Mesyuarat SK SERUSUP, TUARAN
Agung 25 Jun 2022
P Sabtu
I
B 10:30 pagi
G
Dewan, SK Serusup
Tahun 2022
Dirasmikan Oleh :
Puan Hairiah Binti Daud
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1. Misi dan Visi 2
2. Kata Alu-Aluan Guru Besar 3
3. Kata Alu-Aluan Yang Dipertua PIBG 4
4. Aturcara Majlis 5
5. Surat Jemputan Mesyuarat Agung PIBG 6
6. Minit Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2021 7
7. Laporan Tahunan Aktiviti PIBG Sesi 2021/2022 15
8. Penyata Kewangan PIBG Sesi 2021/2022 16
9. Carta Organisasi PIBG Sesi 2021/2022 17
10. Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Mesyuarat
18
Agung PIBG Tahun 2022
11. Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Tahun 22
23
2022/2023 24
12. Sejambak Penghargaan
13. Catatan
2
Kata Alu-aluan
Guru Besar
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurnia-Nya segala perancangan
dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan kali ini dapat diterjemahkan hari ini.
Saya juga ingin mengucapkan syabas dan terima kasih atas kehadiran tuan/puan pada hari
ini. Kehadiran ibu bapa ini menggambarkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam
meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid
pada masa hadapan. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada ajk pelaksana
yang berhempas pulas dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis
ini.
Ibu bapa yang dihormati sekalian,
PIBG merupakan medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan pihak sekolah
dan komuniti setempat. Justeru, PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan perkembangan
sekolah dan menjadi penyumbang kecemerlangan serta kejayaan sesebuah sekolah. Saya
sangat bersyukur dan berterima kasih kepada barisan PIBG SK Serusup kerana walaupun
saya baru di sekolah ini, saya dapati PIBG sentiasa memberikan sokongan dan komitmen
dalam apa juga aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Berkaitan dengan bidang akademik, pentaksiran dan penilaian terhadap anak-anak akan
dilaksanakan sepanjang tahun dan kutipan data PBD akan dilaksanakan dua kali setahun
yang melibatkan setiap murid tahun 1 hingga tahun 6. Pentaksiran dan penilaian ini
melibatkan semua mata pelajaran yang diajar di sekolah. Dengan itu, saya amat
mengharapkan kerjasama dari ibu bapa supaya cakna dan peka dengan keadaan ini.
Hadirin sekalian,
Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program
sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang
diterajui oleh Encik Madlan yang banyak memberi sokongan baik dalam bentuk
kewangan, tenaga mahupun idea serta moral. Tidak keterlaluan jika saya katakan
barisan PIBG sekolah ini amat dedikasi dan komited dalam membantu sekolah
mencapai hala tuju dan kecemerlangan.
Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab
masing-masing dalam membina insan yang berilmu, berakhlak dan cemerlang dalam setiap
aspek seterusnya menjadi masyarakat yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Sekian, terima Kasih. 3
(KAMARUDIN BIN HJ SISUN@ESUN)
Guru Besar
SK Serusup, Tuaran
Kata Alu-aluan
Yang Dipertua PIBG
Yang berusaha En. Kamarudin Bin Hj. Sisun@Esun , Guru Besar SK Serusup, Tuaran. Yang
dihormati En. Zainudin Bin Man, Penolong Kanan 1, Puan Maznah Bin Jaafar, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Mastitah Alidah, Penolong Kanan Kokurikulum, barisan guru
dan jawatankuasa PIBG serta ibu bapa yang dikasihi.
Saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah taufik-Nya dapat kita
berkumpul lagi di majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG pada tahun ini. Pada
kesempatan ini, saya juga mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk
menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna ini.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Mesyuarat Agung PIBG pada setiap tahun diadakan bertujuan untuk memupuk hubungan
antara pihak ibu bapa dengan warga sekolah. Majlis ini juga adalah saluran atau tempat
ibu bapa dan warga sekolah menyuarakan pendapat serta berbincang isu terkini demi
meningkatkan lagi prestasi sekolah, sahsiah anak-anak, pencapaian akademik mahupun
kokurikulum.
Tuan, puan sekalian,
Dalam mesyuarat ini, harapan saya agar ibu bapa dapat memberi sepenuh jiwa dan
raga bagi membantu meningkatkan kemajuan sekolah dari semasa ke semasa. Di samping
itu, saya ingin meminta kerjasama para ibu bapa agar sentiasa peka dengan maklumat
atau informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah. Sesungguhnya, mencapai kejayaan
seperti yang kita impikan bukan sesuatu yang mudah, pastinya memerlukan pengorbanan
dan komitmen kedua-dua pihak. Ibubapa dan pihak sekolah perlu bersama-sama
menyumbangkan tenaga, kewangandan idea demi perkembangan dan kejayaan anak-anak
kita.
Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan kepada tuan-tuan danpuan-
puan, sekiranya di sepanjang ucapan dan selaku YDP PIBG di sekolah ini,terdapat kata-
kata mahupun perbuatan yang mengguris hati atau kurangmenyenangkan. Izinkan saya
akhiri dengan serangkap pantun,
Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat,
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Sekian, terima kasih. 4
(MADLAN BIN SUARA)
Yang Dipertua PIBG 2021/2022
SK Serusup, Tuaran
ATURCARA MAJLIS
5
SURAT JEMPUTAN
6
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUN 2021
SK SERUSUP, TUARAN
7
8
9
10
11
12
13
14
LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG
SESI 2021/2022
15
PENYATA KEWANGAN PIBG SESI
2021/2022
16
CARTA ORGANISASI PIBG
SESI 2021/2022
PENASIHAT
EN. ZAID BIN DAS
YANG DIPERTUA
EN. MADLAN BIN SUARA
SETIAUSAHA NAIB YANG DIPERTUA BENDAHARI
CIK RABIATUL ADAWUIA
PN. SUZIE @ SUZIANA
EN. ZAHARI BIN AWANG
BINTI MURSIDI MICHAEL MASRIN
AJK GURU AJK IBU BAPA
CIK HELIKA GADIPUN PN. HAMIDAH EKOL
PN. HANEZAH ABD KANAAN EN. ARNIZAL AHMADEN.
PN. MAINI BINTI DATIL ROSMIJAN BIN ASLI
PN. SOFIA BINTI SALIMAN
EN. SAIFUL BIN HAJI ALBEH
EN. ARBIH BIN TAWI
EN. RIDUAN BIN RESTIM
PN. AZLINA BINTI YACUB
17
AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG
BAGI TAHUN 2022
18
19
20
21
PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
TAHUN 2022/2023
SK SERUSUP, TUARAN
22
SEJAMBAK PENGHARGAAN
23
CATATAN
24