NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN KOKURIKULUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR TUGASAN KERJA KURSUS INDIVIDU Nama : ANIS AISHAH NABILA BINTI HISHAM Angka Giliran : 2021212340021 Nombor Kad Pengenalan : 020520101998 Kumpulan/Unit : PENDIDIKAN ISLAM B JUN 2021 Kod dan Nama Kursus : MPU3081 KOKURIKULUM (PERSATUAN) Nama Pensyarah : ENCIK ROHIMI BIN JAMEL Tarikh Hantar : 14 JULY 2023 Tarikh Diterima : (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Pengesahan Pelajar Tandatangan Pelajar : Jumlah markah: Tarikh : 14 JULY 2023 Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. ANIS
1.0 SEJARAH DAN CIRI PENUBUHAN PERSATUAN Persatuan Precious Nature merupakan sebuah persatuan yang dibina oleh Pihak ko-kurikulum di SK Islah dengan tujuan memupuk kesedaran murid-murid untuk lebih cakna dan prihatin terhadap keamanan dan kelestarian alam sekitar baik di sekitar mereka mahupun di peringkat global. Nama persatuan ini diambil dari perkataan bahasa Inggeris iaitu Precious Nature yang mana “Precious” diambil bersempena dengan maksudnya berharga simbolik dengan alam sekitar kita yang perlu sentiasa dijaga dan dipelihara dari ancaman-ancaman yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan dan kepupusan kepada alam sekitar. Manakala Nature merupakan perkataan bahasa inggeris yang bermaksud alam sekitar secara literal. Alam sekitar merupakan anugerah yang dikurniakan Allah Swt kepada manusia dan seharusnya dimanfaatkan dengan cara yang berhemah dan tidak merosakkan keindahannya. Alam sekitar yang terpelihara dapat dilihat dengan udara yang bersih, pokok bakau yang menghijau, gunung-ganang yang terpacak kukuh dan banyak lagi keindahan alam yang dapat dilihat. Namun, arus pemodenan dan pembangunan yang semakin maju telah menenggelamkan keindahan alam sekitar kita dan manusia juga sewenang-wenangnya merosakkan keindahan alam tanpa memikirkan akibatnya. Persatuan alam sekitar ini telah ditubuhkan pada tahun 2018 dna mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan dari murid-murid dengan penyertaan seramai 15 orang sahaja namun semakin mendapat perhatian dan perkembangan dari semasa ke semasa sehingga sekarang mempunyai seramai 60 orang ahli aktif. 2.0 PROSES PENUBUHAN PERSATUAN Proses penubuhan persatuan tersebut telah dimulakan dengan mengambil kira beberapa hal iaitu kemudahan infrastruktur yang terdapat di sekolah tersebut, kepakaran guru dalam menjalankan aktiviti persatuan tersebut, faedah yang akan diperolehi pelajar, bilangan murid dan guru serta keperluan penubuhan persatuan tersebut di sekolah. Terdapat beberapa langkah yang diperlukan dalam proses menubuhkan sesebuah persatuan dan bagi menubuhkan persatuan Alam sekitar ini, langkah pertama yang telah diambil adalah mengenalpasti persatuan yang ingin ditubuhkan kemudian diikuti dengan menyediakan kertas kerja cadangan bagi membentuk jawatankuasa penaja yang seterusnya akan disambung dengan perancangan kertas kerja berkaitan penubuhan persatuan baharu
tersebut sebagai langkah kedua. Oleh itu, bagi melaksanakan kertas kerja yang terbaik memerlukan perbincangan dan mesyuarat dari jawatankuasa penaja. Jawatankuasa penaja akan mula membina kertas kerja yang harus lengkap dengan rancangan aktiviti tahunan bagi persatuan tersebut, objektif, matlamat, visi, misi dan lain-lain. Langkah ketiga adalah dengan menghantar dokumen-dokumen beserta borang permohonan penubuhan penaja kepada Guru Besar untuk penelitian. Setelah mendapat kelulusan, guru penasihat yang telah dilantik akan mula mencari ahli-ahli aktif dari kalangan pelajar yang berminat untuk menyertai persatuan Precious Nature tersebut. Langkah seterusnya adalah melantik Ahli Jawatankuasa (AJK) dikalangan pelajar bagi melancarkan lagi perjalanan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan di kemudian hari. Langkah terakhir adalah dengan melengkapkan draf kertas kerja dengan memperbaharui info-info baharu yang dibincangkan bersama ahli persatuan semasa Mesyuarat Agung seterusnya mendaftarkan ahli persatuan diikuti dengan mengesahkan perlembagaan dan peraturan -peraturan persatuan. Setelah diluluskan, guru penasihat, AJK dan ahli aktif boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun. Perasmian penubuhan Persatuan Precious Nature telah disempurnakan oleh pengerusi kelab alam sekitar Kuala Lumpur di dewan sekolah dengan dihadiri oleh guru besar, guru penasihat serta murid-murid. 3.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN BESERTA FOTO Rajah menunjukkan Mesyuarat Agung dimulakan dengan ata alu-aluan guru penasihat diteruskan dengan proses pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Precious Nature, menerangkan skop tugasan dan tanggungjawab AJK dan diakhiri dengan sesi Suai kenal antara semua ahli persatuan.
