The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorainmdtaha, 2021-04-21 04:51:54

BUKU SKRAP DIGITAL JBA1131

BUKU SKRAP DIGITAL JBA1131

Keywords: BUKU SKRAP DIGITAL JBA1131

STUDENT
LEADERS BOARD

PERTANDINGAN MENCIPTA
BUKU SKRAP

DIGITAL(ANYFLIP

TOKOH
PEMIMPIN

JOHOR

MUHAMMAD NURARIEF BIN
NORZAIDI

SK TMN CAHAYA MASAI

BIODATA MURID

NAMA: MUHAMMAD NURARIEF BIN
NORZAIDI
NO MYKID:090315-01-0521
SEKOLAH: SK TMN CAHAYA MASAI
KELAS:6 SAHSIAH
HOBI: E SPORT
CITA-CITA:JURUTERA BINAAN

TOKOH
PEMIMPIN

JOHOR

DULI YANG

MAHA MULIA

SULTAN

IBRAHIM

IBNI

ALMARHUM

SULTAN

ISKANDAR

SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI
NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK

JOHOR DARUL TA’ZIM
D.K (JOHOR), D.K (PERAK), D.K
(KELANTAN), D.K. (PERLIS), D.K

(SELANGOR), D.K (NEGERI
SEMBILAN),

D.K (TERENGGANU), D.K.M.B.
(BRUNEI), S.P.M.J, S.S.I.J, S.P.M.T,

S.M.N, S.P.M.K, S.P.M.P, P.I.S

B
I
O
D
A
T
A

Diputerakan pada 22
November 1958 Duli Yang
Maha Mulia Sultan Ibrahim
dididik dan diasuh untuk
menjadi seorang Raja yang
cerdik, berpengetahuan,
berwibawa dan berdaulat.
Tuanku mengikuti jejak

langkah kesultanan
sebelum baginda dengan
melibat diri dalam aktiviti
ketenteraan, pengurusan

dan pentadbiran yang
dijadikan asas untuk
membina semangat juang,
disiplin, kepimpinan dan

perwatakan.

K
E
P
I
M
P
I
N
A
N



Kepimpinan Tuanku terserlah apabila setelah
tamat persekolahan Tuanku dilantik sebagai

platun komander ketika menjalani latihan
ketenteraan di Pusat Latihan Tentera Darat di

Kota Tinggi. Kemudiannya di atas jemputan
khas Tuanku mengambil bahagian dalam

latihan ketenteraan untuk pegawai muda di
Fort Benning, Georgia USA. Selain dari itu

Tuanku juga menjalani latihan ‘airborne‘ dan
‘ranger‘ untuk pegawai infantri. Selepas
berehat dua bulan, Tuanku meneruskan
latihan ‘American Special Forces‘ dan

‘Pathfinder’ dimana Tuanku telah membuat
19 terjunan payung terjun, lapan darinya
pada waktu malam. Tuanku dipilih dan
ditauliahkan sayap dan dijadikan sebagai

seorang komando. Tuanku juga ditauliahkan
sebagai anggota pasukan SEAL (tentera laut

dan darat). Selain itu Tuanku melakukan
beberapa penerjunan di Bandung Indonesia
sebelum ditauliahkan sebagai ahli kehormat

Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS)
Indonesia.

Sekembalinya ke Johor, Tuanku
dilantik sebagai Timbalan Pegawai
Pemerintah Askar Timbalan Setia

Negeri. Dalam masa yang sama
Tuanku menjalani latihan juruterbang

helikopter dengan Tentera Udara
DiRaja Malaysia. Dengan kecekapan
yang ditunjukkan Tuanku dibenarkan

mengendalikan penerbangan
helikopter perseorangan. Dengan
kesungguhan dan ketabahan, Tuanku
berjaya lulus satu kursus lebih awal
dari peserta lain. Tuanku dikurniakan
dan menerima sayap pada 26 April
1982 dari Sultan Iskandar dalam satu
upacara perbarisan dalam mana

Tuanku menjadi ketuanya.

Tuanku juga menyertai selama tiga
bulan latihan tentera laut di

Pengkalan Tentera Laut DiRaja
Malaysia di Lumut, sekaligus
melengkapkan Tuanku sebagai
pegawai tentera darat, laut dan

udara.
Bagi mengimbangi latihan

ketenteraan dan untuk
menjadikan Raja yang berwibawa

dan dihormati, Tuanku
meneruskan pelajaran di Fletcher

School of Law and Diplomacy di
Boston, Massachusetts USA.

Tuanku menyertai dan melengkapi
dua kursus, ‘Southeast Asian
Strategic Studies’ dan

‘International Laws of the Seas’.

P
E
R
K
H
I
D
M
A
T
A
N

Tuanku berkhidmat dengan
Kerajaan Negeri Johor dan
ditempatkan di antara lain di
Pejabat Setiausaha Kerajaan,
Pejabat Perbendaharaan,

Pejabat Tanah, Jabatan
Perancang Bandar dan Desa,

Jabatan Perhutanan dan
Jabatan Pertanian untuk
mempelajari selok belok
pengurusan dan pentadbiran

negeri.

