UNIT PLAN 4: SUMBER-SUMBER EKONOMI DI MALAYSIA
Nama Ahli Kumpulan:
1. Darren Tedd Anak Terry
2. Rain Amber
3. Britney Poh Yen Nee
Kelas: 3 Inquirer
Tajuk: Penginapan dan Restoran
Guru Pembimbing: Puan Sa’adiah Bohari
Subjek: Bahasa Melayu
SUMBER MAKLUMAT PENGINAPAN DAN
RESTORAN
Definisi Kebaikan-kebaikan Jenis-jenis
penginapan penginapan dan penginapan
dan restoran restoran dan contoh
penginapan
Jenis-jenis Cabaran dan Faktor-faktor
restoran dan masalah yang penginapan dan
contoh restoran
dihadapi restoran
RANGKA KARANGAN
● PENDAHULUAN :
- Menyatakan definisi Penginapan dan Restoran
- Menyatakan beberapa fakta yang terdapat dengan Penginapan dan
Restoran
● ISI-ISI :
ISI 1 - Menikmati makanan tradisional buatan tempatan
ISI 2 - Mengeratkan hubungan silaturahim dengan pelbagai kaum
ISI 3 - Bergaul dengan pelbagai kaum serta daripada pelbagai negeri
ISI 4 - Mencipta kenangan dan pengalaman
● PENUTUP :
-Harapan dan cadangan tentang betapa pentingnya penginapan dan
restoran terhadap sesuatu negara bagi menjana pendapatan negara
SOALAN KARANGAN
Penginapan dan Restoran dapat menjana pendapatan
sesebuah negara. Huraikan kebaikan-kebaikan sumber
ekonomi negara iaitu sektor penginapan dan restoran
terhadap negara. Panjang karangan anda mestilah tidak
kurang 180 patah perkataan
PENDAHULUAN :
Pada zaman yang moden ini, pelbagai pusat penginapan dan
restoran yang menarik serta bersaing untuk menjadi pusat yang terkenal
serta yang terhebat sehingga ke hari ini. Menurut kamus dewan,
penginapan merujuk kepada perkhidmatan yang disediakan dalam aspek
pelancongan yang membolehkan seseorang atau sekumpulan orang
mengakses asrama sebagai pertukaran dengan bayaran. Manakala
maksud restoran pula adalah penubuhan atau perniagaan di mana
makanan dan minuman pelbagai jenis ditawarkan kepada pelanggan.
Oleh itu, Malaysia telah diiktirafkan sebagai negara yang mempunyai
pusat-pusat penginapan dan restoran terbanyak di dunia. Hal ini banyak
membawa kebaikan kepada masyarakat zaman sekarang.
ISI 1
Kebaikan utama penginapan dan restoran terhadap masyarakat di Malaysia
ialah menikmati makanan tradisional buatan tempatan daripada pelbagai kaum.
Hal ini demikian kerana makanan tradisional penting dalam meneruskan adat
serta warisan budaya yang diwarisi secara turun-temurun oleh nenek moyang
masyarakat majmuk di Malaysia. Sebagai contoh, Nasi Lemak, Asam laksa, Roti
canai, dan Sate dapat mengampit pelancong untuk datang berkunjung ke
Malaysia kerana cita rasa Malaysia yang istimewa yang berlainan daripada
makanan-makanan di negara asing semestinya dapat menarik perhatian dan
membuka selera para pengunjung baik pelawat asing mahupun tempatan. Bukan
sahaja dapat menikmati makanan tradisional buatan tempatan daripada pelbagai
kaum. Sebaliknya, makanan tradisional juga merupakan elemen yang penting
untuk melambangkan identiti dan keunikan sesuatu budaya dan bangsa. Oleh itu,
jikalau anak muda di Malaysia sedar akan keunikan dan keistimewaan budaya
masing-masing, maka tidak akan berlakunya kehilangan dan kepupusan adat
tradisi berbilang kaum dalam kalangan anak muda yang yang dikenali sebagai “
Generasi Y “ bak kata peribahasa Melayu “ biar mati anak, jangan mati adat “.
