DISEMBER
2021
CERITERA
EDISI TERHAD| VOL .1
“KEBUDAYAAN
YANG BENAR
DILAHIRKAN DI
ALAM , SEDERHANA
, RENDAH HATI DAN
MURNI”
SIDANG
PENGARANG
PUAN AINUL FARHAAN BINTI HARUN
PENASIHAT
DAYANG ZARITH SOFEAZ HUMAIRA BINTI SHAHARIN
BINTI MOHD NASIR PENULIS/JURUGAMBAR
KETUA EDITOR/PENULIS
MUNIRAH BINTI ZAIDI NUR IZZATI QISTINA BINTI
PENULIS/EDITOR GRAFIK MOHAMMAD SALLEH
PENULIS
NUR SAIFUL AZHAN BIN SHAHRUM NURUL ANNISA BINTI AZMI
PENULIS/EDITOR BAHASA PENULIS/EDITOR GAMBAR
ISI KANDUNGAN
CERITERA
PENDAHULUAN
PENGHARGAAN
PENGENALAN KOTA A FAMOSA
SEJARAH RUMAH LIMAS
KONSEP RUMAH PANJANG
KEUNIKAN TARIAN KUDA
KEISTIMEWAAN WAYANG KULIT
MAKANAN TRADISIONAL RAKYAT
MALAYSIA
PENUTUP
PENDAHULUAN
Disember 2021
Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat
majmuk yang berbilang kaum berdasarkan
hubungan kekeluargaan dan nilai saling
menghormati.Pembentukan masyarakat majmuk
yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19
adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak.
Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara
tidak sengaja.Pada awal abad ke-19,lebih 90%
penduduk di tanah Melayu adalah Melayu.Namun
pada pertengahan abad ke-19,penghijrahan masuk
kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran
dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur
kependudukan asal tanah Melayu.Masyarakat
majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang
dikategorikan mengikut cara hidup.pola
penempatan,pekerjaan,pendidikan dan
keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan
kestabilan politik.
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah
SWT dengan izin-Nya kami berjaya
menyelesaikan sebuah e-majalah
CERITERA. E-majalah CERITERA ini
mengupas pelbagai isu dan topik
yang menarik tentang pembinaan
peradaban majmuk di Malaysia.
Sekalung penghargaan kepada Puan
Ainul Farhaan Binti Harun yang
merupakan pensyarah dan juga
penasihat dalam menjayakan tugasan
e-majalah CERITERA. Terima kasih
puan segala tunjuk ajar yang telah
diberikan dalam menjayakan
penghasilan e-majalah ini.
Akhir kalam, bagi pihak sidang
redaksi e-majalah CERITERA ingin
merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih
kepada pihak yang terlibat dalam
pembuatan e-majalah CERITERA
secara langsung atau tidak langsung
dalam usaha menerbitkan e-majalah
ini. Tidak lupa juga, jutaan terima
kasih diucapkan kepada rakan-rakan
yang meluangkan masa ditemuramah
Kami sekumpulan berharap agar
e-majalah CERITERA ini amat
berguna kepada anda Tampa mengira
kaum. Kami juga mengharapkan para
pembaca dapat pelbagai ilmu dan
informasi menarik dalam e-majalah
CERITERA.
OLEH NUR SAIFUL AZHAN KOTA A
FAMOSA
PENGENALAN
Kota A Famosa atau juga dikenali sebagai
Fortaleza De Malacca (Kubu Melaka) ini
dibina oleh Portugis pada tahun 1511. Setelah
Berjaya menawan Melaka , pihak Portugis
telah memaksa buruh paksa yang mana
mereka terdiri daripada hamba raja yang
ditawan untuk membina kubu sementara bagi
menangkis serangan orang melayu sementara
mereka membina kubu utamayang digelar A
Famosa. Pembinaan Kota A Famosa ini
mengambil masa selama 5 bulan untuk
disiapkan. Akibat suhu yang panas terik dan
kekurangan makanan , ramai buruh yang
mati ketika membina kota tersebut. Kota ini
juga menjadi lambang kepada penentangan
penduduk Melaka pada masa itu. Kota yang
terletak di Bandar Hilir ini telah menjadi seni
bina Eropah tertua yang masih kekal di Asia.
CIRI CIRI KOTA A FAMOSA
Kota A Famosa ini dilengkapi dengan empat menara atau ketelom, dengan empat menara
setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San
Pedro, Baluerte de las Virgenes , Baluerte Madre de Dios dan Baluerte de Santiago. Menjelang
tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke
semua arah. Kota ini berbentuk hamper empat segi ,mempunyai tembok batu setinggi 3.6 meter
setebal 2.4 meter di sekelilingnya. Terdapat empat pintu masuk ke kota ini dan pintu utamanya
mengarah ke jambatan jungkit yang merentangi sungai. Selain itu, kota ini juga mempunyai 8
buah menara tempat kawalan setinggi 18-24 meter dan tebal temboknya 4.5 meter. Pada
bahagian bawah tempat ini terdapat tempat kediaman tentera-tentera dan kuda bagi tujuan
peperangan. Sementara itu, disekeliling tembok kota juga ditempatkan 60 orang sepoi yang
lengkap bersenjata.
KEPENTINGAN
KOTA A FAMOSA
Kota A Famosa memepunyai
keistimewaannya tersendiri untuk
menarik hati pelancong asing dan
juga pelancong domestik. Ini
dikatakan kerana Kota Melaka pada
hari ini telah menjadi bandar
bersejarah yang terkenal seluruh
dunia. UNESCO juga telah
mengisytiharkan Bandar Melaka
sebagai harta warisan dunia yang
perlu dipelihara ,secara tidak
langsung ia juga telah membantu
menambah pendapatan negara
melalui industri pelancongan.
