ISUEUTHANASIAG P M L 1 0 2 2 P E N D I D I K A N M O R A L PENULIS : TAN ZI WEI PENSYARAH: ENCIK ISMAIL BIN JAAFAR
Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,Kelantan kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Kemudahan institut yang diberi seperti kemudahan asas seperti WIFI untuk mencari maklumat dalam Internet. Seterusnya,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,Encik Ismail Bin Jaafar kerana memberi bimbingan kepada saya semasa menyiapkan kerja kursus Pendidikan Moral.Beliau telah menerangkan cara menjalankan tugasan ini kepada saya dengan teliti supaya saya dapat memafami tugasan dan kehendak solan.Beliau memberi tunjuk ajar dan ajaran kepada saya jika menghadapi sebarang masalah. Selain itu, saya mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang sentiasa membantu saya dari segi kewangan,dorongan dan sokongan sepanjang masa saya menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memotivasikan saya sehingga saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Tidak lupakan kepada rakan-rakan PISMP Ambilan Jun 2023 yang telah membantu saya dalam proses pelaksanaan kerja kursus ini.Rakan-rakan saya tidak mementingkan diri sendiri dan berkongsi pendapat dan maklumat kepada saya.Saya bersyukur kerana mereka sundi mengeluarkan masa untuk membantu saya menyemak kesalahan kerja kursus. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang pernah menghulurkan tangan kepada saya dalam melaksanakan kerja kursus ini.Sekian terima kasih. PENGHARGAAN
I S I KA N D U N GA N 01 02 03 04 05 Penghargaan 1.0 Pengenalan 2.0 Jenis-Jenis Euthanasia 3.0 Cara Penyelesaian 4.0 Kesimpulan 3.1 USAHA PIHAK KERAJAAN 3.2 USAHA KAKITANGAN KESIHATAN 06 5.0 Rujukan 07 6.0 Lampiran
Euthanasia juga disebut sebagai mercy killing digarap daripada perkataan Yunani “euthanatos” yang bermaksud ‘good death’ iaitu kematian dengan tenang. Menurut istilah perubatan pula, euthanasia didefinisikan sebagai tindakan agar kesakitan atau penderitaan yang dialami seseorang yang akan meninggal diringankan dan turut mempercepat kematian seseorang yang berada dalam kesakitan dan penderitaan hebat menjelang kematiannya yang lebih merujuk kepada tindakan pihak ketiga (pengamal perubatan) untuk menamatkan riwayat hidup seseorang pesakit. Membantu menamatkan tempoh hayat seseorang pesakit yang mengalami penyakit yang dikatakan sukar atau tidak mungkin sembuh dengan cara sengaja seperti dengan memberikan suntikan atau ubatan melalui gas yang melebihi dos tidak dibenarkan oleh undang-undang. Tindakan ini umumnya dilihat melanggar undang-undang di banyak negara di dunia seperti Malaysia, Singapura, United Kingdom dan beberapa negeri di Amerika Syarikat. Pada masa ini,hanya beberapa negara yang membenarkan perlaksanaan euthanasia, iaitu Belaanda, Belgium dan Oregan serta Washington di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, hanya di Belanda, euthanasia dipraktikkan secara terbuka.Euthanasia tidak dapat dilaksanakan di seluruh dunia kerana ia membangkitkan persoalan moral dan bertentangan dengan ajaran agama serta undang-undang yang sedia ada di sesebuah negara.Para penyokong eutanasia percaya bahawa negara tidak boleh mengganggu hak seseorang untuk mati. Namun, para penentang eutanasia mempunyai pendapat yang berbeza dan meletakkan asas bahawa tiada sesiapa yang boleh menentukan bilakah seseorang itu akan mati kecuali Tuhan. Di Malaysia,Eutanasia haram dilaksanakan kerana berusaha mempercepatkan kematian dengan memberhentikan rawatan atau mengambil ubat-ubatan pada dos yang berlebihan untuk menghentikan hayat adalah perbuatan membunuh.Perbuatan membunuh adalah perbuatan yang berlawanan kehendak Allah S.W.T dan merampas haknya. 1.0 PENGENALAN
