The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainulsyariha, 2021-01-17 20:29:04

BUKU PENGURUSAN 2021 SK KLEDANG

Buku Pengurusan Sekolah 2021

Keywords: education,pengurusan

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 1

KATA ALU-ALUAN

GURU BESAR
SK LKTP KLEDANG

KOTA TINGGI
JBA3046

Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada semua warga pendidik dan
kakitangan Sekolah Kebangsaan LKTP Kledang, Kota Tinggi.

Tahun 2020 telah berlalu dan memberi pengalaman yang bermakna untuk kita bergerak terus ke
hadapan terutamanya di dalam waktu-waktu yang mencabar akibat dari pandemik COVID19. Di dalam
memastikan kualiti pendidikan tetap berkesan, maka semua warga sekolah ini perlu menerima apa yang
telah berlaku di sepanjang tahun 2020 dengan hati yang terbuka dan ketabahan diri.

Seperti yang diketahui, pendidikan adalah sesuatu yang sentiasa bersifat dinamik. Perubahan-perubahan
yang berlaku dalam pendidikan adalah sesuatu yang perlu dan tidak dapat kita elakkan. Usaha kita
sepuluh tahun lampau mungkin tidak lagi menepati kehendak pendidikan semasa. Kita seharusnya
khuatir dengan pemikiran lama tanpa melakukan perubahan. Ilmu yang kita amalkan suatu masa lalu
mungkin sudah usang dalam situasi pendidikan terkini. Elemen-elemen Pedagogi dan Pengurusan
Pendidikan perlu berkembang dan berubah sesuai dengan peredaran masa.

Pendidikan bukanlah tentang penghujungnya semata-mata, tetapi proses berterusan mengejarnya. Oleh
itu, konsep pembelajaran yang berkesan tidak hanya tertakluk di sebalik four walls of room.
Pembelajaran yang baik mestilah relevan di setiap masa dan setiap tempat. Inilah yang akan memacu
proses pendidikan secara holistik di sekolah. Sekiranya sasaran membangunkan potensi anak-anak perlu
menyeluruh, maka usaha-usahanya juga perlu bersifat holistik dan secara menyeluruh juga. Asasnya,
pendidikan yang merangkumi semua keperluan bagi setiap dimensi dan multiskilling berasaskan nilai-
nilai sejagat, dapat diperolehi melalui strategi mengoptimumkan potensi semua entiti pendidikan iaitu
guru, murid, staf serta stake holders.

Dimensi dalam membangunkan potensi murid atau kemenjadian murid harus meluas dan holistik untuk
mencapai sasaran pemimpin masa hadapan yang dinamik, mempunyai teras nilai yang kukuh dan kekal
relevan pada sebarang situasi dan masa. Pembangunan murid seharusnya adalah secara menyeluruh
seperti membangunkan intelektual, memperaga bakat, membina nilai emosi, kemahiran bersosial,
kreativiti dan nilai-nilai kerohanian. Dimensi-dimensi ini perlu kita bangunkan selari dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Konsep holistik dalam pendidikan juga adalah melihat kepada jaringan usaha dengan melibatkan semua
entiti. Kerja secara “silo” tidak lagi boleh menjadi amalan. Kelompok ibu bapa, komuniti dan pihak swasta
mempunyai kekuatan yang sangat besar untuk turut memberi sumbangan kepada pendidikan. Jelas kita
berkongsi hasrat yang sama untuk melihat anak-anak membesar dengan potensi dan bakat mereka
digilap dan diwarnai dengan nilai-nilai akhlak yang luhur. Sewajarnyalah kerjasama silang dengan semua
pihak ini menjadi usaha menyeluruh yang akhirnya membentuk sebuah masyarakat madani.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada para pendidik khususnya, dan warga sekolah
secara amnya, agar terus berusaha menjana idea dan mengembeling tenaga dalam menjayakan semua
program yang dapat membantu memperkukuhkan Kemenjadian Murid secara holistik di sekolah ini.
Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pendidik dan warga sekolah yang telah
menyumbangkan idea, tenaga dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan kecemerlangan di
sekolah kita ini.

YUSAINEE BIN MOHD YUSOP
GURU BESAR,
SK LKTP KLEDANG.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 2

SK LKTP KLEDANG Tag Line

s EHATI

K EJAR

K EJAYAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 3

MISI KPM

Mewjudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang
mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak

individu, masyarakat dan negara.

WAWASAN 2021 - SEMBILAN CABARAN

1. Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat
dikongsi bersama.

2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang
ada dan yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.

3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang
matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang,
demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi
contoh kepada banyak negara membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai
kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan
agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan
kesetiaan mereka kepada satu negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya
perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja
pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada
tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu
sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan
insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang perseorangan
tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi
bersaing, dinamik, giat dan kental.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 4

LAPAN AGENDA PENGISIAN WAWASAN PENDIDIKAN
1. Perpaduan
2. Stail pengurusan dan kepimpinan
3. Perkhidmatan penyayang
4. ‘Empowerment’
5. Budaya ilmu
6. Sekolah penyayang
7. Budaya cemerlang
8. Sistem Pengesanan

TONGGAK DUA BELAS

Keseronokan Nikmat Menghargai Ketekunan
Kerja Mencipta Masa Membawa Kejayaan

Pengaruh Tonggak Kemuliaan
Teladan Dua Belas Kesederhanaan

Peningkatan Ketinggian Peribadi
Bakat
Kekuatan Sifat
Keutamaan Baik Hati
Kesabaran

Kebijaksanaan Kewajipan
Berkhidmat Menjalankan tugas

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 5

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA

Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju
ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan dan prisip-
prinsip Rukunegara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman- berzaman,
dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran untuk masa hadapan.

Dengan menyedari berapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut
sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf
kesusilaan yang setinggi-tingginya.

I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,

mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka

yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau mata-mata

pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat

memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,

lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar
supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi

pendidikan dengan rumah tangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan

rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka,
dengan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 6

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

1. Mengelakkan diri dan menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan
Rukunegara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian
dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawan masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN

1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik sesorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan (kami)
sebagai guru.

3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin
dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas
dan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat (kami) terutamanya mereka yang baru
dalam profesion perguruan.

5. Sentiasa mengawasi diri (kami) supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.

6. Menjadi ahli (sesebuah) pertubuhan Pendidikan.

(Catatan : Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ialah orang yang menyebarkan ilmu
pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk
guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran organisasi dan penyeliaan pendidikan).

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 7

IKRAR GURU

Bahawasanya kami guru negara Malaysia dengan ini berikrar

• Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami dan enyatakan
keyakinan kami pada cita-cita murni pekerjaan kami.

• Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami.
• Kami sentiasa menjunjung perlembangaan negara kami dan

mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara pada setiap masa.

LAGU GURU MALAYSIA

Lagu dan Senikata : HASHIM AHMAD

Kami guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji,
Mendidik dan memimpin,
Putera-puteri negara kita.

Pada Seri Paduka,
Kami tumpahkan setia,
Rukun Negara kita,
Panduan hidup kami semua.

Di bidang pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu membina,
Negara yang tercinta.

Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan.

TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG

• Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
• Bekerja dengan penuh tanggungjawab
• Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
• Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
• Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
• Berpegang teguh kepada ajaran agama

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 8

MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
Matalamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memperkembangkan
potensi individu secara seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani,
emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah
bertujuan untuk membolehkan murid :

• Menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa
Kebangsaan dan bahasa rasmi negara

• Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, meembaca dan
menulis dalam bahasa pengantar sekolah

• Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan
menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian

• Mengusai kemahiran belajar
• Menguasai kemahiran berfikir
• Bertutur, membaca, menulis dam memahami bahasa Inggeris selaras

dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua
• Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya
• Membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri
• Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap

manusia dan alam sekitar
• Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal
• Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal,

kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional
• Menjaga kesihatan dan kecergasan diri
• Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif

terhadap keusahawanan dan produktiviti
• Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian

ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam
• Meyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan

mengamalkan akhlak mulia
• Membina semangat patriotisme
• Mengembangkan bakat dan kreativiti dan
• Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni dan

menjadikannya asas bagi amalan hidup.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 9

HALA TUJU SK KLEDANG TAHUN 2021

1. PRASARANA

• MELENGKAPKAN PRASARANA SEKOLAH SERTA MENGEKALKAN
IDENTITI SEKOLAH YANG CERIA, BERSIH DAN KONDUSIF.

• PERALATAN DAN KEMUDAHAN YANG SELAMAT DAN BERFUNGSI
• MEMPUNYAI KEMUDAHAN SUKAN YANG LENGKAP

2. PENGURUSAN SEKOLAH

• PENGURUSAN KEWANGAN DI TAHAP BAIK
• PENGGUNAAN ICT DALAM PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

SELURUH WARGA SEKOLAH
• INSAN CEMERLANG

3. KECEMERLANGAN AKADEMIK

• LULUS UPSR MELEBIHI 80%
• GPS DI BAWAH 2.09
• MENCAPAI 12%
• PENGUASAAN 3M 100%
• PBD TP 4-6

4. KOKURIKULUM

• MENINGKATKAN PRESTASI KOAKADEMIK DAN AKADEMIK
• ANUGERAH PENGURUSAN KOKURIKULUM PERINGKAT ZON, DAERAH,

NEGERI DAN KEBANGSAAN
• MENJUARAI PERTANDINGAN PERINGKAT ZON, DAERAH, NEGERI DAN

KEBANGSAAN

5. SAHSIAH PELAJAR

• SIFAR SALAH LAKU, SIFAR PONTENG DAN SIFAR VANDALISME
• BUDAYA SUKA KE SEKOLAH
• SEKOLAH BEBAS DADAH
• MENINGKATKAN SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID
• MENINGKATKAN 98% KEHADIRAN MURID
• MURID MENGIKUT SEMUA PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH
• MENJADIKAN MURID MELAKSANA DAN MENGUTAMAKAN 3K

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 10

SK
KLEDANG
CEMERLANG

2021

4 : KOKURIKULUM 5 : SAHSIAH PELAJAR

• MENINGKATKAN • SIFAR SALAH LAKU, SIFAR
PRESTASI KOAKADEMIK PONTENG DAN SIFAR VANDALISME
DAN AKADEMIK
• BUDAYA SUKA KE SEKOLAH
• ANUGERAH
PENGURUSAN • SEKOLAH BEBAS DADAH
KOKURIKULUM
PERINGKAT ZON, 5 • MENINGKATKAN SAHSIAH DAN
DAERAH, NEGERI DAN DISIPLIN MURID
KEBANGSAAN
• MENINGKATKAN 98% KEHADIRAN
• MENJUARAI MURID
PERTANDINGAN
PERINGKAT ZON, • MURID MENGIKUT SEMUA
DAERAH, NEGERI DAN PERATURAN DAN DISIPLIN
KEBANGSAAN SEKOLAH

• MENJADIKAN MURID MELAKSANA
DAN MENGUTAMAKAN 3K

4

2: PENGURUSAN SEKOLAH 3: KECEMERLANGAN
AKADEMIK
• PENGURUSAN KEWANGAN DI
TAHAP BAIK • LULUS UPSR MELEBIHI
80%
• PENGGUNAAN ICT DALAM
PENGURUSAN DAN 3 • GPS DI BAWAH 2.09
PEMBELAJARAN SELURUH
WARGA SEKOLAH • MENCAPAI 12%
CEMERLANG
• INSAN CEMERLANG
• PENGUASAAN MINIMUM
PBD BAND 3

2

1. PRASARANA

• MELENGKAPKAN PRASARANA
SEKOLAH SERTA MENGEKALKAN
IDENTITI SEKOLAH YANG CERIA,
BERSIH DAN KONDUSIF.

