SK (RTBK) PONDOK TANJONG, KUBU GAJAH, SELAMA, PERAK Mesyuarat AGUNG PIBG Kali Ke 38 Perasmi: Encik Ridzuan bin Saaid Penolong Pengurus (Perbadanan Pertanian Negeri Perak ) TARIKH: 13.05.2023 (SABTU) MASA: 8.30 PAGI TEMPAT: KANTIN SEKOLAH BERILMU, BERDISIPLIN, BERJAYA
ISI KANDUNGAN BIL PERKARA HALAMAN 1. ISI KANDUNGAN 2. ATURCARA MAJLIS 3. MAKLUMAT SEKOLAH 4. SEJARAH SEKOLAH 5. KEJAYAAN SEKOLAH 6. TRANSFORMASI / AKTIVITI SEKOLAH 7. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2024 8. AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38 9. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37 10. LAPORAN PENYATA KEWANGAN 11. PENGHARGAAN ATURCARA MAJLIS 0830 – 0900 pagi Pendaftaran Waris/Ibubapa/Penjaga 0900 – 1000 pagi Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Nyanyian lagu Negaraku Bacaan doa Ucapan YDP PIBG Ucapan Guru Besar 1000 – 1030 pagi Ucapan perasmian oleh En.Ridzuan bin Saaid, Penolong Pengurus Perbadanan Pertanian Negeri Perak Penyampiaan cenderahati kepada Perasmi 1030 – 1200 tengahari Mesyuarat Agong PIBG kali ke-38 1200 tengahari Bersurai
MAKLUMAT SEKOLAH PROFIL SEKOLAH Nama sekolah : SK (RTBK) PONDOK TANJONG Kod sekolah : ABA 6050 Alamat sekolah : SK(RTBK) PONDOK TANJONG, 34130 KUBU GAJAH, SELAMA Koordinat : Latitude : 5.107028 Longitude : 100.714919 No. Tel / Faks : 05-8392314 e-mel : [email protected] JPN : PERAK PPD : LARUT, MATANG & SELAMA Parlimen : LARUT Dewan Undangan Negeri : LARUT Jenis sekolah : Sekolah Harian Peringkat : Prasekolah - Tahun 6 Jenis murid : Lelaki dan Perempuan Sesi : Pagi sahaja Lokasi : Luar bandar Gred : B Jenis bantuan : BANTUAN KERAJAAN Sumber bekalan elektrik : TNB Sumber bekalan air : LAP Bilangan guru : 17 Bilangan Anggota Kumpulan : 3 Pelaksana (AKP) Bilangan kelas : 7 Bilangan murid : 109
SEJARAH SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjong telah diasaskan pada 01.01.1985 sebagai cawangan SK Sri Selama. Sekolah ini asalnya adalah sebuah asrama pekerja ladang Jabatan Pertanian yang terletak di seberang jalan berhadapan kampung RTBK. Asrama ini telah diubah suai menjadi 3 buah kelas untuk menempatkan murid Tahun 1 hingga Tahun 3 di mana sebelum itu murid-murid bersekolah di SK Sri Selama. Asrama ini telah dipinjamkan oleh pihak Jabatan Pertanian kepada pihak sekolah pada tahun 1983 dan batch pertama Tahun 1 adalah murid yang lahir pada tahun 1978. Kelas yang ada pada ketika itu hanya Tahun 1, 2 dan 3 sahaja. Manakala tenaga pengajarnya pula ialah seramai 4 orang guru yang dipinjamkan oleh Sekolah Kebangsaan Sri Selama dan bilangan muridnya pula ialah seramai 96 orang yang terdiri dari anak-anak peneroka rancangan ini. Oleh kerana sekolah ini merupakan cawangan daripada Sekolah Kebangsaan Sri Selama, maka pentadbirannya juga turut berada di bawah sekolah tersebut. Pada 02.01.1985, sebuah bangunan induk telah siap dibina di atas tanah seluas 2.5 ekar dengan peruntukan sebanyak RM50,000.00 dari pihak Kementerian dan hasil gotong-royong penduduk RTBK. Bangunan induk ini mempunyai 4 buah bilik darjah. 