The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulafzan, 2024-04-18 23:37:45

JENDELA PERAKAUNAN: MODUL ASAS PERAKAUNAN

Modul Asas Perakaunan

Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 45 2. Penyata Kedudukan Kewangan (Statement of Financial Position) Tujuan Penyata Kedudukan Kewangan adalah untuk menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan di dalam item aset, liabiliti dan modal (ekuiti pemilik) pada sesuatu tempoh. Juga di kenali sebagai penyata posisi kewangan atau kunci kira-kira syarikat yang memberi maklumat berkenaan nilai syarikat. ASET = LIABILITI + EKUITI PEMEGANG SAHAM 3. Penyata Aliran Tunai (Cash Flow Statement) Penyata aliran tunai melaporkan semua aliran kemasukan dan aliran keluaran tunai dalam satu tempoh perakaunan. Penyata kewangan ini menunjukkan kenaikan atau penurunan jumlah bersih tunai yang ada untuk satu tempoh perakaunan. Penyata aliran tunai ini dipecahkan kepada beberapa aktiviti, iaitu aktiviti-aktiviti operasi, pelaburan dan pembiayaan. Maklumat dalam penyata aliran tunai ini menjelaskan perubahan yang dilaporkan dalam kunci kira-kira, dan juga menjelaskan perubahan pada transaksi keuntungan atau kerugian yang dilaporkan dalam penyata untung rugi. TUNAI MASUK – TUNAI KELUAR = BAKI TUNAI 7.3 Kepentingan Penyata Kewangan Penyata kewangan adalah sangat penting untuk sesebuah perniagaan bagi memastikan ianya di urus tadbir dengan baik serta kukuh dan maju di masa hadapan. Pengetahuan dan pemahaman yang baik tentang penyata kewangan mampu membawa sesebuah perniagaan ke mercu kejayaan yang lebih terbilang. Antara kepentingan penyata kewangan yang wajib diketahui oleh perniagaan adalah seperti dibawah: 1. Mengenalpasti Prestasi Perniagaan ● Mengira nilai untung / rugi perniagaan ● Mengawal Perbelanjaan ● Menilai kemajuan perniagaan 2. Memudahkan Pembiayaan / Pinjaman ● Mengira tahap kecairan ● Mengira kemampuan membayar semula pinjaman 3. Mengenal Pasti Risiko ● Mengenal pasti masalah hutang lapuk ● Mengawal isu berkaitan bankrap 4. Mengelakkan Penyelewengan ● Mengawal aliran masuk dan keluar wang tunai ● Mengesan penyelewengan dalam perniagaan


Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 46 5. Urusan Percukaian ● Merancang isu berkaitan cukai dengan cekap ● Memudahkan pentaksiran cukai perniagaan ● Rujukan jumlah cukai yang dikenakan dan cukai kena bayar 6. Mengelakkan Pembaziran ● Memantau jenis barangan yang telah dan akan dibeli ● Memantau nilai barangan yang telah di bayar ● Memantau kos operasi perniagaan 7.4 Penyediaan Imbangan Duga Imbangan Duga merupakan satu senarai baki-baki akaun yang diambil daripada lejar am, lejar subsidiary, dan buku tunai pada suatu tempoh tertentu. 7.4.1 Pindah Dari Lejar Ke Imbangan Duga Semua baki akhir setiap lejar dipindahkan ke imbangan duga. Imbangan duga mestilah dijumlahkan bagi kedua-dua debit dan kredit. LEJAR IMBANGAN DUGA Baki akhir / Baki h/b Debit Kredit Baki akhir / Baki h/b Kredit Debit 7.4.2 Format penyediaan imbangan duga dalam bentuk lajur: Nama Perniagaan Imbangan Duga pada…….. Butiran Debit (RM) Kredit (RM) Akaun Aset XXX Akaun Belanja XXX Akaun Modal XXX Akaun Liabiliti XXX Akaun Hasil XXX XXXX XXXX


Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 47 7.4.3 Contoh Penyediaan Imbangan Duga Berikut adalah lejar bagi Perniagaan Lala. Sediakan Imbangan Duga pada 31 Mac 2022. Debit (Dt.) Kredit (Kt.) Modal Tarikh Butiran RM Tarikh Butiran RM Mac Mac 31 Baki h/b 80,000 1 Bank 80,000 80,000 80,000 1 April Baki b/b 80,000 Debit (Dt.) Kredit (Kt.) Akaun Kenderaan Tarikh Butiran RM Tarikh Butiran RM Mac Mac 6 Bank 60,000 31 Baki h/b 60,000 60,000 60,000 1 April Baki b/b 60,000 Debit (Dt.) Kredit (Kt.) Akaun Bank Tarikh Butiran RM Tarikh Butiran RM Mac Mac 1 Modal 80,000 6 Kenderaan 60,000 13 Komisen Diterima 900 8 Sewa 900 19 Jualan 780 25 Gaji 5,670 31 Baki h/b 15,110 81,680 81,680 1 April Baki b/b 15,110 Debit (Dt.) Kredit (Kt.) Akaun Sewa Tarikh Butiran RM Tarikh Butiran RM Mac Mac 8 Bank 900 31 Baki h/b 900 900 900 1 April Baki b/b 900


Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 48 Debit (Dt.) Kredit (Kt.) Akaun Komisen Diterima Tarikh Butiran RM Tarikh Butiran RM Mac Mac 31 Baki h/b 900 13 Bank 900 900 900 1 April Baki b/b 900 Debit (Dt.) Kredit (Kt.) Akaun Jualan Tarikh Butiran RM Tarikh Butiran RM Mac Mac 31 Baki h/b 3,340 19 Bank 780 26 PenghutangKhai 2,560 3,340 3,340 1 April Baki b/b 3,340 Debit (Dt.) Kredit (Kt.) Akaun Gaji Tarikh Butiran RM Tarikh Butiran RM Mac Mac 25 Bank 5,670 31 Baki h/b 5,670 5,670 5,670 1 April Baki b/b 5,670 Debit (Dt.) Kredit (Kt.) Akaun Penghutang – Khai Tarikh Butiran RM Tarikh Butiran RM Mac Mac 26 Jualan 2,560 31 Baki h/b 2,560 2,560 2,560 1 April Baki b/b 2,560 *Nota: baki h/b: baki hantar bawah, baki b/b: baki bawa bawah


Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 49 7.4.4 Imbangan Duga Perniagaan Lala Imbangan Duga pada 31 Mac 2022 Butiran Debit (RM Credit (RM) Modal 80,000 Bank 15,110 Kenderaan 60,000 Jualan 3,340 Penghutang - Khai 2,560 Sewa 900 Gaji 5,670 Komisen Diterima 900 JUMLAH 84,240 84,240 7.5 Penyediaan Penyata Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan Penyata kewangan ialah laporan data kewangan sesebuah perniagaan bagi sesuatu tempoh. Penyata kewangan ini merangkumi dua bahagian iatu Penyata Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan. Pengguna penyata kewangan boleh dikategorikan kepada dua (2) iaitu pengguna dalaman dan pengguna luaran. Contoh pengguna dalaman bagi penyata kewangan ialah pengurus, pekerja, pemilik manakala pengguna luaran terdiri daripada pihak bank, agensiagensi kerajaan dan pelabur baru. Topik ini akan membincangkan penyediaan dan juga format bagi penyediaan Penyata Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan. 7.5.1 Penyata Untung Rugi 1. Pengenalan Penyata Untung Rugi Penyata Untung Rugi perlu disediakan oleh sesebuah syarikat untuk mengetahui jumlah keuntungan dan kerugian untuk sesuatu tempoh perakaunan. Penyata Untung Rugi merangkumi dua (2) bahagian iatu Penyata Perdagangan dan Penyata Untung Rugi. Penyata Perdagangan disediakan berdasarkan imbangan duga yang diperoleh dari kitaran perakaunan yang sebelumnya manakala Penyata Untung Rugi disediakan dengan mengambil kira belanja dan hasil yang terlibat. Tujuan Penyata Untung Rugi disediakan adalah untuk: a) Mengetahui untung atau rugi sesebuah aktiviti yang dijalankan dengan mengambil kira hasil dan belanja yang lain. b) Menilai bahawa perniagaan yang dijalankan mendapat untung atau rugi kasar.


Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 50 2. Penyediaan Penyata Untung Rugi Berikut merupakan langkah-langkah penyediaan penyata untung rugi: Langkah 1: Nilai jualan bersih Langkah 2: Jualan bersih tolak kos jualan = *Untung/Rugi kasar Langkah 3: Untung/Rugi kasar tambah Pendapatan lain tolak Perbelanjaan lain = *Untung/Rugi bersih * NOTA: 1) Untung kasar = Jualan bersih > kos jualan; Rugi kasar = Jualan bersih < kos jualan 2) Untung bersih = (Untung/Rugi bersih + Pendapatan) > Perbelanjaan; Rugi bersih = (Untung/Rugi bersih + Pendapatan) < Perbelanjaan 3) Nilai untung/rugi bersih dalam penyata untung rugi akan dipindahkan ke penyata kedudukan kewangan 3. Format Penyata Untung Rugi Nama Perniagaan Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir (Nyatakan tarikh/bulan/tahun) RM RM RM Jualan xx (-) Pulangan Jualan (xx) (-) Diskaun Diberi (xx) Jualan Bersih xxx (-) Kos Jualan: Stok@Inventori Awal xx (+) Belian xx (-) (-) Pulangan Belian (xx) (-) Diskaun Diterima (xx) xxx (+) Belanja atas Belian: Pengangkutan Masuk xx Duti Import xx Insurans atas Belian xx xxx (-) Stok@Inventori Akhir (xx) Kos Jualan xxx UNTUNG/(RUGI) KASAR (Rujuk Nota 2) xxx/(xxx) (+) Pendapatan: Faedah atas Simpanan Tetap xx (+) Komisen Diterima xx Kos jualan adalah nilai pengiraan daripada stok awal sehingga stok akhir


Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 51 Sewa Diterima xx xx xxx (-) Perbelanjaan: Pengangkutan Keluar xx Faedah atas Pinjaman xx Gaji xx KWSP xx Bil Elektrik dan Air xx Penyelenggaraan xx Alatulis dan Percetakan xx Sewa Bangunan xx (-) Susutnilai Aset xx Perbelanjaan Lain xx (xxx) UNTUNG/(RUGI) BERSIH xxx/(xxx) (Rujuk Nota 3) 7.6 Pengenalan Penyata Kedudukan Kewangan Penyata Kedudukan Kewangan adalah merupakan akaun laporan yang memberikan maklumat mengenai kedudukan kewangan sesebuah perniagaan pada tarikh yang tertentu. Penyata Kedudukan Kewangan juga dikenali sebagai kunci kira-kira dan pada kebiasaannya penyediaan penyata adalah pada akhir tempoh perakaunan pada setiap tahun. Pemilik syarikat dapat menganalisis prestasi syarikat pada tahun lepas, tahun semasa dan keseluruhan perniagaan dengan adanya Penyata Kedudukan Kewangan. Tujuan penyediaan Penyata Kedudukan Kewangan adalah untuk: a) Aset dan liabiliti perniagaan dapat disenaraikan dengan jelas dan tepat. b) Kedudukan kewangan perniagaan dapat dilihat dan dianalis dengan jelas. c) Membuktikan jumlah kecairan perniagaan (modal kerja) dalam sesuatu tempoh masa. 7.6.1 Penyediaan Penyata Kedudukan Kewangan Berikut merupakan langkah-langkah penyediaan penyata kedudukan kewangan: Langkah 1: Jumlah nilai aset (Aset tetap + Aset semasa) Langkah 2: Jumlah nilai modal akhir Langkah 3: Jumlah nilai liabiliti (Liabiliti semasa + Liabiliti jangka panjang) Langkah 4: Modal akhir tambah jumlah liabiliti Untung/Rugi bersih akan dipindahkan ke penyata kedudukan kewangan


Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 52 7.6.2 Format Penyata Kedudukan Kewangan Nama Perniagaan Penyata Kedudukan Kewangan pada (Nyatakan tarikh/bulan/tahun) RM RM RM Kos Susutnilai Terkumpul Nilai Buku Bersih Aset Tetap: Bangunan xx (xx) xx Kenderaan xx (xx) xx Perabot xx (xx) xx xxx (+) Aset Semasa: Stok @ Inventori Akhir xx (+) Penghutang / Akaun belum terima xx Tunai di bank xx Tunai di tangan xx xxx XXXX Ekuiti Pemilik: Modal awal xx (+) Untung bersih / (-) Untung kasar xx / (xx) (-) Ambilan (xx) Modal Akhir xxx (+) Liabiliti Jangka Panjang: (+) Pinjaman jangka panjang (Melebihi tempoh 1 tahun) xx xxx (+) Liabiliti Semasa: Pemiutang / Akaun Belum Bayar xx Overdraft Bank xx (+) Pinjaman jangka pendek (Kurang tempoh 1 tahun) xx xxx XXXX Nilai Buku Bersih = Kos - Susutnilai terkumpul aset Bahagian 1 Bahagian 2 Diambil dari penyata untung rugi


Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 53 NOTA: *Jumlah pada Bahagian 1 dan 2 mesti SAMA. *Stok@inventori akhir akan diletakkan dalam dua (2) kategori iaitu Kos Jualan dan Aset Semasa *Modal kerja adalah jumlah asset semasa tolak jumlah liabiliti semasa 7.7 Penyata Aliran Tunai Penyata Aliran Tunai adalah penyata ketiga terpenting dalam sesuatu perniagaan. Penyata ini melaporkan aliran wang tunai masuk dan keluar dalam suatu tempoh perakaunan seterusnya menunjukkan kedudukan tunai perniagaan pada akhir tempoh berkenaan. Ia juga melaporkan punca perolehan dan penggunaan wang oleh perniagaan. Secara amnya, penyata aliran tunai disediakan dalam tiga (3) bahagian berbeza mengikut aktiviti, iaitu i. Aktiviti Aliran tunai dari aktiviti operasi operasi • menunjukkan wang tunai yang dihasilkan dari operasi teras perniagaan, termasuk wang yang dibelanjakan dalam pengurusan operasi perniagaan secara tidak langsung bahagian ini menunjukkan keupayaan perniagaan untuk menjana pendapatan bagi menjelaskan liabiliti semasa seperti bayaran kepada pembekal dan gaji pekerja. • Aliran tunai dari aktiviti operasi ini boleh disediakan dalam 2 kaedah iaitu Kaedah Langsung dan Kaedah Tidak Langsung. Kaedah langsung disediakan dengan mengambil jumlah tunai diperoleh dari aktiviti perniagaan dan ditolak dengan jumlah tunai yang dibelanjakan. Manakala Kaedah Tidak Langsung pula mengira jumlah aliran tunai dengan mengambil keuntungan dari Penyata Untung Rugi dan mengeluarkan balik non-cash items serta beberapa penyesuaian lain. ii. Aliran tunai dari aktiviti pelaburan • berkaitan dengan aliran masuk dan keluar wang tunai yang melibatkan pelaburan dalam syarikat lain seperti membeli saham. Pulangan dari pelaburan tersebut juga direkodkan dibawah katagori ini, • Aktiviti pembelian dan penjualan asset tidak semasa seperti harta tanah, peralatan dan kenderaan juga termasuk dibawah katagori ini. iii. Aliran tunai dari aktiviti pembiayaan • aktiviti ini merangkumi aliran masuk dan keluar wang tunai yang berkaitan liabiliti (hutang) jangka panjang dan equiti pemilik perniagaan (syarikat). • Termasuk dalam senarai aktiviti bahagian ini adalah terbitan saham dan pembelian balik saham (bagi syarikat), perolehan hutang dan pembayaran balik hutang, juga pembayaran dividen kepada pemilik syarikat.


Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 54 7.7.1 Contoh penyata aliran tunai: i. Kaedah Langsung ABC SDN BHD PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DECEMBER 2022 RM RM ALIRAN TUNAI DARI AKTIVITI OPERASI Tunai diterima dari pelanggan xxx Tunai dibayar kepada pembekal (xx) Tunai dibayar untuk pekerja (xx) Tunai dibayar untuk lain-lain belanja (xx) Tunai diperoleh dari operasi (xx) Interest dibayar (xx) Cukai dibayar (xx) Tunai bersih dari aktiviti operasi xx ALIRAN TUNAI DARI AKTIVITI PELABURAN Pembelian harta tanah (xx) Pembelian mesin baru (xx) Penjualan mesin lama xx Perolehan tunai dari pelaburan xx Tunai bersih dari aktiviti pelaburan xx ALIRAN TUNAI DARI AKTIVITI PEMBIAYAAN Tunai diterima dari terbitan saham xx Tunai dibayar untuk tebus debenture (xx) Bayaran dividen tunai pemegang saham (xx) Bayaran untuk hutang bank (xx) Tunai bersih dari aktiviti pembiayaan (xx) Tunai dan kesetaraan tunai bersih setahun xx Tunai dan kesetaraan tunai pada awal tahun xx Tunai dan kesetaraan tunai pada akhir tahun xx


Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 55 ii) Kaedah Tidak langsung ABC SDN BHD PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DECEMBER 2022 RM RM ALIRAN TUNAI DARI AKTIVITI OPERASI Untung sebelum cukai xxx Pelarasan: Susutnilai - mesin xx - kenderaan xx Bayaran interes xx Pendapatan dari pelaburan (xx) Hasil operasi sebelum perubahan modal pusingan xx Kenaikan inventori (xx) Penurunan akaun belum terima xx Kenaikan akaun belum bayar (xx) Penurunan akaun belanja terakru xx Tunai diperoleh dari operasi (xx) Interest dibayar (xx) Cukai dibayar (xx) Tunai bersih dari aktiviti operasi xx Untuk bahagian (ii) Aliran tunai dari aktiviti pelaburan dan (iii) Aliran tunai dari aktiviti pembiayaan, dan seterusnya, format adalah sama dengan Direct method di atas.


LATIHAN KENDIRI


Latihan Kendiri /Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 1 TOPIK 1 1. Apakah definisi perakaunan? a) Proses merekod, mengelas, dan melaporkan transaksi kewangan. b) Proses membeli dan menjual barang atau perkhidmatan. c) Proses menguruskan operasi harian sesebuah perniagaan. d) Proses menubuhkan dan membangunkan strategi perniagaan. 2. Siapakah yang dianggap sebagai "Bapa Perakaunan"? a) Leonardo da Vinci b) Seorang pemikir Itali c) Seorang ahli matematik terkenal d) Seorang pemilik perniagaan terkenal 3. Apakah peranan Malaysia Institute of Accountants (MIA)? a) Menguruskan perniagaan-perniagaan di Malaysia b) Menetapkan piawaian perakaunan dan meningkatkan profesionalisme akauntan di Malaysia c) Menubuhkan piawaian pelaporan kewangan antarabangsa d) Menerbitkan peraturan-peraturan berkaitan dengan perakaunan 4. Apakah tujuan utama merekod dan menganalisis maklumat perakaunan? a) Untuk memenangi pertandingan perniagaan b) Untuk menilai prestasi kewangan perniagaan c) Untuk menyembunyikan keadaan kewangan perniagaan d) Untuk meningkatkan persaingan dengan syarikat lain 5. Mengapa sistem perakaunan formal diperkenalkan di Malaysia semasa penjajahan British? a) Untuk mengeksploitasi sumber daya tempatan b) Untuk memudahkan perdagangan dengan negara-negara Barat c) Untuk menguruskan syarikat perladangan dan perdagangan d) Untuk mempromosikan budaya perakaunan di kalangan masyarakat tempatan 6. Apa perbezaan antara perniagaan tunggal, perkongsian, dan syarikat? a) Jumlah pemilik dan modal b) Jenis perniagaan yang dijalankan c) Pendapatan tahunan yang diperolehi d) Peraturan undang-undang yang dikenakan 7. Bagaimana maklumat perakaunan boleh digunakan sebagai alat kawalan dalaman dalam sesebuah perniagaan? a) Dengan menyembunyikan maklumat kewangan yang sensitif b) Dengan menganalisis tren prestasi kewangan dari semasa ke semasa c) Dengan mengeksploitasi pekerja untuk mengekalkan prestasi perniagaan d) Dengan mengadakan perbincangan dengan pesaing dalam industri yang sama 8. Apakah peranan penyata kewangan dalam proses pengambilan keputusan perniagaan? a) Hanya untuk tujuan dokumentasi sahaja b) Untuk membenarkan pemilik perniagaan berfoya dalam perniagaan c) Untuk memberikan gambaran menyeluruh tentang prestasi dan aktiviti kewangan d) Untuk mengelakkan pihak berkepentingan mengetahui keadaan kewangan perniagaan