Rajah menunjukkan aktiviti Sekolah Selamat yang merupakan sebuah program yang telah melaksanakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah gabungan bersama Persatuan Cegah Jenayah dan memerlukan penglibatan aktif ahli persatuan. Rajah menunjukkan pelaksanan aktiviti Mewarna dan Mencipta Poster dimana murid melukis dan mewarnakan poster persatuan Precious Nature secara berkumpulan diakhiri dengan membentang ciptaan poster di akhir perjumpaan
Rajah menunjukkan Program Lawatan sambil belajar yang memerlukan murid dan guru untuk membuat lawatan ke tempat-tempat yang boleh memberi pendedahan kepada kepentingan kepada kefahaman keperluan menjaga alam sekitar dikalangan pelajar. Rajah menunjukkan aktiviti ceramah dan pameran diketuai oleh tetamu jemputan bagi memberi pendedahan berkaitan kepentingan menjaga alam sekitar dan kesannya kepada murid. Terdapat pameran yang dilaksanakan oleh ahli jawatankuasa persatuan.
4.0 ANALISIS SWOT KEKUATAN Persatuan Precious Nature merupakan sebuah persatuan yang dianggap serious dan mendapat sambutan menggalakkan dari pelbagai pihak. Hal ini kerana, pihak-pihak tersebut menyedari manfaat dan faedah yang dapat dipelajari oleh murid-murid kemudian diaplikasikan di dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya murid akan lebih cakna akan masalah-masalah yang diakibatkan dari pencemaran alam sekitar kepada keindahan flora dan fauna di sekitar mereka. Oleh itu, ianya merupakan suatu kelebihan buat persatuan ini kerana mereka mampu mmenjalankan aktiviti-aktiviti menarik dan lebih kerap melakukan aktivti luar kerana mereka mempunyai sokongan baik dari segi kewangan mahupun moral dari Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG). Selain itu, pelaksanaan visi dan misi persatuan juga dapat dicapai dengan mudah kerana terdapat kemudahan sokongan dari pihak PIBG dan juga pihak-pihak luar baik dari segi kewangan, sokongan dan lain-lain. KEKURANGAN Seterusnya adalah berkaitan kelemahan kelemahan yang dapa dilihat dari penubuhan persatuan Ini. Pertama sekali, kelemahannya terdiri daripada masalah kekurangan dana yang dihadapi oleh pihak Ahlijawatankuasa Majlis Tertinggi dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti dari dalam mahupun luar sekolah yang memerlukan dana yang besar bagi menjayakan aktiviti tersebut. Sebagai contoh, persatuan tidak dapat melaksanakan aktiviti membina logo menggunakan kemudahan Laman Web seperti Canva mahupun Picsart kerana kekurangan jumlah komputer yang disediakan di makmal ICT sekolah tersebut. Selain itu, persatuan ini turut berdepan dengan kekurangan dari segi pelaksanaan aktiviti yang kurang menarik bagi setiap minggu. Hal ini terjadi kerana pihak AJK dan AMT kurang memberikan usaha dan perhatian terhadap objektif dan matlamat persatuan yang ingin dicapai dengan berkesan. Aktiviti yang dijalankan juga hanya berkisar kepada perkara asas yang dilakukan secara indoor yang menyebabkan pelajar cepat bosan dan kurang berminat untuk menghadiri program kokurikulum di sekolah. PELUANG Seterusnya adalah peluang persatuan untuk melangka maju adalah cerah dan mempunyai lebih banyak peluang berbanding persatuan lain yang sejajar dengannya. Hal ini kerana, persatuan Precious Nature merupakan sebuah persatuan yang berasaskan alam sekitar dan mendapat sokongan ramai pihak dalam menjayakannya. Oleh itu, dengan sokongan dari
