikan AJK yang baharu, mereka
dapat bekerjasama untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.Beliau turut
mengucapkan tahniah dan ucapan terima kasih di atas kelancaran mesyuarat kali ini.
Kehadiran pihak waris dan guru dalam mesyuarat pada hari ini amatlah dihargai.
Semoga majlis hari ini mendapat rahmat dan menjadi titik tolak gabungan barisan
yang terbaik demi masa depan anak-anak SKBBD.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang.
Disediakan oleh : Disemak oleh:
................................................. ......................................................
(SITI NORHAIZA BINTI MAT ALI) (SAMSUL NIZAN BIN MOHD EHSAN)
Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG,
SK Bandar Baru Darulaman. SK Bandar Baru Darulaman.
28
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 20/21
BIL AKTIVITI TARIKH
1 SUMBANGAN UNTUK MURID RAGBI KE KEJOHANAN 11 MAC 2020
MSSK
2 SUMBANGAN UNTUK PAPAN TANDA NAMA SEKOLAH 31 MEI 2020
(IBM SUCSESS SDN BHD)
3 SUMBANGAN PERALATAN KELENGKAPAN MURID-MURID 14 JULAI 2020
SEMPENA PEMBUKAAN SEKOLAH PASCA COVID-19
4 SUMBANGAN UNTUK SEWA MESIN PHOTOSTAT 31 JULAI 2020
(MyCOMPTECH SOLUTION SDN BHD)
5 SUMBANGAN PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH NOVEMBER 2020
(POKOK PAIN)
6 PELANCARAN KIOSK BAHAN PdPR 7 FEBRUARI 2021
7 SUMBANGAN GAJET UNTUK MURID-MURID MAC 2021
8 SUMBANGAN PROJEK KECERIAAN SEKOLAH JULAI 2021
29
LAPORAN KEWANGAN ( 2020 )
PENYATA KEWANGAN PIBG SKBBD YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2020
TARIKH PENDAPATAN RM TARIKH PERBELANJAAN RM
8/1/20 Bayaran untuk sewa mesin
fotostat Julai - Disember
1/1/20 Baki b/b 27,711.45 2019 480.00
(Mycomptech Solution Sdn
Bhd)
13/1/20 Pengeluaran wang Pusat
1/1/20 Baki di Tangan Sumber Sekolah oleh
17.14 Pn Rohani Hashim 4,460.00
(Akaun tumpang)
Lebihan wang daripada 20/1/20 Bayaran Jamuan Mesyuarat
29/2/20 Mesyuarat Agung PIBG 126.00 AJK PIBG (ES One Enterprise) 66.00
2020
22/1/20 Pengeluaran wang zakat oleh
3/3/20 Sewa loker En. Mahamad Rusli Abd
100.00 Rahman 2,000.00
(akaun tumpang)
20/2/20 Pengeluaran wang Pusat
3/3/20 Mesin air Sumber Sekolah oleh
1,287.55 Pn Rohani Hashim 1,540.00
(Akaun tumpang)
31/7/20 Sumbangan covid 2,087.00 23/2/20 Jamuan Mesyuarat AJK PIBG 220.00
31/12/20 Sumbangan ahli 15,950.00 24/2/20 Pembelian PA Sistem untuk 5,000.00
Dewan Al Falah
31/12/20 Sumbangan keceriaan 3,068.10 27/2/20 Perbelanjaan untuk 4,020.00
Mesyuarat Agung PIBG
Sumbangan untuk Sumbangan untuk surau
surau
31/12/20 5,000.00 27/2/20 sekolah-(10% daripada 2,925.00
sumbangan ahli 2019)
Sumbangan untuk murid
31/12/20 Hibah 8.43 11/3/20 ragbi ke Kejohanan MSSK 80.00
dan MSSM
(En. Khairuddin bin Shafie)
31/5/20 Bayaran untuk papan tanda
nama sekolah 6,460.00
(IBM Success Sdn Bhd)
31/7/20 Bayaran untuk sewa mesin
fotostat Januari - Jun 2020
(Mycomptech Solution Sdn 480.00
Bhd)
31/8/20 Perbelanjaan Covid 1,492.60
31/12/20 Perbelanjaan keceriaan
31/12/20 3,030.00
sekolah
30
Caj penggunaan cek
7.00
LAPORAN KEWANGAN ( 2020 )
JUMLAH 55,355.67 Jumlah Perbelanjaan 32,260.60
Disediakan oleh, Baki di Tangan 759.64
Baki di bank 22,335.43
55,355.67
JUMLAH
……………………………………………………………
( NORAYUSNIZA BT MUHAMAD BAHARIN )
Bendahari PIBG
SK. Bandar Baru Darulaman
Kami telah memeriksa semua dokumen yang bersangkutan dengan akaun PIBG SKBBD bagi tahun berakhir
pada 31/12/2020.
