ETNIK DI
MALAYSIA
MPU21032
ETIKA DAN PERADABAN
NAMA PENSYARAH: NORFAEEZWAN BIN BUANG
AHLI KUMPULAN:
ZAIMAH BINTI PADIL(20DKM19F2009)
KHAIRUNNISA MY-SARA BINTI TAIB (20DKM19F1083)
AWANG MUHAMMAD AFIQ BIN AWANG ALLI MAT(20DKM20F1055)
DEFINISI
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum dan
bangsa yang mampu hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni malah saling hormat
menghormati antara satu sama lain. Kewujudan prinsip-prinsip Rukun Negara menyebabkan
rakyat Malaysia mampu hidup bersatu padu dan mengelakkan berlakunya perselisihan
faham antara kaum kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata
pepatah “Bulat air kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat”.Antara kaum
terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu,Cina dan India. Terdapat juga suku kaum lain di
Sabah dan Sarawak seperti Kadazandusun,Murut,Bajau,Iban,Melanau dan banyak lagi.
Etnik boleh didefinisikan sebagai hubungan antara kelompok manusia yang
mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa
dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan
konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada
perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan dan pertalian darah yang sama)
antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat
pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang
sama. Hubungan etnik pula membawa maksud kewujudan pertalian antara etnik.
Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi
istilah pula etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan
melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan
ekonomi dan sebagainya.
Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang.
Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti
ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu
kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan
dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.
Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga,
pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan
hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai
lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu
menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada
budaya etnik lain yang dipandang rendah dan dianggap ganjil, berada di tahap
rendah atau tidak bermoral. Etnik juga boleh dikelaskan mengikut kedudukan
geografi dan sempadan negeri. Contoh seperti di Sabah dan Sarawak yang
mempunyai kaum yang berbeza di kawasan geografi yang berbeza.
ETNIK TERBESAR DI MALAYSIA
KAUM UTAMA DI MALAYSIA
KAUM MELAYU
KAUM CINA
KAUM INDIA
KAUM MELAYU
Orang Melayu ialah bangsa Melayu yang tinggal di Malaysia. Orang Melayu di Malaysia
diperkirakan sebanyak 50.8% atau 15,479,600 daripada jumlah keseluruhan penduduk di
Malaysia. Mereka ditakrifkan secara umum sebagai "Bangsa Melayu". Bangsa Melayu
merupakan kumpulan etnik terbesar di negara ini.
Majoriti kaum Melayu memeluk agama Islam,bertutur menggunakan Bahasa Melayu serta
mengamalkan adat istiadat melayu dalam kehidupan seharian.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
Proses evolusi pakaian kaum Melayu berlaku seiring dengan kedatangan penjajah ke Tanah
Melayu pada zaman dahulu. Pereka pakaian melayu mulai menyerapkan ciri-ciri Barat yang
sesuai dengan adat resam Melayu yang menjaga aurat lelaki dan perempuan. Golongan
diraja menggunakan pakaian kot berbutang emas,tengkolok,baju berkolar dan seluar
panjang berfesyen Inggeris dan pedang. Pakaian itu menjadi ikutan rakyat biasa sehingga ke
hari ini seiring dengan peredaran zaman. Antara pakaian kaum Melayu yang sering
digunakan ialah:
Baju Melayu
Baju Kebaya
Baju Kurung
MAKANAN KAUM MELAYU
Antara makanan tradisional bagi kaum Melayu
adalah:
Lemang
Ketupat
Nasi Lemak
Satay
Dodol
dan banyak lagi.
PERAYAAN KAUM MELAYU Contoh makanan tradisional kaum Melayu
Kaum melayu meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri
yang disambut pada setiap tahun di bulan Syawal
setelah mereka selesai menunaikan ibadah puasa yang
wajib ditunaikan pada bulan sebelumnya iaitu bulan
Ramadhan mengikut Kalendar Islam.