Melalui peninggalan kota ini juga
kita dapat mengimbau kembali
sejarah negara pada zaman dahulu.
Bangunan bersejarah dapat
memangkin jiwa generasi muda agar
lebih menghargai dan peka akan
perkembangan sejarah , sebagai
contoh Kota A Famosa merupakan
tanda peringatan bahawa Tanah
Melayu telah dijajah Portugis dan
juga merupakan tanda berakhirnya
zaman kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka.
KOTA A FAMOSA
SUMBANGAN INFRASTRUKTUR
BANGUNAN KOTA A FAMOSA
Pada zaman dahulu Kota A Famosa
mempunyai struktur bangunan yang
kukuh disebabkan itulah ianya menjadi
salah satu aset bagi mempertahankan
kota dari serangan musuh. Namun pada
hari ini hanya kesan-kesan seperti pintu
gerbang dan temboknya sahaja yang
masih utuh berdiri dan kawasan itu juga
telah menjadi kawasan tarikan
pelancongan domestik dan
antarabangsa.
SLOT TANYA RAKAN
a)Mengapakah kota A Famosa sering dilawati oleh
orang ramai sama ada dari dalam negara mahupun
luar negara
-Kerana terdapat tapak peninggalan sejarah di kubu
tersebut menyebabkan pelancong asing tertarik untuk
meneroka dan mempelajari sejarah tanah melyu yang
dijajah oleh portugis
b)Bagaimanakah peninggalan kota A Famosa ini dapat
meningkatkan sifat patriotik dalam jiwa anak muda pada
masa kini.
NAMA: Logeswaran A/L Rajeswaran -Kerana kota tersebut mengingatkan tentang perjuangan
NO MATRIKS:18DKM21F1116 tokoh-tokoh terdahulu yang sanggup berjuang demi
mempertahankan tanah melayu daripada dijajah . Secara
tidak lansung masyarakat zaman kini akan lebih menghargai
usaha yang telah dilakukan.
Nama:Chong Han Jie a)Mengapakah kota A Famosa sering dilawati oleh orang ramai
No Matriks:18DKM211028 sama ada dari dalam negara mahupun luar negara
-Kerana ia merupakan tempat tarikan pelancong yang amat
menarik di Melaka. Kota A Famosa juga merupakan salah satu
peninggalan tentera British pada zaman penjajahan dahulu. Rama
pelancong dari pelbagai negara ingin melihat dan tahu tentang
sejarahnya.
b)Bagaimanakah peninggalan kota A Famosa ini
dapat meningkatkan sifat patriotik dalam jiwa anak
muda pada masa kini
-Anak muda akan dapat mengetahui sejarah yang telah berlaku
dengan mata mereka sendiri serta mereka juga dapat mendalami
sejarah yang telah berlaku
SLOT TANYA RAKAN
a)Mengapakah kota A Famosa sering dilawati
oleh orang ramai sama ada dari dalam negara
mahupun luar negara
-Kerana kota A Famosa merupakan salah satu
tempat yang meninggalkan banyak sejarah pada
masa dahulu
b)Bagaimanakah peninggalan kota A Famosa ini
dapat meningkatkan sifat patriotik dalam jiwa
anak muda pada masa kini
-Anak muda akan merasa bangga dengan apa
yang ada di kota A Famosa dari segi binaan dan
Nama:Natasha barang peninggalan. Ini akan menyebabkan
anak muda akan tanam rasa cinta akan kota itu
No Matriks:18DUP21F1035
dan berasa bangga .
RUMAH
LIMAS
JOHOR
SEJARAH RUMAH LIMAS
OLEH NUR IZZATI QISTINA
Pengaruh iklim khatulistiwa di Malaysia banyak mempengaruhi corak kehidupan
masyarakatnya termasuklah dalam seni bina rumah. Dalam konteks yang lebih kecil iaitu
mengambil contoh seni bina Rumah Limas di Johor. Perkataan ‘Limas’ menjurus kepada
atap yang mempunyai 5 perabung. Limas atau ‘bumbung lima’ ini ditambah struktur segitiga
di atasnya lalu dipanggil ‘limas’. Rumah jenis ini juga sering disebut dengan rumah Bari.
Rumah bentuk limas mula berkembang dan popular di Malaysia sejak pertengahan kurun
ke19. Pengaruh budaya daripada Kepulauan Melayu seperti Pattani, Acheh,
Minangkabau,Jawa,Bugis dan Bajau telah mempengaruhi seni bina dan reka bentuk rumah
Melayu. Contohnya, Rumah Minangkabau , Rumah Bugis , Rumah Belanda dan Rumah
Bujang. Kedatangan penjajah Belanda dan Inggeris pula menyebabkan ruma tradisional
Melayu Johor berubah bentuk daripada rumah bumbung panjang kepada rumah limas.
Selepas kedatangan penjajah dan kemasukan pengaruh luar, senibina dan bentuk rumah
tradisional Melayu mengalami perubahan bentuk.
TEMPAT YANG Malah, tindakan menghiasi bahagian atas
MENGEKALKAN bingkai tingkap sesebuah rumah limas
SENI BINA dengan kepingan kaca pelbagai warna
RUMAH menjadikannya kelihatan lebih menarikdan
TRADISIONAL mempunyai elemen moden.
Pengaruh limas pada kebanyakan rumah
Batu Pahat : Selain keunikan seni binanya , kediaman di daerah ini begitu kuat terutama
sebahagian besar rumah tradisional Melayu pada bahagian bumbung yang didakwa lebih
yang banyak terdapat di luar bandar di 80 peratus daripada rumah di Batu Pahat
daerah ini didapati masih kukuh biarpun ada mempunyai konsep seni bina berkenaan
antaranya sudah berusia lebih satu abad. terutama di Seri Medan dan Semerah.
