KERTAS KERJA
PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN
KECERIAAN KELAS
TAHUN 2022
Disediakan oleh:
Unit Kebersihan dan Keceriaan
SMK. Abdul Rahim II, Kudat
JAWATAN KUASA INDUK PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAN KELAS
SMK. ABDUL RAHIM II KUDAT 2022
PENGERUSI : EN. JOTA MAGAIN (PENGETUA)
TIMBALAN PENGERUSI : PN. ROSIMAH AR RASHID (GURU PENOLONG KANAN
HEM)
NAIB PENGERUSI 1 : EN. ABDULLAH AKOP (PK 1)
NAIB PENGERUSI 2 : PN. ANITA JIMMY
PENYELARAS : EN. HAJIZUL ABDUL
KETUA UNIT KEBERSIHAN : CIK. WERNIE VINCENT
DAN KECERIAN
PANEL/ JURI PENILAI : GURU BERTUGAS MINGGUAN
1.0 TAJUK
Pertandingan Kebersihan dan KeceriaanKelas SMK. Abdul Rahim II kudat tahun 2022.
2.0 PENDAHULUAN
Kelas merupakan tempat dan “rumah” bagi pelajar di sekolah. Kelas yang menarik dan
kondusif akan menarik minat murid untuk belajar serta mahu ke kelas bagi menunut ilmu.
Suasana kelas yang kondusif akan memberi murid ke selesaan untuk belajar di samping
merasa teruja untuk menerima ilmu yang baru.
Kecerian kelas adalah tanggungjawab bersama guru kelas dan murid-murid dalam kelas
tersebut. Pertandingan kecerian kelas adalah salah satu medium untuk guru dan murid
bersama-sama berganding bahu untuk mrngolah dan menceriakan kelas mereka untuk
kepuasan diri sendiri dan untuk kelesaan semasa belajar di dalam kelas. Semoga
Pertandingan Kebersihan dan Kecerian Kelas ini akan dapat mencapai objektif untuk
menceriakan kelas dan memberi murid suasana pembeljaran yang baru dan lebih
kondusif.
3.0 OBJEKTIF
1. Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah dan ceria.
2. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan.
3. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam
menjalani seharian.
4. Menyemai perasaan sayang kepada bilik darjah dan menyumbangkan kepada
pengurusan dan kebersihan bilik tersebut.
5. Membentuk perlakuan lazim dan sentiasa mengutamakan kebersihan.
4.0 MATLAMAT
Menerapkan pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten. Meningkatkan tahap
kebersihan kelas khasnya dan sekolah amnya. Memberi murid suasana baru di dalam
kelas yang lebih kondusif.
5.0 PENGANJUR
Unit Kebersihan dan Kecerian SMK. Abdul Rahim II.
6.0 PELAKSANAAN (APRIL 2022 HINGGA FEB 2023)
Bulan April (minggu kedua) iaitu 12 April 2022 pengumuman rasmi pertandingan dan
syarat-syarat pertandingan serta persiapan kelas. Bulan April 2022 hingga Februari 2023
merupakan penilaian oleh guru bertugas mingguan yang dibuat setiap minggu.
7.0 PESERTA PERTANDINGAN
Semua kelas daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 dan PPKI.
8.0 JANGKA MASA PERTANDINGAN
Bulan April 2022 hingga Februari 2023
9.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Pertandingan melibatkan semua kelas. Penilaian dibuat melibatkan aspek yang berikut:
1. Kebersihan lantai, tingkap, siling dan dinding.
2. Papan kenyataan hadapan (jadual waktu/ senarai pelajar/ carta organisasi/ jadual
bertugas/ peraturan kelas/ visi dan misi/ pelan kelas).
Papan kenyataan belakang (pelan kebakaran/ sudut mata pelajaran/ parking lot)
3. Hiasan dan kata-kata motivasi.
4. Susun atur perabot (kerusi, meja) termasuk semasa dan selepas waktu persekolahan.
10.0 HADIAH PERTADINGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN
Tiga kategori pemenang iaitu Menengah Atas, Menengah Rendah dan PPKI. Kelas terbersih
dan mencapat Tahap Kebersihan (A, B, C, D) yang telah ditetapkan mengikut pemarkahan
akan diberikan piala pusingan bulanan, tempat kedua dan ketiga akan diberikan hamper alat
tulis.
Kategori Kedudukan / Hadiah Anggaran Kos / Hadiah Sumber
Kewangan
Menengah Tempat Pertama: RM 50.00
Atas - Piala pusingan RM 85.00
- hamper
Menengah RM 65.00
Rendah Tempat kedua:
- Hamper RM 50.00
PPKI
Tempat Ketiga: RM 50.00 SUWA
JUMLAH - Hamper RM 85.00
Tempat Pertama: RM 65.00
- Piala pusingan
- hamper RM 50.00
Tempat kedua: RM 50.00
- Hamper RM 65.00
Tempat Ketiga: RM 50.00
- Hamper RM 150.00 + (RM 515.00 x
6 Bulan)
Tempat Pertama: = RM 3240.00
- Piala pusingan
- hamper
Tempat kedua:
- Hamper
11.0 JADUAL PELAKSANAAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
KELAS 2022
12 April 2022 – pengumuman rasmi pertandingan dan syarat-syarat pertandingan kebersihan
dan keceriaan kelas.
Bulan April 2022 hingga Februari 2023 – Penilaian oleh guru bertugas mingguan. Penilaian
dibuat setiap minggu oelh guru bertugas berdasarkan kepada jadual bertugas masing-masing.
(Rujuk jadual bertugas)
12.0 BORANG PENILAIAN (Rujuk Lampiran)
13.0 PENUTUP
Pertandingan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlmat jangka masa panjang
penganjur. Selain itu, ianya adalah untuk merealisasikan visi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) di dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang didalam aspek
jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Melalui pertandingan ini juga diharap
objektif penganjur untuk mewujudkan suasana pembelajaran kelas yang lebih kondusif
dan menarik akan dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak.
Disediakan oleh,
_______________
Unit Kebersihan dan Keceriaan Kelas
Cik. Wernie Vincent