3 buah bilik digunakan untuk kelas Tahun 4, 5 & 6. Kemudahan lain yang disediakan termasuklah sebuah kantin, tandas dan sebuah padang kecil. Manakala kelas Tahun 1, 2 & 3 di tempatkan dibangunan pertanian. Guru-guru terpaksa berulang-alik ke sekolah cawangan ini yang jaraknya lebih kurang 500 meter. Pada 16.11.1987, pentadbiran sekolah SK RTBK telah dipisahkan dari sekolah induk dengan perlantikan seorang guru besar iaitu Encik Jamaludin B. Mohd Saad. Pada Tahun 1988 bilangan guru telah bertambah seramai 3 orang dan muridnya pula ialah seramai 215 orang. Murid-murid terdiri dari anak-anak peneroka, penduduk kampung dan pekerja estet yang berhampiran. Dalam pada itu, pihak kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.7 juta untuk membina sebuah bangunan baru tiga tingkat yang serba lengkap dengan berbagai kemudahan dan alatan di atas tanah seluas 20.5 ekar . Bangunan ini telah siap dibina pada penghujung 1994 dan mula digunakan pada awal bulan Ogos 1995. Murid Tahun 1 daripada batch 1989. Dengan siapnya bangunan baru ini, maka murid-murid telah dapat belajar dengan selesa di dalam satu banguan sekolah yang baharu dan bangunan lama yang dipinjamkan oleh Jabatan Pertanian itu telah diserahkan kembali. Bangunan baru 3 tingkat ini mengandungi 6 buah bilik darjah, pejabat, bilik guru, PSS, bilik tayangan, bilik mesyuarat, tandas, bilik kaunseling dan stor. Sebuah padang yang luas dan kantin juga turut disediakan. Manakala bangunan lama masih digunakan sebagai makmal sains, bilik muzik dan kelas Tahun 1. Kantin lama telah diubahsuai menjadi bengkel kemahiran hidup (RBT). Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan selesa apabila adanya bangunan dan segala alatan yang serba baru ini
KEJAYAAN SEKOLAH 2022 BI L AKTIVITI PENCAPAIAN 1. PERTANDINGAN ADAB DAN NILAI DALAM TALIAN DAERAH JOHAN KALAM ARABY 2. PERTANDINGAN ADAB DAN NILAI DALAM TALIAN NEGERI PENYERTAAN 3. PERTANDINGAN KARNIVAL STEM DAERAH PENYERTAAN 4. KARNIVAL BAHASA INGGERIS DAERAH TEMPAT KEDUA “WRITING” 5. KARNIVAL BAHASA MELAYU DAERAH JOHAN “MENULIS SAJAK” 6. KARNIVAL MUZIK DAERAH PENYERTAAN 7. KARNIVAL SEJARAH ZON SELAMA JOHAN “MELUKIS POSTER” 8. KARNIVAL SEJARAH DAERAH PENYERTAAN 9. PERKHEMAHAN KEBANGSAAN (PENGAKAP) PENYERTAAN 10. PERKHEMAHAN PERINGKAT NEGERI PENYERTAAN 11. PERKHEMAHAN PENGAKAP DAERAH PENYERTAAN 12. PERKHEMAHAN PENGAKAP DAERAH (KERIS PERAK) PENYERTAAN 13. KARNIVAL PPIM DAERAH PENYERTAAN 14. PUTERI BONGSU SIJIL PUTERI BONGSU 15. KUIZ PPIM DAERAH 2 EMAS DAN 2 PERAK 16. MERENTAS DESA DAERAH MSSD PENYERTAAN 17. LOMPAT TALI ONLINE 1M1S NEGERI PENYERTAAN 18. KEJOHANAN OLAHRAGA ZON SELAMA 5 PERAK 19. KEJOHANAN OLAHRAGA DAERAH MSSD PENYERTAAN 20. BOLA TAMPAR MSSD L SUKU AKHIR 21. BOLA TAMPAR MSSD P PENYERTAAN 22. CATUR ZON PENYERTAAN 23. CATUR KEBANGSAAN PENYERTAAN 24. BICARA BERIRAMA DAERAH PENYERTAAN 25. FUNWALK SIJIL ANTARABANGSA
AKTIVITI SEKOLAH SEPANJANG 2022/2023
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK (RTBK) PONDOK TANJONG SESI 2022/2024 NAMA JAWATAN 1 En Khishamudin Bin Manap Guru Besar / Penasihat PIBG 2 En Shaharom Bin Shamsuddin YDP PIBG 3 Pn Nor Rosina Bt Mohd Saili NAIB YDP PIBG 4 En Elmi Johar Bin Abdul Hamid AJK PIBG 5 Pn Zulilah Yanti Bt Ahmad AJK PIBG 6 En Azmi Bin Ahmad AJK PIBG 7 Pn Aida Suhana Bt Jamaludin AJK PIBG 8 Pn Syafinas Bt Mustaffa AJK PIBG 9 Pn Mariah Bt Kassim GPK Pentadbiran 10 En Mohammad Saidi Bin Abdul Wahab GPK Hal Ehwal Murid 11 Pn Siti Mastura Bt Ahmad Zahid GPK Ko-Kurikulum 12 En Khairul Azman Bin Abu Hassan Setiausaha PIBG 13 En Amar Muntadzar Bin Faisal Bendahari PIBG 14 Cik Nor Qadariah Bt Ishak AJK PIBG ( Guru ) 15 En Yusaini Bin Mohd Yusof AJK PIBG ( Guru ) 16 En Mohamad Izzat Syafiq Bin Idris AJK PIBG ( Guru ) 17 Pn Maimunah Pemeriksa Kira-kira PIBG 18 Pn Lizawati Pemeriksa Kira-kira PIBG AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-38