Contoh gambar semasa perayaan Hari Raya
ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM MELAYU
Terdapat pelbagai alat muzik tradisional kaum melayu. Antaranya ialah:
Kompang
Gendang
Serunai
Rebab
Gong
Contoh alat muzik tradisional kaum Melayu
KAUM CINA
Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan
dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Adalah terbukti
bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam
bahagian komuniti berbeza di Malaysia.
Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan
Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan
Pahang. Suku Hakka juga didapti di Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin
dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.
Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri
Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku
Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan
pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi
kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada
1970-an dan 1980-an.
Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah,
Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor
barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran
televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk
mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.
Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-
pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.
Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari
dengan tiga pusat metropolitan.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat
perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa
bersama adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya
disesuaikan dengan suasana tempatan.
Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan
sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan
kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam
majlis dan upacara.
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-
upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.
Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut.
Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.
SAMFOO HANFU CHEONGSAM
ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM CINA
Terdapat beberapa jenis alat muzik tradisional kaum Cina. Antaranya ialah:
Bo
Ching dan Chap
Erhu
Liu Qin
Pipa
PIPA ERHU LIU QIN
MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA
Makanan tradisional kaum Cina terdiri daripada:
Kuih bulan
Bak Chang
Mantou
Dimsum
Mee Wantan dan banyak lagi.
Kuih Bulan
DIM SUM BAK CHANG
PERAYAAN KAUM CINA
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun
baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12
tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.
Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak
sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah
malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga
dan pokok limau.
Perayaan Tahun Baru Cina
KAUM INDIA
Kaum India merupakan Kaum ketiga
terbesar di Malaysia.Kebanyakan mereka
datang semasa penjajahan British di
Malaya.amun, sumber-sumber sejarah
membuktikan bahawa kaum India tiba di
Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti
Chola.Masyarakat India juga mempunyai
ciri-ciri kebudayaan tersendiri dan
masih mengekalkan ciri budaya itu
sehingga kini.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA
Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian
ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih.
Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari
perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini
tidak berminat dengan pakaian tersebut.
Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang
panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang
dan diikat pada celah paha dan kemudian
disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut
dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan
menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar
atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh
golongan ceti.
Sari merupakan pakaian untuk kaum
perempuan dan ia adalah pakaian seharian
dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari
terdiri daripada lembaran kain yang berukuran
satu meter hingga dua meter lebar dan
panjangnya pula antara lima hingga lima belas
meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan
kain satin adalah jarang dan lembut.Sebelum
memakai sari, si pemakai perlu memakai anak
baju yang ketat dan singkat. Kemudian satin
dililit dari pinggang dan diselempang pada
bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga
hingga lima kali untuk menguatkan lilitan
supaya tidak terurai.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA
Makanan tradisional Kaum India merupakan salah satu makanan kegemaran masyarakat
majmuk di Malaysia. Kepelbagaian makanan ini turut menjadi salah satu punca tarikan
pelancong ke negara kita. Antara makanan tradisional India ialah:
Murukku
Tosai
Samosa
Naan
Ayam Tandoori
Laddu dan banyak lagi.
MURUKKU SAMOSA
PERAYAAN KAUM INDIA
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang
beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan
perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke
14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga
dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya,telah
dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta
semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada
yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka
yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama
manusia.
DEEPAVALI
PENDUDUK PERIBUMI DI SEMENANJUNG MALAYSIA
KAUM BABA NYONYA
ASAL-USUL
Kaum peranakan Baba dan Nyonya sudah wujud di negera ini sejak 600 tahun lalu dan negeri
Melaka merupakan satu-satunya negeri yang merupakan kolonis terbesar masyarakat unik ini
bertapak. Kumpulan kaum minoriti ini menggelarkan diri mereka sebagai Baba dan nyonya atau
peranakan kerana mereka memiliki dua budaya warisan iaitu warisan tradisi Cina pada masa
yang sama mengamalkan ciri-ciri budaya masyarakat Melayu. Fenomena ini berlaku kerana
pada zaman sebelum Kesultanan Melayu Melaka ramai perdagang-perdagang yang datang dari
Negara China ke Tanah Melayu pada ketika itu kemudiannya berkahwin dengan orang Melayu.
