HARI MESYUARAT 3K BIL 1 / 2022
TARIKH SMK Abdul Rahim II, Kudat , Sabah
MASA
TEMPAT : RABU
: 30 MAC 2022 (RABU)
: 2.30 PETANG
: BILIK MESYUARAT
KEHADIRAN GURU :
1) Pn Rosimah Abdul Rasid
2) Pn Anita Jimmy
3) Pn Yong Po Li
4) Pn Jukiah Inok
5) Pn M.Syafawati binti Chapli
6) En DJohan Wenge bin Abd Rahman
7) En Hajizul Abdul
8) En Ahmad Syahrir bin Aliakbar
KEHADIRAN WAKIL KANTIN, BAHAGIAN KESELAMATAN DAN BAHAGIAN
PEMBERSIHAN
1) Pn Vionie Dona Libin
2) Pn Noridah bt Sidin
3) Pn Faridah bt Aruski
4) Pn Norhaifa bt Arsad
5) Pn Nurain Arsad
6) En Shamiddin bin Landang
7) En Jioif bin Nanti
8) En Jasni Badahruddin
9) En Jukipli Ali
10)En Tuah Samit
11)En Rizal Litp
12)En Rusli bin Abdul Hamid
13)Pn Yanti Bin Kakau
1.0) Ucapan pengerusi
1.1 Pn. Rosimah mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru-guru
yang hadir mesyuarat 3K kali pertama sesi 2022.
(Tindakan: Semua ahli 3K)
2.0) En Hajizul Abdul memaparkan slide jawatankuasa induk 3K dan menyatakan bahawa
semua guru, staf keselamatan dan staf kebersihan juga merupakan ahli 3K.
3.0) En Hajizul menyatakan skop keselamatan terbahagi kepada tiga iaitu:-
1) Melahirkan murid yang berpengetahuan, berkeperibadian dan mempunyai sikap dan
amalan yang berkaitan keselamatan.
2)Mewujudkan persekitaran yang selamat.
3)Meningkatkan kerjasama semua pihak dalam program sekolah.
En Hajizul menyatakan pada tahun 2021 perkara yang tidak dapat dilaksanakan
disebabkan oleh pandemik. Beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama daripada
semua pihak.
(Tindakan: Semua ahli)
4.0) En Hajizul menyatakan objektif Skop Kebersihan dan Skop Kesihatan iaitu :-
4.1 Objektif Skop Kebersihan
a) Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah dan ceria
b) Melaksanakan amalan kebersihan
c) Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam
menjalani kehidupan seharian
d) Kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan
sekolah
e) Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan dan
keceriaan sekolah
(Tindakan: Semua ahli)
En Hajizul juga menyatakan objektif Skop Kesihatan iaitu :-
4.1 Objektif Skop Kesihatan
a) Melahirkan murid yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan
sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kesihatan
b) Mewujudkan gaya hidup yang sihat
c) Meningkatkan kerjasama penglibatan semua pihak dalam program kesihatan sekolah
d) Program kesihatan sekolah tertumpu dalam sekolah iaitu tertumpu kepada SOP yang
berkaitan COVID-19
(Tindakan: Semau ahli)
5.0) En Hajizul Abdul menyatakan beberapa fokus utama 3K tahun 2022 iaitu:-
a) Menaik taraf tandas murid mengikut KPI tandas yang ditetapkan oleh PPD mengikut
bintang
b) Meningkatkan tahap keselamatan dan persekitaran sekolah termasuk asrama
c) Meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kelas
d) Meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan bangunan dan persekitaran sekolah
termasuk asrama (taman-taman universiti)
(Tindakan: Semua ahli)
6.0) Selain itu, En Hajizul memberikan cadangan aktiviti tahunan 3K untuk tahun 2022 iaitu
Program Prioriti iaitu Program Tandas Angkat dan penyelaras program tersebut adalah
En Hajizul sendiri.