BIL AGENDA 1. Ucapan YDP PIBG dan seterusnya mempengerusikan mesyuarat 2. Ucapan alu-aluan GB SK RTBK 3. Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36, 2021/2022 (ms 18 - 22) 4. Perkara berbangkit (jika ada) 5. Membentangkan laporan aktiviti tahunan SEKOLAH / PIBG sesi 2021/2022 (ms 7 – 15) 6. Membentangkan dan mengesahkan penyata kewangan 7. Pembentangan Usul (jika ada) 8. Pembubaran AJK PIBG dan Pelantikan Baharu AJK PIBG Sesi 2022/2024 9. Hal-hal lain 10. Ucapan penangguhan MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 37
TARIKH: 2 APRIL 2022 MASA: 0900 pagi – 1230 tengah hari TEMPAT: DEWAN JKKK KG. BELIA KHAS AGENDA 1: UCAPAN GURU BESAR (EN. KHISHAMUDIN BIN MANAP) 1.1 GB mengucapkan terima kasih pada ibu bapa, pihak JPKK, Masjid AsySyakirin serta semua AJK PIBG sekolah dan ibubapa yang hadir dalam mesyuarat pada kali ini. 1.2 GB sangat menghargai hubungan pihak sekolah dan PIBG RTBK yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan dalam menangani masalah berkaitan murid dan sekolah. 1.3 GB juga mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG dan seluruh penduduk kampung sentiasa membantu dalam pelaksanaan agenda dan program sekolah. 1.4 Pihak sekolah berharap hubungan antara pihak sekolah dan PIBG sentiasa baik untuk kebaikan anak-anak RTBK. 1.5 Pihak Koperasi di bawah pimpinan Tn Hj Shaari bin Abdullah juga banyak membantu dari segi kewangan Antaranya membaiki siling Pra Sekolah, baik pulih bengkel RBT, pendawaian makmal ICT serta banyak lagi. 1.6 Segala hasil sawit dan status hak milik sekolah yang diusahakan oleh Koperasi selepas ini mungkin akan diambil alih oleh KPM kerana status tanah tiada pemilik sebelum ini. 1.7 GB turut menceritakan segala perjalanan aktiviti sekolah selama sesi 2021/2022 yang lalu baik dari segi akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan sebagainya lagi. 1.8 GB memberitahu bahawa sekolah telah mula beroperasi secara sepenuhnya pada sesi 2022 ini dan anak-anak diharapkan hadir ke sekolah seperti biasa. 1.9 Murid yang tidak sihat perlu dirawat dan tidak dibenarkan hadir ke sekolah. 2.0 Dr Radzi Jidin telah melancarkan kempen sekolah sejahtera dengan harapan agar murid gembira untuk ke sekolah, memupuk nilai kasih sayang antara satu sama lain serta menerapkan nilai murni dalam kalangan murid-murid dan guru-guru. 2.1 UPSR juga telah dimansuhkan tetapi diganti dengan penilaian lain seperti PBD dan PAJSK. Guru akan menilai murid daripada segenap sudut dan ada
jawatankuasa khas diwujudkan untuk bagi memastikan penilaian kepada setiap murid adalah adil dan professional. 2.2 KPM juga telah mengarahkan guru untuk menjalankan pedagogi kepada murid yang masih lemah dan belum menguasai isi pelajaran agar mereka tidak ketinggalan. 2.3 Kelas Bahasa Cina telah mula beroperasi bagi sesi 2022 bermula dengan murid tahun 1 2022. 2.4 NGO Taiping akan memberi bantuan berbuka puasa kepada murid. 2.5 Sekiranya ibu bapa ada rasa tidak puas hati dengan guru dan pengurusan sekolah, silalah datang berbincang dengan pihak sekolah. Jangan gunakan media social sebagai wadah untuk meluah rasa ketidakpuasan hati. 2.6 GB juga turut mengharapkan agar pihak ibu bapa dapat bersama-sama pihak sekolah untuk meningkatkan pencapaian anak-anak didik agar mereka dapat menguasai pelbagai ilmu, kemahiran dan lain-lain lagi sebagaimana muridmurid di sekolah lain. Makluman: Ibu bapa AGENDA 2: UCAPAN YDP PIBG (EN. AHMAD ZAKUAN BIN RAMLI) 2.1 YDP memberi penghargaan kepada Tn Hj Shaari bin Abdullah atas kesudian beliau datang untuk merasmikan mesyuarat kali ini 2.2 Mengucapkan terima kasih kepada guru serta staf sekolah dan ibu bapa yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini. 2.3 YDP juga berterima kasih kepada Pengerusi Koperasi, Tn Hj Shaari bin Abdullah kerana selalu memberi dana sebanyak RM 30,000 untuk program PIBG dan pihak sekolah. 2.4 YDP berharap agar ibubapa sentiasa menyokong pihak PIBG dan sekolah agar setiap program yang dirancang menjadi kenyataan. 2.5 YDP juga memohon ampun dan maaf sepanjang penglibatan beliau dalam menjalankan tugas sebagai YDP PIBG selama ini. Makluman: Ibu bapa AGENDA 3: UCAPAN PERASMIAN (TN HJ SHAARI BIN ABDULLAH)