BUDAYA
Kaum Baba dan Nyonya ini juga amat terkenal dengan pelbagai masakan asam pedas dan
kuih tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana resepinya ada persamaan dengan
masakan masyarakat Melayu seperti ondeh-ondeh, kuih apom balik, cendol dan tapai
pulut.Walau bagaimanapun, masakan Baba adalah masakan campuran masyrakat Cina dan
Melayu tetapi masih beridentitikan masakan Baba.
Masakan Nyonya pula lebih kepada daging dan sayur-sayuran. Masakan Nyonya biasanya
pedas dan menggunakan banyak cili. Bagi masyarakat Baba penggunaan cili yang banyak di
dalam masakan merupakan satu identiti yang membezakan antara masyarakat Baba dan
Cina. Antaranya ayam pongteh, ayam kunyit cili, masak lemak dan ayam kunyit cili.
Di antara masakan Nyonya yang menerima pengaruh Melayu adalah seperti penggunaan
belacan, bauh keras, asam lengkuas dan serai. Manakala, masakan Nyonya yang mengekalkan
tradisi masakan Cina ialah itik tem (daging itik dimasak dengan sayur asin), selain itu, kuih
cang Abu juga merupakan masakan istimewa bagi masyarakat Baba.
PAKAIAN
Golongan Nyonya amat sinonim
dengan pemakaian baju kebaya
dengan kain sarung. Selai itu, Baba dan
Nyonya juga turut memakai pakaian
kaum Cina. Kaum Nyonya juga
mempunyai kasut yang agak unik
seperti kasut manik. Kasut manik ialah
alas kaki buatan tnagan yang
memerlukan kemahiran dan kesabaran
yang tinggi untuk menghasilkannya
dari jalinan manik kaca yang bersigi-
segi halus yang dijahit pada kain
terpal. Rekaan kasut manik tradisional
sering memperlihatkan motif bunga
Eropah dan warnanya dipengaruhi
oleh tembikar peranakan dan sarung
batik. Mulai tahun 1930 an, kasut
manik menjalani perubahan dengan
diberikan rekaan moden dan
ditambahkan tumit.
TARIAN
Pada hari tertentu seperti
perayaan dan majlis perkahwinan
masyarakat Baba dan Nyonya
akan mempersembahkan tarian
seperti Tarian Singa, Fu Kien
Opera dan Dondang Sayang Baba
Nyonya
ORANG ASLI
Orang Asli merupakan perkataan generik bahasa Melayu yang digunakan secara rasmi di Malaysia
bagi merujuk kepada orang asal yang menduduki tanah Semenanjung Tanah Melayu sejak azali lagi.
Secara rasmi, terdapat sekurang-kurangnya 18 suku dari etnik Orang Asli di Semenanjung Tanah
Melayu, mereka dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan utama berdasarkan genetik dan asal-usul.
Semang (atau Negrito), biasanya boleh diketemukan dalam lingkungan hingga ke bahagian utara
semenanjung.
Senoi, menetap di bahagian tengah semenanjung.
Proto-Malay (atau Melayu Asli), menetap di wilayah selatan semenanjung.
Terdapat Muzium Orang Asli yang dibina bagi memberi penerangan dan pengetahuan umum
tentang kewujudan dan kebudayaan Orang Asli di Malaysia. Misalnya Muzium Orang Asli Gombak,
kira-kira 25 km ke utara Kuala Lumpur. Muzium Orang Asli yang lain juga boleh ditemukan beberapa
tempat dalam Malaysia.
PAKAIAN TRADISIONAL ORANG ASLI
MAKANAN BUDAYA ORANG ASLI
Pulut Kukus Dalam Periuk Kera
ETNIK DI SARAWAK
Sarawak mempunyai bilangan penduduk pelbagai etnik yang paling banyak antara negeri di
Malaysia, iaitu seramai 2.07 juta orang.Sebagai ibu negeri, Kuching merupakan rumah kepada
458,300 orang. Hal ini menyebabkan ia menjadi bandar yang mempunyai penduduk yang
terbanyak di Sarawak dan mendapat kedudukan yang ketujuh di Malaysia.
Sarawak mempunyai 27 etnik besar buat setakat ini yang dikemukakan. Kesemua kumpulan
etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak
terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah
pendalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk adalah
di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching, dan kawasan antara Sungai Kayan
dengan Sungai Mukah.
Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak menyebabkan mereka
tidak banyak berhubung dengan orang luar. Keadaan ini mendorong setiap kelompok etnik
membentuk identiti kebudayaan masing-masing mengikut persekitarannya.
SENARAI BUMIPUTERA SARAWAK
Iban
Melayu
Tering
Bidayuh
Melanau
Kayan
Kenyah
Lun Bawang 1.1 PAKAIAN TRADISIONAL ORANG IBAN
Penan
Punan
Kelabit
Kedayan
Bisaya
Berawan
Lahanan
Sekapan
Kejaman
Baketan 1.2 PAKAIAN TRADISIONAL ORANG BIDAYUH
Ukit
Sihan
Tagal
Tabun
Saban 1.3 PAKAIAN TRADISIONAL
Lisum ORANG ULU
Lakiput
Murut
Miriek
Dalik/Dali
Salako
Bugis
1.3 PAKAIAN TRADISIONAL ORANG MELANAU
MAKANAN TRADISIONAL BUMIPUTERA SARAWAK
Manok Pansoh merupakan makanan yang
terutama bagi masyarakat Iban dan Bidayuh
ketika musim perayaan. Manok Pansoh atau
ayam kampung dimasak dalam buluh. Buluh
yang digunakan untuk memasak ayam
tersebut memberikan satu rasa tersendiri
kepada makanan tersebut.
Manok Pansoh sangat terkenal dan sesuai
dimakan ketika sarapan pagi, tengahari,
makan malam mahupun pada bila-bila masa.
Ia akan lebih sedap jika dimakan bersama
nasi pulut atau lemang. Ia adalah makanan
yang perlu dicuba apabila berkunjung ke
Sarawak.
MANOK PANSOH
PERAYAAN DI SARAWAK
HARI GAWAI DAYAK
Hari Gawai Dayak merupakan pesta tahunan yang disambut oleh orang Dayak
di Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia pada 31 Mei dan 1 Jun.
Pesta ini merupakan cuti umum di Sarawak dan majlis keagamaan dan sosial
yang diiktiraf sejak 1957.
PESTA KAUL MELANAU
Pesta Kaul adalah satu sambutan yang menunjukkan jati diri semua suku kaum Melanau di Sarawak . Pesta itu adalah simbolik bagi
penyatuan kaum berkenaan.
Pesta Kaul adalah sambutan atau perayaan untuk bangsa-bangsa melanau di Sarawak,” terus dan harus-wajib untuk setiap induvidu-
induvidu ber-bangsa melanau menyambut pesta ini pada setiap tahun. Hari untuk pesta kaul tiba sebagai satu lambang simbolik jati diri
kepada mana-mana induvidu-induvidu ber-bangsa melanau dan juga bangsa-bangsa asal sarawak seperti bidayuh,kenyah,kayan dan
lain-lain. Sarawak mempunyai lebih 50 bangsa ataupun suku kaum penduduk asal dan penduduk orang asli bangsa sarawak diantara
bangsa-bangsa spesies manusia asal yang telahpun mendiami seluruh kawasan-kawasan bahagian-bahagian di-tanah sarawak sejak
berabad-abad lalu sebagaimana seperti pernah dinyatakan iaitu penghunian manusia yang paling awal di Sarawak di Gua Niah bermula
pada 40,000 tahun. Satu siri seramik Cina bertarikh dari abad ke-8 hingga ke-13 Masihi telah ditemui di tapak Arkeologi Gunung
Santubong.