Kami dapati Bendahari telah merekodkannya dengan betul dan sejajar dengan penyata yang
disediakan.
…………………………...…....... ..................…..…………………… ……………..
(SAIFUL ARIS BIN RAMLI) (MAHAMAD RUSLI BIN ABD RAHMAN)
Juruaudit 1
Juruaudit 2
31
SENARAI USUL/ CADANGAN ( 25/9/21 )
BIL CADANGAN / USUL NAMA WARIS NAMA MURID KELAS
Pembelajaran secara pdpr, kami Nadia binti Mohamed Nur’ain 6B
waris sgt mengalukan sekurang- Harison bt Hussain Safiyyah binti 2M
kurannya guru adakan google Norazlizah Saad Mohd Soffian 6B
meet/zoom atau apa medium Muhammad 3B
untuk besemuka dengan murid Nadia binti Mohamed Harraz Hafiy 1M
secara online untuk Hasnah Wati bt Mohamad bin Mohamad
menerangkan kerja2 yang 4B
diberi..Sebab banyak yang murid Mohd Lotfi bin Ahmad Hasbollah
tak faham perlu penerangan. Quratul Ain
Masturina bt
1 Bukan hanya letak homework Mohammad
tanpa penerangan. Video tak
Faisal
dapat komunikasi 2 hala. Ramai Muhammad
Syafi Na'il bin
cikgu yang komited buat terima Mohd Soffian
Nur Humaira
kasih adakan google meet dll. Awatif binti
Ahmad Amran
Tetapi ada yang tak pernah
bersua.Apa yang merunsingkan Nur Aufa
murid tahun 6 bakal ke alam sek Humaira binti
menengah dimana lebih rumit
pembelajarannya. Tanpa asas Mohd Lotfi
yang kuat risau anak2 tertewas.
1. Guru memberi modul untuk Nor Aishah binti Ahad Nur Amalina 5M
kegunaan murid sepanjang binti Shaiful
pdpr supaya pelajar tidak
perlu cetak tugasan yang Nazmee
2 diberikan.
2. Guru mengambil kehadiran
pelajar menggunakan Google
form, jotform atau aplikasi
lain.
32
Mohon guru-guru meningkatkan Shaliza bt Shahril Nur Irdina 6I
kaedah pengajaran secara atas Nadhirah bt
talian yang lebih menarik minat Samsul Nizan
dan motivasi pelajar. Kesediaan
semua pihak dalam mengubah
cara dan gaya Pengajaran dan
Pembelajaran yang sesuai
dengan keadaan semasa seperti
pandemik ini amat diperlukan
3 agar masa depan anak2 kita
terjamin dan mengurangkan
peratus keciciran.
Kolaborasi bersama institusi2
pendidikan di sekitar sekolah kita
mungkin mampu membantu
guru2 menambah kemahiran
pengurusan Tools dan teknologi
e-pendidikan masa kini.
1. Mohon mencadang kepada
pihak sekolah untuk
berkongsi data semasa
berkaitan covid 19 di sekolah.
2. Mohon mencadang kepada Muhammad 6N
Najmi Qayyim dan
4 pihak sekolah untuk Muhammad Fakrurozi b. 3Z
menjadualkan giliran Shafie dan
Najla Qaiyisha
pengawal keselamatan
bertugas ketika waktu
puncak/waktu murid pulang.
Masih lagi ada kesesakan
pergerakan keluar masuk di
hadapan pintu pagar sekolah.
