]
Mesyuarat Agung
PIBG
Kali ke-37
_SMK KELAPA SAWIT_
TARIKH : 22.5.2022 (AHAD)
MASA : 2.00-4.00 PETANG
PLATFORM : GOOGLE MEET DI PAUTAN
https://meet.google.com/xpk-fyax-yhp
www.facebook.com/SMK kelap1a| sMaEwSitY U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7
NO.TEL : 07-652 1760 / FAKS : 07-652 4362
Isi Kandungan
Bil Tajuk Muka Surat
1 Isi Kandungan 2
2 Kata Alu-aluan YDP PIBG 3
3 Kata Alu-aluan Pengetua 4
4 Akta Pendidikan 5
5 Jawatankuasa Pelaksana 6-8
6 AJK PIBG Tahun 2021/2022
7 Atur cara Majlis 9-10
8 Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-36 11
Tahun 2021/2022 13-16
9 Laporan Aktiviti PIBG Sepanjang Sesi 2021/2022
10 Penyata Kewangan PIBG SMK Kelapa Sawit 18
19-22
Tahun 2021/2022
11 Usul-Usul Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Smkks 24
2021/2022 26
12 Autograf
2|MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37
Kata Alu-aluan
Yang Dipertua PIBG
SMK Kelapa Sawit
Sesi 2021/2022
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-
Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK
PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai
program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam
pertemuan seperti ini, kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi
aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini.
Kami AJK PIBG sesi 2021/2022 telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara
yang terbaik. Di dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan
kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya. Sumbangan tuan/puan telah digunakan
dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah bertujuan meningkatkan
pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Tuan/Puan bolehlah melihat
buku atur cara mesyuarat agung kali ini di mana di dalamnya terdapat laporan aktiviti PIBG dan
juga sumbangan PIBG kepada sekolah.
Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah
dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan
kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Tambahan
pula, dengan situasi COVID-19 yang melanda, banyak faktor yang perlu diambil kira dalam
memastikan anak-anak kita sentiasa berada dalam landasan pembelajaran yang tepat. Mudah-
mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan
cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SMK Kelapa Sawit.
Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat meneruskan
usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SMK Kelapa Sawit.
Sekian, terima kasih.
En Salleh bin Omar
YDP PIBG
SMK Kelapa Sawit
Sesi 2021/2022
3|MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37
Kata Alu-aluan
Yang Dipertua
SMK Kelapa Sawit
Assalamu’alaikum w.b.t dan salam SMeKSA Gemilang.
Syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama
dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Kelapa Sawit kali ke-37 tahun 2022 secara maya. Sekalung
tahniah dan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana tak lupa juga ucapan terima
kasih kepada ibu bapa yang dapat hadir ke mesyuarat Agung PIBG kali ini. Kehadiran ibu bapa
menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar.
Mesyuarat agung PIBG kali ini menempa sejarah kerana diadakan secara maya
disebabkan kekangan yang wujud. Kita perlu akur kepada Prosedur Operasi Standard (SOP)
yang ditetapkan demi memastikan kita kembali kepada norma yang biasa. Walau
bagaimanapun, sebagai pentadbir saya akan tetap melaksanakan tugas saya sebaik mungkin
demi kecemerlangan SMeKSA. Saya dan pihak sekolah akan memastikan anak-anak tuan puan
sentiasa diberi keutamaan dari segi keselamatan sepanjang persekolahan untuk semua pelajar.
Alhamdulillah, masa terus berlalu tanpa kita sedar. Banyak kecemerlangan dan kejayaan
yang telah dicapai sama ada dalam bidang akademik, mahupun dalam bidang kokurikulum.
Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usaha guru-guru yang sentiasa komited
dalam mendidik anak-anak pelajar. Seterusnya, ia menggambarkan usaha dan kerjasama yang
terjalin kukuh antara guru dengan ibu bapa selama ini diberkati Allah SWT.
Dalam era globalisasi ini, dunia pendidikan sentiasa mengalami banyak perubahan dari
semasa ke semasa. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu,
kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang. Pendidikan merupakan bidang yang
dinamik dan pragmatik serta memerlukan pelaksanaan yang cekap. Sokongan padu daripada
pelbagai pihak khususnya PIBG sangat diperlukan terutamanya dalam pembangunan fizikal dan
prasarana sekolah ini. Selain itu, sumbangan PIBG sangat dialu-alukan dalam menjayakan
pelbagai program peningkatan akademik. Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan dan
kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat dialu-alukan bagi menjayakan segala program
yang dirancang.