ETNIK DI SABAH
Bumiputera di Sabah atau Penduduk asal Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan
latar belakang dan kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai
Bumiputera atau Pribumi, terdiri daripada sekurang-kurangnya 35 kumpulan dengan
menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antara berikut adalah
sebahagian daripada kumpulan penduduk asli di Sabah Borneo.
SENARAI ETNIK DI SABAH
1.Kaum Kadazan-Dusun PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BAJAU
2. Bajau
3. Rungus PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN
4. Samah
5. Tagahas
6.Melayu Brunei PAKAIAN TRADISIONAL KAUM RUNGUS
7. Suluk
8. Murut PAKAIAN TRADISIONAL KAUM
9.Orang Sungei MURUT
10. Iranun
11. Bonggi
12. Kwijau
13. Paitan
14.Lun Bawang
15. Lundayeh
16. Kedayan
17.Iban (Iban Merotai)
18. Binadan
19.Bisaya [3]
20.Melayu Kokos
21. Jawa
22. Rumanau
23. Lotud
24. Minokok
25. Tidung
26. Rungusĺ
27. Kedayan
28. Ubian
29. Kimaragang
30. Ida'an
31. Inokang
32. sonsogon
33. Mangkak
34. Bulungan
MAKANAN
KUIH CINCIN
Kuih cincin merupakan kuih tradisional masyarakat di negeri Sabah. Kuih ini dibiarkan kering sebelum digoreng dengan minyak yang
panas. Kuih cincin diperbuat daripada gula, gula nipah/gula apong, tepung beras, minyak masak, air dan gula Melaka. Adalah amat
penting bagi memastikan kuih tersebut kering secukupnya bagi mengelakkan minyak terpercik keluar ketika menggoreng. Kuih ini
mempunyai rasa yang manis dan sedikit masin.
.
PERAYAAN DI SABAH
TADAU KAAMATAN
Tadau Kaamatan atau Pesta Kaamatan ialah pesta menuai padi yang disambut di Sabah dan di Wilayah Persekutan Labuan. Pada dahulu
kala, kebanyakan orang asli Sabah adalah penduduk agraria dan petani padi. Ini membuktikan bahawa kaum Kadazan-Dusun Murut (KDMR)
telah wujud sejak dahulu lagi, serta mereka telah muncul sebagai orang yang bangga dan gagah berani dengan aturan sosial dan sistem
kepercayaan agama mereka sendiri di mana Bobohizan, bomoh wanita Sabah, memainkan peranan yang paling penting. Kini, Pesta
Ka'amatan adalah suatu perayaan kesyukuran kaum KDMR mengingati masa-masa di mana adat dan tradisi dahulu kala.
