JENDELA PERAKAUNAN EDISI 1 Modul Asas Perakaunan FAKULTI PERAKAUNAN UiTM PAHANG
JENDELA PERAKAUNAN MODUL ASAS PERAKAUNAN EDISI 1 Penulis: Prof Madya Dr Mohamad Azmi Nias Ahmad Lily Mazlifa Mustafa Nur Syafiqah Hussin Naqiah Awang Salehah Zafirah Zulkepli Syahida Md. Zeni Junaidah Jamaluddin Noor Hasimah M. Yacob Nur Syazwani Mohammad Fadzillah Arina Nabilah Abd. Latif Hj Azizi@Hamizi Hashim Norlaila Mohd Din Anis Barieyah Mat Bahari Norlinda Zainal Abdul Nor Hawani Abdul Rahman Syahida Md Zeni Norlaily Asnawi Sulaiman Iliya Dayini Imran Editor: Nurul Afzan Najid
JENDELA PERAKAUNAN MODUL ASAS PERAKAUNAN Published by Zauraa Vision Enterprise No. 4, Jalan Asahan Dua 26/27B, Taman Bukit Saga 40400 Shah Alam, SELANGOR Tel: 012-7446657 E-mel: [email protected] ISBN : xxx-xxx-xxxx-xx-x Copyright © 2024 Cover Design: Nurul Afzan Najid Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada penerbitan, termasuk reka bentuk dalaman, reka bentuk kulit muka dan ikon boleh diterbitkan semula, disalin, disimpan dalam mana-mana sistem perolehan semula atau dihantar dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara (elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya) tanpa kebenaran terlebih dahulu dalam daripada penerbit. Printed in MALAYSIA Printed by SMART PRINTING GROUP 822,Jalan IM 3/10, Bandar Indera Mahkota, 25200,Kuantan Pahang Darul Makmur Tel/Fax: 09-573 0133 HAD LIABILITI/PENAFIAN WARANTI: Penerbit dan pengarang telah menggunakan usaha terbaik mereka dalam penerbitan buku ini. Penerbit dan pengarang tidak membuat pernyataan atau jaminan berkenaan dengan ketepatan atau kesempurnaan kandungan buku ini dan secara khusus menafikan sebarang jaminan tersirat kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. Tiada jaminan yang melangkaui perihalan yang terkandung dalam penulisan ini. Tiada waranti boleh dibuat untuk dilanjutkan oleh wakil jualan atau bahan jualan bertulis. Ketepatan dan kesempurnaan maklumat yang diberikan dan pendapat yang dinyatakan tidak terjamin atau dijamin untuk menghasilkan sebarang keputusan tertentu dan nasihat serta strategi yang terkandung di sini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu. Baik penerbit mahupun pengarang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau sebarang kerugian komersial.
Kata Pengantar Topik 3 Dokumen perniagaan sebagai sumber rekod perakaunan Topik 1 Pengenalan kepada Perakaunan Topik 4 Merekod urusniaga ke dalam jurnal Topik 2 Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan Latihan Kendiri 18 01 31 11 41 “ACCOUNTING IS THE LANGUAGE OF BUSINESS.” – WARREN BUFFETT ISI KANDUNGAN Topik 5 Merekod urusniaga ke dalam lejar Topik 6 Penyediaan Imbangan Duga Topik 7 Penyediaan Penyata Kewangan 36 44 Topik 8 Kesimpulan 56
Kata Pengantar Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kami dapat menyelesaikan penyusunan modul "Jendela Perakaunan: Asas Modul Perakaunan" ini. Modul ini dirancang sebagai panduan awal kepada mana-mana individu yang berkeinginan untuk menguasai teknik asas perakaunan yang mana ianya amat penting dalam dunia perniagaan dan kewangan pada masa kini. Tujuan utama daripada modul ini adalah untuk memberikan pemahaman yang jelas dan mendalam tentang konsep-konsep dasar perakaunan tetapi tidak hanya terbatas pada pengenalan kepada perakaunan, proses pencatatan transaksi keuangan, penyusunan laporan kewangan, serta pemahaman tentang prinsip dan standard perakaunan yang berlaku. Kami berharap modul ini dapat menjadi langkah awal yang terbaik bagi para pembaca dalam mempelajari perakaunan, serta dapat dijadikan sebagai rujukan yang berguna dalam mengaplikasikan proses perakaunan dan sistem kewangan dalam kehidupan seharian. Penyusunan modul ini telah melalui serangkaian proses penelitian dan perbincangan dengan para ahli di bidang perakaunan. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan pemikiran, waktu, dan tenaga dalam proses penyusunan modul ini. Kami juga terbuka untuk menerima sebarang kritikan dan saranan yang membangun dari para pembaca untuk penambahbaikan modul ini di masa yang akan datang. Kami berharap agar modul "Jendela Perakaunan: Modul Asas Perakaunan" ini tidak hanya memberikan pengetahuan dasar tentang perakaunan tetapi juga menumbuhkan minat dan kecintaan terhadap dunia perakaunan. Semoga modul ini dapat membantu para pembaca dalam mencapai tujuan akademik dan profesional mereka. Akhir kata, kami berharap modul ini dapat dijadikan sumber rujukan berharga dan dapat memberikan manfaat yang sebesar-besarnya bagi para pembaca. Selamat belajar, dan semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.
ii TENTANG PENULIS Penulis-penulis buku ini merupakan pensyarah di Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang. Berbekalkan dengan pengalaman yang tidak kurang daripada 15 tahun berkhidmat sebagai pensyarah perakaunan, buku ini diharap dapat membantu mereka yang ingin memahami asas perakaunan dengan mudah. Bukan sahaja berpengalaman sebagai pensyarah perakaunan, penulis-penulis juga aktif dengan projekprojek inovasi dalam bidang perakaunan dan dianugerahkan Gold Award dalam beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa dan nasional.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN Prof Madya Dr Mohamad Azmi Nias Ahmad, Nur Syafiqah Hussin, Naqiah Awang, Salehah Zafirah Zulkepli Pada akhir topik ini, pembaca boleh mengetahui: Definisi dan sejarah perakaunan Kepentingan perakaunan dalam dunia perniagaan Perbezaan dan Jenis-jenis perniagaan Mengenalpasti pengguna-pengguna perakaunan Definisi Penyata kewangan, urusniaga dan kitaran perakaunan Konsep dan Prinsip Perakaunan 1.1 Apa itu perakaunan? Masakini, banyak perniagaan telah gagal kerana pelbagai faktor, seperti tidak mampu membayar hutang, pemasaran yang salah, dan salah urus. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, ia adalah disebabkan oleh ketidakupayaan pemilik untuk memahami bahasa perakaunan. Gagal memahami perakaunan, pemilik mungkin mengalami krisis kewangan yang boleh menyebabkan kerugian atau muflis. Pemilik perniagaan perlu untuk mengetahui berapa banyak keuntungan yang diperolehi dan kerugian yang ditanggung. Pemilik juga perlu mengetahui kedudukan kewangan perniagaan, sebagai contohnya berapa banyak aset, liabiliti dan ekuiti perniagaan tersebut. Maklumatmaklumat ini penting untuk kestabilan kewangan dan pertumbuhan sesuatu perniagaan. Perakaunan ialah proses merekod, mengelas dan melaporkan transaksi kewangan. Proses ini membolehkan pemilik perniagaan, pihak berkepentingan dan pihak lain yang berminat untuk mengukur prestasi kewangan, mengurus aset dan membuat keputusan termaklum berdasarkan maklumat kewangan yang tersedia. Perakaunan merangkumi pelbagai aktiviti seperti merekod jurnal harian, membuat lejar, menyediakan kunci kira-kira, dan laporan untung rugi. Terdapat beberapa bidang dalam perakaunan, termasuk perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan, pengauditan, dan percukaian, masing-masing dengan matlamat dan teknik yang berbeza. 1.2 Sejarah Perakaunan Perakaunan boleh dianggap setua tamadun manusia pertama itu sendiri. Terdapat banyak bukti daripada skrol kuno, buku, artifak dan kitab agama bahawa perakaunan dianggap penting kepada masyarakat. Dalam tempoh ini, tiada bukti amalan kaedah khusus dan standard oleh penyedia. Pada tahun 1494, seorang pemikir dari Itali, yang merupakan kawan baik kepada Leonardo da Vinci, mendokumentasikan kaedah perakaunan yang diamalkan di Venice dan Florence. Dalam TOPIK 1
