The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAHASA MELAYU TAHUN 4 KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by angela23-319, 2021-08-05 12:39:20

BAHASA MELAYU TAHUN 4 KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS

BAHASA MELAYU TAHUN 4 KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS

Keywords: Kata nama am,kata nama khas,kata nama

BAHASA MELAYU
TAHUN 4

TATABAHASA

KATA NAMA

Nota Kata Nama

1. Kata nama terbahagi kepada dua iaitu:
(i) Kata nama am
(ii) Kata nama khas

Kata nama am

1. Menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa (orang, haiwan)
2. Sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda.

Golongan Kata Nama Contoh
Manusia, orang
ayah, perempuan, kerani, guru,
Binatang doktor, polis, lelaki, askar
Tumbuh-tumbuhan ayam, itik, kucing, ikan
Benda
pokok, nanas, rumput, betik

buku, botol, rumah, kamera,
komputer

Kata nama khas

1. Digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
3. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan

dan sebagainya.

Golongan Kata Nama Khas Contoh

Manusia Aminah, Ali, Johillyn, Esther

Binatang Tompok (kucing), Sang Belang
Tempat (harimau), Jalak (ayam)
Bangunan
Kota Samarahan, Sarawak, Kuala
Lumpur

Hospital Borneo, Dewan Seri Rampai

Judul buku Dewan Siswa (majalah), Kamus Dewan
(buku), Seindah Bunga (buku)

Perbezaan Kata Nama Am Dan Kata

Nama Khas

Kegunaan Kata nama am Kata nama khas

Benda bangunan, kereta, buku, Pusat Akuatik Indah, Perodua,
sekolah Kimia, SK Merpati

Orang doktor, guru, budak lelaki Doktor Alia, Puan Ervinia, Ali
Binatang kucing, arnab Si Tompok, Si Putih
Tempat negeri, bandar Sarawak, Bandar Kuching
Tumbuhan pisang, limau Pisang Emas, Limau Kasturi

Bahan Bantu
Mengajar

Witty Funny Boxy
Berdasarkan Petikan Teks

Bahan Bantu Mengajar

Witty Funny Boxy
Berdasarkan
Petikan Teks

Manual Penggunaan

Berdasarkan Petikan Teks

1. Murid bermain permainan “gunting, batu, kertas”
untuk menentukan giliran melempar dadu.

2. Kemudian, murid menggerakkan petanda masing-
masing mengikut jumlah dadu tersebut.

3. Sekiranya murid terkena pada tapak yang berlabel
bina maka murid membina ayat berdasarkan salah
satu kata nama am atau khas yang diberi oleh
guru.

4. Murid yang seterusnya melemparkan dadu dan
sekiranya terkena pada tapak yang berlabel teka,
murid meneka kata nama am atau kata nama khas
berdasarkan petikan teks dan menulis pada
ruangan kotak tersebut.

5. Sekiranya terkena pada tapak berlabel cari, murid
mencari kata nama am atau kata nama khas
berdasarkan petikan teks yang diberi oleh guru.

TEMA 1

KEKELUARGAAN

Suhaila murid tahun empat. Dia tinggal di Taman Sejahtera. Ayah
Suhaila bekerja sebagai doktor gigi manakala ibu Suhaila adalah seorang suri
rumah. Suhaila mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Mereka bertiga
memiliki hubungan yang sangat rapat. Pada setiap petang, mereka akan bersiar-
siar di taman yang berhampiran. Selain itu, mereka bertiga sering membantu
ibunya untuk menyiapkan makan malam. Abang Suhaila memotong buah, kakak
Suhaila pula menolong ibu menyediakan bahan masakan manakala Suhaila
membantu dalam mencuci pinggan dan mangkuk. Mereka sekeluarga sangat
bahagia.

TEMA 2

KEMASYARAKATAN

Skuad Prihatin Sekolah Kebangsaan Batu Satu telah menyampaikan
sumbangkan kepada mangsa kebakaran di Kampung Batu Satu. Skuad yang
dianggotai oleh guru-guru dan murid-murid tahap dua itu telah menyampaikan
sumbangan itu semalam. Mangsa kebakaran, Encik Musa kerugian harta
bendanya apabila rumah yang didudukinya rentung dalam kebakaran. Anaknya,
Kamarul yang juga merupakan murid Sekolah Kebangsaan Batu Satu diberi
sumbangan berupa pakaian dan buku sekolah. Sebagai tanda prihatin, skuad
telah menyampaikan sumbangan berupa wang hasil derma kilat murid-murid dan
guru-guru bagi meringankan beban Encik Musa sekeluarga.