1 • PERALATAN DAN KEMUDAHAN
YANG SELAMAT DAN BERFUNGSI
• MEMPUNYAI KEMUDAHAN SUKAN
YANG LENGKAP

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 11

JBA 3046

SK LKTP KLEDANG
81900 KOTA TINGGI

JOHOR

MAKLUMAT
SEKOLAH

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 12

MISI SEKOLAH

Melestari Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi

Negara.

VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti

Insan Terdidik
Negara Sejahtera

MOTTO SEKOLAH

ILMU, DISIPLIN, DIRI

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 13

MATLAMAT SEKOLAH

Menjadikan Sekolah Kebangsaan LKTP Kledang, Pusat
Kecemerlangan Pendidikan Yang Dapat Melahirkan
Generasi Berilmu, Berwawasan Dan Beretika Sesuai

Dengan Tuntutan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Melalui:-

Amalan budaya kerja cemerlang dan
semangat kerja berpasukan

Pengurusan Panitia dan Pdpc berkesan

Perlaksanaan Ko-Kurikulum yang terancang

Pengurusan HEM yang sistematik

Penggunaan sumber yang optimum

Sesiapa yang melapangkan seorang muslim daripada satu kesusahan dunia, Allah
akan melapangkannya daripada kesusahannya pada hari Kiamat.
(Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’I, Tirmizi dan Ibn majah)

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 14

OBJEKTIF SEKOLAH

*
Meningkatkan prestasi pengurusan yang dinamik melalui suatu

perancangan yang sistematik serta peka dengan perubahan
semasa. Ini dapat dilakukan dengan adanya perancangan
strategik program lima tahun dan program tahunan berfokus yang
sering dibincangkan dan siap pada 1 Februari dan disemak dua

bulan sekali.
*

Meningkatkan dan mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan
pengajaran supaya lebih berkesan yang akhirnya dapat

menghasilkan murid-murid yang berkualiti, berilmu, berwawasan
dan beretika dan dapat menyesuaikan diri dengan arus perubahan

teknologi terkini. Mempastikan semua murid normal menguasai
KSSR dengan pencapaian Gred A melebihi 30% dalam semua mata

pelajaran.
*

Melahirkan pelajar yang sihat, cerdas dan serba boleh melalui
kegiatan ko-kurikulum dan aktiviti pendidikan luar yang terancang
secara bersepadu dan berfokus. Dapat menyesuaikan diri dengan

arus perubahan yang menepati kehendah Falsafah Pendidikan
Negara.
*

Melahirkan pelajar yang mempunyai budaya sosial dan sahsiah
yang baik. Masalah disiplin dan keciciran ke tahap 0%.
*

Menjadikan persekitaran sekolah sebagai sumber ilmu yang dapat
dimanfaatkan melalui sokongan dan penglibatan individu,
masyarakat dan agensi setempat.
Bersih, selamat dan ceria di semua kawasan.
“Bersatupadu itu rahmat dan bercerai -berai itu sengsara”

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 15

PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Pendidik Sekolah Kebangsaan LKTP Kledang, Kota
Tinggi dengan penuh tekad dan azam beriltizam untuk:

• Memastikan semua pelajar sekolah ini diberi peluang untuk belajar dan
mengembangkan potensi diri sesuai dengan tuntutan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bermula dari hari pertama persekolahan.

• Memastikan warga sekolah ini mengamalkan budaya kerja cemerlang,
penyayang, prihatin dan sentiasa responsive kepada isu-isu semasa yang
dibangkitkan. Masalah dan isu seboleh-bolehnya diselesaikan serta-merta
dengan cara permuafakatan dan perundingan.

• Memastikan semua pelajar diberi peluang untuk mengembangkan bakat
dan pontesi diri dalam kegiatan ko-kurikulum, kepimpinan dan
pembangunan sahsiah insan.

• Memberi layanan dan mutu perkhidmatan yang cekap, cepat, jujur,
amanah dan mesra kepada semua pelanggan yang berurusan dengan
sekolah. Pendaftaran pelajar baru diselesaikan serta-merta dan
pertukaran murid dalam tempoh tiga hari bekerja.

• Mewujudkan iklim sekolah yang ceria, selamat dan kondusif untuk
kecemerlangan akademik,ko-kurikulum dan sahsiah diri semua pelajar.
Berusaha melengkapkan kemudahan asas dan keperluan pelajar
mengikut keutamaan.

Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan dan teguran
yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan kualiti
pengurusan pendidikan sekolah ini. Jika tuan/puan menghadapi masalah atau
masih tidak berpuashati dengan perkhidmatan kami sila hubungi:

1. Guru Besar SK LKTP Kledang, Kota Tinggi
No. Telefon: 07-8277403
Atau

2. Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi
No. telefon : 07-8831012 / 8833201

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 16

LAGU SEKOLAH

SENIKATA LAGU SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG
SEKOLAH YANG KAMI CINTAI
NAMAMU HARUM DIJULANG
NAUNGAN PUTRA JUGA PUTRI

DISIPLIN DAN USAHA
TUNGGAK KEJAYAAN KITA

ILMU DAN AMALAN
UNTUK MASA HADAPAN

USAHA ITU MULIA
ILMU DISIPLIN DIRI
INGIN BERBAKTI PADA NUSA
DENGAN PENUH DEDIKASI

SEKOLAH YANG KUSANJUNGI
PERJUANGAN MU NAN SUCI
TERIMA KASIH GURU SEMUA
JASA MU ABADI SELAMANYA.

Ciptan dan Lirik :
Ramli bin Sariff
Norasikin Binti Mohd Aris

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 17

KALENDAR PERSEKOLAHAN TAHUN 2021

PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH JUMLAH
PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN HARI MINGGU
1
20.01.2021 31.01.2021 8 10
2 01.02.2021 28.02.2021 17
01.03.2021 25.03.2021 19 8

JUMLAH HARI 44 05

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 7

26.03.2021 03.04.2021 09 12

04.04.2021 30.04.2021 20
01.05.2021 27.05.2021 16

JUMALH HARI 36

CUTI PERTENGAHAN TAHUN 16
14
28.05.2021 12.06.2021 11

13.06.2021 30.06.2021
01.07.2021 15.07.2021

JUMLAH HARI 25

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 09
05
16.07.2021 24.07.2021 21
07
25.07.2021 31.07.2021
01.08.2021 31.08.2021
01.09.2021 09.09.2021

JUMLAH HARI 33

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 9

10.09.2021 18.09.2021 10
20
19.09.2021 30.09.2021 19
01.10.2021 31.10.2021 7
01.11.2021 30.11.2021
01.12.2021 09.12.2021 56

JUMLAH HARI

CUTI AKHIR TAHUN 3

10.12.2021 31.12.2021 22

Hari Ganti adalah hari persekolahan bagi menggantikan Cuti Berganti Sempena hari perayaan utama.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 18

MINGGU PERSEKOLAHAN 2021

PENGGAL MINGGU MULA AKHIR CATATAN
PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN
1 1
2 20/01/2021 21/01/2021
2 3 24/01/2021 28/01/2021
31/01/2021 04/02/2021
4
5 07/02/2021 11/02/2021
6 14/02/2021 18/02/2021
7 21/02/2021 25/02/2021
8 28/02/2021 04/03/2021
9 07/03/2021 11/03/2021
10 14/03/2021 18/03/2021
11 21/03/2021 25/03/2021
12 04/04/2021 08/04/2021
13 11/04/2021 15/04/2021
14 18/04/2021 22/04/2021
15 25/04/2021 29/04/2021
16 02/05/2021 06/05/2021
17 09/05/2021 13/05/2021
18 16/05/2021 20/05/2021
19 23/05/2021 27/05/2021
20 13/06/2021 17/06/2021
21 20/06/2021 24/06/2021
27/06/2021 01/07/2021
22
23 04/07/2021 08/07/2021
24 11/07/2021 15/07/2021
25 25/07/2021 29/07/2021
26 01/08/2021 05/08/2021
27 08/08/2021 12/08/2021
28 15/08/2021 19/08/2021
29 22/08/2021 26/08/2021
30 29/08/2021 02/09/2021
31 05/09/2021 09/09/2021
32 19/09/2021 23/09/2021
33 26/09/2021 30/09/2021
34 03/10/2021 07/10/2021
35 10/10/2021 14/10/2021
36 17/10/2021 21/10/2021
37 24/10/2021 28/10/2021
38 31/10/2021 04/11/2021
39 07/11/2021 11/11/2021
14/11/2021 18/11/2021
40
21/11/2021 25/11/2021
41
42 28/11/2021 02/12/2021
05/12/2021 09/12/2021

** Perhatian : Ini termasuk minggu perayaan iaitu Tahun Baharu Cina,
Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 19

HARI-HARI KELEPASAN AM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM

TAHUN 2021

BIL HARI KELEPASAN AM TARIKH HARI

1. Hari Thaipusam** 28 Januari Khamis
Jumaat
2. Tahun Baru Cina 12 Februari
13 Februari sabtu
Selasa
3. Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Johor 23 Mac
Sabtu
4. Hari Pekerja 01 Mei
Selasa
5. Awal Ramadhan* 13 April

6. Hari Wesak 26 Mei Rabu
13 Mei Khamis
7. Hari Raya Puasa* 14 Mei Jumaat
21 Julai Rabu
8. Hari Raya Haji (Hari Raya Qurban)
1440H* 31 Ogos Selasa

9. Hari Kebangsaan 7 Jun Isnin

10. Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda 10 Ogos Selasa
Yang di-Pertuan Agong