Latihan Kendiri /Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 2 9. Apakah kesan jika sebuah perniagaan gagal untuk mengikuti konsep ketekalan dalam perakaunan? a) Aset perniagaan akan meningkat b) Kredibiliti perniagaan akan meningkat c) Perbandingan prestasi kewangan akan menjadi lebih sukar d) Keputusan perniagaan akan menjadi lebih jelas 10. Bagaimanakah penggunaan penyata kewangan oleh institusi kewangan seperti bank mempengaruhi tindakan mereka? a) Bank menggunakan penyata kewangan untuk menilai kualiti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan. b) Penyata kewangan memberikan petunjuk tentang keputusan kewangan yang perlu dibuat oleh bank. c) Bank menggunakan penyata kewangan untuk menilai kemungkinan cuaca buruk yang mungkin mempengaruhi pelaburan. d) Penyata kewangan membantu bank menilai keupayaan pelanggan untuk meminjam dana. 11. Apakah tujuan pelabur dan bakal pelabur menggunakan penyata kewangan? atau tidak. a) Untuk menentukan harga jual produk atau perkhidmatan. b) Untuk mengetahui trend harga pasaran. c) Untuk menilai kualiti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan. d) Untuk menilai prestasi kewangan sebelum membuat keputusan sama ada untuk melabur TOPIK 2 Soalan 1 Kelaskan item-item di bawah kepada kategori ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL dan BELANJA. 1. Kenderaan motor 2. Susutnilai bangunan 3. Gaji bulanan pekerja 4. Insuran prabayar 5. Gaji belum bayar 6. Modal 7. Jualan 8. Hasil sewa belum terperoleh 9. Keluaran (drawings) 10. Penghutang dagangan 11. Dividen diterima


Latihan Kendiri /Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 3 Soalan 2 Tunjukkan kesan urusniaga di bawah ke atas persamaan perakaunan menggunakan format yang disediakan: Tarikh Urusniaga 1/3/2023 Ayu memulakan perniagaan dengan membawa masuk ke dalam perniagaan wang tunai sebanyak RM65,000 dan kenderaan peribadi bernilai RM35,000. 2/3/3023 Ayu menandatangani perjanjian sewa bangunan untuk dijadikan pejabat dan membayar deposit sebulan sewa & utiliti sebanyak RM1,500. 4/3/2023 Ayu membeli peralatan pejabat secara tunai RM5,000. 5/3/2023 Membeli stok barang niaga secara kredit bernilai RM20,000. 7/3/2023 Membuat jualan secara tunai RM12,000. 10/3/2023 Membeli stok barang niaga secara tunai RM5,000 13/3/2023 Membuat jualan secara kredit RM27,000 25/3/2023 Menerima sebahagian bayaran dari pelanggan RM20,000 bagi jualan yang dibuat pada 13/3 26/3/2023 Membayar RM17,000 kepada pembekal bagi belian yang dibuat pada 5/3 27/3/2023 Mengeluarkan RM1,000 tunai bagi kegunaan peribadi 31/3/2023 Menerima bil utiliti RM1,200 bagi kegunaan bulan Mac. Tiada bayaran dibuat. 31/3/2023 Membayar gaji 2 orang pekerja RM1,500 setiap seorang. Sila gunakan format jawapan berikut: Tarikh 2023 Urusniaga Aset + Belanja = Modal + Hasil + Liabiliti + = + + Soalan 3 Dengan menggunakan urusniaga seperti soalan 2 di atas, buatkan catatan bergu dengan menggunakan format yang disediakan. Sila gunakan format jawapan berikut: Tarikh 2022 Catatan Bergu Debit Credit 1 Mac Akaun Tunai RM65,000 Akaun Kenderaan RM35,000 Akaun Modal RM100,000


Latihan Kendiri /Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 4 TOPIK 3 1. Apakah fungsi utama dokumen perniagaan? A) Sebagai sumber maklumat untuk tujuan perekodan dalam buku perakaunan. B) Sebagai hiasan meja pejabat. C) Sebagai alat hiasan dinding. D) Sebagai sumber hiburan. 2. Dokumen sumber boleh difahami sebagai A) Dokumen yang digunakan untuk hiasan dinding. B) Dokumen yang digunakan untuk hiasan meja pejabat. C) Dokumen yang digunakan untuk merekod butiran urusniaga dalam buku perakaunan D) Dokumen yang digunakan untuk hiburan. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan dokumen bukan sumber? A) Dokumen yang tidak perlu dicatat dalam buku perakaunan. B) Dokumen yang digunakan untuk hiasan meja pejabat. C) Dokumen yang digunakan untuk hiasan dinding. D) Dokumen yang digunakan untuk hiburan. 4. Kesemua pernyataan di bawah adalah ciri-ciri dokumen perniagaan KECUALI A) Disediakan dalam beberapa Salinan. B) Mestilah mempunyai pra-nombor. C) Tidak perlu kepada Salinan. D) Mempunyai rekod Tarikh. 5. Berikut adalah BENAR berkenaan dengan "Nota Debit" KECUALI A) Dokumen yang dihantar oleh penjual kepada pembeli. B) Pemberitahuan kepada pembeli berkenaan kesilapan atau tertinggal catatan dalam invois C) Dokumen yang menambah jumlah hutang penjual. D) Dokumen yang menambah jumlah hutang pembeli. 6. Apakah yang dimaksudkan dengan K & K di K dalam invois? A) Kekurangan dan kelebihan B) Kekurangan dan kesilapan C) Kecuaian dan kesilapan D) Kecuaian dan kelebihan 7. Manakah antara berikut adalah pernyataan terbaik tentang penyata akaun? A) Memberi maklumat tentang pembayaran yang diterima oleh penjual. B) Memberi maklumat tentang harga barang. C) Memberi maklumat tentang pembayaran yang diberikan kepada penjual. D) Memberi maklumat tentang baki awal, pembayaran yang diterima oleh pembekal, kredit semasa, dan baki akhir. 8. Pernyataan yang TERBAIK berkenaan dengan baucar pembayaran adalah A) Dokumen arahan yang mempunyai jumlah khusus bayaran kepada barangan atau perkhidmatan. B) Dokumen arahan yang mempunyai jumlah khusus bayaran kepada penjual. C) Dokumen arahan yang mempunyai jumlah khusus bayaran kepada pembeli. D) Dokumen arahan yang mempunyai jumlah khusus bayaran kepada pembekal.