TEMA 3

KESIHATAN & KEBERSIHAN

Obesiti dalam kalangan masyarakat kita semakin membimbangkan.
Hal ini berpunca daripada pengambilan makanan yang berlemak dan manis.
Masyarakat yang malas bersenam juga mengakibatkan peningkatan kes obesiti.
Hal ini menyebabkan masyarakat menjadi tidak cergas, badan menjadi lemah
dan lesu. Oleh itu, kita hendaklah menjaga pemakanan agar tidak mengalami
obesiti. Selain itu, kita juga perlu bersenam untuk mengeluarkan peluh dari dalam
badan.

TEMA 4

KESELAMATAN

Kemalangan jalan raya yang kerap berlaku sejak belakangan ini adalah
berpunca daripada sikap pemandu yang suka memandu melebihi had laju yang
ditetapkan. Dalam hal ini, had laju yang sedia ada wajar dikurangkan, khususnya
di kawasan lebuh raya, walaupun sesetengah pemandu sememangnya tidak
bersetuju dengan cadangan ini, tetapi apabila suatu peraturan itu telah
ditetapkan, mereka harus mematuhinya. Denda juga harus dikenakan terhadap
pengguna yang memandu melebihi had yang ditetapkan. Jika seseorang
pemandu itu didapati melakukan kesalahan yang sama lebih daripada dua kali,
maka lesen memandu mereka perlu digantung. Tindakan ini sudah pasti akan
dapat membuka mata pengguna-pengguna lain. Sikap tidak mengambil peduli
akan keselamatan di jalan raya dalam kalangan pengguna selama ini pasti akan
terhakis apabila amaran menggantung lesen memandu mereka dikeluarkan.

TEMA 5

PERPADUAN

Sejak kebelakangan ini, perpaduan antara kaum di negara kita
semakin renggang. Antara usaha untuk mewujudkan perpaduan adalah dengan
mengamalkan sikap saling menghormati antara kaum. Rakyat yang berlainan
kaum mestilah menghormati adat kaum yang lain. Selain itu, dengan menghayati
Rukun Negara,perpaduan kaum akan dapat diwujudkan. Rukun Negara yang
kelima menjelaskan bahawa rakyat Malaysia perlu bersopan dan bertatasusila.
Dengan berpaksikan Rukun Negara ini, maka perpaduan akan dapat diwujudkan.

TEMA 6

ALAM SEKITAR

Salah satu langkah yang efektif dalam penjagaan alam sekitar adalah
dengan menggalakkan tanaman hijau. Tanaman pokok seperti pokok-pokok
bunga dan sayur-sayuran sangat berguna dalam kehidupan manusia.
Kepentingan pokok terhadap alam sekitar umpama aur dengan tebingiaitu saling
memerlukan. Sebagai contohnya, pihak ibu bapa atau pihak sekolah boleh
menggalakkan aktiviti penanaman pokok seperti pokok-pokok bunga di kawasan
persekitaran untuk menyahut seruan atau menyokong kempen penanaman
pokok yang dijalankan pihak kerajaan bagi memulihara alam sekitar. Kesannya,
alam sekitar yang hijau dapat memberikan udara yang nyaman dan segar kepada
penghuninya sekali gus dapat menghijaukan alam sekitar. Tegasnya, galakan
dalam aktiviti penanaman pokok dapat menjaga alam sekitar kita daripada
tercemar.

TEMA 7
KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA

Kesenian dan muzik telah lama bertapak di Malaysia, dengan seni
Melayu mula berkembang sejak zaman Kesultanan Melayu. Seni tradisional
berpusat pada bidang seperti ukiran, barangan perak dan tenunan. Hasil seni
yang menggambarkan manusia terbatas sehinggalah pada pertengahan kurun
ke-20 akibat pengaruh Islam. Seni persembahan dan wayang kulit amat popular
dan sering memaparkan pengaruh India. Pelbagai pengaruh dapat dilihat dalam
seni bina, daripada budaya individu di Malaysia serta daripada negara-negara
lain. Sajian makanan sering terbahagi mengikut garis etnik tetapi beberapa
hidangan wujud dengan adunan dari pelbagai kumpulan etnik.

TEMA 8
JATI DIRI, PATRIOTISME & KEWARGANEGARAAN

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memupuk semangat
patriotik dalam sanubari anak–anak. Ibu bapa harus sentiasa menanamkan
kesedaran tetang pentingnya memelihara kedulatan dan kemerdekaan negara
sejak anak-anak masih kecil lagi. Ibu bapa juga mesti menjadi contoh teladan
yang baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera
bersama-sama anak-anak ketika sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa
dan anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa
cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-anak telah mendapat pendedahan
dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak
kecil.

LATIHAN UJI DIRI

https://www.liveworksheets.com/ka15
72454eb

TERIMA
KASIH

CREDITS: This presentation template was created
by Slidesgo, including icons by Flaticon, and
infographics & images by Freepik
Disediakan oleh:

o Angela ak Tagau
o Esther Fania Thomas
o Johillyn Jalius

(IPGKTAR PISMPBM2620)


Click to View FlipBook Version