The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 728-1-nurin, 2022-04-01 23:46:36

TUGASAN 1_BMH_NURIN IZZATIE BINTI MUHAMAD IZANI

BMMB1104
KESUSASTERAAN &
KEBUDAYAAN MELAYU

PUISI MELAYU
TRADISIONAL

Disediakan oleh :
Nurin Izzatie binti Muhamad Izani

(PPISMP BM H)

Disemak oleh :
Dr. Anita binti

Mat Isa

@Penghasilan Produk

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya dapat menyiapkan

tugasan kerja kursus ini untuk memenuhi syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa
Melayu, Institut Pendidikan Guru Perlis. Saya amat bersyukur
kerana penghasilan produk ini dapat disempurnakan dengan

bantuan dan kerjasama daripada pelbagai pihak.



Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih khusus
untuk pensyarah saya, iaitu Dr. Anita binti Mat Isa yang

banyak memberikan bantuan, tunjuk ajar, serta bimbingan
yang sangat bernilai sehingga kerja kursus ini dapat

disempurnakan. Seterusnya, ucapan terima kasih yang tidak
terhinggan atas pengorbanan, kerjasama dan galakkan
daripada ibu bapa, rakan-rakan dan seluruh pensyarah
Jabatan Pengajian Melayu.



Akhir sekali, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua yang turut memberikan pandangan dan berkongsi
pendapat serta semua pihak yang terlibat dalam proses
penyempurnaan kerja kursus ini secara langsung atau tidak
langsung. Semoga Allah memberkati hidup mereka

BMMB1104

Isi Kandungan

Puisi Melayu Tradisional 1

Pantun 2-4

Syair 5-7

Gurindam 8-9

Seloka 10-11

Kesimpulan 12

Sumber rujukan 13

PTurisaidMisieolnaaylu

Puisi Melayu tradisional merupakan pancaran masyarakat Melayu
lama. Oleh itu, untuk memahami puisi tradisional Melayu, seseorang

harus memahami budaya lama dan masyarakat lama.
Dalam puisi Melayu tradisional, jelas menunjukkan ikatan masyarakat,

kekuatan adat dan setiap penyair tidak mencari bentuk atau isinya
sendiri, tetapi melihat kembali contoh-contoh yang diberikan
kepadanya.

PUISI MELAYU TRADISIONAL
SEPERTI PANTUN, GURINDAM,

SELOKA DAN SYAIR

Puisi Melayu tradisional ini
disampaikan secara lisan pada

peringkat awalnya.
Masyarakat Melayu pada ketika

itu menyampaikan secara
spontan dan pada masa kini,
puisi-puisi tersebut ditulis agar

tidak lenyap begitu sahaja.

Terdapat unsur-unsur emosi, imaginasi
dan budi dalam puisi Melayu tradisional
ini yang menjadikannya sebuah ciptaan

seni yang menarik.
Dengan unsur-unsur inilah pencipta
atau penyair meluahkan perasaan,

buah fikiran, harapan, dan mesej.
Pelbagai skop sosio budaya kehidupan

masyarakat dalam puisi ini.

PANTUN

Definisi Ciri-ciri

Menurut Kamus Dewan, Setiap baris pantun mempunyai empat
pantun didefinisikan hingga lima patah perkataan.
sebagai sejenis puisi Setiap baris mempunyai lapan hingga
lama yang terdiri dua belas suku kata.
daripada empat baris Baris pertama dan kedua pantun
empat kerat dinamakan pembayang.
dalam tiap-tiap rangkap Dua baris kemudiannya disebut
maksud.
Bentuk Pantun empat kerat menggunakan
skema rima a-b-a-b.
Bentuk-bentuk Setiap rangkap pantun melengkapkan
pantun yang paling satu idea yang hendak disampaikan.
popular ialah pantun
dua kerat dan pantun Tujuan
empat kerat.
Memainkan peranan penting di
Bentuk-bentuk yang dalam masyarakat Melayu seperti
lain ialah pantun di dalam upacara meminang,
enam kerat, pantun majlis berbalas pantun, penghias
lapan kerat, dan ucapan dan sebagainya.
pantun dua belas
kerat. Mendidik, menyindir, menyatakan
perasaan, menyampaikan buah
fikiran dan menghibur.

JENIS
PANTUN

Pantun Nasihat Pantun Muda

Ambil buluh jadikan galah, Gelang lucu dari perunggu,
Jolok rambutan tepi kolam, Kapas putih pohon randu,
Nasihat ibu jangan dibantah, Walau lama tetap kutunggu,
Jadi petunjuk sepanjang zaman. Walau jauh tetap kurindu.