Latihan Kendiri /Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 5 9. Apakah fungsi memo? A) Mengeluarkan memo kepada pembeli. B) Mengeluarkan memo kepada penjual. C) Mengeluarkan memo kepada pelanggan. D) Mengeluarkan memo ke atas urusniaga yang berkaitan dengan modal. 10. Manakah yang berikut adalah BENAR berkenaan borang wang masuk? A) Merekod urusan penyimpanan wang sahaja oleh pelanggan. B) Merekod urusan pengeluaran wang sahaja oleh pelanggan. C) Merekod urusan penyimpanan dan pengeluaran wang oleh pelanggan. D) Merekod urusan penyimpanan dan pengeluaran wang oleh pemilik perniagaan. 11. “Dokumen yang disediakan oleh peniaga kepada pelanggan selepas barangan dijual atau perkhidmatan diberikan”. Pernyataan di atas adalah bertepatan dengan A) Baucer pembayaran. B) Bil tunai. C) Memo D) Nota debit. 12. Berikut adalah perbezaan utama antara dokumen sumber dan bukan sumber dalam perniagaan? A) Dokumen sumber digunakan untuk merekod butiran urusniaga dalam buku perakaunan, manakala dokumen bukan sumber tidak perlu dicatat dalam buku perakaunan. B) Dokumen sumber hanya digunakan untuk tujuan hiasan, manakala dokumen bukan sumber digunakan untuk perekodan dalam buku perakaunan. C) Dokumen sumber tidak perlu disimpan untuk rujukan, manakala dokumen bukan sumber adalah dokumen penting untuk penyimpanan. D) Dokumen sumber dan bukan sumber semuanya sama dan boleh digunakan untuk perekodan dalam buku perakaunan. 13. Apakah fungsi nota kredit dalam urusniaga perniagaan? A) Memperincikan butiran urusniaga yang dijalankan. B) Memberitahu pembeli bahawa akaunnya akan didebitkan. C) Memberitahu penjual bahawa hutangnya akan dikurangkan. D) Menyatakan jumlah yang perlu dibayar oleh pembeli. 14. Apa tujuan utama "Bil Tunai" dalam urusniaga perniagaan? A) Memberitahu pembeli bahawa akaunnya akan didebitkan. B) Menyatakan jumlah yang perlu dibayar oleh pembeli. C) Memberitahu penjual tentang butiran urusniaga yang dijalankan. D) Menyediakan rekod butiran urusniaga yang telah dijalankan untuk pembeli. 15. Berapakah jumlah salinan yang disediakan untuk invois? A) Dua salinan B) Tiga salinan C) Empat salinan D) Lima salinan


Latihan Kendiri /Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 6 16. Apakah fungsi surat tanya? A) Mendapatkan maklumat mengenai barang-barang yang hendak dibeli. B) Menyatakan harga bagi barang yang hendak dibeli. C) Menentukan harga barang-barang yang hendak dibeli. D) Menyemak barang-barang yang telah dihantar. 17. Tujuan nota pesanan adalah.... A) Memperincikan maklumat tentang barang-barang yang hendak dibeli. B) Menyatakan harga bagi barang yang hendak dibeli. C) Memperincikan maklumat lokasi penghantaran barang-barang yang hendak dibeli. D) Menyemak barang-barang yang telah dihantar. 18. Berikut BUKAN fungsi nota serahan, KECUALI A) Memperincikan maklumat tentang barang-barang yang hendak dibeli. B) Memudahkan pembeli menyemak barang-barang yang dihantar C) Mendapatkan maklumat mengenai barang-barang yang hendak dibeli. D) Menyatakan harga bagi barang yang hendak dibeli. 19. Dokumen ini dihantar oleh penjual kepada pembeli bertujuan untuk memperincikan senarai dan harga barang yang hendak dibeli. Dokumen ini adalah? A) Nota belian. B) Sebut harga C) Nota jualan D) Memo belian. 20. Berikut adalah fungsi keratan cek KECUALI A) Bertindak sebagai pendua kepada cek. B) Disimpan sebagai rujukan bayaran. C) Keratan cek tidak perlu disimpan kerana Syarikat akan menerima penyata bank setiap bulan. D) Maklumat pembayaran akan ditulis pada keratan cek