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 2 salah satu bab di dalam buku yang bertajuk, ‘Summa de arithmetica, geometria, Proportioni et proportionalita’ (Ringkasan aritmetik, geometri, kadar dan perkadaran). Buku ini menerangkan proses simpan kira catatan bergu, imbangan duga dan kunci kira-kira; kaedah yang masih digunakan sehingga kini. Sumbangan ini telah menobatkan beliau sebagai "Bapa Perakaunan". Sejarah perakaunan di Malaysia telah berkembang seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan transformasi struktur sosio-ekonomi negara. Perkembangan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya penjajahan kuasa asing, kemerdekaan, dan globalisasi ekonomi. Pada zaman penjajah khususnya di bawah pemerintahan British, sistem ekonomi dan kewangan di Malaysia mula tersusun. British memperkenalkan sistem perakaunan dan pengauditan berasaskan model mereka untuk menguruskan syarikat perladangan, perlombongan dan perdagangan lain yang mereka kendalikan di Malaysia. Ini menandakan permulaan amalan perakaunan formal di Malaysia, dengan penekanan pada merekod urus niaga kewangan untuk tujuan pentadbiran kolonial dan syarikat perdagangan. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia mengalami transformasi ekonomi yang ketara, daripada ekonomi yang didominasi oleh sektor pertanian dan perlombongan kepada ekonomi yang lebih pelbagai, termasuk pembuatan dan perkhidmatan. Perkembangan ini memerlukan sistem perakaunan dan audit yang lebih kompleks untuk memenuhi keperluan sektor korporat yang semakin berkembang dan untuk mematuhi peraturan baharu kerajaan. Perkembangan ini membawa kepada penubuhan badan perakaunan profesional di Malaysia, yang dinamakan Malaysia Institute of Accountants (MIA) pada tahun 1967. Langkah ini merupakan satu langkah penting dalam pembangunan profesion perakaunan di negara ini. MIA memainkan peranan dalam menetapkan piawaian perakaunan, etika profesional, dan memastikan kualiti pendidikan perakaunan untuk ahlinya. Ini juga membantu dalam meningkatkan kredibiliti dan profesionalisme di kalangan akauntan di Malaysia. Seiring dengan globalisasi ekonomi, Malaysia mengguna pakai Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) sebagai piawaian pelaporan kewangannya, yang dikenali sebagai Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS). Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan ketelusan, ketekalan dan kebolehbandingan laporan kewangan di Malaysia dengan piawaian antarabangsa, memudahkan urusan pelabur asing dan mengukuhkan pasaran modal Malaysia. Profesion perakaunan di Malaysia terus berkembang, dengan penekanan kepada pendidikan, etika dan amalan global untuk menghadapi cabaran masa depan. 1.3 Kepentingan Kewangan Tujuan merekod dan menganalisis maklumat perakaunan sesebuah perniagaan adalah seperti berikut: • Pengguna perlu mengetahui kedudukan kewangan perniagaan. Mereka perlu mengetahui keadaan perniagaan, sama ada perniagaan itu memperolehi keuntungan atau kerugian daripada aktiviti perniagaannya. Jika perniagaan membuat keuntungan, keputusan seperti menambahbaik perniagaan, perkongsian keuntungan, atau simpanan boleh dibuat. Sekiranya perniagaan mengalami kerugian, tindakan mengurangkan kos perlu dibuat untuk memulihkan kerugian atau meminimumkan kerugian. • Maklumat perakaunan boleh bertindak sebagai bukti kepada sebarang transaksi perniagaan dalam mewajarkan sebarang tindakan kewangan. Contohnya, untuk
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 3 • mengutip hutang daripada pelanggan, perniagaan perlu menyediakan penyata ‘Aging’ atau, senarai invois-invois penghutang. Begitu juga hutang syarikat kepada pembekal. Pemiutang akan mengutip jumlah hutang berpandukan senarai yang telah disediakan daripada maklumat perakaunan. • Merekod dan menganalisis maklumat perakaunan juga bertindak sebagai alat kawalan dalaman. Dengan rekod yang betul, akaun akan mencerminkan kedudukan kewangan sebenar perniagaan dan keputusan yang lebih baik boleh dibuat oleh pengguna daripada penyata kewangan. 1.4 Jenis-Jenis Perniagaan Jenis-jenis perniagaan dapat dibezakan berdasarkan pelbagai kriteria seperti berikut: Ciri-ciri Perniagaan tunggal Perkongsian Syarikat Pendaftaran Berdaftar dengan pendaftar perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1957 Berdaftar dengan pendaftar perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1957 Berdaftar dengan Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 Modal Dicarum oleh pemilik daripada simpanan atau harta lain yang dibawa masuk Disumbangkan oleh rakan kongsi mengikut perjanjian Disumbangkan oleh pemegang saham melalui pembelian saham Pemilikan Dimiliki oleh seorang Dimiliki oleh 2 - 20 rakan kongsi atau 2–50 untuk perkhidmatan profesional Sebuah syarikat swasta mesti mempunyai sekurangkurangnya 2 dan maksimum 50 pemegang saham. Sebuah syarikat awam mesti mempunyai sekurangkurangnya 2 pemegang saham dan jumlah maksimum adalah untuk modal dibenarkan Pengurusan dan Kawalan Diurus dan dikawal oleh pemilik dengan bantuan daripada keluarga dan pekerjanya Diurus dan kawal oleh rakan kongsi atau oleh lembaga yang terdiri daripada beberapa rakan kongsi Mengurus dan mengawal oleh lembaga pengarah yang dilantik oleh para pemegang saham Liabiliti Liabiliti tanpa had Sekiranya perniagaan gagal dan aset tidak mencukupi untuk menampung hutang, pemiutang mempunyai hak terhadap harta peribadi pemilik. Liabiliti tanpa had Sekiranya perniagaan gagal dan aset tidak mencukupi untuk menampung hutang, pemiutang mempunyai hak terhadap harta peribadi pemilik. Liabiliti terhad Jika perniagaan gagal dan aset syarikat tidak mencukupi untuk menampung hutang, pemiutang tidak mempunyai hak terhadap harta peribadi pemegang saham.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 4 Untung atau Rugi Keuntungan adalah milik pemilik dan sebarang kerugian akan ditanggung oleh pemilik. Untung atau rugi akan dikongsi oleh rakan kongsi mengikut nisbah perkongsian keuntungan mereka seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Perkongsian. Keuntungan akan dibayar kepada pemegang saham dalam bentuk dividen Penyediaan Akaun Tiada kewajiban undangundang untuk penyediaan akaun Tiada kewajiban undang-undang untuk penyediaan akaun Akaun tahunan wajib disediakan dan dihantar kepada pendaftar syarikat Kelemahan 1. Keupayaan terhad untuk mengumpul modal dan menghadkan pertumbuhan perniagaan. 2. Liabiliti tanpa had - Jurubank/pemiutang boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk menuntut aset peribadi pemilik sekiranya aset perniagaan tidak mencukupi untuk menampung liabilitinya. 3. Kepakaran terhadpemilik berpengetahuan tentang perniagaan tetapi mempunyai pengetahuan atau pengalaman terhad dalam bidang lain. 1. Agensi bersama 2. Kehidupan terhad 3. Liabiliti tanpa had 1. Penubuhan dan perbelanjaan berterusan. Ia perlu terlebih dahulu menggabungkan perniagaan dengan memfailkan Artikel Penubuhan dengan keadaan penubuhan yang dikehendaki dan membayar yuran yang sesuai. 2. Penyimpanan rekod: penting dalam setiap perniagaan, terutamanya dengan menjejaki pendapatan dan perbelanjaan. Undangundang syarikat memerlukan mematuhi undang-undang penyimpanan rekod tambahan yang tidak dilakukan oleh pemilik tunggal. 3. Cukai pendapatan: Mengendalikan perniagaan sebagai sebuah syarikat memerlukan penyata cukai pendapatan yang berasingan. Setiap jenis perniagaan memiliki ciri-ciri, kelebihan, dan kelemahan tersendiri, yang mempengaruhi cara ia diurus dan bagaimana ia berperanan dalam perkembangan ekonomi negara. Pemilihan jenis perniagaan yang tepat sangat bergantung kepada tujuan perniagaan ditubuh, skala operasi, dan pilihan pemilikan atau pemegang saham.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 5 1.5 Pengguna Maklumat Perakaunan Pengguna maklumat perakaunan boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu pengguna dalaman dan pengguna luaran. Maklumat yang diperlukan oleh mereka adalah berbeza dan maklumat lanjut berkenaan adalah seperti dalam jadual berikut: PENGGUNA DALAMAN Pengguna Penggunaan Pemilik perniagaan • Menilai prestasi perniagaan • Menentukan hala tuju perniagaan Pihak pengurusan • Menilai prestasi perniagaan • Merancang, mengawal, melaksanakan operasi perniagaan • Menambah baik operasi perniagaan Pekerja • Menilai prestasi perniagaan • Mengetahui kemampuan perniagaan untuk kenaikan gaji dan bonus pekerja • Menilai kemudahan yang disediakan oleh perniagaan • Menilai prospek perkembangan kerjaya PENGGUNA LUARAN Pengguna Penggunaan Institusi kewangan / Bank • Menentukan nilai pembiayaan/pinjaman yang boleh diberi • Menilai keupayaan perniagaan membayar hutang Agensi kerajaan • Mentaksir nilai cukai yang perlu di bayar berdasarkan nilai keuntungan yang di catat dalam penyata kewangan. • Menentukan kepatuhan perniagaan terhadap undangundang Pelabur dan bakalbakal pelabur • Mengetahui nilai modal yang telah dilaburkan • Mengetahui dan menilai pulangan modal • Menilai prestasi kewangan sebelum membuat keputusan samada ingin melabur atau tidak Pelanggan • Menilai keupayaan perniagaan dalam tuntutan pelanggan seperti jaminan / waranti • Menilai kualiti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan Jadual 1.5: Pengguna maklumat perakaunan 1.6 Penyata Kewangan Penyata kewangan atau dikenali sebagai laporan kewangan adalah dokumen rasmi yang memberikan gambaran menyeluruh tentang aktiviti dan prestasi kewangan sesebuah syarikat, organisasi atau individu pada suatu masa tertentu. Ianya akan disediakan oleh pihak syarikat, organisasi atau individu dalam keadaan yang berstruktur mengikut konsep perakaunan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa perakaunan dikenali sebagai Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (in English, Malaysian Accounting Standards Board, MASB). Antara maklumat asas yang terdapat di dalam penyata kewangan adalah aset atau harta, hutang atau
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 6 liabiliti, pelaburan, ekuiti pemilik atau modal pemilik serta aliran duit masuk dan keluar dalam satu tempoh masa tertentu. Penyediaan penyata kewangan terdapat dalam beberapa jenis yang utama, iaitu penyata untung rugi, penyata kedudukan kewangan dan penyata aliran tunai. i. Penyata untung rugi atau dikenali juga sebagai penyata pendapatan akan mempamerkan jumlah pendapatan yang dihasilkan dan perbelanjaan yang ditanggung oleh perniagaan dalam jangka masa tertentu. Ianya akan melaporkan sama ada perniagaan berjaya mendapatkan untung atau mengalami kerugian dalam satu jangka masa tertentu. ii. Penyata kedudukan kewangan akan menunjukkan jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik yang dimiliki oleh perniagaan pada suatu masa tertentu. Ia dapat memberikan gambaran tentang keupayaan perniagaan untuk memenuhi obligasi atau komitmen hutang perniagaan yang ditanggung oleh perniagaan. Umum bagi perniagaan besar untuk menyediakan penyata kedudukan kewangan diikuti dengan nota kewangan untuk menerangkan lebih lanjut tentang sesuatu perkara yang signifikan. iii. Penyata aliran tunai akan menunjukkan aliran tunai masuk dan keluar syarikat dalam jangka masa tertentu. Ianya akan menunjukkan jumlah tunai yang dihasilkan dan digunakan oleh perniagaan dalam satu tempoh masa tertentu. Hanya transaksi tunai sahaja akan direkodkan di dalam penyata ini. Penyata kewangan digunakan oleh beberapa pihak berkepentingan seperti pemilik perniagaan, pelabur atau pemberi pinjaman untuk menilai kecekapan perniagaan dalam menguruskan sumber kewangan perniagaan dan mengetahui kedudukan kewangan perniagaan. Selain itu, penyata kewangan dapat memberikan gambaran tentang potensi perniagaan untuk berkembang maju pada masa akan datang untuk meyakinkan pelabur atau pemberi pinjaman memberikan modal kepada perniagaan. Di samping itu, pihak kerajaan akan menggunakan penyata kewangan untuk tujuan pengiraan cukai perniagaan yang perlu dibayar oleh perniagaan setiap tahun. 1.7 Urusniaga Urusniaga merujuk kepada aktiviti ekonomi yang melibatkan aliran duit keluar dan masuk ke dalam perniagaan yang memberi kesan keatas kedudukan kewangan sesebuah perniagaan. Ia terhasil daripada persetujuan antara dua pihak untuk melakukan aktiviti jual beli dengan pertukaran barang (sistem barter) atau menggunakan instrumen kewangan tertentu seperti wang ringgit. Bukti sesebuah urusniaga telah berlaku adalah dokumen sumber. Sebagai contoh, resit (dokumen sumber) akan dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli setelah barang diserahkan kepada pembeli dan penjual telah menerima pembayaran seperti yang telah dipersetujui kedua belah pihak (urusniaga). Urusniaga terbahagi kepada dua jenis iaitu urusniaga secara tunai dan urusniaga secara kredit (hutang). Perbezaan kedua-dua transaksi ini dapat dirumuskan dalam jadual dibawah:
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 7 1-Urusniaga 2- Dokumen Sumber 3- Buku Catatan 4- Catatan Lejar 5- Imbangan Duga 6- Pelarasan 7- Imbangan Duga 8- Penyata Kewangan 9- Catatan Penutup Urusniaga secara tunai Urusniaga secara kredit Urusniaga secara tunai berlaku apabila pembeli membayar sejumlah wang kepada penjual untuk barangan atau servis yang diterima pada masa yang sama. Urusniaga secara kredit berlaku apabila pembeli menangguhkan pembayaran ke suatu masa yang dipersetujui kedua belah pihak (pembeli dan penjual) walaupun barang telah diserahkan kepada pembeli atau servis telah diberikan. Penjual akan mengeluarkan resit (dokumen sumber) sebagai tanda telah menerima pembayaran atas barang yang dijual atau servis yang telah diberikan kepada pembeli. Penjual akan mengeluarkan invois (dokumen sumber) sebagai bukti barang telah diserahkan kepada pembeli walaupun wang masih belum diterima. Invois juga berfungsi sebagai bukti hitam putih atas persetujuan terma dan syarat urusniaga secara kredit (hutang). Pembeli perlu melunaskan hutang mengikut tempoh masa yang telah dinyatakan didalam invois. Jadual 1.7: Perbezaan Urusniaga Secara Tunai dan Urusniaga Secara Kredit Setiap urusniaga yang melibatkan aktiviti ekonomi perlulah direkod ke dalam rekod perakaunan yang tertentu dengan merujuk kepada dokumen sumber. 1.8 Kitaran Perakaunan Kitaran perakaunan bermula dengan proses mencatat urusniaga dari sumber dokumen sehingga kepada penyediaan Penyata Kewangan. Proses kitaran perakaunan adalah seperti gambarajah di bawah: Gambarajah 1.7: Kitaran Perakaunan
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 8 1.9 Konsep dan Prinsip Perakaunan Konsep dan prinsip perakaunan asas merupakan panduan dalam catatan perakaunan yang ditetapkan oleh badan perakaunan. Ia patut dipatuhi semasa proses perakaunan untuk memastikan penyata kewangan yang dihasilkan adalah saksama dan standard. Antara konsep perakaunan asas ialah: 1) Wang sebagai Ukuran Wang merupakan unit ukuran dalam urus niaga perniagaan. Sehubungan dengan itu, merekodkan urus niaga dalam nilai mata wang, ia dapat memudahkan penghitungan nilai urus niaga. Setiap negara mempunyai unit mata wang sendiri, unit mata wang yang digunakan di negara kita ialah Ringgit Malaysia. Contoh: beli 100 buah beg bernilai RM300 dicatatkan untuk belian. 2) Prinsip Catatan Bergu Berdasarkan prinsip catatan bergu, setiap urus niaga harus direkodkan sekurangkurangnya dua kali dalam akaun yang berasingan pada masa dan jumlah yang sama, iaitu satu akaun didebitkan dan satu lagi akaun dikreditkan. Jumlah debit harus sama dengan jumlah kredit. Dengan itu, sistem catatan bergu dapat membolehkan kita menyemak ketepatan merekod. Contoh: jualan barang niaga dengan harga RM500 secara tunai. akaun jualan dikreditkan denga RM500 manakala akaun tunai didebitkan dengan RM500. 3) Entiti Berasingan Dalam perakaunan, pemilik perniagaan dan perniagaan dianggap sebagai entiti berasingan. Dengan itu, hanya urus niaga yang berkaitan dengan perniagaan sahaja direkodkan dalam buku perniagaan. Urus niaga peribadi pemilik tidak boleh direkodkan di dalam buku perniagaan. Contoh: Pemilik mengeluarkan wang tunai RM200 untuk membayar yuran peperiksaan anaknya dianggap sebagai ambilan dan tidak boleh dianggap sebagai belanja perniagaan. 4) Tempoh Perakaunan Sesebuah perniagaan diandaikan akan beroperasi berterusan untuk jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, untuk membolehkan laporan prestasi perniagaan dibuat dan dibandingkan, hayat perniagaan dibahagikan kepada jangka masa tertentu yang dikenali sebagai tempoh perakaunan. Tempoh perakaunan mungkin setahun, setengah tahun dan sebagainya. Contoh: jika tempoh perakaunan sesebuah perniagaan adalah setahun dan ia bermula dari 1 Januari, maka ia akan berakhir pada 31 Disember.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 9 5) Kos sejarah Menurut konsep kos sejarah, semua urus niaga harus direkod mengikut harga belian atau kos belian. Amaun tersebut akan direkodkan dalam buku perakaunan walaupun berlaku turun naik harga dipasaran bagi barang tersebut. Kos belian merupakan satu nilai yang objektif kerana harga tersebut terbukti dalam dokumen perniagaan. Contoh: sebuah perniagaan membeli sebuah kenderaan dengan harga RM25 000 pada tahun 2003. Walaupun nilainya telah jatuh menjadi RM24 000 pada tahun 2004, ia masih dicatat sebagai RM25 000 dalam buku perakaunan. 6) Berterusan Perniagaan diandaikan akan beroperasi secara berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang. Konsep ini berkaitan dengan kos sejarah iaitu dengan andaian ini, semua aset perniagaan harus direkod pada harga belian atau kos sejarah. 7) Pemadanan Mengikut prisip pemadanan, hasil bagi suatu tempoh perakaunan harus dipadankan dengan perbelanjaan bagi tempoh tersebut untuk mendapat untung atau rugi bersih bagi tempoh berkenaan. Untung atau rugi sesebuah perniagaan tidak boleh dikira berdasarkan penerimaan atau pembayaran dalam satu tempoh masa. Pendapatan bagi satu tempoh perakaunan adalah wang yang sepatutnya diterima bagi tempoh tersebut, sama ada sudah diterima atau belum diterima. Begitu juga belanja bagi satu tempoh perakaunan, ia merupakan wang yang sepatutnya dibayar bagi tempoh tersebut, sama ada sudah dibayar atau belum dibayar. Contoh: Premium insurans perniagaan adalah RM500 setahun tetapi jumlah premium yang sudah dibayar bagi satu tahun ialah RM400 dan RM100 dibayar pada tahun berikutnya. Jumlah yang sebenarnya ditolak daripada untung kasar ialah RM500 iaitu jumlah yang sepatutnya dibayar pada tahun tersebut. 