SMK ABDUL RAHIM II
KUDAT
KERTAS CADANGAN
PROGRAM TANDAS BERINFORMASI
SMK ABDUL RAHIM II
TAHUN 2022
DISEDIAKAN OLEH:
UNIT 3K SMKAR2
1.0 PENGENALAN
Tandas sekolah menjadi tempat yang sangat penting kepada murid. Tandas menjadi tempat
untuk melepaskan hajat, untuk menyalin pakaian, membersihkan diri dan pelbagai fungsi lain.
Boleh dikatakan bahawa tandas akan dikunjungi oleh murid sekurang-kurangnya sekali dalam
sehari. Sebaliknya murid yang tidak mengunjungi tandas akan menghadapi risiko masalah
kesihatan, akibat menahan keperluan melepaskan hajat.
Sehubugan dengan itu, keadaan fizikal dan aspek kebersihan, keselamatan serta kesihatan
seharusnya diberi perhatian. Program ini dirancang bertujuan bagi mengingatkan murid
mengenai amalan penjagaan tandas yang baik dan bersih dan seterusnya meningkatkan imej
kebersihan tandas sekolah kita. Isu kebersihan tandas ini kelihatan sebagai perkara remeh tetapi
amat perlu diberi perhatian kerana implikasinya besar ke atas kesihatan dan kesejahteraan
murid. Sebagai tanda sokongan, kami jawatankuasa 3K sekolah telah mengambil beberapa
langkah penambahbaikan bagi mencapai sasaran tersebut. Kebersihan tandas mencerminkan
keperibadian diri.
2.0 MATLAMAT
Mewujudkan tandas yang kondusif (bersih, ceria dan wangi) dan berinformasi melalui
penerapan ilmu dan amalan kebersihan yang berterusan melibatkan seluruh warga sekolah.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Membina perlakuan amalan kebersihan tandas sebagai budaya hidup yang
berterusan dalam kehidupan seharian melalui penerapan ilmu.
3.2 Meningkatkan keperihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan,
keindahan dan keceriaan tandas serta menghargai kemudahan yang disediakan.
3.3 Memupuk semangat kepunyaan serta kekitaan dalam kalangan murid.
3.4 Melaksanakan aktiviti-aktiviti amalan kebersihan tandas bagi mencapai kebersihan
maksimum.
4.0 CADANGAN AKTIVITI
Beberapa cadangan akiviti telah dirangka sebagai langkah penambahbaikan dan
seterusnya bagi mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Antara cadangan
aktiviti tersebut adalah;
i-Mengecat Tandas
Pemilihan warna cat yang terang dan ceria adalah tindakan yang dirasakan wajar kerana
warna memepengaruhi suasana sesuatu tempat. Melalui pemilihan warna yang terang dan ceria
ini, murid dan guru lebih berasa selesa seolah-olah seperti berada di tandas rumah mereka
sendiri.
ii-Pewangi Tandas
Bahan pewangi yang diletakkan di dalam tandas adalah merupakan salah satu kaedah
yang dapat meningkatkan lagi identiti tandas sekolah kita. Tandas yang wangi dapat
meningkatkan imej tandas kerana dapat mengnyahkan bau busuk tandas.
iii-Pencuci Tangan
Seperti mana yang kita ketahui, tandas merupakan tempat berisiko untuk pembiakan
bakteria. Sebagai langkah menjaga kebersihan dan kesihatan, pencuci tangan diperlukan bagi
memastikan tahap kebersihan tangan mereka sentiasa bersih selepas menggunakan tandas.
iv-Hiasan Dalaman
Hiasan dalaman juga diperlukan bagi memastikan suasana tandas itu lebih menarik dan
mempunyai imej yang tersendiri. Ini dapat memberikan identiti kepada tandas tersebut yang
membezakan dengan tandas lain. Hiasan dalaman di sini boleh diambil kira seperti pasu bunga,
kain lap tangan, dekorasi dinding, dan tong sampah.
v-Penyampaian Maklumat
Tandas bukan sahaja tempat melepaskan hajat ataupun tempat menyalin pakaian, malah
boleh juga dijadikan tempat penyampaian maklumat. Penyampaian maklumat di sini
bermaksud makluman berkaitan dengan etika penggunaan tandas, label-label peralatan yang
ada di tandas, papan tanda, dan poster. Maka dengan ini tandas boleh dijadikan medium
informasi.
viii-Tandas Angkat
Tandas angkat juga merupakan salah satu lagi cadangan aktiviti yang akan dijalankan,
bagi memupuk semangat kepunyaan serta kekitaan dalam kalangan murid. Aktiviti ini
dilaksanakan dengan melibatkan semua kelas tingkatan satu hingga lima. Kelas yang bertugas
akan dipertanggungjawabkan untuk memastikan tandas berada di dalam keadaan bersih dan
selesa. Setiap kelas akan dipecahkan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan pelajar perempuan
untuk tandas murid perempuan, dan kumpulan lelaki untuk tandas murid lelaki. Kelas yang
bertugas akan memastikan tandas berada di dalam keadaan baik, dan perlu merkodkan masa
pemeriksaan yang dijalankan disamping melaporkan kepada jawatankuasa sekiranya berlaku
kerosakan atau sebarang masalah.
