The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-FOLIO SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM
( SOALAN 4: PENGERTIAN DAN PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH )

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazlinuzir, 2022-06-12 14:00:46

E-FOLIO SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM

E-FOLIO SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM
( SOALAN 4: PENGERTIAN DAN PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH )

Keywords: PENGERTIAN DAN PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

MPU23052
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN DALAM ISLAM

TUGASAN E-FOLIO:

PRINSIP DAN PERANAN SYARIAH DALAM BIDANG SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO.PENDAFTARAN
ABDUL RAZIF BIN MOHD 15DKM21F1041

ABDUL RAZAK 15DKM21F1043
SYAZLIN NATASYA BINTI UZIR 15DKM21F1019

MUHAMMAD IMAN AFIFI BIN 15DKM21F1086
MOHD SYUKRI

IKMAL HAIQAL BIN ABDULLAH

DISEDIAKAN UNTUK:
PN. NURUL AIN BINTI OTHMAN

SESI II: 2021/2022

Link e-folio:
https://cahaya211.blogspot.com/

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya dan ahli kumpulan saya ingin mengucapkan
kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan kepada kami
kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini degan sempurna.

Kerja kursus ini dapat kami laksanakan dengan baik. Hasil kerja ini atas
berkat dan usaha kami yang bekerjasama mencari maklumat dari pelbagai
sumber. Kami juga sering berbincang dan membuat keputusan yang adil dan
rasional dalam mengatasi setiap masalah yang dihadapi.

Dalam kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Puan Nurul Ain Binti Othman, iaitu pensyarah kami kerana banyak
membimbing dan memberi nasihat dalam menyiapkan kerja kursus ini. Beliau
banyak memberi penerangan tentang cara melakukan kerja kursus ini.
Walaupun beliau sibuk dalam melakukan kerja-kerja lain, tetapi beliau tetap
meluangkan masa untuk bersama kami dalam memberi penerangan tentang
kerja kursus.

Akhir sekali, saya dan ahli kumpulan berharap dapat mempelajari lebih
banyak ilmu pengetahuan dari kerja kursus ini dan menjadikannya sebagai
pengajaran dalam kehidupan seharian kami.

ISI KANDUNGAN

1 PENGENALAN 1-2

2 PENGERTIAN FIQH 3

3 PEMBAHAGIAN DALAM KAEDAH FIQH 4-5

4 PERANAN KAEDAH FIQAH DALAM SAINS 6-7
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN 8-10
11-13
5 KONSEP ASAS KAEDAH FIQAH YANG
BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI
DAN KEJURUTERAAN

6 PEMBAHAGIAN KAEDAH- KAEDAH FIQH

7 APLIKASI KAEDAH- KAEDAH FIQH 14-15

8 TUJUAN MEMPELAJARI ILMU FIQH 16

9 CABANG- CABANG ILMU YANG TERKANDUNG 17
DALAM ILMU FIQH 18

10 SUMBER-SUMBER ILMU FIQH

11 KESIMPULAN 19

12 SUMBER RUJUKAN 20

PENGENALAN

Pengenalan Istilah-istilah fiqh merupakan sesuatu yang sinonim dengan
Pendidikan Islam. Ini kerana fiqh merupakan landasan kepada `ibādah dan
mu`āmalah seharian umat Islam dan ia merupakan elemen penting di dalam
sistem Pendidikan Islam dulu dan kini. Generasi muslimin terdahulu dilihat
giat berusaha untuk mendalami makna perkataan dari al-Qur’an dan al-
Sunnah agar generasi yang berikutnya dapat memahaminya dengan
kefahaman yang sebenar. Penguasaan terhadap makna sebenar sesuatu
istilah merupakan kunci kepada penguasaan kesuluruhan ilmu. Ini kerana
tanpa penguasaan terhadap makna yang sebenar bagi setiap istilah, tidak
memungkinkan kita untuk memahami nas-nas syarak. Merujuk kepada aspek
kandungan buku teks Pendidikan Islam di Malaysia khususnya buku teks
Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, penggunaan istilah-
istilah yang dipindahkan dari perkataan Arab adalah sesuatu yang lumrah dan
tidak dapat dipisahkan. Ini adalah kerana sumber kepada Pendidikan Islam itu
sendiri adalah daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang pada hakikatnya
adalah dalam bahasa Arab. Hal ini diperjelaskan oleh al-Qur’an al-Karim
sendiri. Firman Allah SWT:

