The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nordini79alami, 2022-05-14 11:29:12

TEKS DAIE CILIK (P)

TEKS DAIE CILIK (P)

Program ILSS

E-daie cilik

RAMADHAN MENDIDIK KESABARAN

“Eee…bersepahnya bilik ni!
Nak marah tapi kena sabar
Nak marah tapi kena sabar
Bulan Ramadhan ni…”

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillahi rabbil alamin, wassalamualaa asyrafil anbiyai wal
mursalin wa alaa alihi wasahbihi ajmain.

Apa khabar semua? Alhamdulillah kawan-kawan sihat, saya juga sihat.
Kawan-kawan, hari ini dah nak masuk bulan Ramadhan. Ha! Dah
bersedia nak berpuasa ke semua?

“Apa? Puasa?”
“Alargh…nanti tak boleh makan dan minum.”

Eh, kawan-kawan! Janganlah kita berfikir macam tu pula. Kawan-kawan
nak tahu tak? Bulan Ramadhan ni banyak kelebihan dan
keistimewaannya. Kita semua perlu berebut untuk merasai kelebihan
dan keistimewaan yang ada. Siapa nak tahu kelebihan dan keistimewaan
bulan Ramadhan?

“Airis nak tahu!”
“Mia pun!”
“Ustaz pun nak tahu!”

Mari saya kongsikan.
Kita semua orang Islam wajib berpuasa apabila tibanya bulan
Ramadhan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Baqarah: ayat
183-184,

‫َيا َأ ُّي َها ا َّل ِذي َن آ َم ُنوا ُك ِت َب َع َل ْي ُك ُم ال ِّص َيا ُم َك َما ُك ِت َب َع ََل ا َّل ِذي َن ِم ْن َق ْب ِل ُك ْم َل َع َّل ُك ْم َت َّت ُقو َن‬
Yang bermaksud, “ Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu
daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Kawan-kawan, puasa mendidik kita supaya menjadi orang yang
bertakwa tau. Orang yang bertakwa ni sentiasa menunaikan apa yang
diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarangNya.

Kawan-kawan nak tahu tak, ada satu malam yang sangat istimewa
dalam bulan Ramadhan? Kawan-kawan nak tahu tak apa malam itu?
Malam yang sangat istimewa itu digelar sebagai malam Lailatul Qadr.
Firman Allah dalam surah AlQadr,

Malam tersebut juga disebut sebagai malam yang lebih baik daripada
seribu bulan. Ini bermaksud, amalan-amalan yang kita lakukan pada
malam tersebut adalah lebih baik berbanding kita lakukan amalan
selama 1000 bulan. Nampak tak kawan-kawan betapa istimewanya
malam lailatul qadr.

Selain itu, bulan Ramadhan ini dapat menjadikan kita lebih bersabar.
Bersabar untuk tidak makan, minum dan perkara-perkara yang boleh
membatalkan puasa.
Bersabar daripada berkata perkara yang tidak baik.
Bersabar dalam melakukan amalan-amalan kebaikan seperti sedekah,
solat terawih, qiamulail dan lain-lain.
Bersabar daripada membazir duit, makanan dan sebagainya.

InshaAllah, kesabaran ini akan sentiasa kita terapkan dalam diri
walaupun selepas Ramadhan nanti.
Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlulah menjadikan bulan Ramadhan
ini lebih baik daripada sebelumnya supaya saya dan kawan-kawan dapat
menjadi muslim yang terbaik dan hebat.

Akhir kata, saya sudahi dengan Assalamualaikum w.b.t dan terima kasih.


Click to View FlipBook Version