P
E
M
A
S
Y
U
R
A
N

Tunku Ibrahim dilantik sebagai Waris
apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan

Iskandar menaiki takhta kerajaan
Johor dan dimasyurkan sebagai Tunku

Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.
Mulai 25 April 1984 hingga 25 April
1989 Tunku Mahkota Tunku Ibrahim

dilantik sebagai Pemangku Raja
semasa Duli Yang Maha Mulia Sultan

Iskandar diangkat sebagai Yang
DiPertuan Agong. Tuanku

memanfaatkan tempoh sebagai
Pemangku Raja untuk menimba ilmu
pengetahuan berkaitan urusan negeri

serta berdamping dengan rakyat.

Tunku
Mahkota

Tunku
Ibrahim
dimasyurkan
sebagai
Sultan Johor
pada 23
Januari 2010
di atas
kemangkatan
Duli Yang
Maha Mulia
Sultan
Iskandar.

P
E
R
K
A
H
W
I
N
A
N

Tuanku
mendirikan

rumah
tangga
dengan

Duli Yang
Maha
Mulia

Raja Zarith
Sofiah
Binti

Almarhum
Sultan Idris

Shah

P
U
T
R
A

&

P
U
T
E
R
I

1. DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan
Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

2. YAM Tunku Tun Aminah Maimunah
Iskandariah Binti Sultan Ibrahim

3. YAM Tunku Idris Iskandar Ismail
Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim,

Tunku Temenggong Johor
4. YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar
Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim,

Tunku Laksamana Johor
5. YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal

Jeffri Ibni Sultan Ibrahim, Tunku
Panglima Johor

6. YAM Tunku Abu Bakar Mahmood
Iskandar Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim,

Tunku Putera Johor

K
E
P
E
R
I
B
A
D
I
A
N

DYMM Tuanku Sultan Ibrahim mempunyai
banyak keistimewaan dan pencapaian yang
membanggakan, selain keperibadian yang
menawan hati rakyat. Sultan yang berjiwa
rakyat ini cukup sinonim dengan Program

Kembara Mahkota Johor, aktiviti yang
berteraskan kerja sosial yang diilhamkan
oleh DYMM Tuanku Sultan Ibrahim sejak 2001
ketika Tuanku menjadi ‘Tunku Mahkota
Johor’. Program Kembara Mahkota Johor
dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi
dijadikan acara tahunan yang disertai YAB
Menteri Besar dan pegawai-pegawai Kerajaan
Negeri, bagi melaksanakan pelbagai projek
kebajikan sepanjang laluan konvoi disemua
10 daerah di negeri Johor. DYMM Tuanku
Sultan Ibrahim juga turut membabitkan ahli
keluarganya, Duli Yang Maha Mulia Raja
Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris
Shah dan putera puteri Tuanku menyertai

program mesra rakyat ini.



TITAH TUANKU

Saya tidak menjangka sambutan rakyat yang
begitu hangat di setiap persinggahan. Saya
amat terharu melihat rakyat keluar beramai-
ramai menyambut saya serta rombongan.
Sesungguhnya saya amat tersentuh dengan
sambutan hangat yang telah diberikan oleh

rakyat. Pada mulanya saya hanya ingin
meneruskan tradisi mulia Ayahanda saya, Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor

untuk menziarah rakyat jelata di segenap
pelusuk negeri. Sambutan luar biasa yang

telah diberikan oleh rakyat Johor telah
menguatkan azam saya untuk meneruskan
program Kembara Mahkota Johor. Program

ini menjadi satu acara

H
O
B
I

DYMM Sultan Ibrahim sangat berminat dalam
bidang sukan, khususnya polo yang telah
membawa baginda menyertai kejohanan

sehingga ke peringkat antarabangsa. Turut
menjadi kegemaran Tuanku ialah sukan

tenis, luncur layar, menembak, memandu dan
payung terjun. Tuanku juga telah mencipta

sejarah memperolehi Lesen Memandu Kereta
Api Kelas 26 setelah menyempurnakan acara

pusingan lokomotif seberat 86 tan
menggunakan alat ‘turn table’. Tuanku juga

telah menerima pengiktirafan daripada
Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai
Sultan pertama memandu kereta api secara
rasmi. Majlis penyampaian lesen memandu

kereta api ini disempurnakan oleh Dr.
Aminuddin Adnan, Presiden Kereta Api Tanah
Melayu Bhd (KTMB) pada 29 Jun 2010 di Stesen

Kereta Api Gemas.

B
E
R
J
I
W
A

R
A
K
Y
A
T





SUMBER RUJUKAN:

Portal Rasmi Kerajaan
Negeri Johor Darul Takzim

Gambar-gambar dari
internet


Click to View FlipBook Version