Pantun Jenaka Pantun Teka-Teki

Elok berjalan kota tua, Burung nuri burung dara,
Kiri kanan berbatang sepat, Terbang kesisih taman kayangan,

Elok berbini orang tua, Cubalah cari wahai saudara,
Perut kenyang ajaran dapat. Makin diisi makin ringan.

Pantun Agama Pantun Adat

Burung nuri di atas dahan, Lebat daun bunga tanjung,
Terbang pergi ke lain pohon, Berbau harum bunga cempaka,
Hidup mati di tangan Tuhan, Adat dijaga pusaka dijunjung,
Kepada Allah kita bermohon. Baru terpelihara adat pusaka..

JENIS
PANTUN

Pantun Dagang

Banyak sekali adonan tepung,
Jatuh ke dalam air sungai,

Niat hati ingin pulang kampung,
Dagang di rantau kaki tak sampai.

Pantun Anak

Pantun Di sana gunung di sini gunung,
Kepahlawanan Di tengah-tengah gunung Rajabasa,

Ke sana bingung ke situ bingung,
Lebih baik ke sekolah saja.

Buah apel dan buah mangga,
Di makan sama Rani,

Di medan perang engkau berlaga,
Hadapi musuh gagah berani.

SYAIR

Definisi

Ssebuah puisi berlagu yang
merupakan sebuah puisi melayu

lama yang berangkap.
Ia berasal dari Parsi dan telah
dibawa masuk ke Nusantara
bersama-sama dengan kedatangan
Islam. Syair telah diubahsuaikan
mengikut kesesuaian Bahasa

Melayu Klasik ketika itu

Ciri / Bentuk

Sejenis puisi naratif di dalam bahasa Melayu.
Syair tidak mempunyai pembayang.
Rangkap : Setiap rangkap terdiri daripada empat
baris. Ini bermakna tiap-tiap satu rangkap syair
mengandungi jumlah baris yang tetap.
Perkataan : Bilangan perkataan sebaris tetap iaitu
4-5 perkataan sebaris.
Sukukata : Bilangan sukukata sebaris juga tetap
antara 8-12 sukukata dalam sebaris.
Rima : Rima akhir dalam serangkap juga tetap
a/a/a/a.
Terdapat satu hentian dalam satu baris syair.
Tiap satu rangkap syair memerlukan beberapa
rangkap syair yang berurutan untuk memberi idea
yang lengkap

Fungsi

Sebagai hiburan yang bersesuaian dengan
sifatnya yang demikian maka syair sering
dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti
dalam pesta, sambutan maulud, kegiatan
kesenian dan keramaian, dipertandingkan atau

dalam upacara-upacara adat.
Di samping itu, untuk menyampaikan pengajaran

melalui cerita dan lagu.

JENIS-JENIS
SYAIR

Syair cerita
Syair nasihat
Syair semangat patriotik
Syair alam sekitar
Syair kiasan
Syair ilmu
Syair keagamaan
Syair panji
Syair romantis
Syair saduran
Syair sejarah

CONTOH
SYAIR

Syair Seri Mahsuri
Irama Dandan Setia

Seri Mahsuri nama diberi,
Pasukan kompang sedia berperi,

Lelaki wanita segak berdiri,
Pakaian indah cantik berseri.



Petanglah minggu terdengar tautan,

Ilmu dicari si anak watan,
Seragamkan bunyi lenggok sebutan,
Cepat belajar berkat kesepakatan.



Terus berkembang Seri Mahsuri,

Irama baharu sentiasa dicari,
Terima undangan berselang hari,

Tiada rungutan ikhlaskan diri.



Hebatnya kampung tiada tandingan,
Kini bukan lagi anganlah-angan,

Paluan kompang kekuatan tangan,
Kesatuan hati jadi gabungan.

GURINDAM

Definisi Ciri/Bentuk

Satu bentuk puisi yang terdiri Puisi bebas / tidak terikat.
daripada dua baris serangkap dan Rangkap : Mempunyai dua baris dalam serangkap
atau beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris
gurindam ini dibawa oleh dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu
mayarakat Hindu atau pengaruh bersambung dengan baris-baris dalam rangkap
sastera Hindu pada tika dahulu. untuk membawa makna yang lengkap.
Baris pertama dipanggil syarat Baris pertama (syarat) menyatakan sesuatu fikiran
atau peristiwa dan baris kedua (jawap) pula
(protatsis) dan baris kedua menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang
dipanggil jawab (apodotis). telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi.
Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat,
Jenis-Jenis enam atau lebih perkataan.
Perkataan : Jumlah perkataan sebaris tidak tetap.
Gurindam Sukukata : Jumlah sukukata juga tidak tetap.
serangkap dua Rima : a/a;a/b atau serima (Monoryme)
baris.
Gurindam Tujuan
serangkap empat
baris. Gurindam mempunyai fungsi dan
Gurindam bebas. peranannya dalam masyarakat
Melayu iaitu sebagai tujuan didikan,
hiburan, gambaran masyarakat
melayu lama dan digunakan dalam
majlis-majlis formal.
Unsur-unsur pendidikan yang
diketengahkannya ialah ialah iman
dan moral yang baik.