2.0 JENISJENIS EUTHANASIA Euthanasia pasif menyuntik ubatan tertentu yang boleh membawa maut dengan segera menghentikan bekalan makanan, air, ubatan atau prosedur yang perlu bagi meneruskan hidup pesakit 1 Euthanasia aktif 2 3 Involuntary euthanasia proses mempercepatkan kematian pesakit yang berada dalam keadaan tidak sedar, koma atau tidak mampu memberikan reaksi yang dapat difahami. Euthanasia secara tidak sukarela Apabila seseorang pesakit dipercepatkan kematiannya tanpa permintaan yang jelas Apabila seseorang yang dipercepatkan kematiannya berdasarkan permintaannya sama ada secara lisan atau bertulis Euthanasia secara sukarela 4 5
Isu euthanasia perlu dipandang serius dalam masyarakat.Pelbagai usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi isu ini. Pertama sekali, pihak Kerajaan harus meningkatkan kemajuan teknologi perubatan. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakkan pesakit terpaksa memilih kaedah euthanasia untuk mematikan diri sendiri. Harapan yang kecil untuk berjaya mendapat permindahan organ daripada orang lain menyebabkan mereka memutus asa sehingga ingin mempercepatkan kematian diri.Seiring dengan perkembangan teknologi, sesetengah pesakit kanser dapat juga dapat diubati contohnya dengan melalui sesi kemoterapi yang ternyata menggunakan teknologi moden. Sebagai contoh, pihak Kerajaan harus bersifat terbuka bekerjasama dengan negara maju untuk berkongsi ilmu dan teknologi dalam bidang perubatan. Dengan ini, negara kita boleh mendapat kemajuan dalam mencipta ubat baharu yang efektif dan mendapat penemuan baharu dalam bidang perubatan.Natijahnya,risiko kematian dapat dikurangkan sekali gus mengurangkan kadar kematian.Jelasnya,pihak Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam memajukan teknologi perubatan di negara kita. Selain itu,pihak Kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran tentang pendermaan organ untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengizinkan pendermaan organ sebelum mati. Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN) merekodkan seramai 10,747 orang pesakit berada dalam senarai menunggu organ baharu sehingga Julai.Sekiranya tidak ada pendermaan organ,mereka tidak mempunyai harapan untuk terus hidup. Namum begitu, pendermaan organ dan tisu serta transplantasi di Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah pesakit yang memerlukan pembedahan transplantasi.Melalui kempen kesedaran, rakyat Malaysia dapat mengetahui secara dalaman tentang pendermaan organ dan sundi menyelamatkan orang lain yang sangat memerlukannya.Impaknya,semakin ramai pesakit berpeluang mendapat pendermaan organ supaya menjalani hidup mereka dengan lebih panjang.Tuntasnya,kempen kesedaran harus dianjurkan oleh pihak Kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat. Di samping itu, kebajikan rakyat Malaysia harus dijaga oleh pihak Kerajaan.Hal ini lantaran sesetengah pesakit yang miskin terutamanya golongan B40 tidak mampu menanggung kos perawatan dan perubatan yang terlampau tinggi. Oleh itu, mereka terpaksa menghentikan rawatan dan bekalan ubatan daripada hospital.Misalnya,pihak Kerajaan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia harus merancangkan dasar untuk memberi rawatan secara percuma kepada golongan miskin seperti pesakit boleh mendapat rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.Pihak Kerajaan juga harus menyediakan kemudahan perubatan yang sempurna kepada pesakit.Tegasnya,isu euthanasia dapat diselesaikan jika pihak Kerajaan menjaga kebajikan rakyat Malaysia. 3.0 CADANGAN PENYELESAIAN ISU EUTHANASIA 3.1 USAHA PIHAK KERAJAAN
Tidak dinaftikan bahawa kakitangan kesihatan memegang peranan yang penting dalam isu euthanasia. Oleh itu, kakitangan kesihatan perlu memberikan kerjasama untuk membanteras isu euthanasia. Pada pendapat saya, doktor harus mengamalkan nilai tanggungjawab dengan melakukan rawatan yang betul dan tepat. Doktor seharusnya melakukan usaha terus-menerus untuk mempertahankan hidup pesakit. Hal ini dikatakan demikian kerana pesakit mempunyai hak untuk mendapatkan keamanan selama sisa hidupnya dengan cara memberikan rawatan perubatan semaksima mungkin. Jika doktor bersikap individualistik dan tidak merawat pesakit dengan berusaha, pesakit akan menimbul perasaan kecewa dan kehilangan yakin terhadap kakitangan kesihatan. Sikap mementingkan diri dalam sanubari