Bagi memastikan rumah pusaka warisan Rumah limas Johor di Kampung Parit Besar,
bangsa itu tetap utuh untuk tatapan generasi Bagan, Batu Pahat masih mengekalkan
akan datang, usaha pemuliharaan seni bina keaslian binaannya. Contonya , tingkap yang
yang mempunyai estetika tinggi itu perlu bercorak di dalam rumah limas , motif ukiran
dipelopori pihak tertentu seperti Yayasan yang terdapat pada tiang rumah limas ,
Warisan Johor (YWJ). bahagian papan manis rumah limas yang
Selain itu, antara yang menarik mengenai dihias dengan seni ukiran tebuk dan bahagian
rumah limas Johor ialah seni ukiran pada rumah limas termasuk lantai papan yang
bahagian tertentu kediaman berkenaan tidak menggunakan ‘paku besi’.
seperti yang terdapat pada papan manis,
tiang, dinding serta anjung.
PAGE FOUR| JOURNEY
CIRI-CIRI
RUMAH LIMAS
JOHOR
Di Johor terdapat rumah-rumah
bebentuk Limas, mudah dikenali
kerana bumbungnya mempunyai
perabung panjang dan bersambung
dengan empat buah perabung limas
menurun ke cucuran atap. Di hujung
cucuran atapnya dihiasi dengan
ukiran-ukiran. Rumah jenis ini
terdapat di daerah Pontian. Ciri-ciri
untuk mengenali rumah ini ialah
pada puncak bumbungnya dipasang
kayu yang berbentuk tajam dipanggil
Tunjak Langit. Rumah jenis ini
mempunyai ruang hadapan yang
dipanggil serambi dan di bahagian
hujung serambi ialah ruang anjung.
Ruang serambi ini dipisahkan oleh
dinding dengan ruang ibu rumah.
Manakala ibu rumah dan ruang
dapur dipisahkan oleh ruang selang
atau selasar.
SENI BINA
RUMAH
LIMAS
JOHOR
Faktor yang mempengruhi senibina Rumah limas juga menggunakan
rumah limas ialah faktor iklim , agama unsur flora. Ukiran susur payung
islam, sosial dan alam sekitar.Faktor membuktikan bahawa corak
agama islam menyebabkan rumah yang digunakan dikaitkan
limas didirikan mengikut arah kiblat dengan etika nilai kepercayaan
dan ruang untuk kaum lelaki dan kepada tuhan yang maha esa.
perempuan dipisahkan.Rumah Limas Ukiran yang bersambung
mempunyai bilik yang lebih daripada sambung yang menghiasi pintu
satu.Ia merangkumi bilik tidur utama , pula adalah kiasan kepada
bilik tidur anak lelaki , bilik tidur anak kalimah syahadah.
perempuan dan bilik tetamu.Selain itu
, pembahagian rumah kepada rumah
ibu , rumah tengah dan rumah dapur
juga merupakan pengaruh
sosioagama. Faktor iklim dan lokasi
perumahan yang berhampiran
dengan hutan pula menyebabkan
rumah limas ini bertiang dengan
lantai yang tinggi supaya dapat
mengatasi kelembapan tanah dan
dapat mengelak daripada dimasuki
haiwan liar manakala tiangnya pula
dapat mencegah rumah ditenggelami
air jika berlaku banjir. Terdapat juga
unsur sufisme, ia sebagai satu
perumpamaan kubur supaya sentiasa
mengingati kematian.
SLOT TANYA RAKAN
a)Pada pendapat anda , bagaimanakah cara
untuk kita mempopularkan seni bina rumah
tradisional limas Johor?
-“Pada pendapat saya, cara untuk mempopularkan seni bina
rumah limas Johor ialah tiang rumah limas Johor yang tinggi
sesuai dibina di negeri yang sering dilanda banjir seperti di
Kelantan dan Pahang. Selain itu, satu perumahan limas
Johor dibina di kawasanbandar agar dapat diketahui oleh
generasi muda dan tidak ditelan zaman. Seterusnya,
menerangkan maksud-maksud jenis seni bina secara tidak
langsung dapat memberi ilmu baharu kepada orang yang
tidak tahu dan adat-adat sebelum pembinaan juga perlu
diterangkan agar tidak berlaku perselisihan fahaman. Akhir
Nama:Nur Alya Fikriyah sekali, walaupun kita berada di era yang moden, rumah
tradisional tidak bolehdilupakan kerana setiap penjurunya
mempunyai makna yang tersendiri.”
Jabatan:Pelancongan dan Hospitaliti
No Matriks: 18DHF21F1009
a)Pada pendapat anda , bagaimanakah cara
untuk kita mempopularkan seni bina rumah
tradisional limas Johor?
“-Pada pendapat saya, cara untuk mempopularkan
seni bina rumah limas johor ialah membina sebuah
replika rumah limas Johor dan diletakkan di kawasan
yang menjadi tumpuan orang ramai.Selain
itu,mendedahkan seni bina rumah limas Johor
kepada kanak-kanak sekolah rendah supaya mereka
dapat mengenali rumah tradisional tersebut.”
Nama:Nivethah a/p Maran
Jabatan:KEJURUTERAAN ELEKTRIK
No Matriks:18DTK20F10167
SLOT TANYA RAKAN
Nama:Choong Siew Chun a)Pada pendapat anda , bagaimanakah
Jabatan:Perdagangan cara untuk kita mempopularkan seni bina
No Matriks:18DSK21F1013 rumah tradisional limas Johor?
-“Pada pandangan saya, cara untuk kita
mempopularkan seni bina rumah limas Johor
adalah dengan mengasimilasikan seni bina
tersebut dalam bangunan atau binaan baharu.
Selain itu, mengadakan karnival rumah
tradisional. Akhir sekali, media massa juga
berperanan untuk mempopularkan seni bina
rumah limas Johor. Contohnya, membuat
dokumentasi mengenai rumah limas Johor.
OLEH MUNIRAH ZAIDI
KONSEP RUMAH
PANJANG
SARAWAK
LATAR BELAKANG RUMAH PANJANG SARAWAK
Rumah panjang merupakan Pengalaman rumah panjang yang
sejenis bangunan kediaman yang sebenar bermula dengan
terdiri daripada satu bilik yang perjalanan ke hulu sungai.Rumah
panjang.Rumah ini didiami oleh panjang sedikit berbeza dengan
suku kaum Iban , Bidayuh , antara sesuatu kaum tetapi
Kayan dan Kenyah . Rumah berkongsi ciri-ciri yang sama.
panjang simbol utama kehidupan
bermasyarakat di
Sarawak.Rumah panjang
didirikan untuk mempereratkan
persaudaraan sebagai simbol
kekeluargaan dimana mereka
saling bergotong royong antara
keluarga.Rumah kaum ini dibina
di dalam kelompok yang
mungkin mengandungi 100
keluarga didalam ruang
berasingan yang dibina dibawah
satu bumbung.
SENI BINA
RUMAH
PANJANG
Struktur rumah Panjang sangat
unik iaitu mempunyai bilik yang
bercantum dan membentuk
sebuah rumah. Setiap pecahan
bilik adalah mengikut jumlah
keluarga yang ada di rumah
Panjang itu. Rumah Panjang
didalam Bahasa iban dikenali
sebagai rumah panjai. Bahan
binaannya juga cukup istimewa
yang mana tiangnya diperbuat
daripada jenis kayu yang tidak
mudah mereput seperti kayu
terbelian yang mudah didapati di
kepulauan Borneo. Bumbungnya
pula menggunakan daun rumbia
seperti biru, pantu,mulong dan
jenis daun tebal. Struktur dinding
dan lantainya pula diperbuat
daripada kulit kayu,papan atau
buluh. Antara ruang utama yang
terdapat di rumah Panjang
adalah bilek [bilik],bilek besai
[ruang tamu],sadau [tingkat
rumah ],tanjau [serambi], ruai
[ruang terbuka] dan tempuan
[pintu masuk utama].
CIRI-CIRI
RUMAH
PANJANG
RUAI TENGKORAK NENEK
Ruai,pantar,tempuan ialah MOYANG
ruang terbuka yang Terdapat pelbagai
berbumbung sepanjang barang pusaka yang
rumah Panjang. Ketiga-tiga disimpan di rumah
ruang ini dekenali sebagai Panjang. Antaranya,
ruai. Ruai berfungsi sebagai tengkorak nenek
balai raya. Ruang di ruai moyang yang tidak
itulah diadakan majlis khas ditanam. Sebaliknya,
seperti mesyuarat,majlis tengkorak itu dijaga
kahwin,perbicaraan,pesta dengan baik olehwaris
gawai,dan majlis-majlis dan ia diwarisi secara
kerabat. Ruai juga dijadikan turun-temurun.
sebagai tempat istirehat. Tengkorak itu dikumpul
Contohnya ,mereka dan diikat seperti
menggunakan ruang itu bentuk bola. Ada juga
untuk mebuat yang hanya
anyaman,menjahit,bersihkan menyangkut atau
alat berburu dan tempat meletak tengkorak itu
menumbuk padi. diatas alang.
SADAU
Ruang sadau di tingkat
kedua rumah Panjang yang
digunakan sebagai bilik
dapur atau tempat
menyimpan alat keperluan.
Di sudut sadau terdapat
bekalan padi yang disimpan
di dalam bekas kulit
kayu.adajuga yang
menjadikan ruang sadau
sebagai bilik tamu.
FUNGSI
RUMAH
PANJANG
Rumah Panjang
berfungsi untuk
menghindari serangan
binatang buas. Manakala
keadaan rumahnya yang
tinggi berfungsi untuk
menjaga keselamatan
keluarga darai serangan
suku lain.
SLOT TANYA RAKAN
a)Apakah perkara yang menarik bagi anda tentang rumah
panjang Sarawak?
-Perkara yang menarik ialah struktur rumahnya yang
istimewa dengan reka bentuk rumahnya yang panjang
dan mampu memuatkan beberapa bilik untuksebuah
keluarga
b)Bagaimanakah untuk mengekalkan tradisi
rumah panjang Sarawak?
-Adakan lawatan sambil belajar bersama kawan-
kawan
Nama:Ariewan A/P Padom
No Matriks:18DAT21F1065
Jabatan:Perdagangan
a)Apakah perkara yang menarik bagi anda tentang
rumah panjang Sarawak?
-Kerjasama dan hubungan baik antara
sebuah keluarga dengan keluarga yang lain
dan mampu hidup bersama di bawah satu
rumah.
b)Bagaimanakah untuk mengekalkan
tradisi rumah panjang Sarawak?
-Mengadakan program tentang budaya sesuatu
Nama:Chien Li Ching kaum terutamanya rumah panjang Sarawak
No Matriks:1DAT21F1063
Jabatan:Perdagangan
SLOT TANYA RAKAN
a)Apakah perkara yang menarik bagi anda
tentang rumah panjang Sarawak?
-Dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara kelurga dan jiran
kerana mereka duduk di dalam satu
rumah
b)Bagaimanakah untuk
mengekalkan tradisi rumah
panjang Sarawak?
-Menyambut perayaan bersama -
sama serta menjelaskan tentang
kepentingan mengamalkan tradisi
ini terhadap anak cucu.