REGATTA LEPA SEMPORNA
Regatta Lepa adalah festival perahu tahunan di Semporna, Malaysia, yang merayakan tradisi pembuatan kapal komuniti Sama-Bajau di
Sabah
ISU ETNIK DI MALAYSIA & PUNCA ISU
ETNIK DI MALAYSIA
Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan bangsa. Justeru,Malaysia
juga terdapat banyak adat resam dan gaya hidup yang berbeza. Oleh hal yang demikian, tidak
hairan bahawa di negara ini terdapat percangahan pendapat di antara sesuatu kaum mengenai
sesuatu isu. Sebagai contoh, masyarakat melayu yang tidak dapat bersentuhan dan memakan
haiwan yang dilarang oleh agama mereka dan masyarakat kaum lain yang memelihara atau
memakan haiwan tersebut. Di sini, nampak bahawa terdapat perbezaan di antara dua masyarakat
tersebut. Selain itu, terdapat juga isu baharu di mana seseorang lelaki melayu yang merosakkan
hiasan rangoli iaitu hiasan keagamaan bagi masyarakat india yang menganut agama hindu. Di
dalam video yang viral tersebut dapat dijadikan hipotesis bahawa lelaki tersebut tidak memahami
maksud hiasan tersebut. Oleh itu, ia dapat dilihat sebagai isu yang sensitif dan boleh
menyebabkan pergaduhan di antara dua masyarakat yang berlainan.Tambahan pula, punca isu
etnik berlaku kebanyakkannya adalah disebabkan oleh masyarakat yang kurang peka terdapat
adat dan sensitivity kaum lain. Seperti yang telah diterangkan tadi, jika lelaki melayu tersebut
tahu bahawa hiasan rangoli tersebut merupakan hiasan keagamaan bagi penganut agama hindu
maka dia akan menghormati dan tidak akan merosakkan hiasan tersebut. Seterusnya, isu etnik
juga terjadi akibat perbezaan agama dan kepercayaan. Seperti yang diketahui ramai, Malaysia
merupakan negara yang berbilang kaum dan mempunyai kebebasan untuk menganuti agama yang
mereka ikutkan. Oleh itu, terdapat percanggahan pendapat ataupun kepercayaan. Seperti yang
telah diterangkan di atas sebentar tadi, isu ini dapat ditangani dengan membuat kompromi dalam
masyarakat.
KESAN ISU ETNIK
Kesan isu etnik adalah masyarakat majmuk Malaysia akan berpecah belah. Maka, perpaduan
Malaysia akan menjadi rosak. Selain itu, Sifat tiada percaya akan masyarakat dan kaum lain akan
menurun. Justeru, Ianya akan membuatkan udara ketegangan di antara masyarakat dan kaum lain
semakin tinggi. Tambahan pula, Gaya hidup di Malaysia pula tidak akan aman dan tiada sifat
harmoni. Secara tidak langsung pula, komuniti sesuatu tempat tidak akan berjaya akibat
kepelbagaian kaum yang tinggal bersama di suatu kawasan atau tempat kerana ketegangan antara
kaum yang terjadi. Masyarakat pula akan berpecah belah dan kemungkinan untuk berlakunya
rusuhan akan tinggi. Seterusnya, sejarah kan berulang di mana sesuatu kaum tersebut itu hanya
tinggal bersama kaumnya sahaja. Oleh itu, kemungkinan berlakunya kemunduran negara kerana
ekonomi negara yang akan menurun akibat kesusutan nilai mata wang dan kekurangan eksport
dan import bahan mentah kepada negara lain. Kadar kes jenayah pula akan meningkat akibat
ketidakkepercayaan antara satu sama lain.Di samping itu, keamanan negara pula akan terancam
akibat negara sudah lemah dalam kalangan masyarakat dengan itu peluang untuk negara lain
untuk menjajah Malaysia agak tinggi. Akhir sekali, Imej negara Malaysia akan jatuh dan ianya akan
mengambil masa yang lam untuk dibaiki.
KESIMPULAN
Intihanya, Malaysia terdiri dari tiga buah negara iaitu Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak. Alhasil gabungan ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang beraneka kaum
dan etnik di dalamnya. Kepelbagaian kaum di dalam Malaysia telah menjadikan
Malaysia negara yang kaya dengan kepelbagaian adat, budaya, makanan, tradisi dan
bahasa.
Oleh kerana itu, negara Malaysia mempunyai perlembagaan yang telah
mengiktirafkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan yang perlu dimartabatkan
untuk menyatu-padukan kaum-kaum di Malaysia yang berlainan bahasa. Selain itu,
tarikh-tarikh penting seperti hari Malaysia, hari merdeka, perayaan umum seperti hari
raya aidilfitri, tahun baru cina, dan Deepavali disambut secara besar-besaran di negara
kita yang menjadi titik perpaduan masyarakat Malaysia. Hal ini sudah menjadi
kebiasaan sekali gus menjadi adat di negara kita sejak turun-temurun malahan perlu
diteruskan dan dijaga supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Kontradiksinya, tidak dinafikan bahawa negara kita juga mempunyai isu-isu
perkauman kerana sesetengah orang yang sentimen terhadap kaum lain. Natijahnya,
jika dibiarkan isu ini berlanjutan, maka musnah lah negara. Bak kata mutiara, bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh. Seterusnya, setiap anggota masyarakat perlulah cakna
dan mempunyai pengetahuan tentang adat dan budaya bangsa-bangsa yang ada di
dalam Malaysia. Bahkan, pengetahuan ini perlu diajarkan kepada anak dari kecil persis
kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan harapan, kesan dari
pengetahuan ini masyarakat lebih peka tentang sensitiviti kaum-kaum di dalam
Malaysia.
Akhir sekali, sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya bangga, cinta dan meraikan
kepelbagaian yang ada di dalam negara kita. Perbezaan bukanlah satu sebab untuk kita
hidup berpuak, malah ianya boleh dijadikan satu sebab untuk kita bergabung menjadi
satu bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu-padu
RUJUKAN
NATRA NADEA (2010).Masyarakat Cina Di Malaysia Retreived From 11 August 2010, from http://natranadea.blogspot.com/2010/08/ma
ITAWRAH (2019). 16 Pilihan Jenis Makanan Tradisional Cina Retrieved From 12 May 2019 , from https://saji.my/makanan-tradisional-cin
SURIYAZATI BINTI MOHD SHARIFF (2010).KEPELBAGAIAN BUDAYA PEMAKAIAN DI MALAYSIA Retreived From 20 Ogos 2010 , from
http://budayapakaiandimalaysia.blogspot.com/2010/08/pakaian-tradisional-kaum-iban.html
Wikipedia . Tahun Baru Cina Retrieved from https://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina
Wikipedia. Orang India Malaysia Retreived From https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysian
JELAJAH EDISI DAUS (2010).ADAT DAN BUDAYA ETNIK DI MALAYSIA Retreived From 21 Oktober
2 0 1 0 , F r o m h t t p : / / b m p e n g u r
u s a n 2 0 1 0 . b l o g s p o t . c o m / ? m = 0
UMIPBTPNSAR (2010). PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK DI SARAWAK Retrieved From 11 Febuari 2010, From
http://upimbtpnsarawak.blogspot.com/2010/02/pakaian-tradisional-etnik-di-sarawak.html
fatinbintiabdulrazak . Perayaan Masyarakat Di Sabah dan Sarawak Retrieved From
https://www.scribd.com/doc/182625243/PERAYAAN-MASYARAKAT-DI-SABAH-DAN-SARAWAK
Wikipedia . Bumiputera Sarawak Retrieved From https://ms.wikipedia.org/wiki/Bumiputera_di_Sarawak
Wikipedia. Hari Gawai Retrieved From https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Gawai
Wikipedia. Melanau Retrieved From https://ms.wikipedia.org/wiki/Melanau
Wikipedia. Bumiputera Sabah Retrieved From https://ms.wikipedia.org/wiki/Bumiputera_di_Sabah
Anonymous (2012). Pakaian Etnik Masyarakat Sabah Retrieved From 15 September 2012 From,http://pakaiantradisional-
malaysia.blogspot.com/2012/09/pakaian-etnik-masyarakat-sabah.html
Wikipedia. Tadau Kaamatan Retrieved From https://ms.wikipedia.org/wiki/Tadau_Kaamatan
Wikipedia. Lepa Retrieved From https://ms.wikipedia.org/wiki/Lepa_(kapal)