8

CONTOH
GURINDAM

Gurindam Serangkap Gurindam Serangkap
Dua Baris Empat Baris

Apabila banyak berkata-kata, Tiada siapa yang besar,
Di situlah jalan masuk dusta. Tiada siapa yang tinggi,


Tetap sama sedasar,
Apabila mendengar akan khabar, Tidaklah berbeza lagi.
Menerimanya itu hendaklah sabar.


Gurindam Bebas Jangan takut dan gentar,

Pangkalnya sama dipupuk, Mati hanya sekali,
Pucuknya sama digentis, Jangan bertukar berkisar,
Buahnya sama ditarik, Tetap di lapangan mengendali.
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangkan.

SELOKA

Definisi Ciri-ciri

Berasal daripada perkataan Karangan berangkap yang memakai
Sanskrit, iaitu Shloka yang pertentangan bunyi rima hujung yang
bermaksud suatu bentuk puisi bebas.
yang terdiri daripada dua Terbahagi kepada unit pembayang
baris (dua kerat). Menurut (induk kalimat) dan unit maksud (anak
Za'ba, seloka ialah sejenis kalimat)
karangan yang lebih kurang Perkataan sindiran atau ejekan
sama dengan gurindam. disampaikan dalam bentuk berangkap
Mengandungi unsur jenaka atau gurau
Jenis-jenis senda
Digunakan untuk menyindir sambil
Seloka gurau mengajar
senda
Seloka nasihat Tujuan
Seloka
pendidikan Seloka berperanan sebagai alat yang
Seloka sindiran berfungsi untuk menyindir, mengejek,
bergurau senda, atau berjenaka.
Seloka juga sebagai wahana untuk
menyampaikan pengajaran dan
panduan kepada masyarakat.
Di samping itu, seloka dijadikan
sebagai teguran kepada golongan
masyarakat yang berkuasa.
Contohnya, Seloka Pak Kaduk.

CONTOH
SELOKA

Seloka Pak Kaduk Seloka Emak Si Randang

Aduhai malang Pak Kaduk, Baik budi emak Si Randang,
Ayamnya menang kampung Dagang lalu ditanakkan,

tergadai, Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Ada nasi dicurahkan, Anak pulang kelaparan.
Awak pulang kebuluran.



Anak dipangku diletakkan,
Mudik menongkah surut, Kera di hutan disusui,
Hilir menongkah pasang,
Dagang pergi awak terhutang,
Ada isteri dibunuh, Beras habis padi tak jadi.
Nyaris mati oleh tak makan.
11


Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk.

Kesimpulan

Kita dapat simpulkan bahawa Puisi Melayu Tradisional
ini mempunyai pelbagai jenis puisi seperti pantun,
gurindam, syair, seloka, nazam, mantera dan
sebagainya. Setiap puisi mempunyai jenis, struktur,
fungsi dan ciri bahasa yang tertentu.



Setiap bentuk puisi merupakan karangan berangkap
dan secara umumnya mempunyai persamaan dari segi

keterikatannya.



Selain itu, puisi-puisi ini mempunyai fungsi yang sama
iaitu di samping untuk menghibur, puisi ini dijadikan

wahana untuk mendidik kehidupan bermasyarakat dan
menyampaikan pengajaran serta kesopanan dalam
hidup bermasyarakat.



Oleh itu, puisi-puisi ini mestilah diterapkan kepada setiap
pelajar dalam sistem pendidikan negara kerana kaya
dengan nilai pendidikan dan nilai estetika.


Jelaslah bahawa puisi tradisional ini mestilah

diperkenalkan dengan lebih dekat kepada masyarakat.

12

BMMB1104

Sumber rujukan :

Carian Umum. (n.d.). Prpm.dbp.gov.my. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?
keyword=pantun
Ismail, Abd. R., & Mohamad, Dr. K. (2017). Kesusasteraan Melayu. Sasbadi Sdn. Bhd.
Pantun. (2017, November 18). Sastera Melayu.
https://kesusteraanmelayu.wordpress.com/pantun/
Saludin, M. R. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1–13.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3227/2212
Za'ba. (1962). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

SEKIAN,
TERIMA
KASIH...


Click to View FlipBook Version