11. Awal Muharram (Maal Hijrah 1439H)

12. Hari Malaysia 16 September Khamis

13. Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar** 24 September Jumaat

14. Hari Deepavali* 4 November Khamis

15. Hari Keputeraan Nabi Muhammad 19 Oktober Selasa
S.A.W.(Maulidur Rasul)

16. Hari Krismas 25 Disember Sabtu

Catatan:
* Tertakluk kepada pindaan
** Hari Kelepasan Am Negeri
Peringatan:
Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari Kelepasan Mingguan, maka hari
tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika hari yang kemudiannya itu
pula sedia menjadi hari kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan hari
kelepasan am.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 20

SENARAI NAMA GURU KELAS DAN
JUMLAH MURID PADA 1 JANUARI 2021

NAM BIL MURID JUMLAH
BIL A LP
NAMA GURU KELAS 16 10 JUMLAH
KELAS BESAR
JUM
1 1 UM PN. ROZIAH BINTI HASHIM 26

2 1 UKM PN. RUZILAH BINTI MAT JUSOH 15 12 27 107
27 108
3 1 USM PN. RAHANI BINTI ABDULLAH 15 12 27
4 1 UTM PN. SURIYA BINTI BUDI 14 13 27
5 2 UM PN. ZABEYHA BINTI AWANG 16 11 27
27
6 2 UKM PN. MUHAINI BINTI MOHAMAD 14 13 27

7 2 USM CIK NUR FATEHAH BINTI MD JAMIL 13 14

8 2 UTM CIK SARAH SYAFAWATI BT AHMAD ROZANI 13 14

9 3 UM PN. SITI HAWA BINTI LOKIMAN 16 10 26

10 3 UKM EN. MUHAMAD IZZUDIN BIN RAHMAT 11 15 26 104
11 3 USM CIK WAN AMIRA AQILAH BT WAN HANAFI 17 9 26

12 3 UTM PN. WEDYAWATI @ AZLINA BT BASRI 16 10 26

13 4 UM PN. NURHIDAYAH BINTI SALEH 11 20 31

14 4 UKM PN. SAHJANARIAH BINTI SHAHROM 12 19 31 93

15 4 USM PN. NUR AZIANA BINTI ABDUL MANAF 13 18 31

16 5 UM PN JUNAINAH BINTI M. BUANG 15 15 30

17 5 UKM PN. ZAHEERA BINTI RAHMAT 15 15 30 90

18 5 USM PN. ROHANA BINTI KHALID 15 15 30

19 6 UM PN. SURAYA BINTI BUKHARI 14 17 31

20 6 UKM PN. RAFIDAH BINTI SAMIN 16 15 31 95

21 6 USM PN. ROLHAZILAH BINTI SEDIL OTHMAN 20 13 33

JUMLAH A 307 290 597 597
10 15 25
22 PRA PN. ZALINAH BT MOHD YUNOS 50
AL-IMAN 12 13 25
22 28 50 50
23 PRA PN. HAMIDAH BT HJ. JOHARI 329 318 647 647
AN-NUR

JUMLAH B

JUMLAH A + B

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 21

SENARAI NAMA GURU 2021

BIL NAMA PEGAWAI JNPJ/FP OPSYEN TARIKH MULA DI
LANTIK SEK.INI
1 EN.YUSAINEE BIN MOHD YUSOP 79706 PENGAJIAN 01-01-91 22-01-2019
2 EN. NORIZAN BIN YUSOF A 54434 KOMPUTER
3 PN. SITI ZULAILA BINTI MOHAMAD JUFRI 02-01-04 02.12.2018
4 PN. NORMAWANI BINTI AWANG 85047 MATEMATIK
5 PN. ROZIAH BINTI HASHIM 01-01-95 01.12.2017
6 PN. ZALINAH BINTI MOHD YUNOS PENGAJIAN
7 EN. MOHAMMAD RAFIZAN B. MD ALI MELAYU
8 PN. SURAYA BINTI BUKHARI
9 PN. SAHJANARIAH BINTI SHAHROM SAINS
10 PN. SUHAIDA BINTI OTHMAN
11 EN. MOHD NOORHISAMUDIN B. MASRIN 86779 MATEMATIK 11-12-95 11.12.2995
12 PN. ANIZA BINTI SAIMON 01-07-96 01.07.1996
13 PN. ROHANA BINTI KHALID 88456 PRASEKOLAH 11-12-95 18.06.2001
14 PN. SARIFAH FAZLIN BINTI SHAZIM 11-12-95 01.02.2002
15 PN. SURIYA BINTI BUDI 98338 B.MELAYU 05-01-98 01.01.2004
02-01-04 02.01.2004
16 PN. WEDYAWATI BINTI HJ. BASRI 86595 B. MELAYU 01-07-01 01.11.2004
03-07-00 16.06.2005
17 PN. SITI HAWA BT LOKIMAN 92449 MATEMATIK 02-01-04 01.01.2006
10-07-06 10.06.2006
18 PN. RAHANI BINTI ABDULLAH A-50592 SAINS
19 PN. SITI KHAIRADA BINTI BASSARO 16-04-08 16.04.2008
20 PN. HAMIDAH BINTI JOHARI 97875 MATEMATIK
21 PN. ZABEYHA BINTI AWANG
22 PN. ZAHEERA BINTI RAHMAT 96889 P. ISLAM
23 PN. ROLHAZILAH BINTI SEDIL OTHMAN
24 EN. ZAID BIN AHMAD A-50604 B. INGGERIS
25 PN. JUNAINAH BINTI M. BUANG
26 PN. NURHIDAYAH BT SALEH A-26160 B. ARAB 16-08-07 01.12.2009
27 PN. HALIMATUS SAADAH BT MISNAN A-55614
28 PN. RUZILAH BINTI MAT JUSOH A-55310 SAINS/ 01-12-09 01.12.2009
A-38744 B.INGGERIS
A-35661 02-01-08 01.06.2010
A-36268 P. SENI/ 01-07-08 01.01.2013
P.ISLAM 03-01-07 01.07.2013
SAINS/ 03-01-07 01.07.2013
B. INGGERIS 01-07-02 01.01.2014
P. MELAYU/ 02-01-09 01.01.2014
P.ISLAM 08-01-09 16.01.2014
01-07-01 01.01.2015
B. ARAB 03-01-11 01.01.2015
16-01-13 19.01.2015
A-53748 PRASEKOLAH 01-09-08 01.06.2017
A-47752
A-56442 KH/MT
PEND.SENI
MATEMATIK

A-48329 P. SENI

A-36160 P. ISLAM

97991 SAINS
A-42111
A-60122 MATEMATIK
B.INGGERIS

P.ISLAM

A-42080 B. MELAYU

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 22

BI NAMA PEGAWAI JNPJ/FP OPSYEN TARIKH MULA DI
L LANTIK SEK.INI

29 EN.MOHAMAD IZZUDIN BIN RAHMAT A-65495 PSV,PJ, RBT 03-07-17 03-07-2017
30 PN. JUNAIDAH BINTI OTHMAN A-25558 03-01-05 15-04-2018
A-66732 KAUNSELING 16-04-18 16-04-2018
31 PN NURSAIDATUL ASMA BT AB AZIZ A-67424 PEND.SLAM 22-01-19 22.01.2019
A-92274 BHSA ARAB 12-08-97 01.07.2019
32 EN. MOHAN A/L CHANDRAN B.INGGERIS

33 PN. RAFIDAH BINTI SAMIN B. MELAYU

34 PN. WAN NURA ADILA BINTI WAN AHMAD A-55799 PEMULIHAN 15-08-16 14.11.2019
FADZIL

35 PN. AINUL SYARIHA BT AZHAR MATEMATIK/ 11-02-11 01.01.2021
B. INGGERIS 11-10-10 12.03.2021
36 CIK SARAH SYAFAWATI BINTI AHMAD ROZANI
B. INGGERIS
37 CIK NUR FATEHAH BINTI MD JAMIL
38 PN. NUR AZIANA BINTI ABD MANAF P. ISLAM 10.06.2021
39 WAN NUR AQILAH BINTI WAN HANAFI
P.ISLAM 10.06.2021
40 PN. MUHAINI BINTI MOHAMAD P.ISLAM 10.06.2021
03-01-05 19.08.2021
B.INGGERIS/ 11.12.95 01.12.2021
K.TEMPATAN
41 EN. M. ZANI BIN MOHAMED
SEJARAH

SENARAI NAMA KAKITANGAN SOKONGAN 2021

BIL NAMA PEGAWAI JNPJ/FP OPSYEN TARIKH MULA DI
LANTIK SEK.INI
1 CIK RASHIDAH BINTI AB.RAHIM
2 PN. RAZEAN BINTI RAZAK C/3-3682 KETUA 27.11.2007 01.07.2019
3 PN. NORIMAH BINTI THAMRIN C/3-4174 PEMBANTU 03.12.2009 03.12.2009
4 PN. RABIHA BINTI ASARI C/11-1545 TADBIR N22 03.12.2009
5 EN. AZRUL HISYAM BIN ABD GHAFAR C/11-2824 26.09.2012
D/9-3343 PEMBANTU 02.05.2016
TADBIR N19

PPM PRASEK 01.01.2005
N19

PPM PRASEK 26.09.2012
N19 22.04.2004

PEMBANTU
OPERASI
N11

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 23

SEJARAH SEKOLAH

NAMA SEKOLAH

Pada tahun 1980, sebuah kawasan yang terletak di Mukim Tanjung Surat Pengerang,
Johor telah dibuka untuk dimajukan oleh pihak kerajaan sebagai kawasan pertanian. Kawasan
ini telah ditanam dengan pokok kelapa sawit. Di kawasan ini juga terdapat beberapa buah
tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP/FELDA) yang dinamakan “Gugusan
Adela”. Dalam gugusan tersebut terdapat FELDA SENING, FELDA Adela, FELDA Tunggal dan
FELDA Kledang.

Perkataan “Kledang” adalah berasal daripada nama sejenis pokok yang terdapat di
kawasan ini. Nama sainsnya ialah Artocarpus Lanceifolius.Sempena nama pokok inilah, maka
nama sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan LKTP Kledang.

Sekolah ini didirikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30
Oktober 1980. Sekolah telah dibuka pada 5 Mei 1981. Murid-murid sekolah ini adalah terdiri
daripada anak-anak peneroka dan kakitangan FELDA Kledang dan FELDA Tunggal. Pada
mulanya bilangan murid sekolah ini hanya seramai 416 orang dengan tenaga pengajar seamai
13 orang. Sebelum itu murid-murid bersekolah di sekolah berhampiran iaitu Sekolah
Kebangsaan LKTP Adela.