Nama:Nur Alia Maisara Bt Mohd
Tazawi
No Matriks:18DHF21F1003
Jabatan:Perlancongan dan Hospitaliti
KEUNIKAN TARIAN
KUDA KEPANG
SEJARAH TARIAN KUDA KEPANG Seni ini terus dikembangkan dan
dilestarikan oleh orang Jawa dan
OLEH HUMAIRA mula tersebar dibawa oleh para
SHAHARIN penghijrah ke Semenanjung Tanah
Melayu lalu kini diamalkan di
Kuda kepang atau lebih dikenali Singapura dan Malaysia, khususnya
sebagai Kuda lumping dalam di negeri Johor. Tarian ini juga
bahasa Jawa ialah seni tarian menjadi kebanggaan masyarakat
berkuda yang berasal dari Pulau Jawa di ketiga-tiga negara ini
Jawa di Indonesia.Tarian ini dibuktikan pewakilan tarian ia di
biasanya akan berlangsung di negara-negara tersebut di
majlis perkahwinan atau di majlis pertandingan-pertandingan tarian
keramaian. Tarian Kuda kepang peringkat antarabangsa. Tarian ini
merupakan seni bersejarah yang juga sering dimainkan di Jawa
terus dikembangkan dan ketika acara sambutan perayaan,
dilestarikan oleh masyarakat Pulau majlis perkahwinan, perayaan Hari
Jawa.Tarian ini dikatakan datang Ulang Tahun Kemerdekaan
dari pelakonan semula peperangan Indonesia.
pahlawan Jawa pimpinan
Diponegoro melawan pihak
penjajah Belanda yang menindas
rakyat di pulau itu, namun ada
yang berpendapat ia datang dari
penceritaan askar-aksar kerajaan
Mataram melawan pihak Barat
tersebut.
GNAPEK ADUK
PERSIAPAN TARIAN
KUDA KEPANG
Tarian kuda kepang ini memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang antaranya 9
orang penari , 5 orang pemain muzik , 2 orang yang bertindak sebagai bomoh
pemulih dan akhir sekali 9 hingga 15 orang penjaga kawasan. Bagaimanapun
dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang penari yang
biasanya berpakaian seragam dan salah seorang daripada penari-penari itu
bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil danyang
TARIAN KUDA KEPANGPERALATAN YANG DIGUNAKAN SEMASA
Beberapa peralatan alat muzik yang diperlukan dalam tarian kuda kepang ialah lima
buah angklung , sebuah gendang , beberapa gong , bonang , saron , jidur , kenong ,
sebatang pecut , serantai tali sepanjang 100 kaki atau lebih kurang 30 meter dan akhir
sekali sembilan kuda.
Gendang diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu, sedangkan pengikatnya
diperbuat daripada rotan. Gendang ini yang dipalu mengikut irama yang tertentu
berdiameter lebih kurang tiga kaki. Gong menyedapkan lagi bunyi muzik pengiring.
Pecut diperbuat daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu. Fungsi
pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penari-penari kuda
kepang. Selain itu, perkakas yang penting ialah kuda yang diperbuat daripada kulit
lembu dan dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merah, putih, atau kelabu.
Tali digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk
daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian
CARA PERMAINAN
TARIAN KUDA
KEPANG
Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat Semasa penari dalam keadaan sedemikian,
terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan
tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik
kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam
tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda
telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk yang sedang berang.Penari-penari menari selama
persembahan.Dikawali oleh seorang "danyang" dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai,
yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak terpukau dengan kehebatan pergerakan-
tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka
masing-masing. Apabila muzik mula bergema, kekadang akan bermimpi menunggang kuda
penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu yang benar sambil menari-nari dengan iringan
masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba
dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik
penari akan menunggang dan memacu kuda syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak
menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan dapat dikawal, tok bomoh akan mengarahkan
irama lagu itu.Ketika muzik menjadi lebih pantas, pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap
kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. sudut gelanggang untuk menangkap dan
Kadang-kadang pihak penganjur akan merentang merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya tok
kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan
boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar mereka.
biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi
enam kaki dan sebagainya.
PANTANG
LARANG
TARIAN KUDA
KEPANG
Kumpulan pemain kuda kepang Sebagai pantang larangan dalam
diperlukan menyerahkan pengeras permainan kuda kepang, pemain-pemain
kepada tok bomoh untuk persembahan. tidak boleh diacah semasa dalam
Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, permainan atau ketika sedang mabuk
air mentah, nasi campur dengan lauk kerana ditakuti akan melarat dan
ayam dan sayur, serta beberapa jenis menjadikan keadaan tidak terkawal.
kuih. Selain itu, kumpulan pemain juga Pemain-pemain juga tidak boleh melihat
dikehendaki menyerahkan wang kain merah kerana ini merupakan pantang
sebanyak RM2.25 kepada tuan rumah larang semulajadi. Selain itu, pemain-
atau penganjur untuk tok bomoh pemain juga tidak boleh terlihat kaca
persembahan. Kumpulan pemain kerana takut bahawa mereka akan makan
mengenakan bayaran yang tidak kurang kaca itu.
dari RM200 untuk setiap persembahan.
SLOT TANYA RAKAN
a)Pada pendapat anda, apakah yang perlu
dilakukan untuk mengekalkan kesenian
tarian kuda kepang pada masa akan datang?
-Mempromosikan kesenian tersebut kepada
media sosial contohnya Facebok, Whatssap dan
Twitter.
b)Pada pendapat anda apakah langkah untuk
menyemarakan kebudayaan taian kuda kepang
dalam masyarakat majmuk?