8) Ketekalan Konsep ketekalan menyatakan sesebuah perniagaan harus mengekalkan kaedah perakaunan yang telah ditetapkan untuk beberapa tempoh perakaunan yang berterusan. Contohnya, jika kaedah susut nilai aset tetap secara ansuran tetap digunakan untuk menyusutnilai kenderaan, maka ia akan diamalkan secara berterusan untuk tahun-tahun seterusnya. Konsep ketekalan yang diamalkan membolehkan perbandingan dibuat.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 10 9) Materialiti Menurut konsep materialiti, nilai yang dianggap dapat memberi kesan kepada penyata kewangan akan direkodkan. Nilai kecil yang tidak memberi kesan kepada penyata kewangan dianggap tidak material dan tidak perlu dimasukkan ke dalam Kunci Kira-kira. Contoh: Sebuah buku panduan poskod dibeli dengan harga RM5.00 untuk kegunaan pejabat tidak direkodkan sebagai aset dalam Kunci Kira-kira kerana nilainya adalah kecil walaupun boleh digunakan untuk jangka masa panjang.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 11 TOPIK 2 KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN PERAKAUNAN Salehah Zafirah Zulkepli, Syahida Md. Zeni, Junaidah Jamaluddin Pada akhir topik ini, pembaca boleh mengetahui: Definisi dan komponen dalam lembaran imbangan Definisi dan komponen dalam penyata pendapatan Persamaan perakaunan Kesan urusniaga terhadap persamaan perakaunan 2.1 Lembaran Imbangan Lembaran Imbangan adalah penyata kedudukan kewangan perniagaan yang menyatakan aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik pada satu ketika tertentu. Dalam erti kata lain, ia menunjukkan apa yang dimiliki dan apa yang dihutang pada sesuatu masa. Lembaran imbangan boleh disediakan dalam bentuk ‘T’ atau dalam bentuk penyata. Antara elemen-elemen yang terdapat didalam Lembaran Imbangan adalah: a) ASET Aset adalah harta yang dimiliki untuk mengendalikan aktiviti perniagaan. Ia adalah sumber kewangan yang memberikan keuntungan ekonomi pada masa hadapan. Jenisjenis asset terbahagi kepada: i- Aset Semasa Aset yang boleh ditukarkan menjadi wang tunai dalam tempoh 12 bulan atau dengan cepat. Contohnya, stok akhir, penghutang, tunai di bank dan di tangan, belanja terdahulu dan hasil terima terakru. ii- Aset Bukan Semasa Aset yang tidak mungkin ditukarkan menjadi tunai dalam tempoh 12 bulan. Kebiasannya digunakan dalam proses untuk mengeluarkan barangan atau memberi perkhidmatan. Jangka hayat penggunaan lebih dari setahun. Contohnya, tanah, bangunan, kenderaan, mesin, hak cipta. b) LIABILITI Liabiliti ialah obligasi/tanggungjawab yang mengikat secara sah yang perlu dibayar kepada entiti atau individu lain. Liabiliti terbahagi kepada: i- Liabiliti Semasa Hutang perniagaan yang perlu dijelaskan dalam tempoh tidak melebihi satu tempoh perakaunan. Contohnya, pemiutang, overdraft bank, belanja terakru, hasil diterima terdahulu. ii- Liabiliti Jangka Panjang Hutang perniagaan yang boleh dijelaskan dalam tempoh yang melebihi satu tempoh perakaunan. Contohnya, pinjaman bank, gadai janji.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 12 c) EKUITI PEMILIK Pelaburan pemilik dalam perniagaan atau jumlah modal yang dilaburkan oleh pemilik untuk tujuan perniagaan. Segala keuntungan atau kerugian perniagaan menjadi hak milik perniagaan. Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik, manakala kerugian akan mengurangkan ekuiti pemilik. Sebarang ambilan (tunai atau barang niaga) bagi tujuan peribadi akan mengurangkan ekuiti pemilik. 2.2 Penyata Pendapatan Penyata pendapatan adalah laporan kewangan yang menunjukkan rangkuman pendapatan dan perbelanjaan sebuah entiti perniagaan dalam tempoh tertentu, biasanya untuk satu tahun fiskal. Tujuan utama penyata pendapatan adalah untuk menunjukkan keuntungan atau kerugian bersih yang dihasilkan oleh sesebuah perniagaan dalam sesuatu tempoh tertentu. Penyata ini memberikan maklumat penting kepada pengguna berkenaan dengan kemampuan sesebuah perniagaan dalam menghasilkan keuntungan dari operasi yang ada. Komponen utama dalam penyata pendapatan adalah: a) HASIL Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan daripada aktiviti jualan barang niaga atau perkhidmatan yang diberikan. Hasil terbahagi kepada: i. Hasil kendalian perniagaan Pendapatan yang diterima secara langsung daripada aktiviti utama perniagaan. ii. Hasil bukan kendalian Pendapatan yang diterima yang tidak berkaitan secara langsung dengan aktiviti utama perniagaan. Contohnya. Sewa diterima, dividen pelaburan, faedah simpanan bank. b) BELANJA Kos yang dibayar atau akan dibayar oleh perniagaan untuk perkhidmatan yang digunakan atau barangan yang digunakan untuk mendapatkan hasil. Belanja terbahagi kepada: i. Belanja kendalian Belanja yang terlibat secara langsung dalam operasi urusniaga seperti sewa ruang niaga, gaji pekerja, belanja promosi, dan sebagainya. ii. Belanja bukan kendalian Kos belanja yang tidak langsung dengan operasi harian seperti bayaran faedah pinjaman bank, rugi atas pelupusan aset bukan semasa dan sebagainya. 2.3 Sifir asas sistem catatan beregu Setiap urusniaga perlu direkod 2 kali ke dalam akaun yang berbeza. Ini dinamakan sebagai sistem catatan beregu. Satu akaun debit dan lagi satu akaun kredit dan sebaliknya. Sifir asas kepada kesan urusniaga ini boleh dilihat di dalam gambarajah 2.1.1 dimana sekiranya aset dan belanja bertambah, ia akan direkod debit, jika berkurang ia direkod kredit. Manakala, liabiliti, hasil dan modal bertambah, akan direkod sebagai kredit. Jika berkurang, ia akan direkod pada debit. Rumusan efek perakaunan adalah seperti berikut:
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 13 Gambarajah 2.1.1: Sifir asas catatan beregu 2.4 Persamaan Perakaunan 2.4.1 Persamaan Perakaunan Tanpa Hasil dan Belanja. ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK Persamaan asas ini berkaitan hubungan antara aset, ekuiti pemilik dan liabiliti. Persamaan ini juga menunjukkan aset sesebuah perniagaan adalah berasal dari dua elemen iaitu ekuiti pemilik dan liabiliti. ● Aset merupakan sumber ekonomi atau harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan, samada milikan tunggal, perkongsian, maupun syarikat. Konsep ini adalah sama. Kebiasaannya aset digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan. ● Liabiliti adalah tanggungan (atau hutang) perniagaan kepada pihak ketiga. Biasanya ia perlu dijelaskan dalam suatu tempoh tertentu. ● Ekuiti Pemilik adalah pelaburan pemilik dalam perniagaan. Bagi milikan tunggal, ekuiti awal adalah modal yang dikeluarkan oleh pemilik untuk memulakan perniagaannya. Seterusnya ekuiti akan berubah seperti berikut: ● Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik. ● Kerugian akan mengurangkan ekuiti pemilik. 2.4.2 Persamaan Perakaunan dengan Hasil Dan Belanja Sekiranya hasil dan belanja diambil kira dalam persamaan perakaunan, maka persamaan tersebut lebih bersesuaian dan telah mengambilkira semua LIMA (5) elemen perakaunan. Ianya boleh juga ditulis semula sebagai: ASET + BELANJA = LIABILITI + EKUITI PEMILIK + HASIL Pertambahan bagi persamaan perakaunan ini berlaku apabila entiti perniagaan memulakan operasi dan urusniaga. ASET BELANJA DEBIT LIABILITI HASIL MODAL KREDIT Catatan Beregu
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 14 ● Hasil adalah pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan. Contoh: jualan, sewa diterima, komisen diterima. Hasil akan menambahkan ekuiti pemilik. ● Belanja adalah bayaran yang dibuat atau yang akan dibuat ketika menjalankan aktiviti perniagaan. Boleh juga disebut kos yang yang perlu ditanggung bagi menjalankan aktiviti perniagaan. Contoh: gaji pekerja, bil elektrik dan air, bayaran lesen perniagaan. Belanja akan mengurangkan ekuiti pemilik. 2.5 Kesan Urusniaga ke atas Persamaan Perakaunan Urusniaga adalah merujuk kepada aktiviti ekonomi yang melibatkan pemindahan wang, barangan atau perkhidmatan yang biasanya berlaku di antara dua pihak atau lebih. Aktiviti tersebut mestilah boleh diukur dari segi kewangan supaya organisasi boleh boleh merekod segala transaksi untuk tujuan perakaunan. Setiap urusniaga akan mempunyai sekurangkurangnya dua kesan ke atas elemen-elemen yang terdapat dalam persamaan perakaunan, iaitu sama ada peningkatan atau pengurangan dalam aset, liabiliti atau ekuiti pemilik. Contoh kesan urusniaga ke atas persamaan perakaunan adalah seperti dalam Jadual 2.5a di bawah. Tarikh 2022 Urusniaga Aset = Ekuiti + Liabiliti Pemilik 1 Januari Jasmine memulakan perniagaan dengan wang tunai sebanyak RM50,000. Kesan: Aset (tunai) bertambah dan modal bertambah + Tunai di tangan RM50,000 + Modal RM50,000 2 Januari Perniagaan mendepositkan RM30,000 tunai ke dalam akaun bank. Kesan: Aset (bank) bertambah dan aset (tunai) berkurang + Tunai di bank RM30,000 (-) Tunai di tangan RM30,000 3 Januari Membeli perabot menggunakan cek sebanyak RM5,000. Kesan: Aset (perabot) bertambah dan aset (bank) berkurang + Perabot RM5,000 (-) Tunai di bank RM5,000 4 Januari Memperoleh pinjaman dari bank sebanyak RM10,000 yang telah dipindahmasuk secara terus ke dalam akaun bank perniagaan. Kesan: Aset (bank) bertambah dan liabiliti (pinjaman) bertambah + Tunai di bank RM10,000 + Pinjaman bank RM10,000 5 Januari Jasmine mengeluarkan wang tunai sebanyak RM300 untuk kegunaan peribadi. (-) Tunai di tangan RM300 (-) Modal RM300