33
SENARAI USUL/ CADANGAN ( 21/5/21 )
BIL CADANGAN USUL NAMA WARIS NAMA MURID KELAS
Mengadakan kempen kebersihan Mohd Lotfi bin Nur Aufa Humaira 4B
1 tandas sekolah kerana dimaklumkan Ahmad
tandas kurang bersih
Subjek pdpr maksimum 1 hari 2 Rudy Irawan bin Muhammad Iman 6N
2 subjek sahaja kekangan masa waris Bakri Darwish bin Rudy 2B
dan juga gajet. Irawan
3 Penerapan 6C dalam PdP Noorazura binti Qisya Qairina binti
Mohd Makhtar Abdul Qayyum
Saya dengan rendah diri memohon
sekiranya perkara ini boleh
ditambahbaik oleh pihak sekolah:
1) Kelas bagi murid tahap 1
dicadangkan ditempatkan di level
bawah (bukan di tingkat 2). Anak-
anak pada usia ini berisiko untuk
jatuh tangga, malah anak saya dan
kawannya sendiri pernah jatuh
tangga. Dengan membawa beg yang
berat dan mungkin berebut- rebut Noorsuria binti Mat Nur Irdina Zahra 2M
4 untuk turun tangga meningkatkan
Radzi binti Yahaya
risiko bagi murid-murid.
2) Kemudahan tandas dan air. Saya
mendapat maklumat daripada anak
saya yang tiada air di tandas sekolah
(maaf sekiranya tidak tepat) dan dia
beberapa kali menceritakan
bagaimana beberapa murid darjah 1
meminta bantuan mengambil air di
tandas kerana tiada air. Mohon
perhatian pihak tuan.
Terima kasih.
34
Saya amat berharap supaya penekanan
dilakukan untuk murid yang lemah dalam
pelajaran. Murid yang lemah dan kurang Muhammad
Ammar Aryan
5 pandai tidak diabaikan dan tercicir. Ekoran Siti Syarbani 1N
pendemik ini, pelajar tidak dapat Azia bin
mengikuti pembelajaran dengan Mohd Fahmi
sempurna. Hanya bergantung pada waris
dalam melaksanakan pdpr. Waris kurang
pengetahuan sepertimana guru-guru.
Program sukan (selepas covid tamat) Nor Adura binti Muhd Daniel 6D
6 untuk pelajar-pelajar yang kategori sihat Ellias Adlee Hakimi
( chubby ) bin
Zulkaflee
Program islamik, inovasi & kreatif di Zulkaflee bin Nur Liyana Aina 2B
7 kalangan pelajar untuk membolehkan Abu Samah Qistina Binti
Zulkaflee
pengumpulan sijil dan plak sekolah.
1) Masa ibu bapa hantar anak kesekolah.. Qhurnia Nur 2M
Minta tolong jangan halang jalan raya Fatimah Ahmad Hana Insyirah
( jangan pakir kereta di tengah jalan -
menghalang laluan ) salam atau untuk
memberi duit pada anak biarlah dari
rumah terlebih dahulu, untuk
melancarkan laluan lintas. Lepas turunkan
anak terus jalan.
2). Begitu jua masa nak ambil anak masa Suhaimi bin Syaza Umaiyrah 4N
sekolah. Jangan biarkan ibu bapa pakir Shaari Dan dan
8 tengah jalan dan hala lawan arah sebab 5N
membuat jalan lebih sesak. Boleh Muhammad
menyebabkan kemalangan jalan raya. Syazwi Ukail bin
Saya selalu perhatikan, (masa hantar
anak) Masa dah parkir depan sekolah Suhaimi
baru nak bagi duit dan bersalam, ini akan
buat jalan raya sesak. Harap maklum.
Maaf. Saya faham jaga sekolah tiada masa
dan tidak cukup untuk mengawal laluan
lalu lintas. Jadi ibu bapa yang harus lebih
peka tentang ini.