Semoga jaringan serta kolaboratif yang kuat ini dapat dikekalkan dan mampu dijadikan
pentas utama dalam mencipta resipi kegemilangan bagi sekolah ini. Insya-Allah bersama-sama
kita berdoa dan merealisasikannya. Sekian, terima kasih.
Hjh Lily Bu bte Abdullah
Pengetua Cemerlang
SMK Kelapa Sawit
4|MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37
PIBG RASIONAL
Pengurusan sekolah akan menjadi lebih berkesan
dengan penglibatan PIBG secara berfokus dan
terancang. Jalinan kerjasama antara pentadbir
sekolah dan peneraju PIBG akan menjayakan
semua warga sekolah dan waris pelajar bagi
membawa kejayaan gemilang kepada sekolah.
Kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab
akan memberikan impak yang memberansangkan
ke atas kecemerlangan sekolah.
FALSAFAH
PIBG adalah komponen penting dalam
merealisasikan wawasan sekolah
MATLAMAT
Menjadikan PIBG sebagai agen pembantu dalam
semua program peningkatan sekolah di samping
menyediakan prasarana perhubungan yang
mantap antara waris dan semua peringkat
pengurusan pendidikan.
OBJEKTIF
Membantu menggemilangkan ke arah pencapaian
matlamat dan objektif Perancangan Strategik
Sekolah khususnya dalam bidang :
1) Kurikulum
2) Kokurikulum
3) Disiplin
4) Bina Insan / Moral
5) Keceriaan
Akta Pendidikan 1996
Peraturan -peraturan Pendidikan
(Persatuann Ibu Bapa & Guru 1998)
5|MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37
Jawatankuasa Pelaksana
MESYUARAT AGUNG PIBG SMK KELAPA SAWIT KALI KE-37
22 MEI 2022 (AHAD)
JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Pn. Hajah Lily Bu bte Abdullah
Pengetua Cemerlang, SMK Kelapa Sawit
Naib Pengerusi I : En. Zainol bin Ahmad
Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi II : En. Jodi Bin Ahmad Morhtar
Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi III : Pn. Anida Binti Abdul Aziz
Penolong Kanan Petang
Naib Pengerusi IV :Pn. Zanariah binti Mohamed
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Setiausaha : Pn. Siti Fairus binti Ahmad
Naib Setiausaha : En. Muhammad Azrulhakim bin Anuar
Bendahari : En. Tan Wei Xiang
Naib Bendahari : Pn. Norlina binti Pungut
Penyelaras : Pn. Habibah binti Mohd Ekhsan
: Pn. Rosni binti Muda
: Pn. Md Zaid bin Basiron
: Pn. Rozyana Binti Mohd Ali@Ghani
6|MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37
JAWATANKUASA PERSIAPAN
Penyelaras : Pn. Habibah binti Mohd Ekhsan
Banner/Publisiti Siaraya
Pn. Riza bt.Suriati (Ketua) En. Mohd Abdul Sani bin Aziz
Pn. Siti Nuzinara binti Baseran (Ketua)
En. Mohd Fazlun bin Ibrahim Pengawas Media
Tn. Hj Wan Roslan bin Wan Ahmad
En. Mohd Aliff bin Yusoff
En. Mohd Shukri bin Yakub
Pn. T. Suguna a/p Thangavelu
Pn. Lim Sher Li
Buku Program/Pamplet
Pn. Nur Ain binti Jasman (Ketua)
Pn. Nurul Huda binti Mansor
Pn. Noor Shazwanie binti Abdul Ghani
Pn. Suhaida binti Sariff
JAWATANKUASA KHIDMAT PROTOKOL & PERJALANAN MAJLIS
Penyelaras : Pn. Rosni binti Muda
Pengacara Majlis
En. Akilul Nazar bin Arbain (Ketua)
Pn. Isnawati binti Munasat
En. Mohd Rafaie bin Mohamed Faudzi (Bacaan Doa)
Pencatat Minit Mesyuarat
Pn. Nurul Suhada binti Mahat (Ketua)
Pn. Che Norashidah binti Che Abdul Aziz
Pendaftaran
Pn. Zaizura binti Mohd Shah (Ketua)
Pn. Syazana Akma binti Karim
7|MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37
JAWATANKUASA BAHAGIAN AM I
Penyelaras : Md Zaid bin Basiron
Teknikal
En. Mohd Hafizi bin Puteh (Ketua)
En. Mohamad Arif Owais bin Alias