5.0 SASARAN PROJEK
5.1 Sasaran Sumber Manusia
5.1.1 Semua murid lelaki dan perempuan
5.1.2 Semua guru lelaki dan perempuan
5.1.3 Semua pekerja pembersihan
5.2 Sasaran Tandas
5.1.1 Tandas murid lelaki
5.1.2 Tandas murid perempuan
6.0 TARIKH PELAKSANAAN
11 April 2022 (Pelancaran) hingga Januari 2023 (Rujuk Lampiran C)
7.0 TEMPAT
SMK ABDUL RAHIM II, KUDAT
8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi : Jota Magain
Pengetua SMK Abdul Rahim II
Timbalan Pengerusi : Rosimah Abd Rashid
Penolong Kanan HEM SMK Abdul Rahim II
Naib Pengerusi I : Abdullah Akop
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Abdul Rahim II
Naib Pengerusi II : Anita Jimmy
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Abdul Rahim II
Setiausaha : M. Syafawati Chapli
Setiausaha 3K SMK Abdul Rahim II
Penyelaras : Hajizul Abdul
Penyelaras 3K SMK Abdul Rahim II
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
AJK : Semua guru
10.0 ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM TANDAS ANGKAT 2022
BIL PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH SUMBER
SEUNIT KEWANGAN
1. Cat Dinding 18 2 Tong RM 350.00 RM 700.00
Liter
2. Berus Penggelek 10 Unit RM 10.00 RM 100.00 SEKOLAH &
Cat PIBG /
3. Bekas Cat 5 Unit RM 3.00 RM 15.00 KOPERASI /
RM 7.50 RM 150.00 DEWAN
4. Baldi 20 Unit RM 3.80 RM 76.00 MAKAN/
RM 60.00 RM 1200.00 KANTIN /
5. Pencebuk 20 Unit
KESELAMATAN
6. Tangki Simbah 20 Unit
7. Penyambung Paip
Elbow 20 Unit RM 3.00 RM 60.00
Tee Sama 20 Unit RM 3.00 RM 60.00
8. Tangki Simpanan 2 Unit RM 1000 RM 2000.00
Air
9. Pam Air 2 Unit RM 500 RM 1000.00
10. Wayar 3 Teras 1 Gulung RM 350 RM 350.00
JUMLAH RM 5711.00
10.0 RUMUSAN
Hasrat untuk menyediakan sekolah yang kondusif memerlukan usaha yang berterusan
khususnya oleh guru-guru dan murid sekolah. Diharapkan program ini mendapat sokongan dan
kerjasama daripada semua pihak yang terlibat agar usaha mendidik dan membudayakan amalan
baik akhirnya dapat membentuk murid yang berjaya.
Disediakan oleh, Disokong oleh, Disahkan Oleh,
(HAJIZUL ABDUL) (ROSIMAH ABD RASHID) (JOTA MAGAIN)
Penyelaras 3K Penolong Kanan HEM Pengetua
SMK Abdul Rahim II SMK Abdul Rahim II SMK Abdul Rahim II
LAMPIRAN A
TANGGUNGJAWAB DAN ETIKA TANDAS SMK ABDUL RAHIM II TAHUN 2022
1. HENTAK KAKI. KURANGKAN PASIR DI KASUT SEBELUM MASUK TANDAS.
2. BACA DOA SEBELUM MASUK TANDAS DAN KETIKA KELUAR.
3. JAGA ADAB/ ETIKA MENGGUNAKAN TANDAS/ DI DALAM TANDAS
- Elak berbual-bual
- Elak makan dan minum
- Elak berada terlalu lama Elak berlari-lari untuk elak kemalangan
- Elak perbuatan menconteng
- Buang air di tempat yang betul (mangkuk tandas)
- Tarik pam/flush tandas dengan betul
- Gosok menggunakan berus tandas jika masih ada kesan Buang sampah / pad wanita
dalam bakul sampah
- Elak buang sampah untuk elak tandas tersumbat
- Elak ganggu rakan lain yang sedang menggunakan tandas
- Basuh tangan dengan cecair pencuci tangan sebelum keluar
- Tandas/Sekolah adalah kawasan larangan merokok.
4. GUNAKAN PERALATAN TANDAS DENGAN BAIK. JIKA ADA KEROSAKAN
MAKLUMKAN DENGAN SEGERA KEPADA GURU BERTUGAS.
5. KEBERSIHAN AMALAN MULIA.
6. KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB SEMUA
LAMPIRAN B
BORANG PENILAIAN KEBERSIHAN TANDAS
LAMPIRAN C
JADUAL KELAS BERTUGAS
LAMPIRAN D
LABEL KEBERSIHAN TANDAS