The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tutorial 11_Kumpulan 2_BMMB3083

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amenda23-303, 2022-05-12 12:36:41

Pementasan Drama

Tutorial 11_Kumpulan 2_BMMB3083

BMMB3083

KUMPULAN NYIUR GADING

SOALAN

Jelaskan fungsi blocking
dengan contoh yang sesuai

dalam drama pentas.

DRAMA PENTAS

❏ Link : https://www.youtube.com/watch?v=6dmTmP4Dsw8

Mencerminkan Realiti

❏ Mencerminkan realiti dalam drama pentas merujuk kepada cara para
pelakon melakonkan sesuatu watak yang dapat membuat penonton
faham dengan alur cerita yang disampaikan.

❏ Hal ini dikatakan demikian kerana pelakon melakonkan babak dalam
drama yang mencerminkan keadaan sebenar dalam kehidupan
seseorang manusia yang menyebabkan penonton berasa dekat
dengan babak yang dilakonkan.

❏ Oleh itu, drama pentas ‘Frozen’ turut memaparkan babak yang
mencerminkan realiti kehidupan manusia.

Contoh Mencerminkan Realiti ❏ Berdasarkan drama pentas ‘Frozen’, para
pelakon yang memegang watak sebagai Elsa
dan Anna berjaya membuat penonton berasa
dekat dan memahami jalan cerita tersebut.

❏ Hal ini dikatakan demikian kerana pelakon-
pelakon tersebut menggambarkan babak
kasih sayang antara keluarga iaitu seorang
adik yang sanggup berkorban untuk
kakaknya.

❏ Pelakon tersebut turut menggambarkan
keadaan realiti yang menunjukkan ikatan
kasih sayang antara keluarga yang sangat
kuat. Contohnya, pelakon yang memegang
watak Anna yang dibekukan berjaya
dicairkan dengan pelukan yang penuh
dengan kasih sayang daripada kakaknya,
Elsa.

❏ Justeru, jelaslah blocking yang baik yang
ditunjukkan oleh para pelakon di atas pentas
berfungsi untuk mencerminkan realiti
manusia.

Proposisi

❏ Proposisi merujuk kepada keadaan seperti prop di atas pentas yang
tidak berat sebelah dan mengganggu fokus dan pandangan penonton
terhadap pelakon.

❏ Hal ini bermaksud prop yang digunakan hendaklah diletakkan di
tempat yang betul agar pelakon dapat dilihat oleh penonton.

❏ Jika prop diletakkan di tempat yang salah atau terlalu padat dan
banyak, maka, penonton akan hilang fokus terhadap lakonan pelakon
bahkan dapat menyebabkan penonton yang duduk belakang tidak
dapat melihat lakonan para pelakon dengan baik.

Contoh Proposisi ❏ Berdasarkan drama pentas ‘Frozen’,
aturan prop yang digunakan adalah tidak
padat yang membolehkan penonton
menonton lakonan pelakon dengan baik
dan jelas.

❏ Hal ini dikatakan demikian kerana
susunan prop adalah tidak berat sebelah
yang bermaksud prop berada di mana-
mana sudut di atas pentas yang
membolehkan pelakon dilihat oleh para
penonton.

❏ Oleh itu, blocking yang baik berfungsi
sebagai proposisi yang membolehkan
penonton menikmati lakonan pelakon
kerana penggunaan pentas dan prop yang
baik dan tidak padat.

Contoh Proposisi

Variasi Posisi

❏ Posisi yang bervariasi akan mampu mengelakkan para penonton berasa
bosan terutamanya pada ketika plot bagi sesebuah drama berunsur pelahan.

❏ Hal ini dikatakan demikian apabila komposisi yang dibuat semasa berdrama
adalah tidak statik dan mendatar sama ada dari segi pergerakkan ataupun
letaknya pelakon tersebut.

❏ Sebagai contoh, dalam drama “Frozen” variasi posisi oleh para pelakon
terlihat amat jelas apabila mereka mampu menguasai pentas dengan amat
baik.