-Mewujudkan komunikasikan yang
Nama:Kate Ceeny a/p Niwath berkesan ke arah kesedaran dalam setiap
Jabatan:Pelancongan dan Hospitaliti masyarakat
Kelas:DUP1A
No Matriks:18DUP21F1020 a)Pada pendapat anda, apakah yang perlu
dilakukan untuk mengekalkan kesenian
tarian kuda kepang pada masa akan datang?
-Kita perlu menyertai acara peringkat
antarabangsa bagi melestarikan
warisan tarian kuda kepang.
b)Pada pendapat anda apakah langkah
untuk menyemarakan kebudayaan taian
kuda kepang dalam masyarakat majmuk?
-Kita perlu meningkatkan dan
mengukuhkan lagi kebudayaan kuda
Nama:Sharylyne a/p Lourdes kepang dengan cara melatih remaja atau
Jabatan:Perdagangan kanak-kanak dari bangsa yang lain.
Kelas:DSK1A
No Matriks:18DSK21F1999
SLOT TANYA RAKAN
a)Pada pendapat anda, apakah yang perlu
dilakukan untuk mengekalkan kesenian
tarian kuda kepang pada masa akan
datang?
-Pada pendapat saya, kita sentiasa
mempamerkan kesenian tarian kuda kepang ini
sebagai satu contoh melakukan pementasan
tarian kuda kepang kepada orang ramai ketika
menganjurkan aktiviti kemasyarakat.
b)Pada pendapat anda apakah langkah
Nama:Nur Nafisha Binti Mohd Nor untuk menyemarakan kebudayaan taian
Nazri kuda kepang dalam masyarakat majmuk
No Matriks:18DUP21F1023 -sering mengadakan program yang
berunsurkan tarian kuda kepang
KEISTIMEWAAN
WAYANG
KULIT
OLEH DAYANG ZARITH SOFEAZ
ASAL USUL WAYANG KULIT
Wayang Kulit Siam yang dikatakan berasal dari Thailand. nama
wayang kulit itu sendiri iaitu 'Siam', ialah nama lama bagi negara
Thailand. Selain itu, penggunaan bahasa Siam Thai dalam
persembahan Wayang Kulit Siam seperti pengucapan Mantera
Maharisi oleh dalang.Selain itu,Wayang Kulit Siam yang dikatakan
berasal dari Thailand. nama wayang kulit itu sendiri iaitu 'Siam',
ialah nama lama bagi negara Thailand. Selain itu, penggunaan
bahasa Siam Thai dalam persembahan Wayang Kulit Siam seperti
pengucapan Mantera Maharisi oleh dalang.Selain itu, Wayang Kulit
Siam berasal dari Patani, bekas negeri kesultanan Melayu di selatan
Thailand. Wayang Kulit Siam dikatakan telah berkembang dari
Patani ke Kelantan ketika zaman di mana Kelantan masih berada di
bawah pengaruh Kesultanan Patani. Selain itu, bentuk dan corak
pakaian pada patung Seri Rama dikatakan ditiru daripada pakaian
asal Raja-raja Melayu Patani pada zaman silam. Wayang Kulit Siam
yang pernah berkembang di negeri Terengganu, Patani, Pahang,
Perak dan Kedah adalah dibawa masuk dari Kelantan. Selain itu,
persembahan Wayang Kulit Siam juga sentiasa disampaikan dalam
Bahasa Melayu Kelantan tidak kira di negeri mana sekalipun ianya
dipersembahkan.
Persembahan wayang kulit CARA WAYANG KULIT
menggunakan prinsip cahaya DIMAINKAN
dan bayang serta patung kulit
yang terdiri daripada pelbagai Untuk dapat memahami
watak mitologi dan khayalan cerita wayang (lakon),
dimainkan oleh seorang Tok penonton harus memiliki
Dalang.Wayang kulit dimainkan pengetahuan akan tokoh-
oleh seorang dalang yang juga tokoh wayang yang
menjadi narator dialog tokoh- bayangannya tampil di layar.
tokoh wayang, dengan diiringi
oleh muzik gamelan yang
dimainkan sekelompok nayaga
dan tembang yang dinyanyikan
oleh para pesinden. Dalang
memainkan wayang kulit di balik
kelir, iaitu layar yang terbuat dari
kain putih, sementara di
belakangnya disuluhkan lampu
eletrik atau lampu minyak (dian),
sehingga para penonton yang
berada disebelah berlawanan
layar dapat melihat bayangan
wayang yang berada ke kelir.
Alat muzik
wayang kulit
Alat muzik wayang kulit ada tujuh iaitu , geduk , canang
, kesi , gedumbak , sepasang tetawak , serunai serta
gendang.
Gedombak biasanya dimainkan secara duduk, dengan
gedombak diletakkan di bawah ketiak. Ia dimainkan
dengan memalu secara langsung menggunakan tangan.
Gedombak merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga
gendang.
Geduk adalah sejenis gendang yang mempunyai dua
muka. Muka geduk diperbuat daripada belulang lembu
atau kerbau. Pada mulanya belulang diletakan pada
badan geduk menggunakan perekat. Kemudian belulang
itu dipancang dengan baji kayu atau besi.
Serunai, atau juga disebut puput serunai, adalah nama
alat muzik aerofonik (tiup) yang terkenal sebagai alat
muzik tradisional bagi masyarakat Minang. Bahagian
yang unik bagi serunai ialah bahagian hujungnya yang
mengembang, berfungsi untuk memperbesar suara.
Gong, Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah
satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal
dan yang satu lagi dipasang dengan tali. Untuk
menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan
dengan menggunakan kaedah hentakan. Digunakan
dalam ensemble paluan tradisional
Canang merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga
gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat
'penanda masa' (time marker) dalam ensembel paluan
tradisional. Canang diperbuat daripada perenggu atau
loyang
Gendang dimainkan dengan diletakkan secara
melintang di atas riba pemain. Muka besar selalunya
diutamakan.