Maksudnya; “Dan demikianlah kami menurunkan al-Qur’an dalam bahasa
Arab” Sejarah perkembangan Islam di Malaysia menjelaskan bahawa
penggunaan istilahistilah fiqh yang berdasarkan kepada bahasa Arab di dalam
teks Pendidikan Islam bermula seawal zaman kegemilangan Islam di Melaka
di mana Pendidikan Islam mendapat perhatian daripada pemerintah ketika itu
yang menjadikan istana bukan sahaja sebagai pusat pentadbiran, malah
sebagai institusi pendidikan, perpustakaan serta tempat penterjemahan dan
penyalinan kitab-kitab . Antara kitab-kitab karangan ulama-ulama terkenal
ketika itu seperti al-Dur al-Manẓūm oleh Abū Isḥāq al-Shirāzī, Iḥyā` ‘Ulūm al-
Din oleh al-Ghazālī, dan Minhāj al-Ṭālibīn oleh al-Nawawī . Penggunaan
istilah-istilah fiqh dalam Pendidikan Islam tidak terpisah daripada
perkembangan penulisan kitab-kitab dan manuskrip Melayu Jawi yang secara
meluasnya telah digunakan di dalam sistem pendidikan awal di Malaysia
terutamanya di dalam pendidikan sistem pondok. Istilah-istilah Arab berkaitan
konsep-konsep penting dalam agama telah digunakan secara meluas tanpa

1

ada sebarang perubahan merujuk kepada sumber asas atau rujukan kepada
penulisan kitab / manuskrip terbabit. Penggunaan istilah-istilah fiqh di dalam
penulisan kitab dan teks-teks Pendidikan Islam berterusan sehingga kini dan
terserlah dengan usaha-usaha giat yang dilakukan oleh Jawatankuasa Istilah
Agama Islam Dewan Bahasa Dan Pustaka termasuklah memperkenalkan
istilah-istilah baru di dalam bidang agama termasuk Usuluddin dan Syariah.

Berdasarkan kepada kedudukan istilah-istilah fiqh yang begitu ketara
penggunaannya di dalam teks-teks Pendidikan Islam terutamanya Buku Teks
Pendidikan Islam yang menjadi rujukan kepada seluruh murid dan pelajar di
negara ini, maka tindakan yang sewajarnya perlu diambil bagi memastikan
kelangsungan penguasaan terhadap ilmuilmu Islam. Dalam hal ini
Muhammad Fauzi Jumingan (Muhammad Fauzi Jumingan, Ketepatan Makna
Kosa Kata Pinjaman Arab Dalam Kamus Dewan, dalam Prosiding Kongres
Antarabangsa Bahasa Dan Budaya, Jilid 2, ed. Mohd. Azurin Othman dan
Hajah Norati Bakar (Brunei Darussalam: Dewan Bahasa Dan Pustaka Brunei,
2011), 81). dalam kajiannya menegaskan;

i. Islam sebagai teras kebudayaan Melayu selain menjadi personaliti
yang mencorakkan seluruh hati budi bangsa Melayu. Justeru
penyerapan nilai-nilai Islam dalam mana-mana aspek sosiobudaya
Melayu termasuk bahasa boleh menjadi teras kebudayaan
kebangsaan.

ii. Istilah dan perkataan dalam al-Qur’an dan al-Ḥadith yang
berbahasa Arab mempunyai nilai-nilai Islam. Oleh itu penyerapan
istilah dan kosa kata Arab akan mengukuhkan jati diri dan sahsiah
kebangsaan warga Melayu.

iii. Mengimbangi arus sekularisme bahasa yang merupakan salah satu
agenda orientalis, zionis dan aliran pemikiran anti agama seperti
komunisme. Arus ini perlu diimbangi dengan usaha menerapkan
nilai-nilai bahasa Islam (bahasa Arab) ke dalam bahasa Melayu.

2

PENGERTIAN FIQH

Fiqah (Bahasa Arab: ‫ )فقه‬atau fiqh menurut bahasa bererti mengetahui dan
memahamkan. Menurut istilah, ia adalah suatu ilmu yang menerangkan
segala hukum syarak yang diambil dari al-Quran dan sunah Nabi Muhammad
secara penelitian yang mendalam iaitu dengan jalan ijtihad dan istinbat. Fiqh
sering disifatkan sebagai kefahaman dan amalan manusia terhadap syariah,
iaitu kefahaman manusia terhadap syariat Islam sebagaimana yang
diwahyukan dalam al-Quran dan as-Sunnah (ajaran dan amalan nabi
Islam Muhammad dan para sahabatnya). Fiqh mengembangkan dan
memajukan Syariah melalui tafsiran (ijtihad) al-Quran dan Sunnah oleh
fuqaha Islam (ulama) dan dilaksanakan dengan ketetapan (fatwa) fuqaha
terhadap persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Oleh itu,
sementara syariah dianggap tidak berubah oleh umat Islam, fiqh dianggap
sebagai dinamik, boleh salah dan boleh berubah. Fiqh juga berkaitan dengan
pemeliharaan ibadah, akhlak dan perundangan sosial dalam Islam serta
sistem politik. Dalam era moden, terdapat empat mazhab fiqh yang terkemuka
dalam amalan Sunni, ditambah dua (atau tiga) dalam amalan Syiah.
Seseorang yang terlatih dalam bidang fiqh dikenali sebagai faqīh (kata
majmuk: fuqaha).

Secara kiasan, fiqh bermaksud ilmu tentang ketetapan hukum Islam daripada
sumbernya. Mendapatkan hukum agama daripada sumbernya
memerlukan mujtahid (individu yang berijtihad) yang mempunyai pemahaman
mendalam dalam perbincangan fiqh yang berbeza. Seorang faqīh mesti
melihat secara mendalam ke dalam sesuatu perkara dan tidak berpuas hati
dengan makna yang zahir sahaja, dan orang yang hanya mengetahui rupa
satu-satu perkara sahaja tidak layak sebagai seorang faqīh.

Kajian-kajian fiqh, secara tradisinya dibahagikan kepada Uṣūl al-fiqh (prinsip-
prinsip perundangan Islam, harfiahnya, akar fiqh, secara alternatif
diterjemahkan sebagai Usool al-fiqh), kaedah tafsiran dan analisis undang-
undang; dan Furūʿ al-fiqh (harfiahnya. cabang-cabang fiqh), penghuraian
ketetapan berdasarkan prinsip-prinsip ini. Furūʿ al-fiqh ialah hasil daripada
penerapan Uṣūl al-fiqh dan hasil keseluruhan usaha manusia untuk
memahami kehendak ilahi. Hukm (kata majmuk: aḥkām) ialah ketetapan
tertentu dalam kes tertentu.

3

PEMBAHAGIAN DALAM FIQH

Ilmu fiqh membahas 4 bidang utama iaitu:

Fiqh Ibadah
-Bersuci
-Solat
-Jenazah dan pengebumian
-Zakat
-Wakaf
-Puasa
-Haji
-Korban dan akikah
-Nazar dan sumpah
-Makanan dan minuman
-Pakaian
-Sembelihan dan buruan

Fiqh Munakahat
-Nikah (Perkahwinan)
-Kekeluargaan
-Talak (Perceraian)
-Wasiat dan pewarisan harta keluarga
-Perhambaan

4

Fiqh Interaksi (Muamalat)
*Fiqah Ekonomi
-Perbankan Islam
*Fiqh Politik
-Pilihan raya
-Kenegaraan
-Kewarganegaraan
-Muslim
-Kafir
-Zimmi
-Harbi
-Khalifah (Pemimpin) dan Khilafah (Pemerintahan)

Fiqh Jenayah (Undang-undang syariah)
-Hudud
-Takzir
-Qisas
-Fiqh Ketenteraan

5

PERANAN KAEDAH FIQAH DALAM SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Terdapat beberapa peranan dalam sains teknologi dan kejuruteraan. Antara
peranannya adalah seperti yang berikut :

1. Memudahkan pemahaman terhadap hokum-hukum untuk diguna pakai
dalam persoalan sains teknologi dan kejuruteraan.
Kaedah fiqah telah menetapkan formula teras atau untuk diguna pakai
sebagai rujukan untuk memulakan sesuatu penyelidikan.Setiap persoalan
baharu yang timbul dalam kajian sains teknologi dan kejuruteraan boleh
dirujuk kepada Al-Quran dan hadis serta kaedah fiqah bagi menentukan
sesuatu hukumnya yang timbul.Hal ini menunjukkan bahawa kaedah fiqah
adalah sebagai garis panduan kepada para saintis dan teknokrat dalam
melaksanakan uji kaji mereka.Justeru,segala ciptaan dan inovasi yang
dihasilkan sebenarnya menjurus kepada kaedah fiqah.

2. Membantu manusia (khususnya para saintis,teknokrat dan jurutera) untuk
menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu dalam bidang sains
teknologi dan kejuruteraan.
Kaedah fiqah telah membantu saintis,teknokrat dan jurutera untuk
mengenalpasti menyelesaikan isu dalam operasi mereka.Isu-isu dalam
sains,teknologi dan kejuruteraan mampu ditangani melalui panduan kaedah
ini supaya operasi dalam penyelidikan dan inovasi mendapat keberkatan Allah
SWT.Justeru,dengan adanya kaedah fiqah ini,para saintis dan golongan
teknokrat akan dapat mengatasi masalah kesulitan manusia dan membantu
menyelesaikan masalah fiqah yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini.

3. Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi menangani
isu-isu kecil dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan.
Hukum-hukum yang sudah ditetapkan dalam kaedah fiqah sangat sesuai
untuk menjawab segala persoalan tentang cabang atau sampingan yang

6

timbul dalam perkara berkaitan sains teknologi dan kejuruteraan.Isu-isu yang
berkaitan sains teknologi dan kejuruteraan amat luas dan memerlukan kaedah
ini bagi membantu mencari jalan keluar dan menyelesaikan masalah hukum
dari sudut syarak.Pelbagai kajian,ciptaan dan inovasi telah dilakukan oleh
para sarjana dunia yang memerlukan penyelesaian dan jawapan terhadap isu
dan permasalahan yang timbul berdasarkan hukum menurut perspektif Islam.

7

KONSEP ASAS KAEDAH FIQAH YANG
BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI

DAN KEJURUTERAAN

Terdapat lima kaedah asas yang terkandung dalam penulisan-penulisan
fuqaha Islam mengenai penetapan kaedah fiqh dalam sesuatu hukum yang
timbul.Setiap kaedah mempunyai maksud dan kegunaan yang tersendiri serta
dijadikan sebagai sumber rujukan oleh para fuqaha,pengkaji serta ilmuan
Islam.Antara kaedah asas tersebut adalah seperti berikut :

Setiap perkara dinilai berdasarkan tujuan atau niat

Kaedah ini bermaksud bahawa setiap perkara itu merujuk tujuan sesuatu
perkara yang dilaksanakan atau setiap hukum bagi amalan sesorang sama
ada pertuturan atau perbuatan bergantung pada niat atau
tujuannya.Justeru,setiap amalan yang dilakukan oleh mukalaf adalah
bergantung pada niatnya.Hal ini membuktikan bahawa niat adalah penentu
sama ada amalan seseorang itu diterima atau tidak oleh Allah SWT.

Kaedah ini membuktikan bahawa niat amat penting dalam penentuan baik
atau buruk,dosa atau pahala dan mencapai reda Allah SWT atau
tidak.Sebagai contoh,penciptaan dan penggunaan aplikasi komunikasi yang
disediakan dan dicipta seperti Whatsapp,Facebook,Instagram,email dan
sebagainya bagi tujuan memudahkan komunikasi antara satu sama lain serta
mengeratkan silaturahim sesame manusia.Tujuan ini dikira harus,maka
manfaat yang baik akan diperoleh di samping dapat memudahkan urusan
manusia dalam kehidupan seharian.Sebaliknya,penggunaan aplikasi ini dan
kemudahannya disalah guna,penciptaan tersebut membawa kepada
kerosakan dan kemudaratan ke atas diri individu tersebut mahupun diri orang
lain seperti menggunakan aplikasi untuk memfitnah antara satu sama
lain,memburukkan antara satu sama lain,menghina seseorang,mengaibkan
orang lain,mencaci individu dan sebagainya.Maka,penggunaan seperti ini
adalah diharamkan menurut kaedah fiqh.

8

Asal rujukan utama kaedah ini ialah hadis Rasulullah SAW daripada Saidina
Umar al-Khattab r.a. yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud :
“Sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasarkan niat,dan
sesungguhnya bagi setiap perkara itu bergantung pada apa yang
diniatkannya.Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya,maka
hijrahnya itu adalah kerana Allah dan Rasul-Nya.Sesiapa yang berhijrah
kerana dunia yang yang ingin diperolehinya,atau sesiapa yang berhijrah
kerana wanita yang ingin dikahwininya,maka hijrahnya itu berdasarkan apa
yang ia hijrahkannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Niat didefinikan sebagai maksud atau tujuan bagi sesuatu perbuatan (Kamus
Dewan,2002).Niat diperlukan bagi membezakan antara ibadat dengan
adat,pahala atau dosa,dan bermanfaat atau bermafsadah kepada seseorang
atau kumpulan.Niat ialah cetusan hati seseorang ketika hendak melakukan
sesuatu atau sebaliknya.Niat menjadi syarat utama sama ada sah atau batal
sesuatu perkara dan amalan tersebut diberikan pahala atau dosa.Sesuatu
amalan yang tidak disertai dengan niat sebenarnya tidak diterima dan tidak
dinilai oleh Allah SWT dan perundangan.Justeru,sesuatu amalan yang
dilakukan dengan tidak disertai niat tidak akan mendatangkan sebarang
kesan,malahan akan menjadi perkara yang sia-sia.

Bidang dan skop fiqh yang termasuk dalam kaedah pertama ini adalah dalam
semua bidang,iaitu sesuatu hukum yang berkaitan dengan ibadat;hukum yang
berkaitan dengan kekeluargaan seperti nikah,cerai dan lain-lain;hukum
muamalat seperti jual beli hutang piutang,sewa beli,riba dan lain-lain;dan
hukum mengenai jenayah seperti zina,qazaf,qisas dan lain-lain.Keluasan skop
fiqah ini menunjukkan bahawa dalam keempat-empat bidang tersebut,unsur
niat menjadi satu perkara yang penting dalam mengesahkan sesuatu
perbuatan.

Perbincangan kaedah

Setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang bergantung pada niat dan
tujuannya. Seseorang yang berniat baik dan mendapat ganjaran (pahala) dan
sebaliknya. Walaupun melakukan perbuatan yang sama. Contohnya,
seseorang mencipta tenaga nuklear untuk kegunaan sumber tenaga elektrik
yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai akan mendapat balasan

9

yang baik jika dia ikhlas kerana Allah, manakala sebaliknya seseorang yang
mencipta tenaga nuklear untuk tujuan memudaratkan orang lain, maka, ia
akan mendapat balasan buruk di sisi Allah SWT kelak.
Niat diperlukan bagi menentukan jenis perbuatan yang akan dilaksanakan
sama ada wajib seperti nazar atau sunat seperti sedekah. Namun bagi
amalan selain ibadat khusus, niat sangat diperlukan untuk menentukan
kedudukan amalan tersebut.
Kajian, rekaan, inovasi, idea dan penyelidikan hendaklah atas tujuan yang
baik dan menepati syarak. Contohnya, menghasilkan telefon pintar yang
boleh memudahkan dan membantu pekerjaan manusia. Setiap perancangan
dan perlaksanaan bagi mencapai sesuatu matlamat hendaklah disusun
dengan baik dan menepati syarak. Contohnya, sebarang ciptaan dan
penghasilan yang melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan perlu
mematuhi syarak serta mampu menjadikan kerja tersusun dan efektif.

10

PEMBAHAGIAN KAEDAH- KAEDAH FIQH

Berdasarkan kaedah figh, terdapat lima kaedah asas yang terkenal dan
digunakan secara melas dalam kebanyakan permasalahan figh dan
disepakati penerimaannya oleh jumhur ulama' dari pelbagai mazhab figh iaitu
(as-Suyuti,1983) :

1. Al-Umur bi Maqasidiha
Kaedah pertama in membawa maksud bahawa sesuatu perbuatan tidak dikira
selagimana tidak disertakan dengan niat. Niat seseorang itu akan
menentukan sama ada sesuatu perkara yang dilakukan itu halal atau haram,
sah atau batal.
Terdapat tiga peranan niat yang utama iaitu :
I. Membezakan ibadat dan adat
II. Membezakan peringkat-peringkat ibadat fardhu dan
sunat
Ill. Membezakan perbuatan ikhlas atau riya'

2. Al-Yaqin La Yuzalu Bi al-Shakk
Keyakinan tidak bole dihilangkan dengan wujudnya keraguan iaitu
perbincangan tentang yakin, kepercayaan yang sungguh-sungguh, kepastian,
kesungguhan dan ketentutan. Syak pula didefinisikan sebagai rasa kurang
yakin, curiga, sangsi dan was-was. Pengertian yakin menurut kamus bahasa
Melayu ialah betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan sesuatu
atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak) lagi, pasti benar (Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat).

11

3. Al-Mashaqqan Tajlbu al-laysir

Kaedah in secara umumnya membawa pengertian hukum hakam yang
mendatangkan kesukaran untuk dilaksanakan oleh mukallaf (orang yang
dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan
hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya) akan diringankan
cara perlaksanaannya oleh Syarak. Tidak semua kesukaran diberikan
keringanan, hanya ada beberapa kesukaran sahaja yang dibenarkan iaitu:

I. Kesukaran yang tidak dapat dielakkan dalam

menjalani ibadat.

II. Kesukaran yang biasanya dapat dielakkan dalam

menjalani ibadat seperti kesukaran bear ( melibatkan

kehilangan nyawa, agama, akal, keturunan dan harta),

kesukaran kecil dan kesukaran sederhana.

4. Al-Darar Yuzalu

Kaedah keempat ini adalah bahaya mesti dihapuskan. la diaplikasikan dalam
pelbagai isu figh, dengan kata lain ia berkait rapat dengan maqasid syariah al-
khomsah dengan memelihara agama,nyawa,akal,keturunan dan harta.
Kaedah ini menjelaskan tentang bahaya mesti ditegah,dielak dan diharamkan,
ia termasuk bahaya yang umum dan khusus. Secara asasnya kaedah fiqh
dalam kategori ini berpandukan pelbagai nas syarak yang menegah daripada
berlaku kemudaratan dalam sebarang tindakan. Kaedah ini berasaskan
kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : " Tidak ada mudarat dan
tidak dibenarkan membalas dengan kemudaratan. " (Riwayat al-Bayhaqi,
1994 no hadis 11384) . Terdapat beberapa kategori bahaya atau
kemudaratan yang dibincangkan iaitu:

I. Al-Darar Yuzal : Kemudaratan itu hendaklah

dihilangkan

II. Al-Darar Yudfa bi qadr al-Imkan : Mudarat itu ditolak

dengan kadar yang boleh.

III. Al Darar la Yuzal bi al-Darar : Mudarat itu tidak

boleh dihilanakan dengan mudarat umpamanya.