Kedudukan sekolah ini adalah di tengah-tengah kawasan penempatan FELDA
berhampiran dengan Masjid Gugusan Adela, Pejabat FELDA Kledang, Pejabat FELDA Tunggal
dan Wisma Tunggal. Keluasan kawasan sekolah ialah kira-kira 21 ekar. Sebahagian kawasan
sekolah ini sukar digunakan kerana diliputi kawasan lembah yang curam. Kawasan padangnya
yang kecil dan terletak di kawasan bukit.

Dengan kedatangan peneroka-peneroka naru ke FELDA Kledang ini dan kemasukan
anak-anak mereka ke sekolah ini telah menyebabkan sekolah ini tidak mampu menampung
bilangan bilik darjah. Pada tahun 1984 sebuah bangunan kilat yang mengandungi 3 bilik
darjah telah dibina. Bagaimanapun bangunan ini masih tidak mampu untuk menampung
bilangan murid yang semakin bertambah. Sebuah lagi bangunan kilat mengandungi 4 bilik
darjah telah dibina pada bulan Februari 1985.

Namun demikian, kekurangan bilik darjah masih lagi menjadi masalah kepada
pentadbir sekolah ini. Untuk mengatasi masalah, sebahagian dari murid-murid sekolah ini
terpaksa menumpang di Sekolah Menengah Adela sebanyak 6 darjah di sesi petang. Dengan
pertambahan pesat murid-murid dan guru sekolah ini, maka pada bulan Julai 1987, sebuah lagi
bangunan baru yang mengandungi 12 bilik darjah dan bilik-bilik lain telah dibina.

Dengan terbinanya bangunan baru sekolah ini, ianya telah mempunyai 25 buah bilik
darjah dan mampu menampung bilangan murid seramai 2000 orang. Lain-lain kemudahan
yang terdapat di sekolah ini adalah seperti Bilik Guru Besar, Bilik Guru Penolong Kanan
Pentadbiran (GPK1) dan Guru Penolong Kanan HEM, Pejabat Am, Bilik Sembahyang, Bilik
Tayangan, Bilik Sumber, Perpustakaan, Stor dan tandas.

Sekolah ini telah dibekukan dengan 2 buah mesin pendua, 2 buah mesin rumput, 2 buah
mesin taip, 2 buah generator, televisyen, perakam video, slide projektor, OHP, kemera dan
alatan pendidikan jasmani. Terdapat juga peralatan yang diperolehi melalui peruntukan Wakil
Rakyat. Di antara peralatan tersebut termasuklah 1set komputer, OHP, sebuah televisyen kecil
dan lain-lain. Sekolah ini juga ada membeli beberapa jenis alatan dengan menggunakan
wang peruntukan kerajaan dan wang SUWA.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 24

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 25

AANNAALLIISSAA PENCAAPPAAIIAANN UUPPSSRR22001133--22001165

MENGIKUT CARA LAMA

PERKARA BIL. CALON
BIL. MENGUASAI
TAHUN
% MENGUASAI
BIL. CEMERLANG

% CEMERLANG
GRED PURATA
SEKOLAH (GPS)
GRED PURATA MP-
BM 1 PEMAHAMAN
GRED PURATA MP-
BM PENULISAN
GRED PURATA MP-

BAHASA
INGGERIS
GRED PURATA MP-
MATEMATIK
GRED PURATA MP-

SAINS

2013 93 55 59.14 4 4.30 2.51 1.88 2.08 3.12 2.75 2.71
2014 77 49 63.64 4 5.19 2.39 1.97 1.84 3.02 2.58 2.56
2015 87 60 68.97 7 8.05 2.18 1.67 1.7 2.87 2.25 2.43
2016 75 57 76.00 0 0.00 3.11 2.37 2.11 3.73 3.67 3.08

ANALISA PENCAPAIAN UPSR 2016 -
2019

PERKARA BIL CALON
TAHUN BIL. LULUS
PERATUS LULUS
BIL CALON 6A
PERATUS CALON 6A
GRED PURATA
SEKOLAH (GPS)
GPMP BM
(PEMAHAMAN)
GPMP BM
(PENULISAN)

GPMP BI
(PEMAHAMAN)

GPMP BI
(PENULISAN)
GPMP MATEMATIK
GPMP SAINS

2016 75 57 76.00 0 0 3.11 2.37 2.11 3. 68 3. 73 3. 67 3.08
2017 75 44 58.67 0 0 3.15 2.45 2.00 3.63 4.01 3.75 3.03
2018 84 61 72.62 0 0 2.92 2.15 1.77 3.76 3.67 3.29 2.88
2019 81 47 58.75 0 0 3.07 2.14 2.01 3.76 4.01 3.41 3.41

PETUNJUK :
GPS : GRED PURATA SEKOLAH
GPMP : GRED PURATA MATA PELAJARAN

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 26

PENILAIAN PBD 2020

2020 JUMLAH MURID BAND 1-2 BAND 3-BAND 6
547 57 490
10% 90%

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
UNTUK MURID-MURID

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975

1. KEHADIRAN SEKOLAH.

1.1 Ahad- Khamis : 7.20 pagi hingga 1.30 petang.

1.2 Semua pelajar mesti berada di kawasan sekolah apabila loceng dibunyikan pada
jam 7.10 pagi dan beratur mengikut kelas tapak perhimpunan sekolah.

1.3 Kehadiran ke sekolah adalah wajib. Oleh itu pelajar adalah dilarang sama sekali
ponteng sekolah . Pelajar-pelajar yang ponteng selama tiga hari , ibu bapa atau
penjaga akan diberikan surat amaran pertama dan jika pelajar ponteng selama 7
hari akan diberi surat amaran kedua.

1.4 Pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti kelas Pendidikan Jasmani dan aktiviti
sukan hendaklah membuktikan dengan mengemukakan surat dari ibu
bapa/penjaga atau surat akuan doktor.

1.5 Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu
hendaklah memaklumkan pihak sekolah melalui surat dari ibu bapa/penjaga atau
surat akuan doktor.

1.6 Kelas Tambahan / Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa
dan wajib dihadiri.

1.7 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar daripada kawasan sekolah pada waktu sesi
pembelajaran. Mereka yang hendak keluar kerana urusan tertentu hendaklah
mendapat kebenaran daripada Guru Besar / Guru Penolong Kanan dan kemudian
memaklumkannya kepada Guru Bertugas Mingguan terlebih dahulu.

1.8 Pelajar-pelajar yang ingin ke klinik / hospital hendaklah mendapat kebenaran Guru
Besar/Guru Penolong Kanan atau Guru Bertugas Mingguan dengan mengisi Borang
Rawatan. Pelajar berkenaan hendaklah pulang segera ke sekolah setelah dirawat
dan menunjukkan surat yang ditandatangani oleh pegawai perubatan.

2. PAKAIAN SERAGAM BAGI PELAJAR LELAKI

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 27

2.1 Baju

2.1.1 Baju lengan pendek berwarna putih sahaja.

2.1.2 Ukuran baju terlalu besar dan tidak terlalu sempit. Ukuran baju hendaklah
sesuai dengan bentuk badan.

2.1.3 B tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar
sekolah.

2.1.4 Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.
2.2 Seluar

2.2.1 Semua pelajar lelaki berseluar panjang berwarna hijau tua (dark olive).

2.2.2 Pergelangan kaki seluar panjang mestilah antara 20cm-23cm ukuran lintang.

2.2.3 Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat atau
sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan.

2.2.4 Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi tidak
dibenarkan.

2.3 Kasut dan stoking

2.3.1 Semua pelajar berkasut kanvas hitam, kasut yang bertali hendaklah sentiasa
2.3.2 diikat.
Kasut berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan.

2.3.3 Kasut plastik atau kasut kulit berwarna putih/hitam tidak dibenarkan.

2.3.4 Stoking hitam tanpa jalur sahaja dibenarkan.

2.4 Lencana dan Tanda Nama

2.4.1 Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama
sepanjang masa.

2.4.2 Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian luar poket atau di dada
sebelah kiri baju.

2.4.3 Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan
segera.

2.5 Tali Pinggang

2.5.1 Tali pinggang yang dibenarkan ialah yang berukuran 3cm berwarna gelap
atau hijau yang diperbuat daripada kain kanvas.

2.5.2 Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, berhias dan
beraneka corak.

2.5.3 Tali pinggang yang bercirikan budaya Rap tidak dibenarkan sama sekali.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 28

2.6 Tali leher

2.6.1 Tali leher hendaklah dipakai oleh setiap pelajar biasa pada setiap hari
persekolahan kecuali hari Khamis dan hari-hari lain yang diarahkan

2.7 Barang Kemas / Perhiasan

2.7.1 Pelajar-pelajar DILARANG memakai apa jua barang perhiasan sepanjang
berada di sekolah.

2.8 Pakaian kebangsaan

2.8.1 Pelajar-pelajar lelaki dikehendaki memakai pakaian kebangsaan pada hari
Khamis.

2.8.2 Baju melayu mestilah berwarna putih dan seluar putih dengan samping
berwarna hitam. Baju hendaklah dimasukan ke dalam samping.

2.8.3 Baju hendaklah sentiasa berbutang penuh.

2.8.4 Songkok berwarna hitam tanpa hiasan hendaklah dipakai bersama- sama
pakaian kebangsaan.

3. PAKAIAN SERAGAM PELAJAR PEREMPUAN BERAGAMA ISLAM

3.1 Baju kurung

3.1.1 Semua pelajar perempuan beragama Islam berbaju kurung putih teluk
belang yang labuh di paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru
3.1.2 muda.
3.1.3 Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk badan.
Pelajar perempuan juga diwajibkan memakai anak baju.
Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung tetapi
tidak mencecah lantai dan wajib memakai kain dalam.

3.2 Mini telekung

3.2.1 Setiap pelajar Islam diwajibkan memakai mini telekung berwarnaputih tanpa
berenda, bersulam atau berfesyen.
3.2.2 Bentuk yang dibenarkan ialah segi tiga atau rata di bahagian bawah
tudung.
3.2.3 Labuhnya hendaklah melebihi paras dada. Kain janganlah terlalu nipis.
3.2.4 Anak tudung yang berwarna putih sahaja mestilah dipakai bersama mini
telekung.

3.3 Kasut dan stoking
3.1 Sama seperti 1.1.3

3.2 Lencana dan tanda nama
3.2.1 Sama seperti 1.1.4

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 29

3.3 Barang kemas / perhiasan
3.3.1 Pelajar-pelajar perempuan DILARANG memakai barang-barang kemas,
alat-alat solek dan lain-lain perhiasan.