doktor akan menimbulkan kesan buruk kepada kehidupan sosial, seperti penolakan perawatan kepada pesakit yang perlu dirawat, eksploitasi, dan hilangnya moraliti serta rasa peduli kepada orang lain. Implikasinya, pesakit yang tidak dapat rawatan dan kehilangan harapan akan memilih kaedah euthanasia untuk mematikan diri.Pendek kata, rawatan yang betul dan tepat oleh doktor kepada pesakit sangat penting untuk mengatasi isu euthanasia. Selain daripada rawatan secara fizikal, rawatan emosi dan spirtual hendak diberikan kepada pesakit. Rawatan emosi dan spirtual tidak harus diabaikan oleh kakitangan kesihatan kerana pesakit bukan robot atau tikus makmal. Misal kata, kakitangan kesihatan harus mengamalkan nilai kasih sayang dengan melayan pesakit seperti ahli keluarga sendiri supaya mereka berasa diutamakan dan tidak dilupakan. Secara tidak langsung, emosi dan psikologi pesakit akan menjadi tenang dan sihat. Mereka dapat menghindarkan diri daripada kemurungan dan menghidap penyakit mental.Rawatan emosi dan spirtual mampu menjana perasaan kelegaan kepada pesakit walaupun mereka menghadapi penyakit yang kritikal. Rawatan in bukanlah menjanjikan kesembuhan secara total, akan tetapi berusaha untuk memberi kesan positif dalam diri pesakit sama ada dari segi fizikal,spirtual,social,emosi dan psikologi. Tuntasnya, kakitangan kesihatan memainkan peranan yang penting untuk membri rawatan emosi dan spirtual kepada pesakit untuk memastikan mereka mempunyai mental yang sihat dan fikiran yang betul. 3.2 USAHA KAKITANGAN KESIHATAN
4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, eutanasia adalah suatu perbuatan yang bermoral atau tidak, perlu dilihat kepada setiap konteks eutanasia itu sendiri termasuklah jenis-jenisnya. Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat dari pelbagai perspektif seperti dari sudut agama Islam, Buddha, Hindu, sudut moral, kemanusiaan, dan etika perubatan kesemuanya menentang amalan euthanasia. Jelas bahawa, euthanasia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima baik melalui undang-undang, agama serta kemanusiaan. Diharapkan pada masa yang akan datang, Malaysia mempunyai suatu kerangka perundangan dan peruntukan yang lebih jelas dan sempurna mengenai eutanasia bagi mengelakkan sebarang isu dan kekeliruan timbul.
5.0 RUJUKAN Angela Morrow & Rn. (2023, May 2). What Is Euthanasia? . verywellhealth. Boleh didapati : https://www.verywellhealth.com/what-is-euthanasia-1132209 Hisham, A. I. B., Zahir, M. Z. M., & Rajamanickam, R. (2022). Analisis Isu berkaitan Eutanasia dari Sudut Undang-undang dan Etika Perubatan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(11), e001985-e001985. Johardy Ibrahim. (2016). Mengenali makna EUTHANASIA . Boleh didapati: https://id.linkedin.com/pulse/mengenali-makna-euthanasia-merrepak-11- september-2016-johardy-ibrahim Kamariah Khalidi. (2023,September 7). Pendermaan organ masih rendah berbanding jumlah pesakit ‘end organ failure’. Kosmo Digital. Boleh didapati: https://www.kosmo.com.my/2023/09/07/pendermaan-organ-masih-rendahberbanding-jumlah-pesakit-end-organ-failure/ Kementerian Kesihatan Malaysia.(2023). Skim Perubatan MADANI. Boleh didapati: https://belanjawan.mof.gov.my/manfaat/faq/skim-madani.html Kuasa Government of Selangor Gazette. (2012). Hukum Euthanasia Mercy Killing. Jabatan Mufti Negeri Selangor. Dimuat turun daripada https://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwaterkini/217-hukum-eutanasia-mercy-killing Warjiyati, S. (2020). Implementasi Euthanasia dalam Perspektif Ulama dan Hak Asasi Manusia. AlJinayah: Jurnal Hukum Pidana Islam, 6(1), 257-284. https://doi.org/10.15642/aj.2020.6.1.257-284 Yusofa, F. M., Nizar, T. J., Muhammad, S. N., & Nazir, N. M. (2013). Euthanasia: Melanggar Etika dan Hak Asasi Manusia. Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 64(1), 33-41. Zulkifli Mohamad al-Bakri .(2015). Pendermaan organ. Mufti Wilayah Persekutuan. Boleh didapati: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1816-pendermaan-organ
6.0 LAMPIRAN
SEKIAN TERIMA KASIH