The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitinuramirah mohdjumain, 2021-02-24 16:00:58

PBD KATA BILANGAN DAN PENJODOH BILANGAN

PBD KATA BILANGAN DAN PENJODOH BILANGAN

TP 1& TP 2 – Kenal pasti kata bilangan dan penjodoh bilangan yang betul. Tulis jawapan
yang betul dalam buku tulis tatabahasa.

1 Selina meminta izin daripada bapanya untuk makan angin Pulau Pangkor selama ______
hari.
A setiap
B sekalian
C separuh
D beberapa

2 Anggota polis telah menembak mati ______ orang perompak yang merompak sebuah
bank di ibu kota kota semalam.
A segala
B sebilangan
C kelima
D lima

3 Festival makanan itu mempamerkan ______ jenis kuih tempatan yang terdapata di
Malaysia.
A sebahagian
B seluruh
C pelbagai
D pelbagai-bagai

4 Katherina mendapat tempat _______ dalam pertandingan lari 100 meter dalam sukan
tahunan.
A satu
B kesatu
C johan
D pertama

5 _______ cara dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu
lintas yang semakin meruncing di pusat-pusat bandar.
A Ribuan
B Semua
C Setengah-tengah
D Berbagai-bagai

6. Pilih ayat yang betul.
A. Para murid-murid sekolah itu sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan
Perdana Menteri.
B. Semua murid-murid sekolah itu sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan
Perdana Menteri.
C. Sebahagian murid sekolah itu sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan
Perdana Menteri
D. Sebahagian daripada murid sekolah itu sedang membuat persiapan untuk menyambut
ketibaan Perdana Menteri.

7. …………………….. cenderamata dijual di ……………gerai berdekatan Makam Mahsuri itu.
A. pelbagai…..setiap
B. berbagai ……semua
C. beberapa ……setiap
D. berbagai …….beberapa

8. ………………. tubuhnya terasa lemah ………………. kali diserang demam panas.
A. Separuh ………. beberapa
B. Setengah ……… beberapa
C. Seluruh ………..setiap
D. Seluruh ……… sekalian

9. Pilih ayat yang betul.
A. Tiap-tiap pagi, ibu akan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.
B. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja .
C. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.
D. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila
para pemain gagal memasukkan gol.

10. Ayat yang manakah betul?
A. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui
jalan yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.
B. Kebanyakan peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang
berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.
C. Para peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang
berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.
D. Ramai peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan
yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.

11. Pilih frasa yang betul.
A. setandan mangga
B. sesikat pisang
C. seuntai gelang
D. sedikit cubit garam

12. Pilih frasa yang betul.
A. sekuntum kunci
B. lima kuntum bunga mawar
C. sebiji mata
D. dua cucuk lidi

13. Pilih frasa yang betul.
A. sebiji sijil
B. secubit garam
C. serumpun mawar
D. sesikat petai

14. Pilih ayat yang betul.
A. Kakak memberikan empat batang buku cerita kepada kawan-kawannya.
B. Syafiq meminjamkan sebatang kayu besbol kepada Ahmad pada perlawanan itu.
C. Ayah membeli ketiga-tiga batang pensel itu untuk adik.
D. Bob telah mencari sebatang daun kelapa untuk alas makanan di dalam hutan.

15. Pilih ayat yang betul.
A. Pak Abu membeli sepuluh tandan pisang untuk dibuat kerepek.
B. Ibu memasak ikan dengan memasukkan selembar garam pada petang semalam.
C. Saya sedang berusaha untuk menghasilkan sebuah pantun yang menarik.
D. Abang membawa sebiji pensel yang sangat besar itu.


Click to View FlipBook Version