The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitinuramirah mohdjumain, 2021-08-31 19:28:38

K1 Bahagian C

K1 Bahagian C

Bahagian C

Jawab semua soalan.

1. Tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan

CARA-CARA MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN
MASYARAKAT

TEKNIK MENJAWAB ULASAN

PENDAHULUAN :

(tema/jenis) Rajah menunjukkan (tajuk) langkah memupuk semangat patriotism dalam

kalangan masyarakat.

Penanda wacana Isi tersurat Isi tersirat (Sebab/ Akibat/ Contoh/

Kesan)

Pertama/mula- Meraikan sambutan Hari Misalnya menonton perarakan

mula Kebangsaan. semasa sambutan kemerdekaan.

Seterusnya, /

selain itu, /

tambahan lagi, /

di samping itu,/

kedua

Akhirnya, /

ketiga

Penanda Ayat kesimpulan Kata hubung Ayat penerangan
wacana
Kesimpulannya, Kita mestilah mengamalkan S – supaya badan sihat dan
Akhirnya, pemakanan buah naga cergas.
Kita patut … U – untuk
Kita hendaklah… K – kerana
Kita semestinya… A – agar

2. Baca petikan di bawah dengan teliti. Bedasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kepentingan-kepentingan laut kepada manusia. Panjang ringkasan anda hendaklah
antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Laut meliputi sebahagian besar bumi, iaitu kira-kira 71 peratus permukaan bumi ini dipenuhi
dengan air laut. Malaysia dikenali sebagai negara laut kerana dikelilingi air laut. Negara kita bertuah
kerana kaya dengan kepelbagaian ekosistem dan biodiversiti marin.

Laut bertindak sebagai penyerap karbon dioksida dan pengeluar sumber oksigen yang utama.
Dianggarkan sekitar 30 hingga 50 peratus karbon dioksida terhasil daripada aktiviti manusia seperti
pembakaran. Karbon dioksida ini akan diserap ke dalam laut melalui fotosintesis yang akan
dijalankan oleh ribuan fitoplankton, sejenis organisma halus yang dikategorikan sebagai tumbuh-
tumbuhan laut. Hasil fotosintesis hidupan marin akan mengeluarkan oksigen untuk hidupan termasuk
manusia bernafas.

Selain itu, laut juga merupakan sistem perhubungan dan jaringan pengangkutan yang sangat
penting, misalnya menjadi tempat laluan pengangkutan kapal dan aktiviti perdagangan. Mengikut
sejarah, orang zaman dahulu telah menggunakan laut sebagai laluan untuk aktiviti berdagang dan
menjelajah negara dan benua lain.

Laut juga menjadi sumber ekonomi yang penting kepada negara kita. Hal ini disebabkan oleh
laut dapat membekalkan sumber protein melalui aktiviti perikanan dan makanan laut. Tambahan pula,
sumber laut mendapat permintaan yang tinggi di seluruh dunia. Di samping itu, laut juga menjadi
tumpuan banyak orang untuk aktiviti pelancongan seperti menyelam dan berkayak di pulau dan
persisiran pantai. Sumber galian bumi seperti minyak dan gas ini penting untuk kegunaan kehidupan
harian manusia.

Tidak kurang juga, laut dapat menjanakan sumber pencarian penduduk di sekitarnya,
terutamanya nelayan dan pengusaha inap desa. Sesungguhnya, laut memberikan banyak manfaat
dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita hendaklah menghargai dan memelihara laut supaya bersih dan
bebas daripada sebarang pencemaran serta aktiviti dan pembangunan yang tidak terkawal.

TEKNIK MENJAWAB RINGKASAN

PENDAHULUAN :

ISI 1 Antara (tajuk) kepentingan laut ialah ……. penyerap karbon dioksida dan pengeluar
sumber oksigen yang utama.
ISI 2
ISI 3 Seterusnya, / kedua…
ISI 4 tambahan lagi, / ketiga, …
ISI 5
ISI 6 selain itu, / di samping itu,…

Bukan sahaja itu malah, / Seperkara
lagi…
Akhirnya, Akhir sekali,…


Click to View FlipBook Version