The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by isyapermataku, 2022-04-21 15:07:07

KURIKULUM PERMATA DAN KSPK

TENGKU BATRISYA

PPISMP SEM 2 PAKK1

KURIKULUM
PERMATA

& KSPK

TASKA DAN
PRASEKOLAH
TENGKU BATRISYA

ISI
KANDUNGAN

01

PENGENALAN

02
PENULISAN

03
PENUTUP

01

PENGENALAN

Kurikulum merupakan rancangan yang
mempunyai pelbagai aktiviti akademik iaitu dari

segi sukatan mata pelajaran, sesi pengajaran,
aktiviti-aktiviti kokurikulum contohnya

penyertaan murid-murid dalam aktiviti sukan dan
permainan, kelab persatuan dan unit beruniform di

samping objektif, tujuan dan matlamat
penilaiannya. Terdapat pelbagai tafsiran yang

berbeza mengenai kurikulum antaranya
kurikulum di bawah tafsiran yang spesifik dan
umum, ianya merujuk kepada pelbagai aktiviti
pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta
ianya juga merujuk kepada proses aktiviti yang

dialami oleh seseorang individu mengikut
peringkat kematangan mereka daripada kanak-
kanak ke dewasa. Kurikulum Kebangsaan juga ialah

satu program pendidikan yang termasuk
kurikulum serta kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,
norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan

untuk membantu perkembangan seorang murid
dengan sepenuhnya dari segi emosi, mental, jasmani

dan rohani serta menena dan mempertingkatkan
nilai moral untuk menyampaikan maklumat
pengetahuan. Ada yang berpendapat bahawa
kurikulum ini hanya merujuk kepada mata

pelajaran yang diajar dibilik darjah sahaja manakala
aktiviti yang tidak disenaraikan iaitu di luar bilik
darjah dikenali sebagai aktiviti extra-curricular.
Kurikulum bermatlamat untuk mengembangkan
kemahiran dan peribadi kanak-kanak yang terbaik

agar lebih bersedia untuk memasuki alam
persekolahan formal. Untuk memastikan kanak-

kanak ini lebih bersedia untuk menuju ke alam
persekolahan, kerajaan menggalakkan ibu bapa
untuk menghantar anak-anak mereka ke tempat
asuhan yang telah disediakan oleh kerajaan iaitu

dikenali sebagai taska dan prasekolah.
Persoalaannya, apakah perbezaan antara taska

dengan prasekolah?

02

PENULISAN

KURIKULUM PERMATA NEGARA DITUBUHKAN
BERDASARKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
SEBAGAI TERAS UNTUK MEMBENTUK POTENSI INDIVIDU

KANAK-KANAK SEBAGAI MODAL INSAN YANG
BERKUALITI TINGGI MELALUI PENDIDIKAN AWAL KANAK-

KANAK. PADA 24 OKTOBER 2008, JEMAAH MENTERI
TELAH MELULUSKAN DASAR ASUHAN DAN DIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK KEBANGSAAN YANG MEMBERI
PENEKANAN KEPADA MENYEDIAKAN PENDIDIKAN DAN
ASUHAN BERKUALITI KEPADA KANAK-KANAK DARI UMUR
LAHIR HINGGA 4 TAHUN. UNTUK MEMASUKI ALAM

PERSEKOLAHAN FORMAL, KURIKULUM PERMATA
NEGARA BERMATLAMAT UNTUK MENGEMBANGKAN

KEMAHIRAN DAN PERIBADI KANAK-KANAK YANG
TERBAIK AGAR MEREKA LEBIH BERSEDIA. SELAIN ITU,
MENYEDIAKAN PROGRAM ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL

YANG BERSEPADU UNTUK KANAK-KANAK YANG
BERUMUR 0-4 TAHUN JUGA MERUPAKAN MATLAMAT

YANG DITUBUHKAN OLEH MATLAMAT KURIKULUM
PERMATA NEGARA.




TERDAPAT PELBAGAI OBJEKTIF MATLAMAT KURIKULUM
INI, ANTARANYA MEMBINA EMOSI, AKHLAK DAN
SPRIRITUAL KANAK-KANAK UNTUK MELAHIRKAN

INDIVIDU-INDIVIDU YANG BERAKHLAK MULIA, CERIA,
BERSOPAN SANTUN, PENYAYANG DAN SEBAGAINYA.
LAIN DARIPADA ITU,UNTUK MEMBOLEHKAN KANAK-

KANAK INI BERGAUL DALAM MASYARAKAT YANG
PELBAGAI BUDAYA, KURIKULUM INI BERMATLAMAT
UNTUK MEMBINA KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN

SOSIAL YANG BAIK TERHADAP KANAK-KANAK.
SETERUSNYA, KURIKULUM INI BUKAN SAHAJA MELATIH
KANAK-KANAK UNTUK MENGURUS DIRI MEREKA SENDIRI

SEHINGGALAH MEREKA YAKIN, MAMPU UNTUK
BERDIKARI SERTA DAPAT MEMBUAT KEPUTUSAN
BERDASARKAN KEBOLEHAN DIRI MEREKA SENDIRI
MALAH MEMBIMBING KANAK-KANAK MEMAHAMI DUNIA
PERSEKITARAN MELALUI AKTIVITI BERMAIN, MENEROKA,
MENCUBA IDEA YANG BARU, MEMBUAT EKSPERIMEN
DAN MENCIPTA, SAMA ADA DI DALAM ATAU DI LUAR
KELAS DENGAN MENGGUNAKAN PELBAGAI BAHAN

YANG TERDAPAT DI PERSEKITARAN MEREKA.

SEHUBUNGAN ITU, DARI SEGI MODEL KONSEPTUAL
KURIKULUM PERMATA NEGARA IAITU MEMBERIKAN
PENDIDIKAN SECARA HOLISTIK ATAU WHOLE BRAIN
LEARNING SERTA MENEKANKAN PENGUPAYAAN KANAK-
KANAK (EMPOWERMENT) DIMANA KANAK-KANAK INI
DIGALAKKAN UNTUK MENEROKA, MEMBUAT EKSPERIMEN
SERTA BERINTERAKSI DENGAN KAWAN-KAWAN DAN ORANG
DEWASA SECARA BEBAS TETAPI DIDALAM PERSEKITARAN

YANG SELAMAT. PEMBELAJARAN ADALAH
MENYERONOKKAN (LEARNING IS FUN) INI BERTUJUAN
UNTUK MEMBINA KEMAHIRAN SOSIAL, KEMAHIRAN AWAL
MATEMATIK DAN AWAL LITERASI UNTUK MERANGSANG
MINDA DAN MENINGKATKAN MINAT INGIN TAHU YANG
TINGGI TERHADAP KANAK-KANAK DISAMPING MEMBINA

SOSIOEMOSI YANG CERIA DAN TENANG. PROSES
PENDIDIKAN INI JUGA TELAH DISEKALIKAN DENGAN

PROSES PENGASUHAN SUPAYA PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN KANAK-KANAK INI BERLAKU SECARA
SERENTAK, OPTIMUM DAN BERKESAN BERSANGKUTAN
BAHAWA PROGRAM ASAS PENGASUHAN BERKUALITI UNTUK
BAYI DAN KANAK-KANAK ADALAH MELIPUTI ASPEK-ASPEK
MEMBINA HUBUNGAN EMOSI, PENJAGAAN PEMAKANAN,
KEBERSIHAN, KESIHATAN, KESELAMATAN DAN KESELESAAN

PERSEKITARAN.







DALAM KONTEKS INI, TERDAPAT ENAM BIDANG
PEMBELAJARAN SERTA OBJEKTIF DAN MATLAMAT BIDANG
TERSEBUT IAITU PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIO-EMOSI

DAN KEROHANIAN. BAGI KANAK-KANAK 0 HINGGA 4
TAHUN IALAH UNTUK MEMBINA PERASAAN YANG

SELAMAT, KEBOLEHAN MENGAWAL EMOSI DAN PERASAA,
MEMBINA TINGKAHLAKU YANG SOPAN, IDENTITI DIRI YANG
POSITIF DAN KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI. SETERUSNYA,

PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA
PERSEKITARAN, PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI
DAN LITERASI AWAL ADALAH UNTUK MEMBINA KEBOLEHAN

DALAM BERTUTUR, BERSOAL JAWAB SETA MENANAM
MINAT SUKA MEMBACA. SELAIN ITU, PERKEMBANGAN

FIZIKAL DAN PSIKOMOTOR INI BERTUJUAN UNTUK
MENGEMBANGKAN KEMAHIRAN FIZIKAL DAN PSIKOMOTOR
KANAK-KANAK0-4 TAHUN UNTUK MEMBOLEHKAN MEREKA

MENGAWAL ANGGOTA TUBUH BADAN DENGAN LEBIH
BERKESAN SERTA PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN
ESTETIKA.