4 PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN BUKAN BERAGAMA ISLAM

4.1 Baju lengan pendek dan pinafore biru muda yang labuhnya di bawah lutut.
4.2 Lain-lain pemakaian sama seperti pada 1.2.3 dan1.2.4 dan 1.2.5

5 PAKAIAN PENGAWAS

5.1 Baju lengan panjang berwarna biru muda dan seluar berwarna biru bagi lelaki.
5.2 Baju kurung berwarna biru muda dan kain sarung bersusun berwarna biru tua dan

mini telekung berwarna biru tua bagi pengawa perempuan beragama Islam.
5.3 Baju lengan panjang berwarna biru muda dan skirt labuh bawah paras lutut bagi

pengawas perempuan bukan beragama Islam.
5.4 Baju melayu putih dan samping sekolah bagi pengawas lelaki pada hari Khamis.
5.5 Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam dan berstoking hitam.
5.6 Lencana pengawas dan tali leher serta tanda nama hendaklah sentiasa di pakai

setiap waktu di sekolah atau pada bila-bila masa pengawas itu berada di
sekolah.
5.7 Segala perubahan pakaian pengawas adalah tertakluk kepada persetujuan
pihak pentadbiran sekolah dan ianya difikirkan sesuai.

6 BERPAKAIAN PADA WAKTU BIASA

6.1 Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju T
sekolah berseluar sekolah dan berkasut sewaktu hadir ke sekolah untuk mengikuti
sebarang aktiviti di luar waktu belajar.

6.2 Pendidkan Jasmani
a. Lelaki
• Baju T putih berlambang sekolah dan seluar trek biru tua.
b. Perempuan
• Baju T lengan panjang berlambang sekolah dan seluar trek biru tua
serta mini telekung putih

6.3 Latihan Sukan / Permainan
a. Lelaki
• Baju T mengikut warna rumah dan seluar trek biru.
b. Perempuan
• Baju T lengan panjang mengikut warna rumah dan seluar trek biru tua
serta mini telekung putih

6.4 Badan beruniform / persatuan / kelab
Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh
guru penasihat masing-masing.

7 RAMBUT

7.1 RAMBUT PELAJAR LELAKI

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 30

7.1.1 Rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu bahagian belakang
7.1.2 dinipiskan,tidak mencecah dahi, telinga dan tengkuk . Rambut mestilah
sentiasa disikat kemas dan tidak dibenarkan berbelah tengah. (Rujuk
gambar rajah).
Dilarang menyimpan janggut, jambang dan misai.

7.2 RAMBUT PELAJAR PEREMPUAN
7.2.1 Rambut pelajar perempuan dibenarkan hingga ke paras bahu.
7.2.2 Rambut yang melepasi paras bahu hendaklah diikat supaya sentiasa
kemas.
7.2.3 Hanya reben berwarna putih dan hitam sahaja dibenarkan.

7.2.4 Pelajar tidak dibenarkan mewarna rambut, mengerintingkan rambut,
menyapu gel, menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen
mengikut tafsiran sekolah.

8 PERHIMPUNAN

8.1 Perhimpunan rasmi sidang pagi akan diadakan pada hari Isnin setiap minggu
mulai jam 7.20 pagi. Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan. Para
pelajar dilarang berbual semasa perhimpunan.

8.2 Semua pelajar diwajibkan mengikuti perhimpunan pada bila-bila masa yang
ditentukan oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan di tempat yang telah
ditentukan.

8.3 Perhimpunan harian pula diadakan pada hari Isnin, Selasa, Rabu, dan Khamis
mulai 7.15 pagi. Pelajar dilarang berada di dalam kelas.

8.4 Pelajar lelaki mestilah beratur dibahagian hadapan manakala pelajar
perempuan beratur di bahagian belakang.

8.5 Semua pelajar mestilah berdiri tegak semasa lagu negaraku , lagu Negeri Johor
dan lagu sekolah dinyanyikan.

8.6 Semua pelajar mesti memberi perhatian sepenuhnya kepada semua
pengumuman yang disampaikan oleh Guru Besar , Guru Penolong Kanan , Guru
Bertugas serta guru-guru lain. Pelajar dilarang berbual-bual semasa
perhimpunan.

9 KEBERSIHAN DIRI

9.1 Semua pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri.
9.2 Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan.
9.3 Pelajar tidak dibenarkan bersolek.

10 KAWASAN SEKOLAH

10.1 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH

10.1.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebaran waktu
kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Pelajar yang
dibenarkan mesti memakai “KAD KELUAR KELAS.”

10.1.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan
meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan
terdesak dan mendapat kebenaran guru.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 31

10.1.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar
dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar,
pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan
kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas
lain yang tidak penting.

10.1.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu
umpamanya ke tandas atau lainnya. Ketua-ketua tingkatan
bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.

10.1.5 Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab
tertentu hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru tingkatan.

10.1.6 Sekiranya pelajar sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, pelajar
berkenaan hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari guru tingkatan
dengan mengisi borang khas. Surat kebenaran tersebut hendaklah
diserahkan kepada guru atau pelajar yang bertugas.

10.1.7 Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab
tertentu, pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari
pengetua, penolong kanan atau penyelia petang dengan mengisi borang
khas. Satu salinan hendaklah kepada guru tingkatan dan satu salinan
hendaklah disimpan oleh pelajar.

11 PENGGUNAAN KAD KELUAR KELAS.

11.1 TATACARA PENGGUNAAN KAD KEBENARAN KELUAR KELAS

11.1.1 Kad kebenaran keluar kelas merupakan satu kaedah sistematik untuk
Mengesan pergerakan setiap pelajar yang keluar daripada kelas atau bilik-
bilik tertentu.

11.1.2 Setiap pelajar hanya dibenarkan keluar daripada kelas dan bilik-bilik
tertentu setelah membawa kad kebenaran keluar kelas.

11.1.3 Setiap kelas atau bilik-bilik tertentu disediakan dengan dua kad kebenaran
keluar kelas, satu untuk pelajar lelaki dan satu lagi untuk pelajar
perempuan.

11.1.4 Pada masa-masa tertentu hanya seorang pelajar lelaki dan seorang
pelajar perempuan sahaja yang dibenarkan keluar daripada kelas.

11.1.5 Pelajar tidak dibenarkan keluar daripada kelas walaupun dengan
menggunakan kad kebenaran keluar kelas pada masa-masa berikut:-

i. Masa pertama persekolahan
ii. Satu masa selepas waktu rehat

11.1.6 Kad keluar kelas hendaklah disimpan di dalam kelas masing-masing dan
dijaga dengan cermat supaya tidak rosak dan hilang.

11.1.7 Segala kerosakan dan kehilangan kad kebenaran keluar kelas
hendaklahdilaporkan segera kepada lembaga disiplin sekolah dan setiap
kelas atau bilik-bilik tertentu bertanggungjawab atas kerosakan dan

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 32

kehilangan tersebut dengan membayar denda atas kerosakan dan
kehilangan itu.

12 SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT

12.1 Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru
Bertugas, Pengawas atau Ketua Tingkatan.

12.2 Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah
sehingga sembuh.

12.3 Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau
mendapat rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak
sekolah.

12.4 Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah mendapatkebenaran dari
pihak sekolah.

12.5 Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital kerajaan
jika sakit kuat.

13 KAWASAN YANG DILARANG

Tempat letak kenderaan guru.
Kawasan tangki septik.
Bilik Guru.
Bilik Peperiksaan.
Kawasan Tangki Air.

14 KEBERSIHAN

Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983, SPI Bil. 1/1996 dan SPI Bil. 6/1997

14.1 Tong Sampah

14.1.1 Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah.
14.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang

sampah sahaja.
14.1.3 Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah

dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul.

14.2 Kantin Sekolah

Semua pelajar mestilah mematuhi peraturan kantin seperti dibawah :
14.2.1 Semua pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari kawasan

kantin sekolah.
14.2.2 Pelajar-pelajar dilarang berada di dalam kelas, di makmal Sains atau di

tempat-tempat lain selain daripada kantin.
14.2.3 Membeli makanan diluar kawasan sekolah adalah dilarang sama sekali.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 33

14.2.4 Semua pelajar mestilah beratur dengan tertib ketika membeli makanan /
minuman pada waktu rehat dan jelaskan bayaran yang sepatutnya.

14.2.5 Makan dengan tertib. Selepas makan kemas peralatan yang digunakan
dan letakan ditempat yang disediakan.

14.2.6 Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh tangan
sahaja.

14.2.7 Pelajar dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam sinki
atau parit di sekeliling kantin.

14.2.8 Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam
tempat-tempat yang disediakan setelah selesai digunakan.

14.2.9 Pelajar-pelajar dilarang merosakan peralatan kantin seperti piring , pinggan,
sudu , cawan dan lain-lain.

14.3 Bilik Darjah

14.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan
teratur.

14.3.2 Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga,
tidak dicakar atau dikotorkan.

14.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan
kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor.

14.3.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan
seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar gantirugi.

14.4 Tandas

14.4.1 Semua pelajar perlu membersihkan tandas selepas digunakan.
14.4.2 Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.
14.4.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas
sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan.
14.4.4 Kebersihan tandas adalah tanggungjawab bersama.

15 KESELAMATAN

Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil. 4/2002

15.1 Beratur

15.1.1 Semua pelajar mesti beratur di tapak perhimpunan sebelum permulaan
kelas.

15.1.2 Pelajar dikehendaki beratur apabila pergi ke makmal, bengkel, pusat
sumber atau pun mana-mana bilik khas yang lain.

15.1.3 Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke mana-
mana tempat.

15.2 Waktu balik

15.1.1 Lima minit sebelum loceng terakhir, pelajar mestilah mengemaskan kerusi
meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas jika
digunakan.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 34

15.1.2 Apabila loceng dibunyikan, pelajar boleh keluar kelas dengan teratur.
Pelajar hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan apabila
diarahkan.

15.1.3 Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal
laluan.

15.1.4 Pelajar yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah menunggu
di tempat menunggu bas sebelum menaiki kenderaan.

15.1.5 Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.
15.1.6 Pelajar yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan

dan tidak secara beriringan.

15.3 Makmal

15.3.1 Pelajar dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran / kehadiran guru
berkenaan.

15.3.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.
15.3.3 Dilarang menyentuh atau mengambil bahan-bahan kimia dan alat-alat

yang terdapat di bilik makmal tanpa kebenaran atau arahan guru
berkenaan.
15.3.4 Pelajar dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari makmal.
15.3.5 Pelajar dilarang menjalankan sebarang ujikaji tanpa arahan guru
berkenaan.
15.3.6 Pelajar dilarang menyalakan penunu Bunsen dengan sebarang kertas.
15.3.7 Barang-barang seperti mancis, kertas turas atau bahan-bahan pepejal
yang telah digunakan jangan dibuang di merata-rata tempat.