Latihan Kendiri /Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 7 TOPIK 4 & 5 Soalan 1 Berikut adalah maklumat-maklumat yang dipetik daripada buku-buku Fadhilah, seorang peniaga bagi bulan Jun 2022. Rekodkan maklumat-maklumat tersebut dalam buku utama yang sesuai dan juga lejar-lejar yang sesuai . 1 Memulakan perniagaan dengan RM20,000 wang tunai di tangan dan RM18,000 dalam bank. 3 Jualan Tunai RM5000 5 Belian kredit daripada Kamal RM12,000 8 Bayar kadar bayaran dengan cek RM600 9 Bayar sewa dengan cek RM1,400 11 Jualan kredit kepada Badrul RM650 12 Bayar gaji dengan tunai RM1500 18 Belian kredit daripada Farhanah RM1,800 21 Beli perabot baru secara kredit daripada Syarikat Perabot Along untuk kegunaan pejabat RM16,000 22 Bayar cek kepada Farhanah RM1,300 dan mendapat diskaun RM500 26 Beli lagi perabot baru, bayar dengan cek RM3,400 27 Pinjaman daripada Harith sebanyak RM8000 dibankkan 28 Terima cek daripada Badrul RM580 setelah diskaun RM70 30 Fadhilah melabur RM6,000 lagi ke dalam perniagaan, RM600 dibankkan. Berdasarkan kepada maklumat-maklumat diatas, anda dikehendaki merekodkan maklumatmaklumat tersebut dalam buku catatan pertama (jurnal) dan juga lejar-lejar yang bersesuaian.


Latihan Kendiri /Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 8 TOPIK 6 Soalan 1 Berdasarkan akaun-akaun lejar di bawah, anda dikehendaki menyediakan Imbangan Duga bagi Sri Ayu Enterprise pada 31 Disember 2022. Modal 90,000 Kenderaan 60,000 Premise perniagaan 120,000 Lekapan dan kelengkapan 6,500 Belian 50,000 Jualan 178,000 Stoks pada 1 Januari 2022 34,000 7% Pinjaman daripada BBB Bank 15,000 Sewa diterima 3,600 Sewa dibayar 1,760 Akaun belum terima 7,950 Akaun belum bayar 10,400 Kos penghantaran 1,350 Belanja am 400 Bank 3,250 Upah dan gaji 9,500 Kadar dan insurans 1,520 Diskaun diberi 1,750 Diskaun diterima 2,350 Ambilan 400 Pulangan jualan 1,200 Pulangan belian 630 Angkutan keluar 400 Stok pada 31 Disember 2022 12,900 Soalan 2 Maklumat di bawah diperolehi daripada buku rekod Jaja Trading untuk tahun berakhir 31 Disember 2022. Anda dikehendaki menyediakan Imbangan Duga pada 31 Disember 2022. Akaun belum terima 13,200 Perabot dan kelengkapan 5,900 Kenderaan 9,200 Akaun belum bayar 13,188 Bank Overdraf 2,400 Stok pada 1 Januari 2022 15,170 Stok pada 31 Disember 2022 12,976 Tanah dan bangunan 51,600 Diskaun diberi 1,300 Diskaun diterima 300 Tunai 100 Belian 61,610


Latihan Kendiri /Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 9 Jualan 98,370 Upah dan gaji 17,070 Belanja am 260 Faedah pinjaman 210 Angkutan masuk 66 Belanja pengiklanan 504 Kos membaiki bangunan 670 Gadai janji 3,840 Modal 67,808 Insurans 746 Belanja utiliti 300 Ambilan 8,000


Latihan Kendiri /Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 10 TOPIK 7 Soalan 1 Berikut adalah baki-baki lejar yang diperolehi daripada buku rekod Odah Manja Trading bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. Belian 79,450 Jualan 125,000 Modal 50,000 Angkutan keluar 6,500 Pulangan jualan 2,800 Pulangan belian 4,500 Stok pada 1 Januari 2022 3,950 Mesin 55,000 Peralatan pejabat 20,500 Akaun belum terima 10,500 Akaun belum bayar 35,000 Upah dan gaji 18,000 Belanja utiliti 6,000 Belanja am 1,000 Pelaburan dalam simpanan tetap 10,000 Sewa diterima 8,000 Tunai 2,500 Bank 7,500 Faedah atas simpanan tetap 1,200 Nota: Stok akhir pada 31 Disember 2022 adalah RM4,500. Anda dikehendaki menyediakan: - a. Imbangan Duga bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. b. Penyata Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. c. Penyata Kedudukan Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022.


Latihan Kendiri /Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 11 Soalan 2 Puan Azizah merupakan pemilik Ziza Enterprise yang mana terlibat dalam menjual pakaian sekolah di kawasan Jerantut Pahang. Berikut merupakan baki baki lejar bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. Nama akaun RM Modal 250,000 Ambilan 5,700 Jualan 120,500 Belian 59,000 Pulangan jualan 1,000 Stok pada 1 Januari 2022 30,000 Mesin jahit 123,800 Peralatan jahit 36,200 Akaun belum terima 33,300 Akaun belum bayar 27,700 Belanja sewa 24,000 Insurans premis 7,500 Bank 36,700 Faedah atas pinjaman 6,200 Upah dan gaji 46,000 Belanja utiliti 14,000 Dividen diterima 2,000 Angkutan keluar 1,800 Kenderaan 55,000 Pinjaman jangka panjang 80,000 Nota: Stok akhir pada 31 Disember 2022 adalah RM10,500. Anda dikehendaki menyediakan: - a. Imbangan Duga bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. b. Penyata Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. c. Penyata Kedudukan Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022.


