SENARAI KANDUNGAN Muka Surat
1
Bil Perkara 2
1. Senarai Kandungan 3
2. Tajuk Kajian 4
3. Penghargaan 5
4. Pendahuluan 6
5. Objektif Kajian 8
6. Kawasan Kajian 9
7. Kaedah Kajian 10
8. Dapatan Kajian
11
1.Menyatakan jenis dan contoh sisa domestik yang terdapat di Kawasan kajian yang 12
dipilih
2.Menjelaskan tiga kesan pembuangan sisa domestik 14
3.Menghuraikan tiga langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik secara 15
bijaksana. 16
9. Rumusan
10. Lampiran
11. Rujukan
KAJIAN TENTANG SISA
DOMESTIK DI KAMPUNG ALOR
BESAR , ALOR SETAR , KEDAH
DARUL AMAN
2
PENGHARGAAN
Pertama sekali ,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu
Arhamni di atas bimbingan beliau dalam menjalankan kerja lapangan .
Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan saya iaitu Akif Syahmi dan
Qursani atas bantuan mereka sepanjang kajian. Saya juga ingin mengucapkan
kasih kepada ibu bapa saya iaitu Tuan Zadul Mutaalim bin Ramli dan puan
Ainul Rafidah binti Abdul Hamid di atas sokongan mereka .
Terima kasih kepada adik-beradik saya yang telah memberi maklumat
kepada saya semasa menjalankan kerja lapangan ini . Saya akui , tugasan
yang diberikan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini sememangnya
tidak mudah . Oleh itu , saya perlu meminta pertolongan daripada orang
sekeliling .
3
PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kerja kursus Geografi tingkatan 1 yang
bertajuk kajian lapangan tentang “Sisa Domestik” di kawasan
“ Kampung Alor Besar “ . Kampung ini merupakan kampung halaman
saya .
Saya telah memilih KAMPUNG ALOR BESAR sebagai kawasan kajian
saya kerana ianya merupakan tempat tinggal saya dan ia merupakan
lokasi yang strategik .
Tempoh kajian saya adalah diantara 15 hingga 20 hari . Tempoh ini
agak lama disebabkan tugas untuk mencari maklumat . Jadi, saya dapat
menyelesaikan tugasan dalam masa yang diberikan iaitu selama 1bulan.
4
Antara Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk :
1)Mengenal pasti jenis-jenis sisa domestik di Kawasan Kampung Alor Besar.
2)Menjelaskan 3 kesan pembuangan sisa domestik di Kawasan Kampung Alor Besar
3)Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa secara
terancang di Kawasan Kampung Alor Besar
5
Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah Kampung Alor Besar . La terletak di daerah Alor Setar
dan terletak di Negeri Kedah Darul Aman .
Jarak Kawasan ini dari pusat bandaraya Alor Setar ialah sekitar 12-15 km . Masa
perjalanan ke pusat bandaraya kira-kira 40 minit .Kawasan ini merupakan Kawasan
perkampungan . Sawah padi antara sumber pendapatan yang utama di kampung
ini . Padi akan diambil kira-kira dua kali setahun .
Pandang darat fizikal yang ada di sini termasuklah sungai , hutan dan rumput .
Pandang darat budaya yang terdapat di sini ialah sawah padi , jambatan , dan
sekolah . 6
7
Kaedah Kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah :
1)PEMERHATIAN 2)RUJUKAN
8
DDAAPPAATTAANN
KKAAJJIIAANN
9
1.Jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di Kawasan Kampung Alor Besar.
Menurut Wikipedia , sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang dibuang
dari Kawasan perumahan . Sisa domestik mempunyai dua jenis iaitu sisa pepejal dan
sisa cecair .
Menurut hasil pemerhatian saya ,antara sisa domestik yang terdapat di kampung saya
ini terdapat dua jenis iaitu :
1. Bahan organik
contoh : sisa makanan dan juga sisa kebun
2. Bahan bukan organik
contoh : beg plastik baja dan botol racun serangga
Antara sisa cecair yang dijumpai di kampung ini adalah cecair racun serangga.
Antara sisa pepejal yang dijumpai juga ialah guni baja.
10
2)Menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik di Kawasan Kampung Alor Besar.
Antara kesan pembuangan sisa domestik Kampung Alor Besar ialah :
1.Pencemaran
Pembuangan sisa domestik secara tidak terancang akan menyebabkan
(a) pencemaran air
(b) pencemaran udara
(c) pencemaran bau
2.Wabak Penyakit
Sisa pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi tempat penularan
wabak virus yang disebarkan oleh haiwan yang boleh menyebabkan penyakit
taun,zika dan rotavirus.