15.4 Bilik-bilik khas

15.4.1 Pelajar dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bengkel KH, pusat
sumber, bilik tayang dan makmal komputer tanpa kebenaran / kehadiran
15.4.2 guru berkenaan.
15.4.3 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.
15.4.4 Pelajar dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan alatan
yang terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau arahan guru.
Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, pelajar hendaklah mengikut
arahan guru berkenaan.

16 PELAWAT

16.1 Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu
rehat. Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa dengan pelajar.

16.2 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan
pelajar tanpa memberi sebarang penjelasan.

16.3 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa
dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah mendapat
kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.

16.4 Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 35

17 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS

17.1 Pelajar yang tidak hadir mestilah memberi surat doktor atau surat ibu
bapa/penjaga dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh masa pelajar itu
tidak hadir.

17.2 Surat amaran pertama dihantar kepada ibu bapa sekiranya pelajar tidak hadir
pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berturut-turut
atau hari kesepuluh sekiranya ketidakhadiran adalah secara berturut-turut.

17.3 Surat amaran kedua hendaklah dihantar kepada ibubapa penjaga sekiranya
pelajar tidak hadir TUJUH hari berturut-turut atau sebanyak 20 hari secara tidak
berturut-turut.

17.4 Surat amaran terakhir secara berdaftar hendaklah dihantar kepada ibu bapa
penjaga sekiranya tiada komunikasi selepas tujuh hari daripada surat amaran
kedua dihantar bagi pelajar yang tidak hadir secara berturut-turut atau 20 hari bagi
ketidakhadiran secara tidak berturut-turut.

17.5 Tindakan buang sekolah boleh diambil selepas 2 minggu surat amaran terakhir
dihantar bagi ketidakhadiran secara berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran
secara tidak berturut-turut. (Pek. K (BS) 8548/ 12 (17)).

17.6 Pelajar tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan atau keluar dari kawasan
sekolah dalam waktu belajar kecuali dengan kebenaran khas dari Pengetua,
Penolong kanan atau Penyelia Petang. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi.

18 KETUA MURID DAN PENGAWAS

18.1 Pelantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Guru Besar
dengan kerjasama guru-guru.

18.2 Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang guru Penasihat, Pengerusi,
Setiausaha, Bendahari dan Pengawas-pengawas Tingkatan Atas.

18.3 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan tetapi Guru
Besar dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas
sekiranya perlu.

18.4 Guru Besar ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu.

18.5 Sifat-sifat kelayakan untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar
hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi
akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan
sekolah.

18.6 Lain-lain kelayakan :
- bertanggungjawab dengan sepenuhnya
- berwibawa dan bekerjasama
- rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
- jujur dan berakal
- menepati masa

18.7 Tugas-tugas pengawas

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 36

a. Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa Tatatertib sekolah untuk
mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan semasa belajar, semasa
rehat dan setiap masa dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi.

b. Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah terutama sekali di
perpustakaan, makmal sains, bilik Pendidikan Jasmani, bilik Alat Pandang Dengar
dan bilik Ekonomi Rumahtangga supaya tidak dirosakkan. Mereka mest juga
menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah.

c. Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas Mereka semasa
perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua
pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-pengawas
yang berulang kali kurang bertanggungjawab akan diberi amaran.

d. Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi
bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar.
Mereka hendaklah menjaga keharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar
melanggar peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga,
pelajar itu mesti dilaporkan kepada guru Lembaga Disiplin.

19 WAKTU SEMBAHYANG

Waktu sembahyang zohor dan asar bagi sesi petang adalah mengikut sekolah masing-
masing.

20 WAKTU REHAT

20.1 Murid-murid Tahap 2 hendaklah keluar rehat tepat jam 10:00 pagi hingga jam 10:30
pagi dan waktu rehat murid Tahap 1 tepat jam 9.30 pagi- hingga 10.00 pagi .

20.2 Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas sepanjang waktu rehat.
20.3 Pengawas-pengawas yang bertugas dibenarkan keluar 5 hingga 10 minit lebih awal

untuk berehat terlebih dahulu sebelum berkawal ditempat-tempat yang telah
ditentukan.
20.4 Pada waktu rehat, murid-murid diwajibkan beratur untuk mengambil makanan di
kaunter-kaunter makanan.
20.5 Semua murid hendaklah beratur di Dataran Rohani sekolah sebelum masuk ke
dalam kelas selepas waktu rehat.

21 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

21.1 Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris di luar kelas dan
turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat).

21.2 Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan
tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain.

21.3 Di tempat berkumpul itu, guru-guru kelas hendaklah berada bersama barisan
pelajar-pelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap
pelajar di dalam kelasnya berada di situ.

21.4 Guru kelas hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru Besar jika
ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari pelajar itu
dengan segera.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 37

21.5 Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil
barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain.

21.6 Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat
berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah
ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru kelas dan berada
bersama-sama rakan-rakan sekelas.

22 BAYARAN TAMBAHAN

Bayaran tambahan adalah berdasarkan oleh pakej yang dipilih oleh sekolah.
Pelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda
sekolah semasa berada di sekolah seperti :

22.1 Kerusi meja pelajar jangan diukir/diconteng.
22.2 Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng.
22.3 Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik.
22.4 Tandas hendaklah diguna dengan betul.
22.5 Cermin tingkap jangan dipecahkan.
22.6 Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir.
22.7 Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, ERT dan Sains hendaklah digunakan

dengan baik.

23 KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM)

23.1 Setiap pelajar diwajibkan menyertai :
a) satu pasukan berunifom
b) satu persatuan/kelab atau lebih
c) satu kegiatan sukan /permainan atau lebih.

23.2 Seseorang pelajar dibenarkan memegang sebanyak-banyaknya 2 jawatan
tertinggi sahaja untuk kesemua persatuan/kelab sekolah yang dianggotai.

23.3 Pelajar –pelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar
sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah.

23.4 Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada Pengetua sekiranya
seseorang pelajar ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam kegiatan-
kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang
dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan.

23.5 Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram
atau kongsi gelap.

24 KATEGORI KESALAHAN

24.1 KESALAHAN RINGAN
24.1.1 Menyimpan misai, janggut dan jambang.
24.1.2 Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan
tertentu.
24.1.3 Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
24.1.4 Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari
sekolah tanpa kebenaran.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 38

24.1.5 Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar , atau Guru-guru
Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada
24.1.6 ketika itu.
Berada di kantin pada waktu pembelajaran dan pengajaran (P & P)
24.1.7 tanpa kebenaran.
Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan
24.1.8 sekolah tanpa kebenaran.
Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran
24.1.9 Pengetua atau wakilnya.
Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak
24.1.10 mematuhi peraturan makmal/bilik khas/bengkel.
24.1.11 Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.
24.1.12 Makan dan minum di dalam bilik darjah.
24.1.13 Melakukan pembaziran air atau elektrik.
Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian
24.1.14 sekolah dengan kemas.
Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa
24.1.15 buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).
24.1.16 Lewat ke sekolah.
24.1.17 Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.
24.1.18 Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.
24.1.19 Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
24.1.20 Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.
24.1.21 Tidak membuat tugasan yang diarahkan.
24.1.22 Mengganggu kawan.
24.1.23 Mengganggu guru.
24.1.24 Lewat masuk kelas.
24.1.25 Mengotorkan kelas.
24.1.26 Tidak duduk setempat.
24.1.27 Berada dalam kawasan larangan.
Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa
24.1.28 kebenaran.
24.1.29 Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin.
24.1.30 Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.
24.1.31 Membuang sampah merata-rata.
24.1.32 Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan.
Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa
24.1.33 kebenaran.
Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa
24.1.34 kebenaran pihak sekolah.
24.1.35 Memakai cermin mata berfesyen.
24.1.36 Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah .
24.1.37 Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru Besar.
Membawa telefon bimbit dan MP3.

24.2 KESALAHAN SEDERNANA

24.2.1 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.
24.2.2 Menyalahgunaan / menggunakan peralatann/sumber bekalan elektrik
sekolah tanpa kebenaran.
24.2.3 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
24.2.4 Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.
24.2.5 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 39

24.2.6 Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan
kebangsaan.
24.2.7 Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna.
24.2.8 Menconteng pada harga benda sekolah.
24.2.9 Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan
memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga.
24.2.10 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

24.3 KESALAHAN BERAT

24.3.1 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
24.3.2 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam
kegiatan dadah.
24.3.3 Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau
sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan.
24.3.4 Membawa, menyimpan, menghisap aau mengedar bahan tembakau.
24.3.5 Menyebabkan / melakukan pergadakan atau kekerasan.
24.3.6 Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru /
pengawas / murid.
24.3.7 Biadap terhadap guru / pengawas / murid.
24.3.8 Memeras ugut guru / pengawas / murid.
24.3.9 Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
24.3.10 Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap
muridlain.
24.3.11 Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan
larangan.
24.3.12 Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
24.3.13 Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana,
majalah atau pita dan multimedia yang terlarang.
24.3.14 Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
24.3.15 Mencabul kehormatan guru / murid.
24.3.16 Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
24.3.17 Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
24.3.18 Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
24.3.19 Mengintai murid lelaki / perempuan.
24.3.20 Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
24.3.21 Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.
24.3.22 Membawa atau menggunakan bahan letupan.
24.3.23 Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan
perbuatan lucah.
24.3.24 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau
merusuh.
24.3.25 Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan
multimedia.
24.3.26 Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan
atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dan
24.3.27 pengajaran / ujian.
Menganjur atau membebitkan diri dalam acara kebudayaan yang
24.3.28 bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.
Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan
tanpa kebenaran pihak sekolah, PPD, JPNJ dan Kementerian Pelajaran.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 40

24.3.29 Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari
atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sessi
persekolahan.

24.3.30 Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang
menjalankan tugas.

24.3.31 Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran
Guru Besar atau wakilnya.

24.3.32 Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan
lucah.

24.3.33 Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
24.3.34 Melakukan hubungan yang dicurigai.
24.3.35 Kesalahan-kesalakan lain yang difikirkan trmasuk dalam kategori ini oleh

Jawatankuasa Disiplin Sekolah .
Jenis-jenis salah laku yang berlaku di sekolah adalah banyak dan pelbagai. Menurut buku
panduan Bagu Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah, (DPM, 1982) salah laku ini
dapat dibahagikan kepada 5 kumplan yang besar iaitu:

1. TINGKAH LAKU JENAYAH

a. Mendera dan mencederakan.
b. Bertindak ganas dan mencederakan.
c. Memeras ugut.
d. Bergaduh.
e. Mencuri.
f. Menipu atau memperdayakan.
g. Menimbulkan kegelisahan dikalangan pelajar.
h. Menyalahgunakan dadah.
i. Khalwat.
j. Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara.
k. Menyertai kumpulan kongsi gelap.