Pn. Hjh. Farawahidah binti Apandi
Pn. Puana a/p Muniyendi
En. Rusdi bin Samsuddin
Persembahan Multimedia
En. Mohd Fakhrul Anwar bin Zalkafle (Ketua)
Pn. Hjh. Norhayati binti Mohamed Salleh
Pn. Nazatulnasreen Kamarulzaman
JAWATANKUASA BAHAGIAN AM II
Penyelaras : Pn. Rozyana Binti Mohd Ali@Ghani
Hadiah
Pn. Fauziah binti Bahari (Ketua)
Pn. Nurul Izza binti Jufree
Cik Gel Cylliz Mitchel anak Gorger Lennon
En. Oliver anak Louise
Dokumentasi
En. Ong Weai Chien (Ketua)
Cik Nur Halimatunsaadiah binti Md Said
Pn. Norliana binti Aziz
Pn. Noorazela binti Awang
8|MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37
AJK PIBG
Tahun 2021/2022
1. Penasihat: Tn Hj Rahmat bin Baharudin
2. YDP: En. Salleh bin Omar
3. N. YDP: En. Hamdan bin Yusuf
4. S/U : Pn. Siti Fairus binti Ahmad
5. Pen S/U: En. Mohd Azrulhakim bin Anuar
6. Bendahari: En. Tan Wei Xiang
7. Pen. Bend: Pn. Norlina binti Pungut
8. Juru Audit 1: Cik Naliz Ezma binti Abdul Hamid
9. Juru Audit 2: Pn. Fauziah binti Bahari
Biro
10. Displin/ Bina Sahsiah:En. En. Ong Weai Chien
11. Kerohanian/ Pendidikan: Pn. Siti Aminah binti Zahruddin
12. PIBK/ Maklumat: Pn. Zaizura binti Mohd Shah
13. Kebajikan/ Keceriaan: Cik Nandini A/P Indiran
14. Pembangunan/ Kemudahan Asas: En. Mohd Hafizi bin Puteh
9|MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37
AJK Ibu Bapa:
15. Rumah Awam: En. Jun Sen Johnson
16. Tmn Wawasan: En. Subramaniam
17. Tmn Manis: Pn. Fauziah binti Bahari
18. Tmn Scientex: Pn. Azizah binti Mansor
19. Sedenak: Pn. Masdiyanah binti Mohd Salim
20.Kg Rahmat: Tn. Hj Kalam.
AJK Wakil PPKI:
21. Pn. Siti Maslinda Binti Hamzah
22.Pn. Wan Juzaidah Binti W. Jusoh
10 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7
Atur cara Majlis
1.30 petang - Pendaftaran ibu bapa dan guru
2.00 petang - Bacaan Doa
3.00 petang - Ucapan Pengetua – Pn Hjh. Lily Bu Bte Abdullah
- Ucapan Yang Dipertua PIBG – En. Salleh bin Omar
4.00 petang - Persembahan Multimedia
- Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-37 dimulakan
- Ucapan Pengerusi
- Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-37
- Laporan Program PIBG Sepanjang Sesi 2021/2022
- Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata
Kewangan
- Membahaskan Usul (jika ada)
- Perkara Berbangkit
- Pembubaran AJK PIBG 2021/2022 dan Pelantikan AJK
PIBG 2022/2023
- Penetapan Sumbangan PIBG Tahun 2022/2023
- Hal-hal lain
- Ucapan Penangguhan
- Cabutan Bertuah
- Bersurai
11 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7
MINIT MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA
DAN GURU
KALI KE-36
TAHUN 2021/2022
12 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
KALI KE-36 TAHUN 2021/2022
Tarikh : 18 April 2021
Hari : Ahad
Masa : 2.00-4.00 petang
Tempat : Secara Google Meet di kediaman masing-masing
Pengerusi : YDP (En. Salleh bin Omar)
Kehadiran Guru : 67 orang
Kehadiran Ibu Bapa : 77 orang
Perasmi : YDP (En. Salleh bin Omar)
1. 0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan guru serta mengucapkan
terima kasih atas kesudian ibu bapa menyertai Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36
secara dalam talian sesi 2021/2022.
2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE-35 2020/2021
2.1 Pn. Siti Fairus binti Ahmad, selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit
Mesyuarat Agung Kali ke-35 2020/2021 melalui paparan slide di skrin.