(Tindakan: Penyelaras Program Tandas Angkat )
7.0) En Hajizul juga menyatakan program yang sedia ada di sekolah perlu terus
dilaksanakan. Program-program tersebut seperti:-
i) Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas yang sepatutnya ada dalam program
tahunan sekolah untuk dilaksanakan .
ii) Gotong -royong perdana (kelas dan bilik-bilik khas)
iii) Latihan keselamatan kebakaran yang sepatutnya dibuat 2x setahun untuk sekolah dan
asrama sepatutnya dilaksanakan
iv) Taman-taman universiti
(Tindakan: Semua ahli)
8.0) En Hajizul juga menyatakan KPI 3K untuk tahun 2022 bagi setiap unit iaitu:-
8.1 Unit Keselamatan
Melaksanakan latihan keselamatan kebakaran 2 kali setahun bagi sekolah dan asrama
8.2 Unit Kebersihan dan Keceriaan
i) Memastikan tahap kebersihan dan keceriaan kelas mencapai gred B
ii) Memastikan tahap kebersihan dan keceriaan tandas mencapai 5 bintang bagi sekolah
dan 4 bintang bagi asrama
iii) Melaksanakan gotong-royong bagi kelas dan bilik-bilik khas sebanyak 3kali setahun
iv) Memastikan penilaian taman-taman universiti melebihi 75%
8.3 Unit Kesihatan
i) Tahap kesihatan murid melebihi tahap 70%
(Tindakan: Semua ahli)
9.0) En Hajizul juga telah memberikan agihan tugas 3K seperti yang berikut:-
1) Program Tandas Angkat -En Hajizul Abdul, En Rafli Sum dan semua warden asrama
2) Gotong-royong Perdana - En Masran Kutong
3) Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas - Cik Wernie Vincent
4) Latihan keselamatan kebakaran - En Ahmad Syahrir Hj Aliakbar
5) Pelan keselamatan sekolah - En Ahmad Syahrir HjAliakbar
6) Taman-taman universiti - En Djohan Boy Wenge bin Abdul Rahman
7) Program Kesihatan Pergigian -Pn Jukiah binti Inok dan Pn Nursyafieqah binti Suzali
8) Program Imunisasi Pelajar - Pn Jukiah binti Inok dan Pn Nursyafieqah binti Suzali
(Tindakan: Makluman)
10.0) Selain itu, En Hajizul telah memberikan beberapa cadangan aktiviti berkaitan Program
Tandas Angkat Sekolah dan Asrama, Keceriaan dan kebersihan kelas dan Gotong-rotong
Perdana.
10.1) Program Tandas Angkat Sekolah dan Asrama
i) Tandas yang dibuka untuk kegunaan murid dijadikan sebagai tandas angkat kepada
kelas atau bilik asrama secara mingguan. Kelas bertugas akan memastikan tandas
berada dalam keadaan bersih selepas tempoh mereka bertugas
ii) Kelas bertugas akan memantau kebersihan dan memastikan kelengkapan tandas
berada dalam keadaan baik dan mencukupi
iii) Kelas bertugas perlu memaklumkan kepada bahagian pembersihan sekiranya
tandas memerlukan pembersihan / kelengkapan tidak mencukupi
v) Mengecat semula dinding tandas untuk membolehkan tandas murid kelihatan ceria
untuk digunakan oleh murid
vi) Pembersihan tandas murid oleh bahagian pembersihan dilakukan sebanyak 2 kali
setahun iaitu pada waktu pagi dan petang .Jadual pembersihan tandas dilekatkan
pada pintu hadapan tandas
vii) Melabel SOP setiap tandas yang dibuka akan dilabelkan dengan label cara
penggunaan bagi tandas
En Hajizul menambah keperluan program ini adalah seperti tangki takungan air, baldi ,
penceduh air, cat dan kelengkapan mengecat , kelengkapan tandas-tandas simbah , label
SOP tandas dan bunga hiasan .
(Tindakan: Semua ahli dan murid)
10.2) Program keceriaan dan kebersihan kelas
i) Setiap kelas dipantau dari aspek kebersihan dan keceriaan setiap minggu
ii) Setiap kelas akan dinilai menggunakan borang pertandingan yang disediakan dan kelas
akan di gred mengikut tahap kebersihan dan keceriaan mingguan.
iii) 3 kategori pemenang iaitu menengah atas, menengah rendah dan PPKI
iv) Kelas terbersih akan diberikan piala pusingan bulanan, tempat kedua dan ketiga akan
diberikan voucher makanan atau alat tulis
v) Setiap kelas akan dilengkapkan dengan penyapu, penyodok, tong sampah, pengelap
cermin dan pen marker
En Hajizul menyatakan keperluan program ialah penyapu, bakul sampah, penceduk ,
piala pusingan, hadiah voucher makanan atau alat tulis, label gred kebersihan dan
keceriaan kelas dan borang penilaian pertandingan.