3.1 Beliau menzahirkan penghargaan kepada sekolah dan PIBG atas kesudian menjemput beliau sebagai perasmi. 3.2 Sekolah perlu memastikan peranan sebagai penyambung legasi penyampaian ilmu diteruskan. 3.3 Kebersamaan dalam memperjuangkan warga berilmu adalah tanggungjawab bersama. 3.4 Program sebegini dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan penduduk kampung. 3.5 Tanggungjawab guru, ibubapa serta komuniti setempat sangat besar untuk memberi pelajaran dan mendisiplinkan sahsiah murid supaya menjadi orang yang berguna pada masa hadapan. 3.6 Kecemerlangan sesebuah persatuan perlu digerakkan secara seiringan dengan kerjasama semua pihak untuk memastikan kecemerlangan anakanak di sekolah. 3.7 Jika murid berilmu, mereka dapat membantu keluarga mereka untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dan kemudaratan hidup. 3.8 Untuk makluman semua, pihak Koperasi sentiasa memberikan sokongan penuh kepada setiap aktiviti dan program sekolah. 3.9 Peranan ibu bapa juga sentiasa ditagih untuk memastikan kemenjadian murid di sekolah kita. 4.0 Beliau turut menerangkan mengenai sejarah tanah sawit milik sekolah yang diusahakan oleh pihak koperasi. 4.1 Arwah Haji Talib Mat Dom telah kemukakan cadangan agar tanah terbiar tersebut diusahakan tanaman sawit supaya dapat membantu pihak sekolah dan PIBG. Oleh itu, pihak koperasi menanam sawit dan menguruskan hasil jualan sawit bagi pihak sekolah. 4.2 Hasil daripada jualan sawit tersebut ditolak modal yang dikeluarkan dan selebihnya hasil tersebut digunakan untuk anak-anak murid di RTBK. 4.3 Selepas ukuran semula, Kawasan sekolah akan menjadi semakin kecil. Beliau juga berharap, setelah status tanah dipulangkan, pemilik akan memulangkan duit hasil tanah kepada pihak PIBG RTBK. Makluman: Ibu bapa
AGENDA 4: PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PIBG YANG LALU 4.1 En. Asrul Affendi Mohd Salleh selaku Setiausaha PIBG telah membentangkan minit mesyuarat yang lalu.. 4.2 Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Aida Suhana Bt Jamaludin. 4.3 Disokong oleh Pn. Zulilah Yanti. Makluman: Ibu bapa AGENDA 5: PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021 5.1 Pn. Nuraina Fadhilah binti Abd Aziz selaku bendahari membentangkan penyata kewangan PIBG yang lalu. 5.3 Dicadang untuk disahkan oleh Pn Shafinaz. 5.4 Disokong oleh En. Elmi Johar. Makluman: Ibu bapa AGENDA 6: PEMBENTANGAN AKTIVITI PIBG SEPANJANG 2020/2021 6.1 S/U membentangkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan PIBG dan pihak sekolah. 6.2 Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan oleh pihak PIBG dan pihak sekolah bagi sesi 2020/2021. Aktiviti tersebut boleh dirujuk pada muka surat 7-15 buku atucara majlis Makluman: Ibu bapa AGENDA 7: PEMBAHASAN USUL 7.1 Tiada perbahasan usul. Makluman: Ibu bapa AGENDA 8: HAL-HAL LAIN 8.1 PK1 menerangkan mengenai yuran PIBG dan ada segelintir lagi masih belum membuat pembayaran. 8.2 Isu Beg Berat- pihak sekolah telah Menyusun jadual baharu bagi tahap 1. Tidak lebih 4 matapelajaran pada suatu hari. 8.3 Ibu bapa juga perlu memantau beg dan jadual waktu anak masing-masing.