Dicadang untuk disahkan oleh : Pn. Rina binti Shahir
Disokong untuk pengesahan oleh : Pn. Uma Devi
3.0 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN
BERAKHIR 31/12/2020
3.1 En. Tan Wei Xiang, selaku Bendahari PIBG membentangkan penyata
kewangan berakhir 31 Disember 2020 berjumlah RM 879.59 (Rujuk Buku
Program)
Dicadang untuk disahkan oleh : Pn. Siti Maslinda binti Hamzah
Disokong untuk pengesahan oleh : Pn. Uma Devi
4.0 USUL-USUL MESYUARAT PIBG DIBAHASKAN
4.1 Pn. Roslina binti Rosli
4.1.1 Lajukan kipas siling di dalam kelas, tambah menu atau pelbagaikan menu di
kantin dengan harga mampu beli oleh semua pelajar
13 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7
Tn Pengetua, En. Rahmat bin Baharudin menjelaskan bahawa
kebanyakan kipas siling kelas telah dibaiki. Namun, pihak sekolah akan
membaiki kipas siling di kelas-kelas lain dari semasa ke semasa.
4.2 Pn. Hasnah binti Selamat
4.2.1 Memohon agar papan putih di kelas anaknya iaitu 4 Sains ditukar
kerana susah untuk dibersihkan. Secara tidak langsung, ia akan
memudahkan pelajar untuk membersihkannya bagi memudahkan guru
seterusnya untuk mengajar.
Tn. Pengetua memberitahu bahawa sebanyak 10 unit papan putih telah
diganti untuk kelas-kelas yang bermasalah. Kelas 4 Sains juga akan
ditukar tidak lama lagi.
4.3 Pn. Nik Khatihjah binti Ibrahim
4.3.1 Libatkan pelajar dengan semua aktiviti sekolah
En. Tan Wei Xiang, guru penasihat unit beruniform Bulan Sabit Merah
Malaysia (BSMM) mewakili GPK Kokurikulum menjelaskan bahawa
semua aktiviti sekolah secara bersemuka selain sesi pengajaran dan
pembelajaran tidak dibenarkan buat masa sekarang. Namun begitu, pihak
sekolah daam perancangan untuk menjalankan aktivti kokurikulum
secara maya dalam masa terdekat.
5.0 PERKARA BERBANGKIT
5.1 En. Nadzri bin Mustafa
5.1.1 Memandangkan situasi dan keadaan sekarang agak terhad untuk
menyatakan sebarang cadangan berkaitan sekolah, pihak ibu bapa
memahami keadaan dan mengaharapkan agar pihak sekolah meneruskan
sahaja agenda yang telah dirancang demi pembangunan dan pendidikan
anak-anak. Namun, beliau mengaharapkan 100% komitmen daripada
pihak sekolah untuk melaksanakan program yang bersesuaian dengan
masalah pandemic Covid-19 ini.
Tn. Pengetua mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan
kefahaman ibu bapa berkaitan kekangan yang dihadapi oleh pihak
sekolah akibat pandemik yang berlaku. Pihak sekolah akan sedaya upaya
melaksanakan program yang bersesuaian dengan situasi sekarang.
14 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7
6.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2020/2021
6.1 En. Salleh bin Omar selaku YDP PIBG 2020/2021 membubarkan AJK PIBG
pada jam 3.30 petang.
6.2 Melantik En. Salleh bin Omar sebagai pengerusi sementara.
Dicadang oleh : En. Mohamad Rusdi bin Samsudin
Disokong oleh : Pn. Siti Maslinda binti Hamzah
6.3 Melantik semula AJK PIBG Tahun 2020/2021 yang memiliki anak yang masih
bersekolah di sekolah ini sebagai AJK PIBG Tahun 2021/2022.
Dicadang oleh : Pn. Rina binti Shahir
Disokong oleh : Pn. Masdiyanah binti Mohd Salim
6.4 Terdapat 2 orang AJK Ibu Bapa yang perlu dilantik semula kerana anak
mereka telah menamatkan persekolah pada tahun ini. Oleh itu, pihak mesyuarat
melantik 2 orang AJK PIBG Tahun 2021/2022 bagi menggantikan jawatan yang
dikosongkan.
Taman Wedo : Pn. Azizah binti Mansor
Taman Scientex Zon 1 : Belum diputuskan dan akan dilantik pada
mesyuarat AJK PIBG akan datang.