Latihan Kendiri /Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 12 Soalan 3 Berikut merupakan Penyata Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan bagi Hijau Bhd bagi tahun berakhir 31 Disember 2022. Hijau Bhd Penyata Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 2022 RM RM Jualan bersih (kredit) 2,250,000 2,100,000 Kos barang yang dijual (1,275,000) (1,050,000) Gross profit 975,000 1,050,000 Perbelanjaan: Belanja jualan dan pengedaran (112,500) (120,000) Susut nilai (57,000) (67,500) Belanja pentadbiran (363,000) (337,500) Pendapatan sebelum faedah dan cukai 442,500 525,000 Faedah (37,500) (52,500) Cukai (101,250) (118,125) Net Income 303,750 354,375 Hijau Bhd Penyata Kedudukan Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 2022 RM RM Aset bukan semasa Tanah dan bangunan (nilai buku) 1,650,000 2,400,000 Aset semasa Tunai 330,000 300,000 Stok 270,000 322,500 Akaun belum terima 210,000 270,000 Sekuriti mudah pasar 120,000 120,000 Belanja operasi terdahulu 52,500 82,500 Total aset 2,632,500 3,495,000 Ekuiti Saham biasa 1,500,000 1,785,000 Keuntungan terkumpul 255,000 450,000 Liabiliti bukan semasa 375,000 525,000 Liabiliti semasa Akaun belum bayar 150,000 262,500 Belanja operasi terakru 135,000 195,000 Nota dibayar 217,500 277,500 2,632,500 3,495,000


Latihan Kendiri /Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 13 Maklumat tambahan: 1. Tanah dan bangunan dibeli secara tunai. 2. Dividen yang dibayar untuk tahun 2022 adalah RM159,375. 3. Sekuriti mudah pasar boleh dianggap sebagai setara tunai. Berdasarkan maklumat di atas, anda dikehendaki menyediakan penyata aliran tunai bagi tahun berakhir 2022 menggunakan kaedah langsung (Direct method) CADANGAN JAWAPAN Sila imbas QR Code di bawah untuk menyemak jawapan latihan kendiri


Apa kata mereka? “Olahan penulisan yang menarik. Ringkas dan praktikal! Bersesuaian untuk mereka yang ingin mempelajari asas perakaunan. Ianya benar-benar ‘jendela perakaunan’.” Dr. Mohd herry mohd nasir Universiti Utara MALAYSIA “Informatif, terperinci dan dihasilkan oleh mereka yang pakar” Dr. Mohd Hisham b Mohd Sharif Universiti Utara MALAYSIA “Penjelasan yang ringkas dan jelas, ditambah dengan contoh praktikal, membuat konsep perakaunan menjadi sangat mudah difahami.” Prof. Dr. Zuraidah Mohd Sanusi Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI) UiTM MALAYSIA 'Buku yang WAJIB dimiliki oleh setiap peniaga kecil di Malaysia!' Prof Madya Dr Ahmad Saiful Azlin b Puteh Salin UiTM Cawangan Perak, MALAYSIA “Informatif, terperinci dan dihasilkan oleh mereka yang pakar” Dr. Mohd Hisham b Mohd Sharif Universiti Utara MALAYSIA “Buku ini mengandungi beberapa bab yang menerangkan pelbagai konsep asas perakaunan, bermula daripada prinsip asas hinggalah ke pelaporan kewangan. Setiap bab dibentangkan dalam bahasa yang mudah tetapi padat dengan maklumat. Contoh aplikasi praktikal mempercepatkan pemahaman pembaca seterusnya mengaplikasikan dengan mudah. Saya amat mengesyorkan pelajar membaca buku ini.” Dr Ahmad Amin, M.Sc., Ph.D., C.A., CertDA Accounting Department Faculty of Economics and Business Universitas Gadjah Mada,INDONESIA “Sangat bermanfaat bagi setiap orang yang ingin memahami mengenai akuntansi terkhusus berguna untuk pebisnis. Penulisan sangat jelas dan mudah dipahami, pada bab 3 juga diberikan contoh berbagai dokumen untuk memperjelas. Inovasi yang cemerlang. “ Agung Sriwardhani, SE., MA Direktur Politeknik Ubaya Indonesia. Jl. Ngagel Jaya Selatan 169 Surabaya INDONESIA


Secara keseluruhannya, perbincangan teknik asas perakaunan di dalam buku ini telah memperkenalkan apakah itu perakaunan iaitu proses penyediaan maklumat kewangan perniagaan. Proses tersebut telah dibincangkan dengan terperinci dari segi aturan serta langkah-langkah untuk melaksanakan proses tersebut bermula dari mengenali urusniaga sehingga terhasilnya output kepada proses tersebut iaitu penyata kewangan. Penyata kewangan bagi sesuatu perniagaan sekurang-kurangnya perlu melaporkan prestasi perniagaan yang akan dipersembahkan melalui penyata untung/rugi. Dengan kata lain, penyata untungrugi ini akan menjawab persoalan adakah perniagaan yang dijalankan merekodkan keuntungan ataupun kerugian pada tahun semasa. Disamping itu, penyata kewangan juga perlu melapor tentang kedudukan Aset(Harta), Liabiliti (Hutang) dan Ekuiti (termasuk modal) perniagaan melalui Penyata Kedudukan Kewangan. Selain itu, Penyata Alir Tunai juga perlu disediakan bagi melaporkan kedudukan tunai semasa perniagaan. Akhir sekali, proses penyediaan laporan kewangan ini perlu dilihat sebagai sesuatu yang amat penting kepada perniagaan kerana ia menyediakan maklumat yang amat berguna kepada pengguna-pengguna penyata kewangan bagi membuat pelbagai keputusan penting perniaga JENDELA PERAKAUNAN MODUL ASAS PERAKAUNAN Zauraa Vision Enterprise Sinopsis


Click to View FlipBook Version