WAYANG KULIT
PENGARUH Maka dari situlah, kesenian ini
diberi nama Wayang Kulit Siam.
SIAM DALAM Selain itu, kesenian Wayang
Kulit Siam juga dikenali sebagai
WAYANG Wayang Kulit Kelantan kerana
sejarah asal-usul wayang kulit
KULIT itu sendiri bermula di Kelantan.
Masyarakat Melayu Patani di
Gelaran 'Siam' yang diberikan selatan Thailand pula menyebut
kepada kesenian wayang kulit kesenian ini sebagai 'Wayang
ini adalah dipercayai merujuk Kelantan' atau 'Wayang Siam
kepada negara Siam (kini Kelantan' kerana kesenian ini
Thailand). Sejarah teknik telah dibawa masuk ke negeri
pedalangan Wayang Kulit Siam Patani dari Kelantan. Di Pahang
dipercayai telah dibawa masuk pula, kesenian ini lebih dikenali
ke Kelantan dari Kemboja sebagai 'Wayang Pahang' yang
melalui Thailand. dipersembahkan oleh orang-
orang Melayu Kelantan yang
berhijrah ke negeri tersebut.
SLOT TANYA RAKAN
a)Pada pendapat anda,bagaimanakah cara
untuk memperkenalkan semula wayang
kulit pada zaman kini?
-Pada pendapat saya , cara untuk
memperkenalkan semula wayang kulit
pada zaman kini adalah dengan
mengadakan program atau anjuran
wayang kulit pada hari festival terbuka
b)Apakah yang menarik tentang
Nama:Nor Nadirah Binti Mohd Salleh wayang kulit?
Kelas:Dsk 3A -Muziknya yang jarang didengari tetapi enak
Jabatan:Perdagangan didengari.
No Matriks:18DSK20F1032
a)Pada pendapat anda,bagaimanakah
cara untuk memperkenalkan semula
wayang kulit pada zaman kini?
-Pada pendapat saya,wayang kulit boleh
diperkenalkan melalui sosial media.Kita boleh
menggunakan INSTRAGRAM atau Facebook
untuk menyebarkan keunikan wayang kulit
kepada masyarakat masa kini.
Nama:Ghayethrri a/p Chandran b)Apakah yang menarik tentang
Kelas:Dsk 3A
wayang kulit?
Jabatan:Perdagangan
No Matriks:18DSK20F1999 -Wayang kulit sebagai warisan budaya sudah
diakui mancanegara.Dalam upaya
melestarikan dan menjaga keunikan wayang
kulit,UNESCO menobatkan seni tradisional
ini sebagai Masterpiece of Intangible
Heritage of Humanity pada tahun 2003.
SLOT TANYA RAKAN
a)Pada pendapat anda,bagaimanakah cara
untuk memperkenalkan semula wayang
kulit pada zaman kini?
-Pada pend
apat saya,siaran
televisyen boleh membuat iklan atau
cerita animasi tentang wayang kulit.
b)Apakah yang menarik tentang
wayang kulit?
Nama:Teh Jia Yee -Bagi saya ianya menarik kerana ianya
Jabatan:Perdagangan sejenis kayu yang istimewa dan kehandala
No Matriks:18DAT21F1038
pemain dalam menggerakkan patung
wayang kulit itu mengikut rentak lagu.
MAKANAN
TRADISIONAL RAKYAT
MALAYSIA
OLEH NURUL ANISSA
Makanan Tradisional Pelbagai
Kaum di Malaysia
M a k a n a n t r a d i s i
o n a l s a n g a t p o p u l a r
dalam kalangan masyarakat
Malaysia.Makanan tradisional ini bukan Makanan tradisional ini boleh
sahaja diminati oleh masyarakat kita diibaratkan seperti tak lapuk dek
malah turut diminati oleh golongan hujan,tak lekang dek
antarabangsa.Malaysia terdiri daripada panas.Terdapat juga pelbagai
tiga kaum utama iaitu Melayu,Cina dan usaha dalam memajukan lagi
India.Terdapat pelbagai jenis makanan makanan tradisional di Malaysia
tradisional mengikut kaum utama di
Malaysia.Antaranya ialah Nasi
Lemak,Roti Canai dan Yong Tau
Fu.Makanan tradisional ini semakin hari
semakin popular walaupun Malaysia
kini sudah mencapai status negara
maju.
MAKANAN TRADISIONAL
LEMANG KAUM MELAYU
Lemang ialah sejenis makanan Lemang diperbuat daripada
tradisi yang disukai orang ramai.
Lemang dijual sepanjang tahun, beras pulut dan santan yang
tetapi lebih meluas pada hari dimasukkan ke dalam ruas buluh
perayaan seperti Hari Raya yang dilapik dengan daun pisang,
Aildilfitri. Semua orang daripada sebelum dibakar sehingga
pelbagai kaum suka makan masak. Kaedah memasak yang
makanan tradisi ini. Lemang menggunakan buluh ialah cara
merupakan hidangan istimewa di memasak kaum asli di Malaysia
Malaysia. Makanan tradisional ini
dihidangkan bersama rendang
atau serunding.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM
CINA
KUIH BULAN
Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina
yang sering dimakan sewaktu
perayaan Pertengahan Musim Luruh.