7.0 AHLI JAWATANKUASA 2021/2022
7.1 Kata alu-aluan daripada YDP PIBG bagi tahun 2021/2022, En. Salleh bin Omar
7.2 Ahli Jawatankuasa PIBG Tahun 2021/2022 (Rujuk Lampiran)
8.0 PENETAPAN SUMBANGAN PIBG BAGI TAHUN 2021/2022
8.1 Sumbangan PIBG 2021/2022 dikekalkan seperti tahun lepas iaitu sebanyak
RM70 sekeluarga.
Dicadang oleh : En. Salleh bin Omar
Disokong oleh : En. Mohamad Rusdi bin Samsuddin
Mesyuarat sebuat suara bersetuju agar sumbangan PIBG bagi tahun 2021/2022
dikekalkan sebanyak RM 70.00 sekeluarga.
15 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7
9.0 UCAPAN PENANGGUHAN
9.1 En. Salleh bin Omar selaku YDP PIBG SMK Kelapa Sawit mengucapkan terima
kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang telah bersama menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG SMKKS kali ke-36. Beliau mengharapkan semua pihak
dapat memberi kerjasama dan sokongan terhadap semua program PIBG bagi
meningkatkan kecemerlangan sekolah sesuai dengan keadaan dan situasi
pandemik yang melanda negara.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
……………………………. …………………………………
Nur Ain bte Jasman Salleh bin Omar
Pencatat Minit Yang Dipertua PIBG
Mesyuarat PIBG SMK Kelapa Sawit SMK Kelapa Sawit
Tarikh : 21 April 2021 Tarikh : 21 April 2021
16 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7
LAPORAN AKTIVITI
PIBG & PENYATA
KEWANGAN PIBG
SMK KELAPA SAWIT
TAHUN 2021/2022
17 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7
LAPORAN AKTIVITI PIBG
SEPANJANG SESI 2021/2022
Bil. Perkara Tarikh
18/4/2021
1. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Kelapa Sawit Kali Setiap Hari
Ke-36 Khamis
4/5/2021
Program Jalan ke Syurga (Bacaan Surah Yasin) 10/10/2021
2.
21/10/2021
(Anjuran bersama MAKDIS & PPS SMKKS)
8/12/2022
3. Majlis Penyerahan Kasih Prihatin Ihya Ramadan 1442/2021 21/1/2022
(Anjuran bersama MAKDIS) 2021-2022
Program Diskusi Akademik Bersama Ibu Bapa 2021-2022
4.
2021-2022
(Anjuran bersama SMKKS)
Sambutan e-Maulidur Rasul SMKKS
5. (Anjuran bersama MAKDIS,Unit Bimbingan & Kaunseling,
Unit Perpustakaan & media, serta SMK kompleks
Tembusu, Terengganu)
6. Sumbangan Dana Pembinaan Laluan Blok F Ke Tandas
Murid
7. Sumbangan Dana Jamuan Makan Malam SMEKSA 2021
8. Sumbangan Kepakaran Baik Pulih Sistem Pendaiwaian di
Sekitar Sekolah oleh YDP PIBG (Encik Salleh Bin Omar)
Cenderamata Perpisahan Guru Berpindah
-Tuan Haji Rahmat Bin Baharuddin
(Mantan Pengetua)
9. -Puan Siti Maslinda Binti Hamzah
(Mantan GKMP Bidang Bahasa)
-Encik Ismail bin Jaafar
(Mantan GKMP Bidang Sains Matematik)
Membiaya Kos Program Kecemerlangan SPM
10. - Banner SPM
- Fotokopi bahan-bahan SPM
- Makanan pelajar-pelajar SPM
18 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7
Penyata Kewangan PIBG
SMK Kelapa Sawit
Tahun 2021/2022
Tarikh Perkara Masuk Keluar
01.01.21 BAKI DISEMBER 2020 879.59
TIADA TRANSAKSI
01.02.21 BAKI JANUARI 2021 879.59
02.02.21 BAYARAN PROSES CEK + GST 0.50
01.03.21 BAKI FEBRUARI 2021 879.09
TIADA TRANSAKSI
01.04.21 BAKI MAC 2021 879.09
01.04.21 SUMBANGAN PIBG 2020 622.20
12.04.21 HADIAH AJK 230.00
12.04.21 HADIAH CABUTAN BERTUAH 300.00
HADIAH EN ISMAIL DAN EN 350.00
12.04.21
ROSLEE (PINDAH)
16.04.21 SUMBANGAN PIBG 2020 210.00
