CARIK-CARIK BULU AYAM LAMA-LAMA BERCANTUM JUGA Cerpen Kanak-kanak Penulis: Amenda Preschia, Ivy Jenun, Jessie Jelenie, Noreliza
Di sebuah hutan, tinggal tiga sahabat iaitu Si Tupai, Si Arnab dan Si Ular. Mereka bertiga bersahabat baik ibarat isi dengan kuku, tidak pernah terpisah antara satu sama lain.
Pada suatu hari, Si Tupai dan Si Arnab pergi ke pasar. Setibanya mereka di pasar, Si Tupai melihat sepasang kasut yang sangat cantik. Si Tupai lalu berkata kepada Si Arnab, “Si Arnab, ayuhlah kita membeli kasut ini. ” sambil memujuk Si Arnab untuk membeli kasut tersebut bersama-sama. Si Arnab tersenyum lalu berkata, “Baiklah Si Tupai. ” sebagai tanda dirinya bersetuju dengan ajakan Si Tupai. Gerai Kasut
Lalu, mereka pun pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Di rumah, Si Ular yang sedang asyik menonton televisyen menyambut kedatangan Si Tupai dan Si Arnab dengan perasaan yang teruja lalu berkata “Apakah yang kalian berdua telah beli?” sambil pergi ke arah Si Tupai dan Si Arnab. Beli apa?
Si Tupai dengan bangganya memperlihatkan kasut baharunya kepada Si Ular. Melihat keadaan tersebut, Si Ular berasa sedih kerana Si Tupai dan Si Arnab tidak membelikan dirinya kasut.
Si Tupai dan Si Arnab tak perasan ada kesuraman yang meniti wajah Si Ular. Si Ular lalu bertanya kepada Si Tupai dan Si Arnab , “ Adakah kalian tidak suka berkawan dengan saya lagi?” sambil tertunduk menahan kesedihan.
Setelah mendengarkan pertanyaan itu, Si Tupai dan Si Arnab pun tertawa lalu berkata “Mengapakah awak berkata begitu?” sambil berjalan mendekati Si Ular. Lalu Si Ular pun menjawab, “Kerana kalian berdua membeli kasut yang sama tanpa membelikannya untuk saya juga, ” ujar Si Ular dengan nada yang sedih.
Kemudian, Si Arnab dan Si Tupai pun menjelaskan bahawa sekiranya mereka turut membelikannya kasut, Si Ular tidak akan dapat menggunakannya kerana Si Ular merupakan haiwan yang tidak berkaki.
Setelah mendengarkan penjelasan tersebut, Si Ular pun tersedar lalu meminta maaf atas tindakannya yang tidak mengukur baju di badan sendiri.
Si Tupai dan Si Arnab pun memaafkannya. Sejak hari itu, hubungan persahabatan mereka menjadi erat.