8.3 Cikgu Syahrul berkongsi beberapa isu berkaitan murid-murid. Antaranya berkaitan kerja sekolah yang tidak disiapkan, kebersihan pakaian dan kuku pelajar. Mohon kerjasama ibubapa untuk memastikan isu ini tidak berulang. 8.4 Bumbung prasekolah dan bengkel RMT perlu diganti baharu kerana telah diserang anai-anai. 8.5 Pondok Gazebo juga telah siap sepenuhnya dan boleh mula digunakan oleh murid-murid. 8.6 Jika ada anak yang bermasalah pembelajaran, ibu bapa haruslah segera membawa anak untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. 8.7 Senarai murid terkini adalah seramai 110 orang. Bantuan RMT juga telah dinaikkan perkapita. 8.8 Bantuan Am Persekolahan juga telah diagihkan bagi tahun 2022 ini manakala bantuan Baitumal diagihkan kepada 19 orang murid yang layak. Selain itu, terdapat juga pelbagai bantuan lain yang diagihkan kepada murid-murid. 8.9 Mesyuarat kali ini juga akan diadakan pembubaran dan lantikan baharu bagi tahun 2022/2023. Makluman: Ibu bapa AGENDA 9: PELANTIKAN JAWATANKUASA 2022/2024 9.1 Pn Rosina mencadangkan Ustaz Shahrom sebagai YDP dan disokong oleh Pn Aida Suhana. (27 undi) 9.2 Pn Fazlina mencadangkan Pn Rosina sebagai NYDP dan disokong oleh Pn Sarina. (23 undi) 9.3 Pn Fahani pula mencadangkan En Elmi Johar. (18 undi). 9.4 Berikut merupakan senarai Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023: YDP - En. Shaharom Bin Shamsuddin NYDP - Pn Rosina Binti Mohd Saili SETIAUSAHA – En. Khairul Azman Bin Abu Hassan BENDAHARI – En. Amar Muntadzar Bin Faisal AJK IBUBAPA:- 1. En. Elmi Johar Bin Abdul Hamid 2. Pn. Zulilah Yanti Binti Ahmad 3. En. Azmi Bin Ahmad 4. Pn. Aida Suhana Binti Jamaludin
5. Pn. Syafinas Binti Mustaffa JURU AUDIT DALAMAN:- 1. Pn. Maimunah 2. Pn Lizawati AJK GURU:- 1. En Yusaini Bin Mohd Yusof 2. En Mohamad Izzat Syafiq Bin Idris 3. Cik Nor Qadariah Binti Ishak 9.5 Proses penukaran penama bagi akaun bank PIBG akan dilakukan dengan menamakan Yang Dipertua PIBG, Bendahari dan Setiausaha sesi 2022/2024 sebagai penama baharu. 9.6 Hal ini kerana proses pengeluaran duit PIBG memerlukan tandatangan 2 daripada 3 penama akaun PIBG . 9.7 Barisan jawatankuasa yang baru dilantik juga telah memutuskan untuk mengekalkan bayaran sumbangan PIBG sebanyak RM 40.00 bagi seorang murid dan tambahan RM 10.00 bagi setiap adik-beradik yang lain. AGENDA 10: UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 GB memberitahu ibubapa sekiranya ada masalah melibatkan sekolah, pintu biliknya sentiasa terbuka untuk ibubapa hadir berbincang masalah tersebut. 10.2 GB berhasrat untuk mewujudkan ALUMNI RTBK sebagai pemangkin kecemerlangan legasi RTBK dapat sentiasa berterusan. AGENDA 11: PENUTUP 11.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1230 tengah hari. Disediakan oleh, Disemak oleh, ……………………………………….…… ……………………………………… KHAIRUL AZMAN BIN ABU HASSAN MOHD SHAHAROM BIN SHAMSUDDIN Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG,
Sk (Rtbk) Pondok Tanjong Sk (Rtbk) Pondok Tanjong LAPORAN PENYATA KEWANGAN 2022/2023