Kuih bulan biasanya pastri bulat atau
segi empat tepat, berukuran lebih
kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5
sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat
daripada isi biji teratai dikelilingi oleh
satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan
boleh mengandungi kuning telur
Kdaurihipbaudlaantealudrailtaikh mkaaysain, b. erat, dan
tebal berbanding dengan kebanyakan
kek Barat dan pastri. Kuih Bulan
diperbuat daripada adunan yang manis
dan memiliki inti biji buah teratai atau
kacang merah atau dengan kuning
telur masin di tengahanya. Banyak
jenis inti boleh dijumpai di kuih bulan
tradisional mengikut budaya
setempat. Terdapat beberapa jenis inti
yang terdapat dalam kuih bulan adalah
pes biji teratai, pes kacang manis dan
lain-lain.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA
MURUKU
Murukku adalah makanan tradisional kaum
India Malaysia yang resepinya berasal dari
India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu.
Muruku telah mengambil tempat di hati semua
masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
Murukku adalah makanan ringan yang sedap,
rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.
Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai
atau Urad dhal dan Tepung beras dan
perasanya bergantung kepada penggemar
seperti yang asli atau pun yang pedas
menggunakan serbuk cili. Murukku yang
biasanya berbentuk bulatan atau pun yang
halus. Murukku dibuat menggunakan acuan
khas seperti cara menekan tepung yang telah
uli atau pun cara pemutaran.
Tidak nafikan bahawa makanan merupakan satu
median penting dalam menyatukan pelbagai
kaum di Malaysia. Kita dapat lihat masyarakat
tanpa kira batas kaum dan agama mudah
menerima makanan sesuatu kaum ia selari
dengan konsep akulturasi dalam kursus
penghayatan etika dan peradaban di mana
masyarakat telah terbuka untuk meminjam
sesuatu budaya dan kebiasaan masyarakat lain.
Sebagai contoh yang lebih tepat masyarakat
melayu mudah menerimamakanan tradisi
masyarakat cina. Manakala maruku bukan sahaja
sinonim dengan masyarakat india tetapi menjadi
kudapan. Semoga dengan adanya makanan yang
pelbagai ini menjadi satu identiti istimewa
masyarakat di Malaysia
Kesimpulan
SLOT TANYA RAKAN
a)Bolehkah saya bertanya apakah
makanan kaum lain yang kamu
sukai?mengapa?
-Makanan kaum lain yang saya suka ialah nasi
lemak. Saya suka makan nasi lemak kerana nasi
ya sangat enak apabila bercampur dengan lauk
seperti ayam goreng dan telur mata
b)Apakah langkah anda sebagai rakyat
Malaysia untuk mengkormersialkan makanan
tradisi ke peringkat antarabangsa
Nama: Jamey Ong Teng Zhong -Langkah saya sebagai rakyat Malaysia untuk
No Matriks:18DAT20F2017 mengkormersialkan makanan tradisi ke peringkat
antarabangsa ialah saya memperkenalkan makanan
tradisi Malaysia kepada kawan saya diluar negara
apabila mereka datang melancong ke Malaysia
a)Bolehkah saya bertanya apakah makanan
kaum lain yang kamu sukai?mengapa?
-Makanan kaum lain yang saya suka ialah chee
cheong fun. Saya amat gemari makanan
tersebut kerana ia sangat sedap dan gabungan
sos manis merah dengan cheong fun amat
mengagumkan
b)Apakah langkah anda sebagai rakyat
Malaysia untuk mengkormersialkan
makanan tradisi ke peringkat antarabangsa
Nama:Khisor Grizi -Langkah saya sebagai rakyat Malaysia untuk
No Matriks:18DKM21F1040 mengkomersialkan makanan tradisi ke
peringkat antarabangsa ialah say kn mengepos
gambar makanan tradisi ,menu pembuatan
makanan dan maklumat kelazatannya dalam
media sosial dan semua negara luarakan dapat
perhatian dalam mengkormersialkan makanan
tradisi yang terfapat di Malaysia
SLOT TANYA RAKAN
a)Bolehkah saya bertanya apakah makanan
kaum lain yang kamu sukai?mengapa?
-Makanan tradisional kaum lain yang saya gemari
ialah makanan kaum india iaitu roti tisu . Saya
gemarinya kerana ia sangat menarik perhatian
dengan bentuk yang unik serta dicurahkan susu
pekat manis diatasnya
b)Apakah langkah anda sebagai rakyat
Malaysia untuk mengkormersialkan makanan
tradisi ke peringkat antarabangsa
Nama: Alina Syamimi Afifi Binti -Saya akan memuat naik makanan tradisional ke
media sosial untuk menarik perhatian kaum lain
Abd Samad serta mencuba dan menikmati makanan
No Matriks:18DDT21F1121 tradisional kaum sesama kaum
PENUTUP
Malaysia adalah sebuah
negara aman dan juga harmoni.
Negara Malaysia juga adalah
sebuah Negara yang begitu unik,
ini disebabkan Malaysia didiami
oleh pelbagai kaum dan juga
bangsa. Bukan setakat itu sahaja
negara ini juga amat kaya
dengan adat dan juga budaya, itu
antara salah satu keunikan
Malaysia selain terkenal dengan
pelbagai jenis makanan
menyelerakan dan lokasi
pelancongan yang berjaya
menarik jutaan pelancong saban
tahun.
Melalui majalah CERITERA ini
pembaca dapat mengetahui dan
mempelajari serba sedikit mengenai
keunikan yang berada ni Negara
Malaysia. Bukan itu sahaja, majalah
ini juga dapat membuktikan kepada
pembaca bahawa Malaysia
merupakan sebuah negara yang
kaya dengan pelbagai tempat dan
perkara yang menarik sebagai
contoh keistimewaan wayang kulit,
konsep rumah Panjang Sarawak dan
banyak lagi.
Artikel yang ringkas, padat
dan berilustrasi yang ditampilkan
dalam majalah CERITERA ini
diharapkan dapat memberi input
sekaligus menarik minat generasi
muda terhadap seni, budaya dan
warisan negara kita
GALERI