3.Banjir
Sikap tidak bertanggungjawab sebahagian penduduk yang membuang sisa
domestik ke dalam longkang akan menyebabkan longkang tersumbat dan akan
terjadinya banjir.
11
3)Menjelaskan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa secra terancang
di Kawasan Kampung Alor Besar.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan pembuangan
sisa domestik secara bijaksana di kampung ini ialah:
1.Mengamalkan Amalan 3R
Penerapan amalan 3R dapat memberi sesuatu yang bermanfaat pada penduduk
kampung . Konsep ini boleh mengurangkan pembuangan sisa domestik .
3R > Reduce boleh mengurangkan apa-apa yang boleh menyebabkan sampah
seperti penggunaan beg plastik dan bekas polistirena .
Reuse menggunakan semula bekas minuman , surat khabar , majalah
atau mendermakan buku-buku dan pakaian.
Recycle menghasilkan barangan baharu daripada barangan terbuang
seperti penghasilan kraf tangan dan baja kompos.
12
2.Menguatkuasakan Undang-undang
Tindakan ini harus diambil supaya penduduk kampung lebih mengambil
berat tentang kesan pembuangan sisa domestik . Pihak yang melakukan
kesalahan melibatkan pembuangan sisa domestik akan didakwa diatas (akta 672)
dan akta (673) akta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
3.Kempen
Kempen kesedaran harus dijalankan untuk menyedarkan penduduk kampung
tentang kepentingan mengurangkan sisa domestik di kampung mahupun bandar.
Antara kempen yang sering diadakan ialah kempen kesedaran alam sekitar ,
kempen 3R dan kempen cintai sungai kita.
23
Rumusan
Setelah menjalankan kerja lapangan , saya telah menemui sisa domestik yang
dijumpai di Kawasan Kampung Alor Besar ialah guni baja dan juga botol serangga
beracun.
Saya juga mengetahui kesan pembuangan yang berlaku termasuk
pencemaran , bawak penyakit dan banjir . Langkah-langkah pengurusan sisa
domestik secara bijaksana ialah mengamalkan amalan 3R , menguatkuasakan
undang-undang dan mengadakan kempen .
Dengan ini , saya berharap kesan pembuangan sisa domestik dapat
dikurangkan di Kawasan Kampung Alor Besar .
14
Lampiran
Antara sikap tidak yang Pembuangan sampah di
tidak bertanggungjawab tepi sungai
penduduk
Keadaan sisa kebun
selepas dibakar
15
KAEDAH KAJIAN
Untuk kaedah kajian, saya mengggunakan dua kaedah iaitu : 1)pemerhatian
2)rujukan
1)PEMERHATIAN
Saya telah menjalankan pemerhatian di kawasan kajian pada 2 September
sekitar jam 6 petang untuk mengumpulkan maklumat yang lebih banyak
berkenaan sisa domestik yang ada disekitarnya.
Tujuan saya mengumpulkan maklumat tentang sisa domestik adalah untuk
memperolehi lebih banyak maklumat tentang persekitaran kampung ini.
16
2)RUJUKAN
a)BUKU TEKS
Saya menjadikan Buku Teks Geografi Tingkatan 1 sebagai rujukan
sepanjangmenjalankan kerja lapangan ini . Saya dapat mencari lebih banyak maklumat
tentang kerja lapangan . Antara maklumat yanga saya jumpa ialah cara-cara melukis
peta lakar dan cara untuk menulis kerja lapangan .
Buku teks ini mempunyai dua pengarang iaitu Encik Hisyam Azman bin Ibrahim
dan Encik Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad. Tahun pengeluaran buku ini ialah pada
tahun 2016 . Bandar terbitnya buku ini ialah di Bandar Permaisuri , 56000 Cheras ,
Kuala Lumpur . Buku teks Geografi Tingkatan 1 ini diterbitkan oleh ERA VISI SDN.BHD.
17
2)INTERNET
Selain menggunakan buku teks , saya juga mendapatkan sebahagian maklumat
internet. Antara laman sesawang yang saya rujuki ialah laman sesawang seperti
Wikipedia dan juga Google .
Ini membolehkan saya mendapatkan banyak maklumat dengan mudah
sekali . Antara maklumat yang saya dapatkan daripada Wikipedia ialah tentang
kesan dan juga contoh bahan buangan domestik . Laman Sesawang seperti ini
membolehkan kita mendapatkan setiap maklumat dengan mudah .
18
SEKIAN , TERIMA KASIH .
19