12

5. Al-Adah Muhakkamah
Kaedah kelima dan juga terakhir in adalah adat dijadikan hukum. Adat ialah
peraturan yang sudah diamalkan turn temurn dalam sesuatu masyarakat
sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Kaedah ini
bermaksud bahawa adat sesuatu masyarakat yang tidak bertentangan
dengan nas syarak boleh diambil kira dalam menentukan hukum syarak (al
Ghazi, 1997). Akan tetapi terdapat beberapa syarat dan kriteria yang perlu
difahami untuk menerima adat sebagai penentu hukum iaitu (as- Sayuti 1983)
:
I. Adat tersebut perlu konsisten dan diterima oleh
majoriti masyarakat. Contoh lafaz ijab dan qabul
dalam transaksi jual beli dan perkataan daging yang
merujuk daging lembu.
II. Tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah
jika berlawanan dengan nas al-Quran dan as-Sunnah
maka ia ditolak. Sebagai contoh adat masyarakat
berkahwin wajib memakai inai, meminum arak, berzina
dan seumpamanya.
IlI. la diterima pakai selagi tidak dipersetujui
sebaliknya.

13

APLIKASI KAEDAH-KAEDAH FIQH

Aplikasi kaedah ini dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan adalah
tertakluk kepada prinsip-prinsip syariat dan tujuan-tujuannya. Antara perkara
penting yang perlu menjadi perhatian bagi para saintis,teknorat dan jurutera
adalah seperti yang berikut:

1. Sebarang kesukaran yang berlaku dalam proses penyelidikan
hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat yang membolehkan rukhsah
(keringanan).

2. Pertimbangan untuk mencipta sesuatu bagi kepentingan manusia
haruslah menjadi keutamaan untuk mengguna pakai konsep rukhsah.

3. Keizinan untuk mengguna pakai kaedah ini berlaku apabila sesuatu
tujuan yang sangat diperlukan oleh manusia terhalang oleh sesuatu
kesukaran atau kepayahan.

4. Status kebenaran untuk menggunakan segala bentuk keringanan adalah
berkuatkuasa selama kesukaran tersebut masih lagi berlaku dalam keadaan
yang diizikan oleh syarak.

5. Kaedah ini tidak boleh diambil mudah atau dipandang ringan semata-
mata untuk menghalalkan segala bentuk rukhsah(keringanan) sebelum
pelbagai pilihan lain diuji untuk mengelakkan atau mengatasi kesukaran
tersebut.

6. Penggunaan dan pemakaian kaedah hukum ini tiada had dan sempadan
waktu. Keutamaan hanya diberikan kepada kes-kes yang boleh
memudaratkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia.

14

7. Kejujuran dan tanggungjawab yang maksima diperlukan oleh para
saintis, teknokrat dan jurutera dalam menjalankan peranan mereka.
Kewajaran dan kerelevanan sesuatu perkara yang dibuat atau dihasilkan
mestilah benar lagi tulus bagi tujuan kebaikan dan menolak kesukaran.

15

TUJUAN MEMPELAJARI ILMU FIQH

Tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum-hakam Syara’
mengenai setiap tingkah laku manusiadan melaksanakan hukum-hakam
tersebut dalam kehidupan dalam segenap ruang dan lapisannya.
Ilmu Fiqh amat berguna sama ada kepada ulama’, mufti, qadhi mahupun
orang awam biasa. Bagi para ulama, mufti dan qadhi, mereka perlu
mendalami ilmu ini untuk mengajar orang ramai tentang hukum Syara’,
memberi fatwa dan memutuskan hukuman terhadap sesuatu kes.
Adapun orang awam, mereka perlu mengetahui ilmu ini agar dapat menjalani
kehidupan seharian bertepatan dengangaris panduan yang ditetapkan Syara’.