2. TINGKAHLAKU LUCAH

a. Mencarut.
b. Berdua-duaan.
c. Bercumbu-cumbuan.
d. Melihat / membaca bahan lucah.
e. Melukis / menulis bahan lucah.
f. Menyimpan / meminjamkan bahan lucah.
g. Besubahat dalam perbuatan sumbang.
h. Berpakaian tidak senonoh.

3. TINGKAHLAKU ANTI-SOSIAL

a. Tidak mahu bergaul.
b. Merosakkan hartabenda individu / sekolah.
c. Membuat bising.
d. Menjerit-jerit tidak tentu pasal.
e. Mengganggu orang lain.
f. Menulis dan menconteng bangunan.
g. Membuang sampah merata-rata.
h. Mendendam / hasat dengki / cemburu.
i. Memaki hamun.
j. Sombong, bongkak dan biadap.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 41

4. TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR.

a. Meniru dalam ujian dan peperiksaan.
b. Meniru tandatangan orang lain.
c. Bercakap bohong.
d. Mengubah markah yang dicatat oleh guru.
e. Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah.
f. Menganiaya sesama rakan.
g. Tidak amanah.
h. Mengampu.
i. Memperdayakan ibu bapa dan orang lain.
j. Mengambil barang orang lain tanpa izin.
k. Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab.
l. Berdolak-dalik.
m. Membuat kerja tanpa keikhlisan diri.

5. TINGKAHLAKU TIDAK SOPAN

a. Berbahasa kasar.
b. Tidak menghormati guru.
c. Menghisap rokok.
d. Berambut panjang.
e. Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.
f. Lalai dan cuai terhadap pelajaran.
g. Mempermain / memperlekehkan guru.
h. Selalu lewat.
i. Suka bertengkar.
j. Pakaian tidak sesuai.

Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas

1. Pakaian Seragam :
• SPI Bil. 12/1978
• SPI Bil. 14/1976
• SPI Bil. 3/1983
• SPI Bil. 8/1985
• SPI Bil. 3/1992
• SPI Bil. 6/1993
• SPI Bil. 2/1993
• SPI Bil. 9/1975

2. Kesihatan Murid :
• SPI Bil. 2/1982
• SPI Bil. 6/1998

3. Perhimpunan Sekolah :
• SPI Bil. 4/1984

4. Keselamatan :
• SPI Bil. 8/1988
• SPI Bil. 8/1999
• SPI Bil. 7/2000

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 42

5. Kesihatan :
• SPI Bil. 4/1989
• SPI Bil. 1/1996

6. Ponteng :
• SPI Bil. 6/1995

7. Sekolah Selamat :
• SPI Bil. 4/2002

8. Kuasa Merotan :
• SPI Bil. 7/2003

9. Disiplin/Peraturan Sekolah :
• SPI Bil. 9/1975

10. Garis Panduan Pakej Bayaran Tambahan :
• SPI Bil. 13/2007

11. Larangan Membawa Telefon Bimbit :
• SPI Bil. 1/2006

12. Potongan Rambut Murid :
• SPI Bil. 2/1976

13. Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok :
• SPI Bil. 4/1997

14. Peraturan Tatatertib :
• SPI Bil. 8/1968
• SPI Bil. 6/1968
• SPI Bil. 11/1972
• SPI Bil. 9/1975

15. Penyalahgunaan Dadah :
• SPI Bil. 7/1975

16. Kempen Anti Merokok :
• SPI Bil. 1/1983

17. Mengenakan Hukuman Biasa :
• SPI Bil. 8/1983

18. Perhimpunan Sekolah :
• SPI Bil. 4/1984

19. Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah :
• SPI Bil. 7/1986

PERATURAN-PERATURAN AM
UNTUK GURU-GURU

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 43

1. GURU-GURU HENDAKLAH :-

1.1 Mengetahui dan memahami kandungan Perintah Am dan lain-lain Arahan
Perkhidmatan.

1.2 Meletakkan kepentingan murid-murid sekolah lebih daripada kepentingan sendiri.
1.3 Menjalankan tugas dengan sistematik, kemaskini dan dedikasi.
1.4 Menepati janji.
1.5 Sampai ke sekolah tidak lewat daripada 10 minit sebelum pelajaran pertama.

Bermula dan balik apabila tamat persekolahan atau selesai tugas hari tersebut
(bagi guru-guru) dan balik mengikut waktu bekerja yang ditetapkan(bagi
kakitangan yang lain).
1.6 Menjalankan semua program yang dirancangkan dengan sempurna.
1.7 Mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang sumbang, pecah amanah atau
melanggar undang-undang negara.
1.8 Membaca, memahami dan boleh membuat tafsiran dan huraian yang tersurat dan
tersirat di dalam falsafah, matlamat dan objektif sekolah.
1.9 Sentiasa berusaha dan mencari jalan bagi mencapai visi dan misi sekolah.
1.10 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa kesemasa.

2. GURU-GURU HENDAKLAH :-

2.1. Menjadikan perguruan itu sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu
pekerjaan semata-mata.

2.2. Sentiasa menunjukkan dam mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamis
serta kecekapan menjalankan tugas.

2.3. Sentiasa bersemangat tinggi dan memberi galakan kepada pelajar-pelajar.
2.4. Memberi layanan yang adil kepada setiap pelajar. ini adalah masalah bersama.
2.5. Mengadakan kelas-kelas tambahan apabila perlu.
2.6. Memastikan semua Pekeliling Ikhtisas KPM dipatuhi.
2.7. Bertanggungjawab di atas pencapaian akademik dan pendidikan murid kerana

kejayaan murid adalah kejayaan guru.
2.8. Menjalankan tugas-tugas kurikulum, kokurikulum dan lain-lain tugas sebagaimana

yang ditetapkan.
2.9. Menyelesaikan kerja-kerja dan membuat penyerahan kerja serta memulangkan

semua harta kepunyaan sekolah terlebih dahulu sebelum meninggalkan sekolah
sekiranya bertukar.
2.10.Mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Guru Besar apabila memesan
atau membeli alat-alat dan barang-barang untuk sekolah.
2.11.Berunding dengan Guru Besar atau wakilnya kiranya menghadapi sesuatu
masalah.
2.12.Sentiasa mematuhi Panduan-panduan Am Perkhidmatan Perguruan. & Pekeliling
Ikhtisas KPM semasa membuat serah tugas apabila berpindah ke sekolah lain.

PERATURAN-PERATURAN AM GURU-GURU
DAN KAKITANGAN

1. PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 44

Semua Guru dikehendaki mematuhi arahan pakaian semasa bertugas sepertimana
mengikut Pekeliling Ikhtisas bil. 6/1985

2. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN

2.1 7.20 pagi - 1.30 Tengahari (Ahad hingga Khamis)
2.2 Kehadiran Staff sokongan mengikut Waktu Bekerja Berperingkat (WBB)
2.3 Waktu bekerja : Hari Ahad hingga Rabu – 7.30 pagi hingga 4.30 petang

Kakitangan Sokongan - 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Hari Khamis - 8.30 pagi hingga 5.30 petang
- 7.30 pagi hingga 3.00 petang
Waktu Rehat - 8.00 pagi hingga 3.30 petang
- 8.30 pagi hingga 4.00 petang
- 1.00 tengahari hingga 2.00 petang

3. MASA DAN PULANG SEKOLAH

3.1 Semua guru hendaklah sampai ke sekolah sekurang-kurangnya 10 MINIT sebelum
pelajaran pertama dimulakan.

3.2 Sebaik sahaja tiba ke sekolah, semua guru dikehendaki merekodkan kedatangan
dalam KAD PERAKAM KEDATANGAN (Punch Card) yang disediakan dan Punch Card
untuk rekod keluar setelah tamat bertugas.

4. KELUAR WAKTU MENGAJAR

.1 Guru-guru TIDAK DIBENARKAN KELUAR dari kawasan sekolah dalam masa waktu
mengajar kecuali jika ada seuatu tidak dapat dielakkan atau mendapat arahan
daripada Guru Besar atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri
Johor dengan syarat.

.2 Setelah mendapat kebenaran dari Guru Besar, guru dikehendaki mencatat nama,
masa dan sebab keluar di dalam Buku Rekod Keluar. Buku ini dikehendaki sentiasa di
simpan di pejabat sekolah.

5. BUKU REKOD MENGAJAR

5.1 Fail Rekod Mengajar hendaklah ditulis dengan cermat dan teratur serta sentiasa dalam

keadaan kemaskini.

5.2 Fail Rekod Mengajar hendaklah dihantar kepada Guru Besar pada petang hari Khamis

sebelum guru meninggalkan sekolah untuk semakan Guru Besar.

5.3 Butir-butir berikut hendaklah diisi dan dikemaskini :

5.3.1 Butir-butir peribadi

5.3.2 Jadual waktu perbadi dan kelas

5.3.3 Sukatan Pelajaran

5.3.4 Reracangan Pelajaran Tahunan (RPT)

5.3.5 Senarai buku teks dan rujukan

5.3.6 Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

5.3.7 Markah Ujian Bulanan

5.3.8 Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun/Akhir Tahun
5.3.9 Soalan Ujian dan Peperiksaan
5.3.10 Butir-butir lain yang perlu.

6. BUKU JADUAL KEDATANGAN

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 45

6.1 Guru kelas adalah bertanggungjawab mengisi jadual kedatangan
6.2 Guru kelas adalah bertanggungjawab mengisi jadual kedatangan. Tanggungjawab ini

TIDAK BOLEH diperturunkan kepada murid.
6.3 Buku ini tidak boleh dibawa balik ke rumah. Ianya hendaklah disimpan di pejabat

sekolah.
6.4 Guru kelas perlu mendapat bukti tentang sebab murid tidak hadir ke sekolah.

Contohnya Sijil sakit dari Doktor atau surat dari ibu/bapa/penjaga.
6.5 Guru kelas dikehendaki menghantar surat kepada ibu/bapa/penjaga jika didapati

pelajar tidak hadir tiga hari berturut-turut tanpa sebab atau lima hari dalam sebulan
atau setelah mencapai sepuluh hari dengan menggunakan borang yang disediakan.
6.6 Jadual kedatangan hendakalah dihantar semula ke pejabat sebelum jam 8.00 pagi
hari persekolahan untuk e-kehadiran.
6.7 Jadual kedatangan hendaklah ditutup pada setiap akhir bulan.