pelbagai pihak, berkemungkinan pihak ahli jawatankuasa majlis tertinggi dapat menghantar ahli-ahli aktif sebagai wakil persatuan ke majlis-majlis yang lebih besar di luar sekolah. Sebagai contoh, Kem Sayangi Sekitar yang dijalankan secara besar-besaran dengan dihadiri wakil-wakil sekolah untuk menyertai kem tersebut. Seterusnya, peluang untuk ahli-ahli aktif menonjolkan bakat adalah lebih luas dengan menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini seperti mewakili sekolah dalam Pidato peringkat negeri berkaitan Global Warming. Dengan ini, murid dapat mengembangkan bakat mereka bukan sahaja dari segi kemahiran fizikal malahan dapat juga mengasah minda mereka. ANCAMAN Ancaman yang dapat dilihat dapa menjejaskan produktiviti persatuan adalah pihak AJK yang tidak memberi kerjasama dalam pelaksanaan aktiviti di sekolah seperti yang mana akan menjejaskan kadar kedatangan murid ke perjumpaan-perjumpaan persatuan Precious Nature dan memberi kesan kepada penglibatan dan pendaftaran pelajar kedalam persatuan pada masa hadapan. 5.0 STRATEGI PENJANAAN SUMBER KEWANGAN Kewangan bermakna perihal wang ataupun segala sesuatu yang berkaitan dengan wang. Kewangan ataupun sumber sekolah bermaksud peruntukan yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan daripada pungutan yang dibuat oleh sekolah sendiri termasuk derma dari para dermawan (Omardin Ashaari, 1996:337) Antara langkah yang dapat diambil bagi menyempurnakan strategi penjanaan sumber kewangan bagi Persatuan Precious Nature adalah dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti mingguan yang dapat menjana pendapatan persatuan seperti membuka gerai makanan ringan pada setiap hari rabu selepas aktiviti kokurikulum dilaksanakan.Selain itu, sumber kewangan persatuan dapat dijana dengan meminta bantuan dan sokongan kewangan dari PIBG sekolah. Hal ini kerana, kebanyakan dana PIBG akan disalurkan kepada aktivitti-aktiviti pelajar yang mana dapat diambil dana tersebut untuk membiayai program persatuan precious nature dalam melaksanakan aktiviti luar sekolah. Selain itu dapat juga dilaksanakan kutipan dari ahli persatuan yang pada umumnya sentiasa dilakukan oleh mana-mana badan persatuan yang mana mengumpulkan yuran tahunan mahupun bulanan. Sebagai contoh, AJK akan mengutip yuran tahunan sebanyak RM30
namun dipecahkan pula kepada 10 bulan, yang menjadikan murid hanya perlu membayar sebanyak RM3 Sebulan.
6.0 RUJUKAN Omardin Ashaari. 1996. Kaedah Pengajaran Sejarah Buku Panduan Guru Reka Cipta Sekolah Menengah Atas Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: Utusan. Pusat Perkembangan Kurikulum. Abdul Halim. (2004). Pengurusan gerak kerja kokurikulum. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Buku panduan pengurusan aktiviti kokurikulumsekolah rendah dan sekolah menengah . Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia Rahim Affandi. (2003). Laporan audit bersyarat: Kajian kes di sebuah sekolah. Kertas ProjekSarjana Kepengetuaan, 10 Sapian Siran. (2003). Pengurusan kewangan sekolah: amalan pengurusan kewangan di. KualaLumpur: Institut Pengajian Kepengetuaan Universiti Malaya. Tan Key Lim. (2010). Pengurusan kokurikulum. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman