PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
SEKOLAH KEBANGSAAN SERUSUP
TUARAN
TUGASAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)
Mata Muridan : Matematik
Kelas : Tahun 1
Bidang Pembelajaran : Nombor dan Operasi
Tajuk : 2. Tambah dalam lingkungan 100
3. Tolak dalam lingkungan 100
Tajuk Projek : Alat Bantu Kira
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
2. Tambah dalam lingkungan 100 2.1.1 Menambah sebarang dua nombor hingga tiga
2.1 Menambah sebarang dua nombor digit tanpa mengumpul semula
2.1.4 Menambah sebarang dua nombor dengan
pelbagai strategi pengiraan
3. Tolak dalam lingkungan 100 3.1.1 Menolak dua nombor hingga tiga digit tanpa
3.1 Menolak sebarang dua nombor pengumpulan semula
3.1.4 Menolak sebarang dua nombor dengan pelbagai
strategi pengiraan
ISU/PERMASALAHAN
Murid menghadapi kesukaran apabila melakukan aktiviti penambahan dan penolakan
ketika menyelesaikan latihan dalam bilik darjah.
SOALAN PROJEK: Mengapa kita perlu mengira ?
Soalan Asas / Umum Bagaimana kita hendak mengira ?
Soalan Unit
Soalan Kandungan i. Apakah itu penambahan ?
ii. Apakah itu penolakan ?
iii. Bagaimanakah kita hendak menyelesaikan masalah harian yang
melibatkan operasi tambah dan tolak ?
OBJEKTIF PROJEK :
Pada akhir penghasilan projek ini, murid dapat :
i. Melakukan operasi tambah atau operasi tolak dalam lingkungan 100 tanpa
melakukan sebarang kesilapan.
ii. Menjelaskan kepentingan melakukan aktiviti kira-kira dalam kehidupan harian
terutamanya melibatkan tambah dan tolak wang.
PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN :
i. Kaedah Pentaksiran : Pentaksiran Kendiri ( Hasil Projek / Penggunaan Hasil Projek )
TAJUK PROJEK:
Menghasilkan alat yang boleh membantu dalam melakukan proses pengiraan dengan betul
bagi operasi tambah atau tolak daripada bahan terpakai/terbuang/alam semulajadi.
SASARAN : Tahun 1
TEMPOH : 3 minggu ( 25.07.2022 – 12.08.2022 )
MEMULAKAN PROJEK
1. Pastikan dahulu bahan-bahan yang boleh digunapakai yang ada di rumah atau sekitar
rumah dan selamat digunakan.
2. Peroleh sebanyak mungkin bahan kitar semula tersebut untuk dijadikan bahan projek.
3. Laksanakan projek menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai mengikuti kesesuaian dan
kreativiti murid.
MENYIAPKAN PROJEK
1. Bersihkan bahan projek yang hendak digunapakai.
2. Boleh gunakan pelbagai kaedah untuk menyiapkan projek, misalnya menghasilkan gelang,
rantai, pembaris dan pelbagai lagi.
3. Atau murid boleh rakam projek yang hendak dihasilkan, maksudnya murid boleh bentang
projek dan rakam pembentangan tersebut.
DOKUMENTASI PROJEK
1. Projek yang telah dihasilkan murid akan digunapakai semasa aktiviti PdP dalam bilik darjah.
CONTOH JADUAL KERJA/JADUAL PERBATUAN
TARIKH AKTIVITI CATATAN
7 hari Pencarian bahan projek
Buat nota ringkas rujukan sendiri
(25 – 31 Julai 2022) Derafkan projek yang hendak
3 hari dilakukan Ikut minat murid untuk memilih
kaedah menyiapkan projek
(1 – 3 Ogos 2022) Mulakan penghasilan projek sepertiyang telah dijelaskan
Pilih satu kaedah yang difikirkan
6 hari sesuai dan murid
(4 – 9 Ogos 2022) fahammelaksanakan
Hantar kepada guru subjek.
3 hari Siapkan Projek
(10 – 12 Ogos 2022)
SEKOLAH KEBANGSAAN SERUSUP Tel : 088-791722
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH Fax : 088-791722
PETI SURAT 609, Portal : jpnsabah.moe.gov.my
89208 TUARAN, E-mel : [email protected]
SABAH.
MATEMATIK TAHUN 1
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Anda diminta menghasilkan satu ALAT BANTU KIRA dalam masa 3 minggu iaitu
bermula tarikh 25 Julai 2022 hingga 12 Ogos 2022. Perkara-perkara yang perlu dibuat
oleh murid adalah seperti berikut ;
MEMULAKAN PROJEK
1. Pastikan dahulu bahan-bahan yang boleh digunapakai yang ada di rumah atau
sekitar rumah dan selamat digunakan.
2 Peroleh sebanyak mungkin bahan kitar semula tersebut untuk dijadikan bahan
projek.
3 Pilih bahan yang anda rasa terbaik dan boleh dikira.
4 Laksanakan projek menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai mengikut kreativiti
murid.
MENYIAPKAN PROJEK
1 Bersihkan bahan projek yang hendak digunakan.
2 Boleh gunakan pelbagai kaedah untuk menyiapkan projek, misalnya menghasilkan
gelang, rantai, pembaris dan pelbagai lagi yang difikirkan sesuai.
3 Atau murid boleh rakam projek yang hendak dihasilkan, maksudnya murid boleh
bentang projek dan rakam pembentangan tersebut.
DOKUMENTASI PROJEK
1 Projek yang telah dihasilkan murid akan digunapakai semasa aktiviti PdP dalam bilik
darjah.
Projek ini dibuat secara individu. Pastikan langkah penghasilan projek ini di
dokumentasikan iaitu secara gambar sebagai bukti langkah kerja.
Sekian, terima kasih dan harap maklum.
Disediakan oleh,
PANITIA MATEMATIK
LAMPIRAN 1
Gambar di bawah adalah contoh Alat Bantu Kira yang dihasilkan.
1. Pemilihan bahan terpakai iaitu kotak kosong dan tali rapia.
2 Lakar bentuk yang sama pada permukaan kotak tersebut untuk dapatkan bentuk yang sama
saiz.
3 Gunting lakaran pada permukaan kotak untuk dapatkan bentuk yang dikehendaki.
Contohnya bentuk bulat.
4 Tebuk lubang pada objek tersebut.
5 Gunakan tali rafia untuk mengikat objek tersebut. Masukkan kedalam lubang yang ditebuk.
6 Gunakan pen maker untuk menulis nombor pada objek tersebut. 1 hingga 19 secara sebelah
menyebelah.
**Murid boleh gunakan bahan-bahan yang dikumpul untuk hasilkan satu Alat bantu kira
yang lagi menarik dan kreatif daripada contoh yang diberikan. Anda memang TERBAIK.
CONTOH 2.
bentuk gelang tangan atau rantai leher
➡ Menggunakan manik/manik buatan sendiri dari kertas recycle
➡ Jlh manik hendaklah sama untuk menghasilkan beberapa jlh gelang
➡ Dalam satu gelang Ada jumlah tertentu berwarna lain untuk keceriaan
Contoh lain
1. carta garis
LAMPIRAN 2
CONTOH LAIN .
Bole Tonton cara penghasilan projek untuk dijadikan panduan.
1. Projek Nota Sifir Saya ; https://youtu.be/UibB1tfJC0E
2. Math Working Model: Multiplication : https://youtu.be/ZZ7qL7rGLN0