PRASEKOLAH INI MERUPAKAN KURIKULUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) IAITU MELIBATKAN

KANAK-KANAK BERUMUR 4-6 TAHUN. KSPK INI
DIPERKENALKAN BERTUJUAN UNTUK MENGEMBANGKAN
POTENSI KANAK-KANAK SECARA MENYELURUH DALAM
ASPEK JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN SOSIAL MELALUI
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG SELAMAT. MELALUI

KURIKULUM INI, KEMAHIRAN LITERASI ASAS MURID
DIPERTINGKATKAN DAN DIPUPUK AGAR MEREKA BOLEH

MENYESUAIKAN DIRI DENGAN PERSEKITARAN SEDIA.
OBJEKTIF KSPK ADALAH UNTUK MENYEDIAKAN PELUANG
KEPADA KANAK-KANAK MENGGUNAKAN BAHASA UNTUK

BERKOMUNIKASI DENGAN BERKESAN, MENGAMALKAN
NILAI-NILAI ISLAM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN UNTUK
MURID BERAGAMA ISLAM, MENGAMALKAN NILAI-NILAI
MURNI MASYARAKAT MALAYSIA, MENGHARGAI DAN PEKA

TERHADAP BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA,
MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR,
MEMPERKEMBANGKAN KONSEP KENDIRI YANG POSITIF DAN
KEYAKINAN DIRI, MEMPRAKTIKKAN AMALAN KESIHATAN,

MEMBINA KECERGASAN BADAN DAN MENJAGA
KESELAMATAN DIRI.




SEBAGAI LANJUTAN DARIPADA TAJUK INI TERDAPAT ENAM
TUNJANG KSPK, YANG PERTAMA TUNJANG KOMUNIKASI.
TUJUAN INI MENEKANKAN KEPADA KEMAHIRAN BERBAHASA
SECARA LISAN DAN BUKAN LISAN SEMASA BERINTERAKSI
SERTA MENGANDUNGI PELBAGAI DISIPLIN ILMU BAHASA

YANG WAJIB DIPELAJARI OLEH SEMUA MURID
PRASEKOLAH. SETERUSNYA TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP

DAN NILAI. TUNJANG INI PULA MEMBERI KEUTAMAAN
KEPADA ASPEK PENGHAYATAN AMALAN AGAMA,

KEPERCAYAAN, SIKAP DAN NILAI SERTA MENGANDUNGI
DISIPLIN ILMU PENDIDIKAN ISLAM DAN PENDIDIKAN
MORAL. SELAIN ITU, TUNJANG KEMANUSIAAN YANG

MENEKANKAN KEPADA PENGUASAAN ILMU DAN AMALAN
TENTANG KEMASYARAKATAN DAN ALAM SEKITAR, NEGARA

DAN GLOBAL SERTA PENGHAYATAN SEMANGAT
PATRIOTISME DAN PERPADUAN. DI SAMPING ITU, TUNJANG
KETERAMPILAN DIRI YANG MEMBERI PENEKANAN TERHADAP
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN MEMBINA KEMAHIRAN

BERINTERAKSI DALAM KALANGAN MURID.

AKHIR SEKALI, TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN
ESTETIKA MENEKANKAN PERKEMBANGAN JASMANI DAN

KESIHATAN UNTUK KESEJAHTERAAN DIRI SERTA
MENUMPUKAN DAYA IMAGINASI, KREATIVITI DAN
BAKAT TERHADAP KERYA SENI SENI DALAM KALANGAN
MURID DAN MELIBATKAN KOMPONEN PERKEMBANGAN
FIZIKAL DAN PENJAGAAN KESIHATAN SERTA KREATIVITI

DAN ESTETIKA.




SEHUBUNGAN DENGAN ITU, MODEL KONSEPTUAL
KURIKULUM PRASEKOLAH IALAH PERKEMBANGAN
SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU, PEMBELAJARAN
YANG MENGGEMBIRAKAN, PENGALAMAN YANG

BERMAKNA, PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT,
KECEKAPAN BERBAHASA DAN BERKOMUNIKAS,
KEMAHIRAN BERFIKIR, BERAKHLAK MULIA DAN
BERETIKA, BERKEYAKINAN DAN BERDISIPLIN, SIHAT DAN
CERGAS, KREATIF, IMAGINATIF DAN EKSPRESIF SERTA
BERFOKUS UNTUK MELAHIRKAN MURID YANG
MEMPUNYAI KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI DAN

BERSOSIAL DENGAN YAKIN.

03

PENUTUP

Konklusinya, taska dan pendidikan
prasekolah merupakan pengaaman

awal yang penting dalam dunia
pendidikan. Pengalaman prasekolah
dan pembelajaran yang berkesan,

bermakna dan menyeronokkan
dapat memberikan murid keyakinan

diri, kemahiran dan sikap yang
positif dalam pembelajaran
seterusnya.

PPISMP SEM 2 PAKK1

TERIMA
KASIH

TENGKU BATRISYA


Click to View FlipBook Version