30.04.21 BAYARAN PROSES CEK + GST 2.00
01.05.21 BAKI APRIL 2021 829.29
31.05.21 BAYARAN PROSES CEK + GST 0.50
01.06.21 BAKI MEI 2021 828.79
19 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7
Tarikh Perkara Masuk Keluar
TIADA TRANSAKSI 828.79
210.00
01.07.21 BAKI JUN 2021
0.50
29.07.21 SUMBANGAN PIBG 2021 1,038.29
30.07.21 BAYARAN PROSES CEK + GST 1,038.29
01.08.21 BAKI JULAI 2021 1,038.29
84.00
TIADA TRANSAKSI
1,122.29
01.09.21 BAKI OGOS 2021 0.50
TIADA TRANSAKSI 1,121.79
01.10.21 BAKI SEPTEMBER 2021 200.00
300.00
21.10.21 SUMBANGAN PIBG 2021
1.00
01.11.21 BAKI OKTOBER 2021 620.79
30.11.21 BAYARAN PROSES CEK
01.12.21 BAKI NOVEMBER 2021
HADIAH PERPISAHAN
08.12.21
PN. SITI MASLINDA
08.12.21 JAMUAN MESYUARAT PIBG
31.12.21 BAYARAN PROSES CEK
20 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7
JUMLAH DEBIT 1,126.20
JUMLAH KREDIT 1,385.00
Disediakan oleh :
……………………………..
En. Tan Wei Xiang,
Bendahari PIBG
SMK Kelapa Sawit
Disemak oleh:
……………………………...
Pn. Naliz Ezma binti Abdul Hamid,
Juru Audit 1 PIBG
SMK Kelapa Sawit
Disemak oleh:
………………………………
Pn. Fauziah binti Bahari,
Juru Audit 2 PIBG
SMK Kelapa Sawit
21 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7
Kutipan Sumbangan
PIBG Tahun 2021
Bilangan pelajar (mengikut
keluarga) = 1170
Bilangan menyumbang
(mengikut keluarga) = 332
Peratusan kutipan = 28.4%
22 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7
PEMBENTANGAN
USUL
23 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7
USUL-USUL MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN PIBG
SMKKS 2021/2022
BIL. NAMA IBU USUL/PERSOALAN
BAPA/PENJAGA
1. MALINA BINTI MAT Berkenaan naik turun murid ke sekolah
SARI jalan yang agak sempit dan berbahaya.
2. HASNAH BINTI Dapatlah kiranya, melalui sumbangan
SELAMAT PIBG, sekolah dapat memasang PENAPIS
AIR di setiap blok sekolah, terutama di
blok belakang untuk kemudahan murid
mendapatkan lebih air untuk diminum.
Jika ada persetujuan, boleh hubungi saya
untuk pemasangan penapis air
CUCKOO@ RM120 sebulan. Terima kasih.
24 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7
PERGORBANAN IBU DAN AYAH
Ibu
Kamulah segalanya bagiku
Kamulah ratu hatiku
Yang menjagaku sejak
Aku mengenali duniaku ini
Yang mencegahku dari kesalahanku
Yang mendidikku dengan penuh kasih sayang
Kamulah lambang cintaku
Ayah
Kamu bagai semut bekerja keras
Kamu bagai lebah mencari madu
Kamu inginkan aku
Bagai rama-rama berterbangan kebebasan
Tanpa kesusahan, tanpa kesukaran
Mengetepikan perkara yang nahi
Mengetepikan dunia bermukah
Mengetepikan dunia kebebasan
Pesanan Ibu dan Ayah sentiasa diingati
Tidak terlepas daripada ingatanku
Menyingkirkan nafsi,peteras mahupun pertentengan
Membuka pintu hati bak tabuk yang ditembusi cahaya
Pabila pawaka,pawana kencang melanda
Ketakutan,kerisauan hadir di tubuhku
Pelukan ibu dan ayah sentiasa diingati
Tidak terlepas dari ingatanku
Ibu
Ayah
Aku menghargai segalanya pengorbananmu
Akan ku balas jasamu yang indah itu
Janji manis ku pada mu
Ibu...
Ayah...
~khaulah nur~
25 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7
Autograf
26 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7
27 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 3 7