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 15 Kesan: Modal berkurang dan asset (tunai) berkurang Jadual 2.5a: Kesan urusniaga ke atas persamaan perakaunan Selain daripada itu, urusniaga yang melibatkan penerimaan hasil dan perbelanjaan akan memberi kesan ke atas elemen-elemen dalam persamaan perakaunan yang dikembangkan, iaitu sama ada peningkatan atau pengurangan dalam aset, belanja, modal, hasil atau liabiliti. Contoh kesan urusniaga ke atas persamaan perakaunan dikembangkan dapat dilihat dalam Jadual 2.5b di bawah. Tarikh 2022 Urusniaga Aset + Belanja = Modal + Hasil + Liabiliti 6 Januari Membeli stok bernilai RM5,000 secara hutang daripada Rafiq. Kesan: Belanja (belian stok) bertambah dan liabiliti (akaun belum bayar) bertambah + Belian RM5,000 + Akaun belum bayar RM5,000 7 Januari Menjual barangan secara tunai berjumlah RM2,000. Kesan: Aset (tunai) bertambah dan hasil (jualan) bertambah + Tunai di tangan RM2,000 + Jualan RM2,000 8 Januari Menerima bayaran sewa dalam bentuk cek bernilai RM350. Kesan: Aset (bank) bertambah dan hasil (sewa) bertambah. + Tunai di bank RM350 + Hasil sewa RM350 9 Januari Membayar bil telefon secara tunai sebanyak RM100. Kesan: Belanja (bil telefon) bertambah dan aset (tunai) berkurang. (-) Tunai di tangan RM100 + Bil Telefon RM100 Jadual 2.5b: Kesan Urusniaga ke atas Persamaan Perakaunan dikembangkan 2.6 Sistem Catatan Bergu Seperti contoh yang tunjukkan di atas, setiap urusniaga perakaunan mempunyai sekurangkurangnya dua kesan ke atas elemen-elemen dalam persamaan perakaunan. Oleh kerana itu, setiap urusniaga perlu direkodkan sekurang-kurangnya dalam dua akaun; akaun yang pertama perlu didebitkan dan akaun yang kedua perlu dikreditkan. Ini dikenali sebagai sistem catatan bergu.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 16 Nama akaun Tarikh Butiran RM Tarikh Butiran RM DEBIT KREDIT Rajah 2.6a: Sebuah Akaun ‘T’ Rajah 2.6a menunjukkan sebuah akaun ‘T’ atau akaun lejar yang terbahagi kepada dua bahagian. Di sebelah kiri akaun dikenali sebagai sebelah debit dan di sebelah kanan pula dikenali sebagai sebelah kredit. Nama akaun perlu ditulis di bahagian atas di tengah-tengah akaun. Dalam sistem catatan bergu, debit bermaksud merekod di sebelah kiri dalam sesuatu akaun, manakala kredit bermaksud merekod di sebelah kanan sesuatu akaun yang lain. Dalam catatan bergu, akaun-akaun yang perlu didebitkan atau dikreditkan adalah berdasarkan persamaan perakaunan. Di sebelah kiri (debit) persamaan perakaunan yang dikembangkan terdiri daripada asset, belanja dan ambilan. Oleh yang demikian, sekiranya aset, belanja atau ambilan bertambah, ia perlu didebitkan ke dalam akaun yang terlibat. Sebaliknya, apabila aset, belanja atau ambilan berkurang, ia perlu direkodkan di sebelah kredit. Di sebelah kanan (kredit) persamaan perakaunan yang dikembangkan terdiri daripada modal, hasil dan liabiliti. Oleh itu, apabila modal, hasil dan liabiliti bertambah, ia perlu dikreditkan ke dalam akaun yang terlibat. Namun apabila modal, hasil dan liabiliti berkurang, ia perlu direkodkan di sebelah debit. Ringkasan prinsip catatan bergu adalah seperti dalam Rajah 2.6b di bawah. Aset Belanja Ambilan Modal Hasil Liabiliti Debit Kredit Debit Kredit Debit Kredit Debit Kredit Debit Kredit Debit Kredit + - + - + + - + - + Nota: ‘+’ = bertambah; ‘- ‘= berkurang Rajah 2.6b: Ringkasan Catatan Bergu Berdasarkan urusniaga dan kesannya ke atas persamaan perakaunan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.6a dan 2.6b, contoh catatan bergu adalah seperti berikut. Tarikh 2022 Urusniaga Catatan Bergu Debit Credit 1 Januari Jasmine memulakan perniagaan dengan wang tunai sebanyak RM50,000. Akaun Tunai RM50,000 Akaun Modal RM50,000 2 Januari Perniagaan mendepositkan RM30,000 tunai ke dalam akaun bank. Akaun Bank RM30,000 Akaun Tunai RM30,000 3 Januari Membeli perabot menggunakan cek sebanyak RM5,000. Akaun Perabot RM5,000 Akaun Bank RM5,000
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 17 4 Januari Memperoleh pinjaman dari bank sebanyak RM10,000 yang telah dipindahmasuk secara terus ke dalam akaun bank perniagaan. Akaun Bank RM10,000 Akaun Pinjaman Bank RM10,000 5 Januari Jasmine mengeluarkan wang tunai sebanyak RM300 untuk kegunaan peribadi. Akaun Ambilan RM300 Akaun Tunai RM300 6 Januari Membeli stok bernilai RM5,000 secara hutang daripada Rafiq. Akaun Belian RM5,000 Akaun Belum Bayar – Rafiq RM5,000 7 Januari Menjual barangan secara tunai berjumlah RM2,000. Akaun Tunai RM2,000 Akaun Jualan RM2,000 8 Januari Menerima bayaran sewa dalam bentuk cek bernilai RM350. Akaun Bank RM350 Akaun Hasil Sewa RM350 9 Januari Membayar bil telefon secara tunai sebanyak RM100. Akaun Belanja Telefon RM100 Akaun Tunai RM100 Jadual 2.6a: Catatan Bergu
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 18 TOPIK 3 DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER REKOD PERAKAUNAN Noor Hasimah M. Yacob, Lily Mazlifa Mustafa Pada akhir topik ini, pembaca boleh mengetahui: Definisi dan ciri-ciri dokumen perniagaan Dokumen perniagaan dan fungsinya 3.1 Dokumen Perniagaan Dalam menjalankan perniagaan, pelbagai urusniaga dilakukan. Setiap urusniaga yang dilakukan itu perlulah disertakan dengan dokumen sokongan bagi membuktikan kesahihan urusniaga tersebut. Dokumen bertulis itu juga akan digunakan sebagai sumber maklumat untuk tujuan perekodan dalam buku perakaunan dan rujukan. Dokumen ini akan dianalisa untuk menentukan akaun-akaun yang terlibat untuk tujuan perekodan. Terdapat dua jenis dokumen iaitu dokumen sumber dan bukan sumber. Dokumen sumber bermaksud dokumen ini akan digunakan untuk merekod butiran urusniaga dalam buku perakaunan. Manakala dokumen bukan sumber tidak perlu dicatat dalam buku perakaunan dan ianya hanya digunakan untuk rujukan sahaja. Antara contoh dokumen sumber adalah invois, nota kredit, nota debit, resit, cek atau keratan cek, baucer dan bil tunai. Dokumen bukan sumber pula terdiri daripada surat tanya, sebut harga, nota pesanan, nota serahan dan penyata akaun. Setiap urusniaga atau transaksi yang dijalankan mestilah benar-benar berlaku. Oleh yang demikian, dokumen merupakan satu pembuktian penting untuk memastikan kesahihan aktiviti urusniaga tersebut. Masakini dokumen disediakan dalam salinan (hardcopy) atau dalam bentuk digital (softcopy). Namun, masih ramai memilih untuk menyimpan dokumen dalam bentuk salinan cetak. Walau apa pun kaedah penyediaan yang dipilih, dokumen tersebut mestilah mempunyai ciri-ciri yang baik agar dapat memenuhi pelbagai keperluan terutamanya sewaktu audit dijalankan. Antara ciri-ciri dokumen yang baik dan boleh memenuhi keperluan pengguna adalah: ● Disediakan dalam beberapa salinan. Dokumen asal akan diberikan kepada pihak yang dituju dan salinan dokumen yang sama perlu juga disimpan oleh penyedia dokumen untuk rujukan akan datang. ● Dokumen tersebut mestilah mempunyai ruang untuk direkodkan tarikh supaya dapat ditentukan bila berlakunya sesuatu transaksi ● Setiap dokumen mestilah mempunyai pra-nombor (prenumbered) atau nombor bersiri (serial number) untuk mengelakkan daripada transaksi direkod lebih daripada sekali atau terlupa merekod transaksi yang berlaku ● Tandatangan penyedia (preparer signature) dan penandatangan berwenang (authorized signatory) untuk mengelakkan berlakunya ruang untuk manipulasi dan kedua-dua
