RANCANGAN PERANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 1. MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM 2. TAHUN 2 AMANAH 3. BILANGAN MURID 40 4. TARIKH / HARI 17.03.2025/ISNIN 5. MASA 1 JAM 6. TAJUK ADAB MAKAN DAN MINUM 7. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid telah mengetahui tentang kepentingan menjaga kebersihan ketika makan dan minum. 8. STANDARD KANDUNGAN 5.1 Mena'kul dan mengamalkan adab-adab makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah. 9. STANDARD PEMBELAJARAN 5.1.1 Menerangkan adab-adab makan dan minum. 5.1.2 Membaca dalil naqli berkaitan adab-adab makan dan minum. 5.1.3 Mengaplikasikan adab-adab makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah. 5.1.4 Merumuskan kepentingan mengamalkan adab-adab makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian.
10.OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Murid dapat menerangkan adab-adab makan dan minum. 2. Murid dapat membaca dalil naqli berkaitan adab-adab makan dan minum. 3. Murid dapat mengaplikasikan adab-adab makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian. 4. Murid dapat merumuskan kepentingan mengamalkan adab-adab makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian. 11.KRITERIA KEJAYAAN 1. Murid dapat menyenaraikan sekurangkurangnya tiga adab makan dan minum. 2. Murid dapat membaca dan memahami sekurang-kurangnya satu dalil naqli berkaitan adab makan dan minum. 3. Murid dapat menunjukkan amalan adab makan dan minum dalam aktiviti lakonan. 4. Murid dapat menghuraikan kepentingan mengamalkan adab makan dan minum dalam kehidupan seharian. 12.KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI Menganalisis kepentingan mengamalkan adab makan dan minum. Membandingkan amalan makan dan minum mengikut sunnah dan selainnya. 13.GABUNG JALIN Jawi: Membaca dalil naqli dalam tulisan Jawi. 14.PENYERAPAN Sains: Kepentingan kebersihan dalam pemakanan. 15.ELEMEN MERENTAS KOKURIKULUM Teknologi Maklumat dan Komunikasi 16.PENERAPAN NILAI Kesyukuran Kebersihan Kesopanan Menghormati makanan dan minuman
17.KEMAHIRAN INSANIAH Kemahiran Sepanjang Hayat dan Kemahiran Komunikasi 18.AMALAN PEDAGOGI MASA KINI Pembelajaran berasaskan permainan. Pendekatan interaktif (Google Site dan aplikasi interaktif). 19.BAHAN BANTU MENGAJAR Google Site. Video berkaitan adab makan dan minum. Lembaran kerja interaktif. Bahan bacaan dalil naqli dalam tulisan Jawi. 20.PENTAKSIRAN PDP Pemerhatian terhadap penglibatan murid. Lembaran kerja. Simulasi adab makan dan minum. LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Pendahuluan (3 Minit) Bacaan doa Shahadah Murid membaca doa dan shahadah bersama guru. Nilai Murni: Rohani Set Induksi (5 Minit) Murid memahami situasi makan dan minum melalui video. Guru menunjukkan video situasi makan dan minum. Murid berkongsi pemerhatian mereka tentang adab yang Bahan Bantu Mengajar: Youtube GoogleForm
dipaparkan dalam video. Langkah 1 (15 Minit) Penerangan tentang adabadab makan dan minum berdasarkan sunnah Rasulullah. Guru menerangkan adab-adab makan dan minum seperti membaca Bismillah, makan dengan tangan kanan, dan tidak mencela makanan. Murid menjawab soalan quizizz Murid membina peta minda EMK: Teknologi Maklumat Bahan Bantu Mengajar: Youtube Quizizz Langkah 2 (20 Minit) Dalil naqli berkaitan adab makan dan minum. Murid membaca dalil naqli dalam tulisan Jawi. Murid menyebut makna dalil dan membincangkan pengertiannya. Penerapan Nilai: Bersungguhsungguh Bahan Bantu Mengajar Wordwall Padlet
Langkah 3 (15 Minit) Aplikasi adab makan dan minum dalam kehidupan seharian. Murid mengamalkan adab makan dan minum dengan betul Murid jawab kuiz dan selesaikan puzzle yang telah disediakan Penerapan Nilai: Menjaga Adab Bahan Bantu Mengajar Kahoot Jigsaw Puzzle Penutup (20 Minit) Kepentingan menjaga adab makan dan minum. Perkongsian daripada murid tentang faedah mengamalkan adab makan dan minum. Guru membuat rumusan tentang kepentingan mengamalkan adab makan dan minum dalam kehidupan seharian. Murid berkongsi pendapat mengenai faedah mengamalkan adab makan dan minum Penerapan Nilai: Kerjasama Refleksi PdP: Guru menilai keberkesanan pengajaran berdasarkan pemahaman murid. Murid memberikan maklum balas mengenai aktiviti yang mereka lakukan.