The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kepentingan Bahasa,Kebudayaan dan Kesenian Kepada Masyarakat dan Negara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Darren Tedd, 2021-07-27 00:06:37

Kepentingan Bahasa,Kebudayaan dan Kesenian Kepada Masyarakat dan Negara

Kepentingan Bahasa,Kebudayaan dan Kesenian Kepada Masyarakat dan Negara

Kepentingan Bahasa,Kebudayaan dan Kesenian Kepada Masyarakat dan Negara

Unit Plan: 3
Perkara: Summative Assessment
SUBJEK: BAHASA MELAYU
HARI: SELASA
TARIKH: 27 JULAI 2021
GURU PEMBIMBING: PUAN SA’ADIAH BOHARI
NAMA: DARREN TEDD ANAK TERRY
KELAS: 3 INQUIRER
SEKOLAH: SMK PANTAI IB WORLD SCHOOL

PENGENALAN

● Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri
daripada pelbagai kaum, bahasa, agama, seni, budaya dan
sebagainya. Negara kita juga dikenali sebagai sebuah negara
yang multikultural (multi-culture) di mana sifat-sifat
kemajmukannya dalam konteks kemasyarakatan yang luas
juga. Konsep kemajmukannya yang merujuk kepada pelbagai
masyarakat campuran kumpulan manusia yang mengamalkan
cara hidup yang berlainan, mereka turut membentuk suatu
entiti berasaskan kaum sendiri dalam lingkungan komuniti
yang luas. Keadaan ini bukan sahaja menjadikan masayarakat
itu menjadi kompleks sebaliknya melahirkan pelbagai aktiviti
sosial dan membentuk kehidupan sosial yang dikongsi
bersama berdasarkan prosedur mantap bagi memenuhi
keperluan sosial mereka. Tahap-tahap masyarakat ini terus
berkembang daripada entiti keluarga, komuniti, negara dan
global.

DEFINISI SENI

● Perkataan seni dapat ditakrifkan sebagai sesuatu yang halus iaitu,
kecil, elok, tipis, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk
badan. ( Kamus Dewan, 2005). Sesuatu yang dikatakan seni pula
adalah suatu bentuk karya seperti pantun, ukiran, muzik dan
lain-lain yang dicipta dengan bakat sendiri. Perkataan “seni” jika
ditambah dengan imbuhan “ke” ( awalan ) dan “an” ( akhiran )
membentuk perkataan “kesenian” yang membawa pengertian yang
lebih luas lagi iaitu perihal seni, yang berkaitan dengan keindahan
dan ketelitian penciptaan sesebuah karya seni tersebut. Kesenian
telah menjadi identiti dan amalan yang amat penting kepada
kebudayaan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sejak
turun temurun lagi.Dengan kepelbagaian amalan kesenian dalam
masyarakat berbilang kaum di negara ini, identiti masyarakat
Malaysia yang bersifat multikultural lebih terserlah dan dikenali
ramai

DEFINISI KEBUDAYAAN

● Manakala, takrifan kebudayaan pula yang berasal
daripada bahasa Sanskrit, iaitu “ busshayah” yang berasal
daripada bentuk jamak dari “ buddhi “ membawa maksud
budi atau akal. Pengertian ini boleh diertikan sebagai
hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.
Dalam bahasa inggeris, kebudayaan disebut “ culture “
yang berasal daripada perkataan “ Latin Colere “, iaitu
bermaksud mengolah atau mengerjakan.

● Pengertian ini bertolak daripada tradisi pekerjaan utama
manusia yang berbentuk mengolah tanah atau bertani (
kerja-kerja pertanian ).

FUNGSI SENI DAN KEBUDAYAAN

● Aktiviti riadah masyarakat
● Berkait rapat dengan agama

● Dapat memupuk perpaduan negara

● Memupuk bakat dan minat dalam jangka masa panjang
● Melahirkan masyarakat majmuk yang harmoni.
● Melahirkan citarasa seni yang tinggi dan kreatif.

● Menjadikan murid-murid lebih berkreativiti bagi

melahirkan insan pelajar yang celik dalam bidang seni dan
kebudayaan.

● Dapat mendidik dan mengkritik

● Membentuk suatu identiti bangsa Malaysia yang amat
unik sekali

● Menjadi pegangan dan amalan hidup seharian
masyarakat

Kepentingan Bahasa,Kebudayaan dan Kesenian Kepada Masyarakat

● Konsep budaya dan masyarakat memang tidak dapat dipisahkan.
Ibarat kata pepatah Melayu, ‘bagai aur dengan tebing’ begitulah
keakraban hubungan kedua-dua entiti ini. Kepelbagaian budaya
bukanlah merupakan halangan hubungan kaum di negara ini.
Masyarakat Malaysia mulai menerima kepelbagaian budaya yang
diamalkan dalam kehidupan seharian. Misalnya, amalan budaya
makanan dalam masyarakat Malaysia semakin diterima dan dikongsi
secara bersama. Menururt Zaid Ahamad et al,.(2013) semangat
penerimaan kepelbagaian budaya ini sekaligus telah memajukan
masyarakat Malaysia dengan nama ‘kesatuan dalam kepelbagaian’.

● Dalam konteks seni dan kebudayaan yang melibatkan masyarakat
secara keseluruhannya ianya banyak memberi manfaat serta penting
dalam pertumbuhan hubungan antara kaum. Melalui aktiviti-aktiviti
seni dan kebudayaan ini penglibatan masyarakat dalam memberi
impak ke atas daya kecergasan fizikal, perpaduan kaum, dan
pertumbuhan ekonomi.

LANGKAH UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR TERHADAP BAHASA MELAYU DAN
BUDAYA SERTA KESENIAN

● Melaksanakan kempen kesedaran kebudayaan dan
kesenian oleh pihak berkuasa

● Membuat pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan
Bahasa, Kebudayaan dan Kesenian

● Pihak RTM perlu memasukkan unsur-unsur
Bahasa,Kebudayaan dan Kesenian terhadap rakyat
Malaysia.

● Mengadakan aktiviti berkaitan Permainan Tradisional

KESIMPULAN

❖ Kesimpulannya, Janganlah kita biarkan
kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium,
bak pepatah yang berbunyi “biar mati
anak,jangan mati adat”. Oleh itu, usaha memupuk
dan memelihara budaya ini tidak seharusnya
dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama
memeliharanya supaya terus subur meredah
zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek
hujan.

SUMBER RUJUKAN

● http://kemayangambai.blogspot.com/2014/11/kepe
ntingan-seni-dan-kebudayaan-kepada.html

● http://izzulikhwan08.blogspot.com/2017/08/tajuk-k
arangan-tentang-kepentingan.html



SEKIAN, TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version