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 19 tandatangan itu mestilah daripada orang yang berbeza supaya kesilapan yang berlaku dapat dikenalpasti dengan segera ● Dokumen yang disediakan juga perlu mudah difahami dan mempunyai ruang untuk catatan 3.2 Dokumen perniagaan dan fungsinya Berikut merupakan dokumen-dokumen yang digunakan dalam perniagaan: 3.2.1 Surat tanya Dokumen ini dihantar oleh pembeli kepada penjual bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai barang-barang yang hendak dibeli. Maklumat yang biasanya ditanya dalam surat tanya ialah harga barang, kaedah pembekalan, diskaun, kaedah pembayaran dan sebagainya. Rajah 3.1: Surat tanya 3.2.2 Sebut harga Dokumen ini dihantar oleh penjual kepada pembeli sebagai jawapan kepada Surat Tanya. Dalam surat ini, penjual akan menyatakan harga bagi barang yang hendak dibeli, syarat penghantaran dan syarat penghantaran. Pada kebiasaannya, sebut harga ini dikepilkan sekali bersama katalog yang mengandungi semua maklumat jenis dan harga barang yang dijual oleh penjual.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 20 Rajah 3.2: Sebut Harga 3.2.3 Nota pesanan atau pesanan belian Dokumen ini dihantar oleh pembeli kepada penjual dan ia mengandungi maklumat tentang barang-barang yang hendak dibeli. Dalam dokumen ini, pembeli akan memperincikan mengenai jenis barang, jenama, kuantiti, harga, syarat serahan, syarat pembayaran, dan kadar diskaun.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 21 Rajah 3.3: Pesanan Belian 3.2.4 Nota serahan Dokumen ini dihantar oleh penjual kepada pembeli bersama-sama dengan barang bertujuan untuk memudahkan pembeli menyemak barang-barang yang dihantar. Ia juga digunakan sebagai perakuan bahawa barang-barang telah selamat dihantar. Di dalam dokumen ini, hanya maklumat mengenai jenis barang dan kuantiti barang yang disenaraikan.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 22 Rajah 3.4: Nota Serahan 3.2.5 Invois Invois akan dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli apabila urusniaga dibuat secara kredit atau hutang. Ianya menyatakan jumlah yang perlu dibayar oleh pembeli. Selain daripada itu, ia juga mengandungi maklumat terperinci mengenai urusniaga tersebut seperti nama dan alamat pembeli serta penjual, tarikh urusniaga, nombor invois, jenis barang yang dibeli, kuantiti dan harga barang, syarat serahan, syarat bayaran, diskaun yang diberi sekiranya ada, dan K & K di K. K & K di K bermaksud sebarang kesilapan dan ketinggalan yang berlaku hanya boleh dibetulkan oleh penjual melalui nota debit atau nota kredit sahaja. Invois ini disediakan dalam tiga (3) salinan. Salinan asal dihantar kepada
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 23 pembeli yang akan digunakan untuk sebagai dokumen sumber bagi merekod jumlah belian dalam Jurnal Belian. Dua salinan lagi akan digunakan oleh penjual untuk tujuan rujukan dan sebagai dokumen sumber bagi merekod jumlah jualan dalam Jurnal Jualan. Rajah 3.5: Invois
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 24 Rajah 3.6: Nota Debit 3.2.6 Nota debit Dokumen ini dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila bayaran yang dikenakan dalam invois telah terkurang disebabkan oleh kesilapan atau tertinggal catatan dalam invois seperti kos angkutan, bayaran yang dikenakan kurang dari harga yang sepatutnya dan lainlain. Apabila nota debit dikeluarkan, ia memberitahu pembeli bahawa akaunnya akan didebitkan dan hutang akan bertambah. Penjual akan menyimpan satu salinan nota debit untuk sebagai rujukan dan sumber untuk perekodan dalam Jurnal Jualan. Manakala pembeli akan menggunakan dokumen tersebut untuk perekodan dalam Jurnal Belian. 3.2.7 Nota kredit Nota kredit dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu bahawa hutangnya akan dikurangkan dan akaunnya akan dikreditkan. Dokumen ini akan digunakan apabila pembeli membuat pulangan barang atas sebab-sebab seperti barang rosak, salah jenama, kurang berkualiti, salah spesifikasi, kesilapan dalam invois yang menyebabkan terlebih
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 25 bayar dan sebagainya. Nota kredit biasanya dicetak dengan warna merah. Ianya dikeluarkan dua (2) salinan di mana salinan asal diberi kepada pembeli untuk digunakan sebagai sumber perekodan dalam Jurnal Pulangan Belian. Manakala salinan pendua akan disimpan oleh penjual sebagai rujukan dan sumber perekodan dalam Jurnal Pulangan Jualan. Rajah 3.7: Nota Kredit 3.2.8 Cek dan keratan cek Pembayaran untuk urusniaga yang dijalankan boleh dibuat melalui tunai atau cek. Sebelum cek boleh digunakan sebagai alat pembayaran, peniaga tersebut perlu membuka akaun semasa di bank terlebih dahulu. Oleh kerana cek tidak mempunyai salinan pendua, keratan cek dijadikan sebagai rujukan. Keratan cek merupakan sebahagian daripada cek dimana maklumat pembayaran yang ditulis di atas cek, akan ditulis pada keratan cek itu. Keratan cek disimpan oleh pembayar sebagai rujukan pembayaran tersebut dilakukan kepada siapa dan berapa amaunnya. Ini untuk mempastikan amaun didalam akaun semasa adalah cukup semasa cek dikeluarkan.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 26 Rajah 3.8: Keratan Cek 3.2.9 Resit Resit merupakan satu rekod rasmi yang mengesahkan sesuatu transaksi perniagaan. Pemilik perniagaan boleh mengetahui kedudukan aliran tunai mereka melalui resit yang diterima atau dikeluarkan. Ini kerana sebelum sesuatu transaksi direkodkan, resit yang diterima atau salinan resit yang dikeluarkan mestilah disimpan dengan baik sebagai bukti. Sebelum sebarang perekodan transaksi dilakukan, orang yang bertanggungjawab mestilah mempastikan bahawa resit-resit itu wujud untuk mengelakkan daripada kesilapan dan penipuan kewangan.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 27 Rajah 3.9: Resit Rasmi 3.2.10 Penyata akaun Pembekal akan mengeluarkan penyata kepada pelanggan yang berurus niaga dengan mereka secara kredit (hutang). Penyata tersebut akan memberi maklumat tentang baki awal, pembayaran yang diterima oleh pembekal, kredit (hutang) semasa dan baki akhir. Penyata akaun mestilah diserahkan kepada pelanggan pada setiap bulan supaya sebarang perbezaan (jika ada) boleh diketahui dengan lebih awal. Rajah 3.10: Penyata Akaun 3.2.11 Baucar pembayaran Dokumen ini disediakan sebelum bayaran dilakukan. Ia merupakan dokumen arahan yang mempunyai jumlah khusus bayaran keatas barangan atau perkhidmatan yang telah diberikan. Maklumat yang perlu ada pada baucar pembayaran ialah nama penerima bayaran, tarikh baucar dikeluarkan, jumlah bayaran, butiran transaksi dan penandatangan berwenang. Baucar pembayaran yang disediakan perlu dikepilkan bersama-sama dengan bil-bil sebagai dokumen sokongan.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 28 Rajah 3.11: Baucer bayaran 3.2.12 Memo Memo merupakan dokumen yang hanya digunakan oleh pemilik perniagaan. Pemilik akan mengeluarkan memo keatas urusniaga yang berkaitan dengan modal. Ini termasuk modal tambahan kedalam perniagaan atau ambilan yang dibuat oleh pemilik. Memo ini dikeluarkan oleh pemilik untuk memaklumkan tentang urusniaga yang tidak mempunyai dokumen sokongan.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 29 3.2.11 Borang wang masuk Ia adalah sejenis borang yang dikeluarkan oleh pihak bank untuk merekod urusan penyimpanan dan pengeluaran wang oleh pelanggan. Dokumen ini akan mempunyai maklumat terperinci seperti jenis penyimpanan atau pengeluaran iaitu menggunakan tunai atau cek, nombor akaun pendeposit, tarikh urusniaga dan jumlah yang terlibat.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 30 3.2.12 Bil tunai Bil tunai disediakan oleh peniaga kepada pelanggan selepas barangan dijual atau perkhidmatan diberikan. Pembayaran dibuat boleh melalui tunai atau cek. Antara maklumat yang tertera diatas dokumen ini adalah butiran terperinci mengenai urusniaga yang telah dijalankan, jumlah yang dicaj dan nama pelanggan.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 31 TOPIK 4 MEREKOD URUSNIAGA KE DALAM JURNAL Nor Syazwani Mohammad Fadzillah, Arina Nabilah Abd. Latif, Hj Azizi@Hamizi Hashim Pada akhir topik ini, pembaca boleh mengetahui: Jenis-jenis dan fungsi jurnal dalam perniagaan Merekod urusniaga dalam jurnal 4.0 JURNAL Jurnal juga dikenali sebagai buku catatan pertama. Hal ini kerana, dalam proses perakaunan, transaksi direkod buat pertama kalinya di dalam jurnal dan kemudiannya akan dipindah ke lejar. Adalah sukar untuk mengenal pasti kesan dan maklumat yang berkaitan dengan transaksi tertentu jika semua transaksi direkodkan dalam satu jurnal sahaja. Oleh itu, transaksi tertentu perlu direkod dalam jurnal yang sepatutnya. Terdapat 2 jurnal utama iaitu, jurnal khas dan jurnal am. Jurnal khas terdiri daripada 6 jenis iaitu Jurnal Belian, Jurnal Jualan, Jurnal Pulangan Belian, Jurnal Pulangan Jualan, Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai. Setiap jurnal khas ini mempunyai fungsi masing-masing. Antara kelebihan jurnal khas untuk sesebuah perniagaan yang terlibat dengan banyak transaksi termasuk dapat mengurangkan kesilapan, mempunyai kawalan dalaman yang lebih baik, menjimatkan masa dan kos serta meningkatkan kecekapan. 