Terima kasih. 35
SENARAI JK KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-23
PENASIHAT BACAAN DOA JEMPUTAN DAN TEKS UCAPAN
En. Jusoh bin Abdullah
En. Khairuddin b. Shafie (K) YM. Raja Noor Aznita bt. Raja Yusof (K)
PENGERUSI
En. Mohd Najib bin Abd Kadir En. Mohammad Amin b. Husin Pn. Nazirah bt. Din
TIMBALAN PENGERUSI I Pn. Latifah bt. Abdul Rahman
Pn. Salemo binti Hamzah
BUKU PROGRAM
TIMBALAN PENGERUSI II
En. Mahamad Rusli b. Abdul Pn. Noor Hidayah bt. Mat Isa (K) PENCATAT MINIT
Rahman
Pn. Masniza bt. Jaya Pn. Khalifah bt. Che lat (K)
SETIAUSAHA
Pn. Siti Norhaiza binti Mat Ali Pn. Noriyah bt. Sherif Pn. Nur Syahidatil A'syiqin bt. Amran
PEN. SETIAUSAHA Pn. Sharina bt. Hussain Pn. Rashidah bt. Abdullah
Pn. Noor Hayani binti Ali
Pn. Sopiah bt. Mohd Talib Pn. Nurul Mashitah bt. Hidir
BENDAHARI
Pn. Norayusniza binti Baharin Pn. Shariza bt. Arshad Pn. Roshazaina bt. Ahmad
URUSETIA Pn. Norzaini bt. Din
En. Jusoh bin Abdullah
Pn. Salemo bt. Hamzah Pn. Siti Mazlina bt. Chamharis CENDERAHATI / CABUTAN BERTUAH
En. Mahamad Rusli b. Abdul
Rahman Pn. Noor Asmin bt. Mohd Khassim (K)
En. Mohd Najib b. Abd Kadir
AJK PIBG (Waris) PENDAFTARAN Pn. Takhmilina bt. Ahmad
En. Hj. Shahri b. Hj. Md Nor
En. Hj. Fauzi b. Ibrahim Pn. Amalul Izzah bt. Hassan (K) Pn. Nor Shadilah bt. Abdullah
JURUACARA Pn. Dayang Suhaila Rasila bt. Abdullah Pn. Rohayati bt. Ahmad
Pn. Hjh. Afiza bt. Abdullah (K)
Pn. Aida Rosmiza bt. Pn. Fazilah bt. Ghazali Pn. Hjh. Norshamsidah bt. Baharudin
Mohd Saad
Pn. Faridzatul Hasnah bt. Md said Pn. Norain bt. Said
Pn. Hjh. Suhaiza bt. Mokhtar Pn. Zuliana bt. Mat Nor
Pn. Hjh Rakhmawati bt. Mamat Pn. Busroa bt. Kassim
Pn. Hjh. Che Mariam bt. Ahmad Pn. Wan Rosfariha bt. Wan Ghazi
Pn. Siti Suryani bt. Salleh Pn. Misrajah bt. Nor Izham
Pn. Hjh. Rohani bt. Hashim
Pn. Hjh Nur Hanisah bt. Zinul@Romli
Pn. Roslida bt. Ahmad JURUFOTO
Pn. Siti Maryam bt. Mat Yusoff Pn. Siti Mariam bt. Abdullah (K)
Pn. Intan Azliana bt. Zulkasi En. Mohammad Azahar b. Mohd Kassim
Pn. Hazarul Liza bt. Abdul Halim
TEKNIKAL & MULTIMEDIA Pn. Siti Zulaili bt. Ahmad
En. Mohamad Safawi Yusmi b. Yahya (K) Pn. Nor Arhana bt. Mad Bahah@Bashah
En. Jaswady b. Jaafar Pn. Umi Nazira bt. Long
En. Abd. Razak b. Bosri
En. Amran b. Abidin DOKUMENTASI
En. Rosli b. Othman Pn. Norhanadia bt. Ab. Wahab (K)
Pn. Rohana bt. Awang Pn. Norziyati bt. Ramli
Pn. Noraziyan bt. Omar YM . Tengku Ainiza bt. Tengku Abdul Aziz
Pn. Norzurina bt. Mohd Yassin Pn. Rozita bt. Ahmad
En. Mohd Rozaidi b. Mohd Rosli Pn. Noor Aziraniza bt. Aziz
En. Ahmad Radzuan b. Ramaly
En. Anuar b. Jamaluddin
En. Mohd Zaini b. Mardzuki
36
PENGHARGAAN
Semua Ahli Jawatankuasa PIBG
SK Bandar Baru Darulaman 2020/2021
berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
Guru Besar,
Guru-guru Penolong Kanan,
Guru-guru,
Ibu bapa,
Kakitangan sokongan,
Murid-murid serta semua individu
yang telah memberi kerjasama dan
sumbangan secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23
bagi tahun 2021.
Semoga segala kerjasama dan sumbangan
daripada pihak tuan/puan itu
akan meningkatkan lagi kecemerlangan SKBBD.
Terima Kasih.
37