7. TAKLIMAT DAN MESYUARAT GURU

a. Semua guru diwajibkan menghadiri taklimat yang diberikan oleh Guru Besar /Penolong
Kanan dari masa kesemasa.

b. Semua guru dimestikan menghadiri mesyuarat guru. Sekiranya seseorang guru itu tidak
dapat hadir kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, guru berkenaan
hendaklah memberitahu Guru Besar sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat itu
diadakan.

c. Guru-guru juga wajib hadir ke mesyuarat-mesyuarat yang dipanggil oleh Ketua-ketua
Bahagian/Panitia Mata Pelajaran/Setiausaha Sukan dan sebagainya.

8. JADUAL WAKTU

8.1 Semua guru dikehendaki mematuhi Jadual Waktu Mengajar dengan sepenuhnya.
8.2 Guru-guru yang mengajar hendaklah berada di dalam kelas atau di tempat mengajar

mengikut jadual yang ditetapkan . Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas
kecuali dengan kebenaran Guru Besar.

9. JADUAL GANTIAN

9.1 Guru-guru hendaklah mematuhi Jadual Gantian yang ditetapkan
9.2 Jaudal Gantian adalah dianggap sebagai waktu mengajar
9.3 Guru hendaklah berada di dalam kelas sewaktu kelas ganti.

10. SURAT ARAHAN /PEKELILING

Semua surat arahan atau pekeliling yang diedarkan kepada guru-guru hendaklah di baca
atau dan difahami sepenuhnya. Setelah dibaca mestilah ditandatangani.
Semua surat pekeliling yang diberi kepada guru-guru hendaklah dibaca dan disimpan
dengan baik. Surat pekeliling untuk ramai hendaklah dikembalikan ke pejabat untuk
difailkan semula untuk tujuan tekod.

11. FAIL-FAIL SEKOLAH

a. Apabila guru-guru menerima fail yang telah diminitkan untuk sesuatu tindakan, guru
berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera mengikut arahan dan dalam jangka
masa yang diberikan.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 46

b. Sila tandatangani Buku Edaran Fail semasa menerima dan memulangkan fail. Sila
pulangkan fail dengan segera setelah diambil tindakan.

12. MELAKSANAKAN ARAHAN / TUGAS

12.1 Apabila diarahkan melaksanakan sesuatu tugas, misalnya mewakili sekolah untuk
membawa pelajar bermain atau disuruh mengarahkan pelajar-pelajar melaksanakan
sesuatu, maka tugas itu hendaklah dilaksanakan sendiri. Tidak boleh pihak yang
ditugaskan itu mengarahkan orang lain melaksanakannya tanpa pengetahuan /
kebenaran Guru Besar.

12.2 Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diserahkan kepada orang lain kerana sesuatu
sebab yang tidak dapat dielakkan dan dipersetujui oleh pihak yang
menggantikannya, Guru Besar haruslah dibertahu secara bertulis.

12.3 Tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh guru sendiri, tidak boleh diserahkan
kepada pelajar-pelajar misalnya mengawas kegiatan, memegang kunci sekolah dan
sebagainya.

13. PENGGUNAAN ALAT-ALAT /HARTA BENDA SEKOLAH

13.1 Guru-guru adalah bertanggungjawab menjaga alat-alat harta benda sekolah dan
menggantikannya dengan betul dan mengikut peraturan-peraturan tertentu .

13.2 Dapatkan kebenaran daripada pihak yang bertanggungjawab menjaga dan semua
pinjaman /penggunaan mestilah direkodkan.

13.3 Barang-barang yang dipinjamkam mestilah dipulangkan dengan segera setelah
digunakan.

13.4 Sebarang kerosakan /kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera.

14. KESELAMATAN PELAJAR

a. Semua guru yang mengajar sama ada di dalam bilik darjah, di makmal di bengkel, di
padang atau di mana sahaja, adalah tanggungjawab terhadap keselamatan murid-
murid di bawah jagaannya. Oleh itu guru hendaklah sentiasa berhati-hati dan
mengawal dengan rapi setiap gerak geri murid supaya tidak berlaku kemalangan
atau kecederaan.

b. Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, guru yang bertanggungjawab
hendaklah mengambil tindakan sewajarnya dengan segera sewajarnya dan
melaporkan kepada guru bertugas.

c. Guru Besar hendaklah dibertahu dengan segera sekiranya berlaku kemalangan,
kecederaan ke atas pelajar atau guru.

d. Semua Ketua Jabatan/Bahagian adalah bertanggungjawab mengadakan langkah-
langkah keselamatan bagi bahagian masing-masing.

15. BILIK GURU

15.1 Semua guru adalah bertanggungjawab menjaga susunan dan kebersihan bilik guru
pada setiap masa.

15.2 Semua guru adalah bertanggungjawab menjaga susunan dan kebersihan bilik guru
pada setiap masa.

15.3 Kelab guru adalah bertanggungjawab mengurus hal ehwal bilik guru.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 47

16. KELAB GURU /BADAN KEBAJIKAN STAFF

16.1 Semua guru yang mengajar di sekolah ini secara automatis menjadi ahli Kelab Guru
dan tertakluk kepada sebarang keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa bilik guru.

17. MENULIS SURAT RASMI

17.1 Semua surat berkaitan dengan hal sekolah atau perjawatan hendaklah ditulis melalui
Guru Besar supaya surat ini dapat disalurkan kepada pihak-pihak yang tertentu.
Misalnya menulis surat kepada sesuatu institusi untuk membuat lawatan atau menulis
surat kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian
Pelajaran Negeri dan sebagainya.

18. CUTI SAKIT

Guru-guru dan kakitangan sekolah yang tidak hadir bertugas kerana sakit hendaklah
memberitahu guru Besar mengikut tatacara berikut:-

i. Menelefon Guru Besar pada sebelah pagi.
ii. Sampaikan pesanan kepada Guru Besar melalui guru atau kakitangan sekolah.
iii. Melapor diri kepada Guru Besar sebaik sahaja balik bertugas.
iv. Menyerahkan Sijil Sakit kepada Pengetua.

19. CUTI KECEMASAN

19.1 Dalam keadaaan kecemasan seorang guru atas pertimbangan Guru Besar boleh
dibenarkan mengambil suti tersebut. Cuti untuk tujuan ini hanya dibenarkan 7 hari
dalam setahun.

20. GURU-GURU PERGI KE PPD ATAU KE JPNJ

20.1 Guru-guru tidak dibenarkan pergi sendiri ke PPD atau JPNJ untuk menguruskan hal-
hal perkhidmatan/perjawatan tanpa kebenaran Guru Besar.

20.2 Guru yang dibenarkan berjumpa dengan Pegawai di PPD/JPNJ dikehendaki
membawa bersama surat pengenalan diri yang ditandatangani oleh Guru besar.

JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAH
SK LKTP KLEDANG TAHUN 2021

PENGERUSI : EN. YUSAINEE BIN MOHD YUSOP (GB)
TIMBALAN PENGERUSI : EN. NORIZAN BIN YUSOF (GPK 1)
NAIB PENGERUSI I : PN. SITI ZULAILA BINTI MOHAMAD JUFRI ( HEM)
NAIB PENGERUSI II : PN.NORMAWANI BINTI AWANG (GPK KOKO)
PEGAWAI MEJA : PN. ROHANA BINTI KHALID

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 48

SETIAUSAHA : PN. ROZIAH BINTI HASHIM
NAIB SETIAUSAHA : PN. NURSAIDATUL ASMA BINTI AB AZIZ
BENDAHARI : PN. RAZEAN BINTI RAZAK

AHLI JAWATANKUASA

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PN. SITI ZULAILA BINTI MOHAMAD JUFRI
PN. SARIFAH FAZLIN BINTI SHAZIM
PN. SITI KHAIRADA BINTI BASSARO
PN. JUNAIDAH BINTI OTHMAN

PENYELENGGARAAN DAN UBAHSUAI KECIL

PN. NORMAWANI BINTI AWANG
PN. RAHANI BINTI ABDULLAH
EN. MOHAMMAD RAFIZAN BIN MD ALI
PN. SITI HAWA BINTI LOKIMAN

HARTA MODAL

EN. NORIZAN BIN YUSOF
PN. RAZEAN BINTI RAZAK
EN. MOHD NOORHISAMUDIN BIN MASRIN
EN. AZRUL HISYAM BIN ABD GHAFAR

JAWATANKUASA KHAS TAHUN 2021

BIL JAWATANKUASA PENYELARAS

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 49

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN CIK NUR FATEHAH BINTI MD JAMIL

1. MALAYSIA 1. PN JUNAINAH BINTI M. BUANG

(SKPMg2) 2. PN WAN NURA ADILA BINTI WAN AHMAD FADZIL

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH PN NUR AZIANA BINTI ABDUL MANAF
AHLI JAWATANKUASA
2. KUALITI 1. PN. RUZILAH BINTI MAT JUSOH
(SPSK) 2. PN HAMIDAH BINTI JOHARI

EN. MOHAMMAD RAFIZAN BIN MD ALI

FIZIKAL SEKOLAH AHLI JAWATANKUASA

3. PERABOT DAN IVENTORI 1. PN. RAZEAN BINTI RAZAK

2. EN MOHD NOORHISAMUDIN BIN MASRIN

PN. JUNAIDAH BINTI OTHMAN

4. LATIHAN DALA(LMDPPE) RKHIDMATAN12.. AHLI JAWATANKUASA
EN MOHAN A/L CHANDRAN
PN. ZABEYHA BINTI AWANG

PN AINUL SYARIHA BINTI AZAHAR

5. DATA SEKOLAH AHLI JAWATANKUASA
1. CIK. WAN AMIRA AQILAH BINTI WAN HANAFI

PN MUHAINI BINTI MOHAMAD
BILIK PENGURUSAN DOKUMENTASI AHLI JAWATANKUASA
6. 1. PN. NURHIDAYAH BINTI SALEH

PN. RAZEAN BINTI RAZAK

PEKERJA SWASTA AHLI JAWATANKUASA

7. 1. EN. AZRUL HISYAM BIN ABDUL GHAFAR

CIK RASHIDAH BINTI AB. RAHIM
AHLI JAWATANKUASA
KAKITANGAN SOKONGAN 1. PN. NORIMAH BINTI THAMRIN
8. 2. PN. RAZEAN BINTI RAZAK
3. PN. RABIHA BINTI ASARI

PN. HALIMATUS SAADAH BINTI MISNAN

9 BILIK MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA

1. PN. NUR FATEHAH BINTI MD JAMIL

.

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

BUKU PANDUAN SEKOLAH KEBANGSAAN KLEDANG 2021 50

PENGURUSAN
KEWANGAN

TAHUN 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN
LKTP KLEDANG

KOTA TINGGI JOHOR

DISEDIAKAN OLEH:
PN. RAZEAN BINTI RAZAK
PEMBANTU TADBIR KEWANGAN

MISI – MELESTARI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.
VISI – PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.


Click to View FlipBook Version