4.1 JURNAL KHAS 4.1.1 Jurnal Belian ● Jurnal belian digunakan untuk merekod transaksi yang melibatkan belian barang niaga secara kredit/ hutang. Apabila perniagaan membuat belian barang niaga daripada pembekal secara kredit, maka transaksi itu perlu direkod di dalam jurnal belian. ● Dokumen sumber yang terlibat adalah invois asal/original. ● Pada tarikh akhir setiap bulan, amaun belian perlu dijumlahkan dan dihantar ke akaun belian (lejar). Contoh: Sulaiman Enterprise membuat belian barang niaga daripada tiga pembekal secara kredit berjumlah RM15,600. Berikut adalah invois yang diterima bersama barang niaga yang dibeli. Rekod transaksi berikut di dalam jurnal belian.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 32 o 11 Januari 2023 - Terima invois daripada Excel berjumlah RM3,000 (Invois No:15) ● 15 Januari 2023 - Terima invois daripada Power berjumlah RM7,400 (Invois No:37) o 27 Januari 2023 - Terima invois daripada World berjumlah RM5,200 (Invois No:20) Jurnal Belian Tarikh Butiran No. invois Folio Jumlah (RM) 2023 Jan 11 Excel 15 3,000 15 Power 37 7,400 27 World 20 5,200 31 Ke Akaun Belian 15,600 4.1.2 Jurnal Jualan ● Jurnal jualan digunakan untuk merekod transaksi yang melibatkan jualan barang niaga secara kredit/ hutang. Apabila perniagaan membuat jualan barang niaga kepada pelanggan secara kredit, maka transaksi itu perlu direkod di dalam jurnal jualan. ● Dokumen sumber yang terlibat adalah salinan invois. ● Pada tarikh akhir setiap bulan, amaun jualan perlu dijumlahkan dan dihantar ke akaun jualan (lejar). Contoh: Aiman Enterprise membuat jualan barang niaga kepada tiga pelanggan secara kredit berjumlah RM34,700. Berikut adalah invois yang dihantar bersama barang niaga yang dijual. Rekod transaksi berikut di dalam jurnal jualan. • 13 Januari 2023 - Hantar invois kepada Fir berjumlah RM22,000 (Invois No: 65) • 18 Januariy 2023 - Hantar invois kepada Dan berjumlah RM11,600 (Invois No: 78) • 29 Januari 2023 - Hantar invois kepada Muqri berjumlah RM1,100 (Invois No: 90) Jurnal Jualan Tarikh Butiran No. invois Folio Jumlah (RM) 2023 Jan 13 Fir 65 22,000 18 Dan 78 11,600 29 Muqri 90 1,100 31 Ke Akaun Jualan 34,700
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 33 4.1.3 Jurnal Pulangan Belian ● Jurnal Pulangan Belian juga dikenali sebagai Jurnal Pulangan Keluar. ● Jurnal ini digunakan bertujuan untuk merekodkan pulangan barang niaga yang telah dibeli kepada pembekal. Barangan yang rosak dan kesilapan saiz atau jenama merupakan antara sebab barang niaga tersebut dipulangkan kepada pembekal. ● Sumber maklumat kepada jurnal ini adalah nota kredit (asal) yang diterima daripada pembekal. Contoh: Kedai Pakaian Ameera menerima nota kredit berikut daripada pembekal-pembekalnya: Nota kredit ini berkaitan dengan urus niaga pulangan barang niaga kepada Kedai Pakaian Sofea. Maklumat nota kredit ini direkodkan dalam Jurnal Pulangan Belian. Jurnal Pulangan Belian Tarikh Butir No. Nota Kredit Folio Jumlah (RM) 2023 RM Feb 25 Kedai Pakaian Sofea NK23/1001 LB3 450 28 Akaun Pulangan Belian (Kt) 450 4.1.4 Jurnal Pulangan Jualan ● Jurnal Pulangan Jualan juga dikenali sebagai Jurnal Pulangan Masuk. ● Jurnal ini digunakan bertujuan untuk merekodkan pulangan barang niaga daripada pembeli. Barangan yang rosak dan kesilapan saiz atau jenama merupakan antara sebab barang niaga tersebut dipulangkan oleh pembeli. ● Sumber maklumat kepada jurnal ini adalah nota kredit (salinan) yang disimpan oleh peniaga. Contoh: Kedai Pakaian Ameera mengeluarkan nota kredit berikut kepada pelangganpelanggannya. Jurnal Pulangan Jualan Tarikh Butir No. Nota Kredit Folio Jumlah (RM) 2023 RM Feb 27 Perniagaan Pakaian Win Win NK23/1063 LJ1 450 28 Akaun Pulangan Jualan (Dt) 450 4.1.5 Jurnal Penerimaan Tunai ● Jurnal penerimaan tunai adalah catatan jurnal bagi merekod semua penerimaan tunai dari mana-mana sumber yang diperoleh.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 34 ● Sumber dokumen bagi urusniaga ini biasanya dalam bentuk resit penerimaan tunai, cetakan penerimaan mesin tunai, ringkasan penerimaan tunai dan sebagainya. Contoh: 4.1.6 Jurnal Pembayaran Tunai ● Jurnal pembayaran tunai adalah catatan jurnal bagi merekod semua pembayaran tunai untuk apa sahaja tujuan. ● Sumber dokumen bagi urusniaga ini biasanya dalam bentuk baucer pembayaran, kaki buku cek, resit tunai (yang dikeluarkan oleh penerima tunai) dan sebagainya. Contoh: 3 Jan Membuat bayaran tunai kepada MMG Enterprise (pemiutang), RM500 19 Jan Membeli stok barang niaga secara tunai RM450 27 Jan Membayar RM1,300 bagi perolehan peralatan pejabat 4.2 JURNAL AM Jurnal Am digunakan untuk merekod transaksi lain yang tidak boleh direkod didalam jurnal khas di atas. Transaksi tersebut termasuk: 7 Mei Terima bayaran tunai dari En. Halim (penghutang), RM570 15 Mei Merekod terimaan tunai RM340 sebagai hasil jualan 21 Mei Terima bayaran tunai dari Pn. Zai (penghutang), RM770 Jurnal Penerimaan Tunai Tarikh No. Resit Detail Bank/Tunai Akaun Penghutang Jualan Mei 7 DB005 Halim 570 570 15 CS079 CS 340 340 21 DB006 Zai 770 770 GL5 1,680 1,340 340 Jurnal Pembayaran Tunai Tarikh No. Cek Detail Bank/Tunai Akaun Pemiutang Belian Peralatan Pejabat Jan 3 123001 MMG 500 500 19 123002 Purchase 450 450 27 123003 OE 1,300 1,300 GL1 2,250 500 450 1,300
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 35 ● Catatan pembukaan ● Catatan penutup ● Catatan pelarasan ● Pembetulan kesilapan ● Catatan pemindahan ● Jualan/Belian aset tetap secara kredit Contoh: Rekod transaksi berikut di dalam jurnal am. 1 Januari 2023: Catatan pembukaan untuk akaun berikut: Bangunan RM200,000, Kenderaan RM60,000, Tunai di bank RM50,000, Tunai di tangan RM4,000; Akaun belum bayar RM20,000 and Modal RM294,000. 5 Januari 2023: Membeli perabot baru berharga RM8,000 secara kredit daripada Kedai Perabot Anas. Jurnal Am Tarikh Butiran Debit (RM) Kredit (RM) 2023 Jan 1 Bangunan 200,000 Kenderaan 60,000 Tunai di bank 50,000 Tunai di tangan 4,000 Akaun belum bayar 20,000 Modal 294,000 Jan 5 Perabot 8,000 Kedai Perabot Anas 8,000
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 36 TOPIK 5 MEREKOD URUSNIAGA KE DALAM LEJAR Norlaila Mohd Din Pada akhir topik ini, pembaca boleh mengetahui: Jenis-jenis dan fungsi lejar dalam perniagaan Merekod urusniaga dalam lejar 5.0 Lejar Merekod ke lejar adalah proses perakaunan selepas catatan buku pertama dibuat. Lejar merekod ringkasan transaksi urusniaga dari jurnal catatan buku pertama ke setiap akaun. Proses ini dipanggil mengepos ke lejar. Tatakelola untuk merekod urusniaga ke lejar mengapklikasi konsep catatan beregu secara kronologi yang telah dipelajari ditopik terdahulu. Terdapat 2 bentuk lejar yang boleh digunakan iaitu dalam bentuk akaun T dan akaun 3 kolum. 5.1.1 Lejar-T akaun Nama akaun Tarikh Butir RM Tarikh Butir RM Akaun T dikenali kerana bentuknya yang menyerupai huruf T besar yang boleh dibahagikan kepada dua bahagian badan dan satu kepala. Satu kepala adalah untuk meletakkan nama akaun bagi urusniaga yang terlibat. Urusniaga berkenaan mestilah memberi kesan kepada persamaan perakaunan iaitu aset, ekuiti, liabiliti, hasil dan belanja seperti jualan, belian, ekuiti, ambilan dan lain-lain. Manakala, dua bahagian badan dibahagikan kepada bahagian kiri dan bahagian kanan. Bahagian kiri merekod catatan debit untuk setiap transaksi dan bahagian kanan merekod catatan kredit untuk setiap transaksi. Setiap transaksi akan melibat dua akaun kerana mengikut catatan bergu yang telah dibuat. Contoh transaksi menggunakan bentuk Akaun T: 1. Pada 2 Januari, Perniagaan menjual barang jualan secara Tunai RM200 2. Pada 5 Januari, perniagaan menjual barang jualan secara kredit kepada ahmad berjumlah RM30
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 37 Akaun Jualan Tarikh Butir RM Tarikh Butir RM 2 Jan 2 Jan Tunai 200 5 Jan Ahmad 300 5.1.2 Lejar 3 kolum Tarikh Butir Debit (RM) Credit (RM) Baki (RM) Terdapat 3 lejar khas yang ada dalam perekodan iaitu: 1. Lejar Jualan: semua akaun pelanggan yang menjalankan transaksi iaitu jualan secara kredit dengan perniagaan 2. Lejar Belian: semua akaun pembekal yang menjalankan transaksi iaitu belian secara kredit oleh perniagaan 3. Lejar Am: semua lejar yang direkodkan kecuali akaun pelanggan dan akaun pembekal Dibawah disediakan juga peta minda menjelaskan bagaimana lejar disediakan selepas buku utama atau jurnal dicatatkan. Terdapat juga teknik warna bagi debit(kuning) dan kredit (merah jambu) bagi menjelaskan lagi penggunaan catatan bergu didalam catatn lejar Akaun Tunai Tarikh Butir RM Tarikh Butir RM 2 Jan Jualan 200 Akaun Belum Terima-Ahmad Tarikh Butir RM Tarikh Butir RM 2 Jan Jualan 200
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 38 Rajah 5.1: Kitaran Perakaunan Rajah diatas menunjukkan kitaran perakaunan dengan menggunakan teknik warna untuk beberapa petak segi empat bagi memudahkan penggunaanya. Setiap petak mempunyai warna pada bahagian atas dibahagian tajuk. Petak yang paling banyak kedudukannya paling tepi adalah petak tajuk berwarna adalah kitaran perakaunan pertama iaitu Jurnal.Terdapat 7 jurnal iaitu jurnal am dan jurnal khas yang terdiri daripada jurnal Penerimaan Tunai, Jurnal Pembayaran Tunai, Jurnal Jualan, Jurnal Pulangan Jualan, Jurnal Belian, Jurnal Pulangan Belian. 1. Setiap jurnal akan dibahagikan kepada dua warna untuk menunjukkan debit dan kredit dimana kuning untuk debit dan merah jambu untuk kredit. Apabila semua transaksi telah direkodkan kedalam jurnal, maka rekod akan dihantar kepada lejar yang mempunyai petak tajuk hijau . Seterusnya, pada rajah di atas, Terdapat 3 lejar iaitu lejar am, lejar jualan dan lejar belian. Jurnal Pembayaran Tunai(JBT)(semua transaksi bayaran tunai dan cek)) Butir Tunai Bank Diskaun diterima Akaun Belum Bayar Belian lain-lain Mr,Y x x total total total total total Jurnal Penerimaan Tunai(JTT)(semua transaksi terima tunai dan cek) Butir Tunai Bank diskaun diberi akaun belum terima Jualan lain-lain Mr.A x x modal x x total total total total total Jurnal Jualan(JJ)( jualan barangan secara kredit) RM Mr.A x Mr. B x Dihantar keakaun jualandan akaun belum terima ) xx Jurnal Pulangan Jualan(JPJ) RM Mr.A x Mr. B x Dihantar keakaun pulangan jualandan akaun belum bayar xx Jurnal Am( baki awal tahun, belian aset bukan semasa secara kredit,ambilan barang dagangan untuk kegunaan sendiri etc, Particular Dr (RM) Cr(RM) Ambilan x Belian x Jurnal Belian(JB)(semual belian barang jualan secara kredit R M Mr.Y x Mr. Z x Dihantar ke akaun belian and akaun belum bayar xx Jurnal Pulangan Belian(JPB) RM Mr.Y x Mr. Z x Di hantar ke akaun pulangan belian dan akaun belum bayar xx Lejar Belian Lejar Am Penyata Untung Rugi Jualan Bersih kos jualan Hasil lain Belanja operasi Penyata Kedudukan Kewangan aset bukan semasa aset semasa total asets ekuiti pemilik+/ - untung bersih /rugi bersih Liabili� total ekui� pemilik dan liabili� Akaun MR.B B RM B RM JJ x jpj x baki h/b xx Akaun Mr.Z B R M B RM JPB x JB x baki h/b xx Akauan Mr. Y B RM B RM JPB X JB X JBT X baki h/b xx Untung kasar Rugi kasar Untung Bersih Rugi Bersih Lejar jualan @ @
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 39 a) Semua rekod didalam Jurnal khas akan dihantar kepada 2 lejar serentak Jurnal Jualan (JJ) RM Mr. A x Mr.B x Dihantar ke akaun jualan dan akaun belum terima xx Nota: akaun Mr.B pun perlu dibuka seperti mana akaun Mr.A b) Semua rekod pada jurnal am hanya dihantar terus kepada lejar am Jurnal Am (J.A) Debit Kredit Ambilan x Belian x 1. Setiap lejar hendaklah diimbangkan dan ditutup. Mengimbangkan dan menutup akaun dengan menjumlahkan setiap akaun dengan jumlah yang sama i.e. debit dan kredit. Dalam penutupan akaun didalam lejar, akan ada keadaan akaun yang tiada berbaki dan berbaki (samada sebelah debit atau kredit). Akaun –akaun yang berbaki yang diklasifikasikan sebagai hasil dan belanja akan ditutup ke Penyata Untung Rugi. Hanya akaun yang mempunyai baki didalam lejar am yang diklasifikasi sebagai asset, ekuiti, dan liabiliti sahaja akan dihantar kepada Penyata Imbangan Duga. Baki – baki tersebut hendaklah diletakkan dalam Imbangan Duga, di kedudukan berlawanan dengan kedudukan pengimbangan akaun didalam lejar. Contohnya, akaun belian ditutup dengan untung rugi disebelah kredit maka didalam imbangan duga akan dicatat disebelah debit Lejar jualan Akaun Mr A JJ x Lejar Am Akaun Belum Terima JJ xx Lejar Am Akaun Jualan JJ xx Lejar Am Akaun Belian J.A x Lejar Am Akaun Ambilan J.A x
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 40 dan akaun ambilan diseimbangkan dengan baki hantar bawah disebelah kredit maka didalam imbangan duga akan dicatat disebelah debit. Penyata Imbangan Duga Debit Kredit Jualan x Belian x Modal x Ambilan x Pinjaman Bank x Akaun belum bayar x xx xx Lejar Am Akaun Belian Jurnal Belian x J.A x JBT x J.P.B x Untung rugi x xx xx Lejar Am Akaun Ambilan J.A x Baki h/b x
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 41 TOPIK 6 PENYEDIAAN IMBANGAN DUGA Anis Barieyah Mat Bahari Pada akhir topik ini, pembaca pembaca boleh mengetahui: Konsep dan tujuan lembaran kerja dalam perakaunan Format imbangan duga Menyediakan imbangan duga sesebuah perniagaan. 6.1 Definisi Lembaran imbangan duga adalah satu lembaran yang akan menyenaraikan semua item yang mempunyai baki ke hadapan daripada lejer. Baki – baki tersebut perlulah mengikut format dan prinsip catatan beregu dalam perakaunan. Antara tujuan utama penyediaan lembaran imbangan duga adalah: ● Menyemak ketepatan catatan beregu yang telah dibuat ● Menyemak ketepatan dalam pengiraan ● Mengenalpasti kesilapan dan kesalahan yang mungkin berlaku samada dari dalam lejer lagi atau ketika baki tersebut dibawa ke imbangan duga. ● Memudahkan untuk penyediaan penyata kewangan samada penyata untung rugi dan kunci kira-kira. 6.2 Format Imbangan duga Format imbangan duga adalah seperti berikut: Butiran/ Akaun Debit (RM) Kredit (RM) Baki akaun asset (jika ada) XX Baki akaun liability (jika ada) XX Baki akaun modal (jika ada) XX Baki akaun hasil (jika ada) XX Baki akaun belanja (jika ada) XX Baki akaun ambilan (jika ada) XX XXXX XXXX
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 42 6.3 Penyediaan imbangan duga Imbangan duga dibuat setelah selesai proses pengeposan ke lejer dan penutupan lejer dilakukan. Kebiasaan imbangan duga disediakan setelah proses ini (Imbangan duga pre-pindaan dan juga apabila berlaku pindaan ke atas transaksi (Imbangan duga setelah pindaan). Untuk penyediaan imbangan duga ikuti langkah ini: LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN IMBANGAN DUGA S Sediakan imbangan duga dengan nama perniagaan dan jangkamasa imbangan duga dibuat ediakan P Pindahkan baki dibawa ke hadapan dari lejer (sekiranya ada) ke bahagian yang betul samada di sebelah debit atau kredit indahkan S emak Jumlahkan kesemua maklumat di sebelah debit dan kredit. Sekiranya jumlah salah satu bahagian debit atau kredit tidak sama, semak dan kenalpasti kesilapan yang mungkin berlaku dan pembetulan hendaklah dibuat.
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 43 Nini Enterprise Imbangan duga setakat tempoh 31.12. XXXX Butiran/ Akaun Debit (RM) Credit (RM) Baki akaun asset (jika ada) XX Baki akaun liability (jika ada) XX Baki akaun modal (jika ada) XX Baki akaun hasil (jika ada) XX Baki akaun belanja (jika ada) XX Baki akaun ambilan (jika ada) XX XXXX XXXX Pindahkan baki -baki akaun asset, belanja dan ambilan (sekiranya ada) diletakkan di sebelah debit Tuliskan nama perniagaan anda dan tempoh imbangan duga yang ingin dibuat seperti format di bawah. Baki baki akaun liability, modal dan hasil (sekiranya ada) diletakkan di sebelah credit Sekiranya proses catatan beregu dilaksanakan dengan betul, jumlah kedua-dua belah debit dan kredit akan sama. Buat semakan dan pembetulan sekiranya jumlah debit dan kredit berbeza
Jendela Perakaunan:Modul As as Perakaunan 44 TOPIK 7 PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN Norlinda Zainal Abdul, Nor Hawani Abdul Rahman, Syahida Md Zeni, Norlaily Asnawi Sulaiman, Iliya Dayini Imran Pada akhir topik ini, pembaca boleh mengetahui: Pengenalan kepada penyata kewangan Kepentingan penyediaan penyata kewangan Cara menyediakan penyata kewangan 7.1 Pengenalan Penyata kewangan adalah satu bentuk laporan yang menunjukkan kedudukan kewangan sebuah perniagaan bagi sesuatu tempoh. Laporan kewangan ini mengandungi maklumat keuntungan atau kerugian, kedudukan nilai aset, liabiliti, dan ekuiti sesebuah perniagaan. 7.2 Catatan Penutup Pada akhir tempoh perakaunan, semua akaun hasil dan belanja akan ditutup dan baki akan dipindahkan ke dalam Penyata Untung Rugi. Akaun aset, liabiliti, dan modal pula akan ditutup dan baki akan dipindahkan ke dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Terdapat tiga jenis penyata kewangan iaitu: 1. Penyata Untung Rugi (Statement of Profit or Loss) Semua hasil dan belanja yang wujud daripada aktiviti belian dan jualan barang niaga adalah direkod di dalam Penyata Untung Rugi bagi tujuan untuk mendapatkan untung atau rugi kasar. Manakala, lain-lain hasil dan belanja perlu direkod di dalam Penyata Untung Rugi untuk mendapatkan untung atau rugi bersih. Untung bersih atau rugi bersih akan dipindahkan ke dalam Penyata Kedudukan Kewangan dan ditambah kepada modal perniagaan manakala rugi bersih perlu ditolak kepada modal perniagaan di bahagian Ekuiti Pemilik. UNTUNG KASAR = JUALAN – KOS JUALAN UNTUNG BERSIH = UNTUNG KASAR – PERBELANJAAN OPERASI + LAIN-LAIN HASIL