PERGERAKAN
PUTERI ISLAM MALAYSIA
SK KG BARU
01
Anyaman :
proses menyilangkan bahan-bahan
daripada tumbuh-tumbuhan untuk
dijadikan satu rumpun yang kuat
dan boleh digunakan..
Anyaman merupakan seni yang
mempengaruhi kehidupan dan
kebudayaan masyarakat Melayu. Ini
boleh dilihat pada dinding rumah
zaman dahulu dianyam dengan buluh.
BAHAN :
DAUN MENGKUANG, PANDAN,
ROTAN, BULUH DAN BEBERAPA
BAHAN LAIN
Pemilihan bahan asas seni anyaman
menentukan hasil kekemasan sebuah
hasil seni anyaman
02 -
-
ANYAMAN ANYAMAN ANYAMAN
GADAS KELARAI SULAM
- ANYAMAN YANG TIDAK
MEMPUNYAI KELARAI.
ANYAMAN GADAS
ANYAMAN ASAS BAGI ANYAMAN
MENGKUANG MENGGUNAKAN
TEKNIK ANGKAT SATU DAN
TURUN SATU.
Anyaman ini biasanya
digunakan sebagai tikar pelapik
lantai untuk aktiviti harian
- ANYAMAN YANG MEMPUNYAI
CORAK DAN MOTIF YANG
ANYAMAN kelarai
BERBENTUK DAM DAN TERHASIL
DARIPADA PROSES MENGANYAM.
Anyaman yang menghasilkan satu
gaya atau ragam hias yang
menarik sebagai motif utama.
Anyaman ini biasanya dirancang
dan dilakukan serentak semasa
proses anyaman
-
Anyaman untuk membuat bunga
sulam pada rombong.
Ragam hias jenis ini memerlukan
alat penyisip untuk memasukkan
helaian daun yang berlainan warna
ke atas permukaan anyaman sulam
ANYAMAN sulam
03
Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang
unik lagi rumit buatannya. Namun begitu, usaha
untuk mempertahankan keunikan seni ini
haruslah diteruskan agar tidak ditelan peredaran
zaman.
Zaman dahulu menganyam tikar,
Sunyi menyepi desa terpinggir,
Seni anyaman haruslah diajar,
Jangan tinggal sebutan dibibir.
Terima Kasih