ISI 2
Selain itu, penginapan dan restoran di Malaysia juga dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dengan pelbagai kaum. Hal ini
demikian kerana, terdapat pelbagai pengunjung daripada serata
dunia yang berlainan kaum dengan mempunyai bahasa pertuturan
tersendiri. Sebagai contoh, Bahasa melayu merupakan bahasa utama
di Malaysia yang digunakan setiap berurusan untuk berkomunikasi
antara satu dan yang lain. Bukan sahaja dapat mengeratkan
hubungan silaturahim dengan pelbagai kaum. Malah, dapat
memperlihatkan identiti nasional dan lambang bagi sesuatu bangsa
atau negara. Jelaslah bahawa, penginapan dan restoran membantu
manusia untuk mengenali pelbagai pengunjung daripada pelbagai
kaum dalam sesebuah negara.
ISI 3
Di samping itu, penginapan dan restoran di Malaysia juga dapat bergaul
dengan pelbagai kaum untuk terus memupuk semangat perpaduan di dalam
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini berlaku kerana, bergaul dengan
pelbagai kaum juga perlu diberi keutamaan demi mengekalkan kekukuhan
perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling
menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Contohnya,
masyarakat akan lebih terbuka untuk mengenali dan memahami kepelbagaian
kaum di negara ini demi menguatkan lagi kesefahaman antara kaum. Bukan sahaja
dapat mengenali dan memahami kepelbagaian kaum. Justeru, kita seharusnya
bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama
serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Oleh itu,
penginapan dan restoran dapat bergaul dengan pelbagai kaum agar dapat
memahami antara satu sama lain. Bak kata lidah pendeta, Duduk Sama Rendah,
Berdiri Sama Tinggi.
ISI 4
Akhir sekali, sektor penginapan dan restoran turut dapat
mencipta kenangan yang indah dan sukar untuk dilupakan. Hal
ini disebabkan oleh pelbagai aktiviti yang menarik dan seronok
yang dapat dijalankan bersama-sama dengan ahli keluarga atau
rakan-rakan. Misalnya, aktiviti makan malam bersama keluarga
yag jauh dapat mengeratkan hubungan silaturahim
kekeluargaan.Bukan sahaja dapat mencipta kenangan yang
indah serta sukar untuk dilupakan. Malah, kita juga dapat
merasai pengalaman yang baharu dan berbeza. Oleh itu,
jelaslah bahawa sektor penginapan dan restoran juga dapat
membantu untuk menjalinkan keharmonian sesebuah keluarga.
PENUTUP
Sebagai rumusan, sektor penginapan dan restoran amatlah
penting untuk memajukan sesebuah negara bagi menjamin masa
depan negara serta penduduk masyarakat setempat. Oleh sebab
yang demikian, pihak yang berkuasa perlulah sentiasa
menegaskan kepada masyarakat untuk menjaga kebersihan
sesebuah tempat penginapan dan restoran bagi memastikan
sektor penginapan dan restoran sentiasa berkembang pesat serta
menjadi tarikan pengunjung dari serata dunia. Rakyat Malaysia
perlu berganding bahu untuk menjaga tempat-tempat yang
istimewa agar dapat terjamin sehingga berabad-abad persis kata
peribahasa “ Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh “.
SUMBER RUJUKAN
● http://cikguphong.blogspot.com/2015/08/tema-warisan-budaya-2015-1-kepentin
gan.html
● https://saji.my/makanan-tradisional-malaysia/
● http://tinta-kencana.blogspot.com/2011/09/langkah-mengeratkan-hubungan-keji
ranan.html
● http://zuluzana.blogspot.com/2012/10/fungsi-dan-kepentingan-bahasa-melayu.ht
ml
● https://www.scribd.com/doc/310757976/Kebaikan-Perpaduan-Kaum-Kepada-Mas
yarakat-Dan-Negara
● https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/08/29/kepentingan-perpaduan-ka
um-di-malaysia/
● http://zaizak69.blogspot.com/2015/10/kebaikan-bersahabat-dengan-pelbagai-ka
um.html
● https://www.astroawani.com/berita-malaysia/galak-anakanak-untuk-terus-berga
ul-ambil-kebaikan-dari-setiap-kaum-datuk-lat-44074
SEKIAN, TERIMA
KASIH