(Tindakan: Semua ahli )
10.3) Program Gotong-royong Perdana
I) Kelas
-Bahan informasi tahun lepas perlu dibuka dan digantikan dengan tahun semasa
-Kerusi dan meja murid dilabel dan disusun mengikut SOP serta disanitasi
II) Bilik guru dan bilik-bilik khas
-BBM atau ABM, evidence PBD murid, buku kerja murid yang tidak digunakan atau
melebihi tempoh masa 6 bulan perlu dibuang / dilupuskan / dikitar semula
-PIC bilik-bilik khas perlu memastikan keadaan bilik-bilik khas yang digunakan oleh
murid dibersihkan seperti bengkel dan makmal komputer
III)Bangunan sekolah
-Membersihkan kawasan sekeliling bangunan sekolah
-Mengecat semula dinding bangunan yang mempunyai kesan contengan mengikut cat
asal
En Hajizul menyatakan keperluan progam ialah plastik sampah , penyepit sampah , cat
dan kelengkapan mengecat
(Tindakan: Semua ahli)
11.0) Isu atau permasalahan
En Hajizul menyatakan terdapat beberapa isu atau permasalahan dalam melaksanakan
program ini seperti yang berikut:-
11.1) Vandalisme
- Terdapat kesan contengan, pintu tandas dipecahkan atau dirosakkan dan perlu
dibanteras
11.2) Kebersihan kelas
- Laci meja kelas penuh dengan sampah, cermin dan kipas berhabuk,
lantai kelas banyak sampah, meja rosak dan diconteng.
11.3) Kebersihan kawasan sekeliling sekolah
- Unit pembersihan perlu memastikan lantai tapak perhimpunan tidak berlumut
kerana boleh menyebabkan kemalangan berlaku kepada murid .
-Tangga penuh tahi burung dan pagar di tangga sudah berkarat boleh
menyebabkan penyakit kepada murid
11.4) Kebersihan tandas
- Tandas yang berlumut dan kotor.
(Tindakan: Semua ahli)
12.0) Pn Rosimah menyatakan pihak asrama sudah dipanggil , untuk pihak kantin akan dipanggil
kemudian untuk penerangan perkara-perkara atau instrumen yang perlu disediakan .
12.1) Pn Rosimah juga menegaskan bahawa ancaman haiwan, serangga perosak di
bawah tanggungjawan pihak kantin
12.2) Pn Rosimah juga menyatakan pihak kantin perlu memastikan kebersihan pekerja ,
peralatan memasak , bahagian premis dan kawasan kantin
12.3) Selain itu , untuk keselamatan Pn Rosimah meminta agar pihak kantin dapat
memaparkan sijil suntikan vaksin pekerja , vaksinasi COVID-19 dan memberikan data
kepada beliau sekiranya ada pertukaran pekerja baharu
12.4) Keceriaan kantin juga perlu diambil perhatian, Pn Rosimah menyatakan keceriaan
keseluruhan kantin amat penting dan kantin sekolah digalakkan boleh menyertai
pertandingan kantin-kantin sekolah.
(Tindakan: PK HEM dan kantin)
13.0) Hal-hal lain
13.1) Pn Rosimah menyatakan warga bukan KPM tidak boleh masuk kekwasan sekolah
13.2) Unit keselamatan sekolah perlu memaklumkan segera kepada pihak sekolah
sekiranya berlaku apa-apa masalah di pintu masuk utama terutamanya apabila melibatkan
ibu bapa.
(Tindakan: Pasukan keselamatan)
Mesyuarat 3K kali pertama sesi 2022 ditangguhkan pada pukul 4.10 petang.
Disediakan oleh:
(PN. M. SYAFAWATI BINTI CHAPLI)
Setiausaha
Program 3K
SMK Abdul Rahim II. Kudat