❏ Hal ini demikian telah ditunjukkan oleh mereka apabila mereka tidak hanya
beridri kaku di satu bahagian pentas sahaja melainkan berjalan dengan
bebasnya di atas pentas.

Contoh Variasi Posisi

Titik Pusat Cerita

❏ Titik pusat cerita dalam pementasan drama ini merujuk kepada pusat daya tarikan
untuk para penonton. Sehubungan dengan itu, fungsi titik pusat dalam pementasan
drama ini adalah untuk memusatkan perhatian penonton kepada pelakon yang
sedang berlakon di atas pentas.

❏ Dalam hal ini, pentas teater biasanya sangat luas dan lebar. Oleh itu, titik pusat cerita
perlu dititikberatkan dalam sesuatu pementasan drama.

❏ Sebagai contoh, dalam pementasan drama “FROZEN”, titik pusat cerita dalam drama
ini sangat jelas dilihat kerana penggunaan lampu sorot oleh para pelakon. Dalam hal
ini, para pelakon akan menggunakan lampu sorot untuk membantu dalam
memusatkan perhatian penonton kepada para pelakon terutamanya apabila pelakon
banyak melakukan pergerakan di atas pentas. Hal ini penting dalam membantu untuk
menghidupkan lakonan pelakon serta memudahkan penonton untuk melihat di mana
sebenarnya titik pusat dari aksi-aksi yang sedang ditunjukkan oleh para pelakon di
atas pentas.

Contoh Titik Pusat Cerita

Gambar tersebut menunjukkan penggunaan lampu LED dan moving headlight
dalam penghasilan cahaya berwarna warni dan mood ceria. Penggunaan lampu
dan tata cahaya dalam pementasan tersebut turut dikawal menggunakan sistem
kawalan digital berkomputer. Jelaslah bahawa tujuan utama penggunaan lampu
adalah untuk memberikan efek visual yang jelas kepada penonton supaya mereka
dapat melihat objek atau pelakon dengan lebih jelas di atas pentas serta
menimbulkan imej tiga dimensi

Keseimbangan

❏ Keseimbangan dalam aspek blocking dalam drama adalah
berkaitan dengan kedudukan para pelakon, kedudukan props atau
peralatan yang digunakan sama pementasan.

❏ Hal ini demikian tersusun dengan baik agar bersesuaian dengan
naskah dan latar tempat dalam pementasan yang dijalankan. \

❏ Justeru, keseimbangan dapat dilihat semasa props dan pelakon
tidak hanya berada di satu kelompok atau satu sudut sahaja di
atas pentas.

❏ Sebagai contoh, drama “Frozen” yang telah kami pilih ini terlihat
mampu menyeimbangkan pentas dengan sangat baik.

❏ Props yang digunakan juga bersesuaian dengan posisi seseorang
pelakon tersebut berada.

Contoh Keseimbangan

Keutuhan

❏ Blocking yang baik akan berfungsi
untuk menampilkan keutuhan agar
hubungan antara komponen-komponen
yang terlibat dapat ditunjukkan.

❏ Dalam hal ini, para kru dalam
persembahan drama haruslah bijak
mengatur props serta peralatan untuk
menyokong persembahan.

❏ Sebagai contoh, dalam persembahan
drama “Frozen”, para kru telah berjaya
menyusun peralatan seperti pintu, jam,
kerusi dan bingkai gambar sebagai
blocking yang baik.

Keutuhan

❏ Tempat para kru meletakkan pintu
misalnya menyokong perlakuan watak
Anna mengetuk pintu kemudiannya.

❏ Hal ini jelas menunjukkan bahawa
penempatan posisi penempatan pintu
tersebut saling menyokong sehingga
menunjukkan kesan cerita yang utuh dan
tidak berlaku pertindihan.

❏ Fungsi blocking untuk menunjukkan
keutuhan juga ditunjukkan ketika watak
Elsa mengeluarkan magisnya iaitu
penciptaan salji yang pelbagai bentuk.

❏ Dalam hal ini pula, gerakan Elsa saling
menyokong penempatan salji-salji yang
dihasilkan dari paparan tatacahaya saling
menyokong bagi menunjukkan kesan
perbuatan magisnya itu.

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version