16

CABANG- CABANG ILMU YANG
TERKANDUNG DALAM ILMU FIQH

1. Ibadah; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia dengan
Tuhan. Ia merangkumi ibadah solat, puasa,zakat, haji dan sebagainya.
2. Mu’amalat; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia
sesama manusia. Cabang mu’amalat ini merangkumi pula bidang-bidang
berikut;

a) Hukum-hakam tentang kekeluargaan yang merangkumi perkahwinan,
perceraian, perwarisan, nafkah dan sebagainya.

b) Hukum-hakam tentang harta seperti jual-beli, sewa-menyewa, gadaian,
jaminan dan sebagainya.

c) Hukum-hakam tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran negara
merangkumi kewajipan melantik ketua negara, tanggungjawab ketua
negara/pemimpin dan hak dan kewajipan rakyat/warga negara.

d) Hukum-hakam tentang kehakiman/pengadilan merangkumi membuat
keputusan (al-qadha), pendakwaan, prinsip-prinsip hukuman, kesaksian,
sumpah, keterangan dan sebagainya.

e) Hukum-hakam tentang ahli Zimmah (orang bukan Islam yang mendiami
dalam negara Islam) merangkumi hak-hak dan tanggungjawab mereka
terhadap negara dan sebagainya.

f) Hukum-hakam tentang hubungan antarabangsa merangkumi hubungan
negara Islam dengan negara-negara luar di masa damai atau ketika perang.

g) Hukum-hakam tentang kewangan negara merangkumi sumber-sumber
pendapatan negara dan perbelanjaan-perbelanjaannya.

h) Hukum-hakam tentang jenayah dan hukuman; merangkumi penetapan
perkara-perkara yang terlarang dan hukuman-hukumannnya, cara-cara
menetapkan/mensabit kesalahan-kesalahan jenayah dan perlaksanaan
hukuman terhadapnya.

17

SUMBER-SUMBER ILMU FIQH

Sumber-sumber ilmu Fiqh bermaksud dalil-dalil yang menjadi sandaran ahli-
ahli Fiqh (Faqih atau Fuqahak) dalam mengeluar hukum-hakam Fiqh. Ia terdiri
dari sumber-sumber asal dan sumber-sumber sokongan. Sumber asal bagi
ilmu Fiqh ada dua sahaja iaitu;
1. Al-Quran
2. As-Sunnah
Sumber-sumber sokongan bermaksud dalil-dalil tambahan yang membantu
ahli-ahli Fiqh untuk mengeluarkanhukum-hakam Fiqh menepati prinsip
sumber asal di atas (al-Quran dan as-Sunnah). Ia terdiri dari;
1. Ijmak
2. Qiyas
3. Istishab
4. Masalih Mursalah
5. Istihsan
6. ‘Uruf
7. Syari’at terdahulu

18

KESIMPULAN

Penggunaan kaedah fiqh dalam sains teknologi dan kejuruteraan merupakan
sesuatu yang perlu diambil kira oleh setiap sainstis dan jurutera.
Pengaplikasian sains teknologi serta kejuruteraan oleh manusia perlu dilihat
terlebih dahulu kesan langsung dan sampingan ketika pelaksanaannya.
Pemakaian kaedah fiqh dalam sains teknologi dan kejuruteraan juga haruslah
didasari dengan kefahaman yang mendalam mengenai sesuatu kaedah yang
akan diguna pakai untuk kehidupan seharian.

19

SUMBER RUJUKAN

*BAB_1-
5,_PENGUASAAN_ISTILAH_FIQH_DALAM_KALANGAN_MURID_SEKOLAH_RENDAH_K
AJIAN_DI_SEKOLAH-SEKOLAH_DALAM_ZON_PUDU,_WILAYAH_PE~1.pdf (um.edu.my)
*https://malay.wiki/content/Usul_al-fiqh/Pengertian%20Ilmu%20Usul%20al-Fiqh.html
*https://www.slideshare.net/APAO91/apakah-maksud-ilmu-fiqh
*https://www.jais.gov.my/userfiles/user/Artikel/ARTIKEL_FIQH_SEMASA.pdf
*https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Usul